Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, May 24, 2013

Bila Melayu Sokong PR, PAS Tambah Kerusi

Antara propaganda utama UMNO dalam pilihanraya umum 2013 yang lepas adalah sekiranya undi Pakatan Rakyat, Cina/DAP akan memerintah. Maka, berduyun2 lah Melayu kampung mengundi UMNO kerana tidak mahu Cina DAP merampas tampuk pemerintahan.

Namun, di Selangor pengundi2 Melayu bandar menyokong Pakatan Rakyat dengan ramai sekali. Mereka tidak takut mengundi Pakatan Rakyat kerana Melayu2 bandar tidak mudah ditipu propaganda2 murahan UMNO.

Maka, yang berlaku adalah sebaliknya. Sokongan Melayu bandar yang ramai kepada Pakatan Rakyat tidak menambah tahap sokongan pada DAP ataupun kepada Cina.

Malahan, apa yang berlaku adalah bilangan kerusi yang dimenangi PAS bertambah. Bilangan kerusi DAP pula kekal sama dengan tahun 2008.

Dengan kata lain, sekirannya Melayu mengundi PAkatan Rakyat pada PRU lepas, apa yang berlaku adalah bilangan kerui PAS dan PKR akan bertambah dengan banyak.

Ia bermakna kerusi PM, MB dan beberapa lagi jawatan penting akan kekal di tangan orang Melayu dan orang Islam.

Sama sekali kuasa orang Cina tidak akan bertambah.

Misalnya, di kerusi DUN Seri Serdang. PAS telah menang majoriti 16k+. Pengundi bukan Islam di DUN tersebut cuma 40%. Ertinya, tanpa pengundi2 Melayu, tidak mungkin PAS mampu mendapat majoriti yang sebegitu besar. Malahan ia adalah kerusi PR paling besar majoritinya.

UMNO RELEVEN SELAGI ORANG MELAYU KEKAL JAHIL

UMNO memang bernasib baik. Orang Melayu majoritinya mudah ditipu. Sampai benda yang tak masuk akal seperti ini pun orang Melayu boleh percaya.

Selagi majoriti orang Melayu kekal bodoh dan dunggu, maka UMNO boleh terus mendapat keahlian dan sokongan.

KENAPA PAS BERJAYA DI SELATAN SELANGOR DAN GAGAL DI UTARA SELANGOR

Mudah sahaja. Pilihanraya ini adalah medan perang. Ia bukan medan dakwah. Kalau nak berdakwah, kita ada masa 5 tahun sebelum PRU untuk berdakwah.

Jentera2 PAS di selatan Selangor (Sepang, Kuala Langat dsbnya) beraksi dalam medan perang. Mereka berperang dan berjuang bersungguh-sungguh. Mereka menggunakan segala taktik perang yang mereka boleh menang.

Hasilnya, PAS / PR menang kesemua kerusi Parlimen dan DUN di selatan Selangor kecuali satu kerusi DUN. Malahan, otai UMNO Selangor, si Zin Badak pun terbarai dan tersungkit di Parlimen Sepang.

Berbeza di utara Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar), BN dan UMNO hampir menang semua kerusi di sana kecuali DUN Sabak dan Ng Swee Lim. Yang lain, UMNO masih menguasainya termasuklah Noh Omar.

Selagi masih menganggap pilihanraya ini medan dakwah semata-mata, Tulang Besi jamin inshaalah peluang kemenangan itu tipis

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 20, 2013

Jual Nama Nabi Nuh Utk Lindung Kekalahan Kedah+Terengganu

Di alam Facebook, Tulang Besi telah mengutarakan apa yang Tulang Besi tulis dalam blog. Bahawa Presiden PAS wajib bertanggungjawab di atas kekalahan di Kedah setelah PAS kalah di Terengganu pada tahun 2004.

Malahan, Tulang Besi terus berkata adakah tindakan akan diambil hanya setelah kerajaan ketiga PAS, yakni Kelantan, jatuh ke tangan UMNO?

Selepas jatuhnya Kelantan kelak, adakah Bangunan PAS di Jalan Raja Laut itu pula akan diserahkan kepada UMNO kerana tidak cukup tiga negeri?

Selain dari caci dan maki yang menjadi makanan ruji puak2 UG, diutarakan satu hujjah Al Quran, yakni kekalahan sepatutnya tidak dijadikan hujjah dan asas kepada pemegang jawatan. Ini kerana kalau kekalahan dijadikan asas maka Nabi2 seperti Nabi Nuh perlu dipersalahkan.

Nabi Nuh telah berdakwah selama dekat 1000 tahun manakala yang mengikut dakwah Nabi Nuh AS itu tidak sampai 100 orang.

Hujjah ini bukan baru kerana sewaktu usaha "PERPADUANG" berada di puncak, hujjah kesah Nabi NUH AS ini juga digunakan secara meluas.

Kata mereka, tidak apa kita kalah kerana keluar Pakatan Rakyat. Nabi Nuh AS pun tidak berjaya di dalam dakwah Baginda.

Tulang Besi hendak tanya:

Bukankah kesah Nabi Nuh ini juga dipelajari dan didengari oleh para Sahabat Radiallahuajamain?

Sudah tentu ya. Para Sahabat RA adalah manusia pertama dalam umat Muhammad yang mempelajari kesah Nabi NUH AS. Bukan setakat itu, para Sahabat mempelajari kesah Nabi NUH AS terus dari Nabi SAW. Guru pada Sahabat RA adalah Nabi SAW.

Soalnya sekarang, mengapakah para Sahabat yg mempelajari kesah Nabi NUH AS mencapai kemenangan yang cemerlang dan gemilang. Sehingga di zaman Saidina Umar 4/5 Empayar Rom Timur serta keseluruhan Empayar Parsi jatuh di bawah kekuasaan Islam?

Dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas Kenabian Nabi SAW, kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Baginda Rasulullah SAW telah menjadi kerajaan yang terluas dan terkaya dalam dunia pada masa itu.

Berbeza dengan PAS yang turut sama mempelajari kesah Nabi Nuh tetapi kerajaan Terengganu dan Kedah yang sudah ada dalam tangan pun boleh terlepas kepada UMNO.

Apakah ada perbezaan di antara kefahaman para Sahabat dengan kefahaman ustaz2 dalam PAS berkaitan dengan kesah Nabi Nuh itu?

Adakah fahaman para Sahabat RA berkaitan kesah NAbi Nuh itu salah? Ini kerana para SAhabat RA yang sama itu hanya mencapai kemenangan demi kemenangan walaupun mereka hadam kesah Nabi Nuh AS di dalam pemikiran mereka?

Itulah persoalan yang wajib dijawab dan diterangkan oleh puak2 UG dalam PAS yang sekarang ini giat menjual nama Nabi Nuh AS demi mempertahankan kedudukan mereka setelah kalahnya PAS di Kedah dan Terengganu.

Berhentilah putar belit ajaran Islam demi merebut kedudukan dan pangkat. Nanti Allah SWT akan laknat kamu kerana menjual agama Nya dengan harga yang murah

Wallahualam bissawab

TULANG BESI

ps kalau nak baca pasal Nabi Nuh, klik sini
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 18, 2013

Kerajaan BN Kerajaan Haram

Tiada ragu dan syak lagi bahawa Kerajaan BN adalah kerajaan haram.

Kerajaan yang dibina di atas sokongan dan dokongan SPR, bukannya atas sokongan rakyat.

Kerajaan yang hanya mendapat 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 51% undi popular.

Kerajaan yang diundi oleh warga asing Bangladesh, Myanmmar, Nigeria, Cambodia, Indonesia dan tidak terkecuali Filipina.

Kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sewenangnya untuk kepentingan mendapat sokongan pilihanraya.

MEnggunakan badan2 kerajaan seperti biro UMNO i.e. SPR, JPN, PDRM dsbnya.

Kerajaan yang bergantung kepada fitnah dan pembohongan i.e. kononnya Cina hendak memerintah Malaysia.

KErajaan yang bergantung kepada amalan korupsi dan beli undi

Maka, siapakah yang berani mempunyai syak bahawa kerajaan UMNO dan BN ini adalah kerajaan haram?

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 16, 2013

Analisa Kekalahan PAS di Kedah (Surat Pembaca)

Di bawah adalah surat dari salah seorang pembaca Malaysiawaves

KELEMAHAN PENTADBIRAN PUNCA KEKALAHAN KEDAH DALAM PRU 13

Pru ke13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang.Pru 13 telah menyaksikan Tsunami rakyat menolak BN kecuali dibeberapa negeri.Tsunami ini juga menyaksikan kecuali didua ibunegeri iaitu Kangar dan Johor Bharu dikuasai Pakatan Rakyat.
Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kemerlangan PR di Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu,sementara Berjaya menidakan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan. 
Tetapi berlainan pula keputusanya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN.Sebagai seorang ahli politik anak Kedah,saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah 
1.Pentadbiran Kerajaan Ustaz Azizan ala UMNO BN 

Kemenangan PR Kedah dalam PRU 12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majority rakyat Kedah yang mahukan satu perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh UMNO BN.
Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh Kerajaan Azizan apabila sejak dari awal lagi beliau menjadikan Tun M,Tun Daim dan Syed Mokhtar sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri. 
Jawatan-jawatan penting seperti SS,CEO SADA,CEO MBI,Rektor KUIN dll diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan UMNOnya tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj Kerajaan Negeri samaada secara langsung atau tak langsung. 
Maka lahirlah isu-isu seperti kes perlantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu,isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas,isu bercambahnya pusat hiburan dan karaokae berlesen dan tanpa lesen dibandar dan juga kampung,isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta staff di KUIN. 
Kesemua isu diatas tidak diatasi ataupun diselesaikan.Ustaz Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik dimedia-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan.Saya mendapat maklum majority staff KUIN yang menyokong Pas tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU yang lalu. 
Rakyat melihat pentadbiran Ustaz Azizan lemah,tidak effisyen,tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. 
Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan dibawah pentadbiran Pas disia-siakan.Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.Hampir 20% undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. 
2.Pergolakan dalaman yang dicetuskan oleh Ustaz azizan sendiri 
Pergolakan dalam cawan antara Exco Dato Phahrol/Dr Ismail dan Ustaz Azizan yang telah settle dan telah dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU 13 yang diperbaharui semula oleh beliau dan Senator Yusof Hussin. 
Dendam kesumat Azizan telah mencantas Dato Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau.Dato Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih disana,sementara Dr Ismail dibuang terus. 
Bantahan demi bantahan dari orangramai yang akhirnya Dato Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. 
Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam 3 mesyuarat tertinggi di peringkat negeri iaitu Mesyuarat Harian,Politik dan Pilihanraya dan Badan Perhubungan malah permintaan Ahli Perhubungan Negeri untuk supaya ianya dibincangkan tidak pernah diambil peduli. 
Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada Pas Pusat dengan beliau bersama Yusof Husin menjadi master mind membuat ugutan demi ugutan kepada Pas Pusat agar memilih senarai yang beliau restui sahaja. 
Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut procedure ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti disegenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihanraya. 
Sekali lagi peti undi telah menyaksikan perbuatan Azizan dan Pak Cop telah membawa padah dan mereka berdua patut dipersalahkan 100% dalam hal ini. 
3.Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) gagal 
Pengarahnya Senator Yusof Husin telah gagal.
JPN sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila bertindak mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN.
Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitiking untuk memastikan hanya Ustaz Azizan dan kronimya sahaja menang.Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. 
Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan.Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat lapuran membodek menyatakan factor Azizan akan menyumbang 70% kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar disebaliknya. 

JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. 
Calon-calon masuk bertanding tanpa stategi khusus untuk menang.Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen,berbeza mengikut ras,jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor diatas menjadi faktor utama,disamping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada Pas Kedah,semoga `teguran Allah` ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur.Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. 
Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hambaNya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan.Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itu lah yang berlaku di Kedah. 
Semoga kita sama-sama bermuhasabah.

Jiwa Islam
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 15, 2013

Tulang Besi Jamin Tidak Akan Berlaku Persempadanan Semula

Untuk menjalankan proses persempadanan ia memerlukan sokongan 2/3 dari Parliamen dan Dewan Undangan Negeri.

UMNO akan memastikan SPR memecah kawasan mengikut kehendak serta nafsu serakah mereka.

Manakala pihak Pakatan sudah tentu tidak akan bersetuju dengan pemecahan tajaan UMNO/SPR itu.

Selepas itu UMNO akan berkeras dan dengan bongkak mereka tidak akan berunding dengan Pakatan Rakyat.

Penghabisan sekali, tidak akan berlaku apa2 persempadanan semula.

Segalanya akan kembali ke status quo sama seperti PRU 2008 dan 2013.

UMNO akan hancur, inshaalah.

Sampai bila mereka hendak menunggang fitnah kononnya orang Cina akan mengambil alih pemerintahan Malaysia?

Orang2 tua di kampung yang percaya cerita karut UMNO ni akan ramai yang meninggal dunia tidak sempat untuk melihat PRU 14.

Di kala itu, dimanakah UMNO hendak mendapat orang Melayu yang mahu mempercayai penipuan mereka?

Di Negeri Sembilan, UMNO cuma memerintah dengan kelebihan undi 5000 sahaja.

UMNO bernasib baik kerana PKR dan PAS Negeri Sembilan telah menghabiskan banyak sumber untuk perkara2 yang kurang penting dan tidak menumpukan kepada usaha2 yang lebih penting seperti mendaftar pemilih baru dan membantah nama2 yang syak dan ragu2.

Kalau PKR dan PAS Negeri Sembilan pro aktif sudah tentu UMNO telah hancur di sana sekarang ini.

Tak payahlah nak buang masa mengharap pada proses persempadanan semula. Buang masa sahaja.

Kita semua tahu SPR adalah barua UMNO. Lagi nak berharap ke?

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 13, 2013

Presiden PAS TIdak Sokong Himpunan 505

Mengikut kenyataan terbaru Presiden PAS, beliau tidak menyokong usaha Himpunan 505 yang membantah penipuan pilihanraya. Beliau cuma berkata beliau tidak menentang sahaja.

Ini menjelaskan kenapa setelah 3 perhimpunan, beliau tidak hadir walaupun satu.

Mungkin Presiden PAS tidak suka rakyat Malaysia membantah UMNO dan Barisan Nasional kerana beliau melihat kemenangan BN sebagai kemenangan Melayu?

Ataupun menyokong Himpunan 505 akan mengagalkan rancangan UG Fasa II?

Macam2 spekulasi kita boleh buat di atas sikap dingin Presiden PAS terhadap Himpunan 505 ini.

TULANG BESI


Hadi tidak bantah himpunan
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Mei 2013


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak himpunan membantah keputusan PRU13 yang dikatakan tidak bersih.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama Pas yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Ketuanya, Datuk Harun Taib dipetik sebagai berkata, semua pemimpin pakatan pembangkang perlu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka kerana banyak kerusi yang ditandingi calon pakatan turut menang.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan manakala pembangkang memperoleh 89 kerusi sekali gus menafikan cita-cita mereka untuk merampas Putrajaya.

Bagaimanapun mereka mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi kehilangan Kedah.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuding jari kepada masalah dalaman Pas sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Abdul Hadi berkata, 'no comment'.

“Saya tidak mahu kata apa-apa tunggu dulu post-mortem nanti baru kita tahu puncanya,” katanya.
http://www.malaysiawaves.net/2013/05/presiden-pas-tidak-sokong-himpunan-505.html
Read more!(Selanjutnya)

Apa Kelayakan PAS Penang Untuk Minta Kerusi Exco?

Alkisah diberitakan ramai pemimpin2 Negeri Penang merungut kerana tidak dapat kerusi exco. Kalau saya Ketua Menteri Penang pun saya takkan beri kerusi Exco kepada PAS Penang.

Sebusuk-busuk PKR Penang, mereka dapat menambah kerusi DUN yang mereka menangi dari 9 kepada 10 kerusi. Kalau PAS tidak mengacau di Sungai Acheh, nescaya bilangan kerusi DUN PKR bertambah kepada 11. Kerusi di menangi oleh PKR di Seberang Jaya mencukupkan bilangan kerusi PR kepada 30 dari 40 di DUN Penang.

Manakala PAS Penang kekal dengan bilangan asal yakni 1 kerusi DUN dan 0 Parlimen. Tiada apa2 penambahan mahupun pembaikan dari prestasi 2008.

Malahan, PAS Penang menang di Permatang PAsir adalah atas belas ehsan pengaruh pribadi Anwar Ibrahim.

Pun bgitu masih ada orang2 PAS yang sanggup mengundi calon BN di Parlimen Permatang Pauh hanya kerana calon BN itu adalah bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Penang.

Seharusnya PAS malu untuk meminta kerusi exco. Prestasi PAS amat mengecewakan.

Malahan bukan stkt di Penang tapi juga di Kedah PAS amat mengecewakan.

PAS Pusat terutamanya Presiden PAS harus mencari jalan membuat perubahan di Penang.

Tapi Tulang Besi rasa Presiden akan mengekalkan rejim PAS Penang yang sama kerana Presiden PAS tidak mementingkan kemenangan kecuali di Terengganu sahaja.

Yang penting mesti dipimpin oleh ustaz. Kalah takpa

TULANG BESI

ps Di Selangor, PAS Selangor dapat kerusi exco tambahan satu kerusi kerana prestasi yang membanggakan.
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, May 12, 2013

Presiden PAS Pertahan Pengkhianat2 Kota Damansara

Maklumat Tulang Besi dpt dari mesyuarat AJK PAS Pusat tadi, Presiden PAS mempertahankan habis habisan pengkhianat2 yang bertanding atas tiket PAS di Kota Damansara.

Bayangkan permintaan Perhubungan Negeri PAS Selangor melalui mesyuarat Perhubungan Negeri telah memutuskan untuk menghadapkan mereka2 yang terlibat menjadi calon PAS Kota Damansara kepada JK Disiplin.

Presiden PAS telah menolak mentah-mentah keputusan ini. Sehingga ke akhir mesyuarat PResiden sanggup bertekak dan mempertahankan pengkhianat2 tersebut dari diambil tindakan disiplin.

Kedegilan Presiden ini sama seperti waktu diberitahu kepada beliau berkaitan dengan pentingnya Azizan diganti. Presiden lah yang mempertahankan Azizan untuk kekal sebagai calon.

Akhirnya, kedegilan Presiden telah menghadiahkan negeri Kedah kepada Barisan Nasional/UMNO.

Mungkin jugak kita kena faham mengapa Presiden mempertahankan pengkhianat2 Kota Damansara itu.

Mana mungkin Presiden sanggup membiarkan menantu beliau dihadapkan di hadapan JK Disiplin serta dipecat dari menjadi ahli PAS?

Menantu lebih penting dari disiplin parti.

Menantu punya pasal, khianat kawan pun takpa.

Itulah ajaran Islam, kot?

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

PAS Cemerlang di Negeri Tidak Dikawal Geng Perpaduang

Mengapa PAS Selangor cemerlang dan PAS Kedah hampeh? PAS Selangor berjaya tambah kerusi sekali ganda dan PAS Kedah jatuh tersungkur.

Selain dari itu kita ada juga PAS Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin, seorang yang pro kepada Perpaduang.

Kita ada PAS Pahang yang dipimpin Ustaz Tuan Ibrahim, juga pro kepada Perpaduang.

Di Pulau Pinang, PAS hanya mampu kekal satu kerusi. Semua maklum PAS Pulau Pinang adalah pro PERPADUANG dan anti Pakatan Rakyat. Kerusi Sungai Acheh/Nibong Tebal tu pun sengaja diletakkan calon walaupun mereka maklum dari mula itu kerusi PKR. Sepatutnya ada satu lagi wakil MElayu dalam kerajaan sekarang ni dah berkurang.

Yang lebih kelakar, YDP PAS Nibong Tebal (ditangkap menurunkan banner dan poster PKR dua hari sebelum hari pilihanraya.

Kedah pula dipimpin oleh Ustaz Azizan yang terkenal rapat dengan geng2 perpaduang. Barangkali itulah alasan mereka tidak mahu mengganti Ustaz Azizan sebagai MB.

Dah kalah tersungkur baru nak ganti Pesuruhjaya dengan YB Mahfuz.

Di Perak pula, Pesuruhjaya Perak dilantik sebagai mewakili puak2 Perpaduang sewaktu NAsa mengalahkan Husam pada tahun 2009. Jadi, tak hairanlah PAS tidak dapat memerintah di Perak. MAlahan, PAS hilang satu kerusi berbanding 2008.

Kalau Presiden PAS ikhlas mahu menawan Perak, nescaya sudah ditukar Pesuruhjaya Negeri Perak kepada YB Nizar sejak lama dulu. Ertinya Presiden PAS memang tiada kemahuan Pakatan Rakyat menang di Perak.

Secara umumnya, negeri Selangor mencatat kejayaan yang gemilang bagi PAS. PAS menambah bilangan kerusi dari 7 kepada 15, yakni lebih 100%.

PAS negeri Selangor telah bersih dari pengaruh PERPADUANG. Mungkin yang tinggal pro PErpaduang adalah Ketua Pemuda Negeri, Ketua Ulama Selangor yang mulut cabul kerja menyebar fitnah, Ketua Muslimat Negeri Selangor, YDP Selayang merangkap ADUN Taman Templer sahaja.

Di KElantan yang dipimpin Tok Guru Nik Aziz mencatat kejayaan juga walaupun begitu hebat serangan UMNO ke atas mereka. UMNO cuma mampu tambah 5 kerusi kepada 12.

Tapi, nampaknya selepas menang Tok Guru Nik Aziz telah diganti dan tampaknya puak2 PErpaduang telah berjaya mengambil alih pemerintahan Kelantan.

MENGAPA PENTING TIADA PENGARUH PERPADUANG?

Apabila ada daki2 perpaduang dalam PAS Negeri, maka apa yang biasanya berlaku adalah hubungan antara Pakatan Rakyat akan menjadi amat keruh.

Ada satu negeri tu terus terang mereka berkata yang mereka berkonflik dgn DAP dan PKR negeri mereka. Hasilnya mimpi untuk memerintah hanya tinggal mimpi.

Berbeza di Selangor, PAS boleh menubuhkan sebuah MARKAZ PUSAT PAKATAN RAKYAT dan mampu mengawal kempen ketiga-tiga parti dengan begitu baik sekali.

Kita lihat di peringkat PAS Pusat di mana Presiden dan SU Agung adalah pro kepada PERPADUANG.

Presiden PAS lebih kuat memaki dan mensabotaj Pakatan Rakyat sepanjang kempen berbanding menentang UMNO.

Presiden PAS membuat ucapan terbuka memfitnah PKR kononnya calon PKR jual pil kuda. Mujur Anwar halang calon tersebut dari menyaman malu Presiden PAS.

Presiden boleh keluar watikah untuk sabotaj PKR di Kota Damansara dan 3 DUN di Terengganu.

Beberapa bulan sebelum Pilihanraya, Presiden PAS juga terlibat dalam projek mahu melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Presiden PAS termakan dengan video hitam putih Rahim Thamby Chik kononnya Anwar Ibrahim adalah seorang penzina dengan China Doll.

Yang herannya bila keluar video seks Chegu Pa, cepat pula Presiden mempertahankan Chegu Pa. Takda pula Presiden PAS tuduh Chegu Pa berzina.

Sampai ke sudah Presiden PAS tidak mahu mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang menyebabkan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat tidak mencukupi untuk menang.

Pokok pangkalnya apabila ada anasir2 Perpaduang dalam Perhubungan Negeri mahupun PAS Pusat hanya menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang akhirnya menjadikan UMNO menang.

Sepanjang 5 tahun PAkatan Rakyat, Presiden PAS hanya melakukan perkara-perkara yang menguntungkan UMNO dan merugikan Pakatan Rakyat. Kenapa? Kerana Presiden PAS adalah pro PERPADUANG.

Saya berharap Presiden PAS bergembira dengan penyerahan Kedah kepada UMNO.

Kalau Presiden PAS ni terus kekal, lepas ni Kelantan pula Presiden akan serahkan kepada UMNO.

Lama2 bila sudah tiada apa lagi nak diserahkan kepada UMNO, serban Presiden tu akan beliau serahkan kepada UMNO.

Pokoknya : bila tiada perpaduang, negeri tersebut akan cemerlang

TULANG BESI



Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 11, 2013

ISMA Parti Penyelamat MIC

Dalam kenyataan terbaru Presiden ISMA, mereka mempertahankan keputusan pilihanraya dan menyuruh Dato Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan pilihanraya kerana ianya adalah taqdeer dari Allah SWT.

SAya tak faham kenapa Presiden ISMA begitu gembira dengan keputusan pilihanraya ini.

Jasa ISMA kepada BN amat besar memandangkan ISMA telah berjasa kepada PResiden MIC.

Dengan kata lain, segala niat dan agenda mereka mahu menyelamatkan undi orang ISlam akhirnya hanya menyelamatkan Presiden MIC dari kalah.

Sila lihat keputusan di bawah:

ISMA berjaya memecah undi dengan amat besar sehingga membawa kepada kemenangan Presiden MIC, G. Palanieval.

Syabas ISMA, jasa kamu kepada Malaysian Indian Congress pasti akan dikenang sehingga ke hari akhirat.

Barangkali inilah dia kesimpulan dari segala perjuangan Islam ISMA, yakni membantu memenangkan Barisan Nasional terutamanya MIC.

TULANG BESI

ps tapi rasanya di DUN DERGA, ISMA telah membantu DAP menang
Read more!(Selanjutnya)

Kempen Doa Laknat Kepada Pengerusi dan Timbalan SPR

Tulang Besi yakin penipuan2 yang dijalankan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bagi pihak UMNO adalah satu bentuk kezaliman yang nyata.

Misalnya, di DUN Manjoi, pada pengiraan pertama, Pakatan telah pun menang dengan majoriti 54 undi. Bila diminta pengiraan semula, tiba-tiba lampu padam dan BN menang dgn majoriti 120 undi.

Di Kuala Selangor, undi rosak lebih banyak dari undi majoriti. Juga, apabila Dr Dzul meminta pengiraan semula, Pegawai SPR telah menolak mentah-mentah walaupun jelas dalam undang2 SPR Dr Dzul berhak meminta pengiraan semula.

Maka, Tulang Besi ingin memulakan kempen mendoakan laknat dan kehancuran ke atas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Kita sudah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi penipuan tapi daya usaha kita adalah terbatas.

Mana mungkin kita bertanding tetapi pengadil pertandingan memihak kepada pihak lawan.

Maka tiada tempat kita untuk bergantung kecuali kepada Allah SWT.

Marilah kita semua berdoa dan tidak berhenti berdoa:

Ya Allah, sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sengaja menipu untuk membantu UMNO dan BN menang, maka ko turunkan bala Mu ke atas mereka seperti mana kau telah menurunkan bala Mu ke atas kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud. AMIN!!!!

Marilah kita berterusan mengamalkan doa ini sehingga Allah SWT menurunkan bantuan dan pertolongan Nya

AMIN.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 9, 2013

Kalah Kedah Takpa Asalkan Ulama

Tulang Besi difahamkan itulah antara sebab2 Presiden PAS mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon MB. Kalau ditukar Azizan, ganti kepada nya itu adalah bukan dari golongan ulama.

Samada Dr. Ismail, Mahfuz Omar mahupun Phahrolrazi, semuanya bukan golongan yang dikategorikan sebagai ulama.

Maka, Presiden pun mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon MB Kedah walaupun Dewan Ulama PAS Kedah sendiri meminta kepada PResiden supaya dibuang Azizan ini.

Tulang Besi hairan. Adakah di dalam PAS apabila mendapat gelaran ulama maka mereka bebas melakukan sesuka hati?

Dan adakah PAS sanggup mengorbankan satu demi satu negeri hanya kerana mahukan seorang yang dianggap ulama untuk memimpin?

Kita lihat di Kelantan.

Perlantikan Ustaz Ahmad Yaakob dan Ustaz Nik Amar sebagai MB/Timbalan MB.

Semuanya mendapat restu Presiden sendiri.

Untuk menjadi exco Kelantan, perlu ada watikah yang ditanda tangani oleh Presiden PAS. Kalau tidak tak boleh angkat sumpah sebagai exco negeri Kelantan.

Maklumat yang Tulang Besi dapat watikah2 telah pun tersedia untuk exco2 tersebut walaupun baru satu hari selepas keputusan Pilihanraya umum.

Keputusan melantik exco Kelantan tidak pun dirujuk kepada Dewan Harian PAS Pusat lantas terus sahaja dilakukan oleh PResiden.

Semuanya tiada masaalah kerana yang dilantik adalah "ulama". Walaupun jelas kepada kita Ustaz Ahmad Yaakob itu sendiri tidak berapa fasih berbahasa Arab tapi masih disukai Presiden kerana dia "ulama"

Kelantan bakal menjadi seperti Kedah pilihanraya akan datang.

Tapi semua itu tak penting bagi Presiden PAS.

Dia dah biasa serah negeri kepada UMNO. Mula2 Terengganu, lepas tu Kedah sekarang ini Kelantan.

Lepas Kelantan jatuh kepada UMNO, tak tau apa lagi yang Presiden PAS hendak serah kepada UMNO?

Mungkin Presiden PAS akan serah bangunan PAS di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk dijadikan stor menyimpan barang kepada UMNO.

Tidak apa, asalkan ulama.

TULANG BESI

ps Tulang Besi masih tidak menyalahkan Ustaz Azizan di atas kejatuhan Kedah dan bakal jatuhnya Kelantan.

Tulang Besi juga pelik, sejak bila Ustaz Azizan ni ulama?


Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 8, 2013

Kempen Cabar Najib Sumpah Laknat Tidak Menipu Dalam Pilihanraya

Kalau dalam kes Altantunya, Najib Tun Razak boleh bersumpah di dalam masjid bahawa beliau tidak mengenali Altantunya.

Maka, dalam kes kemenangan BN baru-baru ini pun, Najib wajbi bersumpah kemenangannya bersih dari penipuan dan campurtangan SPR.

Malahan Tulang Besi mahu mencadangkan lafaz seperti di bawah kepada Najib Tun Razak:

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Sesungguhnya kemenangan BN baru-baru ini bebas dari segala bentuk penipuan, bebas manipulasi undi oleh Suruhanjaya Pilihanraya, bebas dari manipulasi undi awal dan undi pos, bebas dari tambahan undi sewaktu kira semula, bebas dari pengundi hantu, bebas dari pemberian IC kepada pendatang asing yang diberi IC oleh JPN dan sebagainya. Pendek kata, bebas dari segala macam penyelewengan yang bersumber dari jabatan2 kerajaan yang berada di bawah penguasaan saya sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya saya berbohong, maka saya redha saya dilaknat Allah SWT seperti mana kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Saleh dilaknat oleh Allah SWT.

Tulang Besi ingin menyeru segala warga internet untuk meneruskan kempen mendesak Najib Tun Razak bersumpah laknat seperti ini.

UMNO amat suka budaya sumpah laknat bermakna UMNO sepatutnya tiada masaalah bagi Najib untuk melakukannya.

TULANG BESI

ps ini bukan kes berkaitan hudud maka tiada halangan syarak untuk Najib Tun Razak melakukannya.

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share It

Nuffnang Ads