Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 18, 2008

Adakah Malaysia Sebuah Negara Sekular??????

(Saya ingin merujuk kepada satu artikel bertarikh 21 Sept 2007 bertajuk "Perlembagaan Malaysia Sekular?" didalam website Persatuan Peguam Syarie Malaysia (http://www.pgsm.my/) didalam memperjelaskan isu MCA pempertikaikan kesahan Malaysia sebagai negara Islam.)

"Persoalan Perlembagaan Persekutuan bersifat sekular atau tidak kembali diperkatakan baru- baru ini rentetan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menegaskan Malaysia sebuah negara Islam.


Jika diimbau kembali, isu ini telah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad semasa menerajui pimpinan negara. Begitu juga Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan manhaj Islam Hadhari di Malaysia dan mendapat sokongan ramai termasuklah masyarakat bukan Islam.


Namun begitu, kepimpinan MCA mempertikaikan kesahan negara Islam ini dengan mengutarakan laporan Suruhanjaya Reid dan keputusan Mahkamah Agong mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular. Kenyataan ini dibidas oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamudin Tun Hussein dan juga Timbalannya Khairy Jamaluddin.


Polemik ini perlu diselesaikan secara ilmiah dan profesional berdasarkan fakta sejarah dan juga hakikat serta realiti yang berlaku di Malaysia. Dari segi sejarah, laporan Suruhanjaya Reid ada menyatakan kemasukan fasal Islam adalah agama bagi Persekutuan tidak menjejaskan sifat sekular Perlembagaan, adakah kita terikat semata-mata kepada hasrat penggubal Perlembagaan tersebut yang rata-ratanya bukan rakyat Malaysia.


Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra juga berpendirian sedemikian. Malah penghakiman Tun Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh mentafsirkan Islam di dalam Perkara 3 itu hanyalah terhad kepada aspek ritual dan rasmi sahaja.


Namun jika didalami, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memperuntukkan banyak fasal tentang agama Islam. Umpamanya Perkara 3 menegaskan tanpa keraguan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Negara-negara sekular seperti Perancis, Turki, India dan lain-lain menyatakan dengan jelas dalam perlembagaan mereka bahawa negara tersebut adalah negara sekular tanpa merujuk kepada sebarang agama.


Hal yang sedemikian tidak berlaku di dalam Perlembagaan dengan adanya Perkara 3 tadi. Sekiranya Perlembagaan adalah sekular tentulah Perkara 3 itu ditiadakan malah terdapat banyak fasal lain yang memberi keistimewaan dan kedudukan tinggi agama Islam. Ia mustahil berlaku dalam sebuah negara sekular.


Sebuah negara sekular tidak boleh mengeluarkan dana awam bagi perkembangan sesuatu agama kerana ia bertentangan dengan prinsip sekularisme itu sendiri. Namun di Malaysia kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan Negeri memperuntukkan ratusan juta ringgit bagi pengembangan dan kemajuan agama Islam sama ada untuk pembinaan masjid, peruntukan jabatan-jabatan berkaitan agama Islam dan banyak lagi.


Tindakan kerajaan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan dana awam digunakan bagi pembangunan agama Islam sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan dan sekali gus menjadi bukti Islam mendapat tempat istimewa dalam Perlembagaan.


Perkara 11(4) Perlembagaan pula memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bagi Wilayah-wilayah Persekutuan membuat undang-undang mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam.


Adalah mustahil dalam sebuah negara bersifat sekular keistimewaan sebegini diberikan kepada sesebuah agama. Hal ini dengan sendiri menafikan hujah Perlembagaan adalah perlembagaan sekular.


Malah dengan pindaan Perlembagaan pada 1988 menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengganggu atau mengakas keputusan mahkamah syariah sekali gus menaikkan kedudukan agama Islam dan mahkamah syariah walaupun ada di kalangan masyarakat tidak berpuas hati dengan kedudukan ini.


Sekali lagi keistimewaan ini diberikan kepada agama Islam.Malah dalam banyak keadaan lain, agama Islam dirujuk dan diiktiraf. Termasuklah dalam sumpah jawatan Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di Pertuan Agong juga menggunakan format dengan menyebut nama Allah seperti lafaz wallahi wabillahi watallahi. Ini merupakan sumpah syarie mengikut lunas-lunas undang-undang syariah.


Dengan menggunakan nama Allah, kedua-dua baginda berazam akan mempertahankan agama Islam di negara ini.Contoh-contoh di atas adalah sebahagian contoh membidas hujahan Malaysia sebuah negara sekular. Pelbagai perkara berlaku selepas Perlembagaan dipinda selepas kemerdekaan negara menjurus kepada peninggalan sifat sekular negara.


Adalah jelas bahawa Perlembagaan dan negara Malaysia bukanlah negara sekular dalam erti kata sekular itu sendiri. Negara sekular memisahkan agama dari perundangan dan pentadbiran. Negara sekular meminggirkan agama dalam mengejar kemajuan.


Negara sekular tidak memberi keistimewaan langsung kepada sebarang agama dalam menjalankan aktiviti agama mereka. Hal yang disebutkan tadi tidak berlaku di dalam negara Malaysia.Persoalan kedua adalah, apakah Malaysia adalah sebuah negara Islam dalam erti kata sebenarnya?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.