Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 30, 2008

Ezam Hanya Akan Jadi Balachi Khairy Jamaluddin Dalam UMNO


Saya baru berinteraksi dengan kawan lama saya, Saudara Shahrein (bukan nama sebenar). Beliau seorang bekas aktivis KeAdilan di salah sebuah negeri di Selatan tanahair.

Beliau kata tujuan Pak Lah beriya2 sangat nak ambik Ezam masuk semula kepada UMNO adalah kerana Ezam akan menjadi alat beliau untuk menumpulkan pengaruh Najib Tun Razak. Ezam (dan kuncu2nya) akan menjadi alat Pak Lah/Khairy Jamaluddin di dalam menghadapi percubaan Najib Tun Razak di dalam merebut jawatan Presiden UMNO.

Saya tergamam dengan penjelasan beliau itu. Ia selaras dengan maklumat dari para pemberita yang saya kenal bahawa ramai pemimpin UMNO marah dengan tindakan membawa Ezam ke dalam UMNO.

Jelas Ezam diterima masuk kembali ke dalam parti yang beliau maki dan nista dahulu semata-mata untuk menjaga agenda politk Pak Lah dan keluarga (aka Khairy Jamaluddin).

Ia juga bererti perpecahan di dalam UMNO akan semakin meruncing. Walaubagaimanapun, ia juga bermakna regim Pak Lah akan menjadi semakin kuat di dalam UMNO. Peluang Pak Lah mengekalkan kuasa juga semakin cerah kerana kem Pak Lah/Khairy mempunyai "anjing salak" yang cukup garang di dalam menghadapi kemaraan kem Najib dan Mahathir.

Ezam Mat Nor pula selepas ini akan terpaksa mempertahankan regim Pak Lah untuk survival politik beliau. Ini bererti Ezam terpaksa mempertahankan:

a. Amalan nepotisma Pak Lah. Segala amalan pemberian kontrak bagi mengkayakan keluarga Pak Lah dan Khairy Jamaluddin.
b. Segala keputusan dan tindak-tanduk budak2 tingkat empat. Selama ni mereka bemaharaja-lela menentukan arah tuju negara. Sekarang Ezam terpaksa mempertahankan mereka.
c. Sikap anti Islam Nori Abdullah dan Zainah Anwar. Kita lihat Pak LAh sanggup menangguhkan Akta Shariah Wilayah Persekutuan hanya kerana Nori dan si munafik Zainah Anwar tidak bersetuju. Ezam selepas ini terpaksa menyokong penghapusan mahkamah syariah dan penguatkuasaaan Agama Islam seluruh Malaysia
d. Ezam kelak wajib mempertahankan segala tindakan Pak Lah yang berpihak kepada Singapura. Sejahat-jahat Mahathir, beliau tidak sanggup melihat Singapura bermaharaja lela seperti yang berlaku di bawah Pak Lah. Ezam nanti akan terpaksa mempertahankan setiap tindakan ini.
e. Ezam juga terpaksa mempertahankan segala tindakan pemberian kontrak dan “persent” yang diberikan kepada Khairy dan kuncu2nya. Al maklumlah setiap keputusan yang dibuat oleh Kementrian Kewangan mesti melalui “Budak2 Tingkat Empat” dan biasanya tol nya besar. Ezam akan terpaksa mempertahankan amalan ini.

Saya cuma harap Ezam tidak berubah perangai beliau menjadi sombong dan bongkak sepertimana perangai budak2 tingkat Empat ini yang sudah menjadi pengetahuan umum.

Ezam Percaya Kepada Refomasi Pak Lah?

Ezam membuat kenyataan di dalam akhbar bahawa beliau menyertai UMNO semula kerana beliau mahu menyokong beberapa tindakan Pak Lah di dalam mereformasi beberapa institusi2 negara.

Bagi saya, takkan la sdr Ezam begitu dungu dan bodoh sekali. Segala tindakan Pak Lah itu semuanya tidak ikhlas dan tidak efektif.

Apa gunanya mereformasi institusi kehakiman atau Badan Pencegah Rasuah sedangkan kebebasan bersuara tidak dijamin. Sekiranya Ezam bijak dan mampu menilai sudah tentu Ezam dapat melihat dua perkara pokok yang tidak dilakukan oleh Pak Lah:

a. Pak LAh tidak mengizinkan kebebasan media dan bersuara. Media di Malaysia masih dibelenggu dengan akta cetak dan elektronik. Apa gunana diwujudkan badan itu dan ini sekiranya rakyat tidak diberitahu
b. Mengapa reformasi ini bermula selepas Barisan Nasional kalah di banyak tempat? Mengapa Pak LAh tidak melakukan reformasi ini sewaktu selepas PRU 2004 dahulu? Sedangkan reformasi2 ini adalah sebahagian dari janji2 Pak Lah?

PAda hakikatnya, segala tindakan Pak Lah setakat ini hanyalah untuk memburukan imej Dr.Mahathir yang kerap menyerang beliau. Sekiranya Pak Lah ikhlas, tindakan pertama yang harus beliau ambil adalah membebaskan semula media di Malaysia ini.

Dengan adanya kebebasan media, barulah rakyat maklum tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan mereka sekaligus membentras rasuah dan salah guna kuasa dengan jayanya. Rakan-rakan dari Indonesia memberitahu kita bahawa keadaan rasuah dan salah guna kuasa di Indonesia semakin hari semakin baik. Dan faktor utamanya adalah kebebasan media dan bersuara diberikan kepada rakyat Indonesian.

Bukannya dengan menubuhkan atau mengubah struktur berbagai-bagai badan yang ada dalam kerajaan. Segala inisitatif yang telah di isytiharkan oleh Pak LAh setakat ini tidak membawa kepada natijah yang baik. Ianya cuma menambah birokrasi sahaja kerana keputusan terakhir tetap di tangan Perdana Menteri.

Ini bererti kemasukan Ezam tiada kait mengait dengan beberapa langkah yang telah di ambil oleh Pak Lah. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO semata2 untuk menjadi balachi Pak Lah dan dalam masa yang sama mengumpul laba untuk kepentingan pribadi beliau sahaja.

Nasihat saya kepada saudara Ezam, jangan la ingat kita semua bodoh. Kalau kami bodoh kami tak kekal dalam Pakatan Rakyat, kami akan masuk UMNO. Berhentilah dari menggunakan alasan2 lapok dan tidak berasas.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.com

ps Musuh seislam sedunia sering menggunakan label Taleban terhadap pejuang2 Islam. Saya telah mengambil inisiatif untuk menulis sebuah karya bertajuk"Life in Taleban Country pt 1" and "pt 2".

4 comments:

azmaaan said...

ya Allah nape la ada gak org melayu lama cm u all asik syak n tuduh, u ingat ada ke org NAK PERCAYA sekaliber ezam nak jd balachi KJ sama juga ada org ke NAK PERCAYA dsai tu homoseks...tolong la demi bangsa jgn la tunjuk perangai tuduh, fitnah, dengki dan mcm2.
p.s i bkn penyokong DSAB atau DSAI atau pun TDM pembelit tu

Tulang Besi said...

saudara Azmaan,

Ini bukan tuduhan, ini satu fakta. Ezam masuk UMNO kerana ehsan Pak Lah. Kalau Ezam lawan Pak Lah, berapa lama agaknya Ezam dapat bertahan?

Ini FAKTA bukan ANDAIAN

jamos said...

I fully agree what written here. There's no one I can name in the present time who in political struggle without bearing any own interest in his agenda and there’s no exception to this hypocrite Ezam. He might have come to his senses that he had wasted so much of his life and sacrifices that took him nowhere, brought him no fame, no desired status and perk. So, the only way to realise all these is to join UMNO as there is no place for him in PKR after resigning from the party. And never he thought that the Political Tsunami would happen in 2008. If he is a true and noble reform activist he wouldn't be engaged in the power-play in PKR in the first place. He wouldn't now be bothered and concern of his own image and reputation as long as he could get what he aims for. To say that he had been offered bigger carrots before but refused to take in by his principles of reformation commitment was a real joke. Any man with common sense will not buy this. Whatever reasons he claimed for joining UMNO are all plain lies, camouflaging the real self-interest objectives. Logically, how can he accept overnight the government that he was so damn critical of? What is he gonna do with the evidences he declared he possessed to indict the big fishes of the government especially from UMNO? Obviously, these evidences (if he truly possessed)will be used as the trade barter after joining UMNO. After this, not only he will lick back his own puke, he will even be an UMNO ass-licker with the preference to AAB and SIL.
A man of principles? Pig-shit!

Tulang Besi said...

jamos, i agree with u.

THis Ezam has lost his principle a long time ago.

And now he's selling himself to the highest bidder

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.