Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 26, 2008

Ezam Mat Nor: Hentikan Sandiwara mu Itu

Apa lagi alasan yang kamu hendak berikan, wahai Ezam Mat Nor?. Parti yang kamu kutuk dan nista sekarang kamu hendak masuk kembali. Di mana maruah kamu sebagai seorang pejuang, sebagai seorang yang berprinsip, sebagai seorang yang memperjuangkan kebersihan dari korupsi?

Puas saya memikirkan alasan-alasan kukuh yang boleh dijadikan dasar bagi kemasukan kamu kepada UMNO, tapi jelas saya gagal. Sekiranya kamu kata kamu hendak memertabatkan agama Islam, adakah UMNO sebuah parti yang dapat melakukan demikian?

Selama ini bukankah Pak Lah menyerahkan polisi agama beliau kepada Sisters in Islam dan Nori Abdullah? Bukankah di bawah Pak Lah Mahkamah Syariah hampir-hampir menjadi tempat “buangan sampah”? Bukankah Pak Lah yang cuba untuk menghalalkan murtad?

Apakah Ezam merasakan beliau lebih berpengaruh dari kumpulan Sisters In Islam dan Nori Abdullah dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam? Ini satu soalan praktikal yang perlu Ezam jawab.

Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa si munafik Zainah Anwar sentiasa menggunakan Nori untuk memaksa Pak LAh menghancurkan Islam di Malaysia. Maklumat yang saya dapat bahawa Zainah amat takut akan kejatuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana ini bererti Sisters In Islam akan menjadi tidak berpengaruh lagi. Walaupun SIS telah bayak menyusahkan Pak Lah dalam hal berkaitan dengan Islam, namun Nori masih mampu mempengaruhi Pak Lah untuk menghapuskan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit.

Cuba lihat sehngga hari ini, Undang-Undang Shariah Wilayah Persekutuan terbantut perlaksanaannya hasil dari usaha si munafik Zainah Anwar. Sedangkan sokongan rakyat kepada Undang-undang ini amat jelas dan terang tetapi hanya kerana pengaruh Zainah dan Nori, undang2 Islam berjaya di hapuskan.

Sudah banyak kali, si munafik Zainah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak selesa dengan pegawai-pegawai kerajaan yang secara jelas dan terang mahu melaksanakan Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Zainah mahu memastikan perlaksanaan Islam dihapuskan dari pentadbiran negara. Senjata Zainah adalah Nori Abdullah.

Sekali lagi saya menyatakan, adakah Ezam mampu menyaingi pengaruh Nori ke atas Pak Lah?

Alasan Ezam yang lain adalah beliau ingin memperjuangkan agar rasuah dan salah guna kuasa dihapuskan di Malaysia. Ezam ada berkata yang beliau handak membawa 6 kotak beliau ke dalam UMNO? Soalnya, untuk apa?
Sdr Anwar Ibrahim sendiri telah mencuba dan gagal. Malahan, beliau nyaris hilang nyawa beliau apabila beliau dengan agresif ingin memerangi rasuah. Adakah Ezam Mat Nor ingat beliau sama hebat dengan Anwar Ibrahim? Bahawa beliau mampu naik sekurang-kurangnya ke tahap Timbalan Presiden UMNO?

Adakah saudara Ezam lupa bahawa beliau dahulunya hanya bertaraf Timbalan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan sahaja? Apa harapan beliau untuk naik tinggi dalam sebuah parti yang dipenuhi mereka-mereka yang korup dan makan duit haram seperti UMNO?

Dengan kata lain, Saudara Ezam ingin membersihkan rasuah di dalam sebuah parti yang dipenuhi perasuah?

Dari segi logik, tindakan Ezam ini adalah amat dangkal.

Mungkin saudara Ezam beralasan bahawa kemasukan beliau adalah untuk menguatkan dominasi ketuanan Melayu. Soalnya sekarang, bukankah UMNO juara menjual kepentingan Melayu? Tanah sendiri pun tidak dapat dipertahankan, inikan pula bangsa sendiri.

Kalau Melayu yang hendak dikejar Ezam, maka PAS lah seharusnya menjadi platform nya. Ini kerana PAS terbukti membela orang Melayu lebih baik dari UMNO. Di dalam UMNO, yang dibela hanyalah Melayu UMNOPutra sahaja.

CERITA SEBENAR KEMASUKAN EZAM KE UMNO

Motif utama kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak lain hanyalah untuk mengejar cita-cita politik dan kekayaan pribadi beliau sahaja. Tidak ada motif lain. TIdak usahlah Ezam bersendiwara kononya beliau hendak memperjuangkan agama, banga, Melayu dsbnya. Kita telah kenal siapa Ezam Mat Nor ini.

Sebenarnya, niat Ezam untuk memasuki UMNO ini sudah lama. Maklumat yang saya dapat ianya sejurus selepas PRU 2004 lagi. Saudara Ezam telahpun pergi menemui Aziz Samsuddin dan juga beberapa orang kuat Pak Lah. Malangnya, tawaran kepada beliau pada waktu itu tidak menarik.

Namun di waktu itu, lubang beliau telah hampir pecah. Untuk menyelamatkan diri, Ezam telah memfitnah Lokman Nor Adam dengan mengatakan kononnya Lokman hendak menyertai UMNO dan berkempen kepada ahli KeAdilan untuk menyertai UMNO.

Kasihan saya tengok Lokman Nor Adam. Tidak semena-mena menjadi mangsa fitnah Ezam Mat Nor. Memang Ezam ini sebenarnya berakhlak buruk. Sanggup menjual rakan sendiri untuk melindungi kepentingan diri beliau.

Selepas itu kita lihat Ezam terus menerus mensabotaj PKR dengan berbagai-bagai tindakan beliau yang saya tak mahu ceritakan. Penubuhan GERAK beliau itu pun kerana beliau hendak melarikan diri secara terhormat dari KeAdilan setelah semua rahsia beliau telah terbongkar.

Saya kasihan melihat pemimpin-pemimpin muda yang beliau telah bawa keluar dari PKR, sekaligus menghancurkan karier politik mereka. Tokoh seperti SD Johari , Zukri Akasyah dsbnya adalah tokoh yang berkelayakan tapi sekarang ini habis hancur karier politik mereka angkara Ezam Mat Nor.

Saya teringat satu waktu dahulu saya telah mempersoalkan bagaimana Ezam Mat Nor mampu membeli sebuah rumah yang besar di kawasan orang2 kaya di Shah Alam? Di mana beliau boleh mendapat wang yang sebegitu banyak untuk membeli rumah milik pribadi beliau? Sedangkan ahli-ahli lain hidup dalam kemiskinan dan penderitaan akibat penindasan UMNO dan BN?

Nah terbukti siapa dia yang benar sekarang ini? Orang kuat Ezam itu akhirnya tidak ikut jejak Ezam dan bertanding serta menang dan menjadi MP.

Saya juga masih teringat salah seorang pemimpin PAS di peringkat KAwasan yang memarahi saya apabila saya katakana saya tidak mahu Ezam masuk PAS selepas beliau meninggalkan KeAdilan. Saya kata Ezam Mat Nor ibarat duri dalam daging dan beliau hanya akan menyusahkan PAS sahaja.

SAya mengikuti perkembangan Pemuda KeAdilan dan sekarang AMK dan saya tahu Ezam bukan seorang yang demokratis. Beliau malahan lebih suka memerintah Pemuda Keadilan secara kuku besi dan dictator.

Saya bersyukur sebenarnya apabila Ezam meninggalkan Pemuda Keadilan kerana di bawah kepimpinan baru, SAmsul Iskandar, nampak jelas Pemuda KeAdilan lebih kehadapan dan lebih berketerampilan.

Akhir kata, saya tak dapat nak menahan Ezam dari memasuki UMNO. Tapi saya minta janganlah nak memberi alasan-alasan yang tidak logik. Kami bukan bodoh dan kami tahu menilai.

6 comments:

jamilkucing said...

Apa yang nak kecoh sangat kalau dia masuk ameno, kan dia datang dari ameno, sama seperti bekas Boss dia juga.

Kalau Boss dia masuk ameno pun aku tak heran, kerana kemana lagi belot nak pergi, kalau tidak ke lumpur !!!

Tulang Besi said...

jamilkucing,

Aku kenal kau. Kau reformis asli. Kita pernah berjumpa banyak kali, kat rumah Anwar, kat banyak tempat.

Kau takkan tak sedih Ezam meninggalkan perjuangan kita?

ruyom said...

New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister -

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister -

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)

Naspazi said...

Salam hormat,

Ezam bukan ‘Trojan Horse’ kata Najib. Justeru, mungkin Ezam akan jadi peluru berpandu Najib Razak untuk menembak PR dan DS Anwar Ibrahim.:)

Wassalam.

Anonymous said...

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

wajah seorang munafik ... kau kata dia reformis tulin???

Anonymous said...

Ni dia reformis asli

http://jamilismail.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.