Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 31, 2008

Islam Hadhari: Mudahnya Mufti Perlis Ditipu



Saya membaca kenyataan Mufti Perlis, Dato. Asri Zainal Abidin di Malaysiakini bertajuk: “Islam hadhari: Mufti ulas Dr Hassan”. Beliau berkata:

"Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan," kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.”

Saya haira bagaimana sebuah fahaman seperti Islam Hadhari boleh disokong oleh Dato Asri. Beliau seorang yang kerap memnentang bidaah boleh menerima sebuah Islam yang baru seperti Islam Hadhari.

Tahukah Ustaz Azri bahawa Islam Hadhari menjadi pujian pemimpin2 Barat termasuk bekas Perdana Menteri Australia, John Keating. Pada waktu yang sama pemimpin2 Barat yang secara terbuka menyokong Islam Hadhari ini adalah penoyokong kuat amalan seks sejenis, perkahwinan seks sejenis, kebebasan seks, murtad dsbnya. Bagaimana pemimpin2 Barat yang menyokong amalan yang dikeji Islam boleh menyokong Islam Hadhari? Tidakkah Ustaz Asri terfikir akan fakta ini.

Islam Hadhari adalah usaha regim Pak Lah untuk mengecilkan ruang lingkup Islam. Tujuan utama Islam hadhari adalah untuk menjadikan Islam hanya sebagai fahaman pribadi sahaja. Natijah utama Islam Hadhari adalah penghapusan perundangan dan perlaksanaan Islam di dalam Malaysia ini.

Ini kerana sewaktu Islam Hadhari berjalan, mahkamah syariah hampir disabotaj, undang-undang syariah hampir-hampir dihapuskan, murtad hampir-hampir menjadi amalan yang dibenarkan. Pendek kata, kalau tidak kerana tentangan yang hebat dari umat Islam, NGO Islam dsbnya, nescaya undang2 dan perlaksaaan Islam telah dihapuskan dibawah pentadbiran Islam Hadhari.

Apa gunanya Islam Hadhari? Sedangkan polisi berkaitan Agama ditentukan oleh Nori Abdullah dan Zainah Anwar. Cuba lihat apa yang telah berlaku kepada Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 2005. Pak Lah telah menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut hanya kerana tentangan dari Nori Abdullah dan Zainah Anwar. Pada hakikatnya, undang-undang tersebut telah dirangka oleh Arwah Tan Ahmad Ibrahim, seorang tokoh undang2 tersohor di abad ini.

Islam Hadhari telah menunjukkan kepada kita bahawa pendapat puak2 Islam liberal seperti Zainah Anwar lebih tinggi dan mulia dari pendapat ulama-ulama besar dan dihormati di negara ini. Dalam isu Undang-Undang Keluarga Islam (WP) 2005 ini, Zainah dan puak-puak nya telah dimalukan di pejabat Peguam Negara kerana kedungguan mereka memahami undang-undang. Tafsiran mereka tidak lebih tafsiran beruk dapat bunga tapi Pak Lah tetap mengikut kehendak kumpulan dunggu dan dangkal ini.

Soalnya sekarang, mengapa Dato Asri Zainal Abidin begitu dunggu sekali menyokong Islam Hadhari ini? Ustaz tak sedar ke bahawa Islam Hadhari ini bertujuan merendahkan martabat Mufti seperti ustaz ke tahap pembaca doa dan tahlil sahaja? Lebih teruk bagi Ustaz kerana tahlil dan doa adalah bidaah di Perlis.

Sebagai seorang yang bermadzhab Salafi, tidak hairankah Ustaz Asri apabila Islam Hadhari tidak menekankan kepada soal akidah Islamiyyah? Tiada soal Syurga Neraka, dosa pahala, rukun Islam, Tauhid Rubbubiyyah, Uluhiyyah dan Asma Was Sifat? Sedangkan asas kepada Islam adalah Akidah Islamiyyah? Seharusnya perkara itu sahaja sudah menjadi asas yang kukuh untuk menolak Islam Hadhari

Di bawah Islam Hadhari, masaalah sosial, akhlak dan maksiat menjadi semakin meruncing di kalangan umat Islam di Malaysia. Sepatutnya ada kesan yang positif selepas 5 tahun perlaksanaan Islam Hadhari. Tetapi malangnya tiada kesan positif yang boleh dibanggakan hasil dari perlaksanaan Islam Hadhari setakat ini.

Dato Asri Zainal Abidin mesti berfikiran kritis terhadap pentafsiran2 baru terhadap Islam. Kenyataan Dato Asri tentang Islam Hadhari menampakkan pemikiran beliau yang “na├»ve” atau dangkal.

Mustahil Dato Asri tidak nampak bahawa Islam Hadhari lebih bertujuan untuk membunuh aspek-aspek Islam yang lain dengan menekankan kepada aspek Islam yang lain. Misalnya, Islam Hadhari tiada lansung peruntukan atau pengajaran kea rah membasmi pemahaman syirik serta pemurnian akidah Islam dari unsur-unsur syirik. Malahan akidah tidak lansung menjadi asas penting di dalam Islam HAdhari.

Tindakan Dato Hasan Ali adalah tepat. Islah Hadhari hanya akan mengelirukan umat Islam dan membawa umat Islam jauh dari Islam yang sebenar. Dato Hasan hanya mahu rakyat Islam di Selangor beramal dengan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul Nya.

Islam Hadhari ciptaan Pak Lah adalah Islam baru dan setiap benda baru adalah sesat. Benar kata Dr Mahathir Muhammad, apa perlu ada Islam Hadhari sedangkan kita cuma ada satu sahaja Islam yakni Islam Al Quran dan As Sunnah.

Dato Hasan Ali telah memulakan langkah pembersihan akidah umat Islam khususnya di Selangor dari fahaman2 yang menjauhkan mereka dari Islam yang sebenar. Bukan kah Ustaz Asri sendiri sering mengatakan bahawa tiada bidaah yang baik di dalam Islam?

NOTA: Di dalam menghadapi serangan dari musuh Islam, saya telah menulis sebuah rencana bergambar bertajuk “Life in Taleban Country pt 1” dan “pt 2”. Dipersilakan membaca rencana ini supaya boleh menjadi hujjah kepada mereka yang keliru atau mereka yang memusuhi Islam.

8 comments:

Anonymous said...

There's no need to innovate for something that's already proven best. Unless if you're not convinced or have doubts about it which is blatantly undignified.

This Mufti Perlis finally reveals himself as a sellout. At last.

Anonymous said...

I'm not a muslim but frankly speaking I've a high regards to Mufti Perlis, he is one of the reputable and respectable Muslim figure in the country base on his fair and just comments on many issues.

Tulang Besi said...

Dear anonymous June 1,

The mufti Perlis is naive and at times unaware of the mechanization of the current system.

So he fumbles a lot

Anonymous said...

Dear anonymous (June 1, 2008 5:08 PM)

but not this one.

Rgds,
Anonymous,
June 1, 2008 1:03 PM

Anonymous said...

salam. awal masa jadi mufti dia sokong BN. Bila nampak BN goyah dia sokong BA.Bila BN perlis offer sambung kontrak dia sokong balik BN. Faham-faham laa ulamak lalang al wahabbiah...Malangnya ramai ahli PAS dan gerakan Islam terpesona dengan manusia macam ini..

Anonymous said...

aku tak setuju dengan artikel ini... sebenarnya ustaz dr asri cuma mempersoalkan keberkesanan islam hadari yang pak lah bawa...

Anonymous said...

Salam,

saya setuju dengan Mufti Perlis, ISI KANDUNGAN polisi yang dinamakan "Islam Hadhari" itu baik. Jangan kelirukan dengan Addin yang kita gelar sebagai islam. Adakah anda tidak setuju dengan isis kandungannya? Kalau tidak setuju, cuba didik kami prinsip-prinsip mana didalam Islam Hadhari yang tidak baik/betul. Juga, jangan kita keliru dengan perlaksanaan.

salam.

alamlara said...

Rasanya penulis blog ini salah anggap tentang kenyataan Dr Asri itu. Islam hadari hanya konsep dan bukan satu ibadat baru ataupun mahzab baru untuk dikatakan is satu bidaah. Isi kandungannya masih menekankan pelaksaan Islam sebenar. Cuma Dr Asri kata pelaksanaan kandungan dalam konsep itu yang kurang dilakukan. Dan Dr Asri juga pernah satu ketika dahulu meminta nama Islam Hadhari ini diubah supaya ia dapat mengelakkan salah faham orang ramai. Dan saya setuju nama islam hadhari ini tidak sesuai digunakan. Sepatutnya bagi saya nama ini diletakkan sebagai hadharatul Islamiyah atau sebagainya. Dan juga penulis blog ini tidak menyiarkan text penuh Dr Asri yang ada saya quote dibawah ini:

“Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.


Kita dapati dengan terang Beliau menegaskan kita boleh menolak jenama ataupun istilah yang mengelirukan itu.

Ps: Untuk pengetahuan semula, Zainah Anwar tidak layak untuk membicarakan tentang Islam sebenarnya apatah lagi untuk membicarakan tentang hukum Islam kerana beliau tiada ilmu yang lengkap tentang agama Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.