Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 30, 2008

Ezam Mat Nor dan Kawan2 Akan Bersumpah Bahawa Anwar Meliwat

"Mereka juga akan mengaku mempunyai bukti video adegan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat dengan beberapa orang lelaki. Cumanya, mereka tidak akan menunjukkan video tersebut dan hanya akan mendedahkannya di dalam mahkamah. Ezam dan kawan-kawan sekarang ini sedang membuat persiapan rapi dan akan memanggil siding akhbar dalam waktu yang terdekat".

And here is the rest of it


Maklumat terbaru yang saya terima adalah UMNO sedang menyiapkan Ezam dan beberapa orang kawan2nya untuk membuat pengakuan bersumpah bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan telah banyak terlibat dalam perbuatan meliwat dan homoseks.

Mereka akan dipamirkan sedikit masa lagi kepada tontontan umum dan mereka juga akan mengaku bahawa mereka telah lama menyimpan rahsia ini. Mereka sengaja tidak mahu mendedahkan rahsia ini kerana mereka ingin menjaga nama baik Anwar Ibrahim dan keluarga mereka.

Mereka juga akan mengaku mempunyai bukti video adegan Anwar Ibrahim melakukan perbuatan meliwat dengan beberapa orang lelaki. Cumanya, mereka tidak akan menunjukkan video tersebut dan hanya akan mendedahkannya di dalam mahkamah. Ezam dan kawan-kawan sekarang ini sedang membuat persiapan rapi dan akan memanggil siding akhbar dalam waktu yang terdekat.

Bersiap-sedialah kita di dalam menghadapi episod terbaru drama para “pembelot” dan “penipu” yang diterajui oleh mereka2 yang kecewa di dalam politik. Nampaknya Ezam setelah lari dari PKR, telah menjadi Pak Sanggup dan balachi kepada Khairy dan UMNO sehingga sanggup menidakkan perkataan beliau dahulu.

Wahai Ezam Mat Nor, rakyat Malaysia masih belum lupa ucapan-ucapan kamu yang membela Anwar Ibrahim semasa Anwar dituduh meliwat dahulu. Kamu masuk kampong keluar kampong menafikan yang Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan homoseks. Berapa banyak ayat Quran yang kamu baca di dalam mempertahankan maruah Anwar Ibrahim dari difitnah.

Sekarang ini kamu dan bajingan2 kamu dalam keadaan cacing kepanasan. Kamu sudah habis modal. Kamu sudah habis pengaruh. Kamu semua sudah tidak laku umpama ikan kembung yang dah busuk. Seringgit sekilo pun tak laku.

Usaha terakhir untuk me”laku” kan diri2 mereka, terpaksa lah mereka membuat satu perkara yang maha besar, yakni menuduh kembali Anwar Ibrahim meliwat. Walaupun ianya bermakna mereka memurahkan diri mereka ke tahap di bawah “pelacur” namun mereka tidak kesah.

Pada hakikatnya, Ezam dan kawan-kawan adalah mereka yang digelar sebagai “political whores” atapun “pelacur politik”. Mereka menjual maruah hanya kerana mereka ingin memanjat tangga politik.

Sudah kita tengok bagaimana Saiful Bahari ini sebenarnya seorang yang biasa turun naik tangga pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Di zaman harga barang mahal seperti sekarang dan kerja semakin susah untuk didapati, tambahan pula Saiful Bahari ini gagal untuk menyempurnakan pembelajaran beliau di UNITEN, inilah satu-satu nya cara yang terbaik untuk mendapat “durian runtuh”. Bayangkan berapa banyak wang yang beliau boleh buat.

Kita tahu bagaimana Azizan yang sanggup mengaku diliwat Anwar sekarang ini hidup mewah. Kita tahu pencetak buku 50 dalil keluar dari bankrupsi dsbnya. Ini adalah jalan yang paling mudah untuk membuat wang, terutama dalam keadaan UMNO dan BN semakin lemah dan tidak bermaya.

Marilah kita ingat kembali pelajaran dari Ilmu Feqah dalam Bab Jenayah yang menyatakan bahawa di dalam menuduh zina ke atas seseorang, hendaklah di bawa 4 orang saksi yang adil. Sekiranya tiada, maka hokum Qazaf harus dikenakan ke atas si penuduh.

Ibnu Qayyim dalam kitab beliau yang bertajuk “AL Kabair” yang bermaksud “Dosa Dosa Besar” menyatakan bahawa menidih seseorang berzina tanpa bukti adalah tindakan dosa besar yang amat nyata.

Marilah kita semua supaya jangan mengikut jejak langkah kaum fasiq ini kerana dosa menuduh sebegini adalah tersangat besar dan tersangat jijik di sisi Allah SWT. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengagalkan perancangan mereka ini.

Tulang Besi

.

16 comments:

Anonymous said...

Saya yakin , KJ kalimullah , Patrice Badawi , Hisamuddin , juga pernah diliwat oel Anwar . yang tidak diliwat anwar adalah Ratu Monglia milik Pekan , Pahang

Anonymous said...

Kalau nak cari 4 saksi tu mustahil, chua soi lok yang tak tau hukum pun sembunyi-sembunyi jga tu.Kalau ada video yang dirakam dan tulin itu sudah memadai....inilah manusia bila dah datang bala dari Allah baru nak ingat semua hukum-hukum allah, baru nak ingat undang-undang Allah, baru nak ingat nama-nama ilmuan Islam, tengah duk syok dan senang lenang, hak Islam tak ingat langsung, orang pertikaikan azan pun senyap membatu...ni lah manusia...yang paling penting...semua ini berlaku atas Izin Allah, kena ambil ikthibar dari kejadian ini.....biar undang-ungang yang ada membuat keputusan dan tindakan...jangan ikut hati yang marah...nanti syaitan mempengaruhi kita....tq

Anonymous said...

I'm so fed up with the BN/UMNO gov doing all these disgusting things to sully the name of DSAI.
And if it's true that Ezam and his despicable band of friends are planning to stoop to such a level as alleged by the above article, then I hope they will never be able to sleep at night for the rest of their lives.

umnodu said...

Salam,

Komen saudara tidak fokus kepada isu sebenar - kewujudan dan kebenaran tuduhan terhadap Anwar.

Just because you don't like the messenger, does not mean the message is not true.

Sekali lagi kami kecewa penggunaan Islam hanya untuk mempertahankan pendirian peribadi tanpa mengambil kira objektif utama yakni mencari kebenaran dan menegakkan keadilan.

Jika benar ini semua penipuan, sudah tentu sebagai seorang Islam anda percaya Allah akan memberi balasan-Nya.

Wallahualam.

Selamat berjuang.

Anonymous said...

kepada anonymous yg menulis pada 9.39am June 30, 2008 dan juga umnodo..

sekiranya Ezam benar2 ada video yg tulen begitu, kenapa hendak disimpan "demi nama baik Anwar?" dan hanya menggunakan video tersebut apabila tercetusnya semula perkara ini? Kenapa dia mementingkan Anwar daripada Allah SWT? Sebagai org Islam yg benar dan telus, dia tidak seharusnya simpan bukti tersebut dan bukannye berdiam diri. astaghfirullah...

ya, benar.. Allah akan memberikan pembalasan tetapi tidak semestinya pembalasan itu diterima di dunia.

insan fedup

Tulang Besi said...

umnodu said...

Salam,

Komen saudara tidak fokus kepada isu sebenar - kewujudan dan kebenaran tuduhan terhadap Anwar.

Just because you don't like the messenger, does not mean the message is not true.


MY REPLY: Actually there is, it's called credibility.

And people who change their words and contradict themselves have zero credibility, i.e. Ezam

aziz said...

Wahai Ezam, dulu pungkok Anwar hang jilat. Bila tak dapat pangkat dan jawatan, hang masuk UMNO. La ni hang dah jadi pecacai UMNO. Dulu bukan main lagi cakap masa kempen. Hang kondem UMNO kaw-kaw. La ni apa sudah jadi? Hang tak akan dapat undi aku sampai aku mati. Keluarga aku pun aku nak pastikan tak undi hang!

Anonymous said...

Saya pernah dgr citer video nie masa DSAI di dakwa kes liwat dulu tetapi hingga kini tak pernah nampak video tu timbul... mungkin akan di gunakan sekarang.. wallallah-u-alam..

Anonymous said...

Ezam oh ezam..dari dulu sembang ada bukti nak tuduh pempinan umno rasuah..berbakui bukti kat rumah konon...skang dah keluar PKR masuk UMNO dia claim ada video liwat Anwar pulak...sudah2 le ezam noor...lepah ni kalau masuk PKR balik harus dia claim ada video pembunuhan atlantuya plak..haru biru

Anonymous said...

salam....

jangan terlalu taksub dengan pemimpin yang anda sanjungi.dia pon insan yang semacam anda juga tak lari dari salah dan silap..klau nak mengata orang tu bior le berpada2..jgn dok layan sangat emosi n sumpah serannahh..satu hari kena kat batang hidung sendiri..la ni kebanyakan kes tuhan bayor cash...

Anonymous said...

Ini macamlah cerita legenda gembala biri-biri dengan orang kampung.

Anonymous said...

hAAA hAAAAAAAAAAAAA

Macam-macam dunia sekarang.

Ketika Saiful yang menuduh bos nya meliwatnya. Kita kutuk orang sana-sini. BN laaa. Ezam laaa. SaIFUL LAAA.

sAYA minta kita semua solat hajat minta tuhan turunkan bala kepada 'peliwat' dan yang 'kena liwat' Yang kena liwat pun kena turunkan bala. Sebab tak kan sorang saja yang berliwat. Mesti dua tangan yang bertempuk, baru bertampar.

Anuar boleh selesaikan isu ini, apabila beliau jadi Perdana Menteri. Perdana Menteri boleh berbuat apa saja. Fail boleh tutup. Abis cerita.

Cuma yang aku heran, kenapa laa DSAI suka benar lantik budak Si Saiful yang lenggangnya.....

Atau adakah Si Saiful ini cemburu pada Bung Anuar??? setelah lama berlalu barulah buat report.???

Rakyat Semakin Gila.

Anonymous said...

Kalau Anwar di tuduh LIWAT pun - siasat dan jika bersalah hukum lah dia secara adil...

Dan sesiapa yang di tuduh MEMBUNUH itu pun - siasat dan hukum lah yang bersalah secara adil...

(Tapi jangan lah pakai penyiasat2 yang kita sudah tau latar belakang mereka tu 'bias' dan pernah menggunakan taktik kotor seperti 'fabricating evidence' dan ada kepentingan peribadi...kalau macam tu 'adil' tu hanya percakapan kosong...tak 'aci' namanya)

Dan tak kan kes LIWAT lebih penting dari kes BUNUH... yang mana kedua-dua kes pun membabitkan 'public/political figure'...so, biar adil dan saksama...apa yg Anwar lalui, biar sama di lalui oleh satu pihak lagi... ambil 'statement' di balai, kalau tak datang balai, tangkap dengan anggota polis bertopeng...

May be I sound too naive, but I think that's all what most Malaysians want to see...

Anonymous said...

Walaupun doktor Pusrawi tu bukan pakar dan pemeriksaannya ke atas Saiful bukan untuk pengesahan liwat, nota-notanya membayangkan tiada liwat berlaku. Saiful telah memberitahu doktor itu dia sakit waktu nak membuang air besar, sesuatu plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya dan dia bercadang untuk membuat lapuran polis. Berdasarkan maklumat ini, tentulah doktor itu telah memeriksa Saiful bagi kesan-kesan diliwat dan nota-notanya saperti tidak ada luka, tidak ada otot-otot yang carik, dan tidak ada nanah atau darah beku membayangkan penemuan yang negatif atau pun Saiful melakukan 'liwat' ke atas dirinya sehinggakan tidak mendatangkan apa-apa kesan ke atas dirinya. Olih kerana pemeriksaan doktor itu dilakukan dulu dari pemeriksaan olih HKL dan sebelum Saiful melapur kepada Polis, tentulah tanda-tanda diliwatnya jika benar berlaku masih baru dan senang dikesan. Sekarang terpulanglah kepada HKL untuk membuktiksn pemeriksaan mereka jika mendapati Saiful diliwat, lebih betul dan saih dari pemeriksaan olih doktor PUSRAWI itu dan bukan atas arahan orang atasan, atau untuk Polis membuktikan lapuran doktor PUSRAWI itu tidak benar. Hanya bersandarkan doktor Myamar itu bukan pakar dan pemeriksaannya bukan untuk pengesahan liwat tidak memadai untuk menidakkan kandungan nota-nota perubatannya ke atas Saiful, dan bolih dianggap satu falasi dalam berhujjah. Barang diingat doktor PUSRAWI itu doktor bebas sementara HKL adalah hospital kerajaan yang biasanya dikehendaki mengikut arahan Kerajaan.

Anonymous said...

Ye, benar kata saudara di atas. Tentu doktor itu cuba mencari penyebab masalah kesihatan Saiful dan Saiful sendiri telah memberikan petunjuk. Jadi liwat dengan paksaan bukan penyebab. Yang tinggal liwat buatan sendiri atau tiada diliwat.

Fasal hendak bersumpah ni, mengapa sampai sekarang Saiful masih tak buat walhal tiap-tiap minggu dia buat kenyataan akhbar mengenainya. Penyiasatan Polis dah siap. DSAI dah kata tak mau bersumpah atas sebab2 tertentu.Jangan-jangan ni je modal yang dia ada untuk menyakinkan orang ramai, Polis dan Kerajaan dia diliwat kerana dia tau orang Melayu dan Islam tentu percaya pada sumpah. Pada teman kalau orang dah fitnah, saperti membunuh dan memakan daging saudara sendiri, qapalah sukarnya untuk bersumpah. Dia tiada bukti kukuh dan saksi sebenarnya. Heran juga teman melihat orang diliwat berkokok ke sana ke mari. Sape yang suruh?

Anonymous said...

1. I did not do it

2. I did it, but in different manner

3. I did it, but not as per the allegation

4. I did it, but not as per charge

5. I did it, but not on the date in the allegations

6. I did not do it with the boy

7. I did not do it forcefully

8. I did not do it, it's a conspiracy to lie

9 I did not do it, because I got black eye before

10 I did not do it, because all these are fixed by my enemies

11. i did it, but it's not an offence known to law

12. I did it, but why are you busy body

13. I did not do it, but the police is prejudiced

14. I never deny that

15. I never said that

16. Who says I said that?

17. Who says I didn't say that

18. Ask him, dont ask me

19. I'm too close to victory, that's why

20. Sumpah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.