Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 28, 2008

Ezam Mat Nor, Kamu Menipu Rupanya


Tapi sepatutnya, kita tak usah "kaget" kata orang seberang. Oleh kerana UMNO ni parti penipu, maka sapa masuk UMNO, otomatik terjangkit penyakit menipu ni.

Ezam cuma mengikut resmi kerbau, bila masuk kandang kerbau, dia pun menguak. Kalau dia masuk kandang kambing, dia mengembek. Hah, eloklah Ezam jadilah kamu kerbau UMNO, kambing UMNO. Duduk lah kamu berkubang dalam lumpur dan tahi UMNO.

Kalau dahulu Ezam Mat Nor sanggup merengkok dalam penjara Kajang semata-mata kerana mempertahankan kebenaran menuduh makcik Fidah korupsi, skrg ni lepas menipu mcm ni, tak tau lah nak duduk dalam penjara apa lagi, mungkin rumah pasung kat ulu mana2 kot?


Wahh, nampaknya semenjak Ezam Mat Nor menyertai UMNO ni, berubah perangai beliau dengan begitu drastik sekali. Baru tak sampai sebulan, Ezam Mat Nor telah menjadi seorang penipu.

Al maklumlah, Ezam sekarang ni dah ada boss baru. Jadi, kenalah bodek boss baru dia. Tapi nak bodek pun biarlah berpada-pada. Tengok-tengoklah sikit bila menuduh.

Dan sekarang terbukti, Ezam terlebeh mengampu sampai menipu. Orang tua2 kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak bas, kenalah ambik teksi. Terlajak kapalterbang, jadilah 911.

Tapi sepatutnya, kita tak usah "kaget" kata orang seberang. Oleh kerana UMNO ni parti penipu, maka sapa masuk UMNO, otomatik terjangkit penyakit menipu ni.

Ezam cuma mengikut resmi kerbau dan kambing. Bila masuk kandang kerbau, dia pun menguak.Bila dia masuk kandang kambing, dia mengembek. Hah, eloklah Ezam jadilah kamu kerbau UMNO, kambing UMNO. Duduk lah kamu berkubang dalam lumpur dan tahi UMNO.

Kalau dahulu Ezam Mat Nor sanggup merengkok dalam penjara Kajang semata-mata kerana mempertahankan kebenaran kerana menuduh makcik Fidah korupsi, skrg ni lepas menipu mcm ni, tak tau lah nak duduk dalam penjara mana lagi, mungkin rumah pasung kat ulu mana2 kot? Orang kat penjara pun agaknya menyampah nak tengok muka Ezam.

Dengan kenyataan Abang Rosli yang saya lampirkan dibawah ini, bolehlah kita anggap Ezam seperti jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

Kalaulah Ezam dahulu sabar sedikit lagi, sekarang ni mungkin Ezam dah jadi orang besar dalam Keadilan dan dalam dalam persada politik Malaysia. Bak kata orang tua-tua, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi Ezam tak sabar, alamat jadilah Ezam balachi Khairy Jamaluddin (yang bercita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia).

Saya nak cakap, saya kenal Abang Rosli ni. Kalau nak kaya apasal dia tunggu sekarang ni, masa Anwar jadi TPM la dia buleh sapu. Tapi berani dia sapu, kalau tak Anwar Ibrahim potong line, dan Anwar banyak kali potong line family dia. Walaupun famili dia orang meniaga, tapi takda sorang pun yang dapat laba dari kedudukan Anwar Ibrahim sebagai TPM. Kalau tidak cerita diorang ni mestilah dah terkeluar masa Anwar kena pecat dulu.

Akhir sekali, Ezam, kau sekarang ni balachi Khairy Jamaluddin. Kau jangan la terlebeh sangat sampai nanti kau jadi liabiliti. Memang rasmi balachi, bila dah tak berguna, alamat kena terajang siam la masuk tong sampah. Kau tengok la nasib Zahid Mat Arip, Roslan Kassim, Hamda Taha, Hanafiah Man dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya. Apa jadi kat diorang ni semua. Semua jadi hampas. UMNO pun serba salah dengan diorang ni. Nak ditelan mati mak, nak dluah mati bapak dibuatnya UMNO.

Yang lagi kelakar, masa PRU 2008, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip telah dihantar khas ke Parlimen Lembah Pantai, kononnya kehadiran mereka akan melemahkan peluang anak Saudara Anwar Ibrahim di dalam memenangi kerusi Lembah Pantai. Kononnya Zahid Mat Arip ada rahsia besar yang akan didedahkan berkenaan Anwar Ibrahim, bapa kepada Nurul Izzah calon Lembah Pantai.

Ruslan Kassim dihurung kesana kesini terutama di Negeri Sembilan tempat Dato' Kamarul. Dulu, masa Keadilan, berapa banyak duit Dato' Kamarul habis tolong si Ruslan ni. Masa 2008, Roslan yang sama jugak yang datang menista Dato Kamarul di Parlimen Teluk Kemang, tempat Ruslan pernah bertanding dulu.

Tapi apakan daya, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali puak-puak bajingan bekas KeAdilan ini dihanyutkan air loji penapis najis adanya. Kehadiran Ruslan, Hamdan, Hanafiah, Zahid dan sekutu2 TIDAK MEMBERI KESAN. Semua kawasan puak2 ni berkempen, SEMUA UMNO KALAH TERGULING. Dato Kamarul, Nurul Izzah, Kak Wan menang dengan jayanya dan mereka bersemayam di atas takhta kerusi parlimen mereka bak raja-raja di kayangan. Akibat orang menyampah tengok puak-puak talam dua muka ini, yang dah bercadang nak undi BN pun tak jadi undi.

Kepada Ezam, berentilah menjaja fitnah ke sana ke mari. Hakikatnya, kamu lari dari KeAdilan kerana kamu kalah beradu. Kamu masuk gelanggang, belum habis berlawan kamu dah mengaku kalah. Bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Kamu asyik berkata Anwar tak setia dengan perjuangan Melayu. Habis, Pak Lah, Khairy dan sebagainya, bukan ke diorang ni setia pada Singapore? ( Mengikut dakwaan Bekas Perdana Menteri)? Kamu nak kata Anwar Agen Asing, habis Khairy mcmna?

Puak-puak pengacau ni, bak kata arwah direktor Ahmad Nisfu, "Kecik kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang". Itulah ibarat yang tepat berkenaan Ezam Mat Nor dan juak-juak beliau semua.

Hakikatnya Ezam, kamu pengecut. Kamu tahu gagasan kamu telah ditolak, lantas kamu lari dari perjuangan dan kamu pergi menjilat ludah kamu semula. Cerita kamu telah masyhur seantero dunia. Semua orang tahu kamu bercadang masuk UMNO sejak lama dahulu, masa 2004 lagi. Pergi berjumpa Dato Aziz Samsuddin, lepas tu bila lobang pecah, kamu fitnah si Lokman Nor Adam. Kesian Lokman Nor Adam jadi mangsa fitnah kamu, Ezam Mat Nor.

Memang bangsa kamu bangsa lidah bercabang, bangsa telunjuk lurus kelingking berkait. Tak boleh dipercayai hatta masa dalam KeAdilan lagi saya dah tahu perangai kamu.

Ingatlah pesananan orang tua-tua: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Kepada pembaca sekelian, coretan ini seharusnya menjadi peringatan. Barang yang buruk jadi sempadan, barang yang baik jadi tauladan.

Sekian adanya.

Tulang Besi

Adik Anwar nafi masuk KDEB
KUALA LUMPUR 27 Jun - Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rosli, hari ini menafikan beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan ia dilakukan bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan abangnya yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau berkata, bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor seharusnya mengemukakan bukti mengenai perkara itu terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelak akan memakan dirinya sendiri.

''Dia (Mohamad Ezam) jangan lupa bahawa abang saya pernah menjadi majikannya. Justeru, sebelum membuat sebarang tuduhan yang menganiaya orang lain, dia patut fikir dahulu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mempersoalkan kemungkinan Anwar mengamalkan nepotisme dengan melantik ahli keluarga sebagai penasihat dalam KDEB.

Rosli menegaskan, beliau tidak pernah dilantik secara rasmi sebagai penasihat dalam syarikat tersebut.

Justeru, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu kini boleh menjadi isu.

Bagaimanapun, Rosli mengakui, beliau mengenali Presiden KDEB, Datuk Abdul Karim Munisar sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, sebagai rakan perniagaan, beliau ada memberi nasihat kepada Abdul Karim ketika Presiden KDEB itu berhadapan dengan masalah.

''Saya tidak terlibat atau mempunyai kaitan langsung dengan KDEB dan saya mempunyai syarikat sendiri.

''Sebagai adik kepada seorang yang berpengaruh, tohmahan seperti ini memang tidak dapat dielakkan,'' ujarnya.

Beliau kesal dengan tindakan Mohamad Ezam itu yang sebelum ini pernah menganggap Anwar sekeluarga seperti keluarganya sendiri.

Menurut Rosli, anggapan itu kini telah berubah apabila Mohamad Ezam sanggup menikam 'ahli keluarganya' dari belakang.

Dari Web Kesah Ezam


Recent Postings On Malaysiawaves:

2 comments:

aziz said...

Ezam, kamu tidak akan mendapat undi aku sampai akhir hayat aku.

tarak suka samyvelu punya orang said...

dei macha,apa la korang ni,tak habih2 mencaci.kitorang sudah kasi lu org suruh kerja untuk kta la.apa bikin ini macam banyak bising.semua manusia sama la,mana ada mau mari politik utk jasa kepada rakyat?BN ada buat sikit2 lepas kalah PRU.lu orang apa buat?tunjuklah u org punya idea utk tolong sama rakyat susah.Lu orang pun serupa BN punya samyvelu juga la.tarak bikin kerja tapi kasi janji banyak manis.jangan jadi itu macam la,anuar mari kah?anuar punya adik mari ka,itu kita tarak peduli la.lu punya 5 negeri kasi turun harga minyak boleh ka?kasi turun harga barang boleh ka?kasi sekolah tamil baik punya boleh ka?lu orang pikir pasal itu la.skrg bawah u org punya tangan ini 5 negeri mesti mau jadi macam itu brunei,lu org juga dulu cakap BN tipu ikut lu orang kita boleh kaya raya hidup senang,serupa juga la machan.ini macam kalu lain pilihanraya kita siapa pun tarak undi la.pak lah tarak tipu pun ya org macam lu org cakap la.kalau dia tipu punya orang,ini pakatan tarak menang pilihanraya ini macam la.lu maki ezam ok la,tapi kita timur punya orang ada hormat sama orang lain punya bangsa la.dia pun manusia juga,serupa macam kita punya anwar dia pun cari makan juga,org punya makan punya kita tarak baik kacau la macha.
Hidup Melayu
Hidup Cina
Hidup India
Hidup Asli
Hidup Bumiputera M'sia Timur
Hidup Badawi punya anak
Hidup Ibrahim punya anak
Hidup Malaysia
kita org pun kasi hidup la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.