Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 6, 2008

Harga Minyak: Kita Bagai Jatuh Ditimpa Tangga


Secara mudah, UMNO terpaksa membuat pilihan: samada mengurangkan korupsi atau menarik subsidi. Hari ini pilihan UMNO jelas kita lihat. UMNO lebih mementingkan korupsi dari mengurangkan beban rakyat. Mana mungkin pemuka-pemuka UMNO sanggup melepaskan diri dari kehidupan senang lenang yang tidak memerlukan usaha yang banyak.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan Barisan Nasional, apakah dosa kami rakyat Malaysia sehingga dihukum begini? Apakah dlm lima tahun kebelakangan ini tidak cukup lagi penyiksaan yang dikenakan ke atas kami rakyat Malaysia selama lina tahun sebelum ini dengan kenaikan harga barang2an yang semakin meninggi.

Maklumat yang saya dapati dari sumber Putrajaya saya, telah berlaku perbedaan pendapat yang begitu serius antara Pak Lah dengan Najib Tun Razak berkenaan jumlah kenaikan harga minyak ini (naik tetap naik, cuma berapa??). Budak2 tingkat 4 mencadangkan supaya kenaikan 30 sen sudah memadai tetapi Najib hendakkan kenaikan ke tahap RM2.70. Akhirnya, tak tau kenapa, Pak Lah mengalah kepada kehendak Najib Tun Razak. Pokoknya, UMNO secara ijma telah bersetuju untuk menaikan harga minyak tetapi berbeza pendapat dari segi jumlah.
Saya tak tahu kenapa UMNO begitu konfiden dengan tindakan mereka menaikkan harga minyak ini. Maklumat saya itu juga berkata, antara faktor yang menyebabkan BArisan Nasional begitu berani untuk mengambil tindakan ini adalah:

Mereka berpendapat bahawa orang Melayu secara majoriti tidak akan marah dengan kenaikan ini kerana rata2 orang Melayu tinggal di kampong dan tak begitu banyak menggunakan minyak
Lagi pula, dengan harga komoditi yang begitu tinggi (kelapa sawit dan getah), rakyat di kampong tidak akan terasa sangat dengan kenaikan ini
Yang akan terasa adalah masyarakat bandar. Masyarakat telah menolak BArisan Nasional baru-baru ini dan tidak mungkin BN dapat menarik sokongan mereka dalam masa terdekat ini.
Dengan sokongan masyarakat kampong sahaja Barisan Nasional mampu menguasai Parlimen walaupun tiada 2/3
Di dalam Pemilu seterusnya, masyarakat kampong akan terus menyokong Barisan Nasional dan UMNO. Lagi pula, UMNO akan memainkan sentimen Melayu yang akan menjamin sokongan Melayu yang tinggi.
Lagi pula, SPR, JPN, Polis, Tentera, media-massa dsbnya akan terus membantu Barisan Nasional bagi memenangi pilihanraya seterusnya.
Dalam PRU 13 nanti, bilangan pengundi Melayu akan melebihi PRU ke 12 baru2 ini. Ertinya UMNO akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding dgn sekarang walaupun dengan hanya bergantung kepada undi Melayu sahaja.

Secara umumnya, UMNO telah membuat perkiraan. Yakni, antara pengundi2 bandar dan kroni2 UMNO, mereka lebih mementingkan kroni mereka kerana pengundi2 bandar di Malaysia tidak mampu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Lagi pula, dalam 5 tahun lagi, banyak perkara lain yang dapat dilakukan oleh Barisan Nasional untuk melonggarkan sokongan pengundi bandar kepada pembangkang. Oleh kerana itu, UMNO secara yakin telah menaikkan harga minyak, baru2 ini.

Apa ertinya pengundi-pengundi bandar berbanding kroni-kroni UMNO yang boleh menjamin kekayaan mudah dan senang bagi pemimpin2 UMNO. Lagi pula, penarikan subsidi ini perlu bagi menjamin pembaziran, projek2 gajah putih, kronisma, nepotisma, korupsi yang menjadi amalan asasi UMNO/BN dapat diteruskan.

Secara mudah, UMNO terpaksa membuat pilihan: samada mengurangkan korupsi atau menarik subsidi. Hari ini pilihan UMNO jelas kita lihat. UMNO lebih mementingkan korupsi dari mengurangkan beban rakyat. Mana mungkin pemuka-pemuka UMNO sanggup melepaskan diri dari kehidupan senang lenang yang tidak memerlukan usaha yang banyak.

Dan tidak apa rakyat Malaysia menderita kerana pada akhir nanti, Barisan Nasional tetap akan memenangi pilihanraya, hasil usaha SPR, JPN, media massa, Polis, Tentera dsbnya.

Lagi pula, orang Melayu mudah ditipu dengan sentiment dan kebanyakan orang Melayu tidak merasai keperitan ini kerana mereka tinggal di kampong.

KENAIKAN INI ADALAH SEBAB KORUPSI, BUKAN SEBAB HARGA PASARAN DUNIA

Hakikatnya, kenaikan harga minyak baru2 ini adalah berteraskan kepada amalan rasuah dan korupsi yang UMNO tidak mahu memberhentikannya. Faktor harga pasaran dunia sepatutnya tidak menjadi hal sangat kerana Malaysia adalah pengekspot minyak sedunia.
Lebih2 lagi Malaysia baru sahaja menjumpai telaga2 minyak yang baru.

Pimpinan Pakatan Rakyat mesti menyedarkan rakyat Malaysia berkenaan fakta ini. Media murahan Barisan Nasional akan terus menerus menyalahkan harga pasaran dunia di atas kenaikan ini.

Pada hakikatnya kenaikan ini masih boleh dikawal sekiranya kerajaan Malaysia tidak korup. Kesedaran rakyat, khasnya orang Melayu terhadap keburukan rasuah mesti dipupuk sempena isu ini kerana perkara ini akan berterusan sekiranya rakyat lali dengan korupsi.
Artikel saya sebelum ini bertajuk Petrol Prices Plan By Government: Protecting the Corruptors Pt 1 and Pt 2 ada memberi sedikit gambaran bagaimana kenaikan harga minyak sedunia dapat ditangani dengan tidak mengurangkan subsidi.
Harus diingat bahawa amalan korupsi UMNO dan Barisan Nasional akan terus menerus berjalan selagi rakyat Malaysia masih lali ataupun masih beranggapan bahwa rasuah tidak mempunyai kesan terhadap kehidupan seharian mereka.
Kenaikan harga minyak ini adalah contoh terbaik bagaimana silapnya pemikiran seperti ini. Dan inilah cabaran kepada Pakatan Rakyat di dalam mengubah minda rakyat terutamanya orang Melayu yang amat tidak sensitif dengan rasuah kerana alasan mereka adalah rasuah pemimpin atasan tiada kena mengena dengan kehidupan seharian.

MITOS HARGA MINYAK DI MALAYSIA TERMURAH DI ASIA TENGGARA

Wahai Barisan Nasional, hentikan penipuan kamu. Rakyat telah muak dengan kata2 dusta kamu. Mengapa kamu tidak bandingkan harga minyak Malaysia dengan Brunei? Mengapa dibandingkan dengan negara2 pengimpot minyak seperti Indonesia, Thailand dsbnya, sedangkan Malaysia adalah pengekspot minyak? Mengapa harga kereta di Thailand dan Indonesia lebih murah berbanding Malaysia? Mengapa fakta bahawa Singapura mempunyai sistem kenderaan awam di SIngapura menyebabkan rakyat mereka tidak perlu berkereta berbanding Malaysia?
UMNO tidak menyatakan fakta2 ini kepada rakyat. Cara hidup mewah “UMNOPUTRA” mesti dipertahankan walaupun ianya bermakna rakyat akan menderita. Itu semua tidak menjadi permasaalahan kerana yang penting adalah kekayaan dan kepentingan UMNOPUTRA dan kroni-kroni mereka.

4 comments:

Zubli Zainordin said...

Saya telah baca, terima kasih. Saya ada link sedikit di A Total Blog yang you lawati dan letakkan komen.

Anonymous said...

Di Malaysia kaum lebih penting drpd harga minyak... tulah realiti dan sentiasa dipergunakan oleh ahli2 politik BN. mereka sentiasa memainkan sentimen kaum tuk menakut-nakutkan rakyat supaya apa yg mereka hajati dpt dilaksakan tanpa dipersoalkan oleh mana2 kaum! tulah kelemahan kita dan kelebihan ahli politik BN. rakyat kena sedar, selagi tue kita ttp dipermainkan oleh org2 BN ni sampai kita mati kecewa.
"UNDILAH BN UNTUK MASA DEPAN YG GELAP"

benua said...

Jangan jadikan isu keniakan harga Minyak dengan politik demokrasi .... kesempatan ini dinanti-nanti oleh setiap Ahli-ahli politik untuk menaikkan undi mereka ...! ada baiknya mempunyai Parti pembangkang ini kerana menjadi mata dan telinga rakyat.

Anonymous said...

senang sj..suruh setiap ahli politik jadi ahli gusti..siapa menang dia memerintah...hahaha...dua dua pun sama...kerajaan or pembangkang...confirm mesti ada yang hati buruk,hati manusia tiada siapa yang tau...klu ader org leh tau,takder la undang2 kat malaysia...sbb leh teka hati org.

HIDUP UNDANG-UNDANG UNTUK PENYALAHGUNAAN ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.