Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, July 12, 2008

Kenapa PAS Mudah Melatah? Di Mana Kematangan Kita?

This article is found at www.tranungkite.net/v7 at here

Saya telah membaca banyak posting dari berbagai pihak. Antaranya, saya ambil dari Ustaz Nik Muhammad Abduh. Di antaranya tulisan Ustaz Nik Muhammad Abduh yang bertajuk “Apa Alternatif PAS?”.

Saya kepingin untuk bertanya kepada Ustaz Nik Muhammad Abduh, mengapa perlu bertanya sedemikian? Bukankah kita tiada alternatif melainkan menyempurnakan komitmen kita kepada Manifesto Negara Berkebajikan yang kita janjikan kepada rakyat Malaysia pada PRU 2008?

Saya juga hairan, adakah kerana satu insiden di mana penganjur progam telah ditipu oleh Hishamuddin Rais dan sebenarnya kelemahan pihak penganjur berbanding perkara lain?

Maka kita hendak mengkaji semula hubungan kita dalam PAkatan Rakyat?

Kita hendak memulakan langkah bekerjasama dengan UMNO? Lupakah bahawa UMNO juga amat galak di dalam menganjurkan konsert dan program hiburan? Adakah kita anggap bahawa dengan bekerjasama dengan UMNO, maka program2 hiburan serta konsert akan terhenti?

Lupakah kita di kala kita keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan menyertai UMNO/BN, maka 50% dari rakyat Malaysia akan menolak kita bulat2. Yakni rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam.

Di kala itu, PAS hanya dapat mengharap sokongan dari 50% lagi rakyat Malaysia sahaja. Dan di kala itu juga, PAS terpaksa bergantung harap dengan UMNO. PAS sudah tidak ada apa-apa pilihan lain. DI kala itu, sekiranya UMNO hendak menganjurkan program hiburan dan konsert, apa yang PAS boleh buat?

Di kala itu kiranya PAS keluar, PAS sudah tidak akan diberikan kepercayaan lagi oleh orang bukan Islam dan bukan Melayu dlm Negara ini. Orang Melayu pula tidak perlu lagi menyokong PAS kerana UMNO sudah kuat dan dominan.

Hasilnya, PAS akan jadi parti “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”, seperti parti yang “lebih kuah dari sudu”, seperti parti yang “hidup segan mati tak mau”. Sekiranya tidak, maka ingatlah, itulah yang telah berlaku kepada PAS selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 satu ketika dahulu. Adakah kita hendak dipatuk pada satu lubang dua kali?

Lupakah kita bahawa PAS pernah ditipu dan dikhianati oleh UMNO. Lupakah kita bagaimana pahitnya pengalaman ditikam dari belakang hanya kerana di waktu itu UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan apa2 lagi pergantungan dan sokongan dari mana-mana pihak?

Apakah setengah2 pimpinan PAS begitu yakin bahawa UMNO akan menerima Islam secara menyeluruh? Begitu “na├»ve” sekali setengah2 pihak ini.

Lupakah kita bahawa UMNO lah penghalan perlaksanaan Islam selama ini. Sekiranya UMNO menerima perlaksanaan Islam, nescaya Islam sudah terlaksana di Malaysia. Apa jaminan bahawa UMNO akan mengota janji mereka, selepas kita melompat ke kandang mereka?

Pakatan Rakyat Memberi Peluang Dakwah Kepada Non Muslims

Lupakah kita kemenangan kita baru2 ini memberi peluang kepada PAS untuk menyampaikan keadilan dan kecantikan Islam kepada mereka yang tidak beragama Islam. Lebih-lebih lagi kita tidak mahu melaksanakan syariat Islam ke atas mereka yang tidak beragama Islam.

Sekiranya mereka dapat melihat betapa adil dan saksama pemerintahan Islam, nescaya mereka tidak menentang perlaksanaan syariat Islam ke atas orang Islam di Malaysia ini.

Apa yang dikehendaki oleh orang bukan Islam hanyalah sebuah pemerintahan yang dapat menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Pengalaman saya dengan Parti Tindakan Demokratik DAP menyatakan bahawa mereka adalah sebuah partai yang pragmatik. Sekiranya perlaksanaan syariat Islam tidak menggangu tahap sokongan rakyat bukan Islam terhadap mereka, nescaya mereka tidak menghalang.

Lupakah kita pada satu masa, DAP pernah menganjurkan forum dan dialog untuk PAS menerangkan konsep Negara Islam kepada orang Cina dan India? MAlangnya, kita pada masa itu gagal menyakinkan mereka dan hasilnya orang CIna dan India menolak PAS dlm PRU 2004 secara total menyebabkan kita kalah di banyak negeri.

Seharusnya sekarang ini difikirkan secara serius bagaimana hendak menggunakan kebebasan yang kita nikmati di lima negeri ini bagi menghilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap perlaksanaan syariat Islam.

Bukannya melatah dan membuat cadangan yang hanya akan merugikan PAS dan perjuangan Islam.




12 comments:

Nostradamus said...

Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you?

Malaysians in dilemma? So many events and news both real and unreal. Don’t know who to believe? Bombarded with too much spins. These are the quotes, we now hear.

“Give up”, “Fed up”, “Wait and See”, “Lost interest”, “Headache”, “Cannot believe anyone”, “Who to believe ah?”, “Niamah”, “Pening kepala”, “Pening otak”, “Sudah lah”, “Pi mampus”, “Insyallah (God Willing)” or raise your palm and fist and put them together on National tv or www.Youtube.com or www.malaysiakini.com or www.Malaysia-today.net or other blogs.

Why? Because it depends on what you want to perceive and your bias toward your own race, color, religion, party, groups, interests, superiority or plain dumbness.

That makes you something of a Jeykll and Hyde if you can’t differentiate between facts and fictions, good and evil, right and wrong, true or false. Too many Malaysians can’t decide now whether to become Jeykll or whether to become Hyde or when to become Jeykll or when to become Hyde.

Think hard and search your conscience from deep within and “Viola” you can differenciate between Night from Day. Throw out bias towards race, creed, superiority, affiliations, religion and beliefs, greed, power, cronyism etc and then see whether some of the things happening around is right or wrong , true or false, evil or good, facts or fiction.

1. Altantuya was killed and blown to bits. (Fact or Fiction).
2. Sodomy is as evil as murder. (True or False).
3. Anyone accused are innocent until proven guilty. (True or False).
4. Statutory Declarations and Police reports can be made to fool people. (True/False).
5. Anyman or woman will swear on his religion or beliefs to save his own skin. (True/False).
6. Race superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction).
8. All poor people need to be helped by Government. (True or False).
9. Corruption is a fact of life and should be tolerated. (Fact or Fiction).
10. ISA is needed because prevention is better than cure. (Fact or Fiction).
11. Free education is a right for all Malaysian children. (True or False).
12. Free healthcare is a right of all Malaysians. (True/False).
13. Free speech is a right of all Malaysians. (True/False).
14. Freedom of religions and beliefs is a right of all Malaysians. (True/False).
15. Liberty is a right of all Malaysians. (True/False).
16. All Malaysians and the world can be converted to a single culture, religion, race in future. (Fact or Fiction).

To be continued……

From: Patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

tak baik la tuduh hishammudin rais menipu PR. perkara tersebut berlaku secara tak sengaja

yang lain saya setuju

Serious Shepherd said...

Perbezaan DAP dan UMNO ialah kalau DAP buat konsert tayang punggung ke, bantah undang-undang yg haramkan mini skirt ke, hadkan penjualan arak ke, haramkan pusat judi ke, kurang-kurangnya PAS boleh sound balik, 'Agama korang boleh buat macam tu ke? Kenapa anak pompuan korang tak pakai mini skirt pergi sekolah? Kat sekolah korang ada tak jual arak kat kantin atau mesin judi dalam kelas?' Kalau UMNO, susah sikit nak sound sebab diaorang mcm sesumpah.

Lagi satu, UMNO asyik anggap PAS macam ustaz dari kampung yang bendul lagi mudah kena tipu. Nak kena tipu lagi ke?

CHee XtheMan said...

If PAS were to join or Pakat with Umno. NO PROBLEM :-).... Next GE YOU will lose all vote from non malay forever indeed !!

Umno have cheated non-malay for 50 years, all bilions ringgit of tax money from non malay given to gov .... and gov have done nothing for non malay. It may sound a bit of racist here but it is TRUE. We are not asking for any chinese supremacy or indian supremacy and sabahan and Sarawakian supremacy. We just wanna to have a better gov policy towards non malay. It is wrong here ? After all, we all Malaysian.

Tulang Besi said...

cheethexman says:
If PAS were to join or Pakat with Umno. NO PROBLEM :-).... Next GE YOU will lose all vote from non malay forever indeed !!

MY REPLY: I agree chee, i think u make a very good point

Tulang Besi said...

seriuos shepard,

Betul hang cakap tu. PAS kena berfikiran terbuka dan realistik.

Jgn mudah terpengaruh dgn janji manis UMNO.

PAS kena sedar UMNO tu setan.

thaqif said...

Tulang besi,

Denan brutal dah lama tunjuk punggong,tak kan lah Pas nak join org macam tu.Budak-budak Hisham tu ,kan ke budak muda boleh lagi di dakwah,peluang Nik Abduh nak dakwah lebih mudah pada mereka ,berbanding dgn Denan Brutal.Tolong lah org Pas fikir panjang,sebelum buka mulut.Dakwah,dakwah,dakwah itu yg penting.Bukan,kutuk,kutuk kutuk,hai tak faham aku dgn puak yg kononnya pandai ugama ni,sempit sangat fikiran mereka.

ben said...

Read here :-
1. It's the economy, stupid!

2. An economic agenda to consider

3. Read more

CHee XtheMan said...

Finally, Badawi said Umno is in talking with PAS.

ofcoz, As non malay will be a bit feel not good indeed .... but i shall wait and see ... how royal PAS to PR, What is PAS real intentions is ?

Anonymous said...

not only PAS will lose non-muslim vote... they'll also lose muslim votes too.. mine included and i'll campaign to all others that this is not what Islam promote as the way of life...
i am beginning to doubt PAS intentions.. which/what is they promoting? Islam or Malay rights? it can't be both.. so far Tuan Guru Nik Aziz and Husam still consistent with promoting Islamic way of life.. Haji Hadi..Nasharudin..??

TeohZY said...

Saudara tulang besi,

Chill, dude. Don't worry. Daripada pengalaman saya belajar di Universiti Malaya, saya dapati kebanyakan kawan saya yang kaum Melayu merupakan orang PAS. Orang PAS bukannya apa-apa yang ditakuti seperti yang cuba digambarkan oleh media BN. Setakat ini saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah bergaul dengan orang PAS walaupun saya ialah penyokong DAP. Orang PAS dan orang UMNO adalah berbeza sekali. Saya mendapati orang PAS mempunyai prinsip dan pegangan agama yang kuat manakala orang UMNO hanya fikirkan 'ketuanan' dan kekayaan sahaja. Saudara tidak perlulah mengendahkan muslihat UMNO untuk memecahbelahkan PR. Kalau orang yang berketurunan tionghua seperti saya juga mempercayai PAS, saudara juga patut mempercayai parti sendiri.

Anonymous said...

saya pun rasa biar para pimpinan atasan pas dan umno buat perbincangan awal dulu. pas tu kita lihat apa yang berlaku. kalau pas nak bersatu dengan umno jugak baru kita boleh kata2. apa2 pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.