Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 30, 2008

Laporan Pemeriksaan Saiful – Apa Reaksi “Fraksi UMNO” Dalam PAS?(English Version Below)

When Anwar was first accused of sodomy, the PAS President wrote a book condemning such act in toto. Now, the PAS President has even refused to meet Anwar Ibrahim and offer his sympathy on a personal basis. It’s clear that the poison the UMNO Fraction is administering is working and must be diluted.

That however will change, God’s willing since the Mohammad Osman report totally rule out SAiful Bukhari ever being sodomized. The issue should now be put at rest and so shall any PAS leaders who doubt Anwar’s innocence.

Akhirnya terdedah juga. Mula-mula kita hanya mendengar khabar angin, selepas itu ia menjadi dakwaan beberapa pimpinan dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Laporan pemeriksaan ke atas Saiful oleh Dr Mohammad Osman di PUSRAWI menunjukkan Saiful Bukhari tidak pernah diliwat.

Ini bererti tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah palsu semata-mata. Dan mereka yang mempercayainya samada tertipu ataupun mudah ditipu. Kita masih tidak lupa kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada akhbar The Star yang menyatakan bahawa orang Melayu sudah semakin ramai mempercayai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.

Ini kerana beliau sendiri mempercayai tuduhan tersebut. Beliau telah ditalipon secara pribadi oleh Perdana Menteri, Dato Abdullah Ahmad Badawi di mana beliau diberitahu terdapat laporan pemeriksaan yang menjumpai kesan DNA Anwar Ibrahim pada Saiful Bukhari. Pak Lah telah mendakwa bahawa laporan kesihatan itu cukup kukuh dan Anwar Ibrahim akan terdedah kepada umum akan tabiat beliau yang jijik dan memualkan itu.

Timbalan Presiden tatkala menerima panggilan tersebut terus sahaja mewarwarkan kepada pimpinan PAS tertentu terutamanya pimpinan dari “Fraksi UMNO” seperti DAto Hasan Ali dan Mustafa Ali. Timbalan Presiden PAS tersebut cuba juga untuk memberitahu Ustaz Harun Din tapi hajat beliau tidak kesampaian.

Soalnya sekarang, kenapa Timbalan Presiden PAS begitu mudah menerima maklumat dari orang2 yang bertanggungjawab menyiksa serta menindas PAS sejak merdeka lagi? Mengapa tidak merujuk kepada isteri tertuduh terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan. Atapun, mengapa tidak merujuk kepada orang yang tertuduh terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Dari segi logiknya pun, apa sahaja maklumat dari pihak UMNO/BN boleh dikategorikan sebagai “bias” dan justeru tidak boleh dipercayai bulat-bulat.

Lagi buruk apabila maklumat ini dijaja kepada pimpinan-pimpinan dalam Dewan Ulama dengan tujuan untuk menarik mereka kepada menyokong “fraksi UMNO” dan usaha mereka untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Jadi tidak hairanlah terdapat pimpinan-pimpinan yang jelas ikhlas tetapi terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh “fraksi UMNO” dalam PAS ini. Syukur kepada Allah SWT, Tok Guru Nik Aziz tidak mudah termakan dengan dakyah yang begitu jijik ini.

Dan dengan kuasa Allah SWT untuk mengajar si pendakyah tersebut, tiba-tiba golongan “Kaum Lut” telah mengadakan pesta mereka dalam kawasan parlimen yang diwakili oleh beliau sendiri. Begitu cepat Allah SWT mengaibkan orang yang mula-mula menyebarkan fitnah di kalangan pimpinan PAS.

Timbalan Presiden ini jugalah yang bertanggungjawab mengendurkan pendirian Presiden PAS di dalam isu ini. Kalau semasa Anwar Ibrahim mula-mula dituduh meliwat, Presiden PAS telah menulis sebuah buku bagi mengutuk tindakan “Qazaf” ke atas Anwar Ibrahim, maka sekarang ini, Presiden PAS tidak mahu bersua muka langsung dengan Anwar Ibrahim hatta untuk menyatakan simpati dan atas dasar kemanusiaan si atas kezaliman yang menimpa Anwar Ibrahim. Tak perlu pun bercakap politik.

Yang saya tahu, mangsa kezaliman haruslah dibela oleh mana-mana orang Islam tidak kira mangsa kezaliman itu bernama Anwar Ibrahim ataupun Muthusamy A/L Thillagadurai. Bukankah itu ajaran dari Allah SWT dan Rasul Nya SAW? Malahan adakah kita yang menerima tarbiyyah Islami sudah boleh menerima dan menyebarkan fitnah?

Bagaimana sifat kemanusiaan ini boleh hilang saya hanya mampu menggaruk kepala saya yang tidak gatal. Hanya kerana satu panggilan dari Presiden UMNO, maka semua prinsip dan akidah tergadai. Paling paling pun, ambil sikap diam dan tunggu. Itu lebih selamat.

Klasifikasi Mereka2 Yang Menyokong Muzakarah/ Penyertaan PAS ke Barisan Nasional

Suka saya ingatkan bahawa bukan semua pimpinan yang bertuju dengan idea muzakarah atau penyertaan PAS ke Barisan Nasional ini bersalah. Majoriti dari mereka terutamanya di kalangan ulama telah mendapat maklumat yang tidak benar.

Maklumat-maklumat ini dengan sukarela disebarkan di penglipur lara kan oleh fraksi UMNO tadi, yang mereka telah mendapat tawaran yang cukup lumayan dari UMNO.

Misalnya, Dato Hasan Ali dengan terus terang ditawarkan jawatan Menteri Besar Selangor. Saya sendiri mendengar berkenaan tawaran tersebut. Cumanya, yang disangsikan adalah “perjanjian” tersebut hanyalah di antara PAS dengan UMNO (kalaupun ada). Sepatutnya, ianya melibatkan sekali pihak Istana untuk menjamin ketulenan perjanjian tersebut. Apa kata sekiranya tawaran UMNO diterima dan pada hari Dato Hasan hendak mengadap Istana, diberitakan Paduka Sultan tidak bersetuju kerana mana mungkin parti yang kecil boleh mencalonkan calon Menteri Besar? Ini adalah “trick” UMNO yang biasa mereka lakukan. Dan harus diingat, di kala itu, apa yang PAS boleh lakukan? Keluar Barisan Nasional dengan hanya 8 kerusi yang majority dimenangi dengan undi bukan Islam? Jadilah PAS parti melukut di tepi gantang.

Ramai di kalangan para ulama dalam PAS termakan dengan racun2 yang disemai oleh “Fraksi UMNO” ini menjadikan mereka risau dan gundah gulana. Kebanyakan maklumat yang diberikan kepada mereka adalah samada penipuan ataupun “half-truth”. Benda yang kecil diperbesarkan, benda yang tiada diada-adakan.

Dengan kata lain mereka yang menyokong tindakan ini dibahagikan kepada dua kategori: a. Mereka yang benar-benar mahu PAS menyertai Barisan Nasional kerana kepentingan peribadi (fraksi UMNO dalam PAS) b. Mereka-mereka yang tertipu dengan dakyah yang disebarkan oleh fraksi UMNO tersebut.

Akhir kata, saya tertunggu-tunggu untuk melihat reaksi dari “fraksi UMNO” ini setelah penipuan yang mereka sebar terdedah penipuannya. Sekiranya mereka ini ada sedikit lagi maruah dalam diri mereka, nescaya mereka akan meletakkan jawatan mereka di dalam parti. Tapi saya tak yakin mereka akan melakukan demikian kerana memang mereka2 ini adalah bangsa yang mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa malu dan segan lagi

Tulang Besi

(English Version)

At long last the report was made public. At first we only heard rumors about the existence of the report but now the report has been made public. Dr Mohammad Osman, a physician with PUSRAWI had medically inspected Saiful Bukhari and discover there is no evidence of sodomy or penetration on Saiful anus ever.

The report puts the entire issue at rest. Anwar Ibrahim is cleared of all guilt with regards to the latest accusation put upon him by Saiful Bukhari. The exposure has sent panic to so many quarters within Malaysia, namely the “UMNO Faction” within PAS.

The entire Anwar-Sodomy accusation is part of a devious plan to destroy Anwar Ibrahim permanently from Malaysian political scene. To take out Anwar is crucial in maintaining the grip on power that the UMNOPUTRA has since “Merdeka”. It seems Anwar Ibrahim provides a viable alternative to the people of Malaysia as the next Malaysian Prime Minister.

The BN candidate for Prime Minister is Najib Tun Razak, currently embroiled in the Altantunya scandal. Therefore, it is not a surprise on one fine day, the Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi made a phone call to Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa and informed Nasa that a medical report has been made on Saiful Bukhari and in the report evidence of Anwar Ibrahim’s DNA is found in the boy’s anus.

Nasa, not being smart as usual, immediately informed the “UMNO Faction” in PAS which includes Mustafa Ali and Dato’ Hasan Ali. Being already bought over by UMNO, this piece of “mis”-information is instrumental in their bid to poison members of the “Syura” council.

Apart from the usual “Melayu” and “Islam” is under threat line, the Anwar Sodomy possible conviction is the straw that broke the camel’s back. It managed to shake the faith of many leaders including the President himself. However, the Mursyidul Am’s ability to see the tree from the forest has to be commended. He is neither effected nor shaken by the piece of information provided by NAsa. He stuck to his guns and fought through.

In fact, Nasa was so confident with the information, he dared to show his confidence in the Pak Lah information in the interview with Karim Raslan. The effect of Nasa, Mustafa Ali and Hasan Ali misinformation campaign is so dire that it is reflected in the PAS President’s actions or rather lack of action.

When Anwar was first accused of sodomy, the PAS President wrote a book condemning such act in toto. Now, the PAS President has even refused to meet Anwar Ibrahim and offer his sympathy on a personal basis. It’s clear that the poison the UMNO Fraction is administering is working and must be diluted.

That however will change, God’s willing since the Mohammad Osman report totally rule out SAiful Bukhari ever being sodomized. The issue should now be put at rest and so shall any PAS leaders who doubt Anwar’s innocence.

Also, even is NAsaruddin is not evil, PAS members should reject him as their leader because clearly he exhibits incompetence and gullibility. A leader at national level must never be one with these negative qualities. It’s a disgrace and PAS members must take positive actions to remove Nasaruddin, Mustafa Ali and Hasan Ali for good.

Classification of UMNO Supporters in PAS

Please bear in mind that the pro-umno faction in PAS is not monolithic. They can be divided into 3 types:

a. Those who have direct interest, or rather will be directly rewarded by UMNO i.e. Ustaz NAsaruddin promised the position of DPM, Hasan Ali-MB of Selangor and Mustafa Ali - Senator and Cabinet Minister

b. Those concerned about the future of Islam and Malays : They are told that under Pakatan Rakyat, Islam will be destroyed and Malays will be relegated to a mongrell race. Tuan Guru President is a prime example.

c. Of course, there are the moles: Mustafa Ali as the internal operatives and Rameli Musa being a corporate head close to PAS leadership. Rameli Musa just won himself a RM2billion contract from the government. So go figure. He's willing to betray his own ideals and friends for money.
Mustafa Ali have been feeding inside information and submitting Harakah final draft to PM office for a long time.

The Modus Operandi is simple, the moles will provide motivation and promises of rewards to leaders they deemed as gullible. The gullible leaders then will conduct internal misinformation and spread feeling of insecurity and worries. As a result they gain critical mass and 'causes a split in the party.

Nasaruddin, if he wasn't such an imbecile, he wouldn't have put himself in this position.

.

19 comments:

Anonymous said...

PAS, if you betray Rakyat trust,Make no mistake, the next election Rakyat going to destroy you the same way we going to destroy UMNO.

Anak Perelih said...

Saya rasa ini adalah satu fitnah... Mana dapat info ni ha...????

siapa kata TG Haji Hadi tidak mahu bersua muka langsung dengan Anwar??? padahal kita tahu 2-3 hari sebelum 'karnival' di Stadium Kelana Jaya, TG Haji Hadi bermesyuarat dengan Anwar... malah di rumah Anwar lagi.. dan ianya berlaku selepas isu liwat ini....

Hasan Ali ditawar UMNO jadi menteri Besar kerana jawatan beliau adalah persuruhjaya PAS Selangor... kalau kau persuruhjaya PAS selangor pun... kau akan ditawar UMNO pada masa itu jadi MB... dan kita tahu PAS adalah sentiasa bersikap terbuka.. dan mendengar apa orang lain kata... samada dari DAP (sebelum ujudnya BA/PR lagi atau UMNO.. setuju atau tidak itu lain cerita.. lagipun ianya bergantung kepada majlis syura...

Kenapa kau tak kata Ustaz Ahmad Awang sebagai fraksi UMNO... beliau sendiri mendedahkan pada bulan 4 yang beliau ditawarkan untuk membentuk kerajaan dengan UMNO pada pagi 9 MAc....

People said...

Dear All fellow Malaysian,

Datuk Nik Aziz is too clever to call UMNO and PAS to dismiss the party and form a new party!
From here, the Malay can know how sincere is UMNO to unite the Malay(who as we believe will never have the real intention do so).
UMNO said want to reunite Malay, now PAS throw the ball to UMNO foot!
Pak Lah, let us see how is your UMNO response!
We should give Datuk Nik Aziz a round of applause!

Anak Perelih said...

BTW... banyak langkah beberapa pihak dalam PKR (terutama mereka yang secular zealot) yang menghiris hati pemimpin dan penyokong PAS (juga beberapa pihak dalam PKR sendiri) sejak kebelakangan ini... sedangkan kita tahu PKR banyak bergantung kepada jentera PAS di kawasan majoriti Melayu seperti Shah Alam untuk menang... so read this...

http://anilnetto.com/ethnic-and-inter-religious-relations/pas-unhappy-over-selangor-but-guarantees-loyalty-to-pakatan/
Pas unhappy over Selangor but vows loyalty to Pakatan

lee said...

Now, heres what i dont understand. If UMNO were really sincere, why dont they offer to merge with PAS in the states where they control! and give up the Mentri Besar-ship to PAS. Say in Johor, Negri, Trengganu , Melaka or Pahang?

Why does it have to be in states held by Pakatan? states like Perak and Selangor ??? Why? Why??? Why??? Why???

You can tell here its because they want to create a backdoor opening back into power, PAS should ask those UMNO dogs to join up first in those states and ask UMNO dogs to give them the Mentri Besar post and see what happens……those UMNO dogs will laugh in their faces!!!!!

they will never give up their own states, wake UP PAS!!!!!

Nostradamus said...

Q22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction)
Cuma Barisan Nasional (BN) boleh mentadbir/memerintah Malaysia. (Fakta atau Rekaan)


Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Even the bubbly misfit that is the
supposedly sodomised young fella wa
s at a loss for words when report
ers queried him about the Pusrawi report. It will be much expected th
at like responses will be given by UMNO top dogs when asked to commen
t on TG Nik Aziz's lofty proposal.
Well is not hadhari less islamic or
what.Or the TG becoming forgetful i
n not observing the solat istikhara
h.What say you Pas's snakes in the grass. Too excited perhaps musing about the no 2 post and a CM ship too for good measure. Nauzubillahu
minzaalik.

taik besi

MarGeeMar said...

Even though mouth foaming Information Minister Shaberry Cheek vainly tried to downplay the Hudud issue by saying that it is only the opinion of one individual in PAS, we all know how much weight Tok Guru's words carry in PAS. What is obvious here is that Umno in its lust for power has now got itself caught between a rock and a hard place.

If Umno goes ahead and merges with PAS 'for the sake of race and religion', how is it going to face its non Muslim partners in BN? If it goes ahead with this unholy union with PAS, Pakatan Rakyat will probably benefit from a mass defection of BN component parties into PR.

PAS on its part, will remain with PR and Umno will be left alone in BN and lose its power and vanish over time as in the words of Tok Guru. If BN chooses not to merge with PAS, it will also vanish as PR is getting stronger by the day...More http://margeemar.blogspot.com

Some Observation said...

OMG ! Just watch the opening of this interview with the Deputy IGP regarding the sodomy case of Datuk Seri Anwar.

Notice how he says:

“….yang telah melakukan kesalahan liwat….”

and also watch closely his body language. NOTICE ANYTHING???

Link :

http://uk.youtube.com/watch?v=jx5ssmB7zO0

PANGLIMA DIN said...

PAS TIDAK BELAJAR DARI SEJARAH.

1. PEMBANGKANG SIFAR DI SELANGOR.

2. PENCERAMAH 2 BERUNSURKAN PAS DAN TUAN GURU NIK AZIZ TIDAK DI BENARKAN BERUCAP DALAM MASJID DI SELANGOR!

UMNO0 BEGITU BONGKAK !

Anonymous said...

kadang kadang aku fikir bertapa bodah nya manusia ni.tengok saja lah komen komen diatas. aku yg tak belajar tinggi ni boleh berfikir dan faham dgn semua kejadian ni tapi cerdik pandai yg ada seolah olah dungu dan fikiran satu hala.

kalau la pas minat sgt dgn jawatan 3 hari selepas pr12 pas dah join BN dan dapat habuan. yg org bukan melayu dok ugut tak mau undi pas lagi next time ni apahal pulak, setakat ini apa yg pas buat dan setuju dgn umno sampai bole mangkuk ni bole termakan.org melayu pulak entahla susah aku nak fikir pasal depa

alhadee said...

It's too late la brother.

Give it up. Nik Aziz cannot do much.

Malaysia will be secularized sooner than you think.

Amin!

nfnf said...

You don't seem to understand what "TRO sodomise" means.
TRO is a shortform of "to rule out", and does not mean it is already ruled out, instead it means sodomise is a possibility which must be ruled out.

nfnf,
4th year medical student

Anonymous said...

Alhadee,

Dream on. Secularism has failed and it's even failing in America.

Those holding on to secularism are a bunch of Dinosaours.

Oh, lets celebrate the father of Secularism, Lenin.

Rakan MISNA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bro,
u should check first the real story behind that..
pls go to tranungkite atau kat sini http://jijiejohn.blogspot.com/ and see the ceramah penjelasan nasarudin on this atau dlm harkah terbaru and then baru evaluate.. kalau dgr sebelah pihak atau mainan media saje tak cukup brother..check betul2 info dulu bro.. then baru boleh buat conclusion sendirik..
i pon nyaris2 TERTIPU dengan mainan media BN dan internet kononya pro Pakatan tp ternyata ia tak seperti yg diwar2kan... dlm kes nie ade part yg betul tp byk juga yg ditokok tambahkan dan dibuat kesimpulan sendiri sedangkan benda yg lain yg hendak dihajatkan.
so i suggest u baca dan dgr dulu penjelasan baru lah boleh buat kesimpulan.. jgn kita pulak yg jadik penokot tambah utk memecah belahkan PAS dan setrusnya Pakatan Rakyat dgr cerita yg half truth dan ditokok tambah atau kesimpulan yg jelas melencong dr ape yg sebenarnya terjadi..
sekian.

p.s: jgn lupa baca juga article Zukri Akshah terbaru...

Rakan MISNA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mz said...

ade 2 komen kat sini kat atas utk article terbaru u dan bawah pasal ustaz nasha...

===============================
Bro,
pada mula nye i respect kat u dan jadikan site you sebagai info dalaman utk jadi sebaran, tp sejak akhir2 nie u dah terlebih2 utk memecahbelahkan PAS nampaknya... jenis yg tak berbaik sangka terus menghukum org.. mungkin ape yg setengah pemimpin pas buat ade silap dr segi strategy tp cara u buat pendeahan dan kupasan kat sini dah sgt melampau rasanya......kan dah PAS ckp semua dah settle no cooperation, apasal u still lagi tak boleh berlapnag dada.. still lagi nak mengapi2kan utk meecabelah kan PAS dan pakatan.. i totally disagree..
kalau nak katakan, semua org akan ade buat silap especially dr segi stratgey, mcm anwar juga sebelum ni byk juga kesalahan masa dlm UMNO dulu tp sebab tuh dah lepas buat ape nak ungkit2kan kan lagi... bukan menguntungkan pon..dan PAS langsung tak ungkitkan dah pasal ANwar dulu.. kes ustaz nasha and the gang- hang pi dgr dulu ape dia kata... mungkin dr segi stragye ade silapnya, tp hr tuh kan PAS dan buat keputusan dah....STOP.. kenape u masih nak ungkit2- tak PUAS HATIU apenye.. nak jadik pemerintah-pegang malaysia PR kena ade hati yg kuat dan sikap berlapang dada.. kalau asyik nak berdendam - tak kemana....
UNLESS you adalah TROJAN HORSE TREBARU UMNO dlm PR utk pecahkan PAS dan seterusnya PR>. kalau dr segi article nampak bagus utk PR at the same still nak pecah belahkan PR>.. mestin hang bengan ngan aku sebab cakap hang kutu UMNO, samalah yg hang fitnah org tuh, org ni BALACI.. mangkuk ayung punya pemikiran.. sorry ler sebab aku rasa hang terlebih ler brader.. baik stop aje menyakat sesam sendiri- baik tumpukan kat UMNO dan BN tuh dr terus nak pecahkan pakatan.. kan anwar sendiri pon ckp semua tuh diberitahu kepada dia.. Hnag tak percaya ANWAR juga ke?.. habis hang percaya sape... camno some aku ucap terima kasih utk article2 tertentu hang.. cuma aku TOTALLY disagree dgn cara hang yg still lagi nak pecahkan PAS tuh..
------------------------






===============================

bro,
u should check first the real story behind that..
pls go to tranungkite atau kat sini http://jijiejohn.blogspot.com/ and see the ceramah penjelasan nasarudin on this atau dlm harkah terbaru and then baru evaluate.. kalau dgr sebelah pihak atau mainan media saje tak cukup brother..check betul2 info dulu bro.. then baru boleh buat conclusion sendirik..
i pon nyaris2 TERTIPU dengan mainan media BN dan internet kononya pro Pakatan tp ternyata ia tak seperti yg diwar2kan… dlm kes nie ade part yg betul tp byk juga yg ditokok tambahkan dan dibuat kesimpulan sendiri sedangkan benda yg lain yg hendak dihajatkan.
so i suggest u baca dan dgr dulu penjelasan baru lah boleh buat kesimpulan.. jgn kita pulak yg jadik penokot tambah utk memecah belahkan PAS dan setrusnya Pakatan Rakyat dgr cerita yg half truth dan ditokok tambah atau kesimpulan yg jelas melencong dr ape yg sebenarnya terjadi..
sekian.

p.s: jgn lupa baca juga article Zukri Akshah terbaru…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.