Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 29, 2008

Mengenali Calon MB Perak Barisan Nasional yang Baru: Dr Zambery Kadeer


Dengan kata lain, amat kurang kualiti positif yang boleh dikaitkan dengan Dr Zambri berbanding Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar? Dengan kata lain, susah saya hendak fikirkan satu alasan yang baik untuk menukar Menteri Besar sekarang dengan Dr. Zambery Kadir.

Telah diperkhabarkan kepada saya, bahawa sekiranya perancangan jahat Barisan Nasional berjaya, maka calon Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional yang baru adalah Dr. Zambery Kadeer, Wakil Pos (bukan wakil rakyat) dari DUN Pangkor. Malahan, perkhabaran ini wujud sebelum PRU 2008 lalu seperti yang dilaporkan di sini.

Ini adalah dengan persetujuan Pak Lah sendiri yang menyatakan bahawa Tajol Rosli harus diganti natijah dari kekalahan Barisan NAsional tempohari. Lebih lebih lagi, Dr Zambri Abdul Kadir orang pertama mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO beberapa tahun yang lepas. Sekiranya, ditakdirkan BN menang dalam PRU lepas, nescaya, Dr Zambri telah menjadi Menteri Besar Perak Barisan Nasional. Khairy Jamaluddin amat terhutang budi kepada Wakil Pos Pangkor ini.

Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pembesar-pembesar UMNO Perak tetapi masih dirahsiakan bagi mengelakkan krisis dalaman UMNO Perak. Yang penting sekarang ini adalah menumpu segenap usaha untuk menawan kembali Perak dari Pakatan Rakyat dengan membeli ADUN2 Melayu PKR melalui barua mereka Ezam Mat Nor.

Beliau sekarang ini kehulu kehilir menjaja kononnya beliau adalah wakil rakyat BN yang mempunyai majoriti yang paling besar (5k+) berbanding ADUN2 BN yang lain. Kononnya ingin memberitahu secara tidak langsung atas sebab itu beliau layak menjadi Menteri Besar Perak.

Tapi, apa yang beliau tidak beritahu ialah undi pos dalam DUN beliau adalah lebih kurang 10k. Ertinya, ada kemungkinan orang biasa yang mengundi beliau tidak lebih 2k. Kalau ditolak undi Pos, sepatutnya Dr Zambery telah tergolek anjing di DUN Pangkor. Tapi dasar manusia lidah bercabang seperti Dr Zambery Kadeer tak tau malu.

Ini juga bermakna, Perak akan mempunyai Menteri Besar pertama yang bukan berketurunan Melayu. Ini kerana Dr Zambery Kadeer adalah seorang yang mempunyai silsilah bukan dari Tanah Melayu. Saya tidak tahu adakah ini diizinkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Harus ada seseorang yang memeriksa fakta ini.

Dr. Zambery juga satu masa dahulu adalah seorang penyokong Anwar yang setia. Malangnya, beliau telah ditangkap ISA dan sewaktu dalam ISA beliau telah berjaya di brain washed oleh Special Branch menjadikan beliau seperti orang mereng sekarang ini. Beliau juga telah menjual maruah serta prinsip perjuangan beliau apabila selepas dibebaskan dari ISA, beliau telah menyertai UMNO dan menentang Anwar Ibrahim.

Sebelum ISA beliau nafi Anwar meliwat, selepas ISA beliau sokong pula tuduhan Anwar meliwat. Memang la Dr Zambery ni lidah bercabang.

Juga sewaktu menjadi exco dalam kerajaan Negeri Perak dahulu, tiada apa kejayaan yang beliau bawa melalui portfolio beliau. Dengan kata lain, Dr Zambery tidak lebih dari seorang exco “mengabih boreh” seperti exco2 UMNO yang lain. Kerja dia ambik gaji dan datang mesyuarat sahaja. Kerja lain semua terbengkalai.

Mengikut Ketua Pemuda PKR Lumut, saudara Yusry Yaakub di dalam kenyataannya baru-baru ini, bahawa terdapat 18 kes rasuah yang melibatkan Dr Zambery yang bakal didedahkan sedikit masa lagi.

Soalnya sekarang mahukah rakyat negeri Perak Dr Zambery Kadeer sebagai Menteri Besar mereka yang baru?

Sekiranya dibandingkan ketokohan Menteri Besar Perak yang ada sekarang ini, beza ketokohan beliau berbanding Dr Zambery adalah laksana langit dengan bumi. Dato Seri Haji Ir. Mohamad Nizar adalah contoh dan lambing kejayaan bagi kaum Melayu bagaimana dengan usaha keras dan amanah, seseorang itu boleh mencapai kejayaan di dalam ekonomi dan tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata seperti orang-orang UMNO.

Bagi rakyat Perak yang bukan Melayu, beliau adalah contoh seorang Menteri Besar yang beragama tetapi amat perihatin dengan masaalah kaum bukan Melayu. Beliau juga bersih dari rasuah sepanjang karier beliau sebagai pegawai kerajaan dan di dalam sector swasta. Beliau mampu memerintah negeri Perak dengan adil dan saksama tidak kira agama dan bangsa. Keadilan dan keperihatinan yang diberikan oleh Datuk Seri Nizar tidak akan dapat dikecapi oleh rakyat Perak bukan Melayu sekiranya mereka duduk di bawah Menter Besar UMNO.

Nampaknya Dato Tajol Rosli Ghazali juga gusar dengan perkembangan ini. Justeru, beliau lebih pantas bertindak dan menawarkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS asal sahaja PAS sanggup bekerjasama dengan UMNO. Beliau sedar, sekiranya jawatan MB diberikan kepada PAS, maknanya malu beliau tidak besar berbanding jawatan itu diberikan kepada rakan dalam parti beliau sendiri.

Kesimpulannya, mahukah rakyat Perak menukar Menteri Besar mereka sekarang ini dan digantikan dengan Dr Zambry Kadir yang bakal meneruskan budaya rasuah dan kronisma UMNO di dalam pemerintahan negeri Perak? Mahukah rakyat negeri Perak menukar Menteri Besar sekarang yang mempunyai keperibadian yang mulia, penghayatan agama yang dipuji, besih dari korupsi, adil kepada semua kaum, sejarah kejayaan di dalam ekonomi dan kerjaya dsbnya. Berbanding dengan Dr Zambri yang hampir tiada bukti kejayaan beliau samada dalam kerjaya mahupun dalam politik, menjadi wakil rakyat hasil ehsan undi Pos melayakkan beliau menjadi Wakil Pos berbanding wakil rakyat, terdapat tuduhan rasuah yang bakal didedahkan kepada umum, bergelut dalam sebuah parti yang penuh rasuah dan kronisma dsbnya.

Dengan kata lain, amat kurang kualiti positif yang boleh dikaitkan dengan Dr Zambri berbanding Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar? Dengan kata lain, susah saya hendak fikirkan satu alasan yang baik untuk menukar Menteri Besar sekarang dengan Dr. Zambery Kadir.

Tulang Besi

Artikel Berkait: Ezam Trying to Deliver Perak to BN/Ezam Hendak Memberi Perak Kepada BN.

9 comments:

Anonymous said...

YB Nizar's mom is a Chinese, so technically he is not pure Malay. So Malay should get half of the credit.

Mohd

Yanaam said...

Jangan sebut calon MB, tapi sebut bakal MB. Biar jadi macam bakal MB Kelantan yang kini dah sunyi sepi.

Kalau kita masih ingat, dulu Dr. M pernah kata ada orang nak bunuh dia. Sebenarnya Dr. Zambery inilah yang bermulut celupar memulakannya. Masa tu dia masih penyokong kuat Anwar. "Kita bunuh je Dr.M." Gitu lah lebih kurang kata-kata beliau. Tak pastilah pulak sama ada dia hanya berseloroh atau serius. Tapi SB yang berkeliaran masa tu tentu tak tutup sebelah mata dengan ancaman sebegitu.

Akibatnya, dia diISAkan. Sebelum diISA, beriya dia kata kpd kawan-kawan dia, "kita jangan tunduk dengan ancaman polis. Biar apapun mereka nak lakukan, tetapkan hati."

Bila dah kena tahan, dia yang pertama buat U-turn. "Aku tak tahan la, dia orang pasang tape suara anak-anak dan isteri aku."

Anonymous said...

who says PAS Perak gonna join UMNO Perak??? Have they join?

YB Nizar had denied that offer after the GE12... so what is the point to bring this again and again...

Let remind ourselves here... who the one who felt threaten or weaken...Malay Perak? NOPE...! Only Malay UMNO Perak only...wat to mention about Malay Unity...??? Is there ever unity of Malay, ask yourself... can Malay unify???

YB Nizar has so far done a great job at Perak...please keep it going for the sake of rakyat Perak of all races.

Anonymous said...

This is what I call master in politic. All UMNO did is get some people in PAS that is self-center to talk, and look at the result. PAS and PR is in the mess.

By the way, we are all Malaysian.

People said...

Don't worry!
The BN UMNO plan will never succeed!
And the Sultan of Perak also WILL NOT honour any candidate from BN to be the new MB Perak!

PANGLIMA DIN said...

what?! Dr Zamberry - the pirate of pangkor becoming MB of Perak? This idiot should not be even elected as a class monitor!

Anonymous said...

As for me....

Whoever FROM BN TO BE BAKAL MB OF PERAK is a shit...

BAGI orang yg lidah bercabang....macam DOC Zamberyy nie..

pada org melayu dia akan cakap lain ..kat orang cina dia akan cakap lain...kat orang india dia akan cakap lain...kat org asli dia akan cakap lain.., kita boleh caye ker...?

So ...teruskan sahaja YAB Dato Seri MB Nizar kita untuk memimpin org2 Perak...buat masa ini dan masa masa akan datangg...

Prince.

TeohZY said...

Saya 100% sokong Dr. Nizar sebagai MB Perak. Saya ialah penyokong kuat DAP sejak kecil lagi, dan saya bukannya ingin mengambil hati orang PAS. Kita semua boleh lihat sendiri bagaimana prestasi Dr. Nizar sebagai MB Perak. Amat memuaskan.

tzarina said...

Fools. PAS is throwing away the best thing that had happened to them since Merdeka - Pakatan Rakyat. All because of some political whores who can't keep their materialistic instincts under control, and now selling their maruah to UMNO who have already ditched them once.

Just when people of all races are starting to warm towards PAS, they pull the rug from underneath us.

Whatever happens now, whether PAS stays on in PR, or whether their MBs in PR states perform outstandingly, PAS's reputation is shredded.

We are now sitting in the front row, viewing the beginning of PAS's Armageddon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.