Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, July 23, 2008

PAS DiAjar Sunnah “Al Amanah” oleh Seorang Sekularis Bernama Karim Raslan

Saya mendapat banyak email dan komen berkenaan dengan pendedahan yang saya muatkan dalam blog saya.

Ramai yang marah, terutamanya Saudara Roslan SMS di blog beliau. Beliau menyatakan kandungan artikel saya muat itu banyak yang fitnah dan “half truth”. Dengan kata lain ianya tidak lebih muatan khabar-khabar angina dari sumber yang tidak menentu.

Suka saya ingatkan para pembaca sekelian, sebelum ini berita pertemuan PAS-UMNO dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan PAS. Kita hanya mendengar cerita tersebut dari sumber khabar-khabar angin.


Tetapi hari ini, saat ini, minit ini, kita dapati khabar angin tersebut menjadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Bak kata pepatah, bangkai gajah mana mungkin ditutup dgn daun nyiru.

Jadi saudara Roslam SMS, tidak usah gusar. Maklumat dlm blog ini saya tapis dahulu dan pastikan kesahihannya. Dan sememangnya setiap ahli PAS mempunyai hak yang hakiki untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpin2 mereka di atas nama parti.

Juga, nampaknya tulisan yang saya muatkan dalam blog ini lebih diterima secara positif dari ditolak. Ini kerana semasa tulisan ini dimuatturun, PAS sedang bergelut dengan kemarahan ahli2 dan rakyat kerana penafian bertemu dengan UMNO dahulu didedahkan sebagai satu penipuan. Saya agak kasar di sini, tapi kekasaran ini perlu.

Oleh kerana itulah, penafian yang dibuat oleh Roslan SMS tidak berapa laku. Orang terima pun atas dasar nak jaga hati. Walaubagaimanapun, saya memuji usaha Roslan tetapi apakan daya, bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan nyiru.

Saya juga mengesahkan sumber2 tersebut. Saya juga“double-check” dan inshaalah ianya “sound”. Cuma saya tak boleh dedah sumber tersebut sahaja. Saya juga mengesahkan sumber2 yang digunakan oleh penulis jemputan saya.

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS WAJIB TELUS

Saya tegaskan disini tugas blog ini tidak lain hanya melaporkan tindak tanduk para pemimpin yang telah diberikan amanah memimpin mereka. Ahli ada hak untuk mengetahui. Saya tak melaporkan apa yang dilakukan oleh mereka di dalam domain pribadi. Ini semua perlakuan yang dilakukan di atas kapasiti mereka sebagai pemimpin-pemimpin PAS.

Saya juga mendapat tahu yang mereka di dalam UMNO sedang bergelak-gelak sesama sendiri. Mereka sendiri tidak menjadikan kemasukan PAS ke BN itu satu keutamaan pun. Mereka tahu harapan untuk itu amat sukar. Kalau umpan mereka sangkut dan PAS masuk BN, itu semua hanya bonus semata-mata.

Tetapi matlamat yang lebih efektif adalah mereka berjaya memecahkan perpaduan di dalam PAS. Juga, PAS akan dilihat sebagai penipu dan pembohong di dalam Pakatan Rakyat. Itu sudah cukup untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Kepercayaan sesama sendiri sudah hilang. Saya Nampak Lim Kit Siang lebih menampakkan akhlak islami, kerana apa dia tak setuju dia cakap terus terang dan tidak berselindung.

Saya juga berharap Saudara Roslan janganlah mempersoalkan ke"pas" an saya. Kalau saya dedah sejarah PAS saya, mungkin saudara Roslan akan terkejut yang amat sangat.

Janganlah juga nak persoalkan kredibiliti Bakaq/Penarik Beca. Kalau banding dengan Roslan, jauhhhhh lebih berpengalaman dalam politik PAS ni banding dgn Roslan SMS.

Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, baik memancing kat depan Masjid Jamek aje.

JANGAN PERALATKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI

Juga, alasan “Fraksi UMNO” dalam PAS kononya kemasukan PAS ini adalah penting untuk menjaga kepentingan Islam juga alasan yang dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, Pak Lah lebih suka mendengar cakap2 Nori dan Zainah di dalam perkara berkaitan syariah dan perlaksanaan Islam di Malaysia. Lihatlah betapa hanya kerana dorongan Nori, Pak Lah telah memberhentikan perlaksanaan Undang Undang Keluarga Islam 2005.

Malahan bukan sekali Zainah Anwar berkata beliau lagi takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri berbanding dengan Pak Lah. Zainah melihat di bawah Anwar, hokum Shariah akan terlaksana di Malaysia.

Persoalan sekarang yang perlu dijawab oleh “Fraksi UMNO” di dalam PAS, apa akan berlaku sekiranya selepas PAS menyertai BN, UMNO tidak mengizinkan perlaksanaan syariah?

Apa yang PAS boleh lakukan di kala itu? Sekiranya PAS berundur dari BN, PAS sudah tidak lagi disokong oleh rakyat Malaysia dan yang bukan Islam? Sekiranya PAS kekal dalam BN, PAS tidak lebih menjadi alat kepada golongan sekular dan korup. Adakah ini yang dikehendaki oleh PAS?

Akhirnya PAS akan jadi telan mati mak, luah mati bapak. Yang untung hanyalah “fraksi UMNO” dalam PAS yang mendapat laba dan keuntungan dari jasa mereka kepada UMNO. Dan yang paling untung ialah UMNO kerana sistem mereka yang anti Islam, korup dan parochial akan terus berjalan.

MENGAPA UMNO TIDAK MAHU BERBINCANG DENGAN PKR?

Sebenarnya, target sebenar UMNO adalah Anwar dan PKR. Sejurus selepas PRU12 mereka telah menghantar wakil berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Bukit Bendera. Perjumpaan dilakukan kononnya untuk perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam

Anwar Ibrahim dengan mudah menolak dengan memberikan syarat bahawa perjumpaan itu mesti melibatkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta Lim Kit Siang.

Mudah sahaja syarat Anwar dan sudah cukup untuk memberitahu UMNO bahawa UMNO tidak boleh mempermainkan Anwar.

Begitu setianya Anwar kepada kerjasama ini.

Malahan, saya mendapat tahu, kepercayaan Anwar kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah BULAT 100%. Bagi Anwar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hampir tafarnya sebagai wali allah dan boleh dipercayai sepenuhnya.

Malahan, Anwar telah memberitahu kepada Tuan Guru senarai MP2 yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat.
Saya dapat bayangkan betapa hancurnya hati Anwar Ibrahim. Ku sangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.
Tapi saya rasa masih ada harapan untuk membetulkan keadaan dan dengan masa, perkara ini boleh diselesaikan. Inshaalah.

MUNGKIR JANJI BUKAN AJARAN NABI SAW HATTA DALAM POLITIK

Seharusnya PAS yang menunjukkan contoh tauladan dan akhlak yang mulia dari segi amanah dan janji. Ini juga yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam Perjanjian Madinah, Perjanjian Aqaba, Perjanjian Hudaibiyyah dan banyak lagi.
Di dalam kesemua perjanjian yang dilakukan oleh Nabi SAW, TIADA SATU PUN yang DIMUNGKIRI oleh Nabi SAW. TIADA SATU. Besar ataupun kecil.
Saya menonton filem “The Messenger” dan saya ingat pelakon yang melakonkan watak Khalid Ibnu Walid seperti orang gila datang ke Madinah dan berkata dgn suara tinggi “saya tidak bersalah dlm hal ini”. Begitu tingginya akhlak Nabi pada masa itu, kerana walaupun selepas Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyyah Nabi telah menyerang Mekkah. Dan Nabi SAW dilihat sebagai penakluk yang berakhlak dan tidak dilihat sebagai seorang yang tamak kuasa. Akibatnya, orang semua masuk Islam walaupun Nabi masuk ke Mekah dengan memakai baju besi. PAS nampaknya tidak mengganggap akhlak Nabi SAW ini sebagai petunjuk.
Malangnya lagi, Karim Raslan lebih mengerti sunnah Nabi SAW ini berbanding dengan “fraksi UMNO” dalam PAS. Karim berkata:
“I hope PAS will resist the temptation. On March 8, Malaysians voted for a two-party system.
They did not vote for a hastily assembled collaboration between PAS and Umno. PAS should be extremely wary of misinterpreting the March 8 results.”
Hinanya maruah PAS sekiranya PAS diajar Sunnah yang dipanggil “Amanah” oleh seorang sekularis bernama Karim Raslan.
Dan berani saya kata dalam hal ini Anwar Ibrahim menunjukkan akhlak Nabi yang lebih tinggi dari “fraksi UMNO” dalam PAS.
Tulang Besi

17 comments:

Anonymous said...

Ahli parlimen dan adun PAS telah dididik tidak mementingkan duniawi........ cuba lihat pilihanraya sebelum ini di Kelantan, walaupun menang tipis tetapi perjuangan Islam diteruskan. Tidak termakan pujuk rayu UMNO supaya melompat parti. Dibawah pimpinan Tok Guru-Tok Guru secularism tak terdaya mengumpan mereka.

Dolah Ubayy said...

Pemimpin PAS ada beberapa golongan begitu juga dengan ahli2 nya.

Kesemua mereka tidak boleh lari dari semnagat keMelayuan itu.

Mereka masih ada "assabiyyah" sebab mereka tidak mahu menerima adanya manusia [China,Hindia, Sabah, Sarawak] lain sebagai makhluk Allah swt.

Apabila di dorong dengan habuan mendapat jawatan Menteri Besar2, Menteri Cabinet2 dan belbagai janji2 dari UMNO , pemimpin PAS lupa PERJANJIAN mereka dengan PKR mahu pun DAP.

Jadi perangai orang2 PAS sama sahaja dengan perangai orang2 UMNO.

Semua hendak rebut harta kekayaan, jawatan, kontrak2, projek2 lansung tidak peduli bab2 Keadilan dan teladan pemerintahan.

Selpas ini kaum Hindia dan China tidak akan lagi percaya dengan janji orang2 PAS yang mengaku mereka ini pegang kepada ajaran Islam.

Tayadih Maysia said...

Assalammualaikum,

Malangnya apabila sudah hampir ke puncak gunung, ada pulak peserta ekspedisi yang mahu mengaku kalah...teruskan pendedahan saudara "iron bones"

Topengperak_Xinwugi said...

ada 2 golongan penyokong & ahli PAS.

golongan 1 - menyokong atas dasar prinsip.golongan ini tidak memilih individu sebagai "idol" sebaliknya memilih "dasar" sebagai pegangan.peka pada apa yang berlaku & sentiasa menerima teguran & rajin menegur.

golongan 2 - menyokong bukan atas dasar prinsip.taksub.tutup mata,pekak telinga,diam membisu tapi terlalu mudah melenting jika "idol" mereka ditegur...

golongan 1 - bakal membawa perubahan kearah kebaikan.

golongan 2 - bakal bawa kehancuran.membawa sindrom kudis UMNO.jika tidak di"tarbiyah".bakal merosakkan parti.

fikir-fikirkan dimana kita mahu berada.

Nostradamus said...

Jeyklls and Hydes in Malaysia. Are you? (Answers below)

Jeyklls dan Hydes di Malaysia. Adakah anda? (Jawapan dibawah).

Posted at http://Patek1472.wordpress.com.

ctannie said...

Salam
Saya bukanlah ahli pas atau pon pkr. Tapi telah mengikuti perkembangan pas dari jauh, sejak sebelum pilihan raya 10 lagi. PErkara yang berlaku sekarang memang dipandang serius oleh penyokong pas, teras pada kejayaan pas sehingga sekarang. yg dulu benci pas, sekarang ini terpikat dengan perubahan positiv yg dibawa. Kita kecewa dengan cerita2 begini angkara beberapa individu dlm pas. Pas kena segera turun gelanggang dan "pacify" penyokong2 yg mungkin akan percaya propoganda akbar2. Kita nasib baik ade blog dll, tapi majority yg lain mcm mana??, kena gak dpt berita terkini.Sayang sekali kita berpecah belah, prejudis sebabkan ini.

Anonymous said...

Dear Iron Bone :),

I totally agree with your opinion. I'm really disappointed with Ustad Hadi and co. I can't really understand why is he behaving in such a manner...is he trying to threaten PKR & DAP? If so, then its extremely childish for a man of his stature to do so.
I really hope Tok Guru can knock some sense into these UMNO loving PAS members.
I do not oppose PAS,I infact respect and admire them but this episode really makes me sad, added to the fact that the MSM is doing their best to play up the issue to erode the confidence of the non-Malays/Muslim that voted for past in the last GE.
C'mon guys! Be honest to the people that voted for you. Be honest to ALL the people of Malaysia.

Peace,
Rage Against the Machine

Alias Mohd Yusof said...

Perpaduan orang Melayu, untuk berperang dengan orang Cina?

Umno yang hampir nazak selepas pilihanraya lalu telah cuba berbaik-baik dengan PAS, memujuk PAS untuk menyertai BN, yang kononnya demi perpaduan orang Melayu dan kekuatan umat Islam di Malaysia.

Perkara memujuk PAS ini telah pun diceritakan dan didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor dalam laman blognya.

Malah beliau sendiri sanggup menawarkan jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Menteri Besar Selangor untuk diambil oleh PAS jika PAS sudi menyertai BN selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Dakwa beliau lagi, semua ini beliau lakukan semata-mata untuk kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam terus terjaga di Negeri Selangor.

Kini selepas lebih tiga bulan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor apakah kepentingan orang Melayu di Selangor telah musnah, sudah banyakkah masjid dan surau telah dirobohkan, adakah orang Islam telah dihalang untuk bersembahyang di Masjid.

Apakah orang Melayu dan kedudukan agama Islam di negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat lebih teruk dari semasa UMNO memerintah negeri Selangor?

Yang mungkin rasa sangat tergugat kesan dari Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan Negeri Selangor ialah pemimpin-peminpin UMNO seperti Dr. Khir Toyo dan rakan-rakannya. Semua kontraktor-kontraktor kroni yang saling sandar menyandar dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini akan turut merasa keperitannya.

Jalan terdesak untuk menyelamatkan diri mereka dari kehilangan kuasa ialah dengan menggunakan slogan ‘perpaduan Melayu’ dan ‘kekuatan ummah’. Inilah modal terakhir yang mereka ada untuk dirasuah kepada orang-orang Melayu selepas menaburkan wang ringgit semasa pilihanraya.

Apalah ertinya kalau orang Melayu dan orang Islam berkuasa tetapi dengan kuasanya itu mereka tidak berlaku adil, bukan sahaja tidak berlaku adil kepada kaum-kaum lain malah antara kaumnya sendiri pun mereka tidak berlaku adil.

Peruntukan, bantuan dan projek hanya diutamakan kepada penyokong-penyokong mereka sahaja, kawasan parti pembangkang walaupun sama kaum dan agama terus didiskriminasi.

Pada hal semua rakyat termasuk yang mengundi parti pembangkang juga turut memberi sumbangan dan membayar cukai, oleh itu kenapa harus ada diskriminasi. Islam tidak pernah mengajarkan untuk tidak berlaku adil sesama manusia.

Islam juga tidak mengajar umatnya supaya memerintah secara tidak telus, Islam juga tidak pernah mengajarkan pemimpin Islam menggunakan wang Negara secara membazir dan sewenang-wenangnya.

Dimanakah dapat kita katakan mereka telah menjaga kepentingan Islam sedangkan banyak yang kita lihat dengan kuasa yang ada mereka telah menghinakan prinsip-prinsip dan ajaran Islam.

Dengan kuasa yang ada, mereka gunakan untuk melindungi berbagai salah laku mereka. Dari kesalahan rasuah, kronism, nepotism, pembaziran hinggalah kepada kesalahan berkhalwat, mengambil isteri orang dan meraba pelayan hotel, semuanya dapat ditutup dengan rapi.

Logiknya sebagai sebuah Negara yang merdeka yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama seharusnya keutamaan kita ialah memperkasa perpaduan kaum di bawah satu bangsa Malaysia. Tetapi sedihnya UMNO masih memperalatkan ‘perpaduan Melayu’ untuk kepentingan pemimpin-pemimpin mereka.

Perpaduan Melayu untuk apa? Adakah untuk memusnahkan kaum-kaum yang lain? Bukankah kaum lain-lain itu juga lahir di bumi Malaysia ini sama juga seperti kita.

Anonymous said...

Kalau dilihat perangai dan mentaliti ahli ahli umno peringkat bahagian dan cawangan...terus terang saya katakan MEREKA pun tak sokong apa yg pemimpin bangsarrt mereka cuba buat buat demi perpaduan melayu...pas - umno
Kita bincang pakai bahasa pasarlah lah sebab dalam UMNO beberapa peratus jer yg pakai otak...ramai guna akal dan nafsu..tu lah samapai sekarang UMNO jadi macam nie...
Depa buang DSAI dulu sebab takut BUDAYA MELAYU UMNO yg kaki betina kakai arak dan kaki judi serta kaki membazir akan terhenti bila DSAI jadi PM itu dulu lah...

Sekarang UMNO berdrama pula nak bermuzakarah ngan PAS sebab DEMI PERPADUAN MELAYU.....
Saya pelik bila dah nampak ramai orang melayu tak sokong UMNO baru nak lah mereka nak berbaik ngan PAS...yang pasti PAS akhirnya akan kene TIKAM dari BELAKANG..ini satu permainan yg UMNO sangat suka...dah berakar umbi...dalam perjalanan parti itu.

Kalau UMNO ihklas nak jaga kepentingan Meayu...tak bermuzarah pun tak per....

KERAJAAN PUSAT JAGA LAH DENGAN IKHLAS KEPENTINGAN ORANG ORANG MELAYU TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK DARI NEGERI NEGERI YG DI PERINTAH OLEH PR..

JAGALAH KEPENTINGAN SOSIAL DAN EKONOMI ORG MELEAYU TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG POLITIK DISAMPAING TANGGUNG JAWAB MENJAGA BANGSA BANGSA LAIN TETAP DIJALANKAN JUGA.

TAK PAYAH LAH BERMUZAKARAH NGAN PAS...

BERHENTI SAHAJA MEMBUAT SERANGAN POLITIK KEATAS PEMIMPIN KEATAS MENTERI MENTERI BESAR MELAYU YG MEMIMPIN KERAJAAAN PR..

SURUH MEDIA YG DIBAWAH KUASA TUAN TUAN BERHENTI MEMBUAT CERITA CERITA SENSASI YG MEMBURUKAN PARA PEMIMPIN2 MELAYU DARI PEMBANGKANG..

DEMI PERPADUAN MELAYU KITA PILIHLAH PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU YG BERSIH..
NAMPAK BERSIH..
KELIHATAN BERSIH..
DAN YG MEMANG BERSIH..

BUKAN HENDAK MENGHINA SESIAPA...

KALAU YG NAMPAK KURANG BERSIH TU...KITA SIASAT LAH DENGAN IKHLAS..

INI TERMASUK LAH PM..TPM..MENTERI KABINET...DAN JUGA PEMIMPIN PEMBANGKANG...ATAS APA JUA...ADUAN ATAU LAPORANG YG DI BUAT OLEH RAKYAT...

BERANI KERANA BENAR...TAKUT KERANA SALAHH..

TEGAS LAH DAN TEGAKKAN KEBENARAN ATAS NAMA KEADILAN YG HAKIKI...BUKAN MEMILIH BEBERAPA PEMIMPIN MELAYU UNTUK DIKAMBING HITAMKAN SEMENTARA BIARKAN MEREKA YG BENAR KAMBING HITAM BEBAS MERAGUT DI PADANG YG HIJAU DAN SUBUR....SAMPAI BUNCITTT..

KALAU UMNO IHKLAS DEMI PERPADUAN MELAYU TAK PAYAH NAK BERMI=UZARAH...BUAT AJER TINDAKAN TINDAKAN YG BAIK DEMI ORANG MELAYU KESELURUHAN ..BUKAN DEMI MELAYU UMNO JER..

KEPADA PEMIMPIN PAS....KALAU UMNO SETAKAT NAK BERMUZARAH KERANA NAK KAN SENSASI....LEPAS ITU PAS PULA YG BERPECAH BELAH ...TAK PAYAHLAH...

KITA TAK KUASAI MEDIA...MEREKA YG BANGSARRTT YG MENGUASAI MEDIA...

100 BENDA YOU CAKAP BETULL...TAK KAN KELUAR DALAM MEDIA..

5 BENDA YG YOU ALL...TERSASUL CAKAP...AKAN KELUAR KAN MEDIA 100 KALI...TIAPA TIAP HARI...

TU LAH KERJA MEREKA MEREKA YG SUKA BERSUBAHAT DGN PERKARA PERKARA YG TAK BENARR..

DAN KINI INGIN MEMPERJUANGKAN PERPADUAN MELAYU...

PADA SAYA ORANG MELAYU RATA RATA TETAP BERSATU....

YANG BERPECAH IALAH PARA PEMIMPIN MELAYU YG BERHATI MACAM BANGSARRT ........



SEKIAN PENDAPAT SAYA

PRINCE

Eric Tan said...

Tulang Besi,
We support your artical, and sumber anda adalah harus dirahsiahkan untuk mengelak pihak tertentu masuk kacau daun !
WE MUST PROUDED TO BE HAVE MAN LIKE ANWAR IBRAHIM ! HE IS TRULY FIGHT FOR PEOPLE JUSTICE ! AND HIS MIND IS MALAYSIA FOR MALAYSIAN ! Me chinese 100% support Anwar Ibrahim ! He is ONLY one Muslim yang Kaliber di Malaysia yang boleh diterima semua Kaum ! Yang caci Anwar tu adalah takut mangkuk nasi diorang pacah !!
Kepada Tok Guru Nik Aziz, kerana mu kami cina sokong PAS, diharapkan tak mengecewakan kami kaum cina.
To PAS,
jan termakan janji janji kosong UMNO ! UMNO tu RACIST ! Muka islam, baju kadang kala Islam tapi Minda tak Islam !
Sikalang Abad 21st zaman sikalang dah berubah, tak kira apa kaum masti mau satu hati ! Jan ketinggalan zaman lama !

Cucu Tok Selampit said...

Saudara Tulang Besi,

Saudar akan lebih terduduk apabila tembelang Anwar pecah sekiranya beliau berkuasa nanti. Orang seoerti ini janganlah dibandingkan dengan akhlak Rasulluah. Jauh panggang dengan api.

Anonymous said...

Kepada Tulang Besi,

Nampaknya anda meneruskan trademark menyebarkan sangkaan serta sentimen untuk menimbulkan kemarahan pembaca.

Tuan Guru Hadi baru aje bertemu. Kita pun tidak tahu apakah yang dibincangkan, apakah keputusan serta tindakan yang hendak diambil. Jadi berbaik sangka la...

jiji said...

dear all,
muslim is not equal to melayu, nor is melayu equal to muslim. a muslim can be of any race, as long as he/she believes in Allah and practices the teachings of Islam.

as for those malays who called themselves as muslims, how much of the islamic teachings do we practise? do we pray 5 times daily, without fail? have we perfected our salaah/solat?
and what would we call people of other race who converted to Islam? and why would our race matter? did we have a choice to pick our race or who our ancestors/parents are?

my say, let's just go back to basics: get/be educated, perfect our salaah/solat, seek useful knowledge, and be true to the teachings of the deen.. have we are the first sins committed by shaytaan when he refused to bow down to Adam?
yes, let us seek knowledge, not just any, but useful knowledge.

all of us, malay/chinese/indian/any race or religion, without exception, will indeed die and return to Our Creator, and we will be held accountable for our deeds in this world.

jiji said...

dear all,
muslim is not equal to melayu, nor is melayu equal to muslim. a muslim can be of any race, as long as he/she believes in Allah and practices the teachings of Islam.

as for those malays who called themselves as muslims, how much of the islamic teachings do we practise? do we pray 5 times daily, without fail? have we perfected our salaah/solat?
and what should we call people of other race that has converted to Islam?
and why would our race matter? did we have a choice to pick our race or who our ancestors/parents are?

my say, let's just go back to basics, get/be educated, perfect our salaah/solat, seek useful knowledge, and be true to the teachings of the deen.. have we FORGOTTEN THAT RACISM & ARROGANCE are the first sins committed by shaytaan when he refused to bow down to Adam?

yes, let us seek knowledge, not just any, but useful knowledge.

all of us, malay/chinese/indian/any race or religion, without exception, will indeed die and return to Our Creator, and we will be held accountable for our deeds in this world..

slyderrose said...

Saya sebagai ahli PAS memang tidak setuju muzakarah tergesa-gesa PAS-umno sejurus selepas PRU12. Tak faham apa yg ditakutkan? selagi ada sultan, ketuanan melayu tak akan hilang, apa lagi Islam. Anwar pun dalam banyak ceramahnya tidak akan kompromi isu melibatkan melayu dan Islam.

Macam hilang akal segelintir pemimpin PAS tersebut. Relax dulu, bawa bertenang. Baru menang dan PAS dah ada 3 MB. Ini dah cukup bagus!. Nak satu lagi!. umno bolih percaya ke?. Jangan gelojoh. Dan jangan mungkir janji dengan Pakatan. Kalau ada isu bawalah berbincang dulu dengan rakan-rakan dalam Pakatan. Susah sangat ke?. Kenapa nak lari pada umno?. Tak fahamlah. Pemimpin PAS takut ke nak berdialog dan berhujah dengan PKR atau DAP? Kan ramai ilmuan. Yakinkan mereka tentang kebaikan Islam, Insyaallah berjaya.

Apa pun salute pada Tok Guru Nik Abd Aziz. Tok Guru penyelamat. Harap ahli dan penyokong PAS tidak berpecah. Inilah umno mahukan. Rapatkan saf kemabli. Menangi Trengganu, N. Sembilan dan Johor. Dan saya yakin PAS bolih memerintah tanpa umno. Tunjukkan keadilan dan kebaikan Islam kepada orang lain, macam dibuat Tok Guru dan saya yakin PAS akan berjaya.

Anonymous said...

Saya bukan Melayu atau Islam, akan tetapi pada PRU12 saya pangkah bulan. Ada dua sebab saya pangkah bulan. 1) Sudah muat dengan BN yang kotor dan penuh dosa 2) Nampak kebaikan Islam, iaitu adil dan saksama seperti yang berlaku di Kelantan dibawah Tok Guru Nik Aziz.

Akan tetapi apa yang berlaku sekarang amat mengejutkan saya. Sehari sahaja selepas PRU12, pemimpim PAS sudah berjinak-jinak dengan SETAN. Kononnya SETAN boleh berubah baik dan SETAN ini adalah lebih baik dari DAP atau PKR. Yang lagi memilukan ialah, faktor perkauman adalah menjadi pendorong utama penbincang antara pemimpim PAS dan UMNO diadakan.

Tak sangka dalam PAS, parti yang bergelar PARTI ISLAM, pemimpimnya berbau perkauman dan Gila Kuasa. Tak tahukan ini semua dilarang agama ISLAM?.

Anonymous said...

sahih ke berita ini........? sila komen


Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan
> lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah
> bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya
> dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang
> teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang
> menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes
> ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya
> sekali.


> Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang
> saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana
> dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri
> untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang
> menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan
> "era kegemilangan" yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu
> masa dahulu.


> Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada
> pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih
> sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata
> memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu
> hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya
> sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu,
> tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.


> Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan
> setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih
> berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan
> Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak
> boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa
> ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden
> (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya
> menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk
> menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik
> tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan
> Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau
> agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh
> institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah
> dia kembali ke tanah air.


> Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya,
> begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata
> tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling
> berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali
> tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan
> tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan.
> Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA
> lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa
> perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada
> mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan
> tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh
> Malaysia sedangkan anda
> mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa
> Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful
> Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP)
> Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya
> gila kuasa?


> Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia
> hanya akan "bertanggungjawab" sekiranya program tersebut
> mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau
> hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu
> bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan
> pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah
> dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan
> hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang "star"
> sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah
> kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow
> ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum
> itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya
> mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan
> pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu
> seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung
> tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya
> mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang
> bermuka-muka.


> Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan
> pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan
> siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini
> merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya
> dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri
> sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful
> Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri
> yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh
> manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.


> Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan
> taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya.
> Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi
> saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti
> akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca
> kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik
> perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.


> Nota: Saya bertanggungjawab di atas
> setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada
> dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya
> mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI
> tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan
> saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal
> mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu
> bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia
> menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya
> tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia
> dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.


> Sumber :http://ainisazreen.wordpress.com/200...aiful-bukhari/


> Kudos buat Aini Sazreen, anda seorang
> srikandi.


> Saiful Bukhari adalah spesis NasiAyamPedas & IswaraHijau. Pelacur
> politik.


> Nama Penuh : Mohd Saiful Bukhari bin Azlan


> Nombor KP : 850706-01-5687


> Sk Sultan Hisamuddin Alam Shah, Attended 1993 - 1994, Class of 1994


> Srk Damansara Utama, Attended
> 1995 - 1997, Class of 1997


> Smk Damansara Utama, Attended
> 1998 - 2002, Class of 2002


> Schools (Other):


> We go backwards……..Uniten, Taylor's(sekejap), SMK Damansara Utama, SK
> Damansara Utama, SK Damansara Jaya, SK Sultan Hishammudin A.S. KL, SK
> Selayang Jaya and bla bla bla


> Bapak bercerai dengan Ibu dan bekerja di tempat lain.


> Kemudian ibu meninggal. Dibela oleh Pakcik selepas itu di B.U.


> Ibu ada meninggalkan sedikit pusaka tapi sudah habis dibelanjakan oleh Saiful.


> Dari SPR


> Birth Year:
> 06 Jul 1985


> Gender:
> LELAKI


> Locality:
> 107 / 37 / 10 / 029
> - JLN BU 7/6


> Polling District: 107 / 37
> / 10 - BANDAR UTAMA UTARA


> State Assemblies: 107 / 37 - BUKIT LANJAN


> Parliamentary: 107 -
>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.