Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 18, 2008

Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional

This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

UMNO telah membuat tawaran yang sangat menarik kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
e. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
f. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.


2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau


3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Beliau antara penyokong kuat idea ini berdasakan kepada hujjah "Akhafu Darurain".


Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian. (Tetapi perjumpaan ini dinafikan oleh Ustaz Nasa dan khabarnya beliau telah bersumpah.)
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO
b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman
18/07/2008

56 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi aka Tuan Punya Blog,

Mintak izin lalu sekali lagi..I've just posted my comments in the English version and because I'm so bloody upset when I read these rumours, I had to post in this side of article as well..

Terus terang, saya seorang Melayu..dan bangga sebagai seorang Melayu. Tapi kalau inilah pendirian dan cita-cita PAS, dan kalau apa yang ditulis ada kebenarannya..PAS akan melakukan kesilapan terbesar dalam sejarah perjuangan mereka. Atas sebab "Ketuanan Melayu" yang nak di pertahankan, sanggup nak bersekongkol dengan kalangan Umnoputra yang dah berpuluh tahun menghakis hak rakyat.

Lebih baik berjuang dengan kaum-kaum Cina, India, Iban, Sikh dll..

Anonymous said...

Saya setuju dan sependapat dengan Tukang Besi. Sebelum ini nampak sangat TGHH tidak sebulu dengan TGNA.Nampaknya sekarang pendirian beliau telah berubah. Jangan seperti UMNO - suka mungkir janji dan cakap bohong disebabkan kuasa..buruk akibatnya. Ambillah iktibar apabila PAS tidak mahu bekerjasama secara sepadu membentuk Barisan Alternatif PRU11. Akhirnya Terengganu jatuh ketangan UMNO, DAP entah kemana dan Keadilan entah kemana. Bersyukurlah sikit bila Allah dah bagi sedikit kekuatan dan kuasa kepada Pakatan Rakyat. Jangan cuba ada nak jadi duri dalam daging pula.

Anonymous said...

saya x pasti dari mana saudara fakta2 ini, saya akan tunggu dan dan lihat kebenarannya dahulu. kita minta kepada pimpinan pas berbincang dalam muktamar nanti, dan mohon pengakuan dari mereka. kemudian baru kita buat keputusan bersama2.

sang kancil said...

INI SEMAU PASAL UMNO !!! BODOHWI YANG TIDUN ! NJIB YANG KEJAM, MINDA SYAITAN !
SEMUA PASAL NAJIB! KAKI PEREMPUAN ! pigi luar negara pasti nak amoi amoi cantik bersama ! syaitan !

Mat said...

I don't know ... I like this idea of Pas leaving PR and joining BN. Then Pas will die a natural death ... orang orang Pas yang pro this idea will also hilang lenyap after a few years. The good people in Pas perhaps will join PKR or form another Islamic based party. OKlah Umno jadi kuat balik and probably will win the next election as well so probably Malaysia pun continue as it is. I'm Malay so tak la hidup teruk sangat but if I'm a non-malay I'd be thinking about moving to Australia or elsewhere. Sorry I'm trying to put a positive spin to this mother of all disaster on the part of PAS ...

Matrip said...

Kepada Semua Ahli-ahli Pas,

Pesanan saya supaya berhati-hati dengan permainan kotor UMNO ini. Mereka bertujuan untuk memecahbelahkan PAS. Dengan berpecah belah PAS maka dengan sendirinya kekuatan Pakatan akan tergugat. Dengan itu Pakatan akan mudah dikerjakan oleh mereka.

Kenyataan TGHH, telah memperjelaskan bahwa PAS akan tetap terus dengan PAKATAN RAKYAT. Maka kita sebagai ahli hendaklah akur dan patuh. Jangan lah lagi kita main-mainkan isu kerjasama dengan UMNO ini.

UMNO telah bergerak diakar umbi memutar belit isu ini. Mereka sedang mengadu domba ahli-ahli PAS diakar umbi agar berlaku kumpulan menyokong dan membakang.

Saya sendiri telah beberapa kali terjumpa ahli-ahli UMNO diakar umbi sedang menjalankan dakyah mereka.

Jadi hendaklah kita berusaha kerasnya menangkis dakyah UMNO yang kononnya PAS nak bekerjasama dengan UMNO.

Tidak ada perbincangan langsung dengan UMNO berhubung dengan ini. Semua itu adalah dakyah palsu mereka.

Bermuzakarah bukan bererti kita nak bersama UMNO dan PAS sekali-kali tidak akan lagi bersama dengan UMNO. Dengar-lah nasihat Tok Guru.

Kalau jumpa ahli UMNO, atau bukan, atau ahli PAS sendiri yang cuba menyebarkan dakyah ini, hendaklah kita dengan segera menangkisnya. Kalau tidak kita bagi 'terajang' mereka sebiji atau 'penampar' kemuka mereka saja.

Anonymous said...

I refer to Najib's alleged offer:
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.

Kalau PAS masuk BN, saya pasti PAS akan kalah teruk seteruk-teruknya di kawasan PKR dan DAP sebab ini semua kawasan middle-income multiracial urbanites yang memang sudah jemu dan jelak dengan BN yang korup dan pengkhianat semua bangsa Malaysian. Janganlah ahli-ahli PAS terpedaya sekali lagi dengan UMNO, lebih-lebih lagi dengan si Najib yang takut isteri dan kaki perempuan. Mahukah kamu semua sujud di kaki si Dotty yang miang dan kuat meragam? Bandingkanlah si Dotty dengan DS Wan Azizah yang bersopan-santun dan kuat agama.

Peace,
donplayplay

Anonymous said...

Jika betul UMNO benar-benar telus, kenapa hanya dengan PAS sahaja? Bukan kah PAS merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat? Bukankah lagi baik kalau pertemuan ini diadakan dengan semua komponen Pakatan Rakyat?

Janganlah biarkan pisang berbuah dua kali. Lihatlah apa yang telah berlaku dahulu dan jangan sekali kali mengulangi kesilapan yang sama.

Biarlah kami, rakyat biasa merasai perubahan kepada tampuk kepimpinan negara. BN sudah terlalu lama berkuasa dan berleluasa sehinggakan tidak mahu lagi memperdulikan nasib rakyat, yang penting mereka masih memerintah dan mengaut keuntungan untuk kroni-kroni mereka sahaja

Anonymous said...

Kenapa? kenapa bila kita nak bersatu mcm ni ada saja puak yang tidak bersetuju? Bukankah ini yang di ajar dalam Islam?

Aku khuatir, puak2 yang tidak bersetuju ini mindanya telah diracun dengan teruk oleh orang bukan Islam. Orang2 bukan Islam tahu, sekiranya UMNO dan PAS bersatu, mereka tidak mungkin dapat membawa cita-cita Malaysian Malaysia mereka.

Anonymous said...

Saya harap PAS akan belajar dari kesilapan silam. Bukan sekali dah banyak kali.Kalau ada pemimpin PAS yang yang gilakan kuasa lebih baiklah tinggalkan perjuangan PAS Ikutlah contoh Ezam dan jadikanlah dia hero. Ingatlah PAS party Islam Yang berteraskan PRINSIP ISLAM Yang dibawa Nabi Muhammad. Mungkir janji itu bukan cara Islam. Baru menang sikit jangan lupa daratan. Perjuangan pertama menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional yang berteraskan ugama HADHARI yang berperinsipkan RASUAH, SALAH GUNAKUASA, ZALIM, TAMAK, dan MENIPU. Dah Berapa ramai ahli , pemimpin dan alim ulama` PAS yang telah menyeberang ke UMNO dengan tujuan yang sama demi Isalam dan Melayu tapi apa dah jadi. Semuanya jadi HAPRAK dan TUNGGUL kayu. Kalau benar ada pemimpin PAS yang mahu bersama UMNO sekali lagi Sudah nyata Tuhan mereka Bukan Allah tetapi WANG dan PANGKAT dan ugama mereka HADHARI. Kalau PAS ada masaalah dengan PR hendaklah yang sebaiknya hendaklah dibincangkan. Kalau mereka tak setuju dengan perjuangan PAS tinggalkan mereka berjuang bersendirian bukannya berjuang dengan UMNO. Itu baru perjuangan yang tulin, perjuangan yang berasaskan Islam untuk kepentingan dan kebaikkan rakyaat Malaysia. Rakyaat Malaysia perlu dilatih bahawa mereka perlu berkerjasama dan saling membantu dalam kehidupan seharian. Perasaan perkauman perlu dihapuskan. Dimuktamar PAS yang akan datang perlunya pemimpin yang terbabit menyatakan pendirian mereka supaya ahli ahli PAS dapat membuat perhitungan.

Anonymous said...

Dari kita berpecah baik kita bersatu...

kenapa kiter mesti meragui satu usaha perpaduan untuk kebaikan semua....Andai pengalaman pahit yang lepas itu telah ada, maka jadikanlah ia sebagai panduan dalam menjalinkan perhubungan dengan Umno...maka tindakan hati hati dan berwaspada haruslah diambil terlebih dahulu daripada merencatkan cadangan yang baik...

saya bukannyer ahli umno pun, tapi pada saya satu usaha untuk kebaikan, kenapa harus kita taruhkan dengan prasangka yang tinggi...

Anonymous said...

"Anonymous said...

Kenapa? kenapa bila kita nak bersatu mcm ni ada saja puak yang tidak bersetuju? Bukankah ini yang di ajar dalam Islam?

Aku khuatir, puak2 yang tidak bersetuju ini mindanya telah diracun dengan teruk oleh orang bukan Islam. Orang2 bukan Islam tahu, sekiranya UMNO dan PAS bersatu, mereka tidak mungkin dapat membawa cita-cita Malaysian Malaysia mereka.
July 19, 2008 7:35 AM"

Kenapa? kerana pemimpin UMNO tidak boleh dipercayaai. Mereka gila kuasa kerana harta. Memang benar majoriti ahli UMNO beragama islam tetapi mintak maaf. UMNO adalah parti melayu, memperjuangkan bangsa. Bukan memperjuangkan islam. Saya tidak nampak cara hidup islam dalam pemimpin UMNO kecuali masa sembahyang jumaat, raya, ibadah korban dimana lembu ditaja oleh swasta. Jadi tidak perlu PAS bergabung denan UMNO kerana sejarah akan berulang jika UMNO kembali kuat.

KSC

DarulMujahidin said...

Maaf

Pada pandangan saya semua ini adalah satu perancangan jahat untuk memecahbelahkan pas. Setahu saya tidak ada seorang pun pimpinan pas yang duduk berbincang isu tersebut. Ingat jika fitnah yang kita sebarkan ini boleh meranapkan pas, saudaralah salah seorang puncanya.

Dan saudara juga harus ingat, sesiapa yang cuba untuk menghancurkan gerakan islam ini, maka tunggulah azab dari Allah.

Mereka cuba untuk memadam cahaya Allah, dengan tangan mereka, dengan mulut mereka?, nescaya mereka tak akan mampu.

Dan yang terakhir...Wahai saudaraku dari gerakan islam pas, percayalah, sesiapa sahaja yang cuba untuk merosakkan jamaah ini, ia pasti akan terpelanting dengan sendirinya. Usahlah mudah percaya dengan musuh2 Islam.

Mereka telah merangcang untuk memecahbelahkan pas, Allah juga ada perancanganya, siapakah yang lebih baik peracangan?.

Anonymous said...

Jangan Tertipu Dengan Tohmahan. Baca..

" Saya baru membaca satu artikel daripada seorang blogger Nur Aflah yang selalu dipetik oleh Malaysiakini untuk ruang blog di lamannya. Artikel yang cukup mengemparkan iaitu "Tulang Besi dedah dalang-dalang Pemimpin PAS di Malaysiakini" (Links).

Saya cuba mencari artikel berkenaan di Malaysiakini tetapi tidak berjumpa berkenaan artikel ini, lalu saya melawat laman Tulang Besi dan mendapati artikel ini memang wujud. Sila lihat di Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional (Links)

Daripada pengamatan pembacaan saya, saya lebih suka mengesaki artikel ini dirancang untuk menyerang beberapa pemimpin PAS dengan tuduhan liar seolah-olah mereka yang berjuang lama dalam PAS adalah mereka yang tamak, haloba dan tidak mengedahkan prinsip-prinsip Islam.

Cercaan secara halus adalah bertujuan untuk melemahkan kepimpinan PAS. Idea muzakarah/dakwah yang telah dikemukan oleh Presiden PAS yang sebenar adalah baik dan mengikut lunas-lunas Islam telah dikaburkan seolah-olah PAS dan UMNO hendak bergabung.

Secara halus artikel ini juga cuba melagakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Tulang Besi telah menulis dalam laman Tranung Kite menyerang Dewan Ulama secara halus dalam membahaskan isu sokongan Dewan Ulama kepada Presiden PAS. (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12725&mode=thread&order=0&thold=0). Jika dibaca dan diteliti, tulisan tersebut lebih kepada menyerang Dewan Ulama PAS dan menjadikan Ustaz Ahmad Awang sebagai 'bola' untuk permainan ini.

Cara dan penulisan Tulang Besi sama juga menjadikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai 'bola' untuk menyerang mereka yang mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat yang sudah tidak mengikut lunas-lunas Islam malah banyak perkara telah tersasar daripada kepentingan Melayu.

Islam perlu diselamatkan, Melayu juga perlu dijaga. Rasanya tidak salah sebagai seorang Islam perkara ini perlu diberikan peringatan kepada pemimpin PKR agar jangan terlalu gopoh nanti kita akan menyesal kemudian hari. Pegalaman dan kefahaman berpolitik Islam perlu jelas tetapi Tulang Besi nampak telah lari daripada landasan ini seperti ada agenda dalam PKR untuk menyerang mereka yang cuba menasihati PKR agar tidak terbabas. Sikap dan perilakunya lebih keUMNOan.

Manipulasi dan permainan isu cukup hebat menyebabkan fakta sebenar telah diselewengkan.

Setahu saya tidak wujud perjumpaan antara pemimpin PAS dengan Najib di London. Pemimpin PAS yang pergi ke London ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Dato' Harun Taib. Mereka sepatut ke London atas pertemuan dengan kepimpinan dunia Islam, tetapi oleh kerana Yusof al-Qadawi tidak boleh masuk ke London disebabkan visanya telah disekat, maka pertemuan telah diadakan di Paris. Jadi kesempatan di London hanya sekadar pertemuan dengan pelajar di sana. (Maklumat ini boleh diperolehi dengan bertanyakkan persatuan pelajar di sana)

Dato' Mustafa Ali tidak pergi pun ke London, macam mana beliau dikatakan membuat hubungan dan perancang kepada pertemuan ini.
Tawaran-tawaran yang disebutkan adalah tidak berasas sama sekali. Jangan terlalu mudah diperbodohkan. Cuba renung tawaran yang disebutkan dan berfikir tanpa emosi. Adakah mudah untuk komponen BN hendak memberi semua ini? Atau UMNO nak tinggalkan BN bergabung dengan PAS. Bodoh sangat orang yang membuat cerita ini.

Telliti tawaran yang disebut pada perenggan awal penulisan tualng Besi;



a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat


Paling bodoh bagi pendapat saya ialah PAS akan mendapat kerusi yang dimemangi oleh PKR dan DAP dalam PRU-12. Ini bermakna jika PAS akan memperolehi 80 kerusi dan PAS boleh menjadi kuasa yang paling kuat dalam kerajaan yang dibentuk.... PAS boleh menepi 2/3 parlimen. Bodohnya UMNO kalau dia orang nak bagi.

Dua peranggan yang saya baca dalam tulisan Tulang Besi (kononnya Ahli PAS Dalaman) sudah cukup untuk saya membuat kesimpulan bahawa tulisan ini adalah pengkhianat kepada PAS dan berniat jahat untuk meragukan ahli-ahli dan penyokong PAS kepada kepeimpinan PAS yang telah utuh selama ini.

Tulisan ini juga adalah bertujuan menfitnah PAS agar masyarakat Malaysia yang cenderung untuk menyokong PAS mula meragui PAS.

Awas dengan musuh dari dalam dan luar.

nyonya_meneer said...

dimana2 saja akan ada orang2 seperti ini..maka saya tak terkejut dalam Pas pun begitu jugak..jatuhnya melaka pada portugis pun bukan kerana portugis yg kuat tapi kerana ada orang melaka sendiri yg belot.

Anonymous said...

asslamualaikum...

tukang besi.. apa pun..harap penyokong2 PAS bersabar dan ememberi wala pada pimpinan kita... berita ini hanya khabar angin yang tidak tahu kesohihannya.. bahkan kita erlu amat nnerhati2 .. memandangkan cybertrooper umno aktif dalam menyebarkan khabar12 angin dalam blog2 ini... cuma fikirkan lah... mana mungkin pimpinan pas.. MUSTAFA ALI ,nasharuddin mat isa... bole termakan janji dengan najib.. sedangkan najib mempunyai masalah dalam umno.. kes atantuya...puak dia berlawan dangan puak paklah dan khairy.. bahkan yang paling penting ... najib dah biasa berbohong.. dari dulu kini dan selamanya...lagipun org2 bukan islam terutama bangsa india ,... makin ramai mendekati PAS ... alhamdullillah dakwah kita dah samapai kepada mereka sedikit demi sedikit.. jika pas masuk bn.. maka siapa lagi yang akan percfaya dengan parti islam.. dan akan mengambil bertahun2 lama lagi untuk org mempercayai parti islam lagi... just rumours... bersangka baik la... PAS adalah parti yang paling tegar prinsipnya dari dulu kini dan selamanya.. kita menyayangi kepimpianan TGHH dan TGNA... dan arwah UStaz Fadzill

Anonymous said...

Saya tidak tahu samada berita ini benar atau tidak. Tapi yang penting saya tidak sokong PAS berkerjasama dengan UMNO sebab masa dia orang lemah datanglah bersahabat bila dia dah kuat balik PAS akan tendang dengan hinanya nanti..... Aku sokong PAS dalam pakatan rakyat sebab ramai kawan aku yang non-muslim dah mula nampak perjuangan PAS dan ketokohan TG Nik Aziz. Ada yang dah pergi sendiri ke Kelantan nak pastikan kebenarannya. Jangan hilangkan kepercayaan mereka..

SmartHero KL

CHee XtheMan said...

Hello Guys,

Why not PAS bersatu with Umno before march 8 ? After having heavy set back ... and now Umno wants PAS to talk for the good of malay unity. This is totally a CRAB !! Perbohongan !! PAS have has no principal at all and same with Umno morons :-) Sorry if i sound a bit kasar here !!

I am 100% sure non malay will not give a single vote to PAS and PAS will not even be able to win in urban area that for sure!!

What would be happen if before the last election UMNO+PAS vs PR with PKR + DAP + MCA + MIC + PBS + Geraakan + SAPP + the rest non-malay party.

After all we now seems to agree to why DAP why cannot trust 100% to PAS.

I am sad to read all of these !! I am non malay and have giving my vote to PAS in Kota Raja last election (Check the Kota Raja result, a seat with a lot of non malay). BUT now I have start to REGRET to vote for PAS and i feel sorry for convicing all my friends
to vote for PAS.

Damaged already done !! by now PAS will start to lose the support from non malay

Abu Ihsan said...

Salam.

Saya sangat percaya tulisan tersebut adalah rekaan semata-mata, bagi menyambung desas-desus yang dimulakan oleh blogger2 PAS sendiri.

Banyak fakta lemah dikemukakan, seperti penglibatan Ust Harun yang kononnya politiknya sudah dipenghujung. Ini fakta paling salah bagi mereka yang dekat dengan ust Harun Taib.

Keduanya, siap tahu le pulak hujah2 TGNA yang menolak usaha tersebut. Bukanke usaha itu satu rahsia kononnya.

Saya tidak nafikan mungkin ada idea ini dikalangan individu tertentu, tetapi surat ini jelas satu penipuan untuk membesar2kan isu ini dan menyambung desas desus oleh blogger PAS sendiri.

Dah kita gatal tangan menulis, depa sambung la....

Anonymous said...

Elok lah PAS, kalau dah tamak sangat pergi lah masuk BN. Tapi ingat, hanya pemimpin yang tamak shj yang akan masuk BN, tetapi para penyokong akan tetap bersama PR. Fikirkan lah atas sokongan yang telah diberikan oleh penyokong-penyokong PAS selama ini, renungkanlah segala pengorbanan yang telah di serahkan oleh penyokong PAS. Ini bukan AMARAN tetapi BENCANA akan menimpa PAS saperti juga BN yang sudah boleh ditahlilkan.

Anonymous said...

Dear darulmujahidin

Ruangan ini bukannya ditulis oleh Tulang Besi, jadi rasanya tiday adil melemparkan tuduhan terhadap beliau. Tulang Besi hanya membenarkan ruangan ini disiarkan di blognya. Lagipun kita sebagai pembaca, tidak ada salahnya membaca pendapat (opinion) yang berbagai-bagai dari ramai penulis. Bagaimanapun, anda telah memberikan satu pendapat yang ada kemungkinannya. Maka kepada pembaca-pembaca tak perlulah terlalu "excited". Rasanya kita perhatikan dulu saja jika benar, maka apa yang boleh saya katakan di sini ialah PAS telah "membunuh diri". Tindakan bersekutu dengan UMNO yang telah terkenal dengan korupsi, rasanya PAS bagaikan mengambil arang dan menconteng ke muka sendiri. Maka yang pasti nikmat dari pangkat yang dijanjikan UMNO hanyalah untuk sementara. Yang pasti kekalahan menanti di pilihanraya masa depan.

So to Chee Xtheman, be cool. Don't have to jump to any conclusion now. If proven this rumour is true, I suppose you know what to do in the next election, OK? Take care.

MEI

Anonymous said...

Oops! sorry.

bukan dituju kepada darulmujahidin, tetapi to Anonymous, comment posted July 19, 2008 at 9.59am.


MEI

thaqif said...

Jangan pelik perkara begini boleh berlaku.Dalam mana-mana parti politik,memang ada saja gulungan yg berpandangan lain,mereka akan cuba membawa parti mengikut cita rasa mereka.Tapi akhirnya suara mejority juga yg akan menang.Pas sudah beberapa kali berpecah,dan kali ini akan berpecah lagi,jika ini benar-benar terjadi,ini lah yg dikhuatiri oleh TGNA.Dia tahu benar.

Pada pandangan saya PAS tak perlu keluar dari PR dan berpelukan pula dgn Umno.Selama ini pun Pas bukan menjadikan pangkat dan kekayaan sebagai matlamat utama perjuangan mereka.Kalau Pas mahu memperjuangkan Islam,dari mana-mana pihak pun Pas boleh melaksanakan perjuangan mereka.Tapi, bukan kah lebih elok kalau Pas berjuang bersama dgn rakan yg telah memenangkan mereka,bukan mereka yg mahu menjadi rakan setelah mereka sendiri tinggal separuh nyawa.Silap salah rakan lebih mudah diperbetulkan asalkan dgn cara yang baik,tidak terlalu keras dan kasar.Boleh kah Pas pastikan TV3,tidak lagi menjelajah ke seluruh pelusuk negara dgn konsert jom hebohnya bila Pas bersama Umno,atau pastikah Pas Genting,no.ekor dan kilang Calsberg di tutup nanti?.

Jadi,diharap Pas,bertindak bijak lah dalam menangani sebarang kekeliruan dalam mereka,dan mencari hala tuju yg betul dan memberi kebaikan kepada parti tersebut utk jangka masa panjang,dan Islam jadi beransur-ansur di hurmati buakan di takuti.

Anonymous said...

KETIKA UMNO LEMAH DAN PAS SEMAKIN KUAT INILAH MASA TERBAIK UNTUK BERBINCANG.

DALAM PAKATAN RAKYAT SEKARANG APA YANG PAS DAPAT DI SELANGOR? SEMUA CEO DALAM ANAK SYARIKAT DISANDANG OLEH ORANG PKR.

KENAPA ORANG PAS TAK TERLIBAT MEMBERI KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT??

EXCO (PKR YANGKRISTIAN) TELAH MEMOHON DENGAN KERAJAAN SELANGOR SEBANYAK 30% DARI PERUNTUKAN YANG DIPERUNTUKAN KEPADA JAIS & MAIS (UNTUK DAKWAH) BAGI KERJA-KERJA MENGEMBANGKAN AGAMA KRISTIAN. APAKAH KAH PERJUANGAN YANG DIPERJUANGKAN SELAMA INI BOLEH DIHALALKAN CARA SEDEMIKIAN???

DI PERAK SEBELUM DS NIZAR MENGANGKAT SUMPAH. DSAI PERNAH MENGUGUT UNTUK JAWATAN MENTERI BESAR PERAK. WALAUPUN CALON YANG DIKEMUKAKANNYA TIDAK LAYAK.

PAS PADA MASA ITU MENERIMA TAWARAN UMNO SEMUA 6 ORANG ADUN PAS AKAN DILANTIK MB DAN SEMUA EXCO JIKA PAS MENERIMA PELAWAAN UMNO. TAPI PAS LEBIH PEGANG KEPADA PRINSIP DAN JANJI MENERUSKAN KERAJAAN ALTERNARIF BAGI GANTI BN DI PERAK.

KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK DIBENTUK DARI PAKATAN RAKYAT. PKR LEBIH MENUMPANG DI KELANTAN. SEBAB KERAJAAN YANG ADA HARI INI TELAH WUJUD SEBELUM WUJUDNYA PKR. TIDAK ADA ANGKA PERBANDINGAN YANG SESUAI. TETAPI RAMAI ORANG DARI PKR DILANTIK MENDUDUKI ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN DI KELANTAN.

KEDAH PUN MENGHADAPI SITUASI YANG SAMA. PKR LEBIH SUDU DARI SENDUK.
TIDAK DINAFIKAN DALAM POLITIK PERLU KEPADA KUASA. KUASA KEPADA JAWATAN. ADA KUASA TAK ADA JAWATAN TAK BOLEH BUAT APA.

SEBAGAIMANA DI PERAK, SELANGOR, HATTA KEDAH APAKAH DENGAN KUASA YANG ADA SEKARANG BOLEH SELESAIKAN APA YANG PAS PERJUANGKAN SEBELUM INI???

CHee XtheMan said...

Anonymous July 19, 2008 1:05 PM

PAS KUAT sebab sokong dari non malay ! You are missing out the big point here.

How can you say PAS is "Pegang KUAT dengan prinsip" if PAS join BN. We all know what is BN is ?
BN and Umno is like a System runs on a virus affected OS (Umno itself is a virus). There is no way to rescue or restore the system. The only solution to built a better system from zero :-)

Raj said...

Kepada sekalian,

Saya seorang India, asal dari Perak dan sekarang bermastautin di Pulau Pinang. Harapan saya ialah Pas kekal dengan Pakatan Rakyat. Saya berharap ahli Pas dengar hujah TGNA, walaupun saya tak pernah berjumpa dengan beliau tetapi banyak sudah saya dengar berkenaan keimanan dan sifat mulia beliau, termasuk dari rakan kerja yand pernah berjumpa beliau semasa TGNA hadir ke satu majlis di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), waktu itu rakan keja saya mahasiswa di UTM. Saya sudah dua kali ke Kelantan sekali tahun 2005 and akhir sekali sebulan lalu, banyak tempat yang saya kunjung dari Rantau Panjang sampai ke Pantai Irama, saya terharu dengan sikap semua masyarakat Kelantan yang amat mudah bergaul dengan orang luar. Saya sempat melawat sebuah kuil hindu yang indah di Kota Bahru. Saya rasa tiada apa yang orang bukan melayu takut pada Pas. Pas sudahpun menjadi tunggak kerajaan negeri di Kedah dan Perak, selain Kelantan, dan mempunyai peranan penting dalam kerajaan Selangor dan mempunyai keahlian dalam majlis tempatan Pulau Pinang. Ramai rakyat bukan melayu sudah menerima keikhlasan Pas. Diharap janganlah sia siakan kepercayaan kami

CHee XtheMan said...

Facts

DAP no friend with UMNO, so do UMNO !! DAP never join BN !!
DAP is an multiracial party, but with marjority is Chinese origin.
DAP always rejects Umno politic policies towards non malay !
DAP join BN indeed IMPOSSIBLE

PKR no friend with Umno,
with sodomy II on going !!
PKR is an multiracial party
with majority is Malay origin
PKR join BN indeed SLIM

PAS did friend with Umno
PAS did join BN before
PAS is an muslim party,
PAS is an Malay party like Umno
PAS join BN is POSSIBLE

Anonymous said...

This is all bull shit....garbage...
UMNO is trying to manipulate people especially PAS by using blogger too.

Ahli PAS Dalaman said...

Polis Pencen Tulis: Paling bodoh bagi pendapat saya ialah PAS akan mendapat kerusi yang dimemangi oleh PKR dan DAP dalam PRU-12. Ini bermakna jika PAS akan memperolehi 80 kerusi dan PAS boleh menjadi kuasa yang paling kuat dalam kerajaan yang dibentuk.... PAS boleh menepi 2/3 parlimen. Bodohnya UMNO kalau dia orang nak bagi.

Jawapan: Itu adalah tawaran UMNO kepada PAS. Walaubagaimanapun, sudah tentu kerusi2 yang ditandingi DAP, PAS akan perlu berbincang dgn MCA juga.

LensaPR said...

Jelas sebahagan pimpinan pas gilakan jawatan menteri, bukannya nak perjuangkan islam. Riak dan rentaknya kita tahu. Mari kita saksikan

Ahli PAS Dalaman said...

Polis Pencen writes:
Dato' Mustafa Ali tidak pergi pun ke London, macam mana beliau dikatakan membuat hubungan dan perancang kepada pertemuan ini.
Tawaran-tawaran yang disebutkan adalah tidak berasas sama sekali. Jangan terlalu mudah diperbodohkan. Cuba renung tawaran yang disebutkan dan berfikir tanpa emosi. Adakah mudah untuk komponen BN hendak memberi semua ini? Atau UMNO nak tinggalkan BN bergabung dengan PAS. Bodoh sangat orang yang membuat cerita ini.

Jawapan: Polispencen, kesemua perjumpaan ini berlaku sebelum Tuan GUru Haji Hadi pergi ke London baru2 ini.

Rasanya Polispencen keliru.

Din said...

Salam

Saya rakyat kebanyakan yang amat percaya BN tak boleh dipercayai dan PR penyelamat rakyat. Amatlah malang jika ini benar2 terjadi, nyatalah ianya suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terbanyak selama ini....

Anonymous said...

tarikh surat 18/7/08. tapi dok citer pasal PR 12 yg dah lepas. FAKTA pun dah salah, camner ni.

Nampak sgt surat ni FITNAH. udah2ler bang. jgn disebar benda tak elok. kita tak larat berjawab depan Allah SWT nanti. tarik balik lah posting ni.

Ingat!
Fitnah lebih dasyat dari membunuh.

Yg difitnah dlm surat ni terdiri dari ulamak.. masya Allah. saya mohon, takutlah pd azab akhirat kelak.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Subhanallah, bila melayari setiap komen yang dipaparkan. Ada yang pro tapi yang lebih nya adalah kontra. Wujud ke tidak nukilan mengenai "pendedahan dalang2...." tersebut, Wallahu 'allam, kita pun tak tahu.

Jadi jangan lah kita cepat membuat kesimpulan, fitnah, tuduhan atau andaian serba mak nenek.

Sesungguhnya, insan yang mereka cipta nya, dan Allah Subhanuwa Ta'ala saja yang tahu.

Sudah lah dalam keadan sekarang kita di hidangkan dengan pelbagai isu dan fitnah, maka ada lagi pula yang mahu masuk jarum dan 'tumpang semangkuk" bagi mewarnai senario fitnah dan adu domba ini. Masya Allah. Isytighfar lah banyak2.

Kepada ahli dan pimpinan PAS fikir2kan lah, "JANGAN TERJEBAK" dengan sendiwara dan gula2 "AAAMM NO".

Kalau perlu sangat sangatlah nak........, Cantas semua mereka yang tamak, korupsi, dungu, yes man dalam "AAAMM NO" dan tukar je depa masuk PAS, apa macam Tok Bakaq Beca? Mustahil, mustahil, mustahil (pinjam kata2 Aruah Tompel)

Wassalam.

Anonymous said...

d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2

hahaha... jgn wat lawak la..
ape punye fitnah lah ni?
bodoh sgt ke rakyat mlysia ni smpai cepat sgt pecaya cerita2 karut/fitnah camni?

tpm-2? nak suruh jadi tunggul je ke?

Anonymous said...

Isu ini munkin reda sikit selepas mesyuarat PAS pusat baru-baru ini dan kita dengar kenyataan dari pimpinan PAS bahawa mereka bersama PR.TGNA terpaksa dibawa ke mesyuarat tersebut untuk memastikan usaha ini dihalang.Adakah munkin TGHH masuk IJN akibat stress keadaan ini,wallahu'allam.Dengar orang merungut mahukan Tim Pres PAS supaya lebih kerap menjenguk kawasan nya kerana banyak masa sebelum ini sibuk dengan pelbagai perundingan ini.

Anonymous said...

I am a mata sepet Malaysian. My opinion is that whether the rumour is true or not, is not so important. What is more important is that PAS' leaders do not destroy what they have achieved thru PR12 whereby they have won the hearts of many non-muslims. PAS is an Islamic Party and Islam is a religion for all humankind not just a prticular race like what UNMOputra is - race party. Since there is an issue on unity in this country, it is mandatory that our leaders address Malaysian unity irrespective of race, creed or religion and NOT just malay or chinese or indian or kadazan unity!

Anonymous said...

Salam & Selamat semua.

Kesian kita semua.

Sebagai rakyat di Malaysia tercinta, tak cukup dgn macam2 bende yg langsung terus memberi kesan kpd kehidupan sehari2 spt kenaikan harga minyak, ekonomi lembab, sistem bobrok dll., kita terjebak dgn macam2 bende yg buang masa & tenaga sebegini.

Heck, malah kita kena fikir pasal buntut sapa kena sondol.

Dalam mana-mana kumpulan atau organisasi - mesti ada kolompok. Bak kata omputih - three's a company, two's a crowd. Lebih kurang kalau bertiga tu, mesti ada dua kumpulan.

Macam dlm PAS - heck bukan dua malah entah berapa kelompok. Dulu sebelum Reformasi dah ada macam2 kelompok.

Ada geng ulama, geng ustaz biasa, geng birokrat, geng akademik. Lepas Reformasi tambah satu lagi geng, iaitu geng Anwar.

Geng Anwar dlm PAS antara lain ex UMNO yg masuk PAS macam KJ asal, Hassan Ali, Nasaruddin, Dr Azman, Dr Lo'Lo, Dr Mariah dll. Yg lain tu geng Islam Liberal yg senada dgn stail Anwar.

Macam dlm UMNO - akhirnya geng ex S46 yg kuasai kepimpinan UMNO, serupa dgn PAS apabila geng Anwar kontrol pimpinan & berada disekeliling TGHH. Apa saja yg disaran Anwar, mereka ini akan desak kepimpinan PAS terima tanpa banyak soal.

Paling besar tentang pembahagian kerusi PRU12 & pembentukan kerajaan campuran Pakatan Rakyat selepas itu.

Drp 90 kerusi Parlimen & ratusan kerusi DUN yg ditandingi PKR - tolong beri statistik berapa peratus PKR langsung takde 5% kekuatan jentera akar umbi, malah hanya bersandar dgn PAS & DAP?

Terutamanya PAS.

Ramai lupa nak tanya mana pegi anak2 jati PAS macam Mat Sabu, Ustaz Idris, Hanipa Maidin dll yg begitu konsisten dgn fikrah perjuangan PAS selama ini.

Ya, jangan terkejut. Betul nama2 itu kalah PRU12 tapi macam mana boleh kalah? sedangkan ramai budak berhingus PKR boleh menang. Post-mortem terdapat bukti disabotaj oleh PKR sendiri.

Memang betul nama2 yg disebut SEMUAnya pemimpin senja. Tapi tidak ke TGHH & TGNA juga termasuk pemimpin senja?

PAS ini selalu emosi berbanding rasional. Taksub kpd ketua tu memang adat mereka. Mereka selalu tutup mata kononnya pimpinan ulama.

Tapi mereka bebal & tak lihat dunia - ketika "kepimpinan ulama" gerakan Islam lain seluruh dunia (yg berjaya spt. Hizbullah, PKS dll) semuanya ulama mereka berusia "yg bersesuaian".

Cuma kenapa gempaq sangat bab PAS jumpa UMNO nih?

Anwar sendiri bukan sekadar jumpa, malah berselingkoh lagi. Tak kiralah utk bawa masuk Pakatan - tapi prinsipnya puak yg sama juga.

Ada orang tanya ke kalau mamat UMNO/BN tu banyak "skeleton" (tahi) - kalau masuk Pakatan - langsai semuanya ...??

Katakan Rafidah Aziz, Samy Vellu, Rahim Thamby, Khir Toyo, heck .., si KJ menantu PakLah masuk Pakatan - jadi semuanya dilupakan?

Memang PAS silap langkah.

Silapnya ialah PAS join Pakatan as part of the government. (sebahagian kerajaan campuran).

Selain Kelantan & Kedah - di mana PAS menang mutlak, PAS TIDAK SEPATUTNYA masuk dan jadi sebahagian kerajaan Pakatan.

Jadilah begini. PAS merasa & dirasa & dianggap duri dalam daging oleh kawan2nya, terutama DAP - manakala dianggap lemah & pengikut balaci oleh ahli mereka sendiri.

Di Perak dan Selangor, sepatutnya PAS lebih bermaruah & praktikal. PAS hanya perlu beri sokongan supaya Pakatan boleh bentuk kerajaan TAPI tolak jadi Exco, apatah lagi MB yg daif & naif.

Tolonglah jangan ada mamat sebut "tahlus siahsi" apa ke bende kononnya bijaksana siasah politik dll.

Lihat saja di Pulau Pinang.

DAP yg sentiasa bongkak langsung tak beri muka kpd PAS apabila kemenangan mereka besar & tidak memerlukan.

Jika PAS guna akal & tolak tawaran di Perak & Selangor - PAS kekal menjadi pihak yg stabilkan kerajaan & kuasa pendesak yg kuat.

PAS sentiasa akan dilihat sebagai pihak yg sentiasa utamakan kepentingan rakyat tak kira bangsa & agama.

Tapi PAS masuk juga jebak Pak Sheikh yg punya agenda tak terkira itu ..., lalu ikut hanyut dengan permainannya.

Memanglah nama2 yg disebut MUNGKIN ada agenda tersendiri tapi INILAH politik di Malaysia.

Jadi pasal apa kecoh nak mampus?

The truth, kebenarannya ialah tak ada orang sanggup sebut.

Kita semua TERLALU BERHARAP sebab kita semua tahu bahawa jalan yg kita ikut akan membawa kpd satu destinasi yg menakutkan.

Guna otak & akal.

PAS dengan bebalnya ..,
DAP dengan bongkaknya ..,
PKR dengan agenda bossnya ..,
UMNO dengan hapraknya ...,
MCA, MIC & rest of BN dengan lembu dicucuk hidung mereka ...,

agak2 kita sampai ke mana?

Tulang Besi said...

anon writes:

"
Ya, jangan terkejut. Betul nama2 itu kalah PRU12 tapi macam mana boleh kalah? sedangkan ramai budak berhingus PKR boleh menang. Post-mortem terdapat bukti disabotaj oleh PKR sendiri."

REply; Rasanya ini adalah penulis dari UMNO. Saya baca laporan post mortem PAS. Saya boleh jamin takda laporan yang mengatakan PKR sabotaj PAS.

Yang ada hanya, PKR tidak bantu PAS kerana mereka sendiri tak ramai orang.

Ini lagi sekali penipuan UMNO

Topengperak_Xinwugi said...

whats more can i say after this letter had a confirmation from some1 i have to believe?

even without confirmation also kita terpaksa terima hakikat bahawa perkara ini SEMEMANGNYA TERJADI melalui beberapa kenyataan-kenyataan dari pimpinan PAS sendiri ( walaupun mereka-mereka AMAT BERHATI-HATI dalam megeluarkan kenyataan ).

Allah itu Maha mengetahui.

Kita yang memerhati tak harus leka,setiap yang berlaku itu melalaikan kita seandainya kita sekadar melaluinya tanpa memerhati.

perbezaan pendapat antara TGNA & TGHH sememangnya terlihat secara-terang-terangan.lihat kembali apa yang berlaku selepas PRU12...

slyderrose said...

Walaupun tidak ada hitam putih tapi cakap-cakap Hj Hadi Awang, senyapnya sepi ustaz nazaruddin dan mustafa ali dah mulakan perbincangan dengan MB Trengganu, rancangan ke arah PAS bergabung dengan umno macam satu kebenaran.

Atas dasar apa ke PAS nak bergabung? Ketuanan melayu?. Ini kena tanya Tok Guru Nik Abd Aziz. Saya rasa mereka membelakangkan Tok Guru. Cukup mengecewakan. kalau ini betul nampak sangat pemimpin yg terlibat so hard-up dengan jawatan pangkat. Saya nak tengok kalau PAS berani cubalah, sebab saya yakin ramai yg akan keluar PAS. PAS dah lupa ke, macam mana pemimpin umno panggil PAS - parti ajaran sesat. Dan sekarang nak bergabung pulak dengan umno. Ingat apabila Ezam masuk umno, Anak Tok Guru kata Ezam budak yg baik tetapi telah tersesat. So, adakah pemimpin PAS yg terlibat, sesat juga?

Anonymous said...

I want back mine,my wife and my son's votes to PAS in Adun Dengil and Parliment sepang during PR ke12.I am a chinese and voted for PAS for the betterment of all malaysian but........it seems like PAS=UMNO abang adik sama2

CHee XtheMan said...

Who to trust ? DAP ?

In politic there is no forever friend and enemy. Like PAS and Umno !!

BUT I must salute DAP !! They never changed since the very first day. They never compromised with Umno even to MCA.

Irfan Mohd Nor said...

Ini semua dakyah jahat UMNO ni.

Memang betul ada usaha dari UMNO untuk menarik PAS masuk ke BN, tetapi semata-mata agar PR tidak dapat membentuk kerajaan.

My inner source, which i trust, says that only Mustafa Ali and Nasharudin that has so far lend their ears to UMNO. But the truth is, this issue has never been important or big! PAS has never discussed this formally in their gatherings or meetings.

Further more, the leadership knows well that their supporters will definitely leave the party and join keADILan or set-up another Islamic oriented party especially in Kelantan. Period.

Irfan Mohd Nor said...

Besides, why should PAS Kelantan join BN if they are already big + strong + influential + steady ?

They've been fighting against UMNO like hell for the last 20 years and now u think they want to kiss n hugg UMNO??

Moreover, PAS has just won big in Kelantan.

jimmy asmara said...

Beza antara yang bangang ngan normal ialah,korang ingat ulama2 yang korang sebut dalang tu hidup cam korang ker? bangun pagi tengok porn,layan fitnah sana sini, pastu boring gi melancap..

derang hidup cara ulama lain dari cara kita la bongok.. derang nak buat keputusan apa pun,fikir,semayang istikharah, mesyuarat dan doa.. bukan main selamber ayam macam korang jer, kaki lancap.. haram jadah betul..

inila tektik politik, kalau dah bengap sangat.. kang aku explain lebih2 kata aku nak lecture plak.. tapi pendek kata, kalau dalam politik, nampak statik dan boleh diduga, itu bukanla bijaksana.. itu unta.. bahlol..

kalau banyak ni pun tak faham, baik diam toksah menulih.. buang karan saja..baik ko gi romen bini ko atau gi layan porn, leh gak stim.. kutuk ulama ko ingat dapat pahala ka?

Anonymous said...

Kalau sekiranya apa yang dihajati oleh UMNO ini menjadi kenyataan dengan alasan " KETUANAN MELAYU" maka betullah cakap cakap UMNO selama ini yang Pemimpin pemimpin PAS yang terlibat membawa masuk BN cuma bertopengkan AGAMA demi kepentingan diri sendiri.

mob1900 said...

Sorrylar, PAS serta UMNO, Malaysia TIDAK BOLEH DI JUAL-BELI!

1 said...

Im a chinese balik kampung beribu-ribu batu just to vote for PAS PRU 12.....jaga engkau PAS, kalau kau khinati rakyat termasuk kepercayan orang melayu, maka tiada maaf bagimu pilihanraya yang akan datang....

Anonymous said...

UMno - bertuhankan bangsa ( bangsa hancur )
PAS - Islam sebagai matlamat - Insyaallah kebenaran akan menyusul menang
so minyak ngan air takleh bercampur..porahh citt umno

tamupulaumelaka said...

SENANGNYA NAK BAWA PAS MASUK BN.SENANGNYA JANJI2 MANIS TU NAK DIBAGI PADA PAS. BAGI ORG UMNO JANJI2 MANIS ITU SENANG DIBUAT SERUPALAH DENGAN JANJI MANISNYA KETIKA PRU. ALIH2 LEPAS PRU12 MINYAK NAIK MENDADAK, MENGEJUTKAN SEMUA. SEMUA ISU YG HANGAT KINI ADALAH SENGAJA DIWUJUDKAN UNTUK MENGALIH PANDANGAN KEMARAHAN RAKYAT TTG ISU MENCEKIK RAKYAT ITU. INGAT PERANAN MEDIA2 MEREKA. ISU DSAI MELIWAT, ISU PERALIHAN KUASA, ISU ALTANTUYA. ISU VIDEO LINGGAM JADI SEPI, ISU DEBAT SHABERY CHEEK KECUNDANG DAH HILANG, ISU KPN DAN PEGUAM NEGARA, ISU KP IMIGRESEN DAN SEBAGAINYA. UMNO DALAM DEMAM SAWANNYA SUKA BENAR MELAGA2KAN AGGOTA PAKATAN RAKYAT AGAR BERBALAH SAMA SENDIRI. BERSATUNYA DALAM PAKATAN SANGAT MENUYAKITKAN BN DAN PARA PEMIMPINYANYA, TAMBAH2 DALAM UMNO. MCA DAN MIC PUN TAK STABIL. SEBENARNYA BN HAMPIR NAZAK.MEREKA SANGGUP BUAT APA SAJA. MEREKALAH YG MEMECAHBELAHKAN RAKYAT KINI, BILA RAKYAT DAH HILANG KEYAKINAN KPD MEREKA.
KERAJAAN DAN PEMIMPIN PAKATAN KENA TETAP HATI. MUSUH UTAMA TETAP BN @ UMNO @ pAKLAH N kEPIMPINANNYA. MEREKA TENGAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA BAIK CARA LEMBUT @ KERAS MEMECAHKAN SEKUTU PAKATAN.
BAGI ORG2 PAS KITA ADA NAS DAN PARA ULAMA YG KITA YAKIN KEILMUAN DAN KETULUSANNYA. PAKLAH BANYAK TAK BETULNYA.ORG2 UMNO MENGANGGAP MEREKA SAJA YG IKHLAS DAN BETUL, ORG LAIN TAK IKHLAS DAN TIDAK BETUL.
PENGALAMAN KITA DAH BANYAK TTG UMNO /BN NI. KEMANA KITA NAK BUANG PENGALAMAN PAHIT BUATAN BN/UMNO TERHADAP KITA, MELAYU MUDAH LUPA?. TAK HABIS NAK CERITA TTG PERBUATAN MEREKA DAN KESANNYA.
RASANYA JIKA ALMARHUM UST FADHIL NOR MASIH HIDUP, DIA TAK AKAN MENYERTAI BARISAN NASIONAL SELAGI IA BARISAN NASIONAL/ UMNO DGN PERINSIP2NYA.
INGATLAH JGN.JADI MAT JENIN,LEBAI MALANG, PAK KADOK, PANDIR ATAU SI LUNCAI.

joshua said...

This exposure proves that PAS doesn't need Umno but Umno needs PAS...

I linked to here in my post:
http://takenotetakeheart.blogspot.com/2008/07/pas-can-umno-pas-can-ah.html

Ibnuaki said...

INI SATU PERANG SARAF ATAU PROPAGANDA YANG CUBA DILAKUKAN UNTUK MEMECAHKAN KEYAKINAN PENYOKONG DAN PIMPINAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT AGAR MENCURIGAI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Anonymous said...

KALAU SEMBAHYANG LIMA KALI TAPI MASIH SIFAT MELAYU....JANGAN PANGGIL KAMU SEORANG MUSLIM.
PAS TIADA PENDIRIAN DAN AQIDAH

Anonymous said...

Tulang Besi saja nak memburuk-burukkan pemimpin2 PAS.. Inilah cara UMNO ketika ini melakukan dakyahnya melalui blog dengan meracuni fikiran ahli PAS dan penyokong2 pakatan rakyat.....

Dengan cara ini sokongan terhadap PAS serta PR akan berkurangan dan berbelah bagi...

Sudahlah Tulang Besi ..

Tulang Besi masih mempunyai sikap Melayu UMNO yang suka menabur fitnah dan hasad dengki...

Contohilah kebijakkan dan kepimpinan TGNA....

Kepada PENGKHIANAT Pakatan Rakyat(Tulang Besi, Kickdefella etc..)
BN lebih BUSUK daripada PR... !!!!

from: Rakyat4Rakyat

Anonymous said...

hai...lu orang percaya TB punya tuduhan lebih dari hadis nabi pasal buat fitnah kah? hai ya..lu melayu bodoh la..wa cina Islam lagi pandailah ...ini TB bodoh punya olang ma...lu percaya cakap dia kah? hai ya...ini TB memang olang barua UMNO ma..wa tau lah...dai dapat duit dari umnoputra ma.....lu pikirlah sendiri....mana ada org mahu hentam semua pimpinan PAS...itu satu olang gila ma..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.