Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 22, 2008

Percubaan Usang Khir Toyo Untuk Memecahkan PAS

(Ini adalah sebuah warkah dari kawan saya, Ahli PAS Dalaman)
Wahai Khir Toyo, berhentilah kau nak main wayang. Jgn la jadi seperti resmi ayam, kuat berkokok, ekor bergelumang taik.


Khir Toyo di dalam blognya telah menyatakan:

“Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.

Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.”

Jelas sejelasnya, Khir Toyo sedang cuba untuk memecahbelah perpecahan PAS. Saya nak tanya Khir Toyo, adakah logik keputusan untuk menubuhkan kerajaan campuran terletak hanya di tangan Setiausaha Agung sahaja?

Untuk pengetahuan Khir Toyo, keputusan untuk tidak mengadakan kerajaan dengan UMNO di Selangor terletak di tangan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura dan bukannya Setiausaha Agung.

Tugas Dato’ Kamaruddin Jaafar hanyalah untuk MENGUATKUASA keputusan yang telah diambil oleh parti. Itu sahaja.

Dan hakikatnya, walaupun didesak oleh Dato Hasan Ali, Presiden PAS sendiri Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang menolak pelawaan UMNO dan menghalang Dato Hasan Ali dari menjalin hubungan dgn UMNO di Selangor.

Itulah sebabnya kerajaan campuran PAS-UMNO tidak menjadi kenyataan di Selangor.

Kita tak dengar pulak Tajol Rosli menuduh Kamaruddin Jaafar sebagai penghalang kepada kerajaan campuran di Perak. Ini kerana pelawaan UMNO ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmas Awang tahu beza yang mana kaca yang mana intan.

UMNO selepas itu berdendam dengan Dato Kamaruddin Jaafar. Mereka merasakan kawan-kawan Anwar Ibrahim adalah sebab utama usaha mereka gagal. Di tambah pula dengan maklumat tidak tepat dari “fraksi UMNO” dalam PAS.

Apabila faksi UMNO dalam PAS yang diketuai oleh CIkgu Mustafa Ali mula mendapat sedikit pengaruh dalam PAS, maka Khir Toyo dan UMNO sudah mula menyerang Dato’ Kamaruddin Jaafar.

Tujuan serangan adalah untuk memberi gambaran sesiapa yang menyokong PAS duduk dalam Pakatan Rakyat adalah pengikut Anwar Ibrahim. Malangnya apabila Tok Guru sendiri menentang idea muzakarah, maka percubaan ini nampaknya semakin gagal.

Khir Toyo adalah seorang yang tidak layak untuk bercakap pasal Melayu dan Islam. Khir Toyo sepatutnya bertanya apakah kejayaan Melayu di Selangor sepanjang UMNO memerintah 50 tahun? Wahai Khir Toyo, berhentilah kau nak main wayang. Jgn la jadi seperti resmi ayam, kuat berkokok, ekor bergelumang taik.

Keputusan Pakatan Rakyat untuk menggunakan tender terbuka akan menaikkan keterlibatan orang melayu dalam bidang perniagaan di Selangor. Dengan kata lain, Melayu akan lebih terjaga dan terpelihara di bawah kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini.

Khir Toyo harus sedar, selama 50 tahun pemerintahan UMNO, mereka GAGAL memertabatkan Melayu di Selangor. Tiada sebab Melayu patut kembali pada UMNO.

Khir Toyo, dinasihatkan supaya jangan menangguk di air keruh. Hanya kerana fraksi UMNO dalam PAS semakin kuat, tidak bermakna Khir Toyo ada hak untuk memfitnah pimpinan2 PAS Pusat.

Minta maaf terpaksa dedah pasal Dato Hasan Ali. Beliau sudah melampau sanggup mengorban kepentingan parti hanya kerana hendak jadi MB Selangor.Biasanya saya takkan sebut nama tapi terpaksa skrg ni.

Ahli PAS Dalaman

8 comments:

kecil said...

Before the elections, Khir called PAS unprintable names and vowed to clean them of Selangor. This Khir Toyol banned Tok Guru from addressing PAS members in Selangor and he only made triumphant entry after PR took over. Now Khir Toyo says Anwar is against Malay Unity. Hogwash. Stupid Toyol. When you are powerful, PAS is the enemy and you insult their leaders and even ban them from your states, when you lose power and money, you start talking about "unity". Ha ha! Honey...give me a glass of water, I'm barfing.

Anonymous said...

Translate it into English for wider reading. Many people follow your blog. Thanks.

Anonymous said...

what khir toyol did for the malays in selangor.... HE GAVE BROOMS

Anonymous said...

.

have pas forgotten that after the 2004 by election - the number one objective of unmo is to wipe out pas.

tsk...tsk...tsk.

maybe it is time pas identify and nuetralize its bad apples once and for all.

.

ctannie said...

Mengapa sekarang?
You rasa kalau BN menang, kata2 begini akan berlaku? Mengapa tunggu kalah baru nak JV ngan Pas. Resmi pembesau cam khir ni, dolak dalik lebih, hendak menonjolkan diri, kan musim pilihan umno tahun ni, jadi dia nak berlagak hero la untuk orang umno selangor agar dpt pencalonan. OOO si khir memang prihatin psal kita la, jom calon dia?? hahahahah, Dulu semua pas buat tak betul, sekarang nak cium bo.......t pas, semua wangi dah! nyampah .
For the benefit of the english speaking,
Why now, why not b4 the elections,want to do a JV with pas for the selangor state, These umno morons are likethis all the time. he wants to act the hero for the malays, you know this year is the umno election. OOO khir is so concerned about the welfare of the malays, lets nominate him. B4 anythng and everything about pas was rubbish, now even pas a...... is like perfume, bloody hypocrite of the highest order

Anonymous said...

Khir toyo is not a good man and this is an understatement because the level of his unsavoury character is beyond our knowledge. Suffice to note that he is representative of a class of opportunistic people who are devoid of any goodness and sound mind. There isn't a gram of moral fibre which may enable them to make an effort to return to goodness and sound reason. Theirs is the slippery slope straight to perdition.
For the good our our nation and the rakyat, we must not permit such opportunists to continue. Let us vote to uproot all such iniquity for the sakes of our future generations.

amoker said...

In short, he failed.

He failed.
He failed.
He failed.

That is an admission of failure from a man of questionable character. All he can talk about is race, race, race.

toyol said...

OI KHIR TOYOL !~ KAU TU MENGHINA KAMI CINA DENGAN BAGI PENYAPU !!!!!!!! APA MAKSUD KAU TU TOYOL !!!!!!!!!!!!!!! BODOH TOYOL !!! PEMprovoke !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.