Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, August 16, 2008

Benarkah Anwar Agen Amerika / Barat? : Siri II

Nampaknya usaha untuk menyebarkan keraguan terhadap Anwar Ibrahim juga tidak lepas dari berjalan sewaktu Muktamar Pemuda PAS Pusat baru-baru ini. Perwakilan Terengganu, seperti biasa, melontar idea ini tetapi tidak pula beliau melontar apa-apa bukti yang konkrit.

Perwakilan Pemuda Terengganu dilaporkan berkata:

““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”

Nampaknya usaha menyebar keraguan terhadap Anwar Ibrahim telah dimulakan oleh wakil dari Terengganu. Saya tak terkejut kerana majoriti fraksi UMNO adalah dari Terengganu juga. Dan orang yang bertanggungjawab berkempen meracun pemikiran Tuan Guru dari segi ini, juga dari Terengganu.

Apa yang saya tahu, UMNO yang mula-mula sekali mempopularkan tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dan Barat. Nampaknya sekarang, usaha tersebut telah disambung oleh fraksi UMNO dalam PAS.

Soalnya, sanggupkah seorang agen Amerika/Barat:

  1. Menghadapi enam tahun merengkok dalam penjara di dalam kesakitan yang amat sangat hasil dari dipukul oleh Iron Mike Rahim?
  2. Sanggup menghadapi tuduhan palsu dalam mahkamah kangaroo UMNO dan BArisan Nasional?
  3. Dipermalukan dihadapan keluarga dan rakyat sebangsa dan seagama sebanyak dua kali dengan tuduhan liwat
  4. TIdak melakukan apa-apa rasuah dan salah guna wang dan kuasa sewaktu menjalani tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri
  5. Menyokong dan memudahkan serta membantu meluluskan Artikel 121(a) Perlembagaan Negara
  6. TIdak ada walau satu pun bukti dan tuduhan yang dibuat di mahkamah sewaktu selepas beliau dipecat sehingga beliau dilepaskan. Sedangkan Anwar Ibrahim telah disiasat dan dicari kesalahan beliau dari atas ke bawah
  7. Amerika atau Barat tidak melakukan apa-apa sepanjang Anwar ditahan untuk melepaskan beliau dari penjara.

Seorang agen Amerika sudah tentu akan menerima tawaran Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri secara terhormat dan melarikan diri ke luar negeri. Itu lebih selamat kerana beliau akan dapat melarikan diri dan tidak terdedah kepada kemungkinan mendedahkan rahsia beliau sebagai agen Amerika.


Profil Anwar Ibrahim juga susah kita hendak katakan beliau adalah agen Amerika. Sewaktu Demonstrasi Baling dahulu, semasa beliau pimpinan pelajar, beliau tidak mendapat suaka politik, mahupun berlindung di mana-mana Kedutaan Asing, seperti Hishamudin Rais.

Malahan, hanya baru2 ini beliau telah dikurniakan perlindungan oleh Kedutaan Turki. Kalau nak kata Anwar agen Turki/AKP mungkin boleh la.

Saya juga dengar cerita Kak Wan pernah jugak jadi agen satu masa dahulu, tapi agen Amway.

Saya rasa tidak mungkin Anwar Ibrahim akan sanggup untuk terus mempertahankan kedudukan beliau sehingga merengkok dalam penjara sebegitu rupa sekiranya beliau adalah agen Amerika seperti yang dipercayai oleh Fraksi UMNO dalam PAS.

Tuduhan Anwar Agen Amerika Fitnah UMNO Sahaja

Hakikatnya adalah tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika adalah idea dan ciptaan UMNO dan Dr. Mahathir. Ianya digunakan untuk meyakinkan ahli-ahli di dalam kerajaan dan mereka2 di dalam pasukan keselamatan. Dr. Mahathir tahu bahawa sekiranya Anwar dipecat dengan sebegitu rupa, maka ada kemungkinan beliau tidak mendapat sokongan dari Anggota Keselamatan kerana pada waktu itu Anwar Ibrahim adalah tersangat popular.

Malahan, arwah Rustam Sani pernah menulis bahawa beliau telah berjumpa dengan Rahim Nor beberapa bulan sebelum pemecatan Anwar, dan Rahim Nor menyatakan bahawa beliau terhutang budi dengan Anwar Ibrahim kerana banyak projek yang berkaitan kebajikan Polis selama ini yang tersangkut telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim.

Malahan selepas Anwar dipukul teruk pun, Arwah Rustam Sani masih ragu-ragu ianya angkara Rahim Nor. Ertinya, fitnah Anwar agen Amerika ini berkesan dan mampu "turn-over" mereka yang berada di dalam pasukan keselamatan kita.

Dr, Mahathir dan UMNO sedar bahawa ada kemungkinan anggota keselamatan tidak memberikan sepenuh kerjasama, justeru itu cerita Anwar Ibrahim sebagai agen asing diadakan.

Hasilnya, kita lihat sendiri di mana Rahim Nor telah hampir-hampir membunuh Anwar Ibrahim. Kesian Rahim Nor, dia pukul Anwar kerana ingatkan nak selamatkan Maalysia, rupanya dia yang terkorban dan Malaysia tetap hancur bawah Barisan Nasional.

Sekatang ini nampaknya senjata yang serupa digunakan untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Perwakilan Pemuda dari Terengganu seperti di atas ini adalah salah seorang yang berkemungkinan terpengaruh dengan fitnah ini.

Beberapa Perkembangan Positif Dari Muktamar Yang Saya Baca

Diberitakan oleh Malaysiakini bahawa Tuan Guru Presiden telah menyatakan komitmen PAS untuk kekal bersama Pakatan Raiyat.

Tuan Guru Presiden juga menafikan yang PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau cuma menjelaskan bahawa sekiranya berlaku perubahan kerajaan, maka teras kerajaan tersebut mestilah orang Melayu dan Islam.

Saya rasa Tuan Guru Presiden tidak perlu risau dan gundah gulana, kerana sekiranya Anwar Ibrahim membentuk kerajaan yang minoriti Melayu/Islam, sudah tentu Tengku Mizan akan mengunci pintu Istana Negara seperti yang Baginda lakukan kepada Mantan MB Terengganu, Derih Jusoh.

Dan saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku pada 16 September nanti.

Tulang Besi

20 comments:

ediannuar said...

Tulang besi,

Tentang agen amerika ini sudah lama di perkatakan. tak semestinya bila kita baik dengan us atau uk, kita akan bersengkol dengan mereka. Kawan tetap kawan, takkan lah nak putus kawan pula.

Isu ini dimainkan sejak zaman mahathir dan orang melayu mudah terpedaya. Mereka mudah percaya termasuklah pas. Takkan lah anwar begitu bodoh nak jadi agen amerika.

Saya sampai sekarang tak faham kenapa anwar dikatakan agen barat!

Anonymous said...

I have no fears even though the Pakatan Rakyat consists of majority Malays. The actions of Tan Sri Khalid with respects to UiTM issue shows me they will administer the country fairly.

Anonymous said...

TB,

Malaysia sekrang ni memang dalam orbit Amerika/Zionis. Kita punya hubungan akrab dg mereka. Kalau kita tidak akrab, dah tentu kita menerima nasib spt Selatan Filipina, Afghanistan, Iraq, Iran. Warga Israel memang tak boleh masuk Malaysia, tetapi ramai Yahudi bekerja di MNC kita sebagai warga AS.

Jadi tuduhan agen Amerika ni redundant. BN ataupun PR, Malaysia memang dalam ruang pengaruh AS?Zionis.

Tayadih Maysia said...

Bro,

cerita ejen Singapura kat Malaysia tak da pulak kecoh. Habis Pulau Batuh Putih...sikit lagi Pulau Pisang, Pulau Layang-layang...dan Johor

"kuman di seberang lautan orang UMNO nampak (kuman reka sendiri), gajah di depan mata tak nampak (jelas betul gajahnya)"

Nostradamus said...

Permatang Pauh Voters decide for Nation?
Pengundi Permatang Pauh tentukan untuk Negara?

1. Voters of Permatang Pauh will vote come 26 August 2008. Who to vote for and What to vote for? (Man of Honour in Nostradamus Quatrains on Wag the Dog?)

Pengundi-pengundi Permatang Pauh akan undi menjelang 26 Ogos 2008. Mengundi Siapa and mengundi untuk Apa? (Man of Honour di Nostradamus Quatrains Wag the Dog?)

2. 50 Questions to test your Conscience at Jeyklls and Hydes in Malaysia – Are You?

50 Soalan untuk menguji Suara Hati anda di Jeyklls and Hydes di Malaysia. Adakah Anda?

http://patek1472.wordpress.com

bomoh din said...

Anwar agen melayu, cina , india dan lain lain.

Anonymous said...

salahkah sekiranya terdapat seorang tokoh melayu/islam popular di barat?barisan najis nampaknya semakin gelisah..bodoh punya pasai,merka hanya mampu kitar semula stale tales like "liwat,"ejen amerika"..bla bla..

Anonymous said...

d truth is,barisan najis is very envious of anwar's popularity in the west..they cant stand it..since they dont have the capability of anwar,they resort to methods that they know best,which is bribery..and they r willing to bribe zionists,neo cons just to see bush..lol!!!that low they r!!

Anonymous said...

DSAI sanggup lakukan apa saja sekiranya compensationnya adalah jawatan presiden.

Pakcik dari Serendah said...

Malaysia sebenarnya pada zaman Dr. Mahathir telah terkenal dan berpengaruh terutama nya di negara-negara Islam seperti negara-negara di Asia Barat , Pakistan, Bangladesh, negara Islam dari bekas kesatuan Soviet dll. Ini membuatkan pihak Amerika cemburu. Bukan itu saja, golongan dari pihak mubaligh kristian juga berminat dengan malaysia kerana malaysia adalah antara negara-negara yang sukar untuk mereka bergerak secara terang-terang dan percapaian untuk mengkristiankan orang melayu tersangat tidak memuaskan. Saya pernah terbaca website mereka yang melebelkan Malaysia sebagai negara yang 'sukar'. Itu lah sebabnya mereka bertegas hendak mengunakan perkataan perkataan 'ALLAH' dan sanggup ke mahkamah mempertahan pengunaan perkataan ALLAH dan semua orang tahu ia bertujuan hendak mengelirukan orang muda melayu Malaysia terutamanya.Jadi bila 'MEREKA' (Pihak Amerika yang dikelilingi oleh orang Kristian/Yahudi) lihat ada pihak yang boleh mengkucar-kacirkan Malaysia, jadi mereka masuk dengan menyokong pihak tersebut. Pada pakcik, itu lah maksud bila dikatakan Anwar itu agen Amerika. Pihak CIA dan Jabatan Negara nya telah menyusup dan membantu banyak kumpulan rakyat yang menentang pemerintahan negara sendiri seperti di Iraq, Iran, Cuba, Afganistan (masa pemerintahan soviet), China dll. Sekarang peluang terbuka untuk mengkucar-kacirkan  negara kita supaya pengaruh Malaysia yang melambang kejayaan Islam terhakis dan hilang dimata dunia.Pakcik tidak tahu macam mana hendak menyedarkan orang Melayu yang sudah berpecah belah disebabkan perbezaan politik seperti sekarang, percayalah yang akan rugi besok (masa anak cucu kita) ialah orang melayu/Islam  dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

donplaypuks® said...

It is common public knowlege that over $1.2 million of Malaysian taxpayers money was paid to an American Jewish lobbyist so that Firaun could buy 5 minutes of George Bush's valuable time for a photo-pose together. Firaun now says Bush, like Blair, is Satan and should be charged with genocide and war crimes.

This photo was splashed all over the world to give M'sians the impression that Firaun was a close buddy & ally and shared the total confidence of Bush & the USA.

Firaun is clearly by this kind of definition more an Agent of Amerca than DSAI, since DSAI did not use taxpayers money to establish his connections.

If this is ok with BN, then what's the problem with DSAI having friends in high places in the White House, World Bank & IMF?

Double Standards and obfuscation? You betcha ass!!
refer my blog 'Beijing Olympics Rocked by Scanda One' at http://donplaypuks.blogspot.com

Anonymous said...

tulang besi...
saya baca berulang ulang kali statement pemuda terengganu tersebut, tak nampak pulak pemuda terengganu kata anwar tu agen amerika. yang pemuda terengganu kata...kena berhati-hati dengan anwar (mungkin sebab anwar tolak undang undang islam, atau sebab anwar pernah tikam PAS tahun 1982 dulu, atau anwar merupakan penembak PAS terulung sewaktu jadi PM dulu...sampailah PAS menghulurkan tangan persahabatan ketika anwar jatuh tersungkur).

so, kenapa ye tulang besi...awak pilih tajuk agen amerika tu. awak boleh baca minda pemuda PAS terengganu ke? awak ada bukti pemuda terenganu kata anwar agen amerika ke? atau AWAK SENGAJA NAK BUAT FITNAH? siapa awak ni sebenarnya? makin hari, makin nampak niat sebenar awak.

Anonymous said...

sorry typo error...anwar dulu TPM, bukan PM.

alhadee said...

RC,

Muktamar sudah berakhhir, status quo masih dikekalkan. 'Fraksi UMNO' yang di katakan itu masih gak dalam saf kepimpinan PAS.

Perwakilan PAS sudah menghalalkan penipuan dan pembohongan demi politik dan kekuasaan.

Tahniah kita ucapkan kepada kepada fundamentalis-2. Apabila pemimpin UMNO menipu dan berbohong dicerca dan dimaki tetapi apabila pemimpin sendiri berbuat demikian nampaknya sudah di halalkan.

Dato Nik Aziz bertambah uzur, dapat dilihat dari hari penamaan calon Permatang Pauh. Berapa lama beliau dapat bertahan tidak dapat dipastikan.

Jika Datuk Nik Aziz sudah tiada lagi dalam saf kepimpinan PAS, maka akan berlakukan 'pembersihan' dalam PAS.

Mereka yang tidak setuju dan patuh 100% kepada kepimpinan Ulama akan disingkirkan. Mereka yang dilihat sebagai pesaing golongan Ulama konservatif akan dinyahkan dari saf kepimpinan.

Dan rasa-rasanya pada masa itu Husam Musa boleh melupakan hasrat memegang jawatan MB Kelantan.

KJ sudah berjaya pada Muktamar PAS. Beliau sudah berjaya memastikan bahawa pemimpin2 PAS yang condong kepada UMNO dikekalkan. Golongan ini amat penting untuk survival UMNO sebab golongan ini lah yang akan menyebabkan rancangan DSAI untuk mengambil alih kerajaan pusat tidak berjaya.

Sekarang kita akan lihat samada KJ akan berjaya menangani DSAI di Permatang Pauh.

Dan kita akan liha samada KJ akan berjaya berhadapan dengan 'fraksi' anti Pak Lah seperti Tun M dan lain2 di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

3 strategi untuk mengekalkan Pak Lah di puncak kekuasaan untuk persiapan diri bagi mengambil alih jawatan PM.

Satu matlamat sudah dicapai. Terima Kasih dan Tahniah kepada perwakilan PAS kerana memberikan laluan mudah kepada KJ.

alhadee said...

Ahli-ahli PKR,

Nampaknya rakan anda di dalam PAS sudah pun gugur dengan sekali libasan KJ.

Anda lah sekarang harapan Malaysia untuk keluar dari kezaliman dan kesengsaraan.

Maka rapat kan lah barisan anda tanpa mengira bangsa dan agama.

Jangan di bimbang sangat dengan rakan-rakan PAS yang sudah gugur.

Bilangan kerusi di Sabah dan Sarawak sudah cukup untuk menampung 'kehilangan' kerusi PAS bagi membentuk kerajaan pusat.

Walaupun kerusi yang dimenangi di Sabah adalah atas tiket UMNO/BN tetapi percayalah bahawa pemimpin-pemimpin UMNO Sabah jasadnya sahaja UMNO tetapi hati nya tidak.

Belum dicampurkan dengan kerusi 'fraksi' Anwar dalam UMNO.

Masih ada ruang untuk Anwar membentuk kerajaan tanpa sokongan dari PAS.

Jadi jangan lah bimbang, rapatkan Barisan anda. Kali ini kita hantar mereka yang berpolitik sempit atas dasar ketuanan seperti UMNO dan PAS menjadi pembangkang di Parlimen.

Boleh lah kita saksikan bagaimana Pak Lah dah Hadi Awang berebut kerusi Ketua Pembangkang.

Kedua-duanya memiliki ciri yang hampir sama. Seorang gagal sebagai Perdana Menteri, seorang lagi pernah gagal semasa jadi Ketua Pembangkang. Kedua-dua juga flip flop, dengan seorang lagi baru-baru ini sudah pun mengumumkan bahawa tiada kerjasama dengan UMNO walaupun pernah berunding untuk membentuk kerajaan di Selangor.

Anonymous said...

anwar dan pkr akan hancurkan Malaysia, ketaksuban awak dan pengikut lain akan makan diri...

alhadee said...
This comment has been removed by the author.
Tulang Besi said...

Alhadee says: RC,

Muktamar sudah berakhhir, status quo masih dikekalkan. 'Fraksi UMNO' yang di katakan itu masih gak dalam saf kepimpinan PAS.


REPLY: Maybe it's because there is no election in this round of muktamar. So, there is no one that gets removed.

Alhadee says: Perwakilan PAS sudah menghalalkan penipuan dan pembohongan demi politik dan kekuasaan.

Tahniah kita ucapkan kepada kepada fundamentalis-2. Apabila pemimpin UMNO menipu dan berbohong dicerca dan dimaki tetapi apabila pemimpin sendiri berbuat demikian nampaknya sudah di halalkan.

REPLY: Err, the perwakilan has stamped the decision that there will be no move to BN and there will be no leaving Pakatan Rakyat.

That much has been done or conceeded.

Serious Shepherd said...

Anwar ejen Barat? Habis, siapa yg bagi USS Ronald Reagan berlabuh kat Pelabuhan Kelang sejak 18 Ogos yakni semalam?

dragonajie said...

RC, i pride myself on being a reader of all sides, and i do lean towards Anwar Ibrahim. However this blog here kinda tick me off, in the sense that i cant prove that his allegations are not true. btw he claims to be a neutral but obviously he is anti-Anwar. :)

---------------
http://editorialblog.blogspot.com/2008/08/apa-kata-editor-msm-bhg-51-perihal.html

for example:
Apa yang hendak editorialblog katakan di sini ialah apabila RPK membuat Akuan Bersumpah itu dan disiarkan dalam laman blognya serta beberapa laman blog lain DAN media arus perdana, orang ramai gelabah dan PERCAYA akuan bersumpah itu. Tuduhan dalam Akuan Bersumpah itu sudah dinafikan oleh Najib, Rosmah dan mereka yang dituduh itu.

Orang ramai percaya kepada akuan bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala. KENAPA? Anda fikir-fikirkan lah dengan otak sebelah kiri. Apa ada dalam otak kiri? "Tak tau tanya orang yang tau. Tapi kalau tak nak ambil tau... fikir-fikirlah siapa awak sama ada CERDIK atau BODOH". Let The Truth Be Known ketika memberi komen mengenai berita yang editorialblog post dalam tajuk Berita Saiful, Anwar dan Pusrawi ada menyebut perkataan "deaf". Jadi kita jangan deaf atau dalam bahasa Melayunya PEKAK.

Ok... orang percaya kepada Akuan Bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala.

Adakah orang ramai percaya kepada Akuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, beberapa tahun lalu? TIDAK! Orang ramai terutamanya penyokong Anwar Ibrahim (termasuk orang PAS) tidak akan percaya kepada Akuan Bersumpah itu.

Alasan mereka ialah "Itu semua konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar.

Apa Akuan Bersumpah Datuk Abdul Murat itu? IQRA: Dalam Akuan Bersumpah itu dikatakan bahawa:
Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mewujudkan lebih 20 AKAUN induk bernilai RM3 BILION (TIGA RIBU JUTA RINGGIT), untuk mencapai cita-cita politiknya.

Satu daripada akaun khas itu bernilai RM200 juta, yang mana dananya dikumpul dan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong, untuk kepentingan Anwar.

--------------------

so RC, can you rebut him head to head, for argument's sake?

Thanks. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.