Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 3, 2008

Benarkah Pekerja Pilihanraya PAS Tidak DIhargai?

Satu Renungan Kepada Ahli-Ahli dan Petugas-Petugas PAS Seluruh Malaysia

Di dalam satu temuramah dengan salah seroang pimpinan PAS di Harakahdaily, telah dinyatakan:

Soalan: Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?

Jawapan: Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.”

Harus diingat bahawa kenyataan ini dibuat hasil dari racun yang telah diberikan oleh “fraksi UMNO” ke atas pemikiran beliau.

Soalnya sekarang, benarkah orang2 PAS ini bekerja untuk parti lain? Yang saya fahami ialah walaupun pada luarannya seperti pekerja2 PAS ini berkempen untuk parti lain, tetapi pada hakikatnya mereka bekerja untuk kepentingan parti mereka sendiri.

Ini kerana sekiranya bukan parti dari Pakatan Rakyat yang menang, maka yang akan menang adalah parti dari Barisan Nasional. Sesiapa sahaja yang menang dari Barisan Nasional akan menjadi musuh kepada PAS dan akan memastikan PAS ditindas, ditekan dan dizalimi selepas mereka menang.

Dari sudut lain pula, sekiranya pekerja PAS berkempen untuk parti Pakatan Rakyat di satu2 kerusi, ia bermakna Barisan Nasional terpaksa meperuntukkan sumber mereka untuk kerusi tersebut. Ini bermakna sumber tersebut tidak dapat diperuntukkan untuk kerusi-kerusi dan negeri-negeri yang ditandingi dan diperintah oleh PAS. Dengan kata lain, jentera UMNO/BN di kerudi dan negeri PAS tidak berada di tahap maksimum. Ia akan menyebabkan peluang PAS untuk menang di kerusi dan negeri mereka menjadi lebih cerah.

Pada PRU 2008, terbukti pengundi KeAdilan dan DAP telah membantu PAS untuk menang di semua kerusi di Malaysia kecuali di Perlis, Kelantan dan Terengganu. Dan kehebatan jentera PAS yang ramai dan ikhlas itu tidak mampu untuk memenangkan PAS di Terengganu dan merampas negeri tersebut dari BN. Cerita yang sama dapat dibaca di Perlis juga.

Tetapi pengundi2 KeAdilan dan DAP telah mengizinkan PAS untuk menjadi MB di Kedah dan Perak dan mendapat exco di Selangor. Ia bererti segala sumbangan petugas-petugas PAS tidak di sia-sia kan. Segala jasa pekerja2 PAS telah terbalas jua.

Saya menulis tentang isu ini kerana ianya adalah sebahagian dari bahan saraf Barisan NAsional dan UMNO bagi melemahkan tentangan terhadap UMNO/BN. Mereka mahu mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan petugas-petugas PAS. Ianya akan menyebabkan Barisan Nasional menang mudah di kerusi-kerusi yang mereka bertanding.

Saya tidak Nampak bagaimana memenangkan Barisan Nasional dapat memberikan perasaan tenang dan puas hati kepada ahli-ahli dan petugas PAS. Saya juga tidak Nampak bagaimana memenangkan Barisan Nasional dapat menaikkan nama Islam dan Shariah Islam.

Saya menyeru kepada kesemua petugas dan pimpinan PAS supaya tidak terpengaruh dengan racun UMNO/BN seperti ini. Ingatlah, paling kurang pun, berkempen untuk calon KeAdilan dan DAP dapat melemahkan jentera Barisan NAsional di Kelantan dan Terengganu. Yang lepas tu biar lepas. Tapi di masa hadapan isu seperti ini tidak harus dinaikkan lagi kerana isu ini sebenarnya MERUGIKAN PAS, bukan PAKATAN RAKYAT sahaja.

Malahan berani saya kata, tentangan hebat yang diberikan oleh jentera Terengganu telah menyebabkan PAS menang besar di Kelantan.

Tulang Besi

.

9 comments:

Anonymous said...

Patut dah lama hang jawab benda ni. But, better late than never! Terima kasih banyak2.

Anonymous said...

Well written and continue to uphold the truth. Dont fall into UMNO poison as they are trying to cause split within PR.

Gagak di Rimba said...

Saya pun tidak faham apa maksud "pekerja pilihan raya PAS tidak dihargai", kerana pemimpin PAS sudah pun dapat jadi MB di Perak dan jadi Exco di Selangor.

Tapi kalau PAS hendakkan dasar Islam dan hukum Islam dijalankan dengan serta di negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat, itu tentulah tidak realistik, dan masih memerlukan "syarat" dan "kekuatan" yang cukup sebelum mana-mana kerajaan dapat melaksanakannya dalam masyarakat Malaysia yang bersifat plural ini.

Anonymous said...

the bottom line is Barisan Nasional, more specifically UMNO has been PROVEN to have lied and screwed PAS before.....



Pakatan Rakyat the one thing that is clear is that, they may disagree with each other, but they are honest about it..

be CAREFUL of the lies UMNO spin....

People said...

To All PR Supporters and Volunteers,

BeeNd govt will play the below issues to attack DSAI.
We should do whatever to prevent Permatang Pauh voters to fall into the BeeNd govt dirty tricks!

1. US Agent, so we should told all the Permatang Pauh's voters that BeeNd is the real US agent(read Tulang Besi articles -Jika Anwar Ibrahim Agen Amerika, Bagaimana Pula Dengan Najib/UMNO/BN? )
to avoid they fall into the dirty tricks of BeeNd govt!

2.The animal Saiful will emphasize that he is willing to swear on Quran, 'Berani kerana Benar'.
This again will woo those voters who don't really understand about the Religion and this binatang Saiful insist to misused the Religion to turn the wrong thing into the right thing!
This binatang Saiful contaiminate Religion for the sake of it benefits and those behind the conspiracy!
3. Animal Ezam will play race issues and emphasize on the NEP and Ketuaan Melayu to woo the Malay voters! We should ask the Malay voters what they had earn from the NEP? Only the cronies of BeeNd earn and most of the Malay are suffer!
We should explain to the Malay voters the difference of 'Ketuaan Malaysia' Vs 'Ketuaan Melayu'!

Pls be reminded that we should never to be OVER CONFIDENCE!
This is the rule of any competition!

penyapujagat said...

MAKSUD : maksud "pekerja pilihan raya PAS tidak dihargai",

Pekerja hardcore PAS malah PKR masih hidup macam dahulu lagi. Balik asal. Macam zaman BN memerintah. Kesilapan bukan pada PAS atau PKR atau DAP, tetapi atas kegagalan pihak eksekutif melaksanakan satu dasar setiakawan sesama parti sebaliknya memilih dasar hendak berkawan dengan orang baru parti. Di Selangor, Bekas Timbalan Menteri dari MCA, di beri peranan hal ehwal tanah, begotu juga lebih banyak perlantikan menjurus kepada kekawan dan sahabat mereka.Pada masa yang sama, jabatan-jabatan masih dikawal oleh ejen UMNO.

Pekerja parti tidak perlu ditolong. Yang perlu ialah ada dasar yang membolehkan mereka menolong diri sendiri.

Kes klasik - " MB Selangor menubuhkan Kelab Penyokong MB di ketuai oleh adik sendiri sebagai persediaan jika bahagian tidak menyambut kedatangannya ... Ada masalah rupanya....

Tulang Besi said...

penyapujagat,

Aku nasihatkan berenti dari jadi penyapu.

Semua cerita kau ni cerita merapu.

Mcm mana bekas timbaan menteri boleh dapat posisi dlm kerajaan, dia baru masuk kerajaan.

Nampak sanagat kau penyapu yang menipu.

mz said...

ade 2 komen kat sini kat atas utk article terbaru u dan bawah pasal ustaz nasha...

===============================
Bro,
pada mula nye i respect kat u dan jadikan site you sebagai info dalaman utk jadi sebaran, tp sejak akhir2 nie u dah terlebih2 utk memecahbelahkan PAS nampaknya... jenis yg tak berbaik sangka terus menghukum org.. mungkin ape yg setengah pemimpin pas buat ade silap dr segi strategy tp cara u buat pendeahan dan kupasan kat sini dah sgt melampau rasanya......kan dah PAS ckp semua dah settle no cooperation, apasal u still lagi tak boleh berlapnag dada.. still lagi nak mengapi2kan utk meecabelah kan PAS dan pakatan.. i totally disagree..
kalau nak katakan, semua org akan ade buat silap especially dr segi stratgey, mcm anwar juga sebelum ni byk juga kesalahan masa dlm UMNO dulu tp sebab tuh dah lepas buat ape nak ungkit2kan kan lagi... bukan menguntungkan pon..dan PAS langsung tak ungkitkan dah pasal ANwar dulu.. kes ustaz nasha and the gang- hang pi dgr dulu ape dia kata... mungkin dr segi stragye ade silapnya, tp hr tuh kan PAS dan buat keputusan dah....STOP.. kenape u masih nak ungkit2- tak PUAS HATIU apenye.. nak jadik pemerintah-pegang malaysia PR kena ade hati yg kuat dan sikap berlapang dada.. kalau asyik nak berdendam - tak kemana....
UNLESS you adalah TROJAN HORSE TREBARU UMNO dlm PR utk pecahkan PAS dan seterusnya PR>. kalau dr segi article nampak bagus utk PR at the same still nak pecah belahkan PR>.. mestin hang bengan ngan aku sebab cakap hang kutu UMNO, samalah yg hang fitnah org tuh, org ni BALACI.. mangkuk ayung punya pemikiran.. sorry ler sebab aku rasa hang terlebih ler brader.. baik stop aje menyakat sesam sendiri- baik tumpukan kat UMNO dan BN tuh dr terus nak pecahkan pakatan.. kan anwar sendiri pon ckp semua tuh diberitahu kepada dia.. Hnag tak percaya ANWAR juga ke?.. habis hang percaya sape... camno some aku ucap terima kasih utk article2 tertentu hang.. cuma aku TOTALLY disagree dgn cara hang yg still lagi nak pecahkan PAS tuh..
------------------------






===============================

bro,
u should check first the real story behind that..
pls go to tranungkite atau kat sini http://jijiejohn.blogspot.com/ and see the ceramah penjelasan nasarudin on this atau dlm harkah terbaru and then baru evaluate.. kalau dgr sebelah pihak atau mainan media saje tak cukup brother..check betul2 info dulu bro.. then baru boleh buat conclusion sendirik..
i pon nyaris2 TERTIPU dengan mainan media BN dan internet kononya pro Pakatan tp ternyata ia tak seperti yg diwar2kan… dlm kes nie ade part yg betul tp byk juga yg ditokok tambahkan dan dibuat kesimpulan sendiri sedangkan benda yg lain yg hendak dihajatkan.
so i suggest u baca dan dgr dulu penjelasan baru lah boleh buat kesimpulan.. jgn kita pulak yg jadik penokot tambah utk memecah belahkan PAS dan setrusnya Pakatan Rakyat dgr cerita yg half truth dan ditokok tambah atau kesimpulan yg jelas melencong dr ape yg sebenarnya terjadi..
sekian.

p.s: jgn lupa baca juga article Zukri Akshah terbaru…

zahidyusof said...

Maksud pekerja pilihanraya PAS tidak di hargai ialah apabila dasar dan perjuangan PAS tidak dihargai, masalah exco ke menteri besar ke itu bukan isu besar bagi petugas PAS tapi yang jadi isu ialah Dasar Islam mesti di tegakkan...Penang tak apa la sebab KM dia bukan Islam bagaimana dengan Selangor...apa penghargaan pada PAS bila exco selangor sendiri buat demo bantah azan subuh, bantah buat surau.

kamu jangan pandang PAS ikut pandangan kamu, kalau setakat Jadi MB di Perak dan 3 exco di selangor nak di jadikan tiket untuk hina perjuangan PAS, kamu rasa PAS boleh terima.

kamu punya alasan di Trg PAS tak leh menang jugak, tapi kamu kena ingat di selangor tanpa bantuan PAS..kamu boleh menang ke? cuba semak sikit senarai Polling Agent, Counting Agent di kawasan yang di tandingi PKR di negeri selangor, orng mana PAS ke PKR. tapi tak apa la sebab orang PAS tak kisah mana pun. sebab orang PAS nak Islam di hormati.

Sekarang aku bimbang kot-kot bila ada peruntukan untuk bina Masjid do selangor, ada jugak peruntukan untuk bina gereja...itu namanya ludah atas muka PAS bukan lagi tak hargai....jangan dok sedap mulut sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.