Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, August 3, 2008

Jika Anwar Ibrahim Agen Amerika, Bagaimana Pula Dengan Najib/UMNO/BN?

AWAS!!! Tuduhan Anwar Ibrahim agen Amerika ini sedang kerap dimainkan. Ianya salah satu hujjah asas Mustafa Ali di dalam usaha beliau menyakinkan pimpinan Dewan Ulama untuk membawa PAS menyertai Barisan Nasional. Tetapi adakah UMNO/BN itu sendiri kita boleh klasifikasikan sebagai agen Amerika juga? And here is the rest of it

Antara bahan perang saraf yang mula dimainkan kembali oleh UMNO dan sekutunya adalah tuduhan Anwar Ibrahim seorang agen Amerika. Ianya dapat dilihat sehingga ke tahap komen dari seorang pembaca “Malaysiawaves” bernama “Cucu Tok Selampit” dimana beliau berkata:

“4. Perjuangan "US Stooge" = "Flip Flop PM"
Persamaan di antara kedua-duanya:
* Kedua-duanya boneka. Satu boneka Singapura dan satu lagi boneka US.”

Agen UMNO bernama Cucu Tok Selampit ini dengan semudah-mudahnya menuduh Anwar Ibrahim sebagai “US Stooge” atau dalam bahasa Melayunya “Barua Amerika”.

Juga, tuduhan Anwar Ibrahim agen Amerika ini adalah salah satu senjata yang digunakan oleh “fraksi UMNO” dalam PAS untuk meracun pemikiran Dewan Ulama PAS dan sebahagian Majlis Syura PAS bagi menyokong kemasukan PAS dalam BN.

Saya yakin tuduhan liar ini akan terus dimainkan oleh UMNO dan BN untuk meracun pemikiran orang Melayu dan rakyat Malaysia bagi menolak Anwar Ibrahim demi menyelamatkan kepentingan UMNOPutra.

Suka saya bawa perhatian kita semua kepada ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation satu masa dahulu. Ucapan itu boleh dibaca di sini.

Selepas menghalusi ucapan Najib Tun Razak ini, seseorang itu tidak dapat tidak terpaksa membuat kesimpulan bahawa UMNO/Najib Tun Razak/Dr Mahathir/BN adalah agen Amerika yang jauh lebih besar dari Anwar Ibrahim.

Saya ambil contoh, di dalam pembukaan ucapan, Najib berkata:

I considered titling my talk today: "Malaysia-U.S. Defense Cooperation: The Untold Story." The reason is that for many years U.S. and Malaysian forces have cooperated on a wide range of missions with virtually no fanfare or public acknowledgement. And in spite of its success, our bilateral defense relationship seems to be an all too well-kept secret.”

Di sini Najib dgn bangganya menyatakan betapa ikhlasnya Malaysia memberikan kerjasama tentera kepada Amerika tanpa Malaysia mendapat apa2 pengiktirafan dari sesiapa. Ertinya Malaysia telah memberi kerjasama ketenteraan kepada Amerika tanpa meminta apa-apa balasan serta pengiktirafan

Dan antara kerjasama yang diberikan itu adalah:

· There have been more than 75 U.S. military ship visits in the past two and a half years.

· The United States conducts training exercises with the Royal Malaysian Air Force, flying with and against them in mock battles.

· U.S. Navy SEALs conduct training in Malaysia twice a year.

· The U.S. Army does field exercises with the Malaysian army. I might mention here that, for their expertise in jungle warfare, Malaysians are known in the business as "whispering death."

· Finally, 1,500 Malaysian defense personnel have benefited from the U.S.-sponsored IMET (international military education and training) program.

Dengan kata lain, Malaysia dengan ikhlasnya memberi latihan peperangan di hutan kepada tentera Amerika dan segalanya dilakukan dengan ikhlas dan luhur. Semua ini seharusnya menjadikan Malaysia sebagai rakan karib Amerika.

Najib juga menyenaraikan beberapa kerjasama yang diberikan oleh Malaysia kepada Amerika:

  • The United States averages more than 1,000 overflights per year. Since September 11, this number has increased dramatically, and all requests have been approved.
  • The United States has excellent access to Malaysian intelligence.
  • Malaysia occupies a strategic location along the Strait of Malacca and southern South China Sea, and devotes considerable resources to maintaining safe and free shipping lanes for commercial and military vessels. Since September 11, Malaysian forces have been protecting U.S. ships in the Strait.
  • Malaysia has a considerable number of troops and military assets on our islands to thwart the threat of Abu Sayyaf terrorists in the Southern Philippines.
  • In addition, Malaysia is actively identifying assets of terrorists and teaching Indonesia and other ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) countries how to freeze assets.

Semua ini menunjukkan betapa pemimpin-pemimpin UMNO ini kesemuanya bangsa lidah bercabang. Di saat mereka menuduh Anwar Ibrahim sebagai “stooge” atau “barua” Amerika, mereka sendiri telah berhempas pulas untuk menjadikan membodek Amerika dengan memberikan Amerika apa sahaja bantuan ketenteraan yang diperlukan oleh Amerika.

Jelasnya, bukti yang menunjukkan UMNO barua Amerika adalah lebih jelas jikalau dibandingkan tuduhan mereka terhadap Anwar Ibrahim. Begitu bangganya Najib Tun Razak menyenaraikan segala jasa Malaysia kepada Tentera Amerika tanpa meminta jasa dan balasan dari mereka. Begitu ikhlasnya Najib mewarwarkan sumbangan kita kepada tentera yang telah bertanggungjawab menumpahkan darah ribuan nyawa umat Islam yang tidak berdosa. Tetapi yang dituduh agen Amerika adalah Anwar Ibrahim dan bukannya Najib dan UMNO. Hairan hairan.

Hati-hatilah semua di atas penipuan UMNO/Barisan Nasional. Mereka ini adalah bangsa lidah bercabang.

Tulang Besi

.

17 comments:

Anonymous said...

The main reason why I keep coming back to read your articles is that everything is revealing and yet also backed by facts and figures ... Unlike those BN/UMNO goons who speak with forked tongue and simply make rubbish accusations. Well done!! Please keep the articles coming.

Nasacop

TeohZY said...

Well written!

Anonymous said...

Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim semunya berkerja untuk kepentingan Amerika - wittingly or unwittingly.

Utoh Kiwa said...

Saya baru menemui blog ini dan tertarik dengan hujah-hujah sdr.yang bernas.

Anonymous said...

Who doesnt know that UMNO and MCA and MIC leaders when they want to accuse other people, everything goes.

Not knowing that they are the greatest hypcocrites on earth!!!.

We need more people like you to disseminate the truth to the Malaysian public.

And for all the youngsters who read this, to go back to your kampungs or your New Villages, to further dissemninate the info to your older folks/relatives so that they know also.

REFORMASI!!!!

People said...

Since we know BeeNd govt will play the DSAI US Agen, so
we should channel this info. to all the voters in Permatang Pauh to avoid they fall into the dirty tricks of BeeNd govt!
We should never OVER CONFIDENCE that DSAI will win big!
This is the rule of competition!

Anonymous said...

saya tak kisah langsung adakaha dia agen ameriaka ker atau tidak, yang saya tahu, negara ini akan masuk neraka sekiranya masalah racist dan korupsi berterusan.

Anonymous said...

mengapa setiap kali "Amerika" disebut, terusnya kita hubung kait dengan kejahatan?

jika macam ini, kita harus mengharamkan semua wayang gambar dari hollywood, mengusir syarikat-syarikat US seperti Esso, pepsi,coco-cola, American Express, Starbucks, MacDonald, KFC dsb. Kita harus mengharamkan ijazah-ijazah daripada Harvard dan semua universiti negara syaitan itu di mana banyak penerima scholarship telah dihantar ke sana.

Kita kena halau duta US keluar Malaysia dan melarang artis-artis mereka mengunjungi negara kita dan memusnahkan DVD, CD mereka yang meracuni anak-anak kita yang perlu dilindungi daripada pengaruh tidak bermoral daripada US.

Soldadu kita yang menggunakan M-16 rifle juga patut digantikan dengan AK-47 yang bukan hasil negara syaitan itu


yalah, saya rela menjadi rakyat Jepun ataupun negara komunis daripada dikaitkan dengan si jahat bernama Amerika itu.

Lee Wee Tak

Harimau-Menaip said...

pendedahan berani. Izinkan kupautkan entri ini.

Semoga kita berjaya membentuk minda merdeka.

916 Ingat Hari Ni said...

Anonymous said...

saya tak kisah langsung adakaha dia agen ameriaka ker atau tidak, yang saya tahu, negara ini akan masuk neraka sekiranya masalah racist dan korupsi berterusan.
August 3, 2008 1:42 PM

==================================

Saya 200% setuju ! Sekarang abad ke berapa?? masih main racist??? Wahai Malaysian Buka lah mata, buka lah Minda, Bukalah Otak kita tengok keaadan sebenar, turun padang tengok sendiri keadaan sekarang betapa parah. Makanan uma naik, sayur suma naik, apap apa pun naik.. Inilah Barang Naik BN ! Hanya dengan semangat kental Rakyt yang diwakili oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu menyelematkan Rakyat Malaysia! Oleh itu kita harus bersatu dibawa PAKATAN RAKYAT ! "Pakatan Rakyat" guarantee for better future and our childrens.. !
UNDILAH PKR (( )) X

Cucu Tok Selampit said...

Cucu Tok Selampit: Terima kasih di atas komentar Tulang besi. Saya tidak berniat untuk mempertahankan diri, cuma untuk membetulkan fakta:

1. Cucu Tok Selampit tidak pernah menjadi agen UMNO, fraksi UMNO apatah lagi barua UMNO. Beliau pernah menjadi ahli UMNO dan telah meninggalkannya semenjak Flip Flop PM berkuasa. Tidak pernah satu senpun ditaja oleh UMNO dan tidak satu senpun makan duit rakyat.

2. Cucu Tok Selampit bukanlah seorang yang anti Anwar Ibrahim dan juga bukan penyokongnya. Tapi beliau tidak rela negara dijual hanya untuk keseronokan dan cita-cita Anwar Ibrahim hendak menjadi Perdana Menteri di atas keringat dan air mata rakyat marhaen. Ibarat pepatah keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

3. Cucu Tok Selampit dalam erti kata lain sama seperti Tulang Besi - ingin menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini. Cuma idola dan cara kita berbeza. Tidak perlu kita bermusuhan kerana arah tujuan kita sama.

Anak Perelih said...

tulang besi.. mana bukti apa tuduhan anda terhadap Mustapha Ali dan apa yang dikatakan sebagai 'fraksi UMNO dalam PAS'???? atau hanya fitnah?????

Anonymous said...

wahai cucu tok selampit,

Bangkai gajah tak boleh tutp dengan nyiru.

Yang konfirm kao ni barua Mahathir.

Jadi, bila terdedah benda mcm ni kao dah malu.

Tulang Besi said...

anakperelih,

Aku ada bukti la. Karang aku bawak keluar kang, pengsan pulak semua orng.

Tayadih Maysia said...

Cucu tok selampit bukan cucu dolah flip flop tapi cicit che det.

Bro, DSAI belum lagi memerintah tapi lu dah cakap dia nak jual negara. Dollah flip flop yang sedang "menjual" negara lu tak bising. Pergi jumpa tok dollah cakap perihal jual negara, moral etika. Lu nasihat imam hadhari tu suruh anak bininya tutup aurat, suruh anaknya bubarkan Sister in Islam, anak menantunya jangan kebas harta negara, dan bla...bla

Bro...jangan jadikan diri anda seperti tok din kardi...guna akal untuk berfikir supaya jadi pandai bukannya...

Serious Shepherd said...

Lee Wee Tak,
Al-Qaeda pun pakai Stinger buatan Amerika maa. Tak komplen pun.

Nah, ni dia gambar US Snitch no 1 dan US Snitch no 2.

Anonymous said...

Buat apalah kita bercakap x habis-habis tentang Zionism, Yahudi, Soros, Bush, dan apatah lagi kalau orang2 kampung sekarang hampir2 soru pun dah nak miss. Kebanyakkan org Malaysia pun tak tahu menahu pun apa mana kaitan mereka dgn nama2 tersebut. Pada orang yg lebih tahu pun akan kata, semua ni dah klise "mainan politik basi". Ada kena tak dengan besok pagi apb anak aku sendiri merungut duit poket RM2 ke sekolah dah tak cukup? Siapa2 pun ada kaitan dgn Yahudi, lambat laun: DSAI ke, Che DEt ke, Mukhriz ke, Rafidah ke, Guan Eng ke, Nik Aziz ke, Khairy ke, atau sapa2 pun pemimpin. Let's get real!

raksaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.