Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 12, 2008

Kalau Anwar Agen Amerika, Ikhwan Mesir Juga Agen Amerika dan Hamas adalah Ciptaan Mossad

Tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika ini sudah terlampau lama kita dengar. Malangnya, hampir tiada bukti yang kita dapat lihat.

Yang membimbangkan saya, tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dapat dilihat riaknya dalam kenyataan Presiden PAS yang terbaru sewaktu selepas merasmikan Konvensyen PAS Penang semalam.

Beliau telah berkata:

“PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar.

"Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu" katanya.“

Soalnya sekarang, apa perlu Tuan Guru Presiden menyebut berkenaan sokongan Amerika dalam kenyataan yang sama menyokong Anwar Ibrahim dalam isu fitnah liwat terbaru beliau? Apa kaitan Amerika dengan tuduhan liwat Anwar Ibrahim sedangkan ramai lagi Negara dan tokoh2 negara lain yang menyatakan kebimbangan mereka berkaitan dengan tuduhan liwat Anwar yang terbaru?

Mengapa Tuan Guru Presiden tidak memaki Kerajaan Turki yang secara jelas terlibat melindungi Anwar secara fizikal dalam hal ini? (Walaupun saya tahu Ust Nasa cukup menyampah dengan parti AK pimpinan Racep Tayyib Erdogan)

Ini adalah kerana antara fitnah yang digunakan untuk meracun pemikiran Tuan Guru ialah kononnya Anwar adalah agen Amerika. Fitnah itu tentulah datang dari salah satu ahli “fraksi UMNO” dalam PAS. Dan fitnah Anwar Agen Amerika ini adalah “specialization” oleh Cikgu Musafa Ali. Kalau Ustaz Nasa “pengkhususannya” adalah kononnya ada laporan doctor Anwar meliwat SAiful, Cikgu PA pula membawa “maklumat” kononnya Anwar agen Amerika.

Kesemua maklumat Cikgu Pa itu adalah datangnya dari UMNO dan Kerajaan BN. Nampakknya racun Cikgu PA ini masih kuat dan menebal dalam pemikiran Tuan Guru Presiden. Sebolehnya dapat membantu Tuan Guru Presiden untuk membuat penilaian yang lebih wajar dalam isu ini, Amin.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menghapuskan keraguan dan fitnah yang berkaitan dengan Anwar yang telah diberikan kepada Tuan Guru Presiden oleh Cikgu Pa. Itu sahaja.

Sudahkah kita semua lupa bahawa tuduhan Agen Amerika ini bukan sahaja kena pada Anwar Ibrahim, tetapi juga kena kepada banyak gerakan Islam terutamanya Ikhwan Muslimin Mesir.

Di Mesir, tuduhan Ikhwan agen Amerika ini dilakukan oleh Regim Mubarak secara terbuka. Malahan ramai aktivis Ikhwan yang disiksa di dalam penjara Mesir juga telah mengaku bahawa Ikhwan adalah agen Amerika.

Filem-filem di MEsir juga tidak segan silu memaparkan fitnah ini ke atas Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam seluruh Mesir. Mereka mengatakan Ikhwan Muslimin menentang regim Mubarak kerana hendak melemahkan regim Mubarak yang jelas mempertahankan Mesir dari dijajah Israel. Penentangan Ikhwan Muslimin Mesir terhadap regim Mubarak adalah tanda-tanda utama, Ikhwan mahu Amerika dan Israel menguasai Mesir dan mengkompromi kemerdekaan Mesir

HAMAS pula dituduh oleh Barat sebagai ciptaan MOSSAD untuk melemahkan FATAH dan PLO. Tuduhan ini terkandung dalam laporan CIA ke atas HAMAS. Dan tuduhan ini disokong oleh PLO dan FATAH serta diiyakan oleh kerajaan Israel. Malahan, antara sebab HAMAS tidak mendapat sokongan bulat dari rakyat Palestine kerana terdapat sebahagian besar yang masih ragu dengan HAMAS kerana menjadi mangsa fitnah AMerika dan Israel itu.

Soalnya sekarang adakah Tuan Guru Presiden PAS, masih mahu terus mempercayi fitnah yang direka oleh Kerajaan Malaysia dan UMNO ini? Walaupun fitnah ini telah dibawa sendiri oleh CIkgu Mustafa Ali kepada Tuan Guru Presiden, ianya tetap bersumber dari UMNO dan BN.

Kalau mahu terus mempercayai berita karut ini, maka wajib Tuan Guru Presiden mempercayai bahawa Ikhwan Muslimin Mesir juga agen Amerika dan HAMAS adalah ciptaan Israel dan Mossad untuk melemahkan PLO.

Memang Modus Operandi agen Amerika, apabila identity mereka sudah hampir terbuka, mereka mesti menuduh orang lain sebagai agen Amerika. Ini bertujuan untuk memaling tumpuan umum kepada agen Amerika yang sebenar yakni UMNO. Sila baca ucapan Najib di Heritage Foundation di sini dan saudara dapat lihat sendiri betapa UMNO beruasaha bersungguh-sungguh untuk mencapai redha tuan mereka, yakni Amerika. Ini adalah pengakuan dari Najib sendiri dan harus diambil secara serius.

Saya faham, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pejuang Islam yang sangat ikhlas. Beliau ditarbiyyah untuk saying kepada Islam lebih dari diri beliau dan teman-teman dan kenalan malahan keluarga sendiri. Kalau ditakdirkan Tuan Guru terpaksa mengorbankan seluruh keluarga beliau demi untuk kemenangan Islam, Tuan Guru Haji Hadi tidak akan teragak-agak walau sedetik untuk melakukannnya. Begitulah setia dan iltizam beliau terhadap Islam.

Dan Tuan Gurua adalah seorang yang bijaksana dan mampu menilai, Beliau tidak mudah ditipu dengan khabar-khabar angin atapun cakap-cakap orang. Tetapi oleh kerana dicucuk oleh orang-orang yang rapat dan dipercayai oleh Tuan Guru, maka atas dasar sayang kepada Islam, beliau telah mempunyai tanggapan yang salah kepada Anwar.

Mana mungkin Tuan Guru boleh berubah fikiran dengan begitu mudah sekiranya pada masa Anwar dibebaskan dari penjara dan dirawat di Jerman, Tuan Guru sanggup melawat Anwar di Jerman. Tiba-tiba tidak semena-mena hubungan Tuan Guru-Anwar Ibrahim menjadi terlampau dingin sebegini.

Saya pun dapat merasakan bagaimana tanggapan Tuan Guru dan beberapa ulama telah bertukar. Bayangkan, hampir pada waktu yang sama, Ustaz Nasa membawa isu pasal liwat, Cikgu Pa pasal Anwar agen Amerika dan Hasan Ali pasal Melayu sudah hilang di Selangor. Sedangkan, ketiga-tiga ini adalah orang kepercayaan Tuan Guru. Nescaya hati Tuan Guru terpaling.

Terpaling bukan sebab Tuan Guru jahat atau tidak baik, tetapi kerana perasaan sayang dan cinta yang mendalam pada Islam. Manakala, motif “fraksi” UMNO yang dipercayai Tuan Guru pula adalah jawatan dan pangkat.

Di sini saya minta Tuan Guru Haji HAdi supaya menilai kembali segenap “input” yang didapati oleh beliau sepanjang 4 bulan kebelakangan ini berkaitan Anwar Ibrahim. Inshaalah, kebenaran akan terpancar juga. Misalnya, cerita kononnya ada bukti perubatan yang Anwar telah meliwat Saiful akhirnya terbukti satu penipuan yang besar.

UMNO sedang berada dalam keadaan nazak. Mereka akan melakukan apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka. Perkara fitnah sebegini tidak menjadi satu kejadian ganjil langsung. CUma kita perlu istiqamah dan pandai menilai dan menapis maklumat yang sampai.

Ya Allah, selamatkanlah Presiden aku, Tuan Guru Haji Hadi Awang dari menjadi mangsa fitnah UMNO dan BN. Amin

Tulang Besi

24 comments:

Nurfirdaus said...

Salam sdra,

AlhamdulilLah, saya bersyukur kerana masih ada orang seperti sdra yang mampu membuat analisa dgn seimabang.

Persoalannya ialah bgmana perkara ini (maklumat sebegini) dapat disampaikan kpd Tn Guru Hadi?

Nampaknya dari sudut siayasah, Tn Guru Presiden masih lemah dan perlu lebih banyak belajar selok belok berpolitik! Hikmah dan berhemah tampak seperti barang yang hilang dari Tn Guru Presiden jika nak dibandingkan dgn arwah Ust Fadhil Noor. Jika tidak, bagaimana mungkin permainan polotik musuh tidak dapat dihidu lebih awal?

Semoga Allah SWT memberi hikmah dan hemah kepada semua pejuang2 yang ikhlas. Ingat, ikhlas sahaja atau semangat sahaja belum memadai untuk menuju kemenangan. Tetapi berserta uslub yang bijak dan rapi, insyaAllah, kita semakin hampir.

Anonymous said...

If Tuan Guru Hadi cannot evaluate and see sense and is totally in the hands of the idiotic Nasarudin, Ali and Mustafa, then maybe its time somebody else takes over the leadership of PAS?

Husam Musa longer term?

Anonymous said...

that tuan guru is dem gullible to believe everything that is said. As a senior politician and president of PAS, doesn't he have some 'street smartness'?

alhadee said...

Give it up la brader.

2004, Hadi said Anwar is irrelevant, Lim Kit Siang is an 'expired' medicine.

It is not only about people surrounding him, or whom he listens to.

It is also about his personality.

I see him as a leader who hid a very high ego beneath his serban.

Instead of asking someone go and advice him, why don't just suggest he be replaced by a more capable leader?

Or is PAS short of capable leaders?

askar melayu said...

Nak samakan Anwar dengan Ikhwan Muslimin? Please lah!

Make Money Online said...

satu analisa yg amat disukai oleh agen AS(UMNO)...teruskan beranalisa dan pastikan sumber anda itu bukan hanya tanggapan,telahan atau hanya dipetik dari pihak ke 3...sebagai org Islam...keyakinan aku hanya kepada Allah..Ulama adalah pewaris kepada Nabi...ketaatan dan wala' kepada pemimpin adalah rukun baiah kepada Jamaah Islam...

Anonymous said...

A'kum,

Anwar memang talibarut amerika memang dr semasa dia menjadi timbalan perdana menteri, cuma rakyat M'sia yg buta tuli tka mahu mempercayainya.

1, Amerika pernah menyambut Anwar dgn 21 das tembakan, sedangkan pada ketika itu pemeimpin no.1 negara tidak diberi penghormatan sedimikian rupa.Sambutan yg sama diberi kepada Boris Yeltsin, sedangkan Gorbachev yg memerintah Russia.
2.Anwar pernah cuba meminjam 700 millions usd dr tabung yahudi kononnya untuk memulihkan ekonomi negara, padahal pada ketika itu negara tidak memerlukan wang untuk memulihkan ekonomi. Pada masa yg sama ia dilantik menjadi pengerusi tabung yahudi tersebut iaitu IMF, padahal kebolehannya dlm bidang ekonomi tidak terbukti.
3.Al Gore terang2 menyokong reformasi yg diketuai oleh Anwar.
4.Pelan pemulihan ekonomi Anwar nyata menjahamkan negara ketika krisis ekonomi 1997. Menaikkan faedah pinjamam kereta dan rumah pada 11% dan 15% menyebabkan industri kereta dan perumahan terus ranap. Pelan ini diambil mengikut dasar IMF.
Selain itu Pas ada hak dalam menegah Amerika memcampuri urusan pembicaraan Anwar menyebabkan kematian jutaan rakyat Islam diseluruh dunia. Kaum India, Cina dan lain-lain memang tidak membenci Ameika kerana bukan bangsa mereka yg di bunuh

zahidyusof said...

aku sebenarnya serabut dah dengan kamu, kononnya pembela PAS tapi kamulah yang cetuskan fitnah pada PAS, dah la jangan membuat andaian dan khayalan yang lebih sangat.

Kamu menganggap bahawa TGHH ni bodoh tak tahu apa.....sedangkan semua maklum bahawa hubungan TGHH dengan gerakan Islam Dunia melebihi hubungan Anwar dengan gerakan Islam.

Kalau kau main agak-agak takpayah la

Irfan Mohd Nor Nawawi said...

Hahh..Anonymous ini lagi sorang yang begitu mudah terpedaya dengan tipu muslihat media BN!

Guna otak yg Tuhan bg tu dgn sebaiknya dan cuba faham.

1, Amerika pernah menyambut Anwar dgn 21 das tembakan, sedangkan pada ketika itu pemeimpin no.1 negara tidak diberi penghormatan sedimikian rupa.Sambutan yg sama diberi kepada Boris Yeltsin, sedangkan Gorbachev yg memerintah Russia.
- Mahathir memang tak pandai berbaik dgn mana2 negara pun. Dia juga tidak mendapat sokongan dari golongan Ikhwan serta Islamic group lain di Arab. Yang menyokong dia adalah sebilangan pemimpin arab yg zalim seperti dia.
- Anwar mmg pandai berbaik dgn SEMUA. Bukan sahaja dgn US tetapi juga semua cendekiawan Islam serta Ikhwan, AK, Nahdatul Ulama dan gerakan2 Islam di dunia semuanya begitu rapat dengannya.
- Gorbachev dan Yeltsin (Soviet) bukan kawan baik US tetapi musuh utama, tetapi dpt layanan 21 das tembakan atas dasar 'respect'.

2.Anwar pernah cuba meminjam 700 millions usd dr tabung yahudi kononnya untuk memulihkan ekonomi negara, padahal pada ketika itu negara tidak memerlukan wang untuk memulihkan ekonomi. Pada masa yg sama ia dilantik menjadi pengerusi tabung yahudi tersebut iaitu IMF, padahal kebolehannya dlm bidang ekonomi tidak terbukti.
-Siapa kata kebolehan Anwar dlm ekonomi tidak terbukti? Dia lah Menteri Kewangan terbaik Malaysia. malaysia berada di puncak ekonomi ketika Anwar menjadi menteri Kewangan! Selain itu, harga minyak tak naik walau 1 sen sekalipun!
- Anwar Ibrahim diundi oleh menteri-menteri kewangan disuluruh dunia sebagai yg ketiga terbaik di dunia dan terbaik di Asia! (majalah euro finance)

3.Al Gore terang2 menyokong reformasi yg diketuai oleh Anwar.
- Al-Gore tu adalah LAWAN Presiden Bush yg terang2 mengarahkan perang terhadap Iraq.

4.Pelan pemulihan ekonomi Anwar nyata menjahamkan negara ketika krisis ekonomi 1997. Menaikkan faedah pinjamam kereta dan rumah pada 11% dan 15% menyebabkan industri kereta dan perumahan terus ranap. Pelan ini diambil mengikut dasar IMF.
- Tak tgk debat minyak ker?? Anwar dah terang2 kata dia tidak pernah mengambil preskripsi IMF dan ini adalah fitnah Dr. Mahathir.
- Negara yg ikut preskripsi IMF seperti Korea, Thailand, Vietnam dll semuanya mempunyai ekonomi yg jauh lebih baik dari Malaysia sekarang ini.

Selain itu Pas ada hak dalam menegah Amerika memcampuri urusan pembicaraan Anwar menyebabkan kematian jutaan rakyat Islam diseluruh dunia. Kaum India, Cina dan lain-lain memang tidak membenci Ameika kerana bukan bangsa mereka yg di bunuh.
- Adalah menjadi KEWAJIPAN PAS untuk melindungi sesiapa yg di fitnah dan dibicarakan secara tidak adil dan berat sebelah..seperti Anwar Ibrahim!

Tulang Besi said...

Alhadee, go and open up your blog first before comenting on others.

Anonymous said...

Kawan2, mari kita ramai2 flag blog alhadee (http://mmfss.blogspot.com/) ...Bila dah ramai org flag blog dia, nanti akaun dia boleh kena ban dgn Google.. Spt yg terjadi kpd blog Dr. Mahathir sebelum ni.. Bahaya blog alhadee ni.. Oleh itu, mari kita ramai2 flag blog dia sampai tutup kedai..

alhadee said...

annoymous 3.50pm,

Woii.. Aku pergi sorang2 kat gelanggang korang kat sini, takkan la korang ramai2 tak boleh lawan?

Gentleman la sikit brader.

Perangai orang PAS la macam nie.

abuyasuhaimi said...

Pada Saya.... Bukanlah ucapan tersebut Tuan Guru Hadi percaya kepada fitnah... cuma nak kurangkan fitnah... kalau amerika asyik dok bagi pendapat ini seolah2 mcm Anwar ada apa - apa dengan Amerika... bagi orang macam kita memang kita amat mempercayai DSAI... tapi bagi orang yang tak tau dan terlalu lama terdedah dengan propaganda pihak sana macam mana? - maaf kalau salah bicara....

Muslim said...

Jika difikirkan saya rasa PAS perlu mengoreksi tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri mereka supaya mereka lebih bersikap terbuka dan tidak mudah melatah bila ditegur.

Tiada siapa yang sempurna melainkan hanya Rasulullah SAW dan diharapkan agar pemimpin2 PAS terutamanya sentiasa berfikiran terbuka dan tidak terlalu terikat dengan prinsip dan pandangan mereka sendiri.

Kita tidak seharusnya memandang diri kita sentiasa melebihi orang lain sehingga kita menganggap tiada orang yang layak menasihati kita.

Jika telah berbuat salah, kita hendaklah bersedia mengakui kesalahan itu dan berubah kepada kebaikan.

Jangan mudah berasa ego dan sombong dengan kelebihan yang ada pada diri kita kerana sesiapa yang ada menyimpan perasaan riak walau sebesar zahrah sekalipun bakal diharamkan daripada syurga Allah sebagaimana pesan Rasulullah SAW kepada kita sebagai umatnya.

Kesimpulannya, dari pandangan saya jika dibandingkan antara TGNA dan Tn.Guru Hj. Hadi adalah seperti langit dan bumi. Bukan saya mahu merendahkan sesiapa tapi TGNA selalu menjaga tutur katanya dan sentiasa menganjurkan solat hajat serta berdoa kepada Allah SWT dalam setiap perkara yang membimbangkan rakyat. Bukankah ini satu contoh yang sangat baik untuk kita contohi dari seorang pemimpin?

Revert said...

Salam Tulang Besi

Saya bukan ahli UMNO, fraksi UMNO dalam PAS, penyokong UMNO maupun penyokong PAS. saya mengambil pendekatan Islamik untuk menegakkan syariah bukan sekular (faham2lah. Saya juga menilai sesuatu berdasarkan fakta. Sila layari artikel ini diblog saya di:http://syamil-revert.blogspot.com/2008/07/poser-to-ai.html berhubung kes Anwar dan Amerika ini dan minta beliau atau penyokongnya jelaskan.
Ya.. bukti2 itu tidak diceduk atau didapati dari sumber UMNO. Ia wujud dalam public domain dan boleh diakses sesiapa. Berhubung Najib.. apa yang dihairankan sangat mengenainya dan pemimpin kerajaan yang lain. Bukankah Malaysia adalah ahli Five Point Defense Agreement (FPDA) dan telah lama sekongkol dengan USA dalam hal-hal ketenteraan sejak merdeka dulu dan terutama semasa perang Vietnam. Dan 16% jumlah ekspot Malaysia juga ke USA. Begitu juga nilai pelaburan mereka di sini pun antara tertinggi. Masakan industri sensitif mereka seperti INTEL, MOTOROLA, Western Digital dll nak labur kat sini kalau kita tidak mesra US. Fikir2kanlah.

slyderrose said...

Siapa yg buat fitnah pasal Anwar ejen amerika, tanpa bukti yg sahih faham-fham ajelah di depan Allah SWT kelak. Tak kiralah tinggi mana ilmu dan nampak alim sekali pun. satu sen pun tak guna!.

Apabila ramai muslim scholars yg support Anwar, yg ini nak kata ejen apa pulak nie?. Gus Dur pun support Anwar, ejen Indon. Phillipines support Anwar, ejen apalah nie?. Dia orang marah sangat US support Anwar apa hal?. Yg PAS selalu dikunjungi pegawai kedutaan Amerika, nak kata PAS ejen Amerika ke?

bn@umno said...

kalau korang benci sangat kat Amerika tu boikotlah semua barang yg dikeluarkan oleh Amerika tu termasuk kereta, teknologi yg dicipta oleh Amerika, boikot penggunaan Komputer dan software yg dikeluarkan oleh Amerika, barangan elektrik yg dikeluarkan oleh Amerika.Kita tengok siapa yg 'mati' dulu, sama ada rakyat malaysia ataupun amerika?Jgn jadi orang bodoh dan mempunyai idealogi yg ceteklah.Di sini, aku tekankan sekali lagi, kepada sesiapa yg benci sangat kat Amerika ni, tolong boikot tau jgn guna terus semua barang yg dikeluarkan oleh orang Amerika.

Anonymous said...

Mari kita flag blog alhadee ramai2... Mari semua.... Kita flag blog http://mmfss.blogspot.com/.. Senang je, pegi kat blog tu.. Lepas tu tgk kat bhgn atas sekali.. Ada satu bhgn tulis Flag Blog.. Klik situ.. Lagi byk lagi bagus, biar akaun dia kene ban.. Cepat cepat cepat...!!!

alhadee said...

Anonymous 3.45am,

Boleh tak hang pegi jer tido pagi2 buta camnie? Lebih baik dari hang melalak nak menganiaya orang.

Anonymous said...

Skrn ini kempen "Mari Flag Blog http://mmfss.blogspot.com/". mari semua org ramai2 flag ini blog. lagi ramai lagi baguih dok ada. jgn takut, tak kena apa2 tindakan punya. kita flag blog dia sampai kena ban dgn google. mari mari mari.. lai lai lai..!!

alhadee said...

anonymous,

Hang nie baru datang dari kampung ka? Jangan busuk hati la brader. Mesti hang gak yang flag kan MSK punya blog.

matcomot said...

buat sementara waktu ni minta hj hadi kulum batu dlm mulut.bercakap yg penting shj.jgn bg statment yang tak brp cerdik.kalau hebat sgnt hj hadi ni.awat perintah TRG sepenggal je.kenapa perlu salahkan pokok bergoyang, hj hadi oii,kekadang ada beruk bergayut di dahan,tupai di hujung julai.

Anonymous said...

Flag Blog http://mmfss.blogspot.com/ .... Blog ini berbahaya, boleh membawa kecelaruan kpd masyarakat, khususnya org Islam... Mari kawan2, kita flag blog ini skrg juga.... Come one everibodi...!!!!! FLAG BLOG http://mmfss.blogspot.com/

FLAG BLOG http://mmfss.blogspot.com/

FLAG BLOG http://mmfss.blogspot.com/

dragonajie said...

RC, i pride myself on being a reader of all sides, and i do lean towards Anwar Ibrahim. However this blog here kinda tick me off, in the sense that i cant prove that his allegations are not true. btw he claims to be a neutral but obviously he is anti-Anwar. :)

---------------
http://editorialblog.blogspot.com/2008/08/apa-kata-editor-msm-bhg-51-perihal.html

for example:
Apa yang hendak editorialblog katakan di sini ialah apabila RPK membuat Akuan Bersumpah itu dan disiarkan dalam laman blognya serta beberapa laman blog lain DAN media arus perdana, orang ramai gelabah dan PERCAYA akuan bersumpah itu. Tuduhan dalam Akuan Bersumpah itu sudah dinafikan oleh Najib, Rosmah dan mereka yang dituduh itu.

Orang ramai percaya kepada akuan bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala. KENAPA? Anda fikir-fikirkan lah dengan otak sebelah kiri. Apa ada dalam otak kiri? "Tak tau tanya orang yang tau. Tapi kalau tak nak ambil tau... fikir-fikirlah siapa awak sama ada CERDIK atau BODOH". Let The Truth Be Known ketika memberi komen mengenai berita yang editorialblog post dalam tajuk Berita Saiful, Anwar dan Pusrawi ada menyebut perkataan "deaf". Jadi kita jangan deaf atau dalam bahasa Melayunya PEKAK.

Ok... orang percaya kepada Akuan Bersumpah RPK dan Akuan Bersumpah pertama Bala.

Adakah orang ramai percaya kepada Akuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, beberapa tahun lalu? TIDAK! Orang ramai terutamanya penyokong Anwar Ibrahim (termasuk orang PAS) tidak akan percaya kepada Akuan Bersumpah itu.

Alasan mereka ialah "Itu semua konspirasi politik" untuk menjatuhkan Anwar.

Apa Akuan Bersumpah Datuk Abdul Murat itu? IQRA: Dalam Akuan Bersumpah itu dikatakan bahawa:
Anwar Ibrahim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dengan mewujudkan lebih 20 AKAUN induk bernilai RM3 BILION (TIGA RIBU JUTA RINGGIT), untuk mencapai cita-cita politiknya.

Satu daripada akaun khas itu bernilai RM200 juta, yang mana dananya dikumpul dan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi Phileo Allied Berhad, Tong Kooi Ong, untuk kepentingan Anwar.

--------------------

so RC, can you rebut him head to head, for argument's sake?

Thanks. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.