Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, August 9, 2008

Menilai Hujjah Menyokong Kemasukan PAS Ke Dalam BN

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menghapuskan sama sekali segala hujjah yang telah digunakan sebelum ini untuk menyokong kemasukan PAS ke dalam BN. Sekiranya hujjah-hujjah ini tidak dihapuskan, nescaya masaalah ini akan berulang kembali. Ahli-ahli PAS perlu didedahkan kepada hujjah balas terhadap hujjah2 ini. Saya menawarkan idea saya dan terpulang kepada mereka untuk menolak atau menerima.

Bagi saya, berlaku peristiwa ini adalah tragis, seperti tragisnya peristiwa Uhud. Adakah kita hendak kata para Sahabat yang engkar perintah Baginda itu sesat dan tidak berakhlak sedangkan Baginda memerintahkan supaya jenazah mereka dikebumikan secara jenazah syuhada? Kalau para Sahabat yang terbaik di kalangan Ummat Muhammad boleh tersilap, inikan pula PAS. Yang penting harus bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Banyak lagi cara untuk memperjuangkan syariah dalam Pakatan Rakyat.:

Hujjah #1 : Kedudukan orang Melayu tidak selamat di dalam Pakatan Rakyat.

Balasan: Kedudukan Islam dan Orang Melayu dijamin di dalam Perlembagaan Negara dan Undang2 Tubuh Kerajaan2 Negeri. Sekiranya kedudukan orang Melayu tidak terjamin, nescaya PAS tidak berkemungkinan untuk mendapat jawatan Menteri Besar di Perak.

Dengan kata lain, mengapa perlu bimbang perkara yang susah hendak terurai seperti ini. Orang Melayu ada a. Perlembagaan b. Undang2 Tubuh Kerajaan2 Negeri c. Sultan

Orang Cina dan India pun tak berminat nak mempersoalkan ketuanan Melayu. Yang mereka mahu hanya keadilan dan masa depan mereka dan anak2 mereka terjamin. Itu sahaja.

Mereka mahu supaya mereka diterima sebagai rakyat Malaysia dan boleh berharap kepada sistem untuk melindungi mereka dan bukannya menindas mereka.

Hujjah #2: Di dalam Alquran, di ajar supaya kita menerima musuh yang hendak berdamai dengan kita dan kita tidak harus menolak pelawaan mereka.

JAwapan: PAS pernah menerima perdamaian dengan UMNO satu masa dahulu. Dan hasilnya PAS telah ditipu dan dikhianati. Sekarang ini musuh yang sama menggunakan hujjah yang sama untuk berdamai dengan PAS.

Dengan pengalaman PAS ditipu dahulu, dan tiada jaminan bahawa PAS tidak akan ditipu sekali lagi, bolehkah kita bersikap seperti budak tidak matang dan menerima perdamaian musuh dengan buta2 seperti ini.

Adakah Tok Guru Nik Aziz tidak sedar akan ayat2 Al Quran yang dijadikan hujjah oleh fraksi UMNO dalam hal ini?

Soalnya sekarang berlaku “zanni” kerana kita tidak dapat kepastian samada musuh, yakni UMNO, hendak berdamai atau hendak menipu kita.

Hujjah balas alternatif: Di dalam Alquran juga diajar supaya umatnya berpegang dengan janji. Dan oleh kerana tafsir Quran yang terbaik adalah dari sunnah Nabi SAW, saya cabar tunjjukkan satu contoh di mana Nabi SAW telah mungkir mana-mana janji yang Baginda mertai demi untuk kepentingan Islam?

Amat bahaya apabila AlQuran di tafsir dengan begitu liberal sebegini tanpa merujuk kepada sunnah Nabi SAW yang sepatutnya menjadi pentafsir Al Quran paling utama. Dan setahu saya rujukan utama PAS adalah Al Quran, As Sunnah, Ijma dan Qiyas. Seharusnya dirujuk kepada keempat2 sumber ini terlebih dahulu sebelum membuat satu-satu ijtihad. Kalau tafsir terus dari Al Quran, itu tandanya tidak amanah dan tidak menghormati disiplin ijtihad yang ditunjukkan oleh para ulama yang terdahulu/


Hujjah #3: Anwar Ibrahim terlalu liberal dan ini akan membahayakan Islam

JAWAPAN: Adakah UMNO tidak liberal? Bukankah Pak Lah telah menggantung Undang-Undang Keluarga Islam WP 2005 hanya kerana bantahan dari Nori Abdullah dan Zainah Anwar?

Dan benarkan Anwar Ibrahim ini terlampau liberal sehingga melanggar batas-batas syariah? Maklumat yang jelas yng saya dapati adalah Zainah Anwar amat takut akan Anwar Ibrahim duduk di kerusi PM kerana hujjah Zainah bahwa Anwar bukan seorang liberal.

Bahawa hanya seorang liberal lebih mengetahui siapa yang liberal dan siapa tidak.

Hujjah #4: Kedudukan Islam juga tidak jelas di bawah Pakatan Rakyat

JAWAPAN: Kedudukan Islam jelas di bawah Perlembagaan Negara. Tiada siapa yang boleh mencabar. Cumanya, di bawah Pakatan Rakyat kelak, PAS akan mempunyai sepenuh kebebasan untuk menyebarkan serta berdakwah dengan sebaik mungkin.

Hasilnya, yang untung adalah Islam dan PAS dan tiada kerugian walau apa pun. Kenapa mempersoalkan perkara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Negara?

Hujjah #5: Anwar adalah agen Amerika dan kita telah tertipu dengan Anwar Ibrahim (hujjah kegemaran fraksi UMNO)

JAWAPAN: Najib telah berbangga menonjolkan kerjasama Malaysia dgn US. Malahan Malaysia telah membantu Amerika di dalam usaha Amerika membunuh umat Islam di Afghanistan dan Iraq. Sila rujuk ucapan Najib di Heritage Foundation.

Hujjah #6: UMNO telah berjanji untuk memberi jawatan2 dan berjanji untuk memberikan kebebasan untuk melaksanakan syariah


JAWAPAN: Adakah dengan kita belot dengan orang bukan Islam cara terbaik untuk melaksanakan shariah Islamiyyah? Adakah itu cara yang diajar oleh Baginda Nabi SAW? Adakah ini sebahagian dari skima tarbiyyah PAS yang selama ini diaajar kepada ahli-ahli nya? DIbenarkan menipu demi untuk melaksana syariah Islam?

Soal lain, apa jaminan, setelah PAS masuk BN, UMNO akan membenarkan perlaksanaan Syariah Islamiyyah. Apa yang PAS boleh buat pada masa itu sekiranya UMNO mungkir janji?

PAS sudah tidak boleh berundur kerana orang Bukan Islam telah melabel PAS sebagai pengkhianat dan penipu. Dan kalau duduk dlam BN, PAS terpaksa merafak sembah kepada Nori Abdullah dan Zainah Anwar di dalam segala benda yang berkait dengan Syariah Islam. Adakah ini satu tanda kebijaksanaan di dalam menilai waqi’?

Hujjah #7: Suara ahli2 dan petugas PAS tidak dihormati sedangkan jentera akar umbi adalah lebih ramai dari kalangan PAS berbanding dengan parti lain

JAWAPAN: Kalau begitu kenapa PAS menang kerusi yang sedikit? PAS memenangi banyak kerusi parlimen dan DUN hasil dari undi penyokong PKR dan DAP. Adakah suara dan perasaan penyokong DAP dan PKR ini tidak ada makna bagi PAS?

Sila rujuk artikel saya “Benarkah Pekerja Pilihanraya PAS Tidak DIhargai?” untuk penerangan lanjut.

Hujjah #8: Suara PAS akan terpinggir dalam Pakatan Rakyat

JAWAPAN: Bagaimana PAS boleh terpinggir sedangkan PAS adalah komponen penting. Sekiranya PAS tiada, maka kerajaan akan jatuh. Kalau PAS keluar Dewan dan tidak mengundi, satu-satu bil itu tidak akan lulus dalam Dewan Rakyat. Saya rasa ini adalah ketakutan yang tiada asas ataupun kebimbangan yang berpaksi kepada kejahilan.

Hujjah #9: Kes Liwat Anwar Ibrahim kali ini lebih berat dan orang Melayu nampaknya sudah semakin ramai mempercayai Anwar ini seorang peliwat

JAWAPAN: Tak payah jawab hujjah bengap mcm ni. Nampak sangat tak layak jadi Timbalan Perdana Menteri.

Penutup: Hujjah untuk masuk BN ini adalah hujjah2 yang dangkal dan jelas berpandu kepada nafsu syahwat semata-mata. Yang lebih menyedihkan apabila alasan Islam dan Tarbiyyah digunakan sewenang-wenangnya untuk menyokong nafsu serakah “fraksi UMNO” demi untuk menjayakan perancangan mereka bagi mendapat kedudukan dan pangkat yang lebih besar.

36 comments:

Tayadih Maysia said...

Salam bro,

Jika benarlah kata-katamu bro,PRU akan datang habis PAS ni kena boikot.
Belum lagi cuba dah nak gelabah, try dulu perintah baru tau...yang peliknya dah 50 tahun UMNO perintah - apakah kebaikan yang orang Melayu (secara keseluruhan) dan Islam (pelaksanaan hukum, kesucian, maruah, etc) dapat manfaatnya? Pemimpin faksi UMNO ni cepat lupa sejarah...PERGI MASUK UMNOlah...julang Islam Hadhari flip flop!

Perlembagaan ada...kalau Pakatan Rakyat buat perkara yang tidak mengikut kehendak PAS...keluar saja nanti...INi belum apa2 dah gelabah...Esok kat akhirat nanti depa (fraksi UMNO?) nak jawab apa?

TOLONG UBAH "PAS FOR ALL" kepada "PAS FOR MALAY"

Anonymous said...

Yes, you are right, the main difference in Pakatan Rakyat is that DAP, PKR and PAS are true partners, without each, the whole Pakatan breaks apart.

And i dont think current arrangement in Selangor, Perak, Penang , all these lies spun by the UMNO fraction in PAS is happening. Are Malays marginalised, is PAS marginalised? Is Islam marginalised?

We all know if PAS walks , the govt in Perak and Selangor falls.

In UMNO, i am 110% certain that other PAS will end up like MCA or MIC, running dog parties, given some posts to feel and to look important, but ALL POWER vests with UMNO.

Is this what PAS wants????

Nostradamus said...

Q22. Only Barisan Nasional (BN) can govern Malaysia. (Fact or Fiction)
Cuma Barisan Nasional (BN) boleh mentadbir/memerintah Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q23. Only UMNO can take care of Malaysian Malay’s and other Bumiputeras interest. (Fact or Fiction)
Cuma UMNO boleh menjaga kepentingan rakyat Melayu Malaysia dan lain-lain Bumiputera. (Fakta atau Rekaan)

Q24. Only MCA can take care of Malaysian Chinese’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma MCA boleh menjaga kepentingan rakyat Cina Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q25. Only MIC can take care of Malaysian Indian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma MIC boleh menjaga kepentingan rakyat India Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q26. Only Gerakan can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma Gerakan boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q27. Only PKR can take care of Malaysian’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma PKR boleh menjaga kepentingan rakyat Malaysia. (Fakta atau Rekaan)

Q28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma PAS boleh menjaga kepentingan orang Muslim. (Fakta atau Rekaan)

Q29. Only Hindraf can take care of Hindu’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma Hindraf boleh menjaga kepentingan orang Hindu. (Fakta atau Rekaan)

Q30. Only PBDS can take care of Sarawakian’s Bumi interest. (Fact or Fiction)
Cuma PBDS boleh menjaga kepentingan orang Bumiputera Sarawak. (Fakta atau Rekaan)

Q31. Only UMNO Sabah can take care of Sabahan’s Bumi interest. (Fact or Fiction)
Cuma UMNO Sabah boleh menjaga kepentingan orang Bumiputera Sabah. (Fakta atau Rekaan)

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

hi Tulang Besi!

Saya sgt setuju dgn hujah balas pertama awak. Memang benar, kami yang berbangsa cina tidak akan mempersoalkan keistimewaan yg diberikan kpd kaum melayu jika sekiranya kami yg berbangsa bukan melayu dilayan dengan seadilnya. Kami memang bukan orang melayu tapi hakikatnya kami juga adalah rakyat malaysia dan kami cintakan tanah air ini. Harap kpd mereka yg anti bangsa lain, faham akan perasaan kami.

Saya tak faham kenapa org melayu mudah rasa tergugat. Tak ada keyakinan diri ke untuk bersaing dengan secara adil dgn bangsa lain? Bangsa lain adalah kumpulan minoriti bukan majoriti. Jadi bagaimana kaum minoriti boleh mengugat kedudukan kaum majoriti (melayu). Peliklah saya rasa. Harap komen saya dapat sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka yng masih ragu-ragu.

Mei

alhadee said...

rc,

http://msomelayu.blogspot.com/2008/08/hati-di-kota-bharu.html

Give it up la brader.

Nampaknya KJ dah makin menang.

Caya lah KJ. Cepat betul hingus hang kering lepas pilihanraya nie. Sekarang assistant2 dia adalah Hadi Awang, Nasarudin dan Roslan SMS.

Selamat Tinggal PAS. Innalillah wa innalillah hi ra'jiun.

Okla. Aku malas nak komen further more. Geli hati aku tengok PAS nie. Betul la PAS nie Parti Ajaran Sesat.

You lose la brader. Secularism rocks!

mz said...

bro,
ko nie tak sudah2. aduii...mcm biasa nasihat aku sudah2 ler bro....apesal hang busuk hati sgt bila kata nak berjupa dan berbincang-hang pi fikir nak masuk UMNo.. beza jauh tuh... bak kata hang bodoh nampak cerdik.. nak kata cerdik juga nampak bukan sebab termakan dakyah BN dlm hal nie..
nie baca ape kata ustaz ahmad awang dlm hal nie.....
susah juga kalau dlm PR ade org mcm nie tukang cocok dan nak mecahbelah...kalau org lain buat yg boleh dtgkan fitnah, hang marah.... hang punya tulisan yg boleh dtgkan fitnah takper... bangang jawabnya..geram gak aku.....sekali lagi aku nak katakan aku penoyokong PAS dan juga penyokong kuat Anwar dan PR.. tp certain2 article hang yg boleh membawa perpecahan kepada PR aku tentang habis-habisan.. pedulu ape aku..sebab aku tak tau status hang... kalau ezam boleh dibeli oleh BN- tak mustahil org lain gak... tp sku tak tuduh mcm hang tuduh manusia lain tuh...

"Lebih seminggu saya sibuk bergerak di antara KL/Ipoh/Kota Bharu kemudian balik ke Semanggol dan seterusnya berada di Ipoh selama 3 hari kerana bermesyuarat dan menghadiri Konvensyen PAS Perak Ke-13.

Saya tidak membuat sebarang posting dalam blog saya lebih seminggu kerana menunggu-nunggu agar keresahan dan kekeliruan terutama di kalangan akar umbi penyokong PAS mengenai isu apa yang dinamakan Muzakarah UMNO/PAS dapat diredakan. Ini apabila presiden Tuan Guru Hj Hadi bersama 5 ahli Majlis Syura termasuk saya membuat pertemuan dengan Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10, Kota Bharu pada petang Rabu 23 Julai 2008. Selepas pertemuan tersebut yang berlangsung kira-kira 1 jam, Mursyidul Am memberitahu wartawan media termasuk TV3 bahawa kenyataan beliau mengenai apa yang dikatakan Muzakarah UMNO/PAS itu tdak bercanggah langsung dengan kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang, iaitu tidak ada sebarang perbincangan atau perundingan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan dengan UMNO/BN. Mursyidul Am menegaskan isu muzakarah sudah ditutup fail. Yang boleh diadakan ialah muqabalah atau pertemuan bersemuka untuk berbincang perkara mengenai kepentingan Islam dan rakyat amnya.

Presiden dalam sidang media yang sama juga menegaskan muqabalah boleh diadakan apabila ianya dilihat perlu untuk membincang perkara mengenai kepentingan Islam dan rakyat amnya terutama untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau mengulangi pendirian tegasnya bahawa PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.



Dalam sidang akhbar yang sama, Timbalan Mursyidul Am, Dr Harun Din, menjelaskan bahawa muqabalah dengan pimpinan UMNO yang pernah diketuai oleh Timbalan Presiden adalah direstui oleh Majlis Syura. Keputusan majlis tersebut dalam mesyuaratnya pada 23 April yang lalu terus memberi mandat kepada pimpinan tertinggi parti iaitu Presiden sendiri, Timbalan Presiden dan beberapa orang yang lain untuk berbincang sekiranya diajak dengan mana-mana pihak termasuk UMNO bagi membincangkan perkara kepentingan Islam dan lain-lain perkara yang boleh mengukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat.

Selepas sidang media selesai, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) melahirkan perasaan leganya dan berkata selepas ini beliau akan dapat tidur nyenyak kerana dengan kenyataan ketiga-tiga pimpinan Syura dan parti yang utama itu, akan lenyaplah persepsi atau tuduhan pelbagai pihak bahawa beliau mengetuai rundingan untuk berpakat dengan UMNO adalah tindakan peribadi.

Bagaimanapun saya hari ini masih tertanya-tanya mengapa segala penjelasan dan penegasan yang dibuat selepas pertemuan dengan Mursyidul Am itu melalui media parti sendiri seperti Harakah Daily, akhbar Harakah dan Siasah seolah-olah tidak dapat menghapuskan kekeliruan dan meredakan kebimbangan bukan sahaja di kalangan akar umbi bahkan juga di kalangan sebahagian pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat. Apakah media perdana pro-UMNO/BN masih kuat mempengaruhi orang-orang PAS atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat? Di peringkat perhubungan PAS Perak, saya telah menjelaskan bahawa apa yang disebut isu muzakarah yang meletup apabila ianya didedahkan oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu perangkap sebagai percubaannya untuk memecah-belahkan perpaduan kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Di samping itu beliau cuba mengalihkan pandangan umum daripada isu-isu pertarungan dan perebutan kuasa dalam UMNO akibat pengumuman beliau mengenai peralihan kuasa pimpinan UMNO yang akan berlaku pada Jun 2010.

Sebenarnya PAS sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkan isu pertemuan itu kerana semua pertemuan yang berlaku adalah atas ajakan UMNO khasnya presiden mereka. Memanglah benar dalam pertemuan pertama, UMNO membuat tawaran kepada PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di peringkat pusat dan negeri-negeri yang UMNO/BN menerima kekalahan. Tetapi dengan tegas PAS telah menolaknya dan presiden serta merta membuat kenyataan menyokong pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bagi menolak sangkaan kononnya PAS akan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Selangor. Di Perak, saya dan pimpinan PAS awal-awal lagi mengumumkan persetujuan bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan campuran ketiga-tiga parti namun pimpinan UMNO telah berusaha untuk menggagalkannya, tetapi mereka yang gagal.

Adapun pertemuan-pertemuan yang selepasnya kira-kira lebih sebulan yang lalu juga dengan jemputan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, mereka mahu berbincang hal kepentingan Melayu dan Islam, apa salahnya pihak PAS hendak mendengar kerana kita pun memang mempunyai berbagai-bagai cadangan untuk didengar oleh pihak mereka. PAS memang sangat prihatin terhadap kepentingan umat Islam dan Islam itu sendiri yang menjadi dasar perjuangannya. PAS juga melihat bahawa sebarang masalah yang boleh mengancam kepentingan umat Islam di negara ini mesti diatasi. Kerana itu, PAS perlu bersemuka bila diajak berbuat demikian untuk tujuan tersebut. Atas keikhlasan PASlah pemimpin PAS bersedia bersemuka tapi ternyata pihak UMNO sentiasa mencari peluang untuk kepentingan mereka dan melakukan pelbagai tipu daya dengan menjadikan “isu muzakarah” sebagai kononnya usaha hendak menggabungkan PAS dengan UMNO membentuk kerajaan.

Dengan bantuan media arus perdana pro-UMNO/BN, kini PAS berhadapan dengan penyokong dan pengikut-pengikutnya termasuk kelab penyokong PAS dari kaum bukan Melayu. Saya membaca tulisan-tulisan atau berita dalam website dan blog-blog popular dan dapat memahami keresahan dan kegelisahan mereka. Di Perak saya telah dapat menjelaskan perkara ini kepada pimpinan DAP khasnya dan mereka berpuas hati dan penuh percaya pendirian PAS yang terus menolak tawaran UMNO/BN. Kepada ahli-ahli dan penyokong PAS serta pimpinan dari peringkat cawangan, kawasan dan negeri tidak perlulah mereka beremosi supaya tidak terus terperangkap dengan jerangkap yang dipasang oleh UMNO. Saya memang begitu risau menerima pesanan-pesanan SMS yang mengutuk pimpinan termasuk presiden sendiri dan timbalannya. Mereka hendaklah melihat bahawa perjuangan kita untuk membela Islam tetap diteruskan walaupun berhadapan dengan apa jua cabaran. Memang kita dalam medan politik bermusuhan dengan UMNO/BN sepanjang lebih 5 dekad. Tetapi apabila ada masa pihak musuh mengajak kita berbincang masalah yang berkait langsung dengan matlamat perjuangan kita, mengapa kita mesti menolak? Bukankah pergerakan kita berpandukan Al-Quran? Cukup sahaja merujuk kepada surah Al-Anfal, ayat 61 dan 62, di mana Allah memerintahkan umat Islam yang sedang berperang/bertempur supaya menyahut seruan musuh jika mereka menawarkan perdamaian. Kemudian kita diperintahkan berserah kepada Allah dan andainya musuh hendak menipu atau memperdaya kita, Allah menegaskan cukup sahaja Dia yang akan menolong kita.

Sukar saya hendak memahami mengapa apabila PAS berbincang mengenai kepentingan Islam dan umatnya tidak kira dengan siapa pun, ianya boleh menimbulkan prasangka seolah-olah mahu mengenepikan rakannya dalam Pakatan Rakyat. Apakah sekiranya membincangkan isu gejala sosial di kalangan orang Islam, isu murtad, isu penguatkuasaan undang-undang pantadbiran Islam yang sedia ada yang kini seolah-olah disingkirkan oleh kerajaan UMNO/BN, semua itu boleh dianggap sebagai usaha mengenepikan rakan dalam Pakatan Rakyat. Bukankah sekiranya perkara-perkara tersebut dapat diatasi secara tidak langsungnya dapat mengukuhkan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat?

Akhirnya kepada semua penyokong dan pendokong PAS termasuk pimpinan kelab-kelab penyokong PAS supaya sentiasa mengikuti penjelasan dan penerangan mengenai apa-apa jua isu yang menyentuh parti melalui media kita, bukannya mempercayai diayah dan propaganda musuh yang tidak pernah putus-putus memutar-belit dan memanipulasi isu-isu yang boleh menguntungkan mereka. Sebagai contoh mereka terus mempermainkan istilah muzakarah yang sudah kita tukarkan dengan istilah muqabalah. Namun mereka tetap menggunakan istilah muzakarah. Sebab itu ada sahabat-sahabat yang mencadangkan kepada saya supaya muqabalah pun jangan diadakan dengan UMNO jika ia boleh menyebabkan berbalah di antara sesama PAS dan juga rakan pakatan. Saya terfikir elok juga jika cadangan ini saya bawa ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat bersama Majlis Syura esok pagi."

slyderrose said...

Saya nak komen hujah # 7. Saya ahli PAS memang benar ramai petugas PAS mengomel masa berkempen tentang kekurangan petugas PKR walaupun calon yg bertanding adalah PKR. Ini adalah realiti pasca PRU12. Saya tidak amat setuju dengan ngomelan ahli2 PAS dan sering berdebat dengan mereka dalam isu ini. Sebab saya rasa PKR adalah parti baru <10 tahun. Organisasi belum mantap kalau nak dibandingkan dengan PAS dah 50 tahun. Bertolak dari faktor inilah ramai pemimpin PAS mahu mereka diraikan dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin mereka di peringkat cawangan dan bahagian diberi kedudukan dalam majlis atau jawatan rasmi Pakatan Rakyat.
Apa yg diharapkan PRU13 atau sebolihnya pilihanraya kecil Permatang Pauh dijadikan ukuran. AMK mesti sebagai driven force. Jadi driver bukan penumpang. AMK dan petugas PKR mesti menunjukkan komitmen yg tinggi dan berkerja lebih kuat dari PAS. Biar PAS buka mata sikit.

Apa pun kita kena melihat kehadapan dan saya yakin PAS tidak akan bergabung dengan umno. Ini sudah diperjelaskan olih Presiden PAS dan Tok Guru Nik Abd Aziz sendiri. Yakinlah dengan ulamak.

IEQHWAN said...

kau ni tulang besi tak habis-habis lagi ke? sememangnya PAS adalah tulang belakang utama dalam pakatan rakyat... sememangnya tanpa pas pakatan lain takkan menang... kau tau tak tulang besi, aku malu dengan orang PKR ni... aku selalu jumpa pemuda-pemuda yang membawa bendera PKR minum arak... kat PJ terutamanya... orang melayu...bukan india, bukan cina... sememangnya jentera pas memang kuat di bahagian akar umbi... setiap keputusan yang pas buat terlebih dahulu melalui majlis syura... paham tak majlis syura tu cam ne? aku tak menafikan ahli PKR pun antara penyumbang utama kemenangan pakatan rakyat... tapi jumlahnya tidak seramai ahli pas... aku tak persoalkan kepimpinan anwar ibrahim... tapi aku ragu-ragu dengan kepimpinan lain... sebab depan mata aku ada antara kepimpinan tertinggi keadilan bahagian cawangan mengutamakan kroni, dan suapan... siapa aku untuk melaporkannya kerana aku seorang pelajar... aku juga tak persoal kepimpinan khalid ibrahim...kerana dia memang bagus... sekali lagi aku nyatakan, aku ragu2 dengan kepimpinan keadilan lain... tegas aku menyatakan pas memang ikhlas untuk berjuang... cuma mungkin ijtihad mereka mungkin berbeza...

Anonymous said...

Saudara mz,

Muzakarah ke muqabalah ke munaqasyah ke .... apa bedanya bagi orang-orang bukan Melayu. Tok sah kita dok main dengan istilah. Apa yang berlaku ialah kita pi diam-diam bncng dgn UMNO (banyak kali) dan membelakangi semangat perpaduan PR. Ramai dari kalangan pimpinan pusat pun tak dimaklumi mengenai perkara ini. Jadi syura apa benda ni.... Malah benda sebesar ini perlu panggil mesy agung tergempar dulu (EGM) sebelum dibuat apa-apa.

Saya bukan saja bersetuju supaya pertemuan ini dihentikan malah orang-orang yang terlibat di dalam buat kerja ni semua termasuk Roslan SMS perlu dihukum ......

tulangferum said...

setuju 100% jika alhadee taknak komen apa-apa lagi kerana apa yang keluar dari otaknya sekadar sama nilai dengan apa yang keluar dari saluran najisnya.

Anonymous said...

Salam.
Kesimpulannya semua ini adlah strategi phsy-war pihak UMNO setelah kalah dalam 5 negeri selepas PRU12.

Maka mereka tiada jalan lain untuk merobek masuk dan mencelah idea2 dan seterusnya mengganggu keharmonian Pakatan Rakyat. Memang kita sebagai rakyat malaysia yg waras sudah 50 tahun memahami fraksi dan fahaman UMNO walaupun sebenarnya kita masih belum berumur 50 tahun!!!

Sebagai seorang rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, kita kena akur dengan kenyataan yg rakyat zaman milineum sudah bijak menentukan haluan mana yg sepatutnya kita pilih untuk membentuk negara ini.

Ya! Memang benar UMNO/BN sudah lebih 50 tahun memerintah negara ini/Malaysia. Tapi ketahuilah semua bahawa jika sesiapa yg memerintah pun pasti akan melaksanakan tugas sebagai sebuah Kerajaan yg akan memacu pembangunan insan,ekonomi,infrastruktur dan lain untuk kebaikan rakyatnya.

Cuma kebebalan barisan pemimpin2 UMNO/BN yg telah menjerat mereka dengan anasir2 Penyelewengan/Rasuah/Salahguna kuasa dan berbagai2 lagi tindakan mereka yg semakin hari semakin dibenci oleh rakyat sendiri.

Cuma saluran informasi 40 tahun yang lepas agak membataskan rakyat untuk membuat penilaian yg sewajarnya seperti PRU12 yg lalu. Lewat 10 tahun yg mendatang lalu, telah mendedahkan pengundi2 muda Melayu,China,India dll untuk mengetahui keadaan yg sebenarnya dan informasi ini dikongsi kepada adik-beradik dan ibubapa masing2.

Malah ada setengah2nya terjadi konflik keluarga yg meruncing dengan keadaan ini. Insyaallah, informasi yg tidak telus dan tulus dpt dibetulkan dan disaring dengan sebaiknya sebelum diterima bulat2 oleh rakyat.

Benar! PAS sudah seusia UMNO dalam berpolitik di Malaysia. Tetapi berapa ramai Pemimpin mereka yg berfikiran seperti Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz???? Kita lihat sebelum Era Ustaz Fadzil Noor, PAS telah mengubah strateginya untuk mendekatkan rakyat dengan kempen mereka "Memasyarakatkan PAS" lebih kurang begitulah. Setelah proses ini perlahan2 berjalan maka pimpinan PAS dan pengikut2nya mulai dapat bersama2 dengan masyarakat setempat untuk bersama2 mereka.

Alhamdulillah PAS sudah berkembang sebaiknya selepas 1998 di atas krisis kepimpinan UMNO yg melanda dimana Sdr Anwar Ibrahim telah dipecat dan ditangkap. Maka selepas itu sebahagian ahli2 UMNO yg tidak setuju dan sebahagian anak muda yg sudah jelek dan mulai protes pada UMNO/BN sudah mulai berjinak2 dan menghampiri PAS. Ini yg sepatutnya PAS syukuri,,sebab apa sehingga APril 1999 tiada suatu parti yg dikhususkan kepada penyokong2 Anwar Ibrahim.

Maka berduyun2 orang Melayu masuk PAS sebagai satu parti Alternatif selain UMNO/BN.

Yang masuk keADIlan adalah sebahagian orang Melayu yg benar2 percaya sebuah parti yg dpt bersama Anwar Ibrahim. Berbagai2 kata nista yg diucapkan oleh pemimpin2 PAS terhadap Anwar Ibrahim terutamanya oleh Hj mat Sabu. Teringat sekali ucapan beliau di Seksyen 25 Shah Alam pada penghujung tahun 1998 dimana beliau amat membelasah Anwar itu dan ini. Apa saja yg beliau tidak kata pada UMNO/BN sama saja dia kata pada Anwar. Kerana apa? Mungkin beliau pernah ditewaskan Anwar di Permatang

rakyat said...

Jika benarlah orang2 Pas bekerja semata2 ikhlas kerana Allah, kenapakah jasa mereka sering diungkit2?

Bukankah dalam Islam ada mengajarkan bila tangan kanan memberi, tangan kiri melupakan.

Mengapa PAS juga sudah menjadi seperti UMNO yang suka mengungkit2 apa saja yang telah mereka lakukan seolah-olah mereka saja yang paling layak dan paling bagus untuk memerintah Malaysia.

Apakah orang2 PAS juga sudah berjiwa UMNO sekarang?

alhadee said...

Apakah orang2 PAS juga sudah berjiwa UMNO sekarang?
==========

rakyat, hang baru sedar ka?

Dari dulu lagi pemimpin PAS buat keje bukan utk lillahitaala tapi 'lil kuasa' dan 'lil pengiktirafan'.

Apa yang hang harapkan dari politikus? Tak kira la besar mana serban kat kepala.

Agama Islam yang suci sudah dicemarkan oleh politikus seperti Hadi Awang dan Nasa.

Kita mesti bergerak kearah pengasingan politik dan agama secepat mungkin untuk memulihkan persepsi negatif terhadap Islam.

PAS=UMNO. Period.

tulangferum!

Sila kurang pembacaan artikel2 tahyul dalam Harakah dan TKO!

Anonymous said...

PAS has forgotten aah how remrkable they r?When i read d story dat an indian lady will contest under PAS against a MIC candidate,my heart n mind went completely nuts!!It was too revolutionary,too remarkable!!And now,this regression towards ketuanan melayu,(it it becos of melyu=islam?) is making lots of non malays nervous n geram..man,on election day,the sight of indian volunteers spreading risalah of PAS which had quran verses was also another revolutionary thing!!Trully remrkable!!Thrash those pengkhianats!!Barisan's era is over!!We r in the 21st century,n PAS action,unversalism,progression r on the right direction,so i sincerely hope,PAS top leaders,old and new continue to move forward!!

suv

Batis Batagar said...

Tak perlu di hujah-hujahkan lagi, ternyata TGNA & TGHA sudah sepakat tiada kerjasama....

Tulang Besi said...

mz,

Maklumat awak adalah hanya dari sumber luaran, yakni dari sumber yang ditempah untuk orang awam.

Maklumat saya adalah dari sumber dalaman, dan senarai hujjah2 inilah yang sekarang ini berlegar di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Fraksi UMNO akan mengganas kembali dan mereka akan cuba sekali lagi untuk membawa PAS masuk BN.

melainkan kita hapuskan fraksi UMNO ini.

alhadee said...

rahman celcom,

Hang akan gagal, sama seperti ayah hang.

aminnnnn....

Tulang Besi said...

Alhadee,

What are u talking about.

Secularism is has already failed, miserably.

Hang dah gagal, jgn pandai tunding jari kat orang lain.

Nanti nampak bodoh.

alhadee said...

Oh yer ker RC?

Baper orang hadir bantah forum tadi?

Hahahahahaha

Tulang Besi said...

err Alhadee,

Didn't the forum got cancelled?

Or were u in Mars just now?

alhadee said...

Rite RC,

Cancel due to police orders. There will be more, Insya Allah.

But I am not talking about the forum, I am talking about the anti forum protest.

How many attend ahhh?

Hahahaha

Tulang Besi said...

err Al Hadee,

I doubt that the police can stop anything. I am very sure they stopped the forum because 500 people are willing to storm into their hall come what may.

And the 500 people that was there knows that they have 17 million Muslims behind them, except for a handful of pathetic liberal Muslims.

Anonymous said...

500 barbarians who call themselves Muslims that is

alhadee said...

Wow RC!

500 got 17 million behind them?

That explains the missing 16,999,500 Muslims at the anti forum protest eh?

As for storming the hall, well what can you expect from a bunch of Talibans?

Maybe we should start with teaching them the word C.I.V.I.L.I.Z.E.D

malayamuda said...

we say Islam is a " way of life ".

Well you guys just showed the world our way of life.....uncivilised that is...

if you guys keep on behaving in an uncivilised manner i promise you there will be more Lina Joy's to come....

Muslims are just getting fed up with the tantrums of a few

Tulang Besi said...

Alhadee,
They did stop the forum did they?

So it means the protest does carry the message of the majority, except for a handful of misfits Muslims like you.

Tulang Besi said...

malayamuda,

the tantrums represents the majority of Muslims.

The BAr Council acted in bad faith with bad intention to challange the belief and creed of the majority of Muslims in Malaysia.

Trust me, go and do your own survey f you don't believe me.

And don't believe Al Hadee because he represents a small insignificant minority in the Malay soceity.

alhadee said...

RC,
Oh yes, unfortunately the police did stop an open legal forum discussing important issues relevant to Malaysians.

Police = Official Thugs
300 talibans = Islamists thugs

Atleast Police and the mini talibans have something in common!

But I am not sure how does when the Police stops you it means it represents the majority of Muslims.

Are we talking about Malaysia or Afghanistan here?

As for the 300 talibans representing 16,999,700 Muslims, only fools will believe you.

Anonymous said...

Sedara Al Had He,

Saya amat terharu kerana sedara telah menyatakan apa yang dah TERANG BENDERANG iaiut KJ dah MENANG.

Saya, melalui blog saya padedoh.wordpress.com telah banyak berhujah tentang kebolehan dan kecerdikan si pahlawan dari Rembau ni.

So, I congratulate you for accepting the truth. The deal has been sealed, Pakatan akan bercerai , seperti YB kata, kahwin muta'ah. Kahwin malam itu, main malam itu, lepas itu bercerai.

Tetapi, sedara Alhahe, janganlah disappointed sangat. Only thru UMNO can the nation proceed forward. So, kalau sedara masih berpegang kepada harapan Anwar Ibrahim, good luck to you.

Stick with a winner. Stick with KJ. He is the Game.

Wenger Al Khairee

alhadee said...

anon,

Yes, KJ is winning. He somewhat learn very quickly after BN lose 2/3 majority.

Remember when Pak Lah first come into power? I remember KJ said Tun M is his inspiration. And Tun M admit KJ is his political son.

Ironic isn't it, Tun M once said that the one who is suitable to replace him is his twin. Yet he hates KJ. But now looks like that would happen after all.

Thank you for the wishes. But I have to tell you I never really support Anwar although I believe he is innocent.

Anwar appear to be holding up. How long can he hold with PAS's leaders ready to stab him is yet to be seen.

I don't know how much Tun M hates KJ. But if Tun M really hates KJ and wanted to see him destroyed, what he could do is to admit that what happen in 1998 is a conspiracy headed by Daim.

Admit that he receive very bad advices by people who hates Anwar. And he acted wrongly by those advices.

Admit that and apologize to Anwar. Arrange for Anwar to publicly forgive him.

With that KJ and Pak Lah are goner Anwar would come up triumph and Tun M would be hail as a statesman.

The one on the losing side would be liar Hadi Awang and Nasa, Pak Lah and KJ. That is killing 4 birds with one stone.

Maybe RPK can have a word with the old man.

berasap berapi said...

salam...
kelihatan anda cuba membawa agenda sulit dalam setiap gaya penulisan anda. saya juga cuba menilai dititik paling neutral sekali namun saya semakin ragu dengan setiap retorik bahasa anda.
melalui ayat "saya harap saya silap/salah faham", "diminta bersumpah barulah saya menarik balik dan meminta maaf"...
agi saya..pincang lidah fitnah yang padah.
adakah kifarah fitnah hanyalah kemaafan?
dengan tiada henti memainkan kembali sentimen PAS-BN, apa yang dapat menguntungkan anda?
jelaslah diri anda bukan mahu PR semakin subur di malaysia bahkan bertindak jijik menyulam duri secara senyap dan keji.
ataukah mungkin anda betul sebenarnya penjilat tulang bangkai BN?

Tulang Besi said...

berasap berapi.

Awak tak rasa risau ke. Sampai hari ni Presiden PAS tidak beri komitmen untuk berkempen bagi Anwar brahim di Permatang Pauh?

Tulang Besi said...

Alhadee,

Please bear in mind that Khairy Jamaluddin is a secularist, true and true.

alhadee said...

Please bear in mind that Khairy Jamaluddin is a secularist,
========
First, he does not speak like one.

Second, if he is, so?

alhadee said...

Please bear in mind that Khairy Jamaluddin is a secularist,
========
First, he does not speak like one.

Second, if he is, so?

Anonymous said...

so?so,kjj is a jack ass lah...btw,if tok guru wanna go2 umno,let himlah..remmber reading in laman marhean,ahli ahli pas yg berjiwa rakyat akan keluaq en blok dri pas..there must others who r manipulating tok guru hadi awang..not just the fab3

suv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.