Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, August 20, 2008

PAS Masuk BN: Konspirasi PAS Terengganu?

Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana saya tidak mahu melihat pisang berbuah dua kali. Semoga artikel ini dapat merungkai beberapa misteri yang menyelubungi cadangan PAS masuk BN sebelum Muktamar yang lepas.

Walaupun ada beberapa individu yang bukan dari PAS Terengganu terlibat, tetapi pengaruh yang paling kuat ke atas Tuan Guru Presiden nampaknya datang dari PAS Terengganu. Para opportunis yang lain itu, hanya menumpang usaha menghasut PAS Terengganu ini.

Here is the beginning of my post.

Hanya PAS Terengganu Secara Terang-Terang Cuba Menyebarkan Keraguan Terhadap Anwar Ibrahim

Saya dapat satu komen dlm blog saya berbunyi begini:

bat8 said...

BAgi aku........PAS pi la join UMNO dan 13 lagi komponen BN dari parti bukan melayu. Bila dah join hangpa tunjuklah sikap angkuh hang demand itu demand ini.

Dengan 20+ kerusi lebih PAS demandlah jawatan PM,TPM dan menteri-menteri kanan bagi kat PAS. CEO bagi kesemua GLC bagi kat ustaz-ustaz PAS.

Hujah banyak-banyak pun tak guna dengan puak PAS ni. One thing yang tak pernah berubah tentang PAS - mereka buta politik dan mudah hilang punca/perspektif.

Aku sejak mula layak mengundi dalam tahun 1986, aku tak undi lain kecuali PAS. Tapi melihat gelagat segelintir pemimpin PAS yang pro UMNO ( Pemimpin PAS dari Terengganu), aku dah naik muak.

Baru menang sikit dah datang balik penyakit lama. Dah hilang matlamat perjuangan yang lebih besar. Mula besar kepala. Mula angkuh. Lupa apa UMNO dok buat kat PAS selama 50 tahun.

Pendirian aku senang je - PAS runtuhkan Pakatan rakyat, PRU12 adalah kali terakhir aku undi PAS. Aku pangkah apa saja selain PAS. Kalau pangkah PAS pun aku akan pangkah TGNA je....pemimpin PAS yg lain sorry le.

Aku dah mula naik malu kerana semasa PRU12 dulu aku agak aktif berkempen dengan kenalan bukan melayu agar memangkah PAS.

bat8

Dan melihat kepada ucapan perwakilan Terengganu baik Pemuda dan Pusat, saya nampak ada kebenaran di dalam komen saudara ini. Misalnya perwakilan Terengganu semasa membahas Ucapan Dasar Presiden telah menaikkan isu kononnya Anwar Ibrahim telah mencalonkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri. Padahal Anwar tidak pernah membuat kenyataan umum hendak menjadi Perdana Menteri.

Perwakilan pemuda Terengganu dengan terus terang dilaporkan berkata:

““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”

Malahan Perwakilan Dewan Ulama, Ustaz Nik Zawawi Salleh yang berasal dari Besut dilaporkan berkata:

"Saya hendak tanya PKR jumpa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak adakah telah dibincangkan dalam Pakatan."

"Adakah kemasukan 30 ahli Parlimen itu akan menguntungkan orang Melayu dan agama Islam?"

Jelas hanya perwakilan dari Terengganu yang bersungguh-sunguh menyebarkan keraguan tentang Anwar Ibrahim sewaktu Muktamar yang lepas. Jelas kepada kita PAS Terengganu terpencil di dalam keraguan mereka terhadap Anwar Ibrahim walaupun mereka seiya dan sekata meragui Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, tiada seorang pun dari mereka yang membawa apa-apa bukti konkrit serta penjelasan yang terang bagi kita menolak Anwar Ibrahim.

Saya tak tahulah, tapi yang saya tahu, kalau tidak disebabkan oleh isu Anwar 1998 dahulu, inshaalah, PAS Terengganu tidak dapat merasa duduk di Wisma Darul Iman

Malahan, apabila isu itu kendur, PAS Terengganu kalah kembali. Tapi tak sepatutnya hairan kerana sepanjang pemerintahan PAS Terengganu, isu Anwar seolah-olah tidak dipandang sebagai faktor kemenangan. Hasilnya, persediaan tidak dibuat bagi menghadapi kemunduran isu Anwar Ibrahim dan akhirnya PAS tersungkur di Terengganu 2008. Mereka ini golongan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mungkin Tuan Guru Presiden Dipengaruhi PAS Terengganu?

Dan ini sudah cukup bukti menunjukkan bagaimana PAS Terengganu memain peranan yang penting mengubah pemikiran Presiden di dalam “menolak” Anwar Ibrahim. Di campur dengan beberapa individu di luar Terengganu seperti UStaz Nasaruddin, maka Tuan Guru Presiden telah terkesan dan hasilnya suasana menjadi agak kelam kabut sebelum Muktamar baru-baru ini.

Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali dalam sejarah PAS Terengganu Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali berganding bahu melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.

  1. Mereka telah “feed” maklumat kepada Presiden yang kesemuanya samada palsu atau separuh benar
  2. Misalnya, isu perlantikan ahli PBT di Selangor telah diberitahu kepada Tuan Guru PResiden kononnya 70% ahli PBT adalah dari kalangan Bukan Melayu. Hakikatnya, bilangan ahli PBT dari kalangan Melayu dan Cina berkurang dari dahulu semasa zaman Barisan Nasional. Apa yang berlaku dibawah kerajaan PR adalah ahli PBT dari kaum India telah dinaikkan. Tetapi pada keseluruhannya, ahli PBT dari kaum Melayu adalah 55% dari jumlah keseluruhan ahli PBT.
  3. Mcm-macam lagi cerita yang tidak benar dan spekulasi menyebabkan Tuan Guru Presiden terpengaruh kerana ianya datang dari orang-orang kepercayaan beliau.\

Kenapa Nak Jumpa MB Terengganu?

Bayangkan, PAS Terengganu ialah satu-satunya PAS Negeri yang telah berjumpa dengan MB UMNO. Negeri lain tak pergi jumpa pun MB UMNO negeri mereka. PAS Melaka tak jumpa Ali Rustam, PAS Pahang tak jumpa MB Pahang, PAS Johor tak jumpa Ghani Othman. Apa rasionalnya pergi berjumpa dengan MB Terengganu? Kalau alasan untuk bertanya pasal royalti, mengapa tak tanya dlm Dewan Undangan Negeri, setiap jawapan kerajaan akan menjadi “public record”

Sepatutnya strategi yang paling berkesan ialah supaya royalti tidak dikembalikan kepada UMNO Terengganu. Ia akan melemahkan BN Negeri dan seterusnya UMNO. PAS kelak boleh meneruskan kes mahkamah dan inshaalah boleh menang sekiranya berjaya merampas Terengganu. Mungkin PAS Terengganu tidak terfikir bahawa sekiranya Royalti dikembalikan, Mat Said akan menjadi lebih kuat dan nanti beliau akan menindas PAS dengan lebih teruk. PAS Kemaman ada pengalaman yang cukup panjang ditindas Mat Said dan PAS Kemaman kenal dan maklum “track record” Mat Said menindas orang-orang PAS.

Mungkin Mereka Iri Hati Dengan Negeri-Negeri Yang Menang?

Saya nampak PAS Terengganu seolah-olah seperti iri hati kerana negeri lain banyak yang menang tapi mereka kalah teruk

  1. Dan mereka iri hati dgn Anwar, seperti yang dikiaskan oleh Tok Guru Nik Aziz.
  2. Dan, negeri lain menang dan ada harapan untuk mempertahankan kemengangan mereka. Tidak seperti Terengganu yang menang dan lepas tu kalah kembali
  3. Lihat Laman Tranung Kite pun cuba memfitnah saya dengan mengatakan saya adalah agen UMNO.
  4. Saya yakin ahli biasa PAS Terengganu pun tak setuju PAS masuk BN. Tetapi beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah ditolak oleh rakyat Terengganu masih mahu terus menyebarkan fitnah.
  5. Usul Dewan Pemuda Kuala Nerus juga saya anggap lucu. Ini kerana kita tidak perlu usul bagi memastikan PAS berada di atas landasan Islam. Kita sudah ada Perlembagaan PAS Pusat yang cukup jelas dalam bab ini. Apa perlu usul lagi? Baik kita dalam Pakatan Rakyat atau di luar Pakatan Rakyat, PAS mesti mengikut landasan Islam dan tidak melanggar syariah. Itu bukan sahaja dalam Perlembagaan PAS, itu adalah kewajiban setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah. Jadi, saya lihat usul tersebut agak lucu.


PAS Terengganu Merasakan Mereka Istimewa Dari Negeri Lain?

PAS Terengganu seperti merasakan mereka mempunyai hak menentukan hala tuju PAS Malaysia kerana Presiden PAS adalah dari Terengganu. Mereka tidak mahu berfikir bagaimana hendak menawan kembali Terengganu dgn serius. Mereka mahu mendapat kuasa kembali dengan kerajaan campuran PAS-UMNO di Terengganu

Selain Tuan Guru Haji Hadi Awang, kita tidak nampak apa-apa kelebihan PAS Terengganu berbanding dengan negeri lain

a. Dari segi jentera dan kaedah pilihanraya, Kelantan dan Kedah lebih terkehadapan. Negeri2 lain dlm Malaysia tidak akan pergi ke Terengganu untuk mendapat tunjuk ajar ilmu Pilihanraya

b. Dari segi keahlian dan Cawangan PAS Kedah lebih terkehadapan berbanding PAS Terengganu. Kalau tidak silap saya keahlian di Terengganu, dari segi nisbah ahli dgn pengundi, adalah rendah.

c. Bilangan PASTI juga Kedah lebih terkehadapan.

d. Dari segi ekonomi dan aktiviti sosial, PAS Terengganu juga amat terkebelakang. PAS Perlis dapat melaksanakan Takaful Kifaalah secara bersendirian berbanding dengan PAS Terengganu.

e. Dari segi mempertahankan kemenangan, PAS Terengganu juga terbukti hilang kerajaan dalam tangan sebanyak dua kali.

Jauh berbeza dengan PAS Kelantan. Walaupun ada masaalah, tetapi PAS seluruh Malaysia dapat menumpang teduh di atas usaha-usaha dan kaedah-kaedah mereka. Misalnya:

a. Dari sudut pilihanraya dan ilmu pilihanraya i.e. cula, latihan dsbnya PAS seluruh Malaysia lebih mendapat manfaat dari PAS Kelantan (dan juga Kedah)

b. Dari sudut ekonomi, PAS Kelantan telah membuahkan idea dan program “Ar Rahn” yang telah ditiru oleh Bank Rakyat.

c. Dari sudut tarbiyyah juga, antara tokoh tarbiyyah dalaman ialah Ustaz Yahya Othman. Kalau tak silap saya, Ustaz Yahya adalah penyusun skima tarbiyyah PAS yang pertama.

Kelebihan PAS Terengganu yang saya nampak terbatas kepada:

a. Ilmu dan kewarakan serta kelebihan Tuan Guru Presiden. Malangnya, nampaknya PAS Terengganu tiada calon pengganti kepada beliau.

b. Walaupun ahli tak ramai, tapi ahli PAS yang komited ini amat fanatic dgn parti. Miskin macamana pun tetap komited dengan PAS walaupun ditindas.

c. LAman Tranung Kite adalah dari Terengganu, walaupun laman ini cuba untuk mencalarkan imej saya, tapi saya dah jawab dah

d. Markaz yang cukup banyak seluruh Terengganu

Jadi, terdapat banyak indikator yang menunjukkan PAS Terengganu tidak berada di atas jalan yang tepat. Oleh kerana itulah, analisa politik mereka dan strategi politik mereka sering tempang. Mereka terpaksa menunggu lebih 40 tahun sebelum berkuasa semula dan kuasa mereka terungkai hanya selepas satu penggal.

Dengan skill bacaan politik mereka yang sering tersasar jauh.mereka cuba untuk memaksa strategi politik mereka yang tempang ke atas Tuan Guru Presiden. Nasib baiklah perwakilan negeri-negeri lain lebih realistik dan lebih jelas pandangan politik mereka. Kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi dengan PAS.

PAS Terengganu Memerlukan Reformasi

PAS Terenggau wajib muhasabah dan bergerak dengan cara yang lebih realitik dan sesuai dengan waqi’ masyarakat sekarang ini. Dengan kata lain, mereka wajib keluar dari tempurung mereka dan melihat akan realiti yang sedang dihadapi sekarang ini.


Mereka juga wajib ingat bahawa seluruh MAlaysia adalah berlainan dari keadaan di Terengganu, Di Terengganu, rakyat Melayu adalah di dalam peratusan 80%, tetapi di luar Terengganu, keadaan tersebut tidak wujud. Ertinya, teori politik di Terengganu tidak boleh dipakai di peringkat Nasional.

KAlau tidak jadilah seperti selepas tahun 1999 dimana PAS Terengganu telah meluluskan Undang Undang Jenayah Syariah, tapi tiada pelan komunikasi yang mantap dan jelas. Ustaz Harun Taib sendiri tidak dapat menepis hujjah-hujjah dari puak2-puak Sisters In ISlam dengan jayanya. Hasilnya, pada 2008, undi dari orang perempuan Melayu dan orang Bukan Islam telah lari dari PAS seluruh negara. Malahan undi bukan Islam kepada KeAdilan juga telah lari dengan banyaknya.

Sepatutnya perlaksaaan hukum Islam mesti dilakukan dengan cermat dan tidak mengundang fitnah. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh PAS Terengganu adalah sebaliknya. Walaupun niat mereka baik, tetapi cara mereka tidak sesuai dengan realiti masyarakat Melayu dan Malaysia pada waktu itu.

Masyarakat telah berubah, justeru kaedah dakwah juga harus berubah, dan tidak boleh terikat dengan kaedah zaman awal 80’an dahulu. Pada PRU yang akan datang, pengundi muda akan melebihi pengundi tua dan sekiranya tiada perubahan dari segi kaedah, dan “approach” nescaya PAS Terengganu akan kecundang lagi.

Mereka perlu membuat pertukaran kepimpinan yang drastic serta mengubah minda mereka dengan kadar segera. Kalau tidak harapan untuk mereka kembali berkuasa di Wisma Darul Iman hanyalah dengan mengharap belas ihsan UMNO dan kelemahan UMNO.

Namun, saya yakin PAS Terengganu akan berjaya berubah. Ini kerana terdapat ramai ahli dan penggerak di peringkat bawahan yang ikhlas. Hanya beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan atas yang perlu ditukar.

Tulang Besi

.

15 comments:

Jed Yoong said...

memang org tganu + ahli pas pun kata tganu kalah sebab personaliti Hadi yang terlalu "keras", "fanatik".
dah kalah negeri lepas tu khianat parti, pakatan demi apa?
islam? jika betul2 tentang islam atau agama, tak payah-lah jadi ahli politik pun boleh....

Jed Yoong said...

ada yg kata hadi lebih sesuai jadi "commando" dari ustaz...

Nostradamus said...

Predictions on 10 Possibilities In Malaysia.
(Ramalan atas 10 Kemungkinan di Malaysia.)

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
(Mungkinkah DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?)

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
(Mungkinkah DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?)

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
(Mungkinkah UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
(Mungkinkah parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?)

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
(Mungkinkah PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
(Mungkinkah PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?)

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
(Mungkinkah TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?)

8. Is it possible that DSAI is charged and disqualified as Member of Parliament after winning the Permatang Pauh election?
(Mungkinkah DSAI didakwa dan tidak layak sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh?)

9. Is it possible that there will be another by election in Selangor or Perak?
(Mungkinkah ada pilihan raya kecil semula di Selangor atau Perak?)

10. Is it possible that there will be new religious parties formed besides PAS eg. Christian, Buddhist, Confucianism, Hindu, Bahai, Sikhism, Judaism or other beliefs?
(Mungkinkah akan tertubuhnya parti berugama baru selain PAS seperti Kristian, Buddha, Konfucius, Hindu, Bahai, Sikh, Yahudi atau lain-lain kepercayaan?)

http://patek1472.wordpress.com

Gagak di Rimba said...

Salam,

Peribadi Hadi terlalu "keras" dan "fanatik"?
Ini persepsi siapa?

Kalau itu persepsi orang Terengganu (termasuk orang PAS), ini mungkin merupakan salah satu faktor mengapa PAS gagal menawan Terengganu dalan PR12.

Dalam PR 12, PAS menang besar di Kelantan dan Kedah, dan bahkan di beberapa kawasan yang bukan majoriti Melayu di Selangor.

Jadi kekalahan PAS di Terengganu, sepatutnya tidak berlaku, kalau tidak ada faktor utama yang menyebabkan orang Terengganu menolak PAS.

Anonymous said...

huh, benci, geram, menuampah dan menyumpah saya kat parti PAS. Saya yg dgn setianya sokong PAS selama ini. PAS always first to me bcoz perjuangan parti konon nak tegakkan Islam.

Tapi bila dah menang sikit, itupun sebab under pakatan dgn PKR dan DAP. Sekarang dah berpaling tadah pulak. Memang kacang lupakan kulit betul.

Saya sokong PAS sebab saya percaya dgn Tok Guru Nik Aziz dan sanpai sekarang saya kagumi beliau because dia nampak betul2 memperjuangkan Islam bukan olok2.

Macam yg lain tu seperti Hadi tu, one thing -ve about him, alim konon tapi asyil lumpul bini. Dah tu berangan nak jadi PM lak.

Nampak sangat ada udang disebalik batu pemimpin2 PAS ni save & except for Nik Aziz. Gila kuasa dan duit jugak diorang ni ya. Nak bela Islam konon. Dah tu tak habis2 dgn sikap rascism diorang tu. Melayu, melayu, melayu... apa Allah jadikan bangsa Melayu je ke atas muka bumi ni????

Dgn perkembangan spt ni saya tak nak sokong PAS dah! Baik lagi sokong PKR. DAP pun better than PAS! Cis!

K Ina

John said...

Please visit link below.Very interesting article.Alternative to DSAI.Why Nik Aziz suit to be PM.

http://malaysia-united.blogspot.com/2008/08/pas-pm-malaysiakini-report.html

Anonymous said...

Kenapa Tok Guru Lebih Layak Dari Anwar untuk PM

http://malaysia-united.blogspot.com/2008/08/pas-pm-malaysiakini-report.html

slyderrose said...

Aku rasa article hanya membuang masa dan tenaga aje. Cubalah kita gunakan masa dan tenaga ini untuk membantu DSAI berkempen di PP. Keluarkan gambar-gambar lucah budak-budak umno dan cetak dan sebarkan adalah lebih bauk dari membuat cerita yg sudahpun diperjelaskan di muktamar PAS tempoh hari.

bat8 said...

Jed

Ambo setuju dengan pendapat jed kato personaliti TGHH keras sikik.

Pasal komando tu ambo dok setuju. Irwanis Johari dengan tepat buat analisis:...."TGHH is more suitable as a fulltime preacher than being a politician".

lastly, jed baloh lagi ke dengan ore kelate....hehehe

bat8

p.s: Kubang kerian tu kampong ambo. Pulau rajo tu tempat ambo dok main sokmo. Loni ambo dok kl puloks...

Anonymous said...

Berhalus sikit sedara2 yg komen peribadi Tok guru Haji Hadi tu.

Kalau pun faktor peribadi keras Ustaz Hadi, kenapa timbul sekarang? dulu pun dia dgn sifat kekerasan dia juga tapi bertahun2 menang parlimen marang.

Sang Rajuna said...

Salam,

Satu perkara yang agak pelik ialah dalam PRU 12, PAS boleh menang besar di Kelantan dan Kedah; tapi mengapa tidak boleh menang di Terengganu?

Saya tidak tahu adakah PAS Pusat dan PAS Terengganu ada membuat kajian tentang hal itu.

Saya kira ia penting dikaji supaya kita tahu sebab-sebabnya dan boleh mencari jalan untuk memperbaikinya.

Anonymous said...

Pertamanya tahniah kepada tulang besi diatas ketekuna beliau dalam mebuat kajian tentang PAS Terengganu….walaupun banyak yang melalut akan tetapi ada lah juga yang boleh kita ambil letak dalam fail, Tulisannya bertajuk PAS Masuk BN : Konspirasi PAS Terengganu? Pada perenggan yang pertama tulang besi sudah menunjukkan jarumnya yang tidak baik dan cuba memesongkan fakta, kata beliau

Semoga artikel ini dapat merungkai beberapa misteri yang menyelubungi cadangan PAS masuk BN sebelum Muktamar yang lepas.

Sepanjang yang di ketahui tidak pernah ada terkeluar sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak secara resmi samada di peringkat pusat atau peringkat negeri mencadangkan PAS masuk BN yang mencadangkan perkara itu ialah TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, rupa-rupanya Tulang Besi adalah salah seorang yang termakan dakyah yang di keluarkan oleh pencacai-pencacai UMNO/BN ini. Walaubagaimanapun tentu dia akan bertegas bahawa ada pemimpin PAS yang bertemu dengan pimpinan UMNO di London la, Jakarta la, Hong Kong la, bila kita tanya dia sumber dari mana? Dia akan jawab sumber dari yang boleh di percayai….itulah Tulang Besi.

Saya masih belum mahu menjawab tentang penghinaan Tulang Besi kepada ahli-ahli PAS dari negeri selain Terengganu, yang mana Tulang Besi secara tidak sengaja meletakkan mereka sebagai tidak pandai dan tidak peka kepada perkembangan PAS sehingga PAS Malaysia ini boleh di bentuk oleh PAS Terengganu, saya tidak tahu Tulang Besi ini berasal dai negeri mana.

Apa yang saya ingin kongsikan bersama dengan para pembaca sekarang ini ialah apa yang berlaku semasa muktamar di Ipoh baru-baru ini, Muktamar yang telah di anggap oleh para bloggers sebagai muktamar yang akan berlaku kelam kabut dan huru-hara. Semua ahli PAS merasakan bahawa sebaik sahaja Muktamar berakahir akan berakhir la perkara ini (yang di katakan akan menghuru-harakan PAS) akan tetapi sebaliknya, wujudnya orang macam Tulang Besi ini lah yang cuba untuk meniupkan semual isu itu dan cuba untuk membabitkan PAS Terengganu dalam hal tersebut.

Kalau kita amati secara terperinci Persidangan Muktamar Baru-baru ini, bagi saya terdapat 3 isu yang terpenting yang kekadang sesetengah dari perwakilan agak sukar untuk menanggapi isu-isu tersebut:-

1- Isu Muzakarah/Muqabalah
2- Isu Kerjasama dengan UMNO
3- Isu Perkuatkan PR.

Dalam ketiga-tiga isu ini telah beberapa kali diperjelaskan oleh presiden dan dipersetujui oleh semua perwakilan, Cuma ada sesetengah perwakilan yang cuba untuk mengaitkan ketiga-tiga isu yang berasingan ini, sebagai contoh mereka cuba kaitkan isu muzakarah/muqabalah dengan kerjasama atau PAS masuk BN, sedang kedua-dua isu ini adalah berlainan, Presiden telah menegaskan bahawa Muzakarah/Muqabalah akan di teruskan akan tetapi dalam masa yang sama tiada kerjasama atau BN masuk PAS, itu pun kurang ada yang kurang faham, Tulang Besi saya tak tahu dia faham atau tidak, atau dia buat-buat tak faham. Hal ini bukan sahaja di tegaskan semasa Muktamar bahkan sebelum muktamar, bukan sahaja oleh presiden, tetapi oleh Timbalan Presiden.

ANWAR IBRAHIM

Sesuatu yang saya masih kurang faham sekarang ialah adakah Anwar Ibrahim ini seorang yang terlalu maksum? Terlalu besih sehingga tidak boleh di tegur langsung, Muktamar PAS ialah medan untuk perwakilan mengeluarkan teguran dan pandangan samada di peringkat Dewan Pemuda, Dewan Ulama' dan Dewan Muslimat. Perwakilan dalam sejarah muktamar telah menggunakan pentas muktamar ini untuk menegur bahkan untuk menjatuhkan pemimpin sebagaimana yang di buat kepada Dato' Asri, Anwar Ibrahim adalah pimpinan sekutu kita dalam PR, beliau di war-warkan akan menjadi Perdana Menteri yang pastinya kita mahu beliau sebagai seorang Islam dan Pejuang Islam (dahulu..sekarang kita tak tahu) menegakkan Islam sebagai cara hidup dan asas pemerintahannya di Malaysia ini.

Justeru itu maka beliau secara langsung akan terlibat dalam perbahasan perwakilan, dan sudah pasti semua sudut akan di lihat dan di pertimbangkan, perjuangannya semasa di dalam ABIM, Perjuangannya semasa di UMNO, kalau sekiranya ada perwakilan yang membangkitkan apa yang di buat oleh UMNO kepada PAS sepanjang sejarah (sebagaimana yang disebut oleh perwakilan Shah Alam) kita perlu ingat bahawa sebahagian dari sejarah penindasan UMNO terhadap PAS adalah di lakar dan di ukir oleh Anwar Ibrahim. Akan tetapi ahli PAS ialah ahli yang paling baik di dunia, mereka akan memaafkan sesiapa sahaja jika orang itu bersama dengan perjuangan mereka, jadi perkara seperti ini di beri peringatan oleh perwakilan yang kebetulan dari Terengganu samada di pentas pemuda, ulama atau Muktamar penuh, sebagaimana yang di petik

““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”

Adakah kita tidak boleh mengambil sikap berhati-hati, adakah Anwar terlalu kudus untuk ragui, memandangkan beliau juga pernah mengukir sejarah menindas orang-orang PAS dan sehingga ke hari ini kita masih lagi belum mendengar PERMOHONAN MAAF beliau kepada ahli PAS di atas sikap yang di ambilnya dahulu. Tetapi pimpinan PAS serta ahlinya di semua negeri termasuk Terengganu boleh menerima beliau, Cuma minta pemimpin dan ahli supaya berhati-hati bimbang kalau-kalau sokong akan membawa rebah.

Begitu juga dengan persoalan yang di keluarkan oleh Wakil Dewan Ulama' Ustaz Nik Muhamad Zawawi Salleh yang juga kebetulan dari Besut Terengganu, tetapi kita perlu ingat beliau adalah anak saudara kepada TG Nik Abdul Aziz, dan ulang alik beliau ke Pulau Melaka lebih banyak daripada ulang alik beliau ke Kuala Terengganu. Sepatutnya mana-mana pihak menjawab akan pertanyaan beliau bukan menakwilkan kenapa beliau bertanya

“"Saya hendak tanya PKR jumpa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak adakah telah dibincangkan dalam Pakatan?."

"Adakah kemasukan 30 ahli Parlimen itu akan menguntungkan orang Melayu dan agama Islam?"

Persoalan beliau ini perlu di jawab, bukan memarahi beliau bertanya, adakah sekarang kita sudah tidak boleh bertanya lebih-lebih lagi bertanya Anwar Ibrahim yang berkaitan dengan masa depan dan dasar perjuangan kita sebagai Parti yang mahu melihat Hukum Allah secara Keseluruhan tertegak.

Baiklah, kita cuba pulak untuk melihat apakah analisa PAS Tulang Besi terhadap PAS Terengganu.

Tulang Besi kata
Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali dalam sejarah PAS Terengganu Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali berganding bahu melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.

Sebagaimana biasa, hujjah Tulang Besi 'Saya juga mendapat maklumat' dari siapa tidak di nyatakan, bagaimana kalau saya kata

Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali tidak melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.

Apa saudara nak kata? Apabila kita bercakap perkara yang berkaitan dengan kepimpinan janganlah meletakkan pembaca kita di tahap yang paling bawah untuk kita perbodohkan, jika sekiranya Tulang Besi menyatakan TG Presiden dipengaruhi oleh Dato' PA dan Ustaz Harun, sedar atau tidak bahawa di sana TG ada berpuluh ajk PAS Pusat untuk di rujuk dan di sahihkan, sebagai contoh isu yang berkaitan dengan ISU PBT di Selangor, bukankan Dato' Hassan Ali sebagai pesururhjaya PAS Selangor/Exco Kerajaan Negeri Selangor/AJK PAS Pusat ada dalam mesyuarat bersama TG Presiden, Pastinya beliau akan menjelaskan perkara ini, atau kita merasakan bahawa TG presiden hanya mengadap Dato' Pa atau Ustaz Harun je walaupun di mesyuarat PAS Pusat. Kita harap Tulang Besi tidak memperbodohkan TG Presiden sampai ke tahap itu.

Kenapa jumpa MB Terengganu?
Persoalan pertama, salah ke? Kalau negeri lain tak nak jumpa itu hal negeri mereka, tetapi Terengganu nak jumpa kerana di rasakan pada masa itu perlu jumpa, perjumpaan ini berlainan dengan perjumpaan di dalam Dewan Undangan Negeri, kerana perjumpaan ini akan mendapat komitmen terus daripada MB, dan perjumpaan ini telah di war-warkan kepada semua pimpinan peringkat parti dan telah mendapat kebenaran Badan Perhubungan PAS Negeri. Orang yang tidak menyelami keadaan politik di Terengganu tidak akan memahami keadaan di Terengganu.

Apa yang kita mahu ialah hak rakyat di kembalikan, royalty itu hak rakyat, maka perjuangan kita ialah untuk mengembalikan hak rakyat serta mengembalikan kedudukan sebenar hak itu, adakah salah kita memperjuangkan hak rakyat, Tulang Besi menyatakan bahawa ianya akan menguntungkan Mat Said dan BN Terenagganu, itu tanggapan Tulang Besi, Duit kekadang boleh mendatangkan kebaikan dan duit juga boleh mendatangkan keburukan.

Jika sekiranya kerajaan Terengganu tidak menerima kembali Wang Royalty, maka mereka akan menerima Duit Ehsan atau Dana Khas Persekutuan sebanyak -+ 2 Billion setahun yang tidak di audit dan kadang-kadang terus ke poket UMNO-UMNO bahagian, akan tetapi apabila wang itu menjadi wang royalti maka wang itu akan di masukkan ke dalam akaun kerjaan negeri dan pastinya ada sedikit kesukaran untuk di salurkan kepada UMNO bahagian walaupun kita tidak menafikan ianya akan berlaku…..sebab tu kita minta agar Tulang Besi jangan rasa kita ni pandai sangat bijak berpolitik, bijak orang lain, pandai orang lain pun kena tengok jugak

Mungkin mereka irihati dengan negeri-negeri yang menang?
Kenapa pulak PAS Terengganu nak iri hati ? Siapa nak iri hati ? Dato' PJ Terengganu ke? Beliau adalah pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat pastinya kemenangan PAS di negeri-negeri lain tu ada juga sentuhan beliau walaupun tak banyak

Saya juga kurang faham dengan kenyataan Tulang Besi

d. Saya yakin ahli biasa PAS Terengganu pun tak setuju PAS masuk BN. Tetapi beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah ditolak oleh rakyat Terengganu masih mahu terus menyebarkan fitnah.

Bila pulak Pimpinan PAS Terengganu keluarkan kenyataan bahawa setuju PAS masuk BN, ooooooo tak ingat, sekali lagi Tulang besi mendapat maklumat dari sumber-sumber yang terdekat. Apa la macam ni tulang Besi tak pro langsung, kemudian saya kurang jelas siapa pulak pemimpin PAS Terengganu yang di tolak oleh Ahli PAS Terengganu, dan apa pula fitnah yang di sebarkan tu?

Kemudian di bawah tajuk PAS Terengganu Merasakan Mereka Istimewa Dari Negeri Lain?

Perasaan mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju PAS supaya selaras dengan Islam itu menunjukkan betapa PAS Terengganu sayang kepada PAS, dan pastinya sifat ini perlu ada kepada semua PAS di semua peringkat? Ke ada negeri yang merasakan bahawa PAS hanya layak jadi pengikut je, jadi pengawal kereta masa ceramah besar, jadi penampal poster semasa pilihanraya, kalau ada PAS negeri yang bersikap macam tu kita minta TG presiden tukar PJ dia, lantik orang lain.

Satu lagi kenyataan Tulang Besi (saya tak kata fitnah)

….Mereka mahu mendapat kuasa kembali dengan kerajaan campuran PAS-UMNO di Terengganu

Mana asas kenyataan ini? Kalau pergi jumpa MB itu asasnya maka itu adalah andaian yang jahat dan tidak bertamaddun, ataupun di atas asas Perwakilan PAS Menegur Anwar Ibrahim dalam muktamar maka itu juga satu andaian yang dangkal yang lahir dari orang yang korup idea, saya mahu Tulang Besi jelaskan di atas asas manakah beliau mengeluarkan kenyataan yang jahat dan busuk ini? Kalau setakat asas saya mendapat maklumat…bla…bla..bla… baik tak payah cakap.

Tentang perbandingan beliau PAS Terengganu dengan PAS Kedah dan PAS Kelantan, alhamdulillah PAS semuanya sudah ada kemajuan, ada yang PAS Terengganu tak ada, PAS Kelantan ada, PAS Kedah ada, tapi ada jugak yang PAS Terenagganu ada PAS kelantan tak ada, PAS Kedah tak ada, munking PAS Kedah ada PAS Terengganu tak ada, PAS Kelantan tak ada, masing-masing kuat menguat dan tidak ada dengki, Cuma Tulang Besi je rasa perangai orang lain serupa dengan perangai dia suka berdengki.

Tulang Besi jugak cakap

Kelebihan PAS Terengganu yang saya nampak terbatas kepada:
a. Ilmu dan kewarakan serta kelebihan Tuan Guru Presiden. Malangnya, nampaknya PAS Terengganu tiada calon pengganti kepada beliau.

Saya nak tanya di Kelantan siapa boleh ganti Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang boleh di harap dan sewarak Tok Guru Nik Aziz? Di Kedah tolong bagitahu sudah ada ke pengganti Al Marhum Ustaz Fadhil Nor?, kalau kita nak tengok kena tengok semua, jangan tengok sebelah mata je.

PAS adalah jemaah yang di pimpin secara kolektif, syura dan musyawarah adalah nadi PAS, tidak timbul taksub kepada mana-mana pimpinan, cuba kalau ada Allah memberi kelebihan kepada sesetengah pimpinan maka itu adalah anugerah allah kepada perjuangan ini….Tulang Besi ni berfikir macam UMNO pulak.

Akhir sekali, kalau di ikutkan boleh lagi saya menjawab apa yang di nyatakan oleh tulang besi itu akan tetapi cukup la dulu, sebelum akhir saya ingin sertakan komen-komen yang di hantar kepada Tulang Besi ekoran daripada tulisan beliau itu yang lebih mejelaskan lagi bahawa Tulang Besi ada niat jahat terhadap perjuangan PAS dengan membiar komen-komen ini dalam blognya


Jed Yoong said...
memang org tganu + ahli pas pun kata tganu kalah sebab personaliti Hadi yang terlalu "keras", "fanatik".
dah kalah negeri lepas tu khianat parti, pakatan demi apa?
islam? jika betul2 tentang islam atau agama, tak payah-lah jadi ahli politik pun boleh....
Jed Yoong said...
ada yg kata hadi lebih sesuai jadi "commando" dari ustaz...
Anonymous said...
huh, benci, geram, menuampah dan menyumpah saya kat parti PAS. Saya yg dgn setianya sokong PAS selama ini. PAS always first to me bcoz perjuangan parti konon nak tegakkan Islam.

Tapi bila dah menang sikit, itupun sebab under pakatan dgn PKR dan DAP. Sekarang dah berpaling tadah pulak. Memang kacang lupakan kulit betul.

Saya sokong PAS sebab saya percaya dgn Tok Guru Nik Aziz dan sanpai sekarang saya kagumi beliau because dia nampak betul2 memperjuangkan Islam bukan olok2.

Macam yg lain tu seperti Hadi tu, one thing -ve about him, alim konon tapi asyil lumpul bini. Dah tu berangan nak jadi PM lak.

Nampak sangat ada udang disebalik batu pemimpin2 PAS ni save & except for Nik Aziz. Gila kuasa dan duit jugak diorang ni ya. Nak bela Islam konon. Dah tu tak habis2 dgn sikap rascism diorang tu. Melayu, melayu, melayu... apa Allah jadikan bangsa Melayu je ke atas muka bumi ni????

Dgn perkembangan spt ni saya tak nak sokong PAS dah! Baik lagi sokong PKR. DAP pun better than PAS! Cis!

K Ina


Itu sebahagian daripada komen-komen yang di hantar…lepas ni saya minta agar semua pembaca ignore je Tulang Besi sebab jelas beliau adalah pencacai UMNO yang cuba untuk memecah-belahkan pemikiran ahli-ahli PAS

Anonymous said...

Ya la... K INa

Tulang je besi tapi otak rapuh!! Dia ingat dia capai apa2 yang dia ada ni pasai dia bagus... tapi tak sedar diri yang dia pun bangsa subsidi!

Hang tak pernah pulak buat isu yang Hindraf tu perkauman... hang tak pernah pulak buat isu yang mereka dok discuss kat Chinese chambers, Siqiu tu semua terdiri dari puak2 MCA, DAP, Gerakan, etc. tak pulak jadi isu.

Tapi baru Melayu nak duduk semeja, dah macam2 tohmahan keluar. Haji Hadi ni tak guna la, Ust Nasha nak pangkat le... mcm2 lagi.

Historically, the only consistent trend is Anwar Ibrahim, doing whatever it takes to be in power. Dalam ABIM, mainkan member2, masuk UMNO yang dia hina2, kononnya nak bersih dari dalam, padahal dah dijanjikan pangkat. Dalam UMNO, practice politik wang yang paling dahsyat dalam sejarah UMNO untuk tumbangkan Ghafar Baba. Lepas tu cuba buat tuduhan kroni & rasuah on Mahathir walhal dia sendiri pun berlambak2 kroni yang dok baham duit dan projek2 kerajaan... sampai tokeh judi si Nalla karupan tu pun jadi best friend.

Dah kena tendang, sekarang nak pecah belahkan orang Melayu, api2kan kebencian antara kaum2, dan halang orang Islam duduk semeja bermuzakharah.

Aku pun bencu UMNO jugak, tapi takde hinanya duduk berbincang dgn depa. Yang hang anti sangat ni, takut Anwar tak dapat jadik PM ke? Memang typical orang PKR yang taksub, matlamat satu je, supaya DSAI jadi PM. Everything else tolak tepi. Sapa2 yang bole bikin rosak program, ditohmah macam2, gila kuasa la, dah kena beli le..

Yang aku nampak kalau kita nak belajar dari sejarah, orang mcm Haji Hadi dan ramai ulama2 dalam PAS la yang consistent walaupun berpuluh2 tahun dok kena tekan. Masa Anwar dalm UMNO pun, dia la mastermind dok tekan PAS. Panggil Tuan Guru Nik Aziz bebal la, dan mcm2 pasal Tuan Guru defend Mat Sabu kena trap khalwat. Panggil pemimpin PAS hipokrit dan sebagainya.

Budak2 setahun jagung berpolitik macam hang ni, tau sikit2 dah persan terror.

Taubat la. Sokong bole, tapi jangan taksub. Nanti lambat laun rasa kebodohan dalam diri sendiri.

lembi

Tulang Besi said...

Re: PAS masuk UMNO: Konspirasi PAS Terengganu- Satu Jawapan (Score: 1)
by elmariachi on Monday, August 25 @ 01:21:58 MYT
(User Info | Send a Message)
bukan lah nuar berahim tu maksum... tapi... kena la pandai strategi.. tengah duk berlawan, apa kejadah duk bagi peluru kat pehak lawan... dah terer sangat ke...

patut la kalah di negeri sendiri... di kala orang lain semua tolak bn... pas terengganu tak berjaya pun nak nafikan 2/3... memang la amnu menipu.. tapi sebanyak mana sangat mampu ditipu... di kelantan pun amnu main tipu jugak, banyak jugak hantu dibawak masuk...

belum pun berjaya nafikan majoriti bn, dah duk kalut nak pilih perdana menteri... patut yang tu bincang dendiam la dulu.. jangan duk bising cerita hal dalam kain kepada semua orang...

dan, kenapa tak pecat timbalan presiden yang menghuru-harakan pas? dia kalau punya maruah, sepatutnya mengundur diri tanpa dipaksa... tak kira la, dia dah salah percaturan politik. kalau dia buleh cakap, ramai orang melayu tidak percayakan nuar berahim lagi, rasanya... dia pun... ramai orang pas dah tak berapa nak percaya sangat... jangan jadik gunting dalam lipatan dah la, telunjuk lurus kelingking berkait...


* Re: PAS masuk UMNO: Konspirasi PAS Terengganu- Satu Jawapan by zahash on Monday, August 25 @ 09:54:14 MYT
o Re: PAS masuk UMNO: Konspirasi PAS Terengganu- Satu Jawapan by tokden on Monday, August 25 @ 12:19:45 MYT

Tulang Besi said...

anonymous August 24, 2008 12:04 PM sebenarnya ialah zahash.

Dia telah menulis hujjah ba;las dan disiarkan dalam Tranung kite.

Malangnya respon dlm tranung kite terhadap tulisan beliau adalah negatif terhadap beliau.]

Antara komen yang dilayangkan adaalh seperti di atas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.