Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 18, 2008

Pemerhatian Saya Berkaitan Dengan Muktamar PAS

Muktamar PAS ke 54 sudahpun berakhir. Banyak perkara telah dibincangkan dan banyak usul telah diperdebatkan.

Ada beberapa perkembangan positif yang dapat saya amati dan analisa. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang memerlukan perhatian dari parti dan pemimpin2 PAS.


Perkara positif yang saya perhatikan adalah:

  1. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim di dalam isu fitnah liwat II. Malahan, kenyataan beliau telah mendapat reaksi sangat negative dari Najib Tun Razak, menampakkan betapa bahayanya kenyataan Tuan Guru terhadap bahan propaganda UMNO itu.
  2. Presiden PAS menyatkan dengan jelas bahawa beliau PAS tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat. Ini bererti segala usaha UMNO setakat ini tidak membuahkan hasil. Juga, ini bermakna hasrat setiap ahli PAS diberikan perhatian oleh kepimpinan PAS ( Read here: Pakatan Rakyat: PAS tidak akan bakar jambatan yang dibina)
  3. Telah dimasukkan dalam Ucapan Dasar Presiden bahawa PAS akan terus berpegang dengan komitmen di dalam Pakatan Rakyat
  4. PAS telah menyatakan komitmen tidak akan menyelamatkan parti yang sedang sakit dan terkapai hendak mati.
  5. PAS tidak akan meninggalkan pegangan kepada Islam dan mengambil amalan sekularisma.
  6. Konsep yang diamalkan adalah “Parti Memandu Kerajaan” dan bukan sebaliknya dinyatakan dgn jelas dalam Ucapan Dasar.
  7. Tuan Guru Presiden telah mengarahkan jentera PAS Pulau Pinang untuk memastikan kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Saya bersyukur kerana segala usaha saya membuat pendedahan berkenaan pergerakan “fraksi UMNO” di dalam PAS membuahkan hasil. Walaupun bukan hanya usaha saya seorang sahaja, tapi saya berbesar hati kerana telah memberi saham kepada usaha menghalang kemaraan fraksi UMNO ini. Saya tak dapat apa pun dari usaha saya walau satu sen. Yang penting parti saya, yakni PAS, tidak ditipu dan diperdayakan oleh UMNO hanya kerana beberapa individu dalam PAS yang dijanjikan beberapa perkara.

Saya juga mengesan beberapa permasaalahan yang masih belum diselesaikan berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Mengikut perwakilan Pulau Pinang:

“Oleh itu, PAS Pulau Pinang seolah-olah duduk di atas beranda sahaja. Panggillah kita duduk di atas kerusi," kata wakil Pulau Pinang, Mohd Pahwi Wahab, ketika membahaskan ucapan dasar presiden di muktamar PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.”

Bagi saya, ini adalah satu masaalah yang runcing dan perlu diperselesaikan oleh kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Tapi, mungkin juga kerana penyertaan PAS ke dalam kerajaan negeri agak lambat kerana penubuan Pakatan Rakyat berlaku selepas penubuhan kerajaan negeri Pulau Pinang. Namun, ia masih perlu diselesaikan dengan kadar segera supaya ianya tidak membarah.

Saya sejak dahulu tidak bersetuju pembahagian jawatan dan kerusi di lakukan di peringkat setiap negeri. Apabila pembahagian dilakukan di peringkat negeri, pasti akan berlaku konflik di peringkat negeri tersebut. Biar pihak ketiga melakukannya.

Oleh sebab itu, saya juga menyokong cadangan yang terkandung dalam Ucapan Dasar yakni ke arah menubuhkan Majlis Menteri Besar bagi setiap negeri di bawah Pakatan Rakyat. Saya minta penubuhan Majlis tersebut dilakukan secepat mungkin. Majlis Presiden Pakatan Rakyat seharusnya membincangkan perkara ini secepat mungkin.

Ada juga perkembangan yang tidak berapa saya senangi, Misalnya, ucapan perwakilan Selangor sewaktu membahas Ucapan Dasar Presiden, tidak menampakkan kematangan serta lebih kepada “exaggeration” daripada fakta.

Ada perwakilan yang berkata PAS di Selangor seperti di anaktirikan dan dilayan tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional. Saya tak perlu jawab, cukup saya membawa pernyataan dari wakil Shah Alam, Sdr Khalid Samad:

“Dalam ucapan tersebut Khalid turut menyentuh mengenai Pakatan Rakyat di Selangor. Katanya hubungan tersebut ada yang sampai mengatakan PAS dianak tirikan dan ini katanya satu pembacaan yang cukup meleset.

"Sebagai contoh kita ada tiga exco dan semuanya mendapat bajet 50 peratus daripada bajet kerajaan.

"Kita diberikan kebebasan untuk menguasai Jais, Mais, masjid dan surau," katanya.

Namun katanya walaupun Umno memerintah mereka menghalang daripada memajukannya apatah lagi jika mereka memerintah”_

Kadang-kadang perwakilan ini bercakap tanpa berfikir betul-betul. Kesilapan di atas adalah kesilapan yang cukup tidak bijak.

Saya juga rasa tidak berapa gembira dengan kenyataan dari salah seorang perwakilan yang menyatakan:

“Wakilnya, Nik Zawawi Salleh berkata: "Saya hendak tanya PKR jumpa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak adakah telah dibincangkan dalam Pakatan."

"Adakah kemasukan 30 ahli Parlimen itu akan menguntungkan orang Melayu dan agama Islam?"

Pertama sekali, perjumpaan Anwar dgn ahli-ahli Parlimen BN bukan rahsia dan ianya telah diperkatakan oleh Anwar banyak kali. Tujuan perjumpaan juga dinyatakan oleh Anwar banyak kali.

Manakala, “muzakarah” PAS telah dilakukan dengan penuh kerahsian malahan telah dinafikan oleh Presiden sendiri sebelum didedahkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Kedua, apa2 tuntutan yang merugikan Islamakan dihalang oleh Yang Di Pertuan Agung termasuk sekiranya kerajaan baru ini akan mempunyai ahli parlimen bukan Melayu yang lebih ramai dari Melayu. Jadi, kita tak perlu ‘paranoid’ dengan kenyataan dan tindakan Anwar ini.

Juga, kerap dinyatakan perjumpaan dengan UMNO ini disokong oleh Majlis Syura. Perkara ini telah menjadi isu apabila Mursyidul Am, yakni Pengerusi Majlis Syura, menentang idea untuk bermuzakarah ini.

Kesimpulannya, mereka yang tidak bersetuju kepada PAS menyertai BN telah memenangi perlawanan pusingan ini. Ucapan Dasar Presiden, saya lihat, berjaya mengendurkan kemarahan para perwakilan, seterusnya menjadikan perbahasan lebih nyaman dan aman.

Walaubagaimanapun, saya tetap akan mengawasi dan akan tetap membuat pendedahan sekiranya berlaku lagi usaha-usaha untuk membawa PAS ke Barisan Nasional. Saya tahu mereka yang terlibat dan saya tahu usaha aktif tersebut wujud.

Sekiranya hasutan tidak berlaku nescaya Presiden tidak memberi temuramah yang begitu negatif seperti yang dilaporkan Harakahdaily yang lepas. Ertinya, setelah berlaku pendedahan dan protes dari ahli PAS, Alhamdulillah, pemikiran Presiden telah berubah.

Saya yakin isu ini tidak akan menjadi besar sekiranya ianya hanya pimpinan PAS-UMNO berbincang. Hakikatnya, telah berlaku usaha beberapa pimpinan PAS, khusunya yang datang dari Terengganu, untuk menghasut Presiden untuk menegruhkan suasana harmoni dalam Pakatan Rakyat.

Saya tahu aktiviti puak2 PAS Terengganu ini yang aktif menghasut Tuan Guru Presiden. Lihatlah, baik perwakilan Pemuda Terengganu, mahupun Perwakilan Terengganu, begitu aktif berusaha menyebarkan keraguan terhadap Anwar Ibrahim. Hampir tiada benda positif berkaitan Anwar ataupun Pakatan Rakyat dapat kita dengar dari Perwakilan Terengganu.

Ini bererti mereka tidak akan berhenti menghasut Tuan Guru. Saya rasa PAS Terengganu ini iri hati kerana banyak negeri lain yang menang dan mereka kalah. Jiran mereka juga menang, yakni Kelantan. Lantaran dari itu, mereka cuba hendak mengacau negeri lain.

Kita juga boleh menyoal bagaimana Cikgu Pa dan Ustaz Harun Taib boleh berdamai demi untuk mencapai objektif ini. Banyak lagi saya boleh cerita tapi cukup sampai di sini sahaja.

Setakat ini kita boleh bersyukur kerana segala usaha membawa PAS masuk BN telah gagal. Tapi kita jangan leka dan lepa. Mesti sentiasa memerhati dan mengagalkan mana-mana usaha untuk membawa PAS masuk BN.

Tulang Besi

.

14 comments:

Hassan al Basri said...

Sdr Tulang Besi dan juga Ahli PAS,

Perhatikan bahawa Parti POLITIK ini ada mempunyai Dewan Ulamanya sendiri.

Boleh jadi mereka ini hanya UNTUK Ahli PAS sahaja.

Di sebalik itu pula, di Malaysia kita dapati bahawa di Universiti2 ada mereka yang di gelar:

Professor2 mempunyai PhD dan membuat penyelidikan dan sentiasa mengkaji Kitab2 dan berfikir tentang masalah masyarakat, dunia dan kosmologi.

Dan Malaysia juga mempunyai Persatuan Ulama dimana ahli2nya bayar YURAN dan gelar diri mereka sendiri sebagai Ulama.

Saya rasa al Ghazali, Rumi, Sadra, Ibn Arabi, Ibn Sina dan lain KETAWA sahaja apabila melihat gelagat mereka2 ini yang memanggil diri mereka "ULAM2".

Nostradamus said...

Q6. Race superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction)
Ketuanan bangsa diperlukan untuk memerintah negara. (Fakta atau Rekaan)

Q7. Religious superiority is needed to rule Malaysians. (Fact or Fiction)
Ketuanan ugama diperlukan untuk memerintah Negara. (Fakta atau Rekaan)

Q8. All poor people need to be helped by Government. (True or False)
Semua orang miskin perlu dibantu oleh kerajaan. (Betul atau Salah)
Q11. Free education is a right for all Malaysian children. (True or False)
Pendidikan percuma adalah hak semua anak-anak rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q12. Free healthcare is a right of all Malaysians. (True or False)
Perubatan percuma adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q13. Free speech is a right of all Malaysians. (True or False)
Kebebasan bersuara adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q14. Freedom of religions and beliefs is a right of all Malaysians. (True or False)
Kebebasan ugama dan kepercayaan adalah hak semua rakyat Malaysia (Betul atau Salah)

Q15. Liberty is a right of all Malaysians. (True or False)
Kebebasan diri adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q16. All Malaysians and the world can be converted to a single culture, religion, race in future. (Fact or Fiction)
Semua rakyat Malaysia dan sedunia boleh diubahkan kepada suatu kebudayaan, ugama dan bangsa pada masa hadapan. (Fakta atau Rekaan)

Q18. All Malaysian Malays are poor and lazy. (Fact or Fiction)
Semua rakyat Melayu Malaysia adalah miskin dan pemalas. (Fakta atau Rekaan)

Q19. All Malaysian Chinese are rich and gamblers. (Fact or Fiction)
Semua rakyat Cina Malaysia adalah kaya dan penjudi. (Fakta atau Rekaan)

Q20. All Malaysian Indians are drinkers and liars. (Fact or Fiction)
Semua rakyat India Malaysia adalah pemabuk dan penipu. (Fakta atau Rekaan)

Q21. All East Malaysians are inferior to West Malaysians. (Fact or Fiction)
Semua rakyat Malaysia Timur adalah lebih rendah darjat berbanding rakyat Malaysia Barat. (Fakta atau Rekaan)

Q28. Only PAS can take care of Moslem’s interest. (Fact or Fiction)
Cuma PAS boleh menjaga kepentingan orang Muslim. (Fakta atau Rekaan)

Q32. All Jews are intelligent and corrupted. (True or False)
Semua bangsa Yahudi adalah paling berakal dan korup. (Betul atau Salah)

Q33. All Africans are corrupted and murderers. (True or False)
Semua bangsa Afrika korup dan pembunuh. (Betul atau Salah)

Q34. All Westerners are corrupted and evil. (True or False)
Semua orang Barat adalah korup dan jahat. (Betul atau Salah)

Q35. All Chinese are communists. (True or False)
Semua orang Cina adalah Komunis. (Betul atau Salah)

Q36. All Indians are Hindus. (True or False)
Semua orang India adalah Hindu. (Betul atau Salah)

Q37. All Malays are Moslems. (True or False)
Semua orang Melayu adalah Muslim. (Betul atau Salah)

Q43. Divide and rule exists in all politics and religion. (Fact or Fiction)
Memecah belah dan memerintah terdapat di semua fahaman politik dan ugama. (Fakta atau Rekaan)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q45. Malaysians are better off learning only Bahasa Melayu. (Fact or Fiction)
Rakyat Malaysia lebih maju mempelajari cuma Bahasa Melayu. (Fakta atau Rekaan)

Q46. Malaysians hate Pigs and Dogs. Cows are sacred. (True or False)
Rakyat Malaysia benci Babi dan Anjing. Lembu adalah suci. (Betul atau Salah)

Q47. Meritocracy is not for all Malaysians. (True or False)
Meritokrasi bukan untuk semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Q48. Freedom can only exist in the mind, not in real life. (True or False)
Kebebasan Cuma didapati dalam minda, tidak di dunia nyata. (Betul atau Salah)

Q49. Race and Religious supremacy are preached by satans. (True or False)
Ketuanan bangsa dan ugama adalah dikutbah oleh syaitan. (Betul atau Salah)

Q50. Malaysian politicians are typical Jeyklls and Hydes. (True or False)
Ahli politik Malaysia melambangkan personality Jeyklls dan Hydes. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com

Nostradamus said...

Nostrdamus Predictions on Possibilities In Malaysia.
Ramalan Nostradamus atas Kemungkinan-kemungkinan di Malaysia.

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
Adakah mungkinnya DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
Adakah mungkinnya DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
Adakah mungkinnya parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru.

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
Adakah mungkinnya TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?

To be continued…….
Akan disambung……

http://patek1472.wordpress.com

Nostradamus said...

Nostrdamus Predictions on Possibilities In Malaysia.
Ramalan Nostradamus atas Kemungkinan-kemungkinan di Malaysia.

1. Is it possible that DSAI wins the Permatang Pauh elections and become the next Chief Minister of Penang as a stepping stone to becoming Prime Minister?
Adakah mungkinnya DSAI memenangi pilihan raya Permatang Pauh dan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum menjadi Perdana Menteri?

2. Is it possible that DSAB resign as PM of Malaysia after the Permatang Pauh elections and handover to DSNTR earlier than expected?
Adakah mungkinnya DSAB meletak jawatan sebagai PM Malaysia selepas pilihan raya Permatang Pauh dan menyerahkannya kepada DSNTR lebih awal dari jangkaan?

3. Is it possible that UMNO and PKR will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya UMNO dan PKR akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

4. Is it possible that all other component parties of BN without UMNO will combine with PKR to form a new party?
Adakah mungkinnya parti-parti komponen BN lain kecuali UMNO akan bergabung dengan PKR untuk membentuk sebuah parti baru?

5. Is it possible that PKR and PAS will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR dan PAS akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru?

6. Is it possible that PKR, DAP and HINDRAF will combine to form a new party?
Adakah mungkinnya PKR,DAP dan HINDRAF akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baru.

7. Is it possible that TDM and all other Little Napoleons knows of these possibilities and are preparing to migrate?
Adakah mungkinnya TDM dan semua “Little Napoleons” mengetahui kemungkinan-kemungkinan ini dan sedang bersedia untuk berhijrah?

To be continued…….
Akan disambung……

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

"Kedua, apa2 tuntutan yang merugikan Islamakan dihalang oleh Yang Di Pertuan Agung termasuk sekiranya kerajaan baru ini akan mempunyai ahli parlimen bukan Melayu yang lebih ramai dari Melayu."


Tumpang tanya, di mana dapat dicari fakta di atas? Saya tak dapat cari di dalam Perlembagaan Persekutuan? Terima kasih.


BONGEK

Anonymous said...

Syabas!

Keep up the good work..

Alias Mohd Yusof said...

Asal usul Kontrak Sosial.

Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.

Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.

Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.

Mereka ini datang dengan niat untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.

Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.

Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.

Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.

Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.

Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.

Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.

Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.

Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.

Memang ada sebab untuk orang tempatan berasa bimbang kalau pendatang atau pekerja asing ini diberikan taraf warganegara, kerana khuwatir orang asing ini akan merampas hak-hak dan keistimewaan yang mereka miliki sebagai rakyat tempatan.

Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.

Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.

Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.

Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India seperti sebelum merdeka dulu, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi ini.

Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India tidak boleh mendapat taraf yang sama.

Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.

Anonymous said...

Salam saudara hasan albasri.terkenal dan tersohor tokoh ini.apakah himpunan manusia duduk dibawah satu badan berdaftar mengikut lunas undang2 kerajaan negara masing2 itu salah.umum mengetahui dunia hari ini diselia tadbir golongan kafir.saya setuju saudara mengkritik tetapi jika tiada cadangan untuk penyelesaian kepada masalah yg saudara bangkitkan ianya seolah-olah mengiakan bahawa musuh Islam itu adalah orang2 Islam sendiri

Akiko said...

The MIC Youth, pro-MIC Blogger Punithan Shan and a host of MIC supporters attacked popular blogger MarGeeMar for using the word 'PARIAH'. Now, MarGeemar is challenging them to do the same to Muhammad Shafee Abdullah for using the word 'PARIAH'. Btw, I came to understand that MarGeeMar is neither Indian nor Hindu. Read MarGeeMar's challenge to MIC here http://margeemar.blogspot.com

Khalid Abd Samad said...
This comment has been removed by the author.
Zaitun said...

Dear Tulang Besi,

The quote from Khalid Samad's speech contains a typo error. The last line should read " Walaupun TIDAK memerintah UMNO menghalang, apatah lagi sekiranya mereka memerintah".

You left out the word TIDAK. I got it from www.khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Somewhere I Belong said...

Hang mmg suka tukar mende ikot sukati hang

Tulang Besi said...

DEar ZAitun,

Then the mistake is from Malaysiakini because i merely copy-paste it.

That's all

LAZARUS said...

BN USING CYBER TROOPERS TO ATTACK DSAI & PR! I found this interesting Blog posting at http://margeemar.blogspot.com
The BN is using the internet via pro-BN blogs to deceive the people to turn against DSAI and Pakatan Rakyat. What’s sad is that in this particular case the blogger is a final year medical student who is willing to throw away his medical ethics just to lie and spin for the BN. I hope the MMA is reading this. I think DSAI and PKR must take legal action against this irresponsible Blogger who goes by the name of Punithan Shan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.