Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, August 5, 2008

Roslan SMS, Berhentilah Mengarut

Tiada siapa yang mempersoalkan hak PAS untuk bercakap. Yang dipersoalkan adalah bagaimana perbincangan itu dilakukan. Mengapa perlu perbincangan itu dirahsiakan sekiranya ianya adalah untuk kepentingan Islam dan Ummah seluruhnya? Mengapa rakan2 PAS dalam Pakatan Rakyat tidak diberitahu sedangkan apabila Anwar Ibrahim diajak berbincang dengan UMNO, beliau telah meletakkan syarat kehadiran TUan GUru Haji Hadi serta Lim Kit Siang bersama? Persoalan-persoalan penting ini tidak pernah dijawab oleh Roslan dan segala tulisan beliau tidak lebih dari retorika.

Dan bukankah PAS sekarang ini bebas bercakap Islam dari sempadan Perlis di Utara Kedah sehinggalah ke sempadan Selangor/Negeri Sembilan di Sepang? Kedua2 Tok Guru sekarang boleh berkhutbah di Masjid 5 Negeri: Penang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan?

Nampaknya Roslan SMS tak habis-habis cuba untuk menegakkan benang basah. Di dalam artikel beliau yang terbaru bertajuk “Membela Perpaduan Ummah”, beliau sekali lagi cuba untuk mempertahankan tindakan salah beberapa pimpinan2 PAS mengadakan perbincangan rahsia dengan UMNO. Yang lebih menyedihkan adalah Roslan SMS telah menggunakan alasan Islam.

Artikel beliau boleh disimpulkan kepada 3 maksud utama:

  1. PAS mempunyai hak mutlak untuk berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan Islam
  2. PAS berpegang dengan dasar Islam dan PAS tidak akan berkompromi di atas dasar PAS ini.
  3. Mengapa sekarang ini PAS terpaksa berhati-hati di dalam menonjolkan agenda Islam sedangkan dahulu PAS tidak ada masaalah

Segala hujjah beliau ditujukan kepada mereka yang telah memarahi dan mempersoalkan tindakan PAS berbincang dengan UMNO.

Roslan mungkin tidak faham hujjah sebenar dari mereka yang menentang tindakan PAS tersebut. Sememangnya tiada siapa yang mempersoalkan hak PAS untuk bercakap dengan siapa sahaja. Tetapi, harus diingat bahawa setiap tindakan itu ada cara dan tatasusilanya. Apabila tatasusila ini dilanggar, maka hasilnya adalah fitnah.

Saya bagi contoh, tiada siapa yang mempersoalkan hak Roslan SMS untuk makan. Tetapi sekiranya Roslan SMS makan sambil duduk di atas meja dan tidak membasuh tangan, secara otomatik tanggapan orang kepada Roslan adalah negatif. Dan Roslan tidak boleh memarahi mereka kerana mempunyai tanggapan negative terhadap beliau. LAgi bodoh sekiranya Roslan SMS menyatakan bahawa tindakan beliau makan atas meja dan tidak basuh tangan ini adalah hak beliau kerana beliau ada hak untuk makan.

Hal yang sama juga dapat dikaitkan di dalam perbincangan rahsia PAS-UMNO baru-baru ini. Apabila pertemuan ini dilakukan secara rahsia dan di dalam keadaan yang cukup tidak disukai, nescaya rakan-rakan dan pengundi-pengundi PAS menjadi sangsi. Mereka ada hak untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka di atas tindakan ini.

Malahan Tok Guru Nik Aziz telah mengajar adab dan tatasusila yang apabila beliau menyatakan perlu ada pihak ketiga di dalam setiap perbincangan ini. Bukankah ada hadis yang menyatakan apabila seorang lelaki dengan seorang perempuan berada di dalam keadaan bersunyian, maka pihak ketiga adalah syaitan.

Tindakan PAS mengadakan rundingan rahsia dengan UMNO ini juga melanggar tatasusila di dalam berkawan. Adakah PAS lupa bahawa PAS sekarang ini sedang berkawan dengan PKR dan DAP? Tiba-tiba PAS boleh bercakap secara rahsia dengan pihak yang bertanggungjawab menzalimi kawan-kawan PAS ini.

Bagi saya, mereka yang mempersoalkan tindakan PAS baru-baru ini tidak lebih dari bersikap sebagai manusia biasa. Oleh kerana cara perbincangan ini cukup tidak bertatasusila, maka secara otomatik, ianya telah mengundang fitnah. Dan tidak dapat tidak, rakyat yang telah mengundi PAS baru-baru ini ada hak yang mutlak untuk memarahi PAS.

Roslan SMS seperti tidak sedar bahawa isu sekarang ini bukan samada PAS ada hak untuk bercakap, atau PAS terpaksa mengorban prinsip perjuangan atau PAS terpaksa berhati-hati di dalam berkata-kata.

Tetapi perkara yang sama inilah yang kerap diulang-ulang oleh beliau. Seperti Roslan tidak dapat menerima kenyataan.. Hasilnya adalah tulisan beliau tidak menjawab isu yang sebenarnya malahan menaikkan isu-isu lain pula. Tulisan-tulisan Roslan ini seperti menutup bangkai gajah dengan nyiru. Ianya tidak membawa apa-apa natijah yang baik pun. Sekadar melepaskan geram sahaja.

Roslan juga cuba untuk megalith isu dengan berkata:

Lalu berbalik kepada persoalan di atas, sudah pastilah PAS mahu membincangkan bagaimana Islam dapat berperanan dalam masyarakat dan negara. Bagaimana institusi-institusi Islam dapat dibela dan diberi nafas untuk berperanan dalam masyarakat. Ianya perlu dizahirkan, dan hanya melalui perbincangan dan komitmen PAS yang kebetulan hari ini dikurniakan Allah swt dengan sedikit kuasa politik, barulah PAS dapat berpuas hati kerana memain peranan.”

Apakah Roslan sudah lupa atau buat-buat lupa? Pakatan Rakyat telah memerintah 5 negeri dan urusan agama di kesemua negeri tersebut telah diletak di bawah pengawasan PAS (antaranya). Misalnya, di Selangor, Dato Hasan Ali telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah JAIS.

Ia bererti PAS bukan sahaja dapat berbincang, PAS dapat melakukan PERUBAHAN yang FIZIKAL terhadap perlaksanaan Islam di Malaysia ini. Adalah lebih baik sekiranya PAS berfikir bagaimana hendak memartabatkan Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini terlebih dahul dari sibuk-sibuk hendak berbincang dengan pihak yang diketahui penipu seperti UMNO.

Roslan juga berkata:

Kerana itu PAS melihat perbincangan ini penting, tak kira dengan siapa asalakan ia nanti mampu membuahkan hasil yang menguntungkan Islam,umatnya dan negara.”

Saya nak tanya Roslan, apakah hasil yang positif yang dapat dibuahkan dari perbincangan rahsia PAS-UMNO ini? Secara realistic apakah natijah positif yang dapat dihasilkan dari perbincangan rahsia PAS-UMNO ini?

Adakah UMNO yang karat sekular mereka akan tiba2 bertukar menjadi 100% Islam hasil dari perbincangan ini? Roslan SMS seperti tidak berfikiran waras lagi sekarang ini. Lupakah Roslan bahawa sekiranya UMNO berkehendak melaksanakan Islam nescaya mereka telah lakukan lama dahulu.

Apa yang kita lihat, Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Wilayah Persekutuan masih lagi tergantung hasil dari tentangan Zainah Anwar dan Sisters in Islam. Adakah UMNO dan Pak Lah akan lebih mendengar ckp PAS berbanding Zainah dan Nori Abdullah? Kadang-kadang, sebelum kita terjun ke dalam air, lebh baik kita tengok dulu apa yang ada di dalam air tersebut.


Yang jelasnya, perbincangan PAS-UMNO tidak dapat membuahkan apa-apa hasil yang positif dan efektif kepada Islam, kecuali sedikit. Tetapi fitnah yang terhasil adalah lebih besar dari manfaat yang didapati dari perbincangan ini.

Misalnya, belum pun apa-apa, Presiden PAS telah didapati bercakap tidak benar kepada rakyat umum apabila mengeluarkan kenyataan seperti ini:

PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.

Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.”

Kenyataan ini boleh dibaca di sini. Adakah dengan PAS terpaksa bercakap tidak benar seperti ini salah satu dari hasil positif perbincangan rahsia UMNO-PAS ini?

Sebagai penutup, saya minta Roslam SMS duduk dan berfikir dengan tenang. Cubalah lihat isu ini dengan akal yang sempurna dan tidak dipengaruhi dengan perasaan marah dan tidak rational.

Dan berhentilah menggunakan alasan memperjuangkan Islam apabila hendak melindungi satu tindakan yang jelas salah dari segala segi. Berhentilah mempergunakan Islam di dalam menegakkan benang yang basah

Tulang Besi

.

ps saya tak nak sebut hubungan Roslan dgn Hasan Ali yang mana Dato Hasan adalah antara yang paling terkehadapan mahukan PAS menyertai BN. Ini supaya beliau dapat menjadi MB yang baru.

27 comments:

non partisan said...

Aku dah lama tak baca blog Roslan SMS... terlampau berat sebelah.. kalau kita bukan pro PAS, memang terukla kena hentam kat blog tu... Kalau ya pun kita sokong PAS, tak semestinya komen kita akan Pro tajuk blog tersebut.. sama-sama PAS pun ade jugak bercanggah pendapat... Tuan Guru pun tak sependapat dengan orang PAS lain... Tapi kalau mentaliti asyik na hentam orng aje susahla.

James Labu said...

Nampaknya Roslan SMS ni amat pro kepada PAS untuk masuk ke Barisan Nasional.

Ia mungkin sebab Roslan rapat dgn Dato Hasan? Dan Dato Hasan bakal jadi MB Selangor yang baru sekiranya PAS masuk BN

Tayadih Maysia said...

Bro,

penjelasan lu memang dah jelas dan sejelas-jelasnya dan tiada yang tidak jelas melainkan jelas sahaja. En Roslan tak faham lagikah? Jangan sampai anda disamakan dengan Pak Din Kadi ilmuwan terulung negara!

Saya amat bersetuju dengan pendapat bahawa jika UMNO hendak laksanakan Islam sepenuhnya...maka dah lama Islam dimartabatkan di negara ini...dah 50 tahun UMNO memerintah
...terlaksanakah Islam seperti yang diimpikan oleh PAS?

romeo61 said...

Selalu di blok Roslan, DAP dan sekutu di hentam hebat manakala sipenipu macam Ustaz Nash tak di ketuk. Apa yang saya komen tak di letakkan dalam blok, hanya yang setuju dgn beliau saja di pamerkan. Macam dia hero unt Islam....Walaupun apa yang dikatakan oleh Karpal kadangkala meguris hati tapi dia tak tipu. Cuba lihat macamna setengah pihak dlm PAS tak cakap benar.....

kambing gurun said...

Rasanya Roslan SMS ni antara fraksi UMNO dlm PAS.

Nampak sangat dia mempertahankan tindakan salah berkhalwat dengan Pak Lah tempohari.

Yang lagi memualkan, bila dia cuba mempertahankan tindakan2 salah ini, dengan alasan agama, tarbiyyah dan kepimpinan ulama.

mz said...

ade 2 komen kat sini kat atas utk article terbaru u dan bawah pasal ustaz nasha...

===============================
Bro,
pada mula nye i respect kat u dan jadikan site you sebagai info dalaman utk jadi sebaran, tp sejak akhir2 nie u dah terlebih2 utk memecahbelahkan PAS nampaknya... jenis yg tak berbaik sangka terus menghukum org.. mungkin ape yg setengah pemimpin pas buat ade silap dr segi strategy tp cara u buat pendeahan dan kupasan kat sini dah sgt melampau rasanya......kan dah PAS ckp semua dah settle no cooperation, apasal u still lagi tak boleh berlapnag dada.. still lagi nak mengapi2kan utk meecabelah kan PAS dan pakatan.. i totally disagree..
kalau nak katakan, semua org akan ade buat silap especially dr segi stratgey, mcm anwar juga sebelum ni byk juga kesalahan masa dlm UMNO dulu tp sebab tuh dah lepas buat ape nak ungkit2kan kan lagi... bukan menguntungkan pon..dan PAS langsung tak ungkitkan dah pasal ANwar dulu.. kes ustaz nasha and the gang- hang pi dgr dulu ape dia kata... mungkin dr segi stragye ade silapnya, tp hr tuh kan PAS dan buat keputusan dah....STOP.. kenape u masih nak ungkit2- tak PUAS HATIU apenye.. nak jadik pemerintah-pegang malaysia PR kena ade hati yg kuat dan sikap berlapang dada.. kalau asyik nak berdendam - tak kemana....
UNLESS you adalah TROJAN HORSE TREBARU UMNO dlm PR utk pecahkan PAS dan seterusnya PR>. kalau dr segi article nampak bagus utk PR at the same still nak pecah belahkan PR>.. mestin hang bengan ngan aku sebab cakap hang kutu UMNO, samalah yg hang fitnah org tuh, org ni BALACI.. mangkuk ayung punya pemikiran.. sorry ler sebab aku rasa hang terlebih ler brader.. baik stop aje menyakat sesam sendiri- baik tumpukan kat UMNO dan BN tuh dr terus nak pecahkan pakatan.. kan anwar sendiri pon ckp semua tuh diberitahu kepada dia.. Hnag tak percaya ANWAR juga ke?.. habis hang percaya sape... camno some aku ucap terima kasih utk article2 tertentu hang.. cuma aku TOTALLY disagree dgn cara hang yg still lagi nak pecahkan PAS tuh..
------------------------

==============================

bro,
u should check first the real story behind that..
pls go to tranungkite atau kat sini http://jijiejohn.blogspot.com/ and see the ceramah penjelasan nasarudin on this atau dlm harkah terbaru and then baru evaluate.. kalau dgr sebelah pihak atau mainan media saje tak cukup brother..check betul2 info dulu bro.. then baru boleh buat conclusion sendirik..
i pon nyaris2 TERTIPU dengan mainan media BN dan internet kononya pro Pakatan tp ternyata ia tak seperti yg diwar2kan… dlm kes nie ade part yg betul tp byk juga yg ditokok tambahkan dan dibuat kesimpulan sendiri sedangkan benda yg lain yg hendak dihajatkan.
so i suggest u baca dan dgr dulu penjelasan baru lah boleh buat kesimpulan.. jgn kita pulak yg jadik penokot tambah utk memecah belahkan PAS dan setrusnya Pakatan Rakyat dgr cerita yg half truth dan ditokok tambah atau kesimpulan yg jelas melencong dr ape yg sebenarnya terjadi..
sekian.

p.s: jgn lupa baca juga article Zukri Akshah terbaru…

Gagak di Rimba said...

Kalau tak salah, Roslan ialah setiausaha akhbar Haji Haji. Jadi boleh dimengerti mengapa dia sentiasa membela "tuannya".

Akan tetapi, Roslan mungkin lupa, bahawa Haji Hadi hanyalah seorang manusia biasa yang tidak luput dari melakukan kesilapan dan kesalahan, walaupun dia dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang ulama yang paling agung!.

Oleh itu, jika Roslan masih membela Haji Hadi ketika Haji Hadi telah melakukan kesilapan, walau berdasarkan hujah Islam atau apa saja , jelaslah dia hanya cuba menegakkkan benang basah!

zahidyusof said...

hoi aku nak tahu jugak apa salah hj hadi...cakap la gagak rimba

slyderrose said...

Paling utama tak baik tuduh orang. Dan aku ingat isu PAS-umno ini dah tutup sebab pemimpin tertentu PAS telah pun membuat kenyataan.Hassan Ali dah buat, ustaz Nash dan Presiden PAS sendiri pun dah buat kenyataan. Kenapa berbangkit lagi?. Pangkatan Rakyat masih baru 4 bulan pasti ada kekurangan dan kelemahan. Apa yg perlu dibuat sekarang ini ialah menguatkan dan membetulkan apa yg tak betul dalam pakatan dengan berbicang bukan merajuk dan berkecil hati. Komen-komen yg negatif dan tak tahu hujung pangkal mestilah diketepikan.

Anonymous said...

Mengucaplah wahai sahabat2 , jangan termakan dakyah palsu yang tak berasas di mana manusia yang terlalai sentiasa terlupa akan fitnah-fitnah akhir zaman. Kisah sebenarnya telah diumumkan oleh pimpinan PAS dan tiada lagi soalan yang berbangkit. Janganlah kerana terasa dah ada ilmu sikit nak mempertikaikan cerita2 oleh media yang tak berintegriti yang cuba nak memecahkan perpaduan PAKATAN RAKYAT. Kalau kita ilmu tak setinggi mana baik jadi pengikut yang bertakwa dan muhasabah diri..

Jamal Pak Tongko said...

slydrose,

Kau ckp benda tu kat Roslan. Nescaya dia akan tolak.

Kau tak nampak ke blog dia tak habis2 naik isu ni.

Tak nakm mengaku salah lepas tu nak salahkan org lain.

Ini ke produk tarbiyyah PAS? Bila dah menipu, tak nak mintak maaf, lepas tu marah orag lain sebab marah kat dia.

Memang la Roslan ni otak beku, otak slow tak faham tarbiyyah.

Tulang Titanum said...

Gua pon heran jugak la dengan lu ni tulang besi. kes sudah tutup, apa hal yang lu tak habis-habis dok ungkit ni?

lu ada agenda nak porak perandakan PAS ke?

muhammad said...

ada lagi yang nak ulas isu ni, isu ni dah tutup buku la, jangan tuduh orang menipu jika tak der bukti, dah dengar ke apa yang timbalan pas tu kata?? saya rasa lebih baik Tulang besi berhenti mengarut, sbb orang dah tak pikir isu ni lagi.

Tulang Besi said...

tulang titanium,

Terima kasih atas peringatan dari saudara.

Saya pun rasa ni tulisan saya yang terakhir dlm isu ni. Sebetulnya saya nak stop pun.

Tapi bila saya baca tulisan Roslan SMS yang mengulang2 benda yang sama, saya rasa saya terpaksa jugak cerita balik.

Lagipun tulisan ni ditujukan kepada Roslan SMS bukan pimpinan PAS.

mz said...

TB kata:
Lagipun tulisan ni ditujukan kepada Roslan SMS bukan pimpinan PAS."

maybe last ulasan dr aku ler..

TB,
masalahnye tulasan hang nie walaupun pasal Roslan tp cuba hang tengok org dok Komen melencong tempat lain,
Ustaz hadi menipu ler- tarbiah pas mcm tak betul ler..

ini juga namanya mendatangkan fitnah mcm ulasan hang tuh.. sama ajer sebenarnya...

jadi udah2 ler.. stop kat sini ler.. semua dah diperjelaskan dah.. dan keputusan pon dah dibuat.. tak payah nak ungkit2 lagi...
kalau hang rasa nak pecahkan PR sila teruskan ler.. sebab nampaknya tulisan2 yg mcm nie yg akan membuatkan ahli2 PAS yg lain marah. apatah lagi setelah mendengar penjelasan kedua2 belah pihak..

satu aje kena igt- walaupun kita mungkin percaya 100% kepada source kita tuh-tp mane tau ade yg ditakut tambah dgn benda tak betul-mane kita tau... tambah pulak info tuh dr juak2 umno or MI yg mungkin telah dibeli ke.. mane tau.. sebab tuh harap dgr dua2 belah pihak--dan kalau dan ditutup-tutup terus ler.. tak payah nak provoke lagi..
------

aku nak tengok PR perintah malaysia ni- tp kalau ade lagi kutu2 yg cuba pecah belahkan tuh yg aku naik hangin walaupun dia kata dia pengikut PAS atau PR..

Mawardi said...

Pertamanya, saya amat minat dengan blog ni. Tapi sejak kebelakangan ni, rasa benci sangat. Perjuangan PAS bukan perjuangan untuk Anwar semata-mata.

Tulang Besi said...

Wahai sekelian yang tgh marah sgt dgn aku ni,

Sedarkah kamu dlm hal berkaitan pru kecil Permatang Pauh ini, TUan GUru dgn Ust Nasa tak cakap apa pun. Semua "senyap sunyi takda org apo nak dikato".

Anwar kena tuduh liwat ni pun tak pergi pun lawat Anwar

Ini bererti isu ni belum habis.

Org2 mcm Roslan SMS ni akan digunakan untuk menghancurkan Husam Musa kerana mereka kata pasal Husam la Tok Guru Nik aziz tak setuju perancangan diorang untuk bawa PAS masuk UMNO.

Dulu pun si Roslan ni yang bawak cerita Husam bagi RM1juta untuk WebTVPAS.

Dia bawak cerita takpa, org lain tak boleh.

alhadee said...

rc,

hang tak boleh buat apa dah. perancangan KJ dah mengena PAS dalam sangat dah.

Husam dan yg sewaktu dengannya akan tercampak keluar. Nik Aziz akan masih kekal tapi tak boleh buat apa sebab dia sorang jer ulamak yang rapat dengan yg profesional.

PAS akan jadi parti ortodoks 110% compare dengan taliban. Nampak orang dating jer pergi belasah sampai separuh nyawa. Taliban pun tabik spring dengan diaorang nie.

Pastu orang makin ramai marah dengan PAS tapi PAS buat bodoh sombong cam Hadi Awang selalu buat. Memang pon selama ini diaorang selama ni bodoh sombong psal ikat serban tue kuat sangat sampai otak makin kecik.

Pastu Malaysia akan jadi sekular, Insya Allah.

Amin !!

Tulang Besi said...

Alhadee,

THe good news is everything you're saying is wrong.

Secularism is a stupid ideology. It breeds inhumanity and it had led to countless genocide.

If you don't believe me,go as Lenin and Stalin. Or even Pol Pot. THey are all "Fathers of Secularism"

tulang titanum said...

dah la tu...jadi lah macam imam bukhari atau muslim....kalau tak mampu jadi macam depa pun, cubalah yang terbaik untuk jadi macam depa...

Tulang Besi...Imam2 besar tu tak bawak sebarang cerita yang depa sendiri tak boleh confirm tau?

At August 6, 2008 12:37 AM, lu kata lu nak tujukan kat Roslan Shahrir. So be it la. Gua pon x kisah sangat.

Alih2 , at August 6, 2008 4:58 PM, lu hentam Ust Hadi n Ust Nasa pasal tak support Anwar.

Apa kes lu ni? Konfius an cakap x serupa bikin?

Anonymous said...

dah la tu tulang besi. makin lama aku baca blog kau ni, makin meluat. dulu ingatkan bagus bila asyik lawan dengan haris ibrahim sekular tu, sekarang ni nampak macam SB UMNO pulak. yang kau asyik tuduh ustaz nasa tali barut UMNO la, peluk cium najib di london la... kau ada bukti ker? kalau ada bukti...sila beri. kalau setakat nak cover dengan "orang dalam", baik duduk diam sebelum menampakkan kebodohan kau. kau ingat orang PAS ni bodoh ke nak percaya cakap kau yang tak dak bukti ni...asyik asyik dengan "internal info"...asyik asyik dengan "internal info". ustaz nasa dah jelaskan di bachok pada 26 julai, dah siap sumpah lagi...so kau bila pulak nak buktikan kata kata kau. setakat kata ustaz nasa tak pro-anwar waktu interview dengan thestar membuktikan dia talibarut UMNO.... orang bodoh jer yang akan percaya.

Tulang Besi said...

anonymous August 6, 2008 8:48 PM,

Paham ke apa yang selama ni saya tulis?

Saya tanya ada tak Ust Nasa lawat Anwar, bersama Tuan GUru Haji Had selepas Anwar dituduh meliwat?

Saya tanya kenapa sampai hari ni takda statement dari Ustaz Nasa atau Tuan Guru presiden untuk membantu Anwar Ibrahim?

Ketiga, kalau betul Ustaz Nasa telah taubat dan tersilap, mengapa sampai sekarang Ustaz Nasa tidak memohon maaf terhadap kenyataan beliau yang disiarkan dalam The Star?

Keempat, ada banyak pendedahan yang saya buat. Yang dinafikan oleh Ust Nasa hanya satu, yang lain beliau tak nafi termasuklah maklumat beliau mendapat panggilan terus dari Pak Lah berkenaan dengan laporan Anwar meliwat?

Mudahnya korang kena tipu. Takkan benda besar mcm ni kita nak biar tergantung tanpa ada apa2 hukuman. Sekurang-kurangnya mesti ada tindakan disiplin.

Sekurang-kurangnya, Ustaz Nasa mesti digantikans sebagai Timbalan Presiden PAS Pusat.




kenapa anda terlampau mempercayai cakap Ustaz NAsa. Hanya dengan satu ceramah anda sudah boleh mempercayai beliau?

Tulang Besi said...

Apakah korang semua tak faham atau buat2 tak faham.

Selagi fraksi UMNO ini tidak dibersihkan dari PAS, selagi itu kesatuan dalam Pakatan Rakyat akan terancam.

Mereka ini semua tidak ikhlas di dalam membuat penafian dan mereka akan buat apa sahaja untuk menjayakan perancangan mereka.

Untuk pengetahuan anda semua, antara sumber saya datang dari AJK PAS Pusat sendiri. Jadi, jgn takutlah berkenaan dengan "orang dalam" saya kerana kalau saya namakan nescaya saudara terkejut.

Maklumat terbaru yang saya dapat ialah mereka sedang berkerjasama dengan beberapa geng Kelantan untuk menjatuhkan Husam Musa.

Tidak mustahil mereka akan memfitnah Husam Musa sehingga Husam Musa akan didakwa di mahkamah dan terbukti bersalah.

Mereka marah dengan Husam Musa kerana perancangan mereka hampir berjaya dan digagalkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Fraksi UMNO dalam PAS beranggapan bahawa sikap Tok Guru ini adalah hasil dari usaha Husam Musa.

Mereka mendakwa Husam Musa telah menghasut Tok Guru Nik Aziz untuk menentang perancangan masuk Barisan Nasional mereka.

Tulang Besi said...

mz berkata:
Bro,
pada mula nye i respect kat u dan jadikan site you sebagai info dalaman utk jadi sebaran, tp sejak akhir2 nie u dah terlebih2 utk memecahbelahkan PAS nampaknya"

==========

percayalah, saya tak suka ckp pasal benda ni tapi terpaksa.

Selagi fraksi UMNO ini terus berkuasa dlm PAS, mereka akan berusaha untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan bawa PAS masuk Barisan Nasional.

Lihatlah, sehingga hari ini tiada kenyataan apa2 dari Tuan Guru Presiden ataupun Ust Nasa berkaitan dengan komitmen PAS untuk membantu Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Tiada satu pun.

Tulang Besi said...

Bagi yang marah dengan saya, tolong minta Ustaz Nasa bersumpah maklumat yang saya dapat ini tidak betul:

Bahawa Ustaz Nasa ada no telefon Saiful Bukhari dan beliau telah cuba untuk mengadakan pertemuan Saiful dengan Dr Harun Din.

Malangnya Dr Harun Din merasakan perkara ini adalah tersangat salah dan tidak mahu terlibat langsung.

Sila dapatkan penafian Ustaz Nasa.

alhadee said...

rc,

Not as stupid as fundamentalism .

Fundamentalism adalah ideologi lapuk yang dibakulsampahkan oleh semua orang.

Orang Malaysia secara majoriti menolak fundamentalisme. Itulah sebab PAS tidak pernah dapat sokongan majoriti.

Sokongan dari orang Melayu cuma setengah. Dari bukan Melayu amat sedikit kecuali dalam pilihanraya terbaru di mana PAS cuba melembutkan imej fundamentalisme.

Tapi pilihanraya akan datang, PAS akan ditolak oleh bukan Melayu kerana membuat pembohongan halal.

So parti hang cuma akan dapat 25% sokongan. Tunggulah sampai kucing bertanduk untuk menubuhkan Islamic State.

Fundamentalisme dalam semua agama lebih kurang sama sahaja akibat dan natijah nya.

Produk fundamentalisme Muawiyah, Yazid, Hitler, George Bush Jr. Semua pembohong, penipu dan pembunuh.

Sekarang Hadi Awang dgn Nasa pon dah jadi pembohong.Tunggu masa jer nak jadi pembunuh bila bunuh orang murtad.

PAS akan masuk BN. Bakaq dah kena tangkap psal bocorkan penipuan Hadi dengan Nasa. Sikit masa lagi Husam pon akan terima nasib yang sama cuma dakwaan jer yang berbeza.

Satu demi satu penentang penyatuan UMNO-PAS akan jatuh.

Terer betul KJ. Hingus dia dah kering kot.

You are fighting a losing battle la bro. Give it up. Better lagi Malaysia jadi negara sekular. PAS = UMNO. Siapa kata tak ada penyelewengan dlm PAS. Duit KoHILAL berpuluh juta hilang. Kat Kelantan dengan Terengganu ingat orang tak tau ker psal kes balak.

Fundementalisme akan mati. Tak lama lagi. Insya Allah.

Anonymous said...

hahaha..its kojoi n geng r fighting a losing battle..see lah macah,everything is being exposed..haha..even people frm umno wanna spit at kojoi's stupid face..lol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.