Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 28, 2008

Roslan SMS Mahu Kita Menyerang DAP, Bukan Berdakwah Dengan Hikmah

Roslan SMS telah dengan tajuk “Ayuh kita junjung Malaysia yang sekular”. Bukan main marah lagi Roslan dengan kenyataan Lim Guan Eng. Roslan telah berkata:

“Lantas kerana itu orang PAS jangan bising-bising, kalau perlu kendur dan lenturkan prinsip lakukanlah, kerana bimbang nanti kita ditendang keluar. Yang penting kita boleh bersama, jaga dan tantanglah ia bagai menatang minyak yang penuh. Biarlah kita jadi sekular sekali pun yang penting kita dan DAP mesti kekal bersama!”
.


Roslan SMS telah menulis sebuah artikel dengan tajuk “Ayuh kita junjung Malaysia yang sekular”.
Bukan main marah lagi Roslan dengan kenyataan Lim Guan Eng. Roslan telah berkata:

“Lantas kerana itu orang PAS jangan bising-bising, kalau perlu kendur dan lenturkan prinsip lakukanlah, kerana bimbang nanti kita ditendang keluar. Yang penting kita boleh bersama, jaga dan tantanglah ia bagai menatang minyak yang penuh. Biarlah kita jadi sekular sekali pun yang penting kita dan DAP mesti kekal bersama!”

Pertama sekali kenapa Roslan tidak semena-mena bercakap soal prinsip pulak sekarang ni? Apa kena mengena prinsip dengan isu membalas kenyataan Lim Guan Eng ini? Bukankah lebih baik sekiranya kita mencari jalan membalas hujjah Lim Guan Eng dengan cara yang akan menghilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam?

Sekarang ini mana yang lebih menguntungkan PAS? Serangan kepada DAP ataupun menghilangkan rasa takut orang Islam terhadap PAS?

Sepatutnya Guna Peluang Ini untuk Menghilangkan Rasa Takut Orang Bukan Islam Terhadap PAS.

Roslan SMS seperti sudah hilang punca. Yang berada dalam minda beliau hanya satu: menghentam Lim Guan Eng serta DAP dengan kecaman dan kutukan yang keras dan kesat. Kalau tidak, semua ahli PAS dikira sebagai “menggadai prinsip”,

Saya berpendapat, hujjah balas yang lebih effektif adalah dengan PAS menyatkaan pendirian bahawa PAS hanya mahu melaksanakan Islam ke atas orang Islam sahaja. Oleh sebab itu isu negara ini sekular atau tidak sekular tidak timbul sama sekali. Jawapan seperti ini akan menampakkan sikap PAS yang pro kepada kestabilan serta tidak mahu memaksa Islam ke atas orang lain.

Ia akan menampakan DAP pula sebagai pihak yang “extreme” kerana DAP mahu memaksa “sekularisma” terhadap orang Islam. Ini adalah satu sikap yang menghina Islam dan menghalang orang Islam dari mempraktik hukum Islam sepenuhnya. Sedangkan DAP juga memperjuangkan kebebasan beragama.

Sila rujuk jawapan saya terhadap kenyataan SU Agung DAP tersebut: “DAP is Against A Theocratic State. So is PAS.(Updated)

Hujjah “Sekularisma” DAP Juga Perlu Dijawab Dengan Ilmu Bukan Emosi

Hujjah “sekularisma” DAP juga perlu dijawab dengan ilmu bukan emosi. Ini kerana hujjah yang mengatakan Perlembagaan Malaysia ini sekular tidak kuat sama sekali. Dan DAP serta kumpulan Artikel 11 mengetahui hakikat ini dengan jelas.

KAlau tidak mengapa perlu ada kumpulan Artikel 11 sekiranya Perlembagaan Malaysia ini sudah 100% sekular. Jangan lupa, bahawa hujjah “Perlembagaan Malaysia sekular” adalah hujjah yang turut dipopularkan oleh PAS sepanjang tahun 80 an dahulu. Jadi, agak sukar bagi PAS untuk menafikan kenyataan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Hakikatnya Perlembagaan Malaysia bukan perlembagaan yang sekular 100%. Ini kerana dalam Artikel 3 menyatakan:

Article 3

1. Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.”

Ertinya Perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutan. Jadi, tidak mungkin Perlembagaan yang sekular mempunyai agama yang tersendiri.

Jadi, tidak perlu kita terpekik-pekik dan terlolong-lolong menyatakan keislaman kita dalam isu ini. Semua orang tahu kita berakidah Islamiyyah dan semua orang menyedari hakikat itu.

PAS Perlu Mengubah Uslub Sekarang Ini.

Saya lihat Roslan SMS tidak mampu untuk melaksanakan nasihat Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini semasa membuat penggulungan. Antara pengamatan beliau adalah Pakatan Rakyat memberi peluang kepada PAS untuk rapat dan menerangkan Islam kepada orang Bukan Islam.

Roslan SMS mungkin terlupa bahawa 80% orang Cina adalah golongan “atas pagar” dan tidak semestinya apa yang Lim Guan Eng kata itu mereka terima bulat-bulat. Sekiranya kita bijak mengguna peluang, PAS akan mampu untuk menghilangkan ragu-ragu orang bukan Islam kepada PAS sekaligus memaksa pimpinan DAP berhati-hati di dalam berkata-kata.

Tetapi sikap Roslan SMS ini sebenarnya menguntungkan DAP, UMNO, BN, puak-puak sekular dan ramai lagi. Malahan, sikap yang ditunjukkan oleh Roslan sebenarnya menguntungkan mereka yang memusuhi Islam. Dengan sikap sebegini, puak sekularis dan liberalis tidak perlu bekerja keras. Mereka cuma menumpang laba dari orang seperti Roslan SMS. Mereka goyang kaki dan kumpul hasil di atas daya usaha dan keringat Roslan SMS dan mereka yang sewaktu dengannya.

Mempertahan Islam Jangan Sampai Menampakan Kita Dangkal Pemikiran

Saya menyeru kepada keseluruhan ahli PAS supaya menolak uslub yang ditunjukkan oleh Roslan SMS dan rakan sewaktu dengannya. Ini kerana sikap begini tidak menampakkan PAS sebagai parti yang bersedia untuk memimpin Malaysia yang mana Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama.

Seharunya kita menunjukkan sikap bahawa kita mampu memimpin negara pada waktu yang sama kita tidak mengorbankan prinsip Islam. Kita wajib mengungkap perkataan yang mempertahankan Islam, namun tidak menjauhkan pengundi bukan Islam dari PAS.

Saya nak tanya Roslan SMS, apakah untungnya Islam sekiranya orang Bukan Islam di Malaysia kekal takut dengan Islam?

Mungkin ini Cuma Sikap Fraksi UMNO Dalam PAS?

Tetapi mungkin juga Roslan mencerminkan sikap sebenar “Fraksi UMNO” dalam PAS yang bersikap kecewa kerana usaha mereka membawa PAS masuk BN telah gagal. Puak-puak fraksi UMNO nampaknya lebih tertekan dengan kemenangan besar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Kemenangan Anwar menunjukkan Barisan Nasional tidak popular lagi di kalangan pengundi Melayu, India dan Cina. Kalau PAS masuk jugak Barisan Nasional, kemungkinan besar PAS juga akan ditolak pengundi dalam PRU yang akan datang ini.

Ini bererti cadangan untuk membawa PAS masuk BN ini akan menjadi semakin tidak popular di kalangan ahli PAS. Yang penting sekarang adalah mencari jalan supaya PAS diterima oleh ramai pengundi dan memperjuangkan Islam dalam konteks Pakatan Rakyat. Tapi, kalau kita ikut cara Roslan SMS, yang akan rugi adalah Islam dan PAS.

Fraksi UMNO Mahu Berketuakan Najib Tun Razak Di Dalam Melaksanakan Islam?

Juga, sekarang ini mungkin telah ramai orang membaca Statutory Declaration oleh Tagharajoo berkenaan dengan Datuk Najib dan Rosmah serta amalan mereka menggunakan khidmat sami hindu seperti yang boleh dibaca dibawah:

a. Rajoo's SD 22 Aug 2008 pg 1
b. Rajoo's SD 22 Aug 2008 pg 2

Saya tak tahu samada fraksi UMNO dalam PAS telah membaca SD ini. Bagi saya, saya tak percaya DAtuk Najib dan Rosmah telah menukar agama mereka. Tetapi sekiranya SD ini benar, ia cuma menggambarkan betapa teruknya amalan "sihir" di dalam UMNO. Sekiranya SD ini benar, saya yakin tujuan ianya dibuat semata-mata untuk melindungi diri mereka dari sihir dan menggunakan perkara itu tidak lain dari konteks melindungi diri mereka dari sihir.

Hakikatnya, UMNO adalah sebuah parti yang telah parah dengan amalan sihir. Dan ijma di kalangan ulama ISlam bahawa sesiapa yang beramal dengan sihir, gugur syahadah mereka dan mereka wajib dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan murtad.

Saya ingin menyoal setiap anggota fraksi UMNO dalam PAS, adakah kita mampu melaksanakana Islam di dalam sebuah parti yang amat teruk dalam amalan sihir dan syirik?

Tulang Besi

ps Saya pun tak jumpa lagi kenyataan Roslan SMS yang secara terang-terang menentang cadangan membawa PAS masuk BN. Kalau saya salah, minta tunjukkan.

40 comments:

tulang titanium said...

kah,kah,kah,kah. dua-dua ekoq org PAS ni memang lah bodoh. sekoq nak serang, yg sekoq lagi nak dakwah kpd DAP. kah,kah,kah.

romeo61 said...

Memang betul budak Roslan ni tak habis habis hentam DAP. Dah rasa mual dgn tulisan Roslan...tak logik dan hendak tujuk keIslaman dia. Mana keadilan? Berkawan dgn UMNO yang korup lebih baik daripada DAP yang mengamal sekularism?

Anonymous said...

I agree with you Tulang Besi, the better way to preach 'inclusiveness' is to go slow. These are new grounds for both sides, for the Chinese and Indians to slowly understand what PAS stands for. And also , maybe for the Muslims to understand what DAP stands for.

Dont let the extremists from BOTH parties destroy what all Malaysians of all races are now waiting for.

The BASIC principles are correct, we are all against corruption, against enrichment of cronies....against evil detention like the ISA ......we want good governance .....transportation system, education system.....religious freedom, Islam for the Muslims and also for the non-Muslims freedom to practice their religion, we want a strong INDEPENDENT judiciary, we want economic progress.

there is so MUCH common ground.

Dont let the extremists of both parties tear the Pakatan apart.

Thats the only thing that can save the corrupt Barisan Nasional govt now.

If we stay strong, the corrupt Barisan govt will implode.

sangkakala said...

Salam,

Ruslan agaknya lupa bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, dan DAP sebagai parti Cina tidaklah wajar dipaksa untuk menerima konsep negara Islam ala- PAS.

Kalau PAS mahu menegakkan negara Islam ala-PAS, silakan. Tapi janganlah marah kalau orang bukan Islam (dan mungkin orang Melayu juga) tidak dapat menerima konsep negara Islam ala-PAS.

Anonymous said...

Well it seems this talked about fellow is actually hollering the end of the world to all and sundry-
prophet of doom like. The folks in PP had remonstrated exceedingly that any inherent fear or part of it was totally irrelevant whence they made their choices at the ballot boxes. The fact that they represent wholesomely much the demographic makeup of the country bears the irreversible proof that we all want change in parallel with the need to kick the bee end out- soonest possible. And fear mongering as ever more is redundant.

taik besi

LAZARUS said...

BEWARE: FAKE MALAYSIA TODAY SITE IS A TRAP! I found this out at http://margeemar.blogspot.com
Please pass the word around.

Ikrak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
CHee XtheMan said...

There are mny "grey" areas for non muslim on how PAS like to impossing islamic rules ?

PAS has a lot works to do in this indeed.
I thinks the following are what non muslim most top "zero"s concerns,

1. zero freedom of practicing religion and cultures
2. zero ethnic root identity
3. zero freedom in learning mother language
4. zero to any other than "taliban'' style gov
5. zero freedom of speech
6. zero choice of dressing code "ninja"
7. zero entertainment
8. zero alcohol
9. zero gaming
10. zero non muslim in cabinet
11. zero non halai
12. zero temple
13. zero church
14. zero non jenis kebangsaan school
15. zero economy
16. zero keadilan to non muslim
17. zero FDI
18. zero do all non islam teaching

Tulang Besi said...

tulang titanium,

Hang sehat ka?

Anonymous said...

Saya sokong SdraKu Roslan SMS nak
serang DAP atau sapa2 sajelah yg dianggapnya sekular..TETAPI SERANG DULU PUSAT2 PELACURAN,KEDAI JUDI NOMBOR EKOR,MAT REMPIT,BOHSIA,LUBOK2 PONDAN,PERASUAH2 DAN MCM2 LAGILAH KEMAKSIATAN YANGMANA KITA SEDIA MAKLUM MAJORITINYA ADALAH MELAYU/ISLAM, DAN TAK LUPA JUGA YG MURTAD, DAN PASTIKANLAH JUGA SAF2 JEMAAH SURAU/MASJID KAT RUMAH SDRAKU ROSLAN ITU PENUH BUKAN SEKADAR SOLAT JUMAAT JE..MUHASABAHLAH DIRI,KELUARGA DAN MASYARAKAT KITA DULU SUPAYA ISLAM ITU SUCI LAGI BERSIH SEKALIGUUS ORANG BUKAN ISLAM TERTARIK/TERPANGGIL UNTUK MENDEKATINYA..INSYAALLAH.

Tulang Besi said...

Ikrak,

I am sorry for removing your entry. I think it's not right to use profanities when commenting on others personally.

zetty said...

roslan sms kot yer pon nak mengomen.. biarlah berhemah.. ini nampak macam tergesa2 dan tak dipikir abes2... kalau 10 tahun bergelumang dengan dunia internet dan blogging ni masih tak belajar pasal berhemah... I guess you need another 10 years!

adli said...

Tulang Besi,...

Dulu saya selalu juga ke blog Roslan SMS, tetapi sekarang sudah berhenti... buang masa kerana tidak membina minda. Hujjah2 dangkal yang lebih merosakkan Islam dari manafaatnya.

Saya bersetuju bahawa kita sepatutnya berhujjah dengan sesiapa pun termasuk DAP secara lebih berhikmah. Nak takut apa? Umat Islam ada kitabulLah dan al-Hadith RasulNya... tiada sesiapapun yang dapat menyangkal kebaikan yang ada pada keduanya ini!

Cuma masalahnya ialah umat Islam sendiri yang tidak menguasai ilmu-ilmu ini dengan baik. Maka akhirnya mereka, termasuk Roslan SMS, asyik 'offensive' dan 'sensitive' secara semberono dan tak kena tempat.

Wahai saudara muslimin sekalian, belajarlah lebih mendalam lagi tentang Islam, necaya semua orang Cina dan India di Malaysia akan beriman dengan Allah dan RasulNya, insyaAllah. Bukannya dengan hujjah2 'tak cukup masak dan matang'!

amrizutm said...

salam...mungkin sbb pentarbiyahan islam kamu,kamu sendiri belum faham...ingatlah...dlm quran pun menyebut,dlm surah al kaafirun; bagiku agamaku,bagimu agamamu...apabila kedaulatan islam cuba dicemari,adakah kita akan berdiam diri?mahukah kita menjadi seperti negara turki?pejuang2 pas yg benar2 faham akan apa sebenar perjuangannya akan tetap teguh dgn prinsip perjuangan islam..bkn kerana parti,bkn kerana yg lain...tp kerana utk mendapatkan redha Allah..fahami betul2...tgk betul2...Roslan SMS pd saya bkn menyerang DAP tp lbh kepada mempertahankan prinsip islam yg cuba dijauhkan oleh DAP...wassalam.

sangkakala said...

Salam,

Dalam sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang agama seperti Malaysia, saya rasa tidak ada salahnya setiap bangsa mengamalkan agama masing-masing dengan bebas, tapi boleh hidup bersama dengan aman dan saling menghormati.

Saya rasa keadaan Madinah pada zaman Nabi pun begitu.

Orang-orang Islam, khasnys orang PAS boleh terus berusaha untuk menegakkan negara Islam, kalau mereka mampu dan ada kekuatan.

Tapi saya fikir cita-cita untuk menegakkan negara Islam, dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, adalah satu impian yang masih jauh, dan mungkin terlalu jauh, khasnya kalau melalui proses pilihan raya.

Jadi kewujudan "negara sekular" (apapun definisinya) mungkin satu penyelesaian sementara yang praktikal, untuk membolehkan penduduk Malaysia hidup dalam aman dan harmoni.

Dalam negara yang kini mungkin dianggap sebagai negara sekular pun, umat Islam sebenarnya tidak menghadapi apa-apa halangan untuk mengamalkan dan menghayati agama mereka, khasnya pada peringkat peribadi, keluarga dan masyarakat.

Jadi orang-orang yang ingin bermimpi boleh terus bermimpi (mahu menegakkan negara Islam), tapi tentu tidak semua orang mahu bermimpi seperti anda.

Anonymous said...

Hahaha nak tarbiah Dap ibarat nak tarbiyah yahudi. Bangunlah wahai rakyat Pas yang masih dalam kegelapan...

Tengok isu Guan Eng cukup, konon nak ikut konsep "amal makruf nahi mungkar" dan idolanya Khalifah Umar al-khatab. Tapi bila pas penang suruh haram judi dan arak tak mau ikut. Bila anjur Hari Belia Penang bukak kios arak.

Baru2 buat raptai penang kat area quensbay, melompat peniaga cina konon kerajaan tak bagi notis tutp jalan sambai tak boleh berniaga. Siap ada yang nak saman kerajaan. Depa lupa kot kerajaan negeri sekarang dibawah Dap yang depa undi dulu. Tak lupa org kampung yang bising takda sumbangan bendera percuma dari kerajaan negeri. Lusa nak merdeka kat kampung satu bendera pun tarak. Biasa la menegelakkan ketirisan dan kebocoran...

-orang penang

Anonymous said...

tulang besi...tulang besi. you started it again! roslan sms serang DAP ker? baca betul betul tulisan dia. wow... PAS must be very soft when talking about islamic state, but yes...let DAP shout/scream/bark about malaysia as a secular nation and no one could challenge them! bullshit la tulang besi

Jujur Bukan Pembelot said...

Sekurang2nye DAP tak hipokrit cam UMNO. Diaorang tak setuju bab Hudud tu, terus luahkan terus-terang dgn jujur. Bukan cam UMNO, hilang 5 negeri, baru nak muzakarah le, Perpaduan Melayu le, dan seribu satu lagi karut-marut. Dah lupa era disko kot. Persoalan untuk PAS : Nak bermuafakat dgn Yang Sepakat Jujur ataupun Yang Maha Belot?

sangkakala said...

Salam,

Di Pulau Pinang atau di kawasan lain di Malaysia mungkin banyak orang bukan Islam yang hendak berjudi dan minum arak.

Jadi mengapa pula dan apa hak PAS untuk menghalang mereka main judi dan minum arak?

Orang Islam yang tahu hukum Islam dan patuh pada agamanya tentu tak main judi dan minum arak.


Jadi buat apa PAS sibuk-sibuk nak haramkan judi dan arak?

Anonymous said...

mari sama2 kita renungkan phenomena ini DAN sama2 kita mencari jawapannya..

MALAYSIA..Negara SEKULAR..TAPI PEMERINTAH/PEMIMPINNYA ORANG ISLAM

AMERIKA..Negara SEKULAR juga..PEMERINTAH/PEMIMPINNYA ORANG BUKAN ISLAM/KAFIR

DI MALAYSIA..ORANG ISLAM YANG MURTAD BERTAMBAH

DI AMERIKA..ORANG KAFIR MASUK ISLAM BERTAMBAH

macam ni ????

matdie said...

orang macam roslan SMS ni bukan nak perjuangkan islam sangat,tapi nak perjuangkan parti pas... hatinya penuh dengan assabiyah politik..... dia mana nak faham kehendak rakyat marhaen yg sudah serik berada dibawah pemerintahan UMNO... dia tak peduli semua itu..sebab itu politik dia, dia tak peduli sapa yg perintah malaysia asalkan pas yg dia perjuangkan itu 'dapat lebih'...

melayutara said...

Salam,

Ramai rakyat Pas sudah lupa bahawa Pas Parti Islam Nombor Satu dan Parti Politik Nombor Dua.

Renungi firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi, Nasrani dan Kafir) menjadi pemimpin kamu, sesungguhnya dia termasuk didalam golongan mereka (kafir). Sesungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang Zalim"

Ulasan:Membantu orang kafir yang memusuhi kaum Muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin antara perkara yang boleh merosakkan akidah.

Wallahualam..

Ibnu Qalil said...

Tulang Besi,

Lontaran batu anda tersasar jauh. Fahami dan hayati tulisan Roslan SMS dengan mata hati bukan dengan emosi. Nasihat-nasihat anda dalam artikel ini kepada Roslan SMS patutnya diaplikasikan oleh anda terlebih dahulu. Saya rasa andalah yang punya karat dan hati yang busuk dalam memperjuangkan Islam. Bertaubatlah. Hentikan adu domba dan fitnah. Eloknya anda tanya sendiri maksud tulisan Roslan.

Saya kenal anda siapa. Rakan-rakan MISNA anda turut mengeluh dengan tulisan dan hentaman serta fitnah anda. Selayaknya anda malu dari mengaku sebagai ahli Pas apatah lagi seorang pejuang Islam.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita hindarkan diri dari menulis perkara maksiat (fitnah, adu domba dll). Minta maaf kalu kutuk anda. memang saya sedih dengan penulisan anda. Semoga Allah ampunkan dosa anda dan dosa seluruh mereka yang ingin memecahbelahkan Pas yang ikhlas memperjuangkan Islam.

Salam Ramadhan.

Jangan buruk-burukkan orang lagi ye. Jadilah insan rabbani yang qarib dengan Allah.

Tulang Besi said...

Ibnu Qalil,

Saya tak faham apa yang saya salah faham?

Apa yang saya nampak, saudara Roslan telah cuba membakar perasaan semua ahli PAS supaya menentang DAP.

Bagi saya cara ini cara tidak hikmah dan merugikan PAS.

Hasutan Roslan memang la disukai oleh fraksi UMNO dalam PAS. Dan yang saya tahu, Ibnu Qalil adalah salah seorang dari fraksi UMNO dalam PAS dan juga sebahagian dari PAS Terengganu,.

Tulang Besi said...

Melayu Utrara berkata:
Ulasan:Membantu orang kafir yang memusuhi kaum Muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin antara perkara yang boleh merosakkan akidah.

Jawapan: Maknanya berdakwah dengan hikmah kepada orang bukan Islam ni sama dengan membantu orang kafir?

Mana awak belajar agama, saya nak tahu?

Tulang Besi said...

ibnu Qalil berkata:

"Saya kenal anda siapa. Rakan-rakan MISNA anda turut mengeluh dengan tulisan dan hentaman serta fitnah anda. Selayaknya anda malu dari mengaku sebagai ahli Pas apatah lagi seorang pejuang Islam."

Jawapan: Fitnah? Mana yang fitnah? Saya baca tulisan dalam Tranung Kite dan saya nampak betapa gagalnya percubaan Tranung Kite untuk mencari "fitnah" dalam tulisan saya.

Saya tak sentuh pun "fitnah" yang digunakan oleh fraksi UMNO dan PAS Terengganu di dalam menghasut Tuan Guru Haji Hadi bagi memfitnah Anwar dan Pakatan rakyat. Misalnya, 70% ahli PBT di Selangor telah pergi kepada bukan melayu. Itu adalah antara fitnah yang telah digunakan oleh Fraksi UMNO dan PAS Terengganu bagi menghasut Tuan Guru.

Kalau nak marah fitnah, pegi la jumpa Ust Nasa, tanya dia kenapa dia ada nombor telefon Saiful Bukhari dan kenapa dia cuba usahakan mesyuarat dengan Ustaz Harun Din?

melayutara said...

Tulang Besi,

Tidak perlu menilai tahap ilmu agama saya dan dimana saya pelajari agama. Saya hanyalah hamba Allah yang masih mencari ilmu dan keredhaan Allah.

Firman yang saya berikan adalah petikan yang saya ambil dari risalah bebas bertajuk "Peliharalah Iman Kita" yang di keluarkan Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia.

Terpulang kepada tafsiran politik anda ke atas firman tersebut.

Wallahualam..

Serious Shepherd said...

CHee XtheMan,

I would like to answer your inquiries on the 'zero concerns' based on what has been implemented in Kelantan:

1. zero freedom of practicing religion and cultures

Please go to Kelantan and visit the state's wats and ponder why they are still there.

2. zero ethnic root identity

I don't remember Taliban or Saudi Arabia zeroing on ethnic root identity, but I do remember a neighbouring country that butchered Islamists at Tanjung Periuk and at the same time, banned the Chinese from practicing their culture.

3. zero freedom in learning mother language

Same as 2.

4. zero to any other than "taliban'' style gov

Taliban was not elected, that's why they governed differently. Try to look at elected Islamists govt like Hamas or AK party.

5. zero freedom of speech

Do we have freedom of speech today?

6. zero choice of dressing code "ninja"

Does Nik Aziz's wife dress like a ninja? Does Dr. Lo'lo' dress like a ninja?

7. zero entertainment

Do expect reduced entertainment but on the other hand, feel free to make demands for more places of worship. That is the message that PAS wants to convey to the non-Muslims e.g. Dr. Dzulkifly visiting a church instead of night clubs.

8. zero alcohol

There is zero alcohol at Chinese schools. However, again, please look at how Kelantan restricts sales of alcohol only instead of totally banning it.

9. zero gaming

There is zero gaming at mainland China. Macao is not located at the mainland therefore, subsequent problems like triads can be contained strictly at the island.

10. zero non muslim in cabinet

Even PAS' membership is no longer 'zero non muslim'.

11. zero non halai

Please check how PAS supported the project dubbed by K-jay as Projek Khinzir Raksaksa.

12. zero temple

Again, please visit Kelantan.

13. zero church

Again, please check Dr. Dzulkifly's visit to a church

14. zero non jenis kebangsaan school

It's not zero in Kelantan if you check the Yellow Pages.

15. zero economy

Please explain further.

16. zero keadilan to non muslim

Again, visit Kelantan and have a chat with the local non-Muslims.

17. zero FDI

Ummm... are you expecting the US to impose sanctions upon us the moment PAS is in charge of the country?

18. zero do all non islam teaching

For this part, please refer to the Federal Constitution.

In my opinion, PAS should immediately take advantage of the freedom of speech to be enjoyed the moment Anwar took over the govt and use it to explain the grey areas, since the MSM under BN, not to mention MCA and Gerakan, enjoys distorting facts and instilling fear to non-Muslims on what will happen when PAS took over.

Chek said...

saya rasa kita masih jauh ketinggalan dalam byk benda.

Saya tak punya hak untuk memuji dan mengeji. Sesungguhnya itu milik Allah semata-mata sebagai tuhan kepada manusia. Jika manusia mula memuji dan mengeji sesama manusia apakah mereka ingin ambil alih taraf Allah?

Begitulah juga bila kita memutar-mutarkan kenyataan tentang bumi yang menjadi milik Allah ini dengan mendabik dada bahawa bumi ini milik semua bangsa. Ataupun mendakwa bumi ini milik Islam, milik sekular dsb.

Pertamanya, kita semua mengiktiraf freedom of exspression. baiklah. Roslan dan katakan pendiriannya, Lim Guan Eng pun sudah katakan pendiriannya. So What? Dua-dua pihak sudah nyatakan pendirian masing2 berdasarkan fahaman mrk.
maka kita terima hujah masing-masing dan kita wajar hormati pandangan kedua-duanya.

Anonymous said...

balah la pulak..dah2 salam balik cium tgan..

Anonymous said...

berhemah?

tengok saja macam mana dia kendalikan antihusam.blogspot.com

high time for him to step down as press secretary

buat habis karen je

Anonymous said...

Tulang besi

kau tu yang taksub sangat dgn Anwar Ibrahim, sampai nak tohmah Hj Hadi & Ust Nasa. Sampai kata puak2 ni gila kuasa, pasai tu nak bersekongkol dgn UMNO.

These people have been around longer than you, kena tekan teruk2 tapi tak pernah jual prinsip.

Hero kau tu, nampak peluang nak jadi PM cepat2 nak jual hak orang Melayu, api2 kebencian sesama Islam etc.

Hina sangat ke orang Melayu dalam UMNO sampai tak boleh nak duduk semeja berbincang. Yang semua Cina regardless of DAP, MCA, Gerakan boleh duduk semeja under the pretext of Chinese Chambers, Siqiu, Dong Zeong etc. untuk bincangkan kepentingan kaum dia dari segi ekonomi, perniagaan, ugama, pelajaran, etc. tak pernah pulak jadik isu.

Tapi bila melayu nak duduk semeja, heboh macam satu perkara yang busuk dan hina. Pasai apa... Pasai takut Anwar tak dapat jadik PM ke? Anyting goes as long as your idola jadi PM... orang mcm hang ni lah melayu paling busuk!!!!!!!!

gua

Sri Kandi said...

klu nk berdakwah pun biarlah secara mulia dan berhemah.. baru menang sikit dh terkinja2 nk btk negara islam..klu xde pertolongan Dap n PKR usah merasa nk pimpin kedah n Perak.. Jd jgn ckp besar..50 thn berjuang jd "lone Ranger" cuma 1 negeri je dpt tawan.. Bila dh dpt 4 negeri baru ckp juah nk tegak islam plak.. Nabi sendiri berdakwah secara berhemah dan tak memusuhi kafir yang tidak memusuhi islam.. Inilah contoh Melayu X sedar diri.. Islam x ajar "ketuanan Melayu" tapi semua bangsa hidup harmonis dan bantu membantu..Takwa paling tinggi di sisi islam bukan melayu lbih tinggi di sisi Allah.. Jadi jgn jd kacang lupakan kulit ..

Anonymous said...

Tulang Besi,

Aku pun menyampah baca tulisan ko yang mengutuk Ustaz Haji Hadi Awang. Suruh orang berdakwah tapi cara diri sendiri menasihati rakan perjuangan macam musuh ketat.. macam-macam dilabelkannya... Insaflah.. cuba selidik diri sendiri tu... jangan lah dengan ilmu agama yang ada itu terasa diri tu GAH sampai orang lain yang tak sependapat dianggap seperti MUSUH.. Dari pengamatan aku, ko yang terlebih-lebih...

Anonymous said...

Sri Kandi,

Awak pelupa lah lagi penfitnah, without PAS help there is no way that DAP can get control any state. Pas control 2 states b4 not 1 you see. Get the fact right b4 slam other. you 4get which state ahh? then let me remind you about terengganu. Ring any bell? LOL you a true blind basher....

LAZARUS said...

Singaporeans to help fight Malaysian Blog Ban…I am calling other Singaporeans to do similar support to Malaysian bloggers and fighters, help them now, and later we will need them to help us. This healthy collaboration must get started. Go to http://margeemar.blogspot.com

Anonymous said...

Found an interesting article:

http://margeemar.blogspot.com/2008/08/beware-fake-malaysia-today-site-is-trap.html


BEWARE: FAKE MALAYSIA TODAY SITE IS A TRAP!

The Malaysia Today website has been hacked and defaced. This follows a report by Malaysiakini that following a directive from the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), internet service providers are not allowing access to Malaysia Today.
Just as this happened, the Malaysia Today site http://www.malaysia-today.net/ went off line.

Then, lo and behold this new ‘Malaysia Today’ site appeared http://www.malaysiatoday.com/
This Scribe was rather suspicious and checked out the site. Guess what folks, a Little Black Bird informed The Scribe that this is a phony Malaysia Today site set up by the Boyz in Blue to track down those who were leaving their comments on Malaysia Today.

Remember the raid the Police made a few days ago on RPK’s home? The BN/Umno regime and their lap dogs the Police, were frustrated that RPK, like the true Patriot and Gentleman he is, refused to reveal the IP Addresses of those giving their comments in Malaysia Today.

***** PLEASE SPREAD THE WORD AROUND - AS FAST AS POSSIBLE *******

Anonymous said...

Oiii Tulang Besi Kalau dah rasa Anwar tu idola awak, dan asyik mengutuk pemimpin parti PAS dan ahli-ahlinya yang lain, pergilah masuk parti PKR tu. Pelik sesungguh-sungguh pelik tulang besi ni, Tuan Guru Nik Aziz pun tak semacam awak walaupun berbeza pendapat dengan Tuan Guru haji Hadi awang...

remaja pas sederhana said...

Kau ni memalukan jerk...blajar agama kat mana?cakap mcm orng bodoh yg memalukan islam...ckp pasal hikmah...diri sendiri xberhikmah pun..buat malu jerk...apelah...aku rasa lebih baik kau masuk DAP atau UMNO...konon pas,tp kutuk2 pemimpin...dah gila kuasa eh?sudahlah..kau ni memang jenis kau jer yang betul...orang lain smua salah...dahlah tuh fitnah roslan tu...dahalah aku malas nak tulis bnyk2...karang tanya aku blajar agama mana plak...tp skurang2nya aku xperangai busuk mcm kau...

Anonymous said...

roslan sms lives in kelana jaya,lol!!haiyaah..dats d trouble with those who try to over act..lol!!sudahlah,umno fellas in pas..game dah over..u fellas r facing defeat after defeat..umm,me thinks the all mighty is working against u fellas..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.