Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 17, 2008

Ahli PAS Harus Memilih: Tok Guru atau Mustafa Ali

Nampaknya ia sudah sampai ke persimpangan ini. Keseluruhan ahli PAS yang berjumlah 1 juta orang terpaksa memilih satu antara dua: memilih jalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau memilih jalan Mustafa Ali. Tidak ada jalan tengah, tidak ada ruang bebas, tidak ada berkecuali.

Perbezaan Jalan Mustafa Ali Berbanding Dengan Jalan Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru mahu supaya PAS mengikut dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini bermakna PAS harus bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pusat. Ia juga bermakna keseluruhan ahli parlimen PAS harus bersama Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan tersebut.

Sebab musabab yang diberikan adalah:

a. Ianya adalah keputusan Muktamar PAS Pusat di Ipoh baru-baru ini
b. PAS telah komited dalam Pakatan Rakyat sejak mula
c. UMNO pernah menikam PAS dari belakang, dan masuk BN semula akan mendedahkan PAS kepada pengkhianatan semula
d. PAS komited dengan agenda "Negara Kebajikan". Tidak mungkin PAS akan mampu untuk melaksanakan agenda tersebut di dalam BN
e. Kedudukan ISlam dan Melayu terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia bererti risiko tersebut hampir tiada
f. PAS akan mendapat kebebasan yang lebih besar di bawah kerajaan PR untuk menyebarkan Islam.

Mustafa Ali mahu PAS keluar Pakatan Rakyat dan masuk BN sekaligus menguatkan kedudukan Pak Lah dalam kerajaan.

Alasan yang diberikan adalah:

a. Anwar agen Yahudi dan Agen Amerika
b. DAP anti Islam dan cuba untuk menhapuskan azan sebagai contoh di Selangor.
c. Kerajaan baru PR ini tidak menjamin kedudukan Islam dan Melayu.
d. Kerajaan PR tidak mahu melaksanakan Islam. Kerajaan BN akan melaksanakan Islam (???)
e. PAS akan dikhianati oleh Anwar. PAS tidak akan dikhianati BN.
f. Ada bukti Anwar Ibrahim melakukan liwat(antara alasan awal2 dahulu yang dipakai dan agak efektif juga)

(Nota: Setakat ini, hujjah Mustafa Ali ini tiada bukti. Hanya sekadar mainan di bibir sahaja).

Mengapa Pilihan Ini Sugguh Sukar Kepada Ahli PAS?

Mudah sahaja jawapannya. Mustafa Ali berjaya mendapat sokongan dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri. Malahan, isu ini menjadi sangat sukar kerana sokongan Tuan Guru Presiden. Sekiranya Tuan Guru Presiden tidak menyokong Mustafa Ali, saya jamin 100% perkara ini tidak akan kontroversi langsung.

Saya secara pribadi, sekiranya diizinkan Allah, akan pergi ke Kaabah dan berdoa untuk Tuan Guru Presiden semoga hatinya dibuka oleh Allah SWT untuk menilai mana yang benar dan mana yang tipu semata-mata.

Senarai Penyokong Setakat Ini

Penyokong-penyokong Mustafa Ali boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Presiden dan Timbalan Presiden (Nota: Timbalan Presiden ni memang sejak dahulu lagi menjadi kuda beban kepada Mustafa Ali. Nampaknya beliau masih tidak mampu pecah dari kepompong tersebut walaupun telah menjadi Timbalan Presiden. Dia tidak tahu yang semasa beliau mencabar Ustaz Hasan Shukri dahulu, Mustafa Ali tidak bersetuju beliau menjadi calon Timbalan Presiden)

b. PAS Terengganu yang dipimpin oleh beliau. Termasuk yang menyokong beliau adalah musuh tradisi beliau Ustaz Harun Taib

c. Ustaz Halim Abdul Rahman, kalau dari Kelantan

d. Rata-rata golongan veteran dan golongan yang dipanggil "matahari jatuh" kerana mereka hampir tiada masa depan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang baru ini.

e. Pada mulanya, sebahagian besar ahli Dewan Ulama dan Majlis Syura. Tapi, sekarang ini keadaan ini sudah berubah.

Penyokong Tok Guru pula, tak perlulah saya terangkan siapa dia kerana semua sudah maklum. Ada blog "bodoh" panggil penyokong Tok Guru ini "kumpulan Erdogan". Kalau macam tu, kumpulan Mustafa Ali ini kita panggil pula kumpulan Erbakan.

Dengan kata lain, ini adalah pertembungan antara kumpulan "menang"(Erdogan) lawan kumpulan "Erbakan" (kalah). PAtulah kumpulan kalah ni nak sangat PAS masuk BN.

Perpecahan yang Tidak Dapat Dielakkan

Nampak gayanya perpecahan ini tidak dapat dielakkan. Ianya ibarat sewaktu zaman Saidina Ali berhadapan dengan Muawiyah bin Abu Suffian serta Saidatina Aishah. DI kala itu, semua sahabat terpaksa membuat pilihan. Samada menyebelahi Saidina Ali ataupun Muawiyyah atau Aishah. Tidak ada jalan tengah.

Sewaktu PAS masuk BN dahulu pun, ada sekelompok ahli PAS yang bertawaqquf (yang dipimpin oleh Pak Yazid). Tapi, sekarang ini nampaknya perpecahan ini akan lebih teruk lagi.

Maklumat yang saya dapat ialah ahli-ahli Parlimen PAS yang condong kepada Mustafa Ali telah berkata bahawa mereka akan lompat ke Barisan Nasional sekiranya kerajaan Pakatan yang baru ini terbentuk. Ini bermakna perpecahan dalam PAS ini tidak dapat dielakkan lagi.

Harapan Terakhir Mengelakkan Perpecahan

Tiada jalan lain, kecuali keseluruhan ahli PAS mengambil sikap teguh di belakang Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Sekiranya ini berlaku, maka puak2 fraksi UMNO ini akan menjadi minoriti dan mereka kemudiannya terpaksa bertawaqquf sekaligus mengelakkan perpecahan di dalam PAS.

Saya berdoa semoga perpecahan dalam PAS ini dapat dielakkan.

Tulang Besi

ps ikuti sedutan ucapan Tok GUru Nik Aziz baru-baru ini




64 comments:

Anonymous said...

please lah brother,
even the Chinese, Indians and some UMNO Malays love this Nik Aziz.

can't say the same thing who is the other guy????

Anonymous said...

i am new to politics. but it is very obvious for PAS members who they should support, it will be TGNA. he is superb, look at how successful he is in Kelantan. Salute to TGNA, May Allah Bless Him. May Allah guides all of us in making the right choice.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

الرَّحْمـنِ الرَّحِيم

مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين

إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

-kelab penyokong PAS

Anonymous said...

Kami tolak Mustafa Ali dan kuncu-kuncu nya secara habis-habisan dengan matlamat singkirkan mereka dari Parti - dan jika Presiden Parti pun menyebelahi Mustafa Ali maka kami akan juga tuntut Presiden latak jawatan dengan segera.

Pakcik Serendah said...

Isu sekarang bukan lagi berkenaan parti politik, ia isu melibatkan MARUAH AGAMA DAN BANGSA MELAYU. Melayu kena bersatu. Dato Nik nampak lebih emosional kerana benci pada UMNO dan kami dari negeri luar kelantan faham. Tapi didalam keadaan sekarang, jika Anwar memerintah, dia dikelilingi oleh mereka-mereka yang bukan Islam dan orang Islam yang nama saja Islam.
Lihat contoh-contoh seperti tindakan YB Teresa Kok, RPK dan sebagainya. Ini belum lagi memerintah kalau sudah, habis kita.
Saya bukan orang UMNO dan sebagai orang melayu/islam biasa yang sudah berumur setengah abad, saya dapat lihat perkembangan Islam di negara kita. Disekolah-sekolah kebangsaan, di Universiti, disyarikat-syarikat swasta dan sebagainya. Satu sebab utama mengapa orang cina/india mengetepikan UMNO ialah risau nya mereka dengan perkembangan nur Islam di Malaysia. Didalam masa sekarang bilamana UMNO didalam keadaan hampir tumbang disebabkan perpecahan orang melayu, pertolongan dari PAS sangat diperlukan. Sekurang-kurangnya kalau benci sangat dengan UMNO, keluar dari Pakatan Rakyat dan bersendirian, sudah mencukupi dan lebih mulia.
Kami percaya, Haji Hadi dan rakan-rakannya mempunyai pandangan sebegini. Kita tahu siapa DAP, mereka yang mahu melupuskan hak keistimewaan orang melayu/islam, kita tahu siapa PKR, orang-orang melayu nya adalah bekas UMNO yang tidak puas hati dan cemburu kerana tidak dapat kontrak kerajaan secukupnya.
Kita tahu juga siapa Anwar Ibrahim, pentingkan diri sendiri dan akan setuju dengan siapa saja asalkan niatnya nak jadi PM tercapai. Kelentung, tipu dan sandiwara permainannya.

Jika Pakatan memerintah, saya 100%setuju jika Tuan Guru HAji Hadi jadi PM tetapi ia tidak akan berlaku kerana DAP dan PKR akan mentertawakan PAS. Tolong fikir-fikarkan lah....lihat pada perkara yang nyata.

Anonymous said...

pakcik serendah @ tipikal close minded-umno

sejak bila dasar DAP untuk hapuskan Melayu? UMNO perjuangkan melayu ke? kuasa raja-raja Melayu pun dikurangkan oleh UMNO. melayu mana yang UMNO perjuangkan pun aku tak reti ni.

Islam disebarkan melalui dakwah bukan kuasa. Nabi Muhammad SAW tolak dari ambil kuasa jadi pemerintah Makkah tapi lebih rela berdakwah secara susah payah untuk Islam. Apa untung menyokong Pakatan Rakyat? PR menjanjikan peluang lagi banyak untuk Islam disebarkan. Lagi mudah dan senang untuk kita berdakwah... DAP dan PKR perjuangkan kebebasan, freedom. Inilah peluang yang perlu kita rebut! Peluang untuk memudahkan kita berdakwah!

Selama ini Umno yang menyusahkan kita dari berdakwah. Selama 51 tahun memerintah, apa jenis Islam yang Umno tolong dakwahkan??? Umno mencipta Islam Baru/Islam Hadhari... Islam mana yang Umno perjuangkan ni? Islam yang Allah kata ad-deen atau Islam yang Umno sebagai penciptanya?

Anonymous said...

Saya tidak minat politik tapi apa yang terjadi sekarang amat menakutkan. Saya amat takut dengan apa yang di bawa oleh DSAI dan orang-orang disekelilingnya. Di saat kita inginkan perubahan, adakah kita perlu mengorbankan agama dan bangsa. Bangsa Melayu masih ditindas diluar sana, lihat sahaja di sektor swasta, gaji anak Melayu dibandingkan dengan kaum lain, peluang untuk mendapatkan pekerjaan sangat tipis walaupun mempunyai kelayakan. Kesamarataan itu perlu tapi mungkin belum masanya lagi, selagi kita tidak bersatu, selagi itu kita membenarkan diri dan bangsa kita dilagakan. Kaum lain semakin gembira dengan 16 September, bagi saya, ianya mungkin titik hitam kepada Melayu di luar sana. Saya hanya orang kecil dan tidak adil, kehidupan orang kecil ini dipermain-mainkan oleh orang politik semata-mata bagi kepentingan diri sendiri.

Go!Malaysian... said...

SAPP leaders’ presence at DAP forum!!!

got photo for a prove!!!

see here!!!

http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-sapp-leaders-presence-at.html

kucingsiam said...

meow~

apalah pak serendah ni ... org cina / india ketepikan UMNO kerana risau UMNO bawa nur islam?? hang betul betul kena periksa kepala.
Sejak bila UMNO tu pembawa nur islam? Kenapa pula cina/india memenangkan calon PAS pula dalam PRU yang lalu?

kalau pak serendah rela hidup dalam negara yg pemimpinnya memakai topeng islam tetapi kuat makan rasuah, silakan. kucingsiam kalau nampak politikus seperti itu, baham saja.

Anonymous said...

saya bukan ahli umno atau pas atau pkr tetapi beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU,renung renunglah dan fikir-fikirlah semasak-masaknya tentang pergolakan politik sekarang. Org Islam berpecah-belah dan org kafir sedang mengambil kesempatan menanguk di air yg keruh. Lihat sahaja dgn Teresa Kok yg berani mempersendakan Islam dan juga RPK tetapi ada juga org ISLAM yg menyokong dan membela mereka ini.Kalau boleh Pas keluarlah dari PR. PR tidak memperjuangkan Islam dan pemimpin PR hanya mahu menjadi PERDANA MENTERI.PAS keluarlah dari PR.

perawan muda said...

Memang tidak dinafikan bahawa kesanggupan PAS bersatu dgn DAP dan PKR utk mejatuhkan dominasi UMNO patutlah dibanggakan.

Ianya telah mengorak langkah kearah perubahan yg kalau dulunya 'impossible' tetapi sekarang sudah menuju dan mungkin secara optimis nya akan menjadi 'reality'.

Percaturan politik didalam sosio-budaya masakini yg lebih dinamik dan terdedah kpd kepelbagaian 'idea' mestilah lebih 'fluid' dan radikal dari norma-norma yg mungkin 'taboo' sebelum ini.

Utk mengelakkan perpecahan ummah akibat dari perbezaan pendapat didalam percaturan politik, mungkin jalan yg terbaik utk menghadapi perubahan adalah dgn membubarkan PAS.

Atau pun merubah PAS dari sebuah parti politik kpd satu badan amal dan kebajikan secara keseluruhan.

Itu adalah cara utk mengharungi jalan menuju masa depan yg lebih cerah adalah dgn membuangkan 'Race' and 'Religion' dari political equation.

Sama-sama kita tabah dan memohon keredhaan illahi dlm mencorakkan masa depan yg lebih cerah dan ideal utk Rakyat Malaysia keseluruhannya.

Salam REFOMASI.

Tulang ikan said...

Mana2 negara didunia pertukaran tampuk permerintahan adalah perkara biasa.Orang Melayu Islam jangan jadi bodoh spt yg telah diperbodohkan selama 51 tahun. Umno kekayaan utk kroni,rasuah makin berleluasa dan contoh paling baik rasuah adalah dalam pemilihan calun2 dalam parti itu sendiri - Derang ni dah sampai tahap kronik.Kita dibodohkan dengan harga minyak, tangkap ISA utk menyelamat konon,Islam ada had ada hari dan mcm2 lagi.CUKUPLAH!!!
Sebenarnya ubat yg baik utk UMNO ialah mereka ni pulak duduk di bawah.

Kita beri peluang pada Anwar utk membuat perubahan dan kita lihat apakah Islam,Melayu dan rakyat lebih baik. Kalau tak, kita tukarlah next election, apa yang susah sangat. Rakyat dah bijak bukannya mcm orang separuh abad tu yang tak boleh berfikir.

Pakcik Serendah said...

Meow,

Pakcik rasa kamu ini budak lagi. Pakcik dan kami yang sebaya dapat lihat perkembangan negara kita masa tahun 70an, 80an, 90 an dan sekarang. Kemudahan untuk orang Islam beribadat sempurna, dulu disyarikat swasta sembahyang jumaat pun tidak boleh, jangan nak adakan surau, sekarang, tak payah suruh, pihak syarikat dah sediakan. Sekolah-sekolah agama bersepah dimerata tempat, dizaman pakcik sekolah agama pondok adalah, tapi kebanyakan nya di kedah dan kelantan (yang pakcik tahu).
Dulu sekolah agama dipandang rendah, sekarang sekolah agama sama taraf, kalau tidak lebih bagus. Jadi, kalau meow kata kerajaan BN menghalang perkembangan agama islam, itu tak betul sama sekali.
PAS ada agenda tersendiri dan mereka mahu lakukan lebih dari apa yang UMNO lakukan. Selama ini, Umno mempertahankan quota bumiputra/islam didalam bidang pelajaran, pertolongan yang nilai nya berbillion-billion melalui MARA dll. Yang ambil kesempatan memang tidak dinafikan, tetapi jumlahnya sedikit. Orang melayu/islam dapat faedah sudah berjuta. Jangan disebabkan nila yang 5 atau 6 titik, pentakbiran kebajikan orang melayu/islam disandarkan kepada orang-orang islam dan bukan islam yang mempunyai ideologi sekongkol dari awal iaitu, menentang hak keistimewaan orang melayu/islam yang dikecapoi sekarang. Jangan nati cucu-cucu kita ungkit seperti kami yang sentiasa mengungkit kenapa Singapura diserahkan kepada kaum cina dulu. Ini kenyataan yang kita kena fikirkan juga...

Anonymous said...

Mungkin masa kita cuba bergerak dalam paradigma yang baru. Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.

Seperti Tok Guru kata "tak kan nak duduk berseorangan sokmo?"

(Maksudnya lebih kurang: masakan PAS mahu bersendirian sepanjang masa?)

Sampai masa kena cuba-cuba masuk majlis juga.

Tampilkan peribadi mulia dan hasrat murni sejagat dalam meningkatkan martabat bangsa dan martabat manusia melalui penghayatan Islamiah dan sumbangan dinamis PAS dalam interaksi kehidupan manusia berbagai kaum yg semuanya ciptaan Tuhan belaka.

Bertaqwa dan berlumba-lumba membuat kebaikan, untuk semua.

Anonymous said...

pakcik serendah, bagus engkau pergi check otak engkau tu. Umno tu dah lapuk idea. Mempertahankan bangsa melayu? Pirahh ler pakcik. Cerita UMNO macam ni, yang elite dalam UMNO tu akan bertambah kaya sampai nak bawa duit gi Australia, rumah bertingkat tingkat, bini muda penuh ngan mas hiasan, cuit kat eropah. Tak percaya ? cuba gi tengok waktu perhimpunan UMNO di PWTC setiap tahun, kat luar penuh ngan kereta mewah manakala makcik2 pakcik2 kat dalam kena pakai bas buruk dari jauh dan bersila kat depan pintu. Yang elite plak kat dalam berrestaurant mewah dingin. Hah, yang ni cerita sebenar. Aku pernah ikut rombangan UMNO masuk kampung masa PRU. Kami tak boleh guna kereta kami dan terpaksa pinjam kereta buruk kancil semata mata nak tarik perhatian orang kampung yang kami ni orang UMNO ni sincere kuat kerja dan konon2 kami ni benor2 nak tolong. Aku dah meluat ngan taktik UMNO. Yang kena tipu orang bawah. Yang menipu orang atas. Bila orang bawah sedar apa yang berlaku, orang atas terus salahkan kaum lain dan pakai berbagai taktik kotor untuk tarik perhatian. Tapi yang salah memang tetap salah. Tapi yang HARDCODE orang UMNO tu berani telan kesalahan? Tak mungkin kerana ego mereka dah sebesar planet ni. Pengajaran, Jangan salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri mak oiii. Tolong cerminkan diri sendiri untuk memperbaiki kesalahan tu. Kalau nak bincang pasal Islam. Cuba ler pikiaq dulu. Islam bukan untuk satu bangsa aje tau.

Anonymous said...

Anonymous, kau ni bagus la... penuh hormat pada mereka yang lebih berusia. salam perkenalan, ini yang dinamakan islam

Anonymous said...

ORANG INDON, ORG BANGLA, ORG MYANMAR, ORANG ASLI , ORG CINA, ORG INDIA TAK DAPAT SUBSIDI BOLEH HIDUP PUN, MALAH STANDARD OF LIVING MEREKA JAUH LEBIH TINGGI. TAKKAN LA MELAYU YANG TELAH DIBANTU OLEH SUBSIDI UMNO??????????? TAK BOLEH HIDUP!!!!!!!! FIKIR FIKIR KAN LAH!

Anonymous said...

Hi Tulang Besi,

Look like the azan issues have really made a deep impression on the PAS support.

Pleas translate the infos on this site - http://malaysianshares.blogspot.com/

It has a very detail account of the whole Teresa/azan debacle.

Yr effort will help to enlighten yr fellow PAS members about the evil of umno in this incident.

aku said...

DI kala itu, semua sahabat terpaksa membuat pilihan. Samada menyebelahi Saidina Ali ataupun Muawiyyah atau Aishah. Tidak ada jalan tengah. - TB, kalau tak silap gua ada diantara para sahabat yg tidak menyebelahi mana2 pihak.

abdullah-al-selangori said...

PAS will stay the Tok Guru Nik Aziz course, and will never go anywhere, neither will it join AMNO or give AMNO's agents like Musatafa Ali any chance to have an influence inside PAS. His days are up and he can go and join AMNO. We don't need him and we don't recognise him. He is too much and has no dignity, respect and trust. How much can we wait for him to leave us alone? If he is interested in AMNO, well go and ahead and join and get what you want from them; after all, his elder brother joined AMNO before the elections, but don't drag PAS into your shenanigans and make PAS look bad in the eyes of its Muslim and non-Muslim supporters.

Abdullah al-Selangori

Anonymous said...

Pakcik Serendah dan kawan-kawannya,

Masalah korang ialah korang dah kene brainwash dengan penipuan UMNO sejak zaman Dr. Mahathir lagi. Bila masa pulak UMNO pertahankan Islam? Pertahankan poket sendiri ade lah.. Bila masa pulak UMNO bawak nur Islam? Bawak cahaya casino genting ade lah.

Korupsi sana sini, menipu rakyat hari-hari... Inilah dia syaitan bertopengkan manusia. Main tipu masa election, pastu sekarang berbangga dengan 'mandat' yang diorang dapat.

Mungkin Pakcik Serendah dan kawan2 dah lupe taktik kotor yang dimainkan oleh UMNO semasa TGAHA jadi MB terengganu. habis royalti Petronas kene kebas. Berapa juta kerajaan dan raktay terengganu rugi? Ataupun semasa tahun 2004, siapa yang menakut-nakutkan bukan Islam.. kononnya PAS akan memenggal tangan mereka dengan hukuman hudud, sampai begitu ramai takmau sokong PAS

Rakyat nak perubahan. Parti yang kotor sukar untuk berubah, sebab pemimpin2nya tidak sanggup meninggalkan amalan2 keji mereka. Harta dunia sangatlah penting untuk mereka. jadi mereka gunalah taktik lain (taktik lama sebenarnya), kononnya tanpa mereka, habislah orang melayu akan dijadikan hamba orang bukan melayu.. kuasa melayu akan lenyap, dan orang melayu akan jadi hamba di tanah sendiri..

lepas tu ape lagi yang terjadi? Orang2 macam Pakcik Serendah akan tertipu dengan pembohongan mereka (walaupun mereka tau Islam mengharamkan diskriminasi perkauman).

Aku berdoa, semoga orang2 macam Pakcik Serendah ni cuma golongan minoriti.

Generalismo

Anonymous said...

THe Abdullah resuffle and swapping of posts and shutting the door on Tengku Ku li for good may help Anwar as he may force Tengku Ku li to side with him with Anwar offering Ku Li 3 years of leadership while he (Anwar) takes over the DPM’s post and strengthens Pakatan. The Age newspaper reported today such scenario is possible. With Abdullah and Najib closing the door on Ku li, I’m sure it will provide an opportunity for both to consider many other options and this scenario was also speculated on by the Financial Times in May, this year with an aid of Ku Li saying "in politics, everything is possible." This will also help Anwar as Ku Li is part of the Royalty and the King is married to his (ku li’s) niece, which makes him a tick in getting the King’s permission to form a federal govt. With Anwar bringing like 20 MPs and Ku li 10 MPs, or Anwar bringing 25 and Ku li 5, then we don’t need to wait any longer and I can bet on this option. Mahathir can’t influence the situation because in AMNO, you have to have power for you to be an effective person and that’s why he has left when he couldn’t make it. So, watch this space!

Augustinian Successor said...

pakcik serendah,

Mengapa begitu emosional sekali? Asyik-asyik tak berhenti semangat mengapi-apikan semangat perkauman. Kita-kan semua rakyat Malaysia. Melayu itu Malaysia, Cina itu Malaysia, India itu Malaysia, Kadazan itu Malaysia, Iban itu Malaysia, Orang Asli itu Malaysia, Serani itu Malaysia dan sebagainya. Wahal Najib pub akui dalam laman web terbarunya bahawa kita semua serata-rata orang Malaysia, tiada perbezaan.

Saya memberi nasihat sebagai selaku saudara Malaysia supaya pakcik bertaubat dan tinggalkan kejahatan. Fitnah itu memang dosa besar. Jangan keraskan hati ... makin lama, makin parah ...

Mari-lah bersama mara ke arah perpaduan and menyemarakkan semangat ke-Malaysia-an.

Augustinian Successor said...

pakcik serendah pun kena faham, kita mesti mempertahankan ke-Melayuan. Tapi yang mengikis, menghancurkan, ke-Melayuan itu adalah Umno sendiri. kita mesti pertahan tanah rizab Melayu? Siapakah petualangnya? kita mesti pertahankan tanah wakaf? Siapakah petualangnya? Datanglah ke Pulau Pinang dan tengoklah Melayu Pulau Pinang yang hidup tertindas dan diabaikan oleh Umno sendiri. Rujuklah kes tanah wakaf Kampung Makam, Datuk Keramat di Jelutong. Rujuklah kes perkampungan Melayu di Tanjung Tokong, dan sebagainya. Bandingkan orang Melayu dengan Ahmad Ismail, di situlah terletak pangkalnya.

Perpaduan orang Melayu bukan isu tapi kepentingan orang Melayu. Tidak gunanya jikalaulah kononnya ada perpaduan Melayu tetapi orang Melayu terus ditipu, dihina, ditindas, ditikam belakang, dan sebagainya.

PAS tidak akan menyertai Umno kerana perjuangan PAS adalah untuk membela nasib orang Melayu berlandaskan Islam. Saya orang Cina and Kristian ingin menegakkan Perlembagaan Malaysia bersama saudara saya di PAS dan sesiapa pun termasukklah Umno dan orang seperti Ibrahim Ali untuk memertabatkan rakyat Malaysia.

Wahai, pakcik serendah sedarlah. Kita mesti membela nasib orang Melayu dan juga Bumiputera yang lain termasuklah Orang Asli.

Salam reformasi kepada semua rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku, Malaysia tanah tumpah darahku ...

Anonymous said...

This blog tak habis2 nak pecah belahkan orang2 PAS untuk tujuan supaya DSAI bole jadi PM... Jangan kata muzakharah sesama Islam, satu parti pun nak dipecah belahkan supaya kegilaan seorang manusia nak jadi PM tercapai..

Sedarlah, mereka2 yang kau seranah dan tempelak tu dah lebih lama dalam perjuangan Islam dan PAs. Mereka dah melalui macam2 dugaan dan tak pernah menjual prinsip kerana pangkat atau wang ringgit. Tu pasal berulang kali, orang PAS perlu ingat perjuangna kita untuk mencari kemenangan di akhirat. Walaupun sebelum ni PAS macam parti kecil yang punga kuasa di Kelantan & Terengganu, tetapi dihormati kerana tetap teguh atas landasan Islam. Tetapi sekarang ramai puak2 yang muda dan kononnya bijaksana dan pandai strategi dan mula nak membawa PAS ke landasan yang terbalik. Ramai pulak sebenarnya orang2 PKR yang ditanam dalam PAS. Orang mcm Tuan Guru Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Mustafa Ali, Harun Taib, dah terbukti kekukuhan perjuangan mereka lebih 30 tahun. Jangan nak persoalan keikhlasan mereka dengan pelbagai tohmahan yang mereka tamak kuasa atau dah dibeli oleh UMNO. Yang lebih logik ialah pencacai yang baru2 seperti Husam , Dr Hatta, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad dan seumpamanya ni belum teruji lagi keikhlasannya. Kalu dari segi logik, mereka nilah yang termakan gula2 yang dihulurkan DSAI, yang berupa jawatan dan sebagainya.

Dan pencacai macam Tulang Besi ni, mungkin mengharapkan cebisan2 serdak2 daripada kekuasaan yang nak dikecapi....

Ingat la.. Kemenangan yang paling penting, ialah kemenangan diakhirat kelak. Jangan kita cepat nak menjaja untuk itu semua untuk capai kemenangan di dunia ni sahaja... Dan berhentilah lah memfitnah dan memecah-belahkan orang2 Islam..

gagasan

Anonymous said...

Jangan percaya si penipu nih...Ahli2 PAS tak perlu memilih apa2... Pendapat ang berbeza tak semestinya perlu berpecah belah

Tapi kalau perpegang prinsip " we'll do whatever it takes so that Anwar Ibrahim will be PM", susah le gamaknya..

gua

Anonymous said...

Hang tu yang kena taubat dulu la bro... henti keja sia2 memecah belah orang2 islam...

nol

Augustinian Successor said...

Usahlah nak menabur fitnah terhadap PAS di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Kebenaran itu kebenaran. Hari 1+1=2, besok kemudian pun sama dan untuk selama-lamanya. Kebenaran itu kekal abadi.
Kita semua tahu bahawa telunjuk orang seperti Asri Muda (yang telah mati) kita tidak boleh contohi dan ikut, malah kita diseru untuk menjauhi jikalaulah iman kita nak pastikan tidak tercemar.

Sudahlah, dengan memperbodohkan orang Melayu dengan semangat perkauman dan membangkitkan isu agama sengaja untuk cuba menaburi mata orang Melayu.

Mudah sahaja: Kita tahu apa itu kebenaran. Yang paling penting kita jangan keraskan hati. Kerana peluang untuk bertaubat akan semakin lemah.

Jangan kita lupa adanya Hari Akhirat. Ini bukan cerita dongeng tetapi Kebenaran.

Mari-lah kita bersama-sama menjauhi fitnah Umno dan meneruskan perjuangan menegakkan Perlembagaan Malaysia dan ketuanan rakyat.

Hidup Pakatan Rakyat!

Augustinian Successor said...

Marilah saudara Islam saya bersama-sama menolak fitnah orang umno dan menyeru mereka supaya bertaubat.

nol, usahlah hendak memecah- belahkan orang Melayu. tidak perlulah memperbodohkan orang Melayu ... kalau u tak nak bertaubat ... itu hak u ... tetapi, ingat ada habuannya kelak. itu kitak tak boleh lari ...

Augustinian Successor said...

Saya cukup yakin Haji Hadi Awang mempunyai pendiriannya sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan faksi pro-Umno dalam PAS. Jadi, usahlah Umno bergiat nak menganyangkan perpaduan PAS dan memperalatkan faksi Umno. Mengapakah orang Umno sanggup meggadaikan jiwa orang Melayu? Adakah ke-Melayuaan itu satu kehinaan?

TIDAK!

Augustinian Successor said...

nol dan geng,

Dengar sini baik-baik ... Melayu Pakatan Rakyat, baik PKR, PAS dan DAP tidak gentar dengan ancaman dan ugutan halus atau kasar "musuh dalam selimut" baikpun mereka yang nak memecah belahkan orang Melayu dan Islam. Kita akan terus mara ke arah perpaduan rakyat, ketuanan rakyat dan menyambut alaf yang baru untuk Malaysia.

Ke arah Malaysia Baru!

Augustinian Successor said...

Anwar Ibrahim, Deo volente (God-willing), akan menjadi PM baru Malaysia nanti. PM untuk semua ... PM yang menegakkan Perlembagaan Malaysia dan ketuanan rakyat. PM yang mempertahankan prinsip-prinsip Rukunegara.

Augustinian Successor said...

Saya nak memberi peringatan ..

Mereka yang bersekongkol dengan kongsi gelap cina tidak mampu untuk mempertahankan kedudukan istimewa dan hak orang Melayu, menegakkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan menjaga kebajikan dan kepentingan orang Melayu.

Jadi, mereka masih ragu-ragu mempunyai pilihan yang cukup mudah ... di antara Pakatan Rakyat yang mempromosikan Negara Berkebajikan ataupun Barisan Nasional yang masih digenggam oleh latar belakang neo-kolonialism. Jangan lupa mendiang Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian dan Koperasi yang ingin melaksanakan polisi menubuhkan koperasi untk membantu petani Melayu supaya kurang bergantung kepada pemborong Cina ditendang keluar dari parti. Jangan lupa visi dan aspirasi Datuk Onn Jaafar untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia di bawah Umno ...

Augustinian Successor said...

Jangan sekali lupa mendiang Jalil Ibrahim yang dibunuh dengan kejam oleh samseng-samseng di Hong Kong kerana menyiasat skandal BMF ...

Augustinian Successor said...

Pakatan Rakyat bersolidariti dengan Melayu di Kampong Makam, Datuk Keramat, Jelutong; Kampung Tanjong Tokong; Kampung Sama Gagah di Permatang Pauh, Kampung Pantai Merah di Melaka; di zon-zon FELDA seluruh negara; dengan penternak udang kerpan di Kedah; penduduk setinggan Kuala Lumpur dan sbg.

Augustinian Successor said...

Jikalau-lah Umno meneruskan agenda jahatnya untuk menyemarakkan sentimen perkauman dan agama, maka ini akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno.

Umno sudah melampaui batas. Kurang ajar. Kongsi gelap cina tak nak lawan; mereka yang anti-Melayu dan anti-Islam tidak nak lawan, tidak melalukan jihad tetapi mereka yang berjiwa rakyat ditahan di bawah ISA pulak.

Biarlah Umno keraskan hati ...

Anonymous said...

Macam orang Kelantan tolak UMNO dan tukar kpd PAS w/pun siksa seketika, rakyat Malaysia sekarang elok tukar dari BN kepada Pakatan Rakyat.

Bagi peluang kepada orang lain pula tunjuk kebolehan mereka mentadbir negara.

Lepas tu kalau nak tukar lagi boleh. Rakyat matang, negara maju.

Augustinian Successor said...

Ya ... seperti rakyat Kelantan ... kita nak kerajaan ihklas menerapkan nilai-nilai Islam and memperjuangkan dan menegakkan Islam. bukan kerajaan yang bankrup dari segi moral dan juga ketandusan "political will" ... keazaman politik.

Kita sedang menunggu ... bila Umno akan patah lehernya kerana terlalu keras ...

Augustinian Successor said...

Wahai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sedar-lah, jangan lagi diperdaya oleh umno, diperalatkan oleh umno ...

jangan sekali-kali lupa perjuangan PPIM untuk menjaga kebajikan para pengguna Islam di Malaysia. tak-kan dah lupa bahawa hanya beberapa minggu yang lalu adanya kes yang melibatkan kurang ajar ah long cina yang bersekongkol dengan polis Cheras untuk mengugut dan mengancam nyawa seorang pengguna Melayu yang terpaksa melangsaikan hutangnya. Polis yang sepatutnya mempertahankan keselamatan dan memerangi anasir-anasir jahat pulak yang berpuak dengan si ah long yang kurang ajar!!!

Fikir-lah baik-baik ... mereka yang menindas orang Melayu bukanlah yang dibawah ISA sekarang.

Augustinian Successor said...

Jangan sekali menidakkan perjuangan suci pegawai-pagawi PPIM yang menangkap ah long itu uang berpistol dan sekali gus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai orang yang beriman.

Wahai PPIM, jangan lagi diperbodohkan atau diperalatkan oleh mereka yang tidak telus dan ihklas.

Augustinian Successor said...

Ayuh, marilah kita mengerjakan ibadat suci untuk terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat yang berikhtiar untuk menubuhkan kerajaan baru secara sah.

Anonymous said...

Bangsa Melayu masih ditindas diluar sana, lihat sahaja di sektor swasta, gaji anak Melayu dibandingkan dengan kaum lain, peluang untuk mendapatkan pekerjaan sangat tipis walaupun mempunyai kelayakan.
----------------------------------

Kesian barua UMNO ni..UMNO dan geng teleh memerintah lebih 50 tahun..apa yg mereka tlh lakukan utk menaikkan taraf org melayu hah?Tak malukah,sampai hari ni,banyak kampung kampung dilanda kemiskinan dan akibat kemiskinan ni,banyak remja tlh jadi penagih dadah..Di Terengganu,morfin paling tinggi grednya berleluasa..negeri yg menghasilkan minyak adalah yg termiskin..ptuih at UMNO haprak!!jangan berlakonlah oi!!!Nak memrpertahankan ketuanan melayu,islam konon!Piraaaaah Penipu!!Cakaplah nak mempertahankan skim "mana 10% aku!!"!Apa yg barua barua barisan najis telah lakukan utk menolong pekerja pekerja kilang yg sebahagian besarnya org melayu?lip service!1Malah,sykt sykt UMNO/Barisan Najis tlh membuang pekerja tanpa notis,tak kasi retrenchment benefit..sudahlah,Barisan Najis.UMNO PUAKA tlh mecuri tanah,harta pusaka org melayu,tipu sana tipu sini,utk jadi instant millionaire.Time is up!ur days r numbered.Most likely u fellas will b buried alive for betraying ur own race group!!!N 2 those screwed up balls that want 2 join UMNO....what r u fellas waiting for?...Plz,dont delay..go n join barisan neraka,n get eaten alive!!!

Anonymous said...

lol u so emotional... and syok sendiri

Anonymous said...

kahkahkah..emotional my s..learn to face facts mate!!

Anonymous said...

Dalam mana-mana organisasi pun akan ada dua fikiran yang tak sehaluan. Muktamar PAS lepas sewajarnya membahaskan haluan mana yang wajar diikuti. Impresi saya ini telah dilakukan, lebih-lebih lagi ianya berjalan selepas berlakunya pertemuan beberapa pemimpin PAS dengan Pak Lah (secara rahsia?. Tapi jelasnya perbahasan belum berakhir...
Sebagai ahli, walaupun berada di pinggir, pilihan saya adalah jelas. TGNA telah bukan sahaja menunujkkan jalan tetapi sudah menunjukkan betapa jalan itu boleh dilalui bersama. Kerajaan Kelantan boleh bertahan sebegitu lama dibandingkan apa yang dicuba di Trengganu. Jika kita masih sibuk dengan agenda lama cuba mempertahankan "Melayu", saya gusar "Islam" kita yang luntur. Ya, saya juga bertaraf "Pak Cik" namun saya harap ahli-ahli yang lain akan menyemarakkan perjuangan PAS sebenar seperti "Pak Cik" yang kita sama'sama hormati - TGNA.

Allahukbar!!

Pakcik Serendah said...

Augustinian Successor,

Pakcik bersekolah di Penang (St. Xavier Institution) dan tinggal disana selama 10 tahun. Tanjung Tokong pernah jadi tempat tinggal pakcik. jadi pakcik tahu masaalah orang melayu penang lebih dari kamu.

Orang melayu penang tertindas bukan kerana UMNO, ia kerana mereka telah menjadi masyarakat minoriti. Orang melayu penang dipandang sebelah mata oleh kaum majoriti. Kalau nak minta kerja, yang diberi hanya drebar, office boy, kerja operator kilang dan setaraf nya. Nasib baik keluarga pakcik pindah ke Seremban, baru terasa bezanya. Terasa sebagai orang melayu ada maruah dan pakcik masa itu bertekat belajar bersungguh-sungguh dan dapat belajar hingga ke Universiti. Walaupun pakcik telah berjaya sekarang, Penang masih dihati dan bila sesekali kesana, keadaan masyarakat melayu Penang semakin teruk...

Pakcik bukan ahli Umno tetapi pengelaman hidup sebagai orang melayu minoriti pulau pinang membuatkan pakcik takut. Takut orang melayu akan berpecah dan hilang kepentingan politik angkara manusia bernama DSAI. Tanpa kekuatan politik, siapalah kami..Kamu sebagai anak muda Malaysia bangsa cina tidak akan dapat memahaminya...

Anonymous said...

To Anonymous September 17, 2008 11:50 PM

Ko tak payah la emotional sgt.. ko pun mcm kurap jgak

Anonymous said...

Saudara.
Tidak payah lah saudara bersusah payah mengadu domba. Ini kerja-kerja orang tidak sihat dan bukan kerja orang PAS. Maafkanlah kalau iapun beliau MA berbuat begitu mungkin itu satu kesilapan sebagai manusia biasa. Saya pasti kalau saudara di tempat beliau MA belum tentu hayat saudara sepanjang MA dalam PAS. Sudahlah hentikanlah kerja adu domba saudara yang sudah tentu matlamatnya suruh membenci orang lain yang tidak membawa faedah semasa untuk saudara. Apa untungnya kalau saudara berjaya melagakan antara Tok Guru dengan MA? Ingat ini adalah peranan dan sumbagan saudara.

Terima kasih.

URAT DAWAI JA.

Anonymous said...

Saudara.
Tidak payah lah saudara bersusah payah mengadu domba. Ini kerja-kerja orang tidak sihat dan bukan kerja orang PAS. Maafkanlah kalau iapun beliau MA berbuat begitu mungkin itu satu kesilapan sebagai manusia biasa. Saya pasti kalau saudara di tempat beliau MA belum tentu hayat saudara sepanjang MA dalam PAS. Sudahlah hentikanlah kerja adu domba saudara yang sudah tentu matlamatnya suruh membenci orang lain yang tidak membawa faedah semasa untuk saudara. Apa untungnya kalau saudara berjaya melagakan antara Tok Guru dengan MA? Ingat ini adalah peranan dan sumbagan saudara.

Terima kasih.

URAT DAWAI JA.

rocky din said...

pak cik serendah (minda)

please keep your bullshitting to yourself.

Tulang Besi said...

URAT DAWAI Kata

Saudara.
Tidak payah lah saudara bersusah payah mengadu domba. Ini kerja-kerja orang tidak sihat dan bukan kerja orang PAS. Maafkanlah kalau iapun beliau MA berbuat begitu mungkin itu satu kesilapan sebagai manusia biasa. Saya pasti kalau saudara di tempat beliau MA belum tentu hayat saudara sepanjang MA dalam PAS. Sudahlah hentikanlah kerja adu domba saudara yang sudah tentu matlamatnya suruh membenci orang lain yang tidak membawa faedah semasa untuk saudara. Apa untungnya kalau saudara berjaya melagakan antara Tok Guru dengan MA? Ingat ini adalah peranan dan sumbagan saudara.

Terima kasih.

REPLY: Yang saya nampak, ahli2 PAS yang kerap menuduh saya mengandu domba, tidak hormat pimpinan etc, mereka ni semuanya adalah pro kepada PAS masuk BN.

Saya nak tanya, kenapa bila CIkgu Pa gam kenyataan Tok Guru, puak2 ini semuanya tidak bersuara?

Nampak sangat mereka ni semua penyokong fraksi UMNO.

Anonymous said...

alahai menulis

pakcik serendah dan yang sewaktu dengannya,

buat-buat mamai atau memang mamai.

Anonymous said...

haha ko mamai jgak.. lantak pi la pakcik serendah tu nak kata apa. yg ko jadi histeria plak sbb apa.. kalau ko rasa pandai sgt pi jawab balik hujah dia... ni setakat nak kata org mamai...

Anonymous said...

tu hujah orang buat-buat bodo atau memang bodo. hai orang kampong yang duduk hulu banat pun dah tau temberang dia orang nie.

mahap cakap lah ye.

Anonymous said...

ini je hujah yg ko boleh bagi... kalau cam tu ko mmg dudok hulu kampung le ye... hujah takat 3rd class

Anonymous said...

kik kik kik,
tensen tensen
perubahan jadi kenyataan

:: said...

bila aku baca komen yg bersifat prejudis ni... sikap2 mcm nilah yg akan menggagal pembentukan kerajaan pakatan rakyat... kamon la! ubah la sikap kita,.. bagilah sokongan kerajaan pakatan

aku yakin bila anwar mengetuai kerajaan nnti... post-post kabinet yg penting akan di terejaui melayu spt menteri kewangan, pelajaran, pertahanan, perdgangan.. post ini akan diisi oleh melayu dr pas dan pkr...

so bagilah sokongan tak berbelah bahagi pd PR

Anonymous said...

alahai berkata

ha komen positif gini la dak dengak

bukan macam komen pakcik trendah tu.

korang tensen
perubahan akan jadi kenyataaan
takbir!

wan ariffin said...

hey oranng PAS,kalau Stopa Ali dok tarik balik pendiriang dia,tohok buang dia dalam laut teganu,jangan sekali2 sokong dia..Hampeeeh!Itu ciri2 org munafik dalam perjuangan,Ada benda yg dia akan dapat dari UMNO nanti,Cuba tuan2 analisa alasan yg dia bagi..semunya alasan org UMNO,,tak logik langsung.Kalau nak kata dia AGEN UMNo pun boleh ..dah sah kecuali kalu dia taubat
Hati dia dok bersih..dengki ke Anuar>Harap Faham semua.Sokong dan bediri dibelakang TGNA,,ALLAHUAKBAR.Insyaallah Tuhan Bersama Org2 yg Benar...

Orang teganu asli

Anonymous said...

Allahuakbar!

Reefooomaasi!
Dengar kenyataan media anuar pukul 2ptg di blog anwar.

Anonymous said...

pakcik serendah ni

yg amik kesempatan tu sikit? cuba perati betul2, bukan setakat banyak, habis kekayaan negara ni dikaut licin, tinggal hampas je kat org melayu kat bawah2 ni.

dhla pakcik serendah, xkan nk tunggu ekonomi kita ni ranap, org melayu pakat2 balik duduk kat kg balik barula nak huha huha marah, masa tu xguna dh.

bagi org lain pulak perintah. negara malaysia ni negara kaya, kalau urus dgn baik cukup utk semua xkira agama atau bangsa.

alok

mawardi said...

Tak payah pilih antara dua. Mustafa Ali dah jumpa Nik Aziz. Dah selesai.

Provokasi blog ini sahaja untuk memilih antara dua padahal pilihan untuk memilih kedua-duanya sekali, masih lagi terbuka luas.

Funny thing apabila hati telah terlampau membenci satu pihak dan terlampau mencintai satu pihak. Fikiran dah tak rasional. Apa yang ada dalam fikiran, hanyalah berpecah.

Bullshit.

sinner said...

why do we have to choose while i can choose both of them..

saya dgn penuh keikhlasan ingin meminta saudara berhentikan segala hasutan, memperlaga2kan ahli2 pas..mmg ade perselisihan paham, namun selama saya berada dlm pas, perselisihan sntiasa berlaku.. begitu juga ngan issue nih..namun di akhirnye mereka pasti ade penyelesaian nya.. kami pejuang agama, and demi Allah kami yakin perjuangan akan dihinggap mcm2 ujian.. ini salah satu nya.. penyelesaian pasti ade dipenghujungnya, kenapa perlu pecahh belah kan?

ape sebab kamu ingin menulis article2 memperbesarkan issue nih? utk melaga2kan perjuangan ni bukan? tepuk dada, ty iman.. what damage u've done to pas for this while.. pls muhasabah, think for a while.. u're not doing sth good, but worsen the issue face by islam..

i chose Allah, and leader who fight for them which are both TGNA n MA. if they go for power,leave Islam behind, I'll stay with ISlam..

Anonymous said...

Aku rasa satu je yang ramai tak faham.... mana ada PAS bergabung dengan DAP.

PAS telah bercerai tolak tiga dengan DAP pada tahun 2002 sebab DAP tegas menolak islam dan negara islam.

Masalah sekarang ialah, PAS bergabung dengan PKR, dalam masa yagn sama, PKR bergabung dengan DAP.

Itu isunya.

almaranjy said...

woiiii..apeke bangsat sumer ni?
takyah duk soksek2 melagakan pemimpin pas...
bende cm ni kene perhalusi..
bkn ckp2 sembang2 kosong x bukti kukuh..
bile sumer pakat komen bende tu..ade la yg tokok tambah yg bukan2...
pastu ade yg terpengaruh
pastu huru hara..
~~~~stop it now~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.