Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, September 12, 2008

Anwar Ibrahim Agen Yahudi Pulak Dah……

Angkara Fraksi UMNO ini tidak mustahil PAS akan berpecah selepas 16 September.


Saya telah membaca repot berkenaan ucapan Mustafa Ali yang terbaru di blog Mohd Sayuti Omar. Nampaknya Cikgu Mustafa Ali telah menunjukkan sikap beliau yang sebenar. Sudah menjadi maklumat umum bahawa Cikgu Mustafa Ali adalah “mastermind” di dalam usaha membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.Sekarang beliau mula menunjuk sikap sebenar beliau yang sebenar.

Sudah sekian lama beliau menjadi agen Pak Lah dan beliau kerap menghantar “final draft” Harakah ke Pejabat PM untuk mendapat arahan seterusnya dari Pak Lah. Dengan kata lain, Mustafa Ali sudah sekian lama menjadi agen UMNO dalam PAS.

Menyebar Fitnah Dalam Munaqasyah.

Maklumat yang terbaru yang saya dapat sekarang ini, Mustafa Ali serta fraksi UMNO seluruhnya giat mengisi program2 “Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden” seluruh Malaysia. Mereka menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim kepada keseluruhan perwakilan PAS dan pimpinan2 PAS.

Fitnah yang digunakan adalah:

  1. Anwar adalah agen Amerika dan agen Yahudi
  2. Hak dan Ketuanan Melayu akan hilang di bawah kerajaan PR yang baru
  3. Islam terancam sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.

Jelas Sekali Ini Semua Konspirasi PAS Terengganu

Mereka yang terlibat menyebar fitnah dalam Munaqasyah2 ini kesemuanya pemimpin dari Terengganu kecuali seorang. Nampak sangat konspirasi membawa PAS masuk BN ini adalah daya usaha dari PAS Terengganu, yang baru-baru ini gagal untuk menafikan 2/3 majoriti di negeri mereka sendiri. Nampak sangat PAS Terengganu terlampau lapar untuk masuk balik dalam kerajaan negeri Terengganu melalui pintu belakang. Mereka tahu mereka tidak mampu untuk masuk ikut pintu depan.

Lihatlah baru-baru ini, hanya perwakilan2 dari Terengganu sahaja yang begitu kuta menentang Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Perwakilan Pemuda dari Terengganu dengan jelas menyatakan Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai.

Perwakilan dari Selangor juga amat lancing mulut mereka. Tetapi telah dijelaskan penipuan mereka oleh saudara Khalid Samad. Ustaz Solihein Mukhyi dengan jelas menyatakan PAS dipinggir dalam kerajaan negeri Selangor. Pada hal, PAS telah diberi kebebasan dan peranan yang cukup besar dalam kerajaan Selangor berbanding sebelum 2008.

Ustaz Solihin Mukhyi ini telah ditolak oleh pengundi di kawasan beliau sebanyak dua kali. Sekiranya beliau adalah seorang yang popular, nescaya beliau sudah menang kerusi Sabak pada 2008 yang lepas. Jelas Ustaz Solihin Mukhyi tidak mampu memimpin PAS di dalam “waqi” berbilang bangsa dan agama seperti di Selangor. Saya nasihatkan Ustaz Solihin supaya lebih baik beliau tumpu untuk memenangi kembali kerusi beliau yang mana beliau adalah penduduk tempatan di situ.

Hakikatnya, di Selangor terdapat dua orang “ayam” ustaz Harun Taib., yakni Ketua Dewan Ulama dan Ketua Dewan Muslimat. Jadi, saya tak hairan bila saya tengok Selangor juga mula bersuara seperti Terengganu kerana dua orang ini sejak sekian lama menjadi agen kepada Ustaz Harun Taib.

Yang Akan Mendapat Laba Adalah Mustafa Ali

Mereka yang menyokong fraksi UMNO tidak sedar bahawa yang akan mendapat laba yang paling besar adalah Mustafa Ali. Beliau akan mendapat jawatan Senator dan jawatan dalam Kabinet. Itu tak termasuk keuntungan dalam bentuk wang dan kontrak.

Saya kesian melihat semua orang yang menyokong fraksi UMNO ni. Mereka menjadi alat ketamakan Mustafa Ali dan mereka nanti tidak akan dapat apa-apa walau satu habuk pun.

Malahan kalau PAS masuk BN, PAS terpaksa berebut dengan 23 parti komponen Barisan Nasional. PAS parti kecik dan tak mampu nak bersaing dengan rakan senior BN dalam Barisan Nasional.

Ikutlah cakap Tok Guru Nik Aziz:

“Saya tidak menghabiskan 50 tahun usia saya melawan UMNO melalui PAS hanya untuk melihat usaha saya gagal”

Sejak Bila PAS Memperjuangkan Kebangsaan Melayu?

Saya hairan, sewaktu tahun 80an dahulu, Tuan Guru Haji Hadi Awang kerap mengajar bahawa UMNO itu berdosa kerana mengamalkan Asabiyyah Melayu. Tetapi nampaknya sekarang ini seluruh ahli PAS diminta menolak kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk memperjuangkan “kebangsaan Melayu”. Sejak bila PAS berjuang untuk “Kebangsaaan Melayu” ini saya pun tak tahu.

Tunggulah Munaqasyah datang ke tempat saudara dan perhatikan ucapan Mustafa Ali dan pemimpin2 fraksi UMNO yang lain. Nescaya saudara akan rasa saudara berada dalam konvensyen parti kebangsaan Melayu berbanding parti Islam.


Masuk BN Adalah Langkah Kedua, Langkah Pertama Adalah Keluar Pakatan Rakyat

Sememangnya puak Fraksi UMNO kesemuanya menafikan hasrat mereka untuk masuk BN. Hakikatnya masuk BN adalah langkah seterusnya bukan langkah pertama.

Langkah pertama mereka adalah untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Apabila PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat, maka mudahlah PAS dibawa masuk ke dalam BN

Sekiranya ditanya sekarang nescaya mereka akan menafikan hasrat mereka. Ini kerana ianya bukan hasrat mereka yang sekarang ini. Ianya adalah langkah seterusnya.

Logiknya mudah. Apabila PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat, demi untuk survival dan kesinambungan PAS, maka PAS terpaksa masuk BN. Ini kerana selain dari kerusi yang dimenangi di Kelantan, semuanya PAS menang dengan undi orang bukan Islam. Sekiranya PAS tidak masuk BN selepas keluar Pakatan Rakyat, nescaya PAS akan hilang 60% dari kerusi Parlimen yang mereka pegang sekarang ini.

Di waktu itu (nauzubillah) mereka tidak akan mendapat banyak tentangan dari ahli dan perwakilan untuk membawa PAS masuk BN.

Hakikatnya, walaupun PAS keluar Pakatan Rakyat dan tidak menyertai BN pun, UMNO dan BN akan untung. Ini kerana barisan pembangkan telah pecah dan mereka tidak mempunyai musuh yang kuat untuk ditentang.

Komen atas Komen Mustafa Ali

Beliau berkata:

Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. "Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.

Saya tidak faham kerana dahulu sewaktu UMNO berpecah kepada Team A dan Team B serta UMNO Baru dan Semangat 46, terdapat ramai MP UMNO yang melompat parti ke Semangat 46, misalnya Dato Zainal Abidin Zain, Dato Manan Othman dsbnya. Apa yang tidak logiknya, wahai Dato Mustafa Ali?

Saya juga ingin bertanya Mustafa Ali, apa masaalah nya bagi wakil BN masuk PR kerana apabila mereka masuk PR, maka bertukarlah kerajaan. Sekiranya wakil S46 boleh masuk S46 walaupun tidak berlaku pertukaran kerajaan, mengapa sekarang mereka tidak boleh tukar?

Semua ini adalah cakap-cakap seorang desperado dan agen UMNO yang bersungguh mahu mempertahankan kerajaan korup UMNO dan Barisan Nasional.

Bukan kita tidak tahu Mustafa Ali berjaya menyatukan PAS Terengganu bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat gagal. Hasilnya Tuan Guru HAji Abdul HAdi tidak mahu langsung berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pun Tuan Guru Haji Hadi tidak mahu hadzir.

Malahan, sekarang ini Tuan Guru memberi alasan-alasan yang tidak konkrit dan tidak berasas bagi menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Sehingga sekarang ini Ikhwan Muslimin pun tengah marah dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hairan seribu kali sayang mengapa Tuan Guru Haji Hadi mudah terpengaruh dengan fitnah dan penipuan PAS Terengganu berkaitan dengan Anwar Ibrahim ini.

Beliau berkata lagi:

“Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.”

Ini adalah bahan yang kerap digunakan oleh Fraksi UMNO dalam PAS. Kerap mereka ulang “Pakatan Rakyat adalah Pakatan yang longgar”. Walaubagaimanapun, Mustafa Ali terlupa bahawa “pakatan longgar” ini mempunyai 5 kerajaan negeri dibawahnya.

Ini bererti sekiranya ia longgar, ia wajib diperketatkan. Bukannya pergi ke hulu ke hili memberitahu orang yang keluarga kita ini adalah keluarga yang longgar.

Fraksi UMNO pimpinan Mustafa Ali dengan muka tidak malu mengulang perkara ini terutamanya dalam Munaqasyah bagi melemahkan semangat ahli2 dan pimpinan PAS peringkat pertengahan dan bawahan.

Cikgu Pa berkata lagi:

”Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.”

Hairan. Tindakan Mustafa dan fraksi UMNO berbincang dengan UMNO dalam gelap tidak pula dipersoalkan “moral” nya. Lebih lagi ianya dilakukan tanpa pengetahuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Agaknya sebab itulah kenyataan “pakatan longgar” sering diulang. Ianya untuk menutup kesalahan “tidak bermoral” fraksi UMNO bercakap dengan UMNO dalam gelap.

Malahan Ustaz Nasa dengan keras telah mengatakan ianya adalah atas arahan Syura. Malanganya, dia tak beritahu pula surat arahan memberhentikan segala perbincangan yang datang dari Mursyidul Am.

Pertukaran parti ini penting bagi memastikan Pakatan Rakyat menguasai semua institusi kerajaan apabila Parlimen dibubarkan kemudian. Di kala itu, pilihanraya akan dilakukan dalam keadaan adil dan saksama. Tiada lagi faktor pengundi hantu, SPR yang berat sebelah, media yang separuh tiang dsbnya. Itu lah tujuan utama perlunya pertukaran kerajaan sekarang ini.

Mustafa berkata lagi:

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.“

Hairannya kenyataan ini. Bagaimana lagi hendak menjatuhkan BN kalau tidak melalui pertukaran parti ahli2 Parlimen? Mungkin Mustafa Ali perlu menilai kembali kenyataan beliau supaya kenyataan bercanggah seperti ini tidak berlaku lagi.

Tulang Besi

.

31 comments:

Anonymous said...

Sebab tu aku dah tak beli Harakah dah. Baca online dah cukup

ali umno said...

begitu lah perangai orang melayu konspirasi sini konspirasi sana, sokong sini sokong sana, SEMATA kejarkan harta,kontrak2, projek2 KONONnya untuk menolong orang melayu yang miskin dan bawahan.

ramai melayu menyokong ketua2 haprak ini, dengan harapan dapat lah habuan pecisan dari kontrak, projek2 dan wang tunai 80% pergi kepada ketua2 dan 20% kongsi lah kamu semua ...hamba2, baruah2.

bodohnya orang melayu begini rupa, memikir jangka masa yang pendek sahaj, hendak kaya tanpa berusah keras dan berilmu.

namanya je ahli PAS bila tenguk duit di depan mata dan jawatan hilang segala prinsip perjuangan.

lambat laung akhir melayu PAS akan kehilangan hala tuju dan akan menjadi macam UMNO juga lah ...

baik masuk UMNO je lah ....

Anonymous said...

Mintak tuan dedah dan sebarkan jika ada pengkhianatan terhadap aspirasi rakyat..
Masa muktamar akan datang, kita ajar mereka semula...

Mat

Anonymous said...

Salam, tidak mustahilkan MA+HT yang bersekongkol dengan AMENO untuk mengalahkan PR di Trg pada PRU12 baru lalu?. Sebagaimaa mereka menidakkan sumbangan PBK (NGO)Islam dalam PRU2004 sehingga kebanyakan PBK tidak membantu PAS. Saya memang sudah syak lama...

*Mustpha Ali (MA), Harun taib (HT)

Anonymous said...

Salam TB aka RC,

I heard from a reliable source that during the MUZAKARAH (renamed MUQABALAH later) where Tuan Guru Abdul Hadi Awang & YB Nasaruddin Mat Isa were present, a one time friend of YB DSAI (most likely also from MCKK alumni) cried his eyes out & begged like a desperate begger that "ALL PRESENT MUST NOT ALLOW ANWAR TO BECOME PM". He insinuated and implied that YB DSAI "is a practising homosexual".

This story was narrated to my close friend by the an individual who was also there. He went on to say that he was looking at Tuan Guru Abdul Hadi Awang when the guy was cring his eyes out. TGAHA looked surprised & shocked at the "revealation". My friend commented that his friend said that TGAHA really believed this story.

When I was told of this event, I dismissed my friend's opinion that TGAHA was such a gullible person. I went on to say that a person of his excellent religous CREDENTIALS and background & an "Ikhwan" would not be easily fooled. As for YB Nasaruddin Mat Isa, I would not be able to comment as he is a rookie as far as PAS is concerned.

I wrote to RPK, a personal friend, on this event as many of those present & other background players were his "friends" during MCKK days. He definitely knew THE KEY player that I mentioned.

Reading points from various article that you wrote, I am beginning to see your side of the story. That fateful event perhaps convinced TGAHA of YB DSAI's actual "character".

I am very angry reading Mustafa Ali's interview on 916 deadline. If he was not just trying to show his political savvy, then there must be ulterior motives, the ones that point towards being A puppet of UMNO. And TKO team (PAS Dungun) is also treading dangerous routes, THE SAME ONES MUSTAFA ALI is walking on!

This is NOT about YB DSAI but about DAULAH ISLAMIAH. PAS people of all should understand this even we always say that SUCCESS is not necessary during our lifetime BUT "why can't it be in our lifetime?".

Thanks.
TROUBADOUR

jackdaniel said...

I also heard that Najib is also GAY. One of my friend who study together with Najib in UK said that before Najib camelback to Malaysia, he has one partner, name Jack. His partner is a very good looking guy. When Najib parent knew this information, Najib was force to comeback to Malaysia.

jackdaniel said...

Untuk pengetahuan anda, Najib semasa di UK tinggal bersebelahan dengan rumah nenek saya. Nenek saya yang cakap setiap hari seorang jejaka mat saleh yang handsome akan selalu datang kerumah Najib di UK dahulu. Bila mereka keluar bersama , Jack akan memegang tangan Najib. Najib biasanya akan menarik tangan Jack jika nenek saya nampak.Mula nya saya tidak percaya, tetapi selepas nenek saya bersumpah laknat saya pun percaya.

Anonymous said...

in thsi whole fiasco, it was Ustaz Hadi Awang who REALLY dissipoint me. People do notice that he already cut all ties with Anwar.

And all this decause a confession of one man? who is this man? what is motivation?

What about all Hadi said abaout innocent until provent guilty? Go to mahkamah syariah etc? Is he an Ustaz or an hipocrit?

I swere that PR did not manage to take over federal government because of PAS, the then the next election the people will buried PAS so that it will dissipear from history forever.

jackdaniel said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dear Anonymous September 12, 2008 10:12 AM,

Dont simply blame Ustaz Hj Hadi Awang, and dont simply blame PAS if 16 sept does not occurred. From your statement, i know you are non muslim that didnt read harakah at all and didnt read BICARA PRESIDEN column. You are simply a blind accuser. And if you hate so much about PAS then no need to vote. Vote BN if u want.. PAS was formed was not for our own pleasure

Anonymous said...

I think you need to moderate your comments. What we have here is a bunch of dirty and desperate AMNO troopers pretending to be PAS members. We know their language and way of presentation. They are despicable and outrightly nefarious and even they don't give respect to the Holy Month of Ramadhan. Moderate your comments or remove the stupid AMNO type pseudo "PAS" members for healthy reading. We don't belong to their Jahiliyyah culture of filth and dirt and nefarious claims.

Abdullah!
Wassalam.

Anonymous said...

HAPUSKAN FAKSI UMNO DLM PAS! HAPUSKAN MUSTAFA ALI !
SELAMATKAN PAS SELAMATKAN PR SELAMATKAN TOK GURU NIK AZIZ NEED SUPPORT !

Anonymous said...

Well said Abdullah, Well said.. How about bashing and labeling PAS leader? it is a moderate comment!!??? And it is done in this Holy Month... Waa that is a very 'good understanding' of your Islam.... And... your comment is too 'moderate' by labeling other too.. so nice

Nostradamus said...

Jam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
----------------------------------

Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!

Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.

Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.

Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?

Kebanyakan cuma memerhati jam atas meja dan masanya.

Sesetengah cuma memastikan jam tu masih senantiasa bergerak.

Sesetengah cuma merenung jam dan tidak pasti ia masih bergerak atau berhenti.

Sesetengah bercadang jam tu tak boleh diharap. Kena ganti dengan jam lain ataupun bawa masuk jam lama. Sekurang-kurangnya jam lama tak tunjuk tarikh dan bulannya.

Ada juga orang bercadang untuk menambahkan jam-jam untuk menentukan masa itu betul

Ada orang bercadang untuk menutup muka jam dengan pelindung matahari supaya cuma kita dapat melihatnya.

Sesetengah bercadang menukarkan angka-angka pada jam supaya tidak semua dapat membaca masanya.

Sesetengah bercadang mengeluarkan jarum panjang saat daripada jam. Selepas tu mungkin ada juga yang akan bercadang mengeluarkan jarum panjang minit juga.

Akhir-akhirnya ada orang bercadang, "Mengapa tidak keluarkan jam pendek juga dan tinggalkan cuma tarikh dan bulan untuk dipaparkan.

"Masa itu Emas? Adakah Manusia menentukan Masa dan Takdir?

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

Dulu bukan main kuat PAS doakan supaya UMNO berpecahbelah. Hari ni nampaknya doa tu dah nak makan tuan balik. Sebab apa ya? Sebabnya puak-puak yang terlibat dalam parti ni meletakkan dunia nombor wahid dalam perjuangan. Kelentong sana, putar sini, pusing sebelah kiri, tarik sebelah kanan......yang diutamakan FULUS. Tapi untungnya orang yang pandai agama ni dia boleh temberang lebih dan kalau orang tak terima jadi bahayalah sebab engkar cakap ulamak konon.

Bagus Mustafa Ali..kekadang budak-budak hingusan dalam PAS ni nak kena diajar sikit. Panjang Pengayuh daripada sampan dibuatnya. Ahli-ahli politik tua kadang-kadang mudah termakan cakap mereka ni. Itu pun yang jenis tak berapa cerdik. Sebab tu awal-awal lagi mereka nak orang lain jadi PM sebab mereka tahu kalau bagi kat dia HANCUQQQQQ terus.

Anonymous said...

Hahaha.. PAS masuk BeEnd,PAS n BeEnd akan dikuburkan bersama..lol!!...kesian si gila kuasa,Mustapa Ali ni..mau dapat kontlek bernilai juta juta linggit,dia sanggup hancurkan PAS..dan dunggu gunggu yg percaya dgn beliau..kahkahkah..sorrylah brudder..hampa pun akan disembahyangkan oleh rakyat!!!

Anonymous said...

Ejen yahudi..bla blabal..OiMus..lu punya tipu muslihat tak lakulah lah woi!!!Barua barua hang saje percayaleh..nah,hampa nak kelauq,keluag lah..Oi Mus,semau dah tau jack Abramoff,semua dah tau si mamak pudukang mahade ejen cia,gurunya henry Kissinger..kahkahkah..Saya pikiq Mus punya punkoq gatai..kalau teringin sangat..pi carilah mamak mad cow kat penang tu..Mat Ismail..dia tu kaki bontot..betui..mamak mad cow ni bila pi over c,rombongan jantan dia pun pi sama..lol!!

Anonymous said...

Salam TB/RC,

There is some truth in RPK's remark that "the authority lifted the ban on MT but there is an ulterior motive". The UMNO/BN troopers bombarding his and your sites is an indication that they are cooking up something....

Just be cautious.

Thanks
TROUBADOUR

AZIZ said...

MALAYSIAN POLITICS SUCKS. LETS GO TO HELL TOGETHER!

Anonymous said...

Hope it's not yet the time to go bite the roots.....

Alias Mohd Yusof said...

Kebanyakan kita suka sangat mendakwa lebih Islam dari yang lain, kumpulan kita saja yang betul-betul, kumpulan lain-lain tu tak betul Islamnya.

Tapi kadang-kadang kumpulan yang mendakwa lebih Islam itu tidak berakhlak seperti yang dikehendaki Islam.

Apakah Islam membenarkan perhambaan, ketidakadilan, penindasan dan kezaliman dilakukan ke atas orang bukan Islam yang juga warga negara ini.

Sejak bila Islam membenarkan orang Melayu menjadi tuan kepada kaum lain?

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, orang bukan Islam tertarik masuk Islam kerana besarnya serban orang Islam atau kerana panjangnya jubah orang Islam.

Tetapi yang membuatkan mereka tersentuh dan masuk Islam adalah kerana melihat kepada keadilan, dan kebaikan akhlak orang Islam itu sendiri.

IbnuQalil said...

Asataghfirullahal a'zim, cukuplah menyebarkan fitnah. Dibulan puasa yang penuh barakah pun tak henti2 buat dosa fitnah. Cukuplah tulang besi. Anda penyebab jemaah Islam di calit kekejian. Bertaubatlah.

sabretooth said...

Dah jadi trend pulak nak sebar fitnah macam-macam ni. Whether it is BN or PR, its more or less the same. Would it be too much to ask for a sincere, understanding politician whose purpose is only to serve the rakyat? This is really a third class mentality.

Political parties should make it a point to sit together every week and ask the question "Have I served the rakyat this week?" and be able to substantiate their reply!

slyderrose said...

mustafa ali is half past six PAS leader. No wonder PAS cannot wrest Trengganu from umno in last PRU.

Born2Reign said...

This holy month for Muslims is certainly full of back-stabbing, slander, betrayal and chaos. So much for suci.

Now we have Mustafa Ali who'd rather partner with a murderer than a gay (both not proven yet). What are the leaders coming to? And many bloggers have slammed Western artists as whores. Looks like the Asians have not cleaned up their own backyard either.

As expected from the PP by-election, this countdown days to 916 will be full of arrests and slanders, as long as UMNO file a police report or allege some wild accusation, they can arrest at wimp, without evidence. Reminds me of the Victorian days, we in Malaysia have to bow down to UMNO king, although it's good that Westerners have better democracy and people power(although one blogger commented nothing good ever came out of the Western culture)

Mr. X said...

Looks like you could the next victim.

You may want to consider joining the “Please ISA Me” wave (psygame playing lah) so that they will think twice before handcuffing you.

Please ISA Me
http://thexblogs.blogspot.com/

I am begging you to ISA me
http://thexstories.blogspot.com/2008/09/i-am-begging-you-to-isa-me.html

Anonymous said...

Alaa..si kambing Mus dan dia punya geng dah mulai gelisah..plan utk kuburkan Pakatan Rakyat, turnover TGHA dah fail..kihkihkih..nak dapat kontrek?kihkihkih..dunggu ni tak tau kah,UMNO perlu cino utk dapat dui..kahkahkah..sekarang puak cino dlm Barsian pun geram..dia olan mau kasi lui kah?tadak meh..by bye projek,n 10% buta money..lol!!

mawardi said...

Tidak moderate komen bukan bermakna kita hero freedom of speechlah. Pleaselah.
Saya tak pernah diajar menghina pimpinan walaupun pimpinan itu tersilap atau berbuat dosa. Lagi-lagi dalam masalah yang tiada hukum Qat'i, sama ada sokong Anwar atau UMNO. Saudara telah membelakangkan saudara-saudara yang satu tarbiyah.
Bukan berdosa jika membelakangkan mereka, cuma teguran tu patutnya lebih berhikmahlah.
Ditambah lagi dengan komen-komen orang terencat akal seperti di Malaysia Today.

Anonymous said...

Yahudi dalam Quran ada 13 Bangsa daripada Bahasa Arab sahaja yang ada dan Yahudi dalam Bangsa Peribadi Semua memang disahkan kurang cerdik dari Benua Lautan Hindi.

Anonymous said...

Wujud Negara Israil adalah daripada kalangan manusia yang berasal daripada tanah Malaya sebelum Tahun 1900.

Anonymous said...

Negara Israik Merdeka tarikh tahun yang sama dengan kerajaan Malaysia 31-8-1952.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.