Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, September 28, 2008

Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO?

Di bawah adalah artikel yang dihantar oleh seorang pemerhati dan pembaca Malaysiawaves. Mungkin ianya mengandungi pengajaran yang begitu berharga kepada kita semua.

Saya minta maaf sebab isu ini masih berada di benak saya. Malahan, malumat yang saya dapati adalah alasan yang masih dimainkan oleh fraksi UMNO di kalangan keseluruhan Ahli dan penyokong PAS. Ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab dan perlu diuraikan dengan sistematik.

Saya mendapat tahu juga ketua “fraksi UMNO” telah berjumpa dengan kumpulan Pak Lah dan telah meminta supaya tarikh baru diberikan kepada mereka di dalam membawa PAS masuk kembali kepada UMNO. Mereka meminta supaya diberikan masa kepada mereka sehingga akhir Disember 2008.

Dan perkembangan terbaru menunjukkan Pak Lah berkeras hendak duduk di kerusi PM sehingga 2010. Ini bagi saya adalah taktik untuk membeli masa “buy time” bagi membolehkan “fraksi UMNO” melakukan kerja-kerja kotor mereka membawa PAS masuk BN.

Fraksi UMNO Masih Aktif Menyebarkan “Racun” Mereka


Beberapa persoalan yang bermain dibenak saya adalah:

a. Dari blog Anti Husam, mereka mendakwa bahwa Husam Musa tidak menghormati keputusan Syura. Malahan, pemimpin fraksi UMNO dengan bangganya menyatakan tindakan mereka berjumpa UMNO adalahn atas arahan dari Syura

JAWAPAN: Jika benar ia keputusan Majlis Syura PAS Pusat:

i. Mengapa Pengerusi Majlis Syura PAS Pusat, Tok Guru Nik Aziz, tidak
mengetahui tentang keputusan ini

ii. Mengapa Minit Mesyuarat Syura yang didalam memberi arahan kepada beliau
TIDAK PERNAH DIBENTANG dalam mesyuarat AJK PAS Pusat?

iii. Yang kita dengar, termasuklah dari ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS
Pusat, hanyalah wujudnya arahan dari Syura. Malangnya, tiada satu “DOKUMEN”
baik dalam bentuk minit mesyuarat ataupun surat yang ditanda tangani oleh
Pengerusi Majlis Syura wujud bagi membuktikan wujudnya arahan tersebut.

iv. Malahan yang wujud hanyalah surat dari Pengerusi Majlis Syura mengarahkan
pemberhentian SEMUA tindakan bermuzakarah dengan UMNO. Tapi, muzakarah masih
diteruskan oleh fraksi UMNO walaupun terdapat surat arahan.

v. Mengapa Mustafa Ali dipilih sebagai mewakili PAS? Jika benar hendak
berdakwah dengan UMNO, seeloknya PAS diwakili oleh Ustaz Ahmad Awang ataupun
Ustaz Hashim Jasin?

vi. Apa pun keputusan Syura, ianya mesti dibahas dan dihalusi di Mesyuarat AJK
PAS Pusat kerana AJK PAS Pusat mewakili KESELURUHAN AHLI PAS.

vii. Sepatunya Syura tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam hal ini kecuali
hanya untuk memastikan tindakan ini sesuai atau tidak dengan Syariee?

viii. Ini membuatkan saya sangsi kepada ucapan Timbalan Presiden PAS sewaktu
merasmikan Muktamar Pemuda PAS. Ada kemungkinan Timbalan Presiden PAS (dan
keseluruhan fraksi UMNO) telah berbohong kepada semua ahli PAS dengan
mengatakan bahawa tindakan ini adalah atas “arahan syura”?

ix. Sekiranya Timbalan Presiden PAS tidak berbohong, sila tunjukkan minit
mesyuarat Syura tersebut kepada keseluruhan Ahli PAS yang mana minit
tersebut mesti ditanda tangani oleh Pengerusi Syura, Tok Guru Nik Aziz Nik
Mat sebagai pengesahan.

Mengikut urutan persoalan yang saya timbulkan diatas, saya ingin melahirkan perasaan bimbang dan runsing saya yang amat sangat. Ini kerana is menunjukkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS boleh di “hijack” dan di ambil aloh dengan sewenangnya sehingga ke tahap Pengerui Majlis Syura sendiri, Tok Guru Nik Aziz di ketepikan.

Saya nampak, Majlis Syura Ulama PAS telah mengalami “coup-de-tat” ataupun rampasan kuasa secara paksa oleh fraksi UMNO. Bukan setakat itu, Majlis Syura Ulama telah digunakan untuk mengenepikan AJK PAS Pusat samasekali seolah-olah AJK PAS Pusat serta Dewan Harian PAS Pusat tidak berhak memberi pandangan dalam hal ini.

Taktik yang digunakan oleh Fraksi UMNO ini amat jijik dan amat memualkan. Majlis Syura Ulama bertindak dengan kuku besi dan sanggup membelakangi Mursyidul Am sendiri.

Ini juga bermakna Majlis Syura Ulama PAS terbuka kepada ambil alih secara mudah oleh sesiapa sahaja yang mahu. Dan halatuju PAS juga amat mudah dibentuk hasil dari betapa mudahnya Majlis Syura Ulama PAS diambil alih seperti yang kita lihat baru-baru ini.

Hanya kerana kehendak fraksi UMNO, Majlis Syura berjaya diambil alih? Saya amat konfius.

Pemerhati Politik PAS

19 comments:

Anonymous said...

Adalah wajar "Tulang Besi" terus menengahkan muslihat yang sedang berterusan berjalan secara senyap-senyap dalam PAS ini. Saya juga berpendapat bahawa "barah dalam PAS yang gilakan kedudukan bersama Parti zalim UMNO" ini mesti di kikiskan sehabis-habisnya. Saya sendiri boleh menunjukkan bukti bagaimana seorang dpd pemimpin PAS ini boleh berbohong dengan tiada segan silu menyatakan tiada pertemuan berlaku walhal pada masa yang sama beliau sendiri baharu sahaja melakukan pertemuan khianat itu.
Tidak ada jalan lagi nampaknya - kita perlu kikis mereka dari PAS atau kalau mereka benar benar jantan, keluarlah daripada Parti atau buat Parti PAS clone baru dan masuk UMNO secara terang.

Anonymous said...

Salam kepada semua,

Saya sangat setuju dengan penulis artikel ini. Betul, they are lying to PAS members. Sekarang kita kena buat 'damage control'. Bila tiba masa pemilihan nanti - kita buat Ops Bersih!

Step aside Fraksi UMNO.
Make way for better leaders!

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Drive safely.

Anonymous said...

setakat maklumat yg saya tahu..mesyuarat Syura yg diadakan selepas PRU12 sebanyak 3 kali..(fokus isu muzakarah)dan semua mesyuarat itu TG Nik Aziz Mursyidul Am tak hadir...Yg mempnegerusikan mesyuarat itu ialah Timblannya iaitu Dr Harun Din..harap maklum..nak kepastian cuba dapatkan maklumat dari Pas Pusat..

Tulang Besi said...

Aikk,

Ada kata Ustaz Nik Aziz hadzir tapi keluar awal.

Ada kata dia langsung tak hadzir.

Habis tu mana satu yang betul?

Hadzir atau tidak, apa yang menghalang Ustaz Nasaruddin yang menjadi Ahli Parlimen di Bachok bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz secara berdepan menerangkan keputusan Syura.

Sambil terang, sambil bawa salinan minit mesyuarat Syura tersebut?

Nampak tak alasan berbelit yang digunakan oleh Fraksi UMNO?

Kalau pun Tok Guru tak hadzir, kenapa tak bentang minit mesyuarat tersebut dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat?

Banyak sangat cerita mengarut dan tak masuk akal yang disebarkan untuk menutup kebobrokan

Anonymous said...

Salaam Semua,

Saya rasa semua ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak faham akan tanggungjawab masing-masing.Majlis Syura dengan peranannaya dan AJK PAS Pusat dengan peranannya. Saya amat menghormati kedua-dua Tok Guru dan mereka merupakan manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan. Peranan Majlis Syura menetapkan satu-satu polisi baru yang akan dilaksanakan. Dia macam Board of Director lah. Tapi dari segi pelaksanaan dibuat oleh Management. Sekiranya BOD dah campur kerja Management akan berlakulah konflik dalam syarikat.Ini yang terjadi. TGNA memang jarang hadir untuk mempengerusi Majlis Syura maupun Mesyuarat JK Pusat. Bila kita tak hadir mesyuarat maka kita tak boleh bantah apa yang diputuskan oleh mesyuarat atas apa jua alasan walaupun kita sebagai Pengerusi Majlis Syura/Mursyidul Am kerana Majlis Syura bukan TGNA punya. Itu je ceritanya.

Tulang Besi said...

Masaalahnya anonymous, fungsi masing-masing tidak mahu diikuti, malahan cuba untuk bypass orang yang sepatutnya tak kena bypass.

Sebab tu jadi huru hara macam ni.

Anonymous said...

Sdr Tulang Besi...

Apa resolusi Majlis Syura ? Jadi JK PAS ambillah tindakan berdasarkan resolusi tersebut selepas PRU 12. Ianya bermula dengan satu kertas kerja yang dibentangkan oleh T.Mursyidul Am pasal Tahaluf Siyasi. TGNA tak hadir seperti biasa. Keluar resolusi lalu ambil tindakan.Mungkin yang SALAHnya sekiranya ada unsur nak gabung dengan UMNO. Kalau itu berlaku tak cukup dengan Cikgu PA, Ust Nasha buat keputusan. Kena bincang dalam JK dan bawak mesyuarat Majlis Syura. Struktur PAS bukan macam UMNO. PAS bergerak mengikut keputusan mesyuarat. Kalau mesyuarat salah buat keputusan jangan salahkan ahli yang datang buat keputusan TAPI salahkan siapa yang tak datang kerana memberi input dan pandangan semasa dalam mesyuarat walaupun mungkin dia orang yang paling dihormati!!!!

Tulang Besi said...

Saudara anon,

kenapa tak boleh Ustaz nAsaruddin briefing Tok Guru pasal resolusi tersebut.

Dan, kenapa resolusi tersebut tak dibentangkan kepada AJK PAS Pusat?

Dan kenapa kertas kerja tersebut tidak dibentangkan di mesyuarat AJK PAS Pusat?

Terlampau banyak persoalan yang masih tidak berjawab.

Anonymous said...

Tuan presiden dah pegi jumpa mursyidul am di kota bharu.nak tau cerita sebenar pergi bertanya sendiri dgn setiausaha politik mereka.jgn assume je.klu tidak sama mcm tko

Tulang Besi said...

Sedara Anon.

Isu ini adalah isu sebelum Tuan Presiden berjumpa Tok Guru Nik Aziz di Kota Baru

Anonymous said...

Sekarang dah jumpa tidak mahu kepada jln penyelesaian kah?

Tulang Besi said...

BEtul ke dah selesai? Dah baca tak Harakah print yang terbaru?45

Anonymous said...

Alhamdulillah.sudah diberi jalan mencari penyelesaian tetapi kedua-dua belah pihak masih tegar dgn hujah-hujah mereka.teruskan dgn jalan masing-masing yang mahu memastikan parti berpecah.teruskan menulis kamu dan tko.make it your personal vendetta.and the winner is anwar bin ibrahim.

Anonymous said...

You left out another winner anon-united malays national organisation.bottom line pas tewas.i do agree reparding anwar the winner though.who is he promising when he insisted on forming a new govt on sept 16th;the rakyat or pkr's election machinery contributors.we knew that umno fights to retain british interests hence the word 'commonwealth'.wake up pas!

Tulang Besi said...

Anon.

Betul ke sudah ada jalan penyelesaian?

Yang saya nampak, berdasarkan kepada Harakah print yang baru, masih belum wujud penyelesaian lagi.

Anonymous said...

Pas akan bekerjasama dgn pr dgn syarat Islam menjadi tunjang dan tidak akan menyertai bn.tidak akan terbentuk kerajaan persekutuan di Malaysia jika mp pas seramai 20+ orang bersatu mengikut keputusan syura.itu jln penyelesaian jangka pendek.untuk jangka panjang tidak perlu dipost disini buat tatapan umum wallahualam

Anonymous said...

Saudara tulang besi.saya beranggapan saudara lebih terbuka dan rasional drp majoriti forumers ditko.perjuangan ini amat memerlukan seorang seperti saudara.adalah menjadi harapan kami untuk melihat TGNA dan TGHA bersatu pendapat when the critical time comes.we should focus on our strengths and try to eliminate the weaknesses of the jemaah as a whole.do also focus on the states.when the time comes insyAllah the federal govt will follow suite without unwarranted controversy.Allahuakbar

Tulang Besi said...

anon says:

"Anonymous Anonymous said...

Pas akan bekerjasama dgn pr dgn syarat Islam menjadi tunjang dan tidak akan menyertai bn.tidak akan terbentuk kerajaan persekutuan di Malaysia jika mp pas seramai 20+ orang bersatu mengikut keputusan syura.itu jln penyelesaian jangka pendek.untuk jangka panjang tidak perlu dipost disini buat tatapan umum wallahualam"

REPLY: Islam sebagai tunjang? Bukankah dalam Perlembagaan NEgara sudah menyatakan Islam sebagai agama persekutuan?

Jadi, apa yang melambatkan Presiden PAS menandatangani surat persetujuan bersama dengan kerajaan PR?

Juga, kalau benar keputusan tidak mahu masuk BN, kenapa masih mengadakan pertemuan dengan kem Pak Lah?

Anonymous said...

Agama persekutuan tidak meletakkan quran dan hadis sebagai sebagai undang2 bagi orang islam.kerajaan pr peringkat negeri berjalan dgn baik walaupun ada hal2 berbangkit.pr peringkat federal pula senarai kabinet pun belum dibentang pak sheikh.takkan nak tandatangan benda yang hearsay.nak tanya zahid hamidi tu bkn kem anwar ke dulu.bukan ke khairy yg serah paspot kepada anwar byhand di sg buloh.jgn pandang yg zahir shj.tapi yg nampak memang ada tokoh2 pas yg tidak sabar menaiki takhta kuasa.baik dari 'fraksi umno' atau 'puak erdogan'.panjangkan dlm mesyuarat pusat.bkn sebelah pihak shj yg membuat kesalahan.tau tak pak lah dan anwar mempunyai guru agama yg sama ketika mereka masih kecil dan kenapa tdm menyalak sgt2 sekarang ni?everything is related but the puzzle will not be completed by the end of the year.sabar ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.