Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, September 18, 2008

Kasihan Husam Musa, Teruk Difitnah

Kasihan Husam Musa sekarang ini teruk difitnah hanya kerana mahu berpegang dengan prinsip.


Maklumat yang terbaru saya dapati adalah Husam Musa menjadi “target” utama fraksi UMNO. Semua ini adalah sebahagian dari strategi mereka untuk membawa PAS masuk BArisan Nasional.

Sekarang ini, fraksi UMNO semakin kehabisan modal. Ianya bermula selepas fitnah pertama mereka, yakni Anwar Ibrahim meliwat, terbukti satu penipuan. Tetapi, kegagalan mereka yang terbesar adalah tidak dapat meyakinkan Tok Guru Nik Aziz untuk menyokong kemasukan PAS ke Barisan Nasional.

Akibatnya, Tok Guru telah menjadi batu penghalang nombor satu apabila hampir kesemua ahli Majlis Syura Ulama berjaya diyakinkan.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, mangsa baru diperlukan. Oleh kerana mereka tidak dapat menyerang Tok Guru secara pribadi, maka disebarkan fitnah bahawa Tok Guru sebenarnya termakan dengan “jampi” atau “kata kata” Husam Musa.

Atas sebab itulah Husam Musa diserang habis-habisan sekarang ini. Harapan dari serangan ini adalah supaya usaha mereka masih mampu mendapat simpati ramai ahli PAS dan penyokong PAS walaupun tidak dapat sokongan dari Tok Guru Nik Aziz

Serangan Kepada Husam Musa dan weblog AntiHusam

Serangan kepada Husam Musa datang di dalam berbagai-bagai bentuk. Untuk mengetahui secara detail, silalah rujuk blog “antihusam”. Bermacam-macam fitnah boleh dibaca disitu.dan ramai lagi orang lain yang telah menjawab fitnah dalam blog ini.


Dari maklumat yang saya dapat, blog ini adalah kelolaan kumpulan PAS Terengganu yang berpusat di Kuala Lumpur, dan mereka ini dipimpin oleh seorang yang bernama Haji Suhaimi. Khabarnya beliau ini dahulunya CEO Top IT sewaktu PAS memerintah Terengganu dahulu.

Dalam kumpulan beliau ini terdapat ramai “intellek” dan “korporat” PAS yang rata-ratanya adalah anak Terengganu. Mereka yang dari negeri lain tidak layak untuk menjadi ahli dalam kumpulan ini.

Mereka ini memang mempunyai hubungan rapat dengan semua pimpinan PAS Terengganu terutamanya Ustaz Harun Taib dan Mustafa Ali. Tidak hairanlah Tuan Guru Haji Hadi boleh termakan dengan fitnah dan konspirasi puak2 ini.

Mereka inilah yang telah beriya2 sangat memaksa seorang ahli PAS yang bermastautin di Dubai untuk mengaku kononnya Husam Musa dan Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan “Deklarasi Dubai”. Khabarnya Hj Suhaimi telah menyoal siasat ahli PAS tersebut selama lebih 30 minit sewaktu Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini malangnya hampa.

Penerangan berkenaan penipuan “Deklarasi Dubai” ini dapat dibaca di sini (“Lagi Pendedahan Penipuan Blog Anti Husam”).

Hakikatnya, blog ini dimulakan dalam bulan Julai, selepas Tok Guru Nik Aziz menulis surat mengarahkan supaya memberhentikan keseluruhan aktiviti “muzakarah” yang sedang rancak dijalankan pada masa itu.

Malangnya, puak fraksi UMNO telah tidak mengendahkan surat tersebut dan mereka menyalahkan Husam Musa pula. Dan hasilnya blog antihusam telah diadakan bagi menjawab surat arahan Mursyidul Am tersebut.

Tok Guru Bukan Seorang Yang Mudah Diperkotak-Katik

Antara sebab fitnah terhadap Husam ini tidak “efektif” adalah kerana ramai orang sudah mengenali sikap dan tabiat Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru adalahs seorang pemimpin sejati.

Kalau saudara/ri masih ingat, sewaktu Tok Guru mengambil alih tampuk Pesuruhjaya PAS Kelantan, beliau menghadapi masalaah “ketaatan” berbelah bahagi di kalangan ahli-ahli PAS Kelantan pada masa itu. Masih terdapat mereka2 yang masih taat dengan Dato Asri.

Bukankah Tok Guru Nik Aziz yang telah memberi kata dua kepada ahli-ahli PAS pada masa itu dengan kata-kata keramat ini “Pilih dia atau saya”. Ini bererti Tok Guru tidak mudah diperkotak-katik, dipermainkan, dipengaruhi dengan sebarangan serta dianak-anak kan.

Atas dasar itulah, tuduhan kononnya Husam meracun pemikiran Tok Guru adalah meleset sama sekali kerana tidak pernah berlaku Tok Guru Nik Aziz mampu diperkotak-katikan semudah itu.

Ini sifat Tok Guru Nik Aziz yang telah menjadi makluman semua ahli PAS terutamanya yang berada di Kelantan.

Blog Tinta Merah – Suyuti

Suyuti juga ada menyerang Husam tetapi serangan itu dilakukan dengan gaya yang sipi-sipi. Posting terbaru Suyuti di blog beliau bertajuk “Rihat Untuk Mengerjakan Umrah” memberitahu saya kemungkinan besar beliau adalah sebahagian dari fraksi UMNO.

Hujjah saya ialah, dalam senarai harapan beliau sewaktu beliau berada di Mekah tidak ada satu pun harapan beliau merujuk kepada pertukaran kuasa di Putrajaya. Malahan beliau juga berhasrat supaya tidak lagi berlaku perletakan jawatan oleh ahli kabinet Pak Lah.

Jelas, pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat tidak menjadi prioriti kepada Suyuti/Merah Tinta. Selama ini saya dengar beliau adalah orang kuat Mustafa Ali, nampaknya benar juga lah dakwaan tersebut.

Perlu Melindungi Husam Musa

Semua ahli PAS perlu melindungi Husam Musa kerana beliau adalah pelaksana kepada harapan dan visi Tok Guru Nik Aziz. Hakikatnya, kemahuan untuk bersama dengan kerajaan Pakatan Rakyat, bukan datang dari Husam Musa, tetapi datangnya dari Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Ketahuilah wahai ahli-ahli PAS sekelian, wawasan untuk bersama Anwar Ibrahim menjatuhkan BN ini adalah wawasan Tok Guru Nik Aziz sendiri dan bukannya Husam Musa. Husam Musa adalah perlaksana kepada wawasan Tok Guru sahaja.

Tulang Besi

.

33 comments:

Anonymous said...

Astagharirullah!!

Aku respect dengan orang2 PAS sebab prinsip mendukung Islam tapi manusia tetap manusia...jenis dengki khianat dan "memakan daging" saudara sendiri pun ada dalam kelompok orang2 "Haji". Mungkin itu sebabnya Allah belum makbolkan PAS memerintah Malaysia!!

Dunia ini hanya sementara...akhirat jua kekal untuk kita.

Anonymous said...

yes..something happen in PAS camp dan ini adalah yang dikehendaki oleh puak UMNO. Banyak desas-desus yg kedengaran. Memang betul dakwaan Tok Guru, ada ahli PAS yang dengki dengan Anwar.

Sedarlah PAS, Pakatan Rakyat memerlukan anda, dan anda memerlukan Pakatan Rakyat. Berjuanglah dengan adil dan buang sikap cemburu itu. Jangan terlalu gelojoh dlm mencapai apa yg dihajati.

Alangkah bagusnya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih ada.

feninlalat said...

Tak habis2 PAS ni diperbodohkan AMNO.. apa kata terajang dulu AMNO kemudian baru gaduh.. kalau gaduh sekarang PAS dok lagu tu jugak.. mungkin lagi teruk..

Tayadih Maysia said...

Salam,

satu pendedahan yang sukar difikirkan. bravo

Anonymous said...

Yes to Husam Musa as Deputy PM when Pakatan takes over!

Long live Pakatan!

- donplayplay -

Anonymous said...

I pledge my allegiance to ISLAM and the leaders who fight in the cause of Allah. Therefore, I have undivided support to TGNA, Husam Musa and whoever that work really hard for the right cause. InshaAllah, after all the hardwork we will smell victory.

May Allah guides us all to the straight path. Ameen.

beritamalaysiakini said...

Mencelah dengan sedikit ayat ayat damai :

1- (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #224)

2- Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #114)

3- Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #61)

4- (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
( سورة محمد , Muhammad, Chapter #47, Verse #35)

5- (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #26)

6- Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #9)

7- Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #10)


Salam...

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

teohjitkhiam said...

God Bless Tok Guru Nik Aziz. And those of PAS who are opposed to that virulent, claptrap, agitation propaganda known as UMNOism.

Anonymous said...

Jangan harap kami tidak menguji kamu seperti orang-orang sebelum kamu...

(lebih murang maksud ayat Quran)

Tengok fitnah terhadap Anwar Ibrahim, tak terbayang betapa jijiknya dan buruknya diperlakukan (oleh org Melayu Islam kita sendiri).

Lihat Tok Guru Nik Aziz, apa yg lawan politiknya tak kata terhadap nya walaupun semua orang tahu peribadi mulia beliau dan betapa perit rintangan dihadapi selama 19 tahun menerajui Kelantan.

Husam Musa kelihatan berpotensi tinggi dan panjang langkah; rekod kerja baik, masih muda, cerdik, cakap berhemah, berjiwa kebajikan dan ada rupa sikit (tak banyak). Tapi ini sudah cukup utk menimbulkan rasa tak senang hati di kalangan yang tak sebaya dan tak sewaktu dengannya.
(Tak dan nak hambat, berat tubuh, pendek langkah)

Perkara biasa. Oleh kerana tak mampu nak hantam TGNA yang sangat tebal aura nya, maka hantam si Husam.

PAS boleh pilih untuk berjuang bersama UMNO dan Barisan Nasional(dial-up connection), seperti yang pernah dialami sebelum ini selama berpuluh-puluh tahun, atau mengorak langkah ke era baru bersama PKR dan Pakatan Rakyat (broadband).

Wassalam.

anak kelatee said...

aduhai kenapa laaa la gan pas lak nie....belum memerintah malaysia dah kecoh..macam mana nie...dulu masa pas kat kelantan nyawa2 ikan boleh lak duk elok2 nie dah 5 buah negeri dah pegang ada lak yang tak kena..namapak gaya jadi macam ganu laaaa 1 penggal..plzzzzzzz laaaa apa kata kita tukar dulu kerajaan.. contohi laaa TGNA dia org lama beliau pegang kelantan dah lama..bagi laluan untuk membuat perubahan d malaysia...

abdrahim kassim said...

Dah 20 tahun lebih saya tidak pergi pejabat PAS, ingatkan perangai dulunya dah berubah tapi lagi teruk.

Kali ini dengan Tok Guru Nik Aziz barulah berjumpa buku dengan ruas.

Dulu dengan Ust. Nakhaie bolehlah dia luku-luku Nakhaie,kerana PAS masa tu "dikuasai" oleh puak Terangganu.

Orang Tenom said...

MSO tu tak panggil dengan nama Husam. Tapi dia gantikan dengan "orang pakai baju petak petak merah". Kenapa tak gunakan nama Husam? Adakah MSO tak suka kat Husam?

Anonymous said...

Dari dulu sampai sekarang, sy tak suka org Terengganu. Tak kira parti apa pun. Bukan org Terengganu tak de yang baik dan bukan org negeri lain semuanya baik, tp ntahlah...kebanyakan yg jumpa sikapnya begitu.

Anonymous said...

Salam tuan blog,izinkan...
Beruntung orang PAS ada Tuan Guru Nik Aziz.
Beruntung orang Islam kenal Al-Quran dan Sunnah Rasul.
Beruntung anak-anak ada ayah dan ibu.
Nasib anak-anak yatim piatu........?

Ngah.

Anonymous said...

Nak tanya.Fraksi UMNO dlm PAS ada kowtim dgn Mechedeh Benj(MB) of Terengganu?Say pikiaq,plot plot utk memburukkan HM,TKNA,semuanya pasai kontrek billion billion..

Anonymous said...

Ok,humpty dumbty tak nak sessi emergency parlimen..dia dan dia punya geng mau tibai billion billion,macam Si Daim kot..SIL pulak culi lui rakyat dlm Maybank..kikihkih..curi dri Maybank ,taroh dlm Temasek..kihkihkih

Anonymous said...

Gelenti isu ni talak selesai..

Anonymous said...

Muktamar pas yg baru selesai membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk kerajaan.kerjasama dgn pakatan rakyat jika berpeluang memerintah diperkasa jika Islam menjadi dasar.soalannya siapa yang terlalu dahagakan kuasa dan mendahului jemaah?

Anonymous said...

Semua orang tau Husam ni ayam didik TGNA..
Berpelajaran U dalam jurusan ekonomi, bijak, berfikiran tajam dan tidak jumud.

Mempunyai rekod yg baik.. rajin, berprestasi tinggi, boleh mengurus dan tidak gelojoh.

Pakar dalam strategi/perancangan dan ada visi.

Yang penting berakhlak Islam.

Pidato dan hujah sentiasa kemas. Malah berunsur dakwah secara halus dgn selalu merujuk ALQuran/hadis.

JADI.. tidak hairanlah ramai yang bukan berkemampuan tetapi bercita-cita tinggi, CEMBURU dan DENGKI dgn Husam.

KONKLUSI..Penyakit PHD. Selagi manusia berperangai "Melayu" yakni tidak Islam, selagi itulah Husam akan terus difitnah!

copyninja said...

mintak izin link

Anonymous said...

Interesting comments frm Tun Telanai

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tun_telanai063.html

Yep,Cikgu Pa patut diseliPA oleh PAS

IbnuQalil said...

Bukan fitnah Husam tapi memang betul...

Dok kata kt orang lain, yang hang dok fitnah ada pimpinan Pas nan bawa Pas masuk Umno tu takpe?

Nilah ciri2 orang fasiq...

Tulang Besi said...

IbnuQalil said...

Bukan fitnah Husam tapi memang betul...

Dok kata kt orang lain, yang hang dok fitnah ada pimpinan Pas nan bawa Pas masuk Umno tu takpe?

Nilah ciri2 orang fasiq...


REPLY: maksudnya Anak si sikit (ibnu Qalil) kata takpa fitnah Husam Musa. Yang jangan difitnah adalah pemimpin2 fraksi UMNO dalam PAS.

Ibnu Qalil ni pengikut Haji Suhaimi bekas CEO Top IT.

memang puak Pas Terengganu, dan kita semua dah maklum bahawa PAS Terengganu dibelakang konspirasi ini semua.

sinner said...

mr tulang, hahaha, its funny dude.. its really are.. how childish u are.. i've read blog sayuti since when..n aku pon panas je bace komen2 dia..dia tembak sume org..n termasuklah TGNA n TGHH.. n his comments mostly valid..aku byk xstuju ngan dia yg terlalu byk agungkan anwar, tp in other way i respect his opinion.. what make me laugh to death is, everybody that have diff thought with u, anwar, husam musa, TGNA dan sealiran dgnnya, trus kna chop FRAKSI UMNO???!!! i'm quite curious about anwar's agenda.. do i farksi umno??? hahahahahahhaa.. u really make my day dude.. ko xpenah trun ke pringkat akar umbi ke dude??

my advice, learn more to write..

Anonymous said...

KORANG NI BUTALAH... KEMARUK SANGAT ANWAR DGN HUSAM. AKU TUNGGU DAN LIHAT JE. ALLAH TU MAHA HEBAT KITA TENGOK NANTI BILA DAPAT MEMERINTAH AKAN TERLAKSANAKAH ISLAM ATAU ISLAM MAKIN HANCUR!!! KORANG JANGAN NAK KONDEM AKU SEBAB KORANG BUKAN TUHAN SO TAK TAHU APA AKAN JADI MASA DEPAN. AKU TAK SABAR NAK LIHAT APA JADI. CUMA TAKUT DAP YG MEMERINTAH. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMAT ISLM.

Tulang Besi said...

anon writes:

" mr tulang, hahaha, its funny dude.. its really are.. how childish u are.. i've read blog sayuti since when..n aku pon panas je bace komen2 dia..dia tembak sume org..n termasuklah TGNA n TGHH.. n his comments mostly valid..aku byk xstuju ngan dia yg terlalu byk agungkan anwar, tp in other way i respect his opinion.. what make me laugh to death is, everybody that have diff thought with u, anwar, husam musa, TGNA dan sealiran dgnnya, trus kna chop FRAKSI UMNO???!!! i'm quite curious about anwar's agenda.. do i farksi umno??? hahahahahahhaa.. u really make my day dude.. ko xpenah trun ke pringkat akar umbi ke dude??

my advice, learn more to write..

September 20, 2008 5:20 PM
Anonymous Anonymous said...

KORANG NI BUTALAH... KEMARUK SANGAT ANWAR DGN HUSAM. AKU TUNGGU DAN LIHAT JE. ALLAH TU MAHA HEBAT KITA TENGOK NANTI BILA DAPAT MEMERINTAH AKAN TERLAKSANAKAH ISLAM ATAU ISLAM MAKIN HANCUR!!! KORANG JANGAN NAK KONDEM AKU SEBAB KORANG BUKAN TUHAN SO TAK TAHU APA AKAN JADI MASA DEPAN. AKU TAK SABAR NAK LIHAT APA JADI. CUMA TAKUT DAP YG MEMERINTAH. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMAT ISLM.

September 21, 2008 1:15 AM"

REPLY: Wahai penyokong Fraksi UMNO. Sudahlah, berentilah fitnah si Husam Musa.

Korang ni kemaruk nak pangkat nak darjat nak kontrak nak duit nak kekayaan.

Pasal tu korang takda ragu nak sebar fitnah pasal Anwar Ibrahim dan Husam Musa.

Korang memang tak guna. Ada dalam PAS pun merugikan PAS je.

Paham tak.

sinner said...

dude, that's ur reply? pusing2 tembak ckp fraksi umno? n u'll be happy forever n ever? haha.. funny dude.. pls stop generalizing people..muhasabah diri sndiri,sapa yg merosakkan PAS, melaga2 kan org..aku xpenah fitnah husam, apetah lg TGNA..nk project kerajaan?wang ehsan@segala jenis bentuk bantuan govt pon famili aku xpenah terima sbb ia dr UMNO(dats how much i hate BN)..

mcm budak2..sigh.

Anonymous said...

aku tgk Tulang besi ni dok kata org buat lain fitnah la, fraksi UMNO la.. yg dia dok fitnah org lain nak kontrak la, nak pangkat la, nak itu nak ini la, tak jadi dosa utk dia pulak ye.. ustaz cop apa ni? mana2 yg tak sebulu dgn dia semua dia fitnah (fitnah dia ada pahala kot) sudah la tulang besi. ko tu mempermainkan agama, mempergunakan agama demi kepentingan ko.. no one respect u for that.

Anonymous said...

Bila kita buat analisa, kita kemukakan hujah yg bernas dari pemerhatian gerak-geri, desas desus, ucapan dan rentetan peristiwa yang berlaku, dan kita kemuka pandangan dari rumusan tersebut. Ini yang saya nampak Tulang Besi buat. Sebab saya dapati tanggapan beliau munasabah.

Sdr-sdri ikuti semula segala gerak-geri watak-watak dlm PAS dan UMNO dan lihat samada wujud atau tidak hubungkait satu perkara yg berlaku dgn satu perkara yg lain?

Saya boleh terima bhw penahanan Teresa Kok atas larang azan dan gelagat Ahmad Ismail & penyokong koyak gambar Koh Tsu Koon adalah cubaan menyemarakkan sentimen perkauman dan agama di kalangan org ramai.

Kita mudah tersinggung dan iya-ya nak bela ugama dan bangsa, tapi ini hanya mainan org atas utk mengekalkan kedudukan.

Macam-macam kerenah dirancang, bagi org hidup tak senang: tangkap orang tu, kurung orang ni, panggil org tu dtg balas polis, saman org ni, suruh org tu serah diri, ugut orang ni, dakwa org tu, hantar BPR siasat org ni, main-main angkat sumpah kata orang tu liwat paksa diri dia, tak ada malu lansung, tekan doktor sampai dia lari bersembunyi, tekan hospital supaya berbohong, tukar tempat kerja dari imam masjid duduk di meja pejabat, bunuh org ni, tak cukup dgn tembak mati, letupkan lagi....apa dah nak jadi ni?

Apa punya ISLAM ini macam??

Anonymous said...

suhaimi jer, blum ada haji lagi, skrng nie di harakah sebagai pengurus operasi,Ketua jabatan IT Pas Pusat, orng kanan Mustapa Ali, cakap berdegar2

Anonymous said...

Jika betul orang ini dalam harakah, bahaya betul. Sudahlah Mustafa pengerusi harakah, sudah tentu dia boleh serang sesiapa pun dari dalam parti tidak ada apa tindakan boleh diambil ke atasnya kerana kekebalan di turunkan kepadanya oleh pengerusi harakah

Anonymous said...

bagaimana pula dengan web harakah? bawah orang ini juga? kalau begitu tak selamatlah kedua-duanya sekali, harakah dan web harakah. dua-dua di pegang oleh proksi umno.

Husam said...

amirul-hakimi.blogspot.com

Kisah sebalik tabir HUSAM
mailah baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.