Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 15, 2008

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Yang Di Gam Harakah

Kenyataan ini adalah kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang tidak disiarkan oleh Harakah. Nak tahu sebab musabab, sila rujuk posting Wan Nordin Wan Yaakob di sini.

Tak sabar nak tunggu respon jurucakap Fraksi UMNO, Roslan SMS terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini.

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008. .

27 comments:

Anonymous said...

Sekarang sudah jelaslah bahawa memang ada "faksi" UMNO dalam PAS. Ahlinya tak ramai tapi memegang jawatan penting dalam parti. Sekarang kita faham kenapa PAS Trengganu tak pernah maju. Ada perkhianat, macam mana nak maju. Persoalan sekarang ialah adalah Presiden PAS juga terdiri dari "faksi" UMNO?. Kalau bukan, ada ke beliau akan ambil tindakan terhadap "faksi" UMNO supaya PAS tak akan hancur di masa depan?. Pada ahli PAS yang dipergaruhi oleh "faksi" UMNO ini, tolong sedarlah bahawa perkhianat ini adalh orang-orang yang tamak kuasa dan harta, ini akan menghancurkan PAS.

Anonymous said...

Salam TB/RC,

Alhamdulillah it has come to this. I sincerely hope PAS can go back to being only ONE PAS.

Thanks
TROUBADOUR

Anonymous said...

alhamdulillah ada juga orang kuat pas yang mula memahami arah tuju perjuangan pas yang makin tidak terarah. kita mesti sedar, Islam apa yang hendak diperjuangkan oleh pas jika ia redha berpayung kepada parti cauvanist perkauman dap dan pkr pendokong hindraf ...insaflah ahli-ahli pas sekalian..betulkan hala tuju sebelum terlambat..

Anonymous said...

Mustafa and Nasarudin r bit part players. Its no issue if they are part of the UMNO fraction in PAS, they r nobodies.

The biggest issue PAS has to solve is to see if Hadi Awang himself falls on which side, the UMNO fraction of the Pakatan fraction.

There will be serious issues if Hadi himself alligns himself with Mustafa and Nasarudin.

Mr. Smith said...

In fact action should have been taken against Mustapha earlier. He should be suspended from Harakah. He is surely an UMNO mole. So is Nasarudin.
Hadi is neither hear nor there.
Perhaps Husam and Kamarudin should do something about this mole.

Anonymous said...

^:)^ @ TOK GURU NIK AZIZ!!What a man!!Naah,I am not 2 worried about TGHA..tapi,gonelah,Mus,Imama palsu Doc Hassan Ali,Nash, n their gengs...btw,what r they waiting for...,jadilah pencuci jamban,tandas owang UMNO..lol!!

Su said...

Kenyataan Tok Guru ni dah keluar dlm Harakah edisi Isin bil 1375. Ceramah di Melewar mlm tadi, Tok Guru sekali lagi melahirkan kekecewaan dgn kenyataan -ve Tok Pa dlm harakah edisi sebelumnya i.e. tidak menghormati ketetapan yg dibuat dlm Muktamar baru-baru ini i.e berhubung 916 dan usaha memperkukuhkan PR

cekka said...

Nik Aziz tak layak jadi mursyidul am PAS.. banyak politik dari ugama sekarang, cukup2 berbeza pada zaman 80an dan 90an dulu.. Buta hati kerana Anwar, sanggup jilat Anwar dan buang rakan sendiri yang tidak sependapat.

Anonymous said...

The Muslim Consumers Association of Malaysia, Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network yesterday lodged police reports against Teresa Kok over her "alleged act" to prohibit the azan call. As a social and cultural associations, they should show to the general public that they are run by good intellectuals who can provide good examples on righteousness, fairness and integrity. To make such police reports after the fact that the Masjid had denied the involvement of Teresa Kok on the azan issue, the confirmation by the residence association that Teresa Kok did not initiate any petition and that the blogger at the Pembelamelayu Blog has appologized on the mistaken allegations made by him, it makes one wonder what is the motive of such police reports now! It has been told that Islam forbids slander against anyone. So in this holy month, why are such actions taking place against the truth and supporting lies by these muslim associations?

Anonymous said...

Alhamdulillah, akhirnya kenyataan TGNA menolak kecelakaan yg ditimbulkan oleh Tapa Ali. Mudah-mudahan, Tapa Ali cepat insaf, kembalilah kepangkal jalan & janganlah meneruskan makar jahat dibulan Ramadhan ni. Ingatlah, jangan sekali2 jadikan diri kita sebagai pengkianat yg merosakan kehendak perubahan rakyat

Anonymous said...

Pliz translate to us and blog in English most of the times since your blog is becoming popular and some people need to follow it and can't understand Bahasa Melayu. Moreover, some non-Malaysians who live in the country but who follow the local politics may not get the message as well. Thanks

Ramadhan Karim

iswarahijau said...

not worth it kalau PAS berpecah karana Anwar Ibrahim..
Pemimpin seperti Anwar ibrahim boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan Islam tetap kekal selamanya

Anonymous said...

not worth it kalau PAS berpecah karana Anwar Ibrahim..

---------------------------

Eh/iswara hijau ni kaki penjilat UMNO kot..lol!!Hai brudder,sampai sekarng pun tak insaf..barua yg nak pecahkan PAS Anwar ke?btw brudder,iswara tu arabic or sanskrit?kihkihkih....:-)

Anonymous said...

Tak sabar nak tunggu respon jurucakap Fraksi UMNO, Roslan SMS terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini.
-----------------------

Ah,nominee for best supporting actor Al Kelentong Kelana Jaya mesti super geram now...maybe he will go 2 a pub n lepaih stim..lol!!

Anonymous said...

Hahaha..Zaid tenders his resignation!!The crossing over has begun?...bye bye luv,alo appyness...:-)

hamdy said...

salam tulang besi,

saya tidak sentiasa setuju dgn roslan sms tapi dia deserved some respect.

patut patutlah melabel org.

saya antara yg berkata 'kalau sape nak jv dengan umno, tunggulah dulu hingga TGNA pergi...' Dalam kata lain, saya bersama TGNA dlm hal ini.

once again, patut patutla melabel org. Roslan sms tetap pejuang cuma dia berbeza pendapat yg kuat dalam hal ini.

JGN pecahbelahkan kami.

tq

jem hall said...

hamdy said: 'kalau sape nak jv dengan umno, tunggulah dulu hingga TGNA pergi...'

Maksudnya anda tak kisah orang PAS masuk UMNO, asalkan selepas TGNA sudah tiada? Kenapa anda boleh respect TGNA semasa hidupnya tetapi tidak selepas dia tiada. Apakah perjuangan TGNA tak lagi valid atau layak dihormati selepas beliau tiada?

Anda tidak kisah PAS berpecah-belah, kalau TGNA masa itu sudah tiada.

DAn anda tuduh ade orang cuba pecah-belahkan PAS?

slyderrose said...

Tuduhan mengatakan Tok Guru Nik Abd Aziz penjilat Anwar adalah satu fitnah yg amat berat. Memang telah menjadi satu harapan Tok Guru dan ramai pemimpin PAS lain semoga PR dapat memerintah Malaysia dengan secepat mungkin. Ini disebabkan kesengsaraan yg dihadapi olih Tok Guru menghadapi kerenah dan manipulasi umno selama beliau memerintah Kelantan. Negeri2 di bawah PR pun sedang dan akan mengalami nasib yg sama kalau kerajaan persekutuan masih ditangan BN. Mustafa Ali adalah seorang pemimpin PAS yg sudah diambang senja, half past six dan merasa terpinggir sejak kemenangan PR di lima negeri. Olih beliau cuba berbaik dengan umno atau lebih tepat Pak LAh yg lemah itu dengan tujuan yg tertentu...

Cuba tanya Mustafa ALi ini kenapa PAS kalah di Trengganu???. DI Kedah bolih menang?

sinner said...

i'm a big fan of TGNA.. but this time around i'm quite didnt agree with him.. rest my case for the moment.. going to elaborate more after solat..

Anonymous said...

I'm no fan of TGNA, but in this case he deserve my full support.At last someone stand up to this hipokrit leaders who cause PAS to lost respect from Malaysians public.

Anak Kedah said...

Adalah malang sekali kalau ada pimpinan PAS yang terpedaya dengan politik Machiavellian UMNO.Di Selangor dan Perak UMNO tergedik-gedik hendak bersama PAS kononnya atas dasar perpaduan Melayu Islam.Di Kedah pula di mana PAS kukuh UMNO siang malam ajak Keadilan bersama-sama bentuk kerajaan campuran,kononnya PAS zalim dan tidak tahu mentadbir.Offer pula macam-macam pada pimpinan Keadilan Kedah.Sebenarnya UMNO kemaruk kuasa.Depa sedih sangat kehilangan lubuk duit depa;Selangor.Yang dia nak sangat-sangat kuasa saja.Dia bukan peduli Melayu ka Islam ka.
Saya masih ingat setahun dua lepas ada pemimpin UMNO di utara menulis dalam akhbar arus perdana lebih kurang begini"PAS tidak pernah memberikan apa-apa faedah pada bangsa Melayu sejak penubuhannya." Rupa-rupanya dia silap.Ada juga faedahnya-buat perlepas bila terdesak!

Anonymous said...

Man,PAS has suffered so much under the hands of UMNO PUAKA!!Dah lupkakah,emergency in 1977,peristiwa Memali?In fact,there should have been no dialogue at all with this iblis bertopengkan islam called UMNO.They r materialists,they r devourers,they have destroyed this nation.Nasib baik,there exists forces to counter attack n repel sinister plots by greedy,dunggu,good for nothing,weak minded fraksis!!!

Anonymous said...

Mahkamah Persekutuan sahkan kemenangan PAS di Manir
Harakahdaily
Tue | Sep 16, 08 | 12:40:49 pm MYT
PUTRAJAYA, 16 Sept (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan kemenangan Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir setelah menolak dengan kos petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, Wan Sagar Wan Embong.

-----------------------------------

Congrats to PAS!:-) Folks,in the end,patience,the will to fight out,the desire for justice n truth always works!!

Anonymous said...

..mu ingat mu badan besar boleh wrestling (kelong) semua orang..

tok guru walaupun badan kecik dia ada ilmu tai-chi.

kalu aku jadi mu aku serah tali pinggang PJ PAS Teganu pada orang lain..Malu.

arkib.com.my said...

mustapha ali mmg dari dulu lagi patut masuk UMNO, jiwa nya mmg UMNO, bukan PAS, mungkin kerana orang UMNO sendiri x pernah jemput dia masuk UMNO..

harap mustafa ali.. pkir masak2..

dan sudil-sudilah kawin anak kamu dengan aku yek..

Anonymous said...

it's very for pas supporter yg meragui perjuangan anwar. masa muktamar nyatakan kecurigaan anda dan boleh sama2 bincang dan ambik keputusan secara berjemaah. muktamar baru nih dah 100%(0% bantahan) utk memperkuatkan PR. Tp bile depan ckp lain, belakang lain tuh sifat MUNAFIK namanyer....

almaranjy said...

skang plez la sumer yg sayang islam
stop bg komen ttg isu kepimpinan pas..
sebenarnye ini kerja pihak luar (bkn org pas) utk melagakan dan menghancurkan pas..
sumer ni tipu dan diadakan..
tiade pergolakan dalam pas sebenarnya..
penyokong pas bawa bertenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.