Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 3, 2008

Kerajaan Kedah Harus Berhati-Hati Di Dalam “Mengharam”

Saya terbaca beberapa polisi baru yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Yang saya sempat baca adalah:
a.Pengharaman konsert
b .Pengharaman persembahan artis wanita
c. Pengurangan premis judi

Bagi saya ini adalah satu tindakan yang terpuji dan harus dijadikan sebagai contoh oleh semua kerajaan negeri. Syabas saya ucapkan kepada Ustaz Azizan Abdul Razak di atas keberanian beliau.

Tindakan-tindakan ini juga selari dengan kenyataan beliau sebelum ini yang hendak menjadikan negeri Kelantan sebagai contoh.

Hati Hati, Harus Diingat Perasaan dan Sensitiviti Orang Bukan Islam.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengingatkan kerajaan Negeri Kedah supaya berhati-hati di dalam melaksanakan polisi ini. Ini kerana Negeri Kedah mempunyai komposisi penduduk yang tidak sama dengan Kelantan.

Saya mencadangkan supaya Kerajaan Kedah secara terus terang menyatakan pengharaman ini hanya ditujukan kepada orang Islam sahaja. Malahan, pengharaman ini akan diwartakan dan dimasukkan ke dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah.

Sesiapa yang berugama Islam yang didapati melanggar akta ini akan dibicarakan di Mahkamah Syariah dan bukannya di mahkamah sivil.

Sekiranya arahan ini kekal dalam bentuk sekarang ini, mana-mana rakyat Kedah, tidak kira agama dan bangsa, yang melanggar arahan-arahan diatas akan dibicarakan di mahkamah sivil.

Mengapa Perlu Berhati-Hati ?

Saya perlu ingatkan pihak PAS Kedah bahawa kemenangan PAS baru-baru ini adalah natijah dari undi orang bukan Islam dan bukan Melayu.

Sila rujuk rajah di bawah:

Dari geraf di atas jelas menunjukkan majoriti kerusi PAS dan Pakatan Rakyat adalah dari kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi bukan Islam berjumlah 30% ke atas.

Dalam kategori 90-100% dan 80-90%, dilihat jumlah antara PAS dengan UMNO adalah setara, yakni 11 kerusi masing-masing. Ertinya pembahagian 50-50. Ini bermakna tanpa pengundi bukan Islam, nescaya PAS tidak mampu menubuhkan kerajaan di Kedah.

Juga sila lihat geraf taburan undi di bawah:

Geraf menunjukkan bahawa jumlah undi Melayu yang diperolehi oleh PAS dan UMNO juga setara, yakni 50-50. Ini juga bererti bahwa sekiranya PAS tidak mendapat undi dari orang bukan Melayu, nescaya PAS tidak dapat menubuhkan kerajaan negeri di Kedah.

Secara mudah, sekiranya kita ambil 10 orang pengundi Melayu dari Kedah, 5 pengundi telah mengundi Barisan Nasional dalam Pilihanraya 2008 lalu.

Orang Bukan Islam Tidak Menentang Penguatkuasaan Undang-Undang Islam Asalkan Hanya Kepada Orang Islam Sahaja

Saya merasakan sekiranya diwarwarkan pengharaman ini hanya tertakluk kepada orang Islam dan tertakluk di bawah Enakmen Syariah Kedah, nescaya PAS tidak akan hilang sokongan dari orang bukan Islam.

Pada waktu yang sama PAS hanya perlu risau hanya 50% orang Melayu Kedah yang mengundi UMNO sahaja. Pengundi bukan Melayu yang berjumlah 40% di Kedah itu tidak akan menjadi masaalah lagi kepada PAS Kedah.

Juga, ini bermakna PAS dapat melaksanakan Amal Maaruf Nahi Mungkar yang termaktub dalam Perlembagaan PAS. Tidak mungkin PAS boleh melaksana Nahi Mungkar kepada orang Bukan Islam sekiranya perkara yang mungkar bagi Islam tidak mungkar bagi mereka yang tidak beragama Islam.

Harus diingat bahawa Islam tidak memaksa mereka yang tidak beragama Islam untuk beramal dengan Islam. Itu adalah satu hakikat yang mesti diterima oleh Umat Islam seluruhnya.

Jangan Dengar Cakap Ahli PAS yang Keras Tak Bertempat

Saya nasihatkan Kerajaan PAS Kedah supaya jangan dengar cakap orang-orang PAS yang keras tak tentu arah, terutamanya mereka yang pernah terlibat dalam konspirasi membawa PAS masuk BN, seperti Roslan SMS.
Kita harus bertindak dengan ilmu dan setiap tindak tanduk kita mestilah menguntungkan Islam dalam jangka masa panjang. Ambillah pengajaran dari kejatuhan kerajaan PAS Terengganu dahulu.
Janganlah lupa bahawa undi bukan Islam ini boleh berubah bila-bila masa. Sekiranya mereka berubah nescaya kerajaan PAS akan jatuh dan PAS mungkin akan kekal dengan 10-12 kerusi maksima di DUN Kedah.
Apalah salahnya kita melaksanakan Islam tanpa kita menaikkan kemarahan pengundi bukan Melayu dan Islam? Adakah Islam mewajibkan perlaksaaan Islam dalam keadaan orang bukan Islam membenci dan memarahi kita? Orang bukan Melayu di Kedah mempunyai pemikiran terbuka dan sekiranya pengharaman ini terbatas kepada oranfg Islam, nescaya tiada lagi isu lain yang akan timbul selepas ini.
Harus diingat, sekiranya PAS Kedah mampu mentadbir dengan adil dan saksama nescaya lebih ramai orang bukan Islam menyokong PAS dalam PRU yang akan datang ini. Dan bukan itu sahaja, orang bukan Islam akan hilang ketakutan mereka terhadap Islam di masa hadapan.

Roslan SMS Hidup Dalam Alam Maya, Bukan Alam Realiti

Saudara2 semua dipersilakan membaca komen Roslan SMS yang dinukilkan dibawah. Buatlah penilaian sendiri samada Roslan SMS ini waras atau tidak:

Beliau berkata:
Kedah mengharamkan artis wanitaDi dalam Muqadimah Perlembagaan PAS disebut bahawa PAS ini ditubuhkan bagi tujuan:Demi menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ANIL MUNKAR dalam, kehidupan bermasyarakat dan bernegara….”Kerana itu pimpinan, pendukung dan aktivis PAS begitu prihatin dalam isu-isu membabitkan moral kerana ianya membentuk peribadi dan masyarakat. Islam itu sendiri adalah agama yang mengatur sistem hidup bermasyarakat lantaran itu kerja-kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah asas pembentukan dan kelangsungan masyarakat Islam yang penting“

Roslan SMS ingat perkara mungkar itu wajib dicegah hatta ke atas orang bukan Islam sekalipun. Sayang seribu kali sayang.

Beliau tinggal di Kelana Jaya tapi pemikiran beliau memberitahu beliau bahawa beliau sekarang tinggal di Kelantan. Beginilah nasib mereka yang hidup di alam fantasi, bukan realiti.

Tulang Besi

31 comments:

rausyanfikir said...

Aiik...makin lembek nampak

sebenagnya apa masalah hang ni sheikh...hang ada personal problem dengan Roslan SMS ka? Etika tak bertulis dalam dunia blogging ni menuntut hang berhemah dengan blogger2 yang lain

yang aku tengok hang dok asyik hentam Roslan SMS ni apa hal? Aku bukan nak sokong dia. Tapi aku tengok tak de la dia attack hang siap dengan menulis terang-terang nama hang.

Banyak lagi sifat mazmumah hang...kena cuci dengan klorox!!!

Tulang Besi said...

rausyanfikir,

Masaalah saya ialah bila orang PAS buat kerja yang merugikan PAS

Habis cerita.

Anonymous said...

saya setuju 100% kerajaan kedah perlu berhati2....very immatured move....takkanler artis wanita tak boleh menyanyi ...hanya artis laki2 boleh menyanyi berat sebelah....tak lamelah...kedah pun akan bungkus mcm trengganu....inilah masalah orang melayu baik umno maupun pas....tak tahu memrentah negara..asyik nak terburu2...nak dapat pahala tak kena tempat...orang buatlah ekonomi negeritu meningakat sikit, buatlah kemiskinan turun...PAS oh PAS....kalau iapun janganler perasaan sangot ooi..pengundi bukan islam...sedang dok memerhati.....i give kerajaan kedah satu penggal kalau ginilah cara nak run the country...belajarlah sikit dari dr mahathir ke ataupun anwar...jangan dok belajar mat2 kelulusan mesir,arab tu aje...pandanglah sikit kat barat dan juga ke timur .....ade pahem ...TOK2 guru.

Anonymous said...

I AGREE 100% with Tulang Besi!

Kedah needs to be cognizant of the feelings of the non-Muslims. If you want to implement the above, do it in Syariah for the Muslims.

One other suggestion, dont just think of Islamic policies. Emphazise the policies that binds all Pakatan member parties and which is why we voted anti BeeEnd.

Anti corruption.
No more racial segregation.
No more direct award tenders

etc etc etc

Anonymous said...

"Adakah Islam mewajibkan perlaksaaan Islam dalam keadaan orang bukan Islam membenci dan memarahi kita? Orang bukan Melayu di Kedah mempunyai pemikiran terbuka dan sekiranya pengharaman ini terbatas kepada oranfg Islam, nescaya tiada lagi isu lain yang akan timbul selepas ini."


yes... as a non muslim, 100% agreed with you, tulang besi.... we dont mind PAS implementing hududs on muslim but leave out the non muslim... diff races have diff types of lifestyle n freedom... so dont expect a chinese to live in a malay lifestyle... moreover, our freedom is guaranteed in the Constitution..

just rmb that kedah is diff frm kelantan... fyi, i have a bunch of non muslim friends from kelantan... n they have decided to move out frm kelantan after graduation asap... see the problem?? some non muslim juz cant adapt to the lifestyle u want us to be in... try to be in our shoe sometimes...

as conclusion, what we questioned most abt PAS is penubuhan negara islam and application of hudud on non muslim... if pas can cleared this out to us, the non muslim can vote for pas in PR13 with no worries...

Anonymous said...

just an addition, i was thinking abt PAS's objective of "menubuhkan negara islam"... did they really think of the consequence of forming islamic country or just menubuhkan demi menubuhkan...

islamic country = no alcohol, no genting highlands, no concert, no nightlife... with all these banning, i bet the country's tourism sector will plunged drastically like 911... can malaysia sustain economic growth without relying on income from tourism sector?? malaysia is not arabsaudi... malaysia needs to rely on tourism sectors for income... face the fact, sa pumps out 9.45million barrels per day which they can earn roughly 39.4bil per month only from oil production while malaysia's entire budget is only 4bil PERYEAR NOT MONTH. can u see the diff? with formation of islamic country with all these bannings, do u think the tourists would prefer to go to a theocratic malaysia or a modernized singapore?

i agreed with saudara anonymous - "jangan dok belajar mat2 kelulusan mesir,arab tu aje...pandanglah sikit kat barat dan juga ke timur .....ade pahem ...TOK2 guru."

and also

"i give kerajaan kedah satu penggal kalau ginilah cara nak run the country"
- replaced it with 'WE' not 'I'

romeo61 said...

Kalau PAS Kedah nak main cara ni, ok, no problem, kita akan guarantee MB PAS di Kedah sepenggal sje.

unfair said...

To the non-muslim anonymous. It is unfairlah if the jenayah hudud only falls to Muslims. If you curi jugak you mesti kena potong tangan jugak la. That geng mamak kat Kedah rompak kena tembak jugak. Apa you ingat only Muslim will kena hudud ka? Hukum jenayah must be fair to all lah.

Anonymous said...

saudara unfair,

u have to understand that in other religion, potong tangan does not exist... so why should it apply on the non muslim?? isnt it more unfair to apply 'potong tangan' law on the non muslim when the non muslim are not the one who created such law... moreover, i think the 'potong tangan' law should not be enforced in the modern world like today... its too cruel... i believed everyone should be punished in a more berperikemanusiaan way... yes, i agree hukum jenayah for everyone but not hukum syariah for everyone....


non-muslim anonymous

azisirikit said...

Wahai PAS!!! Kamu dengar sini!!!! Jangan sombong dan bongkak! Saya bagi pihak pemuzik profesional yang berugama islam yang berkerja dan menampung keluarga dengan bermain muzik. Kami ini bodoh dan tak pandai macam kamu. Kamu tutup periuk nasi kami, 4 tahun lagi kamu akan tumpas! Ingat sikit! Kalau tak ada PKR, kamu tak akan rasa nak perintah Kedah dan negeri lain. Nak buat negeri islam boleh! Kamu impot unta banyak-banyak. Anak-anak kami nak makan apa? Kamu boleh tanggung? HanPAS kamu!! Harap-harap kamu dapat mesej ini!!

visi 2020 said...

i bet majority of the non muslims in kedah have regretted voting for PAS... in fact, im also kinda fed up with PAS after avril incident... we vote for u is to become a transparent n fair government in kedah... not a theocratic government which imposed unnecessary laws to us... dont restrict our freedom n make the non muslim to vote for alternative in PR13... Plz respect the presence of non muslim in Kedah...

hope there will be more PKR candidates instead of PAS in kedah during PR13... 3 corners fight btw PKR, PAS n BN and we shall see who is the real winner in PR13...

abx said...

we vote for change to overcome poverty, and better economic growth, it doesn't shows that the non muslim are well ready for islamisation. i believed the intention is good, should this be made compulsory even at the expense of non-muslim? where is the consideration?

another issue is what is with the banning of one gender to perform a concert? is this what we call sexism? how is this better than racism? please correct me if i am wrong, aren't we going backwards where women were not allow to do sports or provided fair education?

please do not think that PAS is the decisive factor of forming PR, and it will never be. PAS-DAP-PKR, each of them holds high responsibility, without one of them means BN has the absolute power. in short, ALL of them are the decisive! i jope PAS-DAP-PKR reads your blog, hahaa.

well written with consideration of other religions. i think what we need is someone the likes of yours, and this is what we call malaysia truly asia

aziz said...

Apa salahnya penyanyi wanita menyanyi asalkan tutup aurat. Kalau begitu, semua ahli sukan wanita negeri Kedah pakai purdah. MB ngok!

sharif dol said...

Daripada ketua bahagian yang tak ternama tiba-tiba jadi MB (nasib dengan bantuan PKR) dah mula besar kepala. Tumpukan pada pentadbiran negeri dengan membawa pelaburan asing dan bangunkan Kedah. Ingat sikit wahai MB, jangan balas undi rakyat yang menolong kamu dulu dengan cara begini.

PENGGIAT SENI said...

Pemikiran orang-orang PAS memang kolot. Tak ikut peredaran masa. Otak masih ingat zaman Nabi. Kalau PAS memerintah maka akan lebih mundur negara ini. MB tu tau ke pasal ekonomi? Tau ke macam mana nak kayakan negeri?

Penyanyi said...

Datuk Seri Anwar Ibrahim, anda betul-betul pasti PAS baik untuk Pakatan Rakyat? 4 tahun tak lama DS! Jangan tutup periuk nasi rakyat.

Anak Kedah said...

Bapa saya seorang pencen dan orang kuat PAS. Malah seluruh keluarga saya adalah penyokong PAS. Tiap-tiap bulan saya kirimkan sejumlah wang kepadanya untuk belanja rumah dan wang poketnya berpolitik. Kerja saya?.. kalau MB tu buat larangan tu, maka saya terpaksa hentikan kiriman wang tersebut kerana tidak kemampuan. Apabila sampai kepada pengetahuan bapa saya tentang hal ini beliau terdiam dan pandangannya kepada saya amat jauh sekali terlihat. Jadi biarlah kami bincangkan hal ini sekeluarga tentang nasib PAS dalam keluarga saya.

Tayadih Maysia said...

Assalammualaikum,

Salah satu kesilapan orang Pas ialah apabila dapat kuasa "gelojoh" buat polisi dan dasar. Memanglah dunia hiburan ini banyak yang maksiat daripada baiknya. Tapi perlahan-perlahanlah apabila ingin mengharamkan sesuatu. kita kena ingat di Malaysia ini majoritinya berfikiran moderate, jadi bila ingin membuat sesuatu dasar kita perlu buat secara berperingkat. Jika nak berdakwah pun kena ada caranya begitu juga dengan polisi mengharamkan sesuatu. Dalam hal ini mungkin pendekatan wali songo di Indonesia boleh dicontohi.


Bukan apa...saya takut PRU akan datang Kedah jatuh semula ke BN.

malaysia baru said...

Kepada Ahli Politik MUSLIM di mana saja:
Somehow kena terima juga bahwa kita memerintah kerana undi orang bukan Melayu....

Fikir, fikir, fikir mcmna nak laksanakan banyak benda secara hikmah & fatonah (bijaksana) bukan cuma nak perintah KEDAH (too small) saja tapi untuk memerintah dunia...

Jangan sempitkan visi...kerana kita mesti bervisi BESAR.

Jangan hal2 yg remeh temeh ini menyebabkan kita tersimpang jauh dari THE BIG PICTURE...

Disappointed Kedahan said...

just before PP election, PAS already voiced their intention to be the Prime Minister instead of DSAI... there is still power crazy mentality in PAS... the Rakyta knows that DSAI is a better candidate for the PM post... i just cant imagine malaysia is under the leadership of PAS... banning of concerts, nightlife, alcohol n being sexism.. with these banning, there wont be anymore tourist in malaysia... no tourist = no business income for rakyat... no income = rakyat suffer n high crime rate... therefore, is PAS going to feed n give allowance to the Rakyat every month??

PAS, plz rule based on your consensus and present situations of the country... dont think implementation of islamic law in arab will be effective in malaysia too... malaysia is a multicultural n half-modernized country... your restrictions n mindset may work out in kelantan but not throughout Malaysia? please develop n modernize Kedah instead of imposing ridiculous laws...

Kedahan wants developments NOT restrictions... Be prepared to get voted out in PR13 if u are still insisting to play it your way...

Tulang Besi said...

dissapointed kedahans says:

"malaysia is a multicultural n half-modernized country... your restrictions n mindset may work out in kelantan but not throughout Malaysia? please develop n modernize Kedah instead of imposing ridiculous laws..."

MY REPLY: I have to disagree with you here. More Shariah is actually a step towards progress.

Having said that the current Kedah government is doing much better than the previous BN government, finance wise.

And believe it or not, Kedah is actually progressing in the right direction. And economy wise, I think Kedah is actually progressing in the right direction, for once in their history.

The only issue now is Kedah implementing rules which should not be applied unto Non Muslims.

It's not fair as islamic rules are not applicable to non muslims.

Anonymous said...

we, the non muslim, will be happy IF:

1) islamic law on muslims ONLY.

2) make no changes to the entertainment sector in Kedah

3) spare all the present legal gambling, alcoholic n nightlife outlets

4) but i dont mind you closing down all the illegal gambling den

5) no banning of concerts, alcohol, gambling n nightlife in Kedah but ONLY on muslims

6) let the non muslim have their freedom in entertainment like how they used to have under BN gov

7) cleaner and transparent gov

8) no racial discrimination n treat everyone as malaysians not according to races

under BN
the non muslims enjoyed the freedom we had under BN but we do not like their inefficient gov.

under PAS
the non muslims DO NOT have freedom/entertainments in our life but we have an efficient gov.

so, that is still a draw. 1-1

under ???
the non muslims enjoyed the freedom we used to have and we are under an efficient gov.

if PAS/PKR/BN is able to give us that, the non muslim have no doubt to cast their vote to them.

Joseph said...

Even if islamic laws only on muslims, I foresee many gray areas and disputes exist later like existing islamic family laws. For example, entertainment laws (separate guys and gals in all public places? how you know who's muslim and who's not? Check IC on everyone?), concert laws (have to bar the premise from muslims?), and many others.

The best is don't implement islamic laws (e.g. hudud, etc.) to its fullest. I personally prefer secular and civil laws as it's fair to all and religious-neutral.

spboy said...

i am a kedahan and my parents are from kedah (SP). actually, i was interested about PAS right after the March 8 Tsunami and started reading the Harakah. But i totally lost respect towards PAS today. They don't have a vision towards growing the economy rather than wasting time/money on small issue like banning concert. Please provide some data that by banning concert can solve the social problems of the youth. I guess no data on this!!! They just want to provide some political gimmick to muslim people that they're holy. Well, i will never vote for PAS cause we live in a digital world not in arab/mountains.

lastly, i don't agree on the comment of Kedah is progressing better now. What sort of progress r u talking abt? i don't see any progress. all major investment pull was done by previous BN and hi tech park was from Dr. M idea.

kutucyber said...

Saudara,

Terus terang, saya menyampah dengan tindakan segelintir puak "hardcore' dalam PAS. Apabila berkuasa, yang ada dalam fikiran mereka semua benda nak diharamkan.

Cuba buat sesuatu yang membawa kebaikkan kepada semua bangsa tanpa mengira agama. Buat projek ekonomi yang memberi keuntungan kepada semua pihak. Barulah orang percaya kita boleh memerintah. Ada bukti nak tunjuk. Tunjukkan kita lebih baik dari UMNO. Ini tidak, sana haram, sini haram.

Ramai lagi Melayu/India yang tenat itu yang perlu dibantu dari segi ekonomi! Bukannya menyediakan senarai haram

Anonymous said...

the PAS MB in kedah should surf on the internet more and understand the feelings and needy of the Kedahans instead of spending their time in the office to propose all sorts of stupid bannings and laws...

hope any of those MBs will come across this blog and read all the comments we left for them... orelse, whatever we said here will be going down the drain completely...

what i have realised abt PAS till today is that they are only going all out for islamic law and not about bringing the country to a higher level... if voting for PR in future will make PAS into government, i would rather vote for BN... im more satisfied with the freedom n development given by BN today rather than living in a theocratic country which bans this n that...

Anonymous said...

aku ni bukan orang pas..tapi aku rasa yang PAS buat tu elok.Yang haram tetap haram...yang halal tetap halal.Dah islam tak bagi..takkan PAS nak bagi...sukan ada yang halal tapi banyak yang haram dari segi pelaksanan dan kaedah..kalau ahli sukan perempuan memang kena tutup aurat..itu bukan PAS suruh , islam yang suruh.Kalau nak bermuzik pun memang suara wanita adalah haram untuk hiburan.itu pun tak nak faham ke..crilah kerja lain selain memenuhi industri muzik yang penuh dengan gejalamaksiat dan sesat..jangan sampai hang sendiri menyesatkan anak bini dengan muzik hang...aku percaya bini hang pun tak pakai tudung sebab tu marah kat PAS...jangan ???? marah lah kat islam yang suruh hang buat yang baik dan mengharamkan yang tidak bagus..Inilah menyebabkan kita murtad pada Allah..hang kena mengucap..tu..Cakap bukan sebarang cakap...ini bukan hak PAS hak Islam

Anonymous said...

dr M lah PM perosak islam..

Anonymous said...

Ingat idea DR M boleh pakai ke...bodoh betul kau orang ni..

Anonymous said...

Ramai yang orang akan setuju bila.. PAS buka kelab judi..Negeri jelapang muzik..Negeri lembah sukan...Kedah super pelacur..Negeri kedah darul maksiat..Tak payah pakai tudung...pakai baju nampak tetek dan anu...macam kat USA dan Swiss..toto macam beli barang kat pekan rabu,minum arak macam minum air milo...boleh buat sesk tepi jalan atau dalam kereta,atas shoping boleh kiss mcm cerita orang putih...itu semua islam suruh ka...PAS hanya menyampaikan apa yang disampaikan dalam Al-Quran...tidak kah kamu berfikir..

Anonymous said...

Kadang2 bila menulis dalam dunia blogger ni seronok terutama bila menampakkan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Dunia hari ni dah naik pelik bin ajaib. Saya 'Melihat Dalam Diri' maka saya dapati sebenarnya 'pendekatan berhemah' telah hilang. Kadang-kadang terasa ingin menegur diri, tetapi nafsu dan serakah tidak mampu. Akhirnya saya hanya berupaya menegur orang tetapi tidak berupaya menegur diri sendiri.
Ingatlah wahai diri sendiri "Kamu menyuruh orang berbuat kebajikan,dan kamu melupakan diri kamu sendiri, sedangkan kamu membaca al kitab, tidakkah kamu ini orang-orang beraqal"
Wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.