Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, September 3, 2008

Lagi Pendedahan Penipuan Blog Anti Husam

Blog Anti Husam mendakwa adanya sebuah Deklarasi Dubai, dimana antara lain, Anwar Ibrahim bersetuju menjadikan Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan baru nanti. Sila baca penerangan dari saudara mhasnol yang telah bersama dengan Saudara Husam Musa sewaktu Husam Musa melawat Dubai bersama Anwar Ibrahim tempohari:

(Bermula):

"Tiada Deklarasi Dubai. Saya berkongsi fakta berkenaan lawatan (singgah sebentar sebenarnya dalam perjalanan ke destinasi lain) Dato' Husam.Kebetulan kini saya sedang bercuti (cuti tahunan) d Malaysia.Saya merupakan salah seorang penganjur Majlis pimpinan Pakatan Rakyat d Dubai. Seawal tibanya Dato' Husam, saya iringi beliau hampir keseluruhan sehari dia transit d Dubai.Dari tibanya d airport, kami sarapan sekali. Hantar ke hotel. Tengahari lunch bersama. Lewat petang ke majlis bersama rakyat Malaysia hinggalah hantar semula kehotel (kami dengan beberapa sahabat supper bersama - hingga awal pagi).Dato' Husam tiba awal sekali d majlis bersama rakyat Malaysia. Kemudian Tan Sri MB Selangor tiba. Kita memulakan majlis sekitar jam 8 malam. Tan Sri memulakan ceramah. D ikuti Dato' Husam.Semasa beliau berceramah, Dato' Seri Anwar tiba.Selesai acara, kami bersama makan beriyani yang d sediakan rakyat Malaysia d UAE. Dato' Seri Anwar meninggalkan majlis terlebih dahulu, d ikuti Tan Sri MB dan saya sendiri membawa Dato' Husam (selepas DS Anwar dan TS Khalid meninggalkan majlis).Awal paginya dah ke airport untuk connecting flight.Tiada masa untuk berbincang bagi mengolah apa yang d sebut blog antihusam sebagai Deklarasi Dubai!WaLlaahu a'lam."


Jelas, blog Anti Husam adalah blog penipu, yang mana saya syak blogger tersebut telah biasa menipu dalam hidup beliau. Jadi tak hairanlah bila si penipu buat blog, mestilah kandungannya juga tipu.

Tulang Besi

12 comments:

slyderrose said...

Tak salah kalau saudara Anwar Ibrahim memilih Husam Musa untuk jadi TPM. Sebab beliau memang layak dan dapat diterima olih semua golongan masyarakat kecuali penulis anti Husam dan kumpulan seangkatan yg dengki dan cemburu pada beliau. Semasa Husam ahli parlimen selepas PRU10, Tun Mahathir pun memberi pujian pada Husam kerana kewibawaan beliau berhujah dengan fakta dalam parlimen.

Orang dapur yg IT savvy said...

Alahai si Antihusam tu tulis lagi....

Dia jawab pulak apa khalidsamad tulis dalam blognya.

Kan elok kalau terus bersemuka, bincang habis2. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat...

Hentam menghentam ni merugikan..
Musuh2 kita saja yang bertepuk tangan bertepuk kaki...
Cuba bayangkan... Buruk rupanya, kan?

Ya Allah.. tolonglah kami.

Orang dapur yg IT savvy

Anonymous said...

Even more than Khalid Samad, Salahuddin Ayub and Dzulkifly Ahmad, I think Husam Musa should be the leader of PAS after Nik Aziz and Hadi Awang.

If ever, the wrong bunch (meaning Nasarudin!!) get to the top of PAS, finish!

Anonymous said...

Kalau betul berlaku pun aku setuju Husam Musa jadi Timbalan DSAI. Memang ada tokoh. Lagipun masih muda. Yang tua-tua tak payah le dengki. Bagi peluang mereka yang ada ketokohan dan nampak wibawa. Tengok saja semasa pilihanraya Permatang pauh, Kombinasi Anwar, Husam dan Lim Guan Eng cukup mantap. Baru bangga jadi rakyat Malaysia. Husam adalah satu satunya pemimpin PAS yang agak menyerlah dari segi peribadi dan pemikirannya. Yang lain cakap je pandai, belakang buat lain. Batang hidung pun tak nampak nak sokong pakatan rakyat. Takkan nak ambil kesempatan je. Tahniah antiblog husam musa..kalau betul pun memang bagus..aku sokong!!Takkan nak bagi nasharuddin..haprak...haji hadi rehatlah, bagi kat orang yang lebih wibawa dan diterima masyarakat berbilang kaum. Gandingan Anwar, Husam dan Guan Eng dalah tang terbaik. Ketokohan ada serta wibawa serta nampak buat kerja.

Gedebe Sokmo said...

Apa salahnya seorang yang berwibawa seperti Husam Musa dilantik sbg Dep. PM???

Semasa kemenangan DSAI di Permatang Pauh tempoh hari. Saya berada di padang menyaksikan DSAI dan lain leaders Pakatan Rakyat di sana. Hanya Husam Musa berada di sebelahnya.

Tak nampak pun leaders from PAS hadir. Even MB Kedah yg berjiran dgn Penang pun tidak kelihatan.

Janganlah cemburu sama Husam Musa. Beliu telah ada rekod bersih di Kelantan.

Saya yakin beliu bolhe menjadi a Dep PM yg bagus.

Anonymous said...

There seems to be a strategy being adopted by certain quarter to spread rumours/accusations of certain events happening in the hope that those affected/accused or their supporters publicly denies or confirms what was rumoured or accused.

Normally these rumours are used to cause havoc, fishing for confirmations or details, ending/killing the possibility of the rumoured events happening.

When such denials are publicly made, it is always very difficult to retract and thus, those who started and spread the rumours or accusations will prevent whatever was rumoured from happening. Otherwise, those who denied the rumours would be identified as liers!

It is a very simple and effortless strategy but could have very real and devastating effects.

We need to be careful how we respond to such rumours/accusations in order that we do not fall into the trap of such devious perpetrators and reveals what should not have been revealed or killing off good solid plans because of initial denials.

Nostradamus said...

Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.
----------------------------------

Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit dari tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keagamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

Undang-undang digubal dan diluluskan sewenang-wenangnya di Parliamen untuk mengubah idealisma yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan menutup muslihat agenda parti dan individu. Memang betul diperkatakan Malaysia mengikut peraturan proses demokratik seperti yang dipraktiskan kebanyakan negara-negara barat semasa pilihan raya (walaupun tercemar tetapi tidak terbukti). Tetapi, selepas sahaja diberikan kepercayaan dan dipilh sebagai pemimpin atau wakil rakyat, idealisma persendirian dan parti mengantikan idealisma nasional dan personaliti Jeykll dan Hyde timbul kembali untuk diulangi pada setiap pilihan raya besar dan kecil.

Rakyat Malaysia telah dipimpin secara tersesat sekian lamanya sahingga apa yang benar dikaburkan, apa yang salah ditoleransikan, apa yang jahat ditutupkan, apa yang adil disebut sebagai tidak adil, apa yang tidak bermoral dijadikan bermoral dan korupsi dan tutup sebelah mata menjadi-jadi dan perlu diterima sebagai kehidupan harian kita. Iri hati, kebencian, ketamakan, perkauman, perampuk dan sifat setan mulai membiak di minda rakyat Malaysia dan sahabat, kawan dan rakyat Malaysia sejagat diperlihatkan sebagai musuh dan manusia tidak setanding. Sekali sekala, pemikiran seperti ini dilontarkan kepada negara asing yang tidak sebangsa dan seagama sendiri.

Minda dan jiwa rakyat Malaysia telah dicemari dan diracuni bertahun-tahun lamanya sahingga ternampak macam Malaysia sahaja yang paling betul dan kita harus memerintah dunia mengikut acuan kita. Contoh negara-negara yang mengikut Malaysia ataupun yang kita mengikut
mereka adalah seperti Korea Utara, Zimbabwe dan Israel. Apakah justifikasi yang boleh diberikan kepada generasi sendiri ataupun generasi rakyat Malaysia yang akan datang tentang apa yang kita buat kepada manusia sejagat terutama kepada rakyat Malaysia sejagat adalah betul dan adil padahal ia dibuat atas pengorbanan dan sengsaraan manusia sejagat iaitu rakyat Malaysia sendiri.

Bolehkah kita memperkatakan, saya melakukannya demi menurut perintah dan arahan Tuhan atau agenda politik parti? Siapakah yang memberikan kamu inspirasi dan idealisma tersebut? Jangan sekali-kali mengampuni minda dan ketamakan sendiri atau menumpang diatas minda dan ketamakan orang lain. Jangan memetik dan memilih dalam kitab-kitab Tuhan atau Undang-undang manusia untuk menjustifikasikan atau menyesuaikan mengikut idealisma dan kehendak minda kamu yang tersongsang. Kamu boleh menipu yang lain atas kejahilan atau emosi mereka pada masa tertentu tetapi tidak akan dapat menipu suara hati manusia atau anak sendiri dan barangkali suatu hari nanti diri sendiri apabila nur cahaya mendatangkan kepada kamu.

Keberanian mengubah yang tak betul di Malaysia untuk mencapai idealisma bapa-bapa pengasas negara tidak mustahil. Kebanyakan rakyat Malaysia telah membangkit dan sedar bahawa masa hadapan negara akan ditentukan oleh warganegara sendiri melalui suara hati mereka dengan panduan kepercayaan kepada agama masing-masing untuk hidup berharmoni dan produktif secara betul dan tidak mengikut acuan politik, perkauman atau keagamaan yang dikutbahkan.

Agenda parti dan persendirian tidak boleh diutamakan berbanding idealisma dan harapan bapa-bapa pengasas untuk semua rakyat Malaysia. Agama dan prinsip-prinsip adalah panduan kepada suara hati kamu untuk menentukan sesiapa yang menjadi pemimpin tidak mengsongsangkan rakyat Malaysia ataupun masyarakat.

Kerana pada akhirnya, apa yang adil dan benar tentu diutamakan oleh setiap pemimpin ataupun agenda parti masing-masing.

Adakah Wakil Rakyat kamu ataupun Kamu! mempunyai Keberanian?

http://patek1472.wordpress.com

Anonymous said...

roslan shahir mohd shahir, got balls?

dekat rumah husam said...

ramai-ramai click FLAG BLOG kat http://www.antihusam.blogspot.com/ & pilih Defamation/Libel/Slander

biar jadi macam blog chedet.com dulu

beritamalaysiakini said...

Mencelah dengan sedikit ayat ayat damai :

1- (Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #224)

2- Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #114)

3- Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #61)

4- (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) dan Dia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
( سورة محمد , Muhammad, Chapter #47, Verse #35)

5- (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada “Kalimah Takwa”, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan “kalimah Takwa” itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #26)

6- Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #9)

7- Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #10)

Salam…

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Anonymous said...

Banyak komen kene buang dari blog berkenaan isu blog anti-husam ni. Aih, takkan tuan punya blog pun kene tekan dek Mustafa dan skandal Haji Suhaimi TOP IT?

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya dah pun membaca blog anti-husam sebentar tadi dan dari pemahaman saya sendiri selepas membaca keseluruhan 'posting' beliau, apa yang menjadi isu adalah sikap golongan muda di dalam PAS yang enggan menurut perintah atau arahan yang telah diputuskan secara berjamaah. Di dalam kes ini, Majlis Syura Ulama PAS. Saya tidak kisah kalau saudara husam menjadi TPM, tetapi biarlah selepas mendapat restu Tuan Guru Hj Hadi dan timbalannya serta kelulusan Syura PAS, bukannya Anwar Ibrahim. Perlu diingat, saudara Husam masih lagi ahli PAS, bukannya PKR. Saya tidak tahu sama ada deklarasi dubai berlaku atau tidak kerana yang bercakap pun orang politik dan yang menuduh pun saya rasa orang dalam PAS juga. orang politik juga. mana yang benar, mana yang palsu pun susah nak beza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.