Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 2, 2008

Mengapa Husam Musa Diserang Sekarang Ini

Pertama sekali, saya ingin mengucakan Selamat Berpuasa dan Ramadhan Kareem kepada semua umat Islam kerana menjalani ibadah puasa.

Saya mengambil peluang menulis kerana saya lihat Malaysiakini versi Bahasa Melayu ada mengambil berita dari sebuah blog bertajuk "anti husam". Blog ini jelas kendalian orang-orang yang berada di dalam keluarga PAS sendiri.

Di sini eloklah saya menerangkan kenapa Husam Musa tidak disenangi oleh setengah-setengah pihak di dalam PAS. Sebab utamanya adalah kerana segala tindak tanduk Husam Musa merugikan UMNO Kelantan dan UMNO Pusat. Izinkan saya memberi penerangan.


Secara mudahnya, ada dua golongan yang membenci Husam Musa sekarang ini: a. Fraksi UMNO di dalam PAS b. Agen2 UMNO di dalam PAS.

Kalau kita lihat track record Husam Musa, beliau adalah antara tokoh dalam PAS yang amat disenangi oleh rakyat Malaysia. Semenjak menjadi Ahli Parlimen lagi bintang beliau bersinar. Beliau adalah ahli parlimen PAS yang paling menyinar.

Sewaktu beliau turun ke peringkat negeri Kelantan, beliau telah melakukan beberapa program besar yang berjaya menyelamatkan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO.

Antara kerja beliau adalah melaksanakan program Takaful KAafalah. Program ini dilancar hasil dari kajian yang beliau lakukan yang menunjukkan bahawa sokongan kuat kepada UMNO terletak di kalangan pengundi 50 tahun ke atas.

Maka program tersebut dilancarkan dan berjaya melemahkan tahap sokongan UMNO menjadikan UMNO hampir tertendang dari Kelantan 2008. Harus diingat, dlm semua negeri, PAS telah kalah undi Melayu. Selain dari Kelantan, hanya Kedah sahaja yang mampu meraih undi 50% undi Melayu. NEgeri lain baik Terengganu (45%), Selangor (40%-45%), Perak (40%), Perlis (40%), Melaka (35-40%), Johor (40%), Pahang (40-45%), Penang (40-45%), semuanya tidak boleh sampai ke garisan undi Melayu 50%.

Hanya Kelantan yang mampu meraih tahap undi yang begitu tinggi (60%). Alhamdulillah, hasil usaha dari PAS Kelantan dan termasuk juga usaha dan idea dari Husam Musa. Saya tak kata pula tokoh PAS Kelantan yang lain tidak berjasa.

Itu saya tak sebut bagaimana Husam berjaya menyelematkan Kerajaan Kelantan sewaktu hampir2 hendak runtuh sewaktu lepas PRU 2004. Beliau berjaya membuat perjanjian supaya UMNO Pusat tidak meneruskan usaha mereka di dalam merampas beberapa kerusi DUN melalui mahkamah.

Mengapa Husam Dimusuhi Sekarang Ini

Jelas dari kenyataan di atas, Husam Musa amat merugikan UMNO. Sewaktu isu muzakarah hebat diperbincangkan, Husam Musa dituduh hebat sebagai penghasut kepada Tok Guru Nik Aziz yang menyebabkan Tok Guru menentang usaha bermuzakarah tersebut.

Malahan seperti yang tertulis dlam blog Anti Husam yang saya nukilakan dibawah:


"Husam Melanggar Keputusan Syura
Saya masih teringat beberapa bulan yang lalu selepas PRU12, Husam dengan bongkaknya mengeluarkan kenyataan "Sesiapa dikalangan ahli PAS yang berunding dengan UMNO akan dipecat keahliannya".


Cumanya apa yang tidak dinyatakan oleh blog Anti Husam adalah surat dari Mursyidul Am melarang segala tindakan bermuzakarah dengan UMNO yang sedang berjalan masa itu. Ertinya tindakan Husam itu adalah selaras dengan kehendak Syura.

Husam Musa Mampu Menaikkan Nama Islam

Husam Musa kepada ahli PAS adalah sebagaimana Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Beliau mampu membawa PAS ke tahap yang baru dan mampu mengharumkan nama ISlam ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau mampu membuktikan Islam sebagai agama yang mampu mentadbir dan mampu menunjukkan sinar Islam yang sebenar.

Atas sebab itulah beliau sekarang ini difitnah dan dinista kiri dan kanan kerana UMNO amat khuatir sekiranya beliau naik lebih tinggi dalam hiraki PAS, nescaya PAS akan diterima oleh lebih ramai rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa. Dari bahasa politik, Husam akan lebih diterima oleh pengundi atas pagar yang biasanya menentukan kemenangan mana-mana parti.

Tapi suka saya ingatkan, bahawa artikel ini tidak bermakna Husam Musa itu maksum dan tidak boleh ditegur. Di dalam Islam, yang maksum hanya Nabi SAW. Tetapi itu tidak juga bermakna mereka yang sekarang aktif memfitnah Husam Musa juga maksum.

SIla rujuk jawapan YB Khalid Samad terhadap tuduhan fitnah blog anti-husam baru baru ini.

Boleh juga rujuk jawapan yang bernas dari Anak Bapa bertajuk "Wajar Blogger Anti Husam Bertaubat Menjelang Ramadan"

Akhir kata, marilah kita semua menilai seseorang pemimpin itu dari track record dan apa yang mereka telah capai. Bukan hanya sekadar retorika kosong dan cakap-cakap atas angin sahaja.

Ini supaya kita tidak mudah diperdaya oleh musuh yang sentiasa mahu melemahkan kita.

Tulang Besi

20 comments:

Anonymous said...

Husam Musa tak best... Ramlang Porigi tetap paling best... Hehehe..

Anonymous said...

I heard Husam Musa speak at Seberang Jaya, last Monday.

He has my respect and admiration.

He can be another leader for all Malaysians.

Thank God for leaders like him and Anwar.

CHee XtheMan said...

Sad to know this internal problem, again it is because the umno gang in PAS again trying to screw up PR.

Anonymous said...

Kata Nik Aziz ada orang DENGKI kat Anwar dalam PAS.

Macam tu la jugak orang dengki kat Husam..

Penyakit PHD ni boleh dijangkiti oleh orang bawahan maupun pemimpin atasan. Oleh itu waspada, jgn mudah terpengaruh!

Anonymous said...

I have been following Husam Musa's speeches and some of his writings. If Husam Musa was the leader of PAS, I can almost assure that PAS will be much more acceptable to the non-Malay community in Malaysia.

He is progressive and he is moderate and he does not sacrifice his Islamic principles.

I will vote Husam Musa anytime over anybody even from MCA or Gerakan even though I am a chinese.

I fear though for PAS.

Nik Aziz is the only leader now with enough clout to stop the UMNO-wannabes in PAS. He needs to start pushing moderates like Husam Musa, Khalid Samad and Dzulkifly Ahmad up!

WE cannot let people like Nasarudin set the agenda. It would be disastrous for Pakatan,.

Anonymous said...

Sila baca komen saya tentang blog anti husam di dalam www.anakbapa.blogspot.com

zorro_tua said...

Penjelasan YB Khalid Samad pasal isu ini:

http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/08/menggempur-pemikiran-assobiyyah.html

Jelas lagi bersuluh... kalau tak nampak2 jgak tak tau la... Salam ramadhan...

Orang Langat said...

Saudara Tulang Besi,

'Kalau dibanding dengan Ustaz Nasaruddin di Parlimen, mcm langit dengan bumi.'

Saya baru perasan, sepanjang kempen PRK PP baru2 ini, hampir semua pemimpin PAS yang top-top, telah berkempen dengan gigih. Bagi ceramah sampai 2-3 pada satu malam,lepas tu turun balik ke Kl sebab esoknya nak menghadiri sidang parlimen. Habis sidang Parlimen drive up to PP again. TGNA ada, TGHA ada, Husam, Dr.Hatta, Dr. Zul, Dr.Lo'Lo', Khalid Samad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Dato KJ dan ramai lagi. Tapi Ustaz Nasha tak nampak pun. Dia dok diam2 aje. Komen dia dalam harakah pun alahaii... tak bermaya. Saya yang bodoh ni pun boleh beri komen macam tu.

Saya setuju dengan saudara, dalam PAS pun dah ada fraksi UMNO. This is an impurity that has to be removed. Mereka ingin menggagalkan PR. Mereka tidak bergembira melihat DSAI menang. Ini ujian sebenarnya. Allah baru beri sedikit kemenangan, dah ada yang berangan nak jadi menteri, TPM dan MB. Ya Rabb!...

Wallahualam.

Anonymous said...

Exactly, he was not to be seen dur
ing the campaign. Talk about non verbal communication, he seems to have the swagger that was much associated with amno goons not too distant back. Howsoever we all could be wrong as it could only be his style..forgive not forget everybody, being puasa month and all.

taik besi

Gagak di Rimba said...

Salam,


Orang-orang yang anti Husam nampaknya terdiri daripada orang-orang yang mementingkan "perpaduan Melayu dan Islam" dan anti-DAP.

Jadi pendirian mereka memang sama dengan pendirian orang-orang UMNO.

Jika PAS menyokong pendirian ini, PAS selama-lamanya akan kekal sebagai"parti Melayu" dan tidak akan berpeluang memerintah kerajaan Pusat.

Barangkali ini gatis perjuangan lama yang patut ditinggalkan oleh PAS.

kabusputih said...

Husam Musa is one PAS leader who is pro PR. Nasharuddin views him as a contender for the Deputy President post come next muktamar. So his men have already started the campaign ala UMNO. I can't help feeling that Nasharuddin has been bought by UMNO. His double-breasted coat and lack of white cap attire as well demeanor and way of speaking when appearing on TV1 last Monday left me with no doubt that he is on with UMNO. Don't be surprised if he turned UMNO man come December 08.

kabusputih said...

By the way, my heartfelt thanks to Nik Aziz and Husam Musa for their strong support of PKR at the PRK Permatang Pauh. For a moment I thought PAS urged by Hadi Awang and Nasharuddin would boycott the PRK. Penang PAS did however. And Hadi only participated at the eleventh hour. Forgive, but forget we won't(for Hadi, Nasharuddin, Mustapha Ali, Harun Taib, and Daud Iraq)

Hasbullah Pit said...

Husam adalah wira ekonomi Islam.
Dinar Emas, Takaful itu ini.

Anonymous said...

Tulang BEsi, Tulang Besi...

Tak habis-habis nak melaga-lagakan pemimpin-pemipin PAS... Awak yang sebenarnya Fraksi UMNO ni.. Cukup jahat.

Anonymous said...

Looks like UMNO had been subtly planting a significant number of pro-UMNO agents to slowly shake the foundation of PAS.

These agents had been and are still actively trying hard to destabilise PAS.

It would have been an excellent and stealth way to weaken PAS while at the same time, strengthen UMNO - except that they are now exposed by saudara Tulang Besi!

One sure way of wiping off supporters/voters confidences in the party is to create internal strive on a regular basis - whether to instil fear, create havoc through rhetorical outbursts, secret meetings/encounters or extremist agendas - most of which had been borne out recently.

Islam had been used and thrashed about for personal gains by people who claimed to be Muslims. Fortunately, these abusers are in the minority and the main players had been exposed.

The next important step is to weed them out and quarantine them for the sake of stability. Let them be mere members but not in positions of any importance in order to preserve the integrity of the party. PAS does not need such negative elements in their pursuit of true Islam

Great work Tulang Besi!

mhasnol said...

Tiada Deklarasi Dubai

saya berkongsi fakta berkenaan lawatan (singgah sebentar sebenarnya dalam perjalanan ke destinasi lain) Dato' Husam.

Kebetulan kini saya sedang bercuti (cuti tahunan) d Malaysia.

Saya merupakan salah seorang penganjur Majlis pimpinan Pakatan Rakyat d Dubai. Seawal tibanya Dato' Husam, saya iringi beliau hampir keseluruhan sehari dia transit d Dubai.

Dari tibanya d airport, kami sarapan sekali. Hantar ke hotel. Tengahari lunch bersama. Lewat petang ke majlis bersama rakyat Malaysia hinggalah hantar semula kehotel (kami dengan beberapa sahabat supper bersama - hingga awal pagi).

Dato' Husam tiba awal sekali d majlis bersama rakyat Malaysia. Kemudian Tan Sri MB Selangor tiba. Kita memulakan majlis sekitar jam 8 malam. Tan Sri memulakan ceramah. D ikuti Dato' Husam.

Semasa beliau berceramah, Dato' Seri Anwar tiba.

Selesai acara, kami bersama makan beriyani yang d sediakan rakyat Malaysia d UAE. Dato' Seri Anwar meninggalkan majlis terlebih dahulu, d ikuti Tan Sri MB dan saya sendiri membawa Dato' Husam (selepas DS Anwar dan TS Khalid meninggalkan majlis).

Awal paginya dah ke airport untuk connecting flight.

Tiada masa untuk berbincang bagi mengolah apa yang d sebut blog antihusam sebagai Deklarasi Dubai!

WaLlaahu a'lam.

Anonymous said...

saudara Tulang Besi,
Awak nie adalah pencacai umno yang suka melaga lagi orang PAS itulah kerja orang umno seperti awak, kami tak hairan lagi dengan apa yang awak katakan itu.
Hidup Husam Musa, Mati Anwar Musa

Anonymous said...

roslan shir mohd shahir, NO balls!

Anonymous said...

Jika hendak mengenali Ust Nasha, anda perlu bertanya kepada pemimpin dan ahli Pas Kedah.Selepas Ust Nasha menang sebagai Ahli Parlimen Yan (sekarang Jerai) dalm PRU 1999 beliau telah menkucar kacirkan kepimpinan negeri Kedah. Penyokong Pas tidak dapat menerima beliau dan beliau berhijrah ke Terengganu (PRU 2004).Kami ahli Pas dari Kedah tidak dapat menerima Ust Nasha.Kepimpinan Pas Terengganu nampak telah berjaya dihasut dan dipengaruhi oleh Ust Nasha. Kita hanya dapat berdoa supaya Kepimpinan Pas Terengganu dibuka hati supaya dapat menegenal hakikat sebenarnya mengenai Ust Nasha.

Anonymous said...

Husam Musa kepada ahli PAS adalah sebagaimana Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia..

nuar kpd rakyat mlysia?layak ke org mcm nuar nk bg hrpn kpd rakyat mlysia..manusia yg bertopengkan syaitan..penipu besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.