Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, September 14, 2008

PAS Lebih Beruntung Dengan Siapa? BN atau Pakatan Rakyat

Kenyataan Mustafa Ali baru-baru ini banyak melahirkan perasaan tidak senang hati. Dunia blog telah dipenuhi dengan banyak maklumat berkenaan dengan aktiviti kumpulan yang dikenali sebagai "fraksi UMNO". Ada yang berkata khabar angin ini tidak berasas sekadar buah mulut orang sahaja. Namun setelah Mustafa Ali memberi temuramah yang disiarkan dalam media perdana, is sudah tidak menjadi buah mulut lagi. Kata orang, jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Berita ada "fraksi UMNO" hendak membawa PAS masuk BN tiba tiba menjadi pengetahuan umum terutamanya ahli-ahli PAS.

PAS berada dalam keadaan genting sekarang ini. Tidak mustahil PAS akan berpecah dua angkara beberapa pemimpin PAS yang tersangat tamak dan haloba dengan janji-janji keduniaan. Marilah kita berdoa supaya pemimpin-pemimpin berkepentingan ini diturunkan ke tahap kain basahan selepas ini.

Yang lebih mengejutkan saya, laman Tranung Kite sendiri menampakkan pengunjung berdaftar nya melahirkan perasaan tidak senang dengan PAS Terengganu. Mereka menyalahkan segala kekalutan ini ke atas PAS Terengganu. Komen tersebut dapat dilihat di sini.

Yang menghairankan laman Tranung Kite adalah kelolaan PAS Terengganu dan PAS DUngun dan pengendali adalah orang-orang yang kuat dengan Ustaz Harun Taib.

Jelasnya imej PAS Terengganu jatuh berdentum disebabkan oleh "skandal" ini. PAS Terengganu adalah pemain utama di dalam usaha membawa PAS masuk BN. Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk memaksa Tuan Guru Presiden mengambil sikap anti kepada Anwar Ibraihim dan anti kepada PR. Jelas dalam Muktamar baru-baru ini pun, perwakilan Terengganu yang paling mulut lancang sekali menghentam Anwar Ibrahim.

Artikel ini saya nukil di sini.

Lumba Lari Politik Malaysia
(Apa-apa berkenaan dengan PAS - hanya sekadar hipotesis)


Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.

Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.

Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.

Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.

Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.

Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.

Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.

Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.

Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar.

Pelan tersebut berjaya mematikan langkah Najib sebagai potensi pencabar terdekat Abdullah. Tapi kini, pemain baru muncul iaitu Muhyidin. Sekalipun tidak jelas apa pos yang beliau sendiri akan tandingi, namun kenyataan se orang Naib Presiden kanan supaya Abdullah berundur lebih awal, akan mengubah corak permainan. Ia tidak mudah dilupuskan begitu saja.

Keputusan Permatang Pauh dan kontraversi Ahmad Ismail adalah perkembangan baru yang mewajarkan penilain semula dibuat ke atas pelan peralihan kuasa 2010. Anutan umum dalam dan luar UMNO adalah bahawa kunci UMNO untuk kekal relevan dalam menerajui kerajaan ialah Abdullah digantikan dengan segera. Daya kepimpinannya amatlah lemah dan beliau gagal meningkatkan keupayaannya mengendalikan negara sekalipun selepas tamparan hebat Mac 2008. Bahkan perkembangan sejurus selepas pilihanraya memperlihatkan dengan lebih jelas ketidakupayaan beliau.

Kemaraan Khairy dengan gaya rambonya, terakhir, di Permatang Pauh, sekali lagi mengingatkan masyarakat Malaysia penguasaan politik tiga beranak ala Abdullah yang tidak disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Langkah membuta tuli menaikkan harga minyak sebegitu besar telah meninggalkan kesan yang parah dalam dada rakyat.

Adakah Abdullah kecundang? Tidak semestinya. Jika UMNO bahagian kekal paralais, isyarat yang dihantar oleh Muhyidin tidak akan bersambut. Penguasaan mekanisma kuasa melalui sistem kuota mungkin mengekalkan Abdullah dipuncak kuasa sekalipun beliau nyata amat lemah dan tidak lagi popular.

Apa kesannya? Tekanan untuk mengubah UMNO melalui mekanisma di luar UMNO akan lebih rancak dan kuat selepas Disember.

Muhyidin, dan juga Ku Li, sudah tentu akan bekerja kuat untuk mendapatkan cukup pencalonan. Itu pun tujuan Muhyidin membuat jolokan terbaru ini. Untuk membangkitkan kesedaran UMNO Bahagian-bahagian. Memang Muhyidin telah mendapat imej pemimpin yang serious untuk melakukan pemulihan UMNO. Ku Li muncul sebagai pilihan selepas Najib tidak lagi dapat bergerak. Najib kini seumpama jin yang perkasa tetapi telah dibotolkan oleh pawang. Jika mereka berjaya mendapat pencalonan lebih besar, Oktober/November sudah pun cukup untuk garis penamat Abdullah boleh ditumbangkan atau tidak diketahui.

Jika Ku Li dan Muhyidin bakal menggantikan Abdullah dan Najib serentak, senario politik selanjutnya memerlukan perhitungan baru.

Jika keduanya gagal, adakah Abdullah akan membiarkan Muhyidin begitu saja?

Muhyidin mempunyai satu lagi pilihan - bersama Anwar selepas Disember.

Jika itu berlaku, potensi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah selepas Disember masih terbuka, jika ia gagal dilakukan sebelum itu.

Di sinilah PAS diperlukan oleh Abdullah. Menyambung hayat politik beliau.

Samada PAS bersetuju atau tidak menjadi terompah kayu Abdullah, belum berbangkit. Dalam perbincangan ini, ia adalah hipotesis semata-mata.

Bilakah tarikh Abdullah lebih seronok untuk PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama Abdullah? Tentulah sebelum Oktober. Jika PAS sanggup berbuat demikian sebelum Oktober, UMNO bahagian-bahagian mungkin menganggap itu satu kesempatan baru. Mereka mungkin mencalonkan semula Abdullah dan cadangan Muhyidin akan menikam beliau sendiri selepas ini. Abdullah kekal dipuncak walaupun lembik. Najib juga, dengan segala masalah yang menghantuinya. Tapi mungkin untuk sementara. Jika Najib akhirnya akan gugur, siapakah Naib Presiden yang nanti terpilih dalam pemilihan dan kemudiannya bergerak menggantikan Najib? Biarlah masa menjawabnya tetapi tentunya bukan Muhyidin.

Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya.

Jika ini berlaku, Abdullah berjaya mencapai dua matlamat sekali gus. Mengukuhkan semula kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan dan menumpaskan pelan Anwar. Sekali imbas, itulah natijah positifnya.

Adakah PAS bersedia berbuat demikian? Katakan PAS bersedia. PAS menyertai kerajaan Abdullah sebelum Oktober. Ia adalah satu lumba lari, telah kita sebutkan tadi. Date linenya berkisar September dan Oktober. Satu dari cara untuk memudahkan PAS menerima cadangan bersama Abdullah,ialah ISA.

Dalam konteks ini, kenyataan pemimpin tertentu tadi perlu diperhitungkan.

Namun, siapakah yang boleh menjamin dinamisma politik Malaysia terhenti setakat itu?

Adakah Muhyidin dan Ku Li yang kita andaikan tewas itu akan berdiam diri selepas pelan perubahan menerusi UMNO ternyata tertutup? Jika mereka bergabung dengan Anwar selepas Disember, bagaimana kedudukan kerajaan Abdullah-PAS?

Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih? Perlu diingat bahawa Muktamar PAS yang terkini meluluskan usul sebulat suara untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS, seperti disebut oleh anggotanya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dalam temuramah bersama Harakah, tidak mengizinkan kerajaan campuran bersama UMNO.

Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang? Adakah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang kini bersetuju bersama Anwar akan lebih ghairah bersama Anwar dengan adanya PAS dalam BN? Adakah desas desus bahawa MCA juga secara senyap-senyap memperhitungkan untuk keluar dari BN dan akan menyebabkan Kerajaan Abdullah-PAS tidak dapat bertahan lama?

Jika peluang Muhyidin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ada bersama Anwar dan tidak melalui UMNO, apa yang menghalang Muhyidin bersama orangnya untuk menyertai Anwar?

Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Jika dinamisma-dinamisma ini mengambil tempat, kerajaan Abdullah-PAS akan menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.

Sekalipun ada mana-mana pihak teringin merapatkan PAS dengan Abdullah, tunggulah langit menjadi lebih cerah. Selepas Monsoon Timur Laut berlalu, Insya Allah langit politik Malaysia akan menjadi lebih terang.....
.

16 comments:

iswarahijau said...

umat islam terutama melayu tak mampu utk berpecah...
mungkin Islam lebih mudah hendak didakwahkan kepada umno katika mereka dilihat lemah, berbanding dgn didakwahkan kepada DAP dan PKR di kala mereka kuat..
jgn ditimbulkan isu mengkhianati pengundi bukan islam, sebab PAS beragendakan Islam, selagi PAS tidak mengkhianati agenda Islam,selagi itulah penyokong2 tegar PAS akan terus bersama pucuk pimpinan. Kemenangan dan kekalahan adalah daripada Allah, kalau menangpun tapi sekadar jadi pak turut,maka kemenangan boleh jadi istidraj. Sebagai seorang islam yg rasional,saya nampak agenda Islam lebih mudah dgn berdakwah dan berbaik2 dgn umno...bukan dgn DAP

Anonymous said...

TB:
Do not worry about this. So many PAS members in Terengganu are against Mustafa Ali now. He is screwed already. TGNA will give his speech about this today! Watch this: http://www.tvpas.com/material.php?id=6481&cat=berita

iswarahijau:
Umno yang menghancurkan Islam di Malaysia. UMNO yang menyusahkan Islam untuk disebarkan di Malaysia. This is a well-known fact to anyone who CAN think. Oh, parti mana-mana sekalipun, kalau asas mereka nak bersih, amanah, buka kebebasan untuk berdakwah, maka bolehlah PAS dampingi. Oleh itu, DAP sangat SESUAI dalam membantu menyebarkan Islam. Bye UMNO, tata forever...

Tulang Besi said...

Sayang disebabkan oleh Mustafa Ali dan Ustaz Harun Taib, PAS gagal merampas semula Terengganu 2008. Yang saya pelik pemimpin lama yang digugurkan adalah Ustaz Bakar Chick dengan Yahya Ali.

PAdahal pengundi marah sangat dengan Mustafa Ali dgn Harun Taib. Pengundi tak marah dengan Ustaz Bakar Chik dengan Yahya Ali.

Lepas tu skrg komplen apasal tak menang 2008

Sayang pemimpin kuat kerja mcm Yahya Ali dgn Bakar Chik yang terbuang.

Anonymous said...

Saya rasa bukan isu siapa lebih untung di mana atau dengan siapa. Tapi kalau dah buat Pakatan untuk perubahan kerajaan. Adalah tak betul untuk membelakangkan Pakatan ini. Mustafa Ali atau mungkin ada lagi lain yang kemungkinan adalah orang yang diletak oleh UMNO dalam PAS untuk digunakan bagi tugas tugas tertentu. Apa saja mereka akan buat untuk mempertahankan kedudukan mereka dan keuntungan mereka. Saya rasa bukan payah bagi seorang pakar untuk ketahui jika seseorang di dalam sesebuah party adalah untuk objective sama atau tidak. BUKU PUN DAH ADA TULIS.....

Anonymous said...

Kahkahkahka..Mahafiraun dah masuk baliklah ooi..Kahkahkah..Si kutty ni gelar PAS kambing..si kambing biri biri hitam Mus dan dia punya geng ada chan kah sekiranya mereka berjaya kasi masuk PAS dlm UMNO?..kahkahkah..gerenti mereka akan disuruh cuci jamban Perdana Foundation..kahkahkah..

Alias Mohd Yusof said...

Tahun 2004 adalah tahun kemuncak Pak Lah, dia menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Tapi sayang, kerana terlalu yakin dengan kemenangan besar yang diperolehi pada masa itu membuatkan beliau tidak lagi peka sebaliknya menjadi pekak kepada masalah rakyat.

Beliau lebih suka mendengar masalah rakyat dan mengatur strategi pentadbiran Negara melalui penasihat-penasihatnya yang salah.

Keresahan kaum India yang dirupakan melalui Hindraf tidak ditangani dengan betul, malah beliau mengambil langkah berkonfrantasi dengan Hindraf dengan menangkap beberapa pemimpin mereka di bawah ISA. Langkah Pak Lah ini dianggap oleh kaum India sebagai keterlaluan kerana Hindraf seperti juga MIC, antara pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India sekalipun tidak berdaftar.

Memusuhi Hindraf samalah juga seperti memusuhi kaum India. Keadaan ini tidak sama seperti menangkap pemimpin-pemimpin kaum India yang mewakili parti DAP atau parti Keadilan Rakyat.

Kemarahan kaum India dan rasa tidak puashati orang-orang Cina kepada kepimpinan Pak Lah telah banyak menyumbang kepada merosotnya undi BN pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

Boleh dikatakan kemenangan BN pada piliharaya umum ke 12 itu banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu saja. Sejak itu orang ramai banyak menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan undi kepada BN itu. Malah ramai pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri turut menyalahkan Pak Lah.

Sebelum itu Dr. Mahathir memang tidak puashati dengan pentadbiran Pak Lah. Keputusan pilihanraya itu telah diambil kesempatan untuk dijadikan alasan yang kuat oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokong beliau untuk menolak kepimpinan Pak Lah.

Kerana desakan kuat dari pelbagai pihak dalam UMNO, Pak Lah telah cuba meredakan keadaan dengan mengemukakan rancangan peralihan kuasa. Dalam rancangan peralihan kuasa itu Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kepimpinannya kepada timbalan pada bulan Jun 2010.

Semasa Pak Lah mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, tidak ada pula kejadian ‘histeria’ berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak sama seperti semasa Dr. Mahathir mengumumkan beliau hendak meletak jawatan pada satu masa dulu, di mana Rafidah Aziz, Hishamudin Hussein, Isa Samad bagaikan terkena histeria meluru ke depan untuk menghalang Dr. Mahathir meneruskan hasratnya itu.

Walaupun rancangan peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Pak Lah itu dapat meredakan desakan pelbagai pihak untuk beliau meletakkan jawatan, tetapi kesan darinya menyebabkan kepimpinan Pak Lah bertambah lemah. Keadaannya samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukum gantung yang telah diketahui tarikh kematiannya.

Makin ramai pemimpin UMNO yang lebih rapat dengan Pak Lah sebelum ini seperti Mahyudin Yasin telah mula berani membodek Najib supaya tarikh peralihan kuasa itu dibuat lebih awal dari Jun 2010.

Sesiapa pun di waktu ini tidak takut lagi kepada Pak Lah, kerana hayat kuasa Pak Lah hanya tinggal tidak sampai dua tahun lagi. Kalaupun Pak Lah singkir dan pecat orang-orang yang menentangnya, pasti dalam dua tahun lagi mereka akan diambil dan diangkat semula oleh Najib dengan pangkat dan jawatan yang mungkin lebih tinggi.

Kepada mereka yang inginkan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang, maka sekarang adalah masa yang baik untuk membodek Najib bukan Pak Lah.

Sekarang mungkin Pak Lah sudah dapat tahu siapakah kawan yang sebenar di masa susah. Dalam politik kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

Jangan sekali kita lupa bahawa yang menaikkan diri kita dalam politik hingga ke jawatan Perdana Menteri ialah undi rakyat, oleh itu jangan sekali kita lupa kepada mereka.

Pak Lah telah dijadikan ‘kambing korban’ untuk disembelih bagi menyelamatkan BN, tetapi betulkah BN akan selamat selepas Pak Lah dikorbankan?

Anonymous said...

Saya berharap sangat semoga PAS cepat berpecah - bukan kerana saya benci PAS - tetapi atas kesayangan perjuangan yang di ketuai Tuan Guru Dato Nik Aziz, saya berharap sangat semoga puak puak PAS yang bersekongkol dengan Mustapa Ali, Harun Taib ,Nasharuddin Mat Isa dan sebagainya akan keluar membina PAS mereka sendiri dan duduk di sampingan Parti zalim dan bangsat seperti UMNO - kononya demi Melayu. Ini lah yang saya harapkan semoga PAS dapat membersihkan diri nya daripada unsur-unsur negative seperti yang dipelopori manusia yang sangat dahaga kepada kedudukan dan pangkat duniawi. Keluar ! Keluar dari PAS sekarang wahai manusia yang tidak ikhlas dengan perjuagan PAS.

Anonymous said...

Mungkin 'kumpulan terengganu' tersebeut ada masalah untuk membezakan Islam dengan Melayu. Selepas segala kejahatan yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS (termasuk penghentian royalti PETRONAS, menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan hukuman hudud), masihkah PAS mahu bersekongkol dengan mereka?

Generalismo

slyderrose said...

Baca komen Tuan Guru Nik Abd Aziz pasal Mustafa Ali dalam Harakah terbaru. Memang sah pokok memang bergoyang apabila ditiup angin. Mustafa Ali macam mana Trengganu masih ditangan BN? sedangkan 4 negeri lain tumbang?. Ada kong ke lingkong dengan umno ke?. Kesian HJ Hadi Awang!

Komen-komen negatif Mustafa Ali mengenai PR dan Sept 16 hanyalah untuk menutup kelemahan beliau dalam menerajui pengarah PRU12 PAS terutamanya di Trengganu dan beliau merasa terpinggir selepas PR ditubuhkan. Kalau betul telaah saya ini bermakna Mustafa Ali memburu kuasa dan kedudukan juga rupanya.Waallahualam.

Anonymous said...

Yep,tulang besi was rite!!Tok Guru blasts Mustafa Ali.Becos of this mole,Terengganu failed to b recaptured.Nevermind,there is always 2moro..BN is sinking so fast,the possibility of taking over Terengganu by PAS/Pakatan Rakyat is high indeed!!

Anonymous said...

Mana nak buang kopiah dan serban bila masok AMNO? Kesian orang-orang saperti TGH, H Taib, D Iraqi..

Ketua Trojan Mustapha, Nasa, Halim dll, mereka lebih beruntung sebab dah biasa dan nampak amat selesa dengan kot dan tie..

Elok benar buat parti baru nama PAS BARU atau PAS 2008 dan bergabung dengan UMNO (Baru). Kena la laung Hidup Melayu!

Anonymous said...

pas akan lebih beruntung perjuangkan islam bersama umno daripada pkr dan dap yang terang terang mahu melihat hak sama rata beragama dilaksanakan di negara ini. dimanakah keistimewaan islam sebagai agama Allah yang suci, tinggi dan mulia itu nanti mahu diletakkan jika ia di sama ratakan atas nama keadilan...

Anonymous said...

Selamat Pagi
Saya juga sokong pandangan Tuan Guru Nik Aziz.

Rakyat malaysia perlu bersatu untuk lawan unsur jahat seperti korupsi.

Pemimpin DAP dan bukan melayu PKR (dan 99.999% rakyat bukan islam/melayu) tidak pernah berani menghina islam. Status Melayu dan islam telah dijamin oleh perlembagaan.

Unsur "hina" islam ini telah dimain oleh pihak yang ingin nampak perpecahan antar rakyak melayu islam dan bukan islam supaya mereka dapat "Divide and Rule".

Kami rakyat cina (dan lain bukan islam/melayu) ingin satu negara yang tiada konrupsi, tiada salah guna kuasa supaya semua rakyat dapat hidup selesa. Itu kami nak.

Kami rakyat cina setuju dan sokong segala perlembangaan. Kepada orang yang berkena, jangan sekali-kali buat fitnah bahawa orang cina ini jahat.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Melayu Pinang Pinang dari Umno adalah pengkhianat terbesar di Pulau Pinang sejak lebih lima puluhan tahun lagi ! Kerana apa ? Kerana sekian lama Umno/BN memerintah (khasnya diPulau Pinang) apakah nasib Melayu-melayu disana dapat pembelaan yang sewajarnya ?

Berapa banyak perkampungan Melayu didalam dan sekitar GeorgeTown kini tinggal ? Haprak-haprak dalam Umno (lebih mulia dipanggil umnoi) bertempik bersorak ketuanan Melayu, pertahan dan perjuangkan nasib Melayu konon tapi lihat kini apa dah jadi ? Ditubuhkan UDA konon menjaga kepentingan Melayu dan untuk membela Melayu tapi lihat semua projek UDA ! Podaah membela atuk mereka ,lihat sajalah sebagai contoh flat UDA di Tanjong Tokong ,macam sarang burung merpati dengan dua bilik kecil dan yang pelik dan betul-betul mangkuk bodoh punya pelan dengan bertemu jamban dan bilik air mula-mula bila masuk flat tersebut ! Mana ada akal orang yang merancang flat ini ?

Sudahlah lif yang hanya dua dengan selalu rosak,hanya makhluk tak berotak layak tinggal disitu ! Perancangan yang sangat mementingkan kontrak kroni untuk tembolok dan komisen menampakkan kehilangan kampong-kampong seperti Tanjong Tokong,Batu Uban,Sungai Nibung ,Telok Kumbar ,Bagan Jermal,Tanjong Bunga,Batu Feringgi,Telok Bahang,Batu Maung,Bayan Lepas dan banyak lagi jika hendak dicatit, semuanya adalah projek Umnoi/BN Pulau Pinang untuk kroni dan tembolok ! Sungguh kurang ajar pemimpin-pemimpin Umnoi berteriak melolong konon nak bela Melayu tapi sebenarnya hanya bermuka-muka nak tunjuk mereka lah parti unggul pembela Melayu dan Islam !

Bila terhilang tampuk pemerintahan disana maka macam anjing gila lakonan mereka dengan kepala anjing gila melolong bertaburan dikomtar tempoh hari konon Melayu akan hilang hak ! Podah hilang hak atau hilang kontrak ? Wahai pemimpin Umnoi Pulau Pinang siapakah memegang kontrak angkut sampah ? Siapa pegang kontrak infra dan pembekalan segala maknenek projek air ,elektrik ,pasir hingga habis semua disapu pemimpin-peminpin Umnoi tapi tempik nak bela Melayu !

Siapakah pengkhianat berpakat dengan pejabat tanah dan MPSP menyeleweng tanah-tanah di Seberang Perai jika bukan pemimpin Umnoi ! Sepatutnya BPR menyiasat ini semua tapi al maklum BPR TIDAK akan siasat jika dari Umnoi/BN ! Tapi secepat kilat jika laporan diterima dari parti taik pemerintah walau fitnah jika terhadap pembangkang !

Kini hangat kepala suku Bukit Bendera mengapi-apikan sentimen perkauman sebagai 'last resort' untuk pertahankan kota yang sedang ranap ! Umnoi memainkan isu perkauman tanpa henti dan tak nampak pun ISA digunakan ! Apakah ISA hanya untuk pembangkang walau tanpa sebarang bukti ?

Masih ingatkah Umno juga yang bersekongkol dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang, MPPP dan pejabat tanah sikit masa dulu terhadap kes ingin menyeleweng tanah wakaf Kampong Makam Tuan Haji Kasim di Jalan Datuk Keramat yang bernilai jutaan ringgit ,hingga arwah Pak Salim Hashim dianiaya demikian rupa termasuk merobohkan kedai runcitnya oleh MPPP dengan kerjasama PDRM hanya kerana membantah nafsu syaitan pemimpin-pemimpin Umnoi ! Demi tembolok gelojoh pemimpin-pemimpin Umnoi sanggup buat apasaja walau menolak kepentingan Melayu/Islam ketepi !

Jadi kini usahlah berdrama konon berjuang pertahankan nasib Melayu,ketuanan Melayu takut jatuh ketangan Cina (DAP) yang mana sangat-sangat berunsur fitnah malah boleh mengancam negara tapi dimana ISA ! Datuk Seri Anwar walau mengeluarkan kenyataan benar berfakta dituduh mengancam ekonomi dan keselamatan negara ! Apakah berotak dan berakal para pemimpin Umnoi ?
Melayu kini bukan bangang wahai pemimpin Umnoi dan tak mudah percaya wayang dan sandiwara para pemimpin Umnoi Pulau Pinang juga dari kerajaan Umnoi/BN pusat , bukan selalu dan semua Melayu boleh percaya setiap masa kelentongan Umnoi dari dulu, kini dan selamanya, jadi pemimpin-pemimpin Umnoi Pulau Pinang jangan ingat Melayu mudah percaya isu perkauman kelentongan anda semua kerana Melayu Pulau Pinang tidak buta mata dan hati seperti penyokong totok parti najis Umnoi anda ! Wassalam

Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar


Oleh: jingoza
-----------------------------------

UMNO dah gol!!!lol!!

Anonymous said...

I wonder how important is the objective of party when the members are corrupted and has their own objective ... A man of principle and concsious of his role to the society should be recognized bcos he will make decision based on humanity at large ...It doesnt matter where he belongs to , PAS or DAP or UMNO

Anonymous said...

I SUGGEST WE START A MASSIVE PUBLIC PETITION TO PAS TO EVICT/SACK THOSE LEADERS WHO HAD SECRETLY TRIED TO DO A DEAL WITH THE EVIL UMNO REGIME - THESE ARE OBVIOUSLY THE TYPES WHO CAN SIT ON THE SAME TABLE WITH CORRUPTERS, ABUSERS OF POWER, RACISTS AND MOSTLY DRIVEN BY GREED. LEAVING THEM INSIDE THE PARTY WILL CREATE LONG TERM PROBLEMS -LIKE SORES FESTERING AND DESTROYING THE NOBLE PATH THE PARTY SEEKS TO TAKE. THESE MODERN DAY HYPOCRITES (UNFORTUNATELY INCLUDING EVEN SOME ULAMAS WHO HAVE DWELT THEIR ENTIRE LIFE UNDER A COCONUT SHELL) MUST BE REMOVED URGENTLY.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.