Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 29, 2008

Roslan SMS Setuju Pakatan Rakyat Serasi Dengan Al Quran dan Sunnah

Saya rasa menyesal menyerang Roslan SMS sebelum ini. Mungkin saya telah membuat kesimpulan yang salah terhadap segala tulisan beliau sebelum ini. Tapi saya telah mendapat bukti bahawa Roslan SMS bersetuju bahawa Pakatan Rakyat selari dengan Al Quran dan As Sunnah.

Beberapa artikel Roslan SMS semenjak-dua menjak ini, tampaknya menekankan betapa pentingnya PAS berpegang dengan Al Quran dan Sunnah.


Misalnya beliau nyatakan bahawa:


“PAS kita yakin akan terus teguh dan kukuh. Apa sahaja perbezaan pandangan di kalangan kita perlu kembali kepada panduan tertinggi kita. Perbezaan itu tidak wajar dibawa sehingga memecah-belahkan jemaah, kerana ini gerakan Islam, tiada siapa di antara kita yang mahu terlibat dan dipersalahkan dalam memecahkan kesatuan Islam yang telah sama-sama kita bentuk dengan darah dan air mata ini.”


Roslan juga sering mengulangi pernyataan betapa PAS sanggup tinggal satu kerusi parlimen demi untuk mempertahankan prinsip Al Quran dan Al Hadeeth An Nabawi (SAW).


“Lantas kita sedar bahawa ini merupakan anugerah Allah SWT kepada kita yang perlu dipikul dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Apapun, asas dan prinsip kita tidak sekali-kali akan berubah, kita akan kekal mendaulatkan Islam sama ada dalam keadaan kita tinggal 1 kerusi parlimen dan beberapa kerat kerusi Dun atau kini dengan 107 kerusi.”


Roslan SMS Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya


Saya telah pergi ke laman web rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk melihat senarai Ahli Majlis mereka. Dan saya mendapati Ahli Majlis yang bernombor 20 adalah saudara Roslan SMS sendiri seperti yang ditunjukkan di bawah:














Boleh juga dilihat di laman rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan klik di sini.


Saya bergembira kerana dengan kekalnya Saudara Roslan di situ membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah organisasi yang berdasarkan kepada Al Quran dan As Sunnah.


Sekiranya tidak, sudah tentu Saudara Roslan SMS sudah menghantar notis letak jawatan serta merta. Tetapi nampaknya gambar dan “detail” Roslan SMS masih terpapar di web rasmi MPSJ tersebut.


Ini kerana kerajaan tempatan di bawah MPSJ adalah sebuah kerajaan tempatan yang berdasarkan kepada Pakatan Rakyat dan bukannya PAS.


Sekali lagi saya nyatakan kegembiraan saya. Alhamdulillah.


Tulang Besi


ps Puas saya cari dalam blog Roslan SMS tapi takda pula Roslan kata beliau menentang kemasukan PAS dalam BN. Tak tau la mungkin saya tak jumpa.


Malahan, saya tak nampak kenyataan menentang PAS masuk BN dalam semua blog yang dikatakan pro kepada Fraksi UMNO i..e Merah Tinta, Tranung Kite, blog Anti Husam.


Kenapa ye???


.

3 comments:

mangchikla said...

Assalamu 'alaikum. Ya Shaikh, kat Makkah ka? Waaa sempat write up ek.

Anonymous said...

hansem macam orang AMNO! Patut laa..

Tulang Besi said...

Saya benar benar gembira bukan main main.

Dengan terbuktinya kedudukan Roslan dalam MPSJ, bermaksud Roslan SMS amat bersetuju dengan Pakatan Rakyat dan beliau mengakui Pakatan Rakyat sebagai wadah yang selari dengan Al Quran dan As Sunnah.

Saya pun menyesal menyerang beliau sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.