Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 30, 2008

TranungKite Guna Taktik Desperado Untuk Tutup Pekung Fraksi UMNO?

Tranung Kite telah melancarakan serangan secara bersiri ke atas saya lantaran dari artikel saya“Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO?” . Hati saya bercampur gembira dan sedih. Gembira kerana tulisan saya di atas adalah mengenai sasaran (atau dalam bahasa org putih “bulls eye”). Sedih sebab tak sangka Songkok Putih sampai ke tahap biadap dan tak tahu etika dan tatasusila.Here is the beginning of my post.


Tranung Kite tidak mahu menafikan artikel ini secara “direct”. Lantaran mereka mengambil langkah menyerang pribadi saya dengan menaikkan tulisan saya yang berumur 2-3 bulan dahulu. Kenapa tak bidas sejak awal dahulu ye? Kenapa ambil email pribadi saya tanpa kebenaran saya, bukankah ini biadap namanya?

Malahan dalam salah satu email pribadi beliau dengan saya beliau telah berjanji seperti berikut:

“1. Isnya-Allah perbincangan antara peribadi enta dengan ana adalah rashia peribadi. Jika ana tak setuju dengan enta ana akan menulis secara umum melihat dan menggunakan nama yang enta menulis.”


Ertinya Tranung Kite/Songkok Putih telah melanggar janji dia sendiri. Dan saya amat yakin beliau melakukan demikian dalam keadaan tidak sengaja lantaran bahaya yang menanti ke atas kumpulan beliau dari artikel saya di atas.


Yakni natijah dari rahsia samada keputusan bermuzakarah dengan UMNO itu benar-benar diluluskan oleh Majlis Syura atau tidak pecah. (Saya ada bukti lain tapi saya malas nak keluarkan).

Lantas mesti dikambus dan dipertahankan rahsia ini. Justeru pribadi saya diserang dan tuduhan seperti tidak menghormati pimpinan dan membuat tuduhan jijik dilontarkan kepada saya. Email pribadi yang sudah dijanji tidak dipecahkan juga dipecahkan juga.

Hairannya artikel dari laman nista dan fitnah Anti Husam sudah beberapa kali menghiasi laman Tranung Kite. Yang itu tidak pula Songkok Putih menjadikan ia isu? Yang laman saya ini yang sudah sememangnya dig am sekian lama menjadi sasaran beliau pula.

Juga soalan saya sejak sekian lama masih belum dijawab oleh Tranung Kite dan juga Songkok Putih, yakni: “Adakah saudara bersetuju PAS menyertai Barisan Nasional”?

Apabila ditanya berbagai alasan digunakan sedangkan jawapannya mudah, samada Ya atau Tidak. Bagi saya jawapannya adalah TIDAK. Bagi saudara Songkok Putih/Tranung Kite, jawapannya masih misteri.

Artikel saya menaikkan fakta yang tidak dapat disangkal, yakni:

a. Tiada minit mesyuarat Majlis Syura membenarkan Muzakarah dengan UMNO, apatah lagi berjumpa dalam gelap

b. Mursyidul Am sendiri tidak mengetahui keputusan Majlis Syura ini sedangkan beliau adalah Pengerusi Majlis Syura

c. AJK PAS Pusat tidak mengetahui adanya muzakarah tersebut sehingga pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah.


Adakah Email Pribadi Saya itu SAtu Hujjah Yang Kuat.


Tranung Kite silap guna email pribadi saya. Ini kerana kandungan dalam email pribadi saya itu tidak semestinya mencerminkan sikap dan pendirian saya.

Ini kerana di dalam mendapat maklumat yang biasanya susah hendak didapati secara ikhlas, maka saya terpaksa menggunakan taktik “provokasi”. Misalnya, email yang disiarkan oleh Tranung Kite adalah salah satu contoh taktik yang biasa saya gunakan.


Saudara,
Lebih2 lagi saya mendapat maklumat ini dari majoriti AJK PAS Pusat jugak? Saya dapat maklumat dari orang yang menganjurkan pertemuan itu.
Pertemuan Najib-Ustaz Nasa di London. Saya tahu kat mana pertemuan itu berlaku dan saya tahu kenapa ia dilakukan.
Saya juga tahu tawaran yang diberikan oleh Najib Tun Razak. Dan saya dedahkan tawaran UMNO tersebut dengan jelas dan terang. Apa ahli PAS smeua takda hak ke nak tau apa yang pemimpin2 mereka buat dan lakukan?”


Soal kandungan email ini benar atau tidak tak menjadi isu bagi saya kerana ianya bertujuan untuk “provokasi” dan bersifat pribadi dan tidak disiar kepada umum. JAdi ianya tidak sepatutnya menjadi bahan fitnah.

Sememangnya saya tahu orang di belakang Tranung Kite adalah pro Harun Taib. Jadi, secara naturalnya, mereka akan menjadi penentang Ustaz Nasa, kerana Ustaz Nasa telah menumpaskan Ustaz Harun Taib dalam pemilihan Timbalan Presiden.

Sengaja saya hantar email ini untuk melihat apa reaksi Tranung Kite. Dan apa yang saya lihat Tranung Kite senyap sunyi dan tidak mahu membela Ustaz Nasa langsung. Ini bermakna pada waktu itu, perasaan mereka terhadap Ustaz Nasa masih belum baik.


Tetapi sekarang ini, tiba-tiba Tranung Kite berkata:


Ok Oleh kerana awak ada maklumat daripada orang yang menganjurkannya. Sila dedahkannya. Saya cabar awak. Jangan awak buat Ustaz Nasaruddin teraniya dengan fitnah ini tanpa bukti.”


Bagi saya ini bermakna kumpulan Fraksi UMNO telah meletakkan perbezaan mereka di tepi demi mencapai matlamat bersama mereka, yakni membawa PAS masuk UMNO. Ertinya kesepakatan Fraksi UMNO telah semakin mantap berbanding 3 bulan dahulu masa email ini saya hantar. Ia juga bererti Fraksi UMNO dalam keadaan desperado sehingga sanggup mengenepikan perbezaan mereka yang selama ini wujud dengan tegar sekali.


Semua email saya kepada Tranung Kite sebenarnya majoriti mengandungi elemen provokasi yang penting kepada saya di dalam saya membaca taktik Fraksi UMNO. Dan saya tak nampak email ini sebagai fitnah kerana ianya adalah email pribadi dan bertujuan provokasi kepada Tranung Kite untuk saya mendapat maklumat “between the lines” yang lebih penting bagi saya.


Dan ada juga yang saya sengaja “serang” salah seorang demi untuk mempertahankan orang yang saya serang itu dari menjadi mangsa fitnah dan nista Fraksi UMNO. Tapi saya tak nak bagitau sapa la.


Pokok pangkal, email pribadi tidak seharusnya dijadikan hujjah kerana ianya adalah mengandungi seribu satu tafsiran. Dan dalam isu ini saya menggunakan kapasiti email pribadi untuk mendapat maklumat yang sukar didapati dengan cara biasa.


Tapi nak buat macam mana, kalau dengan Tok Guru Nik Aziz pun puak Fraksi UMNO ni boleh biadap, inikan pula dengan saya.


Tranung Kite juga menyuruh saya menjawab dan memberi bukti beberapa dakwaan yang saya buat. Tapi saya dah jawab dalam “comment section” artikel kedua beliau di sini.


OK lah saya kena berenti di sini. Esok nak bangun awal sebab nak solat Aidil Fitri. Kami kat sini dah raya dah. Di Malaysia kena puasa lagi satu hari. Jangan jealous….:).


Kepada semua rakyat Malaysia saya ucapkan “Eid Mubarak” dan “Kullu Sanna Entu Tayibbin”.


Tulang Besi

29 September 2008

12 comments:

Hassan Sani said...

Tulang Besi,
Teruskan usaha mu teruskan BONGKAR FRAKSI2 UMNO Di dlm PAS demi PAS dan Tok Guru Nik Aziz..
Segala usaha mu akan diberkati.
TKO aku dah lama tak baca sebab terasa ada batu disebaliknya. Justeru itu, tiba2 insiden sekarang terberlaku antara TKO dan TB. justeru itu saya kembali layari TKO dan serang laman Fraksi UMNO yg Korang Ajar dan Biadab !
HIDUP TOK GURU NIK AZIZ !! SELAMATKAN PAS DARI FRAKSI UMNO NI ! HARUS HAPUSKAN FRAKSI UMNO dlp PAS demi Perjuangan PAS !

Augustinian Successor said...

Dear Saudara Rahman,

Yes, perjuangan anda tidak sia-sia. Teruskan segala usaha anda yang murni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Saudara Rahman dan semua pembaca "Malaysia Waves", dan salam perjuangan.

enverion said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya bukan antara muslim yang terbaik dan bukan juga antara yang paling lemah. sebagai seorang muslim, agama adalah segala-galanya. jangan kita meletakkan pemimpin ditangga yang teratas dan dibawah agama.jika kita menyokong seorang pemimpin pastikan pemimpin itu benar walaupun dia seorang ulama kerana setiap manusia adalah tidak maksum kecuali para rasul dan nabi. saya harap Tulang Besi amat memahaminya. Nik Aziz tidak maksum dan Hadi Awang juga tidak maksum, jadi pastikan sokongan itu tidak membawa rebah kepada agama kita yang suci. ingatlah kisah Umar Al-Khattab bagaimana beliau mula-mula dilantik sebagai khalifah. tulang besi boleh mendalami kisah beliau.

Tulang Besi said...

Terima kasih saudara Hassan Sani. Terima kasih saudara Augustine, Terima kasih saudara enverion.

May God Bless You all.

Anonymous said...

Nasib baik kita ada lagi orang macam Tulang Besi selepas mereka hambak RPK dalam ISA. HIDUP MALAYSIA.

Anonymous said...

salam..

letih dah saya dengar pas.tunjukkan lah kepada kami pas tak macam umno.ingat kani undi pas bukan pas bagus tapi kami benci umno.tak tau lah mengapa nak join dengan umno.tak tau ke umno dah siksa ramai rakyat kelantan dan terengganu takkan pas tak sedar lagi?takkan sebab nama melayu pas cuba bermain api dengan umno.ingat kalau pas masih ikut perangai umno pilihan raya depan kami undi parti ibrahim ali.biar dia jadi pm malaysia.ahli pas ikutlah prinsip dan perjuangan TGNA.Belum sempat TGNA pergi meninggalkan kita ahli pas bergaduh sesama sendiri.betul-betul penyakit umno.mungkin pas in perasan kot sebab dah menguasai banyak negeri dah luupa diri.ingat kaum china dan india pun mengundi anda masa pilihan raya lepas bukan sebab anda bagus jangan perasan ya ahli pas.kalau ada calon kambing atau ayam bertanding kami pun akan pangkah ayam dan kambing sebab kami benci umno.kalau pas nak berbaik dengan umno silakan tapi ingat padahnya pada pilihanraya akan datang

Anonymous said...

Ayoh ahli PAS semua....kita tumbangkan Fraksi UMNO tahun depan. Jangan undi lagi mereka.....baru mereka tahu...siapa yang lantik mereka. SubhanaAllah....saya tak sangka ust. Nasa camni....pastu...ust. Hadi pun boleh terikut jugak? Nampak benar kena tukar presiden pulak.....

Anonymous said...

Syabas saudara.Truskan usaha murni saudara dlm mendedahkan Fraksi UMNO dlm PAS.

alfons0 said...

Assalamu'alaikum w.b.t

Saya dr Sabah, teruskan usaha anda jgn kerana "nila setitik, rosak susu sebelanga" Jgn sampai org Label org2 yg pakai serban tak boleh nak percaya..jgn biarkan org2 ini merosakkan imej Islam, walau jauh tp saya selalu mengikuti perkembangan ttg Pas ni dr laman2 web spt harakahdaily, laman marhaen dll..apa2 pun saya sokong TGNA bukan apa, sebab ada kawan dr Sabah yg penah pergi Kelantan dan pernah jumpa dgn beliau cukup tertawan dgn Akhlak beliau..bukan 1 atau 2 org yg memperkatakannya tp ramai..saya rasa tidak heran mengapa TGNA dpt menyatukan Melayu, Cina & India di Kelantan..salah satunya Akhlak yg ditunjukkan oleh beliau sendiri..Sebab itu kita boleh lihat PAS menang besar dlm PRU12 d Kelantan..tetap hal ini spt tidak berlaku di Terengganu..mengapa? mesti ada sebabnya kan?

Anonymous said...

Dear Tulang Besi, you're a great man to me. Because you have been misunderstood.. To be great is to be misunderstood. Even Muhammad SAW and Nik Aziz has been misunderstood. You've represent me and many others who love 'the truth' more than PAS or UMNO. Keep up the 'dirty job' (since not so many orang sanggup do this noble task) and may Allah bless you. - oghang@gmail.com

Anonymous said...

Since my Ayah Mertua ku orang jati Dungun, dia kata wakil rakyat Pas Dungun duk mengelak jumpa orang kampung waktu berkuasa suatu ketika dahulu... Yaaa... itulah puncanya PAS Terenganutak juge menang....sebab serupe je perangai sebahagian wakil rakyat Pas Terengganu dan Umno. Baik UMNO sebab ada wang ihsan..

hambaALLAH said...

Assalamualaikum..
Saya rasa blog saudara ni adalah tempat penyebaran fitnah kepada jemaah islam yang paling diiktiraf di malaysia.
hentilah kerja-kerja terkutuk ini wahai hamba Allah.bertaubatlah.jangan jadikan batang tubuh saudara sasaran azab sebab kenyataan-kenyataan saudara akan dipersoalkan di akhirat dihadapan kadi Rabbuljalil.Ingatlah setiap perbuatan saudara itu akan di adili.mana mungkin saudara mengatakan email yang saudara postkan secara peribadi itu merupakan satu taktik provokasi?kenapa,setelah tembelang fitnah kamu sudah dikenalpasti,kamu pesongkan pembaca dengan kenyataan ini pula (provokasi)?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.