Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 29, 2008

Tulang Besi Diserang Tranung Kite

Tulang Besi telah menyiarkan seutus surat pembaca bertajuk “Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO”. Maka tidak sampai sepekan, laman web Tranung Kite telah menyiarkan artikel bertujuan untuk menghancurkan kredibiliti saya. Artikel tersebut bertajuk “ BicaraWebmaster Tranung Kite fraksi UMNO, Tulang Besi fraksi siapa? - Siri 1”. Artikel tersebut ditulis oleh webmaster Tranung Kite sendiri yang menggunakan “nom de guare” Songkok Putih (SP).


Jadi, demi untuk menjawab soalan SP, maka saya nyatakan dengan tegas bahawa Tulang Besi adalah FRAKSI PAS. Lagi sekali saya ulangi, Tulang Besi adalah Fraksi PAS.


Artikel tersebut panjang dan SP telah mendedahkan beberapa email “pribadi” antara saya dengan beliau. Sepatutnya, mengikut akhlak dan tatasusila kemanusian, email yang berbentuk pribadi tidak seharusnya disiarkan kepada umum melainkan ianya mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Email pribadi melambangkan kepercayaan di antara kedua-dua belah pihak yang menghantar dan menerima email tersebut.


Saya mendapati pihak Songkok Putih/Tranung Kite bersikap sangat tidak berakhlak dan tidak bertatasusila kerana menyiarkan email pribadi ini tanpa mendapat kebenaran dari saya.

Namun, ini tidaklah bermakna saya takut dengan isi kandungan email saya itu kerana saya tidak takut dan bertanggungjawab dengan segala tulisan saya. Tetapi yang menjadi isu yang lebih besar lagi apabila SP mengambil email pribadi saya secara “cut-and paste” dan tidak menyiarkan keseluruhan email saya. Dengan kata lain, beliau mengambil sebahagian dan menyiarkan sebahagian dengan mengambil bahagian yang beliau yakin akan memburukan imej saya.

Saya ambil contoh dari artikel SP bahawa kononnya saya memfitnah kerana mengatakan Tuan Guru bertemu UMNO seperti di bawah:

"(Mana mungkin Tuan Guru bersama dengan 9 orang berjumpa Pak Lah dan pada masa sama dia ada di Rumahnya hanya solat zohor. Saya sendiri melihat batang tubuh beliau... Tulang Besi, Tulang Besi banyaknya dosa awak!!!)"

Namu Songko Putih tidak pula menyiarkan email saya yang seterusnya yang menerangkan kenyataan saya yang pertama itu:


"Jawapan: Alhmadulillah, saya bersyukur, pemaklum saya ni pun kata dia tak 100%. sebab tu saya tak publish dlm blog, saya cuma bagitau sedara Ali sahaja. Saya bagitau saudara Ali sebab saya nak dapat kepastian dulu, baru saya publish, dan saya dah dapat kepastian."

Di sini, kita nampak “mala fide” atau niat jahat Songkok Putih di dalam menyiarkan email pribadi saya dengan dia.

Sudahlah tak dapat kebenaran, ambik setengah-setengah pulak tu.

Mengapa Saya Panggil Tranung Kite Fraksi UMNO

Oleh kerana kita di dalam mood mendedahkan email pribadi, suka saya nyatakan di sini sebab sebenar saya merasakan Tranung Kite pro kepada Fraksi UMNO.

Ada beberapa sebab, antaranya:

  1. Saya menghantar banyak email pribadi pada Songkok Putih bertanya adakah beliau setuju PAS masuk BN. Namun beliau tidak pernah menjawab dan membisu seribu bahasa. Misalnya salah satu email saya bertanya soalan ini pada Songkok Putih:

    "Saya nak dapat kepastian dari saudara, adakah saudara menyokong PAS masuk BN? Kalau tidak maka kita adalah berada di atas landasan yang sama dan kita boleh menyelesaikan perbezaan.

    Kalau saudara bersetuju, saya tak boleh nak buat apa la. Saya ada amanah yang saya pikul."

    Hairan saya kenapa soalan mudah sebegini Songkok Putih susah nak jawab? Beliau diam seribu bahasa

  1. Antara lain ialah Tranung Kite kerap menyiarkan artikel dari blog AntiHusam. Soalnya sekarang, mengapa Tranung Kite memberi ruang yang besar kepada sebuah blog yang jelas memfitnah dan menista pimpinan seperti ini? Bukankah ini satu tindakan yang berlawanan dengan akhlak berjemaah? Bagaimana Tranung Kite boleh menyokong tindakan yang jelas berlawanan dengan akhlak berjemaan seperti ini. Bukankah Husam Musa juga seorang pimpinan, yakni Naibn Presiden PAS? Dan bukan sekali Tranung Kite menyiarkan artikel dari blog Anti Husam ini.

  1. Dalam isu Mustafa Ali vs Tok Guru Nik Aziz, Tranung Kite telah mengambil sikap “atas pagar” dan tidak mahu menyebelahi Tok Guru Nik Aziz? Mengapa? Seharusnya semua Ahli PAS mesti berada di belakang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu ini.

Dan banyak lagi kalau saya nak sebut tapi biar kat situ dulu.

Motivasi Sebenar Serangan Tranung Kite Terhadap Saya

Hakikatnya, serangan Songkok Putih yang terbaru terhadap saya ini adalah percubaan desperate beliau terhadap pendedahan terbaru yang saya siarkan, yakni:

" Benarkah Syura Mengizinkan Perbincangan Dengan UMNO


Artikel terbaru saya ini telah mendedahkan betapa Majlis Syura telah diperkudakan oleh puak fraksi UMNO sehingga Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat diketepikan sama sekali.

Dengan kata lain, AJK PAS Pusat dan Mursyidul Am telah diperkudakan oleh sebahagian Ahli Majlis Syura Ulama. Saya menyiar artikel ini kerana saya rungsing dan bimbang tentang bagaimana Majlis Syura Ulama berjaya di “hijack” oleh mereka yang berkepentingan.

Hakikatnya, isu perpecahan dalam PAS yang ada sekarang ini tidak akan berlaku sekiranya semangat Syura dihormati. Sekiranya semua pihak dirujuk, nescaya perkara ini tidak menjadi isu.

Songkok Putih telah memberi amaran kepada saya bahawa dia akan terus menerus mendedahkan fitnah dan penipuan saya. Tapi setakat ini, berdasarkan siri satu artikel beliau tulis, kita tidak nampak apa-apa penipuan ataupun fitnah. Yang ada hanyalah tindakan tidak berakhlak dari Songkok Putih/Tranung Kite.

Saya masih menaruh harapan untuk meneruskan persahabatan saya dengan Songkok Putih. Sekiranya persahabatan ini terputus, percayalah ianya tidak diputuskan oleh saya.

Tulang Besi

13 comments:

Anonymous said...

Dear TB

Orang boleh berkata mcm2 ttg kita tapi yang pentingnya, bah kata perpatah orang Cina (terjemahan maksud)
"KALAU KAKI KITA BERPIJAK MANTAP DI ATAS PERMUKAAN BUMI, TIADA APA YANG HARUS KITA TAKUTI"
Saya harap TB faham apa yg cuba saya katakan di sini.

So don't worry, be happy, OK?!

Tulang Besi said...

Dear Anon,

TQ very much for your support. May Allah bless you

Anonymous said...

Salam Saudara TB,

Be strong.

There are many of us who are with you. Believe me.

Your question to SP in Tranungkite is a sharp one and he has not even replied. Wonder what took him so long.

Have a wonderful Eid.

Zaitun

Anonymous said...

Dear TB

Sorry forget to type my name (the first anonymous).


Mei

Hassan Sani said...

Sekarang saya benar2 dau tau TKO itu FAKSI UMNO ! Dah banyak kali saya hentam dlm comment TKO sebab apabila sya baca artiket kat sana sya rasa sesuatu yg lain ! Tapi sya tak pasti, sya sentiasa mengikut Tulang Besi sebab sya tau Tulang Besi berdiri kuku di belakang Tok Guru Nik Aziz ! Sya amat sanjung TGNA oleh keran TGNA sya pangkah PAS dlm PRU12.
SAYA SERIBU PERATUS SETUJU :-
Dalam isu Mustafa Ali vs Tok Guru Nik Aziz, Tranung Kite telah mengambil sikap “atas pagar” dan tidak mahu menyebelahi Tok Guru Nik Aziz? Mengapa? Seharusnya semua Ahli PAS mesti berada di belakang Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu ini.
----------------------------------
Tulang Besi,
As Anon said Dont worry, be happy.. Segala artikel dari Tulang Besi adalah Benar. TKO tu banyak putar belit, even sya hanya seorang pembaca tapi sya tau mana betul mana palsu. Kerana sya baca TB tanpa hati yg wasangka, ini lahir dari naluri seorang manusia. Apabila saya baca TKO hati sya sentiasa tidak tenteram banyak wasangka. justeru itu, kita dpt bezakan. kadang-kala naluri gerak hati adalah benar.
Semoga TGNA & Tulang Besi sentiasa diberkati. Sebagai seorang ahli PAS HARUS BERDIRI TEGUH dibawah pimpinan TGNA ! SYA BERHARAP FAKSI UMNO DIDALAM PAS HARUS DIHAPUSKAN !!! !!!

aminiskandar said...

Sabarlah saudara....

Begitulah perjuangan.... Kadangkala kita akan diserang.... Teruskan pendedahan demi pendedahan demi untuk kebaikan rakyat...

Selamat Hari Raya....

Amin Iskandar

banjarbp said...

Dear TB,

Tak taulah siapa betul, TB ke atau SP. Dua-dua cakap soalan masing2 belum dijawab oleh pihak yang lagi satu. Pastinya dua-dua tak mahu jadi fraksi AMENO (betul ke?)

Wasallam.

Tulang Besi said...

banjarbp,

Setakat ni, saya jelas menolak kemasukan PAS dalam BN.

Songkok Putih/Tranung Kite tak senyap seribu bahasa dalam isu ini.

Betul tak?

wandering troubadour said...

Salam TB aka RC,

Spot on. I think the Terengganu team is way off (SESAT).

Thanks
troubadour

Anonymous said...

Patut la tone Tranung Kite sekarang ni satu macam aje..kalu muzik dikira sumbang..offkey!

aritu aku bagi komen pedas sikit tentang fraksi Umno, tak mau dia siar..

syabas TB teruskan..Selamat H Raya!

Anonymous said...

tarnung bukan paksi Umno tapi DAP...x caya...tunggu dan lihat

Anonymous said...

Salam

Terus terang saya katakan TGHH 'gilo' nok kongsi kuasa dengan UMNO kat terenganu, dan TGHH gilo tokse wi Anwar jadi PM. Saya berani katakan pemimpin PAS seperti ini sudah termakan 'rasuah' UMNO sehingakan Mustafa Ali sangup buat komen kata Anwar TAkan jadi PM sebab dia tau TGHH dah ambik Rasuah UMNO takan sokong Anwar!.

sudoh la tok guru woi, mung ni kaki belik..oghe bini DUO memang kaki belit!!!!! petikan :
www.malaysiabaru.com
( komen ni telah di padam di website )

AP said...

Didalam perkara yang dipertikaikan antara TB dan SP ini betul-betul mengelirukan saya. Tak tahu pihak mana yang betul samada TB atau SP. Semoga pertikaian ini dapat uraikan tanpa menambahkan kekeruhan diatara mereka, pengundi@penyokong PAS/PR dan juga pengundi atas pagar. Semoga pertikaian ini tidak berlanjutan, jika tidak harapan untuk beroleh kejayaan didalam PRU akan datang akan hancur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.