Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, September 30, 2008

Umrah Saya dan Fraksi UMNO

Tiba-tiba Tulang Besi kembali dari umrah dan terus menyerang Fraksi UMNO denbgan menulis artikel bertajuk “Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO?" Menagapa begitu sekali. Bukankah ini satu perkara yang pelik dan hairan.


Sepatutnya sekembali dari Umrah di Baitullah di bulan Ramadhan, di akhir 10 hari puasa, sepatutnya Tulang Besi bersikap lebih lembut dan lunak kepada saudara sesama Islam. Namun Tulang Besi tidak bersikap demikian. Mengapa?


Sewaktu saya tawaf di Masjidil Haram, saya telah berdoa kepada Allah SWT yang mana doa saya antaranya adalah:

  1. Meminta Allah SWT menetapkan hati Tuan Guru Presiden supaya tidak terpengaruh dengan agenda mereka yang berkepentingan dan mempunyai agenda pribadi dengan melibatkan parti.

  1. Mengagalkan apa-apa tindakan dan pihak yang berusaha membawa PAS masuk Barisan Nasional.

  1. Menjayakan pelan pertukaran Kerajaan dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.

  1. Memohon perlindungan dari Allah dari mereka yang telah bertanggungjawab memecah-belah kan PAS























  • Doa yang sama saya ungkapkan, selain doa lain, di hari pertama dan kedua saya mengerjakan Umrah dan Ibadah di Masjidil Haram. Saya membuat tawaf dalam keadaan lebih 2 juta umat Islam memenuhi Mekah, seperti yang dilaporkan oleh ArabNews. Solat Terawih safnya sampai jauh di luar Masjid Haram, sehingga orang solat di tepid an tengah jalan.


    Saya berpendirian setelah doa ini dilafazkan di hadapan Kaabah yang mulia, maka cukuplah tugas saya. Saya tidak mahu lagi menulis berkenaan isu PAS-UMNO ini.


    Namun sepanjang perjalananan kembali dari Umrah, hati saya jadi bergelora dan tidak senang. Saya mempunyai artikel dan maklumat lain yang tidak saya keluarkan selama ini. Hati saya cukup tidak tenang sehinggalah saya kembali ke rumah dan saya pos kan artikel bertajuk “Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO?”.

    Selepas artikel ini dipos kan oleh saya, barulah hati saya menjadi tenang. Seolah olah, saya seperti dipaksa melakukan demikian oleh kuasa yang saya tidak nampak. Dan jelas, apabila artikel itu dipos, tidak berapa ketika ianya telah diserang oleh mereka yang amat tidak senang dengan pendedahan tersebut. Saya yang pada mulanya bercadang untuk tidak lagi menulis berkenaan isu ini, terpaksa menulis kembali. Dan nampaknya tugas saya belum selesai.

    Sedikit Maklumat Semasa Mengerjakan Umrah

    Kepada yang meminta saya berdoa di hadapan Kaabah, Alhamdulillah saya telah jalankan amanah saya. Semoga Allah SWT mengkabulkan hajat saudara/saudari semua.

    Dan saya amat gembira kali ini kerana saya telah berjumpa dengan “mentor” kesayangan saya Dato Hasan Ali di Tingkat 3, Bazzar Hilton Mekah. Walaupun pertemuan itu cukup pendek tapi ianya amat bermakna sekali untuk saya. Dan tidak sangka sama sekali saya dapat berjumpa Dato Hasan Ali di Tanah Suci Mekah.

    Saya juga dapat merasakan nikmat mengerjakan umrah di hadapan Kaabah di hadapan Masjidil Haram. Alangkah kerdil kita semua di sisi Allah SWT. Apabila kita berpakaian ihram serba putih dan mengerjakan tawaf, kita sepatutnya merasakan betapa kerdilnya kita di hadapan Allah SWT. Di kala ini, segala jawatan dan kekayaan kita letak di belakang. Semua yang ada pasa masa itu serupa sahaja taraf mereka, yakni hamba Allah SWT.

    Semasa Saiee’, saya telah dapat merasakan apa yang diaalami oleh Siti Sarah semasa mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. Saya cuba bayangkan betapa tingginya Iman Nabi Ibrahim yang telah meninggalkan isteri dan anak kesayangannya di antara Bukit Safa dan Marwa. Ibadah Saiee’ itu sepatutnya menyedarkan kita semua betapa pentingnya kita tunduk kepada perintah Allah SWT sebagaimana tunduknya Nabi Ibrahim AS. Umrah kali ini cukup bermakna untuk saya dan saya amat sedih bila meninggalkan Masjidil Haram.

    Saya tak sabar untuk kembali lagi semasa bulan Zulhijjah untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima, yakni Haji. Semoga Allah SWT menjemput saya mengerjakan haji di Mekah tahun ini, inshaalah. Dan di pagi Aidilfitri yang mulia ini saya ingin mengucapkan “Eid Mubarak” dan “Kullu Sanna Entu Tayibiin” kepada semua pembaca Malaysiawaves.






    Tulang Besi


    .

    13 comments:

    Anonymous said...

    Alhamdulillah, saya juga turut mendoakan agar doa yang tuan lafazkan di hadapan Kaabah itu di makbulkan Allah SWT. InsyaAllah.

    R.A said...

    Dear bro,

    I have sent you a private message at your email address:

    malaysiawaves@rocketmail.com.

    Hope to see your response soon insya'Allah.

    Anonymous said...

    Eloklah sdr Tulang Besi ikut gerak hati, kerana itu datang dari talian roh.

    Salam aidil fitri, my brother.

    -Anon :-)

    IbnuQalil said...

    Alhamdulillah buat umrah, tapi dok sebar fitnah jugak. Tak hairan, sebab ramai yang artis pergi haji dan umrah berkali-kali tapi balik pakai baju macam bogel jugak.

    Bertaubat la tulang besi. Hang tak tenang bila tak sebar fitnah, bila hang post kan artikel sebar firnah, terus tenang. Hang boleh lihat hang ni macam mana di sisi Allah.

    Tulang Besi said...

    Anonymous IbnuQalil said...

    Alhamdulillah buat umrah, tapi dok sebar fitnah jugak. Tak hairan, sebab ramai yang artis pergi haji dan umrah berkali-kali tapi balik pakai baju macam bogel jugak.

    REPLY: Wahai anak kepada si sikit (Ibnu Qalil), apa yang saya fitnah? Boleh tak tunjuk.

    Saya dah kata semua yang saya tulis berdasarkan kepada sumber risikan saya.

    Saya tak dapat nak dedahkan sumber saya, itu aje.

    Mcm Penarik BEca, dua kata ada pemimpin PAS buat perjumpaan dengan UMNO dalam gelap. Masa tu semua orang kata Penarik Beca fitnah.

    Last sekali semuanya betul.

    Sudahlah, dah takda modal mcm ni la.

    Anonymous said...

    Sdr Tulang Besi tak perlu gusar dgn tuduhan buat fitnah, kerana bila saya baca tulisan sdr saya faham apa yg sdr maksudkan.

    Kita pembaca blog baca berbagai sumber dan dapat rasa dan dapat menilai sendiri yg mana belong dan yg mana betul. Kita dapat nilai keikhlasan seseorang itu drp penulisan-penulisan mereka dan juga drp tokoh/personaliti yg mereka sanjungi.

    Jadi sdr teruskan dgn perjuangan sdr dgn menulis blog dwibahasa yg mampu menjangkau kpd berbagai kelompok org bukan sj Melayu Islam.

    -salam dari negeri tok guru

    OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

    selamat rayo

    http://aberamly.wordpress.com

    http://ramlyotai.blogspot.com

    Anonymous said...

    Ha,ha,ha.......
    Jiran tuan sakit,
    Khariah tuan ada fakir miskin,
    Negeri tuan ada anak yatim piatu,
    Package umrah dan ha** niaga ???
    Redha tuan atau redha Allah s.w.t.???
    Kampung tuan ada ibu tunggal.
    Umrah dan haji ada tujuan.
    Apa tujuan ?

    Tulang Besi said...

    saudara
    -salam dari negeri tok guru

    TQ kerana sokongan saudara.

    Saya tahu Ibnu Qalil ni geng Terengganu yang skrg jadi pendokong agen UMNO, Mustafa Ali.

    Dia ni satu geng dgn Suhaimi Top It, blog Anti Husam, Tranung Kite dsbnya

    Yang peliknya beliau nak guna nama Arab, tapi guna semborono tak faham makna.

    Ibnu - Anak lelaki kepada

    Qalil - Sikit

    Kan nampak bodoh benar bunyinya tu.

    Harman said...

    Ibu Nabi Ismail a.s. ialah Siti Hajar, bukan Siti Sarah.

    Selamat Hari Raya Puasa.

    Anonymous said...

    Bodoh itu perkataan yg keluar dari hati yg bagaimana?ada sedikit ilmu dlm bahasa arab sudah mahu mendabik dada?dan ini adalah mereka-mereka yg mendokong perjuangan agama?ya Allah bantulah agama yg syumul ini.

    Anonymous said...

    Katanya umno rasis. kenegerian yg pekat itu perlu diberi terminologi apa?

    webmaster said...

    Alhamdulillah. Doa saudara dimakbulkan Allah AWJ sekarang ni. Akan tetapi malang bagi saudara kerana tidak dapat melihat dengan mata hati saudara. Kesilapan saudara sedikit cuma iaitu tidak mendoakan untuk diri sendiri. Lagaknya seperti Malaikat Azazil yang lupa doakan untuk diri sendiri. Fikir-fikirkan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

    Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

    Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

    MOHD AZWAN AHMAD
    a/k Maybank : 104013154427

    Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

    Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.