Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 3, 2008

Anai Anai Dalam PAS adalah Fraksi UMNO

Saya membaca kenyataan meletak jawatan Songkok Putih. Antara lain beliau menyatakan:

“"Apabila saya mula menulis mengenai anai-anai dalam PAS, saya telah mendedahkan satu maklumat yang mungkin menjadi polimik dalam parti yang tak sepatutnya dibincangkan diluar parti kerana melibatkan beberapa orang pimpinan yang tidak mempunyai walaq kepada keputusan Syura PAS sedangkan telah jelas dalam perlembangaan PAS kedudukan Syura PAS"

Di sinilah sebenarnya mengapa Songkok Putih begitu beriye sangat nak lawan saya sedangkan sebelum ini SAYA TIDAK PERNAH MENYERANG SONGKOK PUTIH walaupun sekali.Jawapan kepada dakwaan kononnya berlaku "perlanggaran arahan Syura" dan kaitannya dengan "anai-anai dalam PAS" dinafikan oleh artikel ini:


" Benarkah Majlis Syura PAS Pusat Menyokong Perbincangan Dengan UMNO?" [www.malaysiawaves.com]

Saya mengambil sikap 100% bertentangan dengan sikap Songkok Putih dan saya rasa saya berjaya membuktikan betapa arahan Syura yang diwarwarkan oleh Songkok putih itu sebenarnya tidak wujud.

Bagaimana ianya boleh wujud kalau Pengerusi Syura sendiri, Tok Guru Nik Aziz tidak maklum? Lebih dari itu, Pengerusi Majlis Syura secara terbuka menentang "keputusan syura" jadi-jadian yang diwarwarkan oleh Songkok Putih dan blog anti husam tersebut.

Sehingga sekarang, TIADA MINIT MESYUARAT pun dibentangkan kepada AJK PAS PUsat berkenaan dengan "keputusan syura" ini. Hatta sewaktu mesyuarat dengan AJK PAS Pusat selepas Pak Lah mendedahkan pertemuan dengan pimpinan PAS pun, tiada dokumen bertulis wujud membuktikan keputusan “syura” tersebut.
Setakat ini, “keputusan Syura” tersebut hanya wujud dalam tulisan Songkok Putih, Blog Anti Husam dan kenyataan pimpinan dari Fraksi UMNO sahaja.

Dengan kata lain, keputusan Syura tersebut adalah “keputusan jadi jadian” yang dicipta oleh Fraksi UMNO

Ertinya anai-anai adalah mereka yang mewarwarkan "keputusan syura" jadi-jadian ini.

Perletakan Jawatan Songkok Putih Adalah Taktik Melindungi Imej Laman Tranung Kite yang Semakin Tercemar

Oleh kerana Laman Tranung Kite sudah menjadi bahan belasahan ramai pengunjung sejak dua menjak ini, apabila ia sudah mula dikaitkan dengan Fraksi UMNO.
Dan jelas bahawa Songkok Putih menjadi “flag bearer” kepada agenda Fraksi UMNO menyebarkan berita fitnah dan menjatuhkan mereka yang tidak bersetuju untuk PAS masuk BN.
Oleh sebab itu, tindakan drastik perlu diambil bagi melindungi imej Tranung Kite yang sudah semakin teruk. Malahan ramai teman-teman saya sudah tidak lagi melayari laman Tranung Kite.
Maka, Songkok Putih pun letak jawatan kononnya untuk untuk mengasingkan pendirian beliau dengan Tranung Kite.

Tetapi, saya yakin kebobrokan dan konspirasi Tranung Kite akan terdedah juga. Sebagai bukti kukuh, artkel ini secara otomatik telah dihantar ke mailbox tranung kite. Saya yakin artikel ini tidak akan disiarkan dalam Laman Tranung Kite Malahan KESEMUA ARTIKEL MALAYSIAWAVES sebenarnya dihantar ke mailbox Tranung Kite untuk disiarkan tetapi kesemuanya DITOLAK OLEH MEREKA, hatta surat yang saya hantar untuk mempertahankan diri saya sendiri.

Inilah dia contoh “akhlak Islami” mereka yang kononnya ditarbiyyah ulama. Sebenarnya, PAS Terengganu ini memang perlukan banyak lagi tarbiyyah. Percaya lah.
Oleh kerana itulah Songkok Putih sanggup melakukan penipuan secara terang apabila beliau menyiarkan email pribadi antara saya dengan dia. Saya nak tanya, tarbiyyah di Terengganu mengizinkan penipuan ke?

Sudahlah keputusan Syura pun mereka hendak tipu, saya pun mereka hendak tipu. Apa lagi sebab yang wujud untuk kita terus mempercayai Tranung Kite dan Songkok Putih?

Percubaan Mengkaitkan Saya Dengan Merdeka Center

Songkok Putih mula memainkan isu kononnya saya telah mempengaruhi keputusan Merdeka Center yang telah mengakibatkan Dr Syed Azman bertanding di DUN dan bukan Parlimen.
Songkok Putih kata:

“1. Betul ke? Awak bersubahat dalam membuat pertukaran keputusan research yang dibuat oleh Merdeka Center mengenai pencapain Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu seolah-olah wujud kelemahan pemerintahan Tuan Guru dan perlu diganti orang lain menjadi MB. Keputusan pindaan itu menunjukkan bahawa Dr Syed Azman lebih disukai dan PAS Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Dr Syed Azman sebagai MB jika PAS menang di Terengganu. "”

Saya tak tahu nak tergelak ataupun nak menangis. Begitu bengapnya orang PAS Terengganu ni. Bila dah takda isu, sanggup buat fitnah. Agaknya silibus tarbiyyah PAS Terengganu mengizinkan menipu dan memfitnah. Tapi mungkin tidak sebab kita ada orang yang baik2 macam Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Wang Hassang Dungun dan arwah Ustaz Awang Dagang.
Saya CABAR Songkok Putih, sila KEMUKAN BUKTI. Bagi pihak saya pula, saya membuat sumpah seperti berikut:

“WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, sesungguhnya tuduhan ini adalah fitnah dan saya berdoa mereka yang melayarkan fitnah ini diturunkan bala oleh Allah SWT seperti turunnya bala Allah ke atas Kaum Nuh”

Sekarang baru saya faham mengapa apabila saya berdoa di Masjid Imam Syafiee minta menangkan PAS di Terengganu, Allah SWT tidak memakbulkan doa saya. Sekiranya menang PAS di Terengganu, lebih teruk fitnah menimpa Islam di Malaysia.

Tulang Besi.


.

26 comments:

Hassan Sani said...

Perletakan Jawatan Songkok Putih Adalah Taktik Melindungi Imej Laman Tranung Kite yang Semakin Tercemar
SETUJU ! 10000+++ INFINITY %
ANAI-ANAI HARUS DIHAPUSKAN TERUTAMANYA ITU ANAI-ANAI PUNYA QUEEN !!! QUEEN INILAH YG BIKIN ROSAK PAS ! TANPA QUEEN INI SARANG ANAI-ANAI AKAN JADI KOSONG MAKA ANAI-ANAI INI AKAN BERPINDAH MAKA SELAMATLAH PAS !
SATU KALI BERFITNAH SEUMUR HIDUP ORG AKAN MENGINGATI <--- TKO !
Tulang Besi,
Teruskan usaha anda... May GOD bless you.. semoga org2 PAS seperti TUlang Besi.. :-) HIDUP TOK GURU NIK AZIZ ! HIDUP PAKATAN RAKYAT !

Anonymous said...

Hi! TB,

Seperti yg saya pernah komen dahulu dan sehingga kini saya akan beri komen yg sama iaitu selagi ada duri dalam daging, pasti kesakitan tidak akan hilang. Membiarkan fraksi UMNO ujud dlm PAS adalah seperti bermain dgn API. Tak tahulah siapa yg akan terbakar nanti.

Saya bukan nak menghasut tapi saya memang secara jujur berpendapat begitu. Rasanya PAS tidak boleh terus menafikan ujudnya masalah dlm parti iaitu FRAKSI UMNO. Jadi apakah tindakan yg akan diambil? Ianya seperti pesakit kanser, lebih lama dibiarkan maka mungkin tidak dapat diubati, malah mendatangkan padah pulak nanti.

Bagaimanapun TB, ini masalah parti kamu, rasanya I have to trust you guys to solve your party's problem. Hopefully, PAS will bounced back stronger than ever, then with PKR, PAS will have clearer mind and be able to contribute better for this beloved country.

BTW, are you still in Mecca?


Mei

Anonymous said...

Long ago, there was a country in Europe that carried out propaganda to brainwash its citizens that they were supreme to others and therefore they had to conquer and rule other countries. And then there was a country in Asia that kept telling its citizens from young that if they want to have the resources in the world, then they must be prepared to fight and rule the other countries. The two countries since then had brought untold misery to the world.
In our country, those political parties that survive based on race politics will keep on telling the people the importance in protecting their race and religion. They even have programs like the BTN to brainwash the people from young as well as the civil servants about the need to propagate the racial thinking in all fields and their ketuanan towards others. They will tell the people that they will champion the interest of their race above all. Without their protection, the people will not survive in the open. So the people must give them the full support to propagate such ideology. Just like that two dangerous countries, these political parties are doing the same to fortify their political foundation, but in doing so, they are bringing this country to a catastrophic end in the future. Their continuing action to segregate the communities in this country is doing untold damages to the wellbeing of the nation who needs its citizens to be united to meet the global challenges it faces today. Unfortunately these communal political souls only care for their own survival in the present and will never venture out of their propaganda game for the best interest of the nation and its citizens. Divide and rule will be their continuing battle call while the country moves in its peril.

Pak Bahaman said...

Mana ada praksi-praksi itu dan ini. Itu semua hanya imiginasi yang dibuat-buat. Setiap manusia ada otak masing-masing untuk berfikir. Tak semestinya bila kamu orang pas, kamu kena fikir benda yang kamu saja fikir ia betul. Yang tak ikut apa yang kamu fikir, kamu labelkan anai-anai, fraksi dan sebagainya. Perjuangan melayu dan Islam sama saja. Kenapa perlu dibelit-belitkan. Hidup Melayu! Hidup Islam!.... Jangan dipercayai DAP dan PKR!

Nizam al mulk said...

Allah swt telah jadikan pemerintahan Hadi Awang cuma untuk satu penggal.

Pernah kah terbayang di 'hati" Hadi Awang, kenapa orang Melayu-Muslim menolak PAS dalam piliharaya 2004 dan Mac 8, 2008 ?

Adakah sa orang ustadz [Cleric, theologian] sesuai menjadi MB tahu kah beliau seluk-beluk ekonomi modern, sains & teknologi moden, kewangan dan pengurus moden untuk memerintah Terengganu dengan baiknya?

Apatah lagi, Hadi Awang telah GAGAL memerintah Terengganu dengan cara Islam yang baik.

Belaiu telah sibuk dengan memerintah dengan "pakaian luaran" dan bukan nya hakikat Islam ayng benar !

Maka Allah swt telah jadi kan supaya "kezaliman" Hadi Awang tidak berterusan di Terengganu.

Allah swt Maha Bijak lagi Maha Mengetahui.

[cakap Khalid Samad amat tepat lagi benar]

[saya bukan orang politik mahu pun UMNO , PKR atau mana2]

Anonymous said...

TB,
Buktikan ni... dari TKO

Melayunet wrote:
Mana buktinya? Setakat ulasan aku pun boleh bukak bloq, ulas panjang lebar mengenai Nik Aziz fraksi DAP dalam PAS. Where is the article.Show me? Sepanjang hidup saya, saya tak dengar satu cerita PUN PAS NAK MASUK BN.

------------------------
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=778077#778077

ben said...

Hi Tulang Besi,

I concur 100% about your view on PAS not winning Terrengganu. Presently, these group of 'PAS' members are giving conflicting message to the non-muslim supporters. We need more ethical leaders like Tok Guru Nik Aziz, Husam, Khalid Samad,etc to get more non-muslim support.

amoker said...

Pas Terengganu keep shooting itself on the foot. Dah lah tak boleh menang balik Terengganu in the past election.

Anonymous said...

Non-muslims mmg susah nak trima Hadi Awang utk jadi pemimpin.Sbb Hadi Awang ni bukan pemimpin utk semua.

Namun,pemimpin-pemimpin PAS spt Nik Aziz,Husam Musa,Khalid Samad,Dr Dzukifly etc amat sesuai utk jadi pemimpin utk SEMUA.Saya suka baca pendapat2 bernas yg dikemukakan olh Nik Aziz.

Saya harap,Hadi Awang dpt mencontohi beliau.

Anonymous said...

Tulang Besi, well done. Faksi Umno dalam PAS nak balut api dengan kertas.Sekarang ini 2008. Mereka ingat orang kampong masih mudah ditipu.

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul am adalah Pengerusi kepada majlis Syura.

Masaalahnya Tok Guru Nik Aziz tak pernah hadir mesyuarat majlis Syura. Itu yang tak seronoknya.

Dato Husam ada agenda politik tersendiri. Budaya pecah perintah di Kelantan begitu hebat sebelum PRU12 yang lalu.

Sekarang ini jentera MTD Guchil kelam kabut dibuatnya. Pertama memberikan Kerusi Guchil kepada ADIL serta membenarkan Dr. Hatta bertanding di Parlimen Kuala Krai. Sedangkan kajian awal Pilihanraya tidak begitu.

Banyak projek cetusan Husam di Kelantan menampakkan kegagalan. Kambing Jafnapari gagal. Projek Depu gagal. Yang terbaru Kifalah semakin miskin untuk membayar bantuan kepada keluarga simati.

Khabarnya Pihak Istana dah mulai risau kegagalan Husam ini. Al-Maklumkan Kad Kifalah tertera gambar Raja Perempuan Kelantan. Sepatutnya Istana tidak dilibatkan dengan program ini, kecuali program yang ada kaitan dengan Istana.

Pak Su Taib

Anonymous said...

Apakah ukuran hanya tidak bersetuju dengan Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, dah di kira fraksi UMNO/BN???

Kepada peminat Khalid Samat. Jika Tak setuju Tok Guru Hj. Hadi selaku Presiden PAS. Tunggu Mukthamar. Hanya Ahli PAS sahaja yang berhak menyikirkan Hj. hadi dari PAS. Pengundi walaupun 10 kali undi PAS, namun masih tidak menjadi Hali pas TIDAK BOLEH CAKAP BANYAK UNTUK TIDAK BERSETUJU dengan Hj. Hadi.

Dikalangan yang gila-gila nak jawatan Menteri (Husam, Kamaruddin Jafar, Khalid, Dr. Zul, Hatta, Mujahid, Mahfuz dan macam-macam lagi) sebenarnya banyak bersikap biadap kepada pimpinan PAS. Mereka ini adalah mengadu domba yang sebenarnya dalam PAS.

troubadour said...

Salam TB aka RC,

Many in PAS are still talking about Anwar when we touch about the umno fraction. This is not about Anwar but about alternative coalition to fight against UMNO/BN. I notice that Cikgu Pa's stand has not changed. This gives enormous angles for the enemy to attack. He continue to soldier on this agenda as if he is entitled to do so despite what TGNA had said.

I am appalled at Cikgu Pa's arrogance. I think his numerous meetings & liaison with the PM and the PM's man have twisted his point of view. Or perhaps it IS his actual character & intention.

I think Dr Dzulkefly Ahmad should address this concern. As the director of research for Central PAS, I think it is fitting and proper for him to opine as to the implication of this differences.

I read Zulkifli Sulong's Siasah today & am appalled at the sheer size of coverage over this issue & it will get worse!

Khalid Samad's explanation should be read by all as well but when people have ulterior motive then perhaps nothing can be done!

The seed of discord is well planted and a poisonous tree will soon bear noxious fruits. God forbid!

Wassalam
troubadour

Tulang Besi said...

anon says:

" Apakah ukuran hanya tidak bersetuju dengan Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, dah di kira fraksi UMNO/BN???"

REPLY: Tak setuju Anwar, tapi setuju Pak Lah pula jadi PM ye???

Kalau tak Pak Lah, Najib Tun Razak.

Memangla kalau boleh kita nak Tuan Guru Haji Hadi Awang, tapi DAP pula tak setuju.

Kita PAS boleh setuju tak Lim Kit Siang jadi PM???

Anwar Ibrahim bukan maksum dan bukan perfect tapi dialah yang terbaik yang kita ada untuk jatuhkan UMNO/BN.

Anonymous said...

Janganlah panjang-panjangkan pertelingkahan di dalam PAS. Bermaaf-maafan di bulan syahwal ini.Harapan kami pada pemimpin-pemimpin Pas supaya menjadi Al-quran berjalan. Kurangkan bercakap tetapi tonjolkan peribadi Rasulullah.Insya'Allah jika seorang sahabat Nabi Saad bin Abi Waqas dapat mengislamkan jutaan masyarakat Cina. Pas mempunyai ratusan pemimpin bergelar Ustaz dan Tok Guru. Jika mereka menjadi Al-Quran yang berjalan. Kami rasa tak sampai 10 tahun seluruh masyakat Malaysia dan Singapura akan beragama Islam.Ingatlah kita umat Islam adalah sebaik-baik umat di dunia ini kerana kita di beri tugas seorang Nabi iaitu " mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan ".

Tulang Besi said...

anon says:

" Janganlah panjang-panjangkan pertelingkahan di dalam PAS. Bermaaf-maafan di bulan syahwal ini.Harapan kami pada pemimpin-pemimpin Pas supaya menjadi Al-quran berjalan."

REPLY: Sedara, mcmna tak nak panjangkan, cuba lah baca Harakah Edisi Cetak yang terbaru.

Sapa yang sebenarnya nak cari gaduh.

Kalau kita tak bersungguh berusaha, mcmna nak halang diorang ni dari membawa PAS masuk BN.

Anonymous said...

Anwar pun umno gak.sekarang dia ckp mcm2.nanti smua melopong.membela org dizalimi tak sama dgn menaikkan dia sebagai perdana menteri.kalau mahathir yg cerahkan masa depan politiknya dlm umno & kerajaan dipijak kepala ketika menjadi pemangku pm inikan pulak pas dgn dap.korang nak kutuk, kutuklah.cara anwar berpolitik memang biadap sejak dari umno kemudian keadilan skrg pkr.if you say this is not about anwar, i beg 2 differ.nanti masa pru13 dia dah matika?yg sibuk nak form federal govt tanpa jumpa agung pasal apa?selangor pun bnyk benda belum settle wahai pkr.

Nordin said...

Sdr TB,

Bukan menjadi amalan orang mukmin untuk bersumpah-sumpah. Orang yang tinggi akhlak tidak akan menggunakan sumpah sebagai alat membela diri walaupun mereka berada dalam kebenaran. Perhatikanlah, dalam masyarakat yang rendah akhlak,apakah sandaran mereka dalam mempertahankan hujah?

Sebagai muslim kita hanya diminta (and expected) bercakap benar dan berhujah dengan fakta. Itu saja.

Anyway I love your postings and don't get emotional. P Ramlee kata orang marah boleh kena jual.

Assalamu alaikum.

Tulang Besi said...

Nordin kata:

"Bukan menjadi amalan orang mukmin untuk bersumpah-sumpah. Orang yang tinggi akhlak tidak akan menggunakan sumpah sebagai alat membela diri walaupun mereka berada dalam kebenaran. Perhatikanlah, dalam masyarakat yang rendah akhlak,apakah sandaran mereka dalam mempertahankan hujah?"

REPLY: Dalam hal ini saya bersumpah untuk memerangi fitnah.

Saya tahu "modus operandi" puak2 Terengganu ni.

Jadi, dengan berbuat sebegini, saya akan mampu untuk menghalang perancangan jahat mereka, inshaalah.

Tulang Besi said...

Pak Su Taib kata:

" Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul am adalah Pengerusi kepada majlis Syura.

Masaalahnya Tok Guru Nik Aziz tak pernah hadir mesyuarat majlis Syura. Itu yang tak seronoknya."

REPLY: Pertama sekali, Majlis Syura TIADA HAK membincangkan tentang strategi.

Muzakarah dan perjumpaan dengan UMNO dalam gelap adalah hal berkaitan strategi.

Keduanya, datang atau tidak Tok Guru Nik Aziz ke mesyuarat, apa yang menghalang Ustaz Nasaruddin untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz?

Berjumpa dan bawa minit mesyuarat Syura tersebut, kalau benarlah wujud minit tersebut.

Benar atau tidak?

Monkey Code said...

Salam Bro.
We have met in TKO recently. I'm cannon @ rocketmaya @ senihalus @ pelukis @ CIA @ artist @ monckeycode. Just wondering with what's going on in PAS lately (fraksi umno issue)...I BELIEVED IT HAD TO DO WITH 'SYIAH IDEA', SOMETHING TO DO WITH......... "Taqiyyah/Taqiyya". There was a speculation back in 80's and 90's about some PAS leaders are involved with the SYIAH MOVEMENT ...Mat Sabu, TGHH and some other leaders which I can't remember their names, but most of them are from Terengganu and Kedah.

PLEASE CHECK IT OUT...IT MIGHT BE TRUE.TQ. C U

kia71 said...

kpd yg punya niat untuk menggagalkn niat meruntuhkn kezaliman UMNO kami rakyat yg dizalimi akan mendakwa anda diakhirat kelak.ingatlh hidup kita hanya sementara.

kia71 said...

harakah juga dh jadi lalibarut UMNO.ini bermula bila harakah dibenarkn keluar 2x seminggu.sy dh stop beli harakah.inilh kesempatan yg kita ada untuk melihat kerajaan zalim UMNO tumbang tapi kenapa ada individu yg sanggup menjadi org suruhan UMNO agar harapan rakyat marhaien gagal.ingatlh jika kerajaan pakatan rakyat gagal d tubuhkn kerana tangan2 anda kami rakyat yg tertindas ini akan menuntutya d akhirat kelak.

webmaster said...

kia71,

Bukan ditangan anda kuasa untuk menubuhkan kerajaan! Yang berkuasa menaikkan dan menurunkan sesuatu kerajaan hanyalah ALlah swt. Orang yang tak beriman kepada pemilik segala kerajaan sahaja yang yakin mampu untuk menurunkan kerajaan tanpa pertolongan Allah swt.

Anonymous said...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
kia71,

Bukan ditangan anda kuasa untuk menubuhkan kerajaan! Yang berkuasa menaikkan dan menurunkan sesuatu kerajaan hanyalah ALlah swt. Orang yang tak beriman kepada pemilik segala kerajaan sahaja yang yakin mampu untuk menurunkan kerajaan tanpa pertolongan Allah swt.

October 6, 2008 12:54 PM
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Spt kata webmaster October 6 12:54 PM di atas,

Yang berkuasa menaikkan dan menurunkan kerajaan hanyalah Allah swt.

Allah telah menaikkan UMNO dan Barisan Nasional sbg pemerintah negara, maka Allah jualah yg akan menurunkan mereka bila Dia kehendakki. Bukan di tangan kia71 kuasa untuk menubuhkan kerajaan!

Maka tiada apa yg ahli-ahli PAS atau PKR atau siapa-siapa boleh buat utk mengubah ketetapan Allah.

Allah swt telah meletakkan UMNO dan BN sbg pemerintah negara.

Anonymous said...

Maka tak perlulah kita buat apa2, tawakal shjlah dan Allah swt akan kita akan dibantu. Rakyat susah, hidup melarat, ISA, rasuah, dsb - Itu kan dah takdir Allah, kita kena terima dan bersyukur sekurang kurang nya kita masih boleh solat, makan, minum, tak seperti saudara2 kita di bosnia, pakistan, thailand, dll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.