Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 16, 2008

BERGABUNG DENGAN UMNO ATAU PR : MANA LEBIH SYARII??

Kepada mereka yang telah mula mempersoalkan samada keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat syariee atau tidak, di bawah dinakalkan satu artikel tulisan Wan Ji Al-Bakistani

Berbagai-bagai perbincangan yang dilakukan berkenaan dengan isu tahaluf siyasi setelah memerintah. Sebelum menang pilihanraya dan sebelum timbul isu 16 september, rata-rata ulasan menyatakan keharusan bertahaluf atau berpakat dengan PKR dan DAP dalam menjatuhkan UMNO, walaupun PKR dan DAP adalah parti non Islam dan parti non Muslim. Keharusan itu masih lagi tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan, iaitu hendaklah islam lebih menguasai berbanding yang lainnya.

Setelah isu 16 september ditimbulkan, iaitu setelah isu peralihan kuasa, maka timbul pula berbagai-bagai ulasan yang dilihat seakan-akan bertahaluf dengan UMNO lebih bersifat Syarii berbanding bertahaluf dengan Pakatan Rakyat, walaupun sebelum ini, tujuan bertahaluf dengan PKR dan DAP disebabkan hendak menjatuhkan UMNO dan sekutu-sekutunya.

Pelik juga difikirkan. Di mana silapnya percaturan politik yang dimainkan sehingga memeningkan kepala rakyat dalam berbicara tentang isu hokum dalam bertahaluf. Adakah bertahaluf itu untuk mencari peluang dalam Dakwah, atau bertujuan untuk mencari kuasa memerintah.

Tetapi, setelah dihayati secara mendalam, didapati tahaluf yang diakui oleh Nabi SAW itu, adalah dikala baginda SAW belum menjadi pemerintah lagi.

Daripada Talhah bin Abdillah bin Auf;

أن رسول الله (ص) قال لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما أحب أن لي به حمر النعم ولو ادعى به في الإسلام لاجبت

Maksudnya;
“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an akan satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya
[1]

Jika diperhatikan secara mendalam kepada hadis ini, dapat kita ambil satu gambaran, bahawa pengakuan Nabi SAW terhadap tahaluf yang berlaku di rumah Abdullah bin jadaan adalah tahaluf yang lebih kepada MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM MENYAMPAIKAN KEBAIKAN DAN KEADILAN ISLAM bukan UNTUK MEMEGANG KUASA POLITIK.

Pun begitu, asas tahaluf dalam islam adalah MEMINTA BANTUAN NON MUSLIM DALAM MEMENANGKAN ISLAM. Dengan maksud, bertahaluf itu adalah "memperalatkan" non muslim dalam mencapai kemenangan dalam usaha hendak mendapatkan kuasa politik untuk memerintah.

Tetapi, selepas menang dalam Pilihanraya ke 12, percaturan politik itu seakan-akan tidak berjaya, bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu kemenangan yang membawa satu keadaan bahawa PAS adalah golongan minority berbanding PKR dan DAP, dan lebih-lebih lagi, dilihat kuasa non muslim lebih berbanding kuasa muslim dalam Dewan rakyat diperingkat DUN atau Parlimen.

TAHALUF ATAU BERMUSYARAKAH

Padaku, TAHALUF SIYASI dan MUSYARAKAH bersama pemerintahan tidak islam adalah dua perkara yang berbeza.

Kalau dilihat dari sudut tahaluf siyasi, syarat gabungan yang hendak dilakukan mesti dalam keadaan kuasa politik berada ditangan Islam. Dan pihak non Muslim sekadar mengkuatkan kuasa politik yang wujud sahaja.

Adapun keadaan sekarang sudah berbeza, iaitu seakan-akan kuasa politik itu tidak berada dalam kuasa Islam, tetapi lebih berada ditangan non Muslim dan parti non Islam.

Dengan itu, pemerintahan yang hendak dibina, tidak bebas lagi dalam melaksanakan hokum-hukum islam, tetapi masih lagi tertakluk kepada suara-suara non Muslim dan parti non islam.

Dari itu, isu yang perlu dibincangkan dalam kerajaan Pakatan rakyat kini bukanlah isu TAHALUF SIYASI (Pakatan Politik), tetapi isu yang perlu dibincangkan adalah "AL-MUSYARAKAH FI HUKM GHAIR AL-ISLAMI" atau "berkongsi dalam pemerintahan yang tidak Islam".

Dalam isu "AL-MUSYARAKAH" ini, ianya tidak meletakkan kuasa politik ditangan Muslim, tetapi masih lagi berada pada suara-suara parti-parti yang lain. Tetapi, keterlibatan itu masih dalam unsur mencari titik persamaan dalam mengharungi pemerintahan yang hendak dibina.

Di samping itu juga, berdasarkan "fiqh Muwazanat", pemerintahan yang hendak dibina itu, menjadi kewajipan dari pihak parti islam terlibat sama, kerana dengannya dapat melakukan dakwah dari dalam kerajaan, disamping dapat mencadangkan beberapa hokum-hukum islam dalam pemerintahan.

Inilah yang disebut sebagai memerintah islam secara bertahap-tahap.

BERSAMA UMNO???

Ada pula sebilangan yang lain mendakwa, lebih baik bergabung dengan UMNO dalam mengharungi pemerintahan. Ini kerana, apabila bergabung dengan UMNO, kuasa politik itu sudah pasti berada ditangan Islam dan orang melayu.

Persoalannya, adakah UMNO mahu kepada Islam???

Jika UMNO mahu kepada Islam, mengapa tidak dibubarkan sahaja UMNO, lalu semuanya bersama-sama dengan PAS dalam mengharungi pemerintahan ini dengan menjadikan islam sebagai dasar pemerintahan.

Tetapi, jika UMNO masih lagi dengan dasar kebangsaan Nasionalisnya, lalu mahu bergabung dengan PAS untuk sama-sama membina kerajaan, apakah PAS akan berjaya melaksanakan islam juga??

Mungkin ada pihak menyatakan, kita bergabung dengan UMNO, kemudian kita laksanakan Islam secara bertahap-tahap. Persoalannya, adakah ini boleh berlaku??? Persoalan ini timbul, kerana berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini pun, UMNO telah berjaya memperkudakan PAS dalam gabungan PAS – UMNO dahulu. Bermakna, gabungan itu bukanlah untuk membina kejayaan melaksanakan islam secara bertahap-tahap, tetapi gabungan itu memberi nafas baru kepada UMNO untuk menjadi kuat semula.

Disamping itu juga, sesuatu gabungan yang hendak dilakukan, hendaklah disyaratkan gabungan itu tidak membawa satu gambaran gabungan yang menyokong kezaliman.

Ini disandarkan kepada firman Allah SWT;

وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya;
” Tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”

(Surah Al-Isra’ : 82)

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”

(Surah Hud : 113)

Juga hadis Qudsi, bahawa Allah berfirman;

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا

Maksudnya;
“Wahai Hambaku, Sesungguhnya Aku haramkan Zalim atas diriku. Aku jadikannya haram dikalangan kamu, maka janganlah kamu melakukan kezaliman sesama kamu
[2]"

Apa yang pasti, UMNO merupakan satu parti yang telah rosak, dan amat sinonim dengan parti yang melakukan kezaliman kepada rakyat.

PENUTUP

Secara peribadi, aku berpendapat PAS bergabung dengan Pakatan Rakyat adalah lebih syarii jika dibandingkan bergabung dengan UMNO. Jika isu TAHALUF yang ditimbulkan, padaku, isu ini bukan isu TAHALUF lagi, tetapi isunya adalah AL-MUSYARAKAH FI HUKM GHAIR AL-ISLAMI.

Jika isu tahaluf yang dibangkitkan, sudah pasti akan lahirlah syarat bahawa orang islam menguasai politik berbanding non Muslim. Tetapi, apabila isu AL-MUSYARAKAH yang ditimbulkan, ketika itu keterlibatan PAS dalam PR masih berada dalam keizinan syarak, walaupun dikuasai oleh non Muslim, tetapi masih juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Disamping itu juga, jika diperhatikan secara realiti yang berlaku, didapati kemenangan Pakatan rakyat bukanlah kerana rakyat memahami islam, tetapi sekadar protes rakyat terhadap pemerintahan UMNO/BN. Lantaran itulah, tidak hairan, DUN dan Parlimen Non Muslim lebih memberi kemenangan berbanding DUN dan Parlimen Muslim.

Dengan ini, jelas kepada kita, dakwah islam yang yang dilakukan oleh PAS belum sampai kepada tahap yang memuaskan lagi, tetapi perlu diadakan secara bersungguh-sungguh dan berstrategi.

Firman Allah;

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ

Maksudnya;
”Kami tidak mengutus seorang Rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka”

(Surah Ibrahim : 4)

Justeru itu, apabila sudah terlibat dengan kerajaan campuran Pakatan Rakyat, hendaklah pihak Parti Islam mengambil sikap menambah kuatkan usaha dakwah secara berstrategi kepada semua manusia, terutama kepada teman-teman parti pakatan.

Jika ini tidak dilakukan, tiada faedah parti Islam terlibat sama dalam kerajaan campuran Pakatan Rakyat tersebut.

Oleh itu, isu yang paling penting kita bincangkan kini adalah, apakah strategi dakwah yang perlu kita lakukan ketika berada dalam kerajaan pakatan rakyat.....

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Oktober 2008 * 6:40 pagi
.

5 comments:

al madinah said...

PAS ini adalah golongan orang melayu rata rata dari kampung, dan dari negeri2 majoriti melayu yang masih tinggal di kampung2 atau pun pinggiran bandar.

Tamadun TIDAK boleh di bangun dari perkampungan. Dahulu pun apa yang di katakan "tamadun melayu" hanya sebab "istana-centric".

Melayu tidak bangunkan "al madinah" dari kampung2 mereka.

Apa itu "al madinah" tidak lain dan tidak bukan , BANDAR, Metropolis, Cosmopolitan.

Terdapat universiti bermula dari Masajid dan di ikuti dengan PASAR RAYA muamalah, sistem kewangan [bukannya perBankan, sebab dalam Tamadun Islam TIDAK ada sistem perBankan].

Selagi PAS ini berfikir ala Kampung dan pura2 tonjol macam orang bertamadun sebab pakai "baju kut dan tali leher" tetapi mindsetnya macam orang kampung, TIDAk akan bertamadun.

Kalau ada sikit tamadun pun sebab PAS itu suka tiru orang Arab zaman reformis Abduh, Rashid Rida, Qutb, Afghani, Hassan al banna, sekarang ada campur ala Khomenei Iran.

Sekarang ini PAS ada campur dengan Doktor2, Engineer2, dan Lawyer2 dan belajar di Barat termasuk lah beberapa Ustadz yang belajar di Birmingham, St Andrews, Temple etc etc.

Cabaran bagi PAS ini suruh mereka bangunkan satu "bandaran" seperti mana Orang2 China bangun kan satu bandar baru, lengkap dengan Universiti [masajid] dan PasarRaya [market place] dan di kelilingin dengan segala macam muamalah dan di duduki oleh segala macam professional di kawasan bandar [ala "ala madinah"] .

[NB hanya kumpulan sesat al arqam hampir hampir dapat membina "bandar melayu" .]

Dato' Sharifuddin Duta said...

Kenapa mahu cakap pasal nak dakwah kat rakyat melalui Pakatan Rakyat?

Soalnya mudah sahaja:

Kau suka tak orang agama lain dakwah kat kau?

Cukuplah merepek pasal dakwah.

Yang penting, PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP tadbir Malaysia dengan sesungguh-sungguhnya, dengan prinsip amanah, ketelusan, tanpa rasuah, ikhlas, cekap, dan terbuka kepada suara dan permintaan rakyat.

Bab main dakwah-dakwah ni dah masuk benda lain. Bukan hal pentadbiran dah. Ni dah nak cuba ubah agama orang lain ni. Bahaya tuh.

Masing-masing amalkan agama masing-masing. Ingat tidak suruhan ini di dalam Koran (Surah Al-Kafirun)?

Sekian.

Zulfadli said...

Salam a'laik,

Apa pendirian Tulang Besi dengan komen daripada Dato' Sharifudin Duta ni? Atau Man Talib bersetuju dgn komen Dato' jahil murakkab ni? Sila nyatakan pendirian anda.

Wahai Dato', kita berpolitik ni bukan bab nak tadbir kerajaan je, tapi nak memakmurkannya dengan Islam. Iqamatuddin wa siyasatuddunyabih, mendirikan agama dan memakmurkan dunia dengannya. Ke Dato' tak belajar agama?

Jangan tafsirkan Quran ikut kepala hotak politik sendiri. Tanya kepada ulama'. By da way, Dato' ni PKR ke Umno? Saya yakin bukan PAS. Apapun, kembalilah memahami Islam dengan syumul. Bukan bab solat puasa sahaja. Allahua'lam.

Serious Shepherd said...

Oi La Tok, nak menyamar pun biarlah betul sikit. Istilah dakwah pun tak paham seolah-olah dakwah tu adalah ubah agama orang lain semata-mata.

Kalau prinsip amanah, ketelusan, tanpa rasuah, ikhlas, cekap dan sebagainya hanya diamalkan sendiri-sendiri dan tidak didakwahkan kepada orang lain supaya orang lain turut mengamalkannya, macamana negara nak bebas dari pelbagai masalah?

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dgn pandangan penulis. satu sikap 'moving forward' bukan tiba-tiba sahaja tarik handbrake seperti apa yang berlaku. kita dapat lihat bagaimana perbuatan ini tidak sahaja menyebabkan kenderaan yang dipandu berpusing-pusing tetapi menimbulkan kepanikan kepada penumpang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.