Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 8, 2008

Keputusan Mesyuarat Biro Politik PAS 6 October/ PAS Will Support New Pakatan Rakyat Government

Berdasarkan kepada kenyataan YB Khalid Samad di blog beliau, mesyuarat tersebut telah memutuskan secara jelas dan terang bahawa PAS akan menyokong penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat. Here is the beginning of my post. And here is the rest of it

Antara lain, YB Khalid, yang juga ahli Biro Politik PAS Pusat, berkata:

"
Mesyuarat berjalan dengan baik dan diputuskan sebulat suara bahawa PAS teguh bersama PR untuk menubuhkan kerajaan PR di peringkat Pusat. PAS akan bergerak aktif dalam usaha ini dan meningkatkan usahanya ke arah pencapaian pembentukkan kerajaan baru. Segala isu-isu yang menghantui persoalan ini telah dibincang dengan telus dan terbuka, dan dengan itu terhasil satu keputusan yang terbaik, InsyaAllah. Alhamdulillah."

Dengan kata lain, tiada lagi alasan yang harus diberikan oleh sesiapa sahaja yang mewakili PAS bagi penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Kita tidak mahu melihat penangguhan penubuhan kerajaan baru ini berdasarkan alasan-alasan kecil dan tidak berasas.

Kita tidak mahu "Peristiwa September 24" berulang kembali yang telah menyebabkan penubuhan kerajaan baru tertangguh. Jikalau tidak, sekarang ini, kerajaan baru telah siap ditabal dan Perdana Menteri baru telah siap di lantik dengan rasmi.

Kita minta PAS tanpa lengah menandatangani dokumen perjanjian penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru tanpa lengah dan ragu lagi. Jangan ada ragu lagi kerana ini adalah keputusan jamaah dan ianya wajib diikuti.

Khuatirnya hati saya kelak PAS akan dituduh sebagai pengkhianat kerana hanya tanda tangan dari PAS sahaja yang masih belum diperturunkan bagi penubuhan kerajaan baru ini. Kita tidak mahu rakyat Malaysia di masa hadapan memaki dan menista PAS serta menyalahkan PAS di atas kegagalan penubuhan kerajaan yang baru ini.

Rakyat keseluruhan sedang menderita di kala pemimpin UMNO sebuk menghabiskan kekayaan negara untuk memenuhi tembolok mereka. Rakyat Malaysia perlukan pembelaan dan janganlah PAS menjadi batu penghalang

Oleh sebab itu, Tulang Besi akan mengisytiharkan "gencatan senjata" tetapi masih memerhatikan perkembangan. Sekiranya selepas mesyuarat ini, masih lagi berlengah-lengah dan tidak memberi sepenuh kerjasama kepada Pakatan Rakyat, maka nanti Tulang Besi terpaksa membatalkan gencatan senjata kelak.

Saya berharap sangat keputusan ini akan mengakhiri episod tidak cantik yang berlaku dalam PAS tempohari.


(English version) As stated in Khalid Samad's blog, that the PAS's Political Beureau has met and decided to give full and unequivocal support to the formation of the new Pakatan Rakyat government led by Anwar Ibrahim.

Since Khalid Samad is a standing member of the PAS Political Beureau and he is one of the attendee of the meeting, the statement carries massive weight.

We hope that PAS President would expedite the signing of the agreement document for the formation of the new government.

We all know that it was PAS's hesitance that has delayed the formation of the new government. Otherwise, the new government would've been sworn in before Hari Raya.

But, all that is now water under the bridge and I sincerely hope PAS leaders will expedite the signing of the document so that we can move on with the business of the government.

We cannot delay the change of guards anymore. The country is heading towards massive collapse. The people are living under constant economic and social duress while the UMNO leaders are busy plundering the country for their own personal benefit.

If any, the change of government will start the process of relieving the suffering of the people and direct the country towards a better future for the people.

There is an impending global recession heading our way in the next year. The last thing Malaysia needs is to face such predicament with a corrupt, selfish and incompetent administration like the Barisan Nasional administration.

Tulang Besi





23 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, baguslah kalau itu yang diputuskan oleh Biro Politik. Tapi barang diingat, biro politik letaknya masih jauh beberapa takuk di bawah Majlis Syura'.

iswarahijau said...

paklah dah nak turun mac depan..
adakah katak2 lompat masih nak lompat lagi?

Anonymous said...

Malaysiakini reports there will b a big meeting in Langkawi,hotel rooms have been booked etc etc.Now that Pak lah is gone,will the fraksi's start smooching Najib's r's?

Anonymous said...

Alhamdulillah, kita harap pemimpin PAS yakin dengan kebolehan mereka berganding bahu dgn parti-parti lain dlm memerintah di peringkat kerajaan pusat dan mengorak langkah dgn lebih yakin dlm memainkan peranan yg lebih bermakna, berkesan dan berhemah di peringkat negara dan peringkat luar negara sbg pemimpin Malaysia.

Jika tidak, ia bermakna mereka hanya lebih selesa duduk sbg parti pembangkang kpd UMNO/BN, satu peranan yg dimainkan sejak berpuluhan tahun, dan hanya selesa memerintah Kelantan dan Kedah, di mana banyak orang Melayu Islam. Kedah pun baru dapat tahun ni.

Di Perak, kerajaan campuran bergantung kpd kerjasama PKR-DAP dan di Terengganu hanya selesa perintah satu penggal sj w/pun negeri banyak Melayu Islam.

Pemimpin PAS kena berani buat perubahan kalau tidak selesa berada di tahap lama (parti pembangkang kpd UMNO/BN.

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kelompok manusia selain mereka mengubah diri mereka sendiri
(Quran)

-sama-sama fikir

anak said...

Saya dengar apa yang diperkatakan oleh YB Khalid dan saya juga faham yang Tulang Besi sudah mengumumkan genjatan senjatanya tapi saya masih mushkil. Sebab? Kalau benar seperti yang dikata, kenapa PAS hanya hantar Dato Kamaruddin Jaffar kemesyuarat Pakatan Rakyat? Bukankah ini bermakna bahawa kepada PAS mesyuarat Pakatan Rakyat ini (yang di Hadiri oleh Anwar dan Lim Kit Siang) adalah sesuatu yang tak mustahak.
Jelas apa yang di sebut adalah lebih indah khabar dari rupa. Kalau benar pemimpin PAS benar benar sepakat mengapa pula sibuk nak ke Langkawi bulan depan kononnya sebagai usaha untuk merapatkan pucuk pimpinan. Maknanya keretakan dalam pucuk pimpinan PAS adalah serious. Kumpulan yang berperangai lebih melayu dari muslim (yakni ketuanan melayu mengatasi segala galanya walau pun dalam pilihanraya baru2 ni PAS kata PAS adalah untuk semua - suatu Penipuan besar agaknya) nampaknya masih bermaharajalela - apa tidaknya apabila Presiden dan Timbalan Presiden Parti di bawah telunjuk mereka !
Sedih melihat gelagat2 puak yang berpolitik zaman kuno ni.
Pada pendapat saya penyeselaian tak mungkin tercapai di persidangan di Langkawi - oleh kerana manusia itu apabila telah digoda dengan nafsu duniawi, tak mungkin mereka akan boleh duduk diam. Kalau dulu boleh bertemu secara rahsia kenapa pulak difikirkan bahawa puak2 ni tidak akan meneruskan nya ? dan jika sentiasa di bela olih Presiden ? Kenapa tidak? Mereka ini semuanya sahabat karib Presiden, bukan? Jadi nampaknya adalah masih jelas kepada saya bahawa PAS Terengganu akan bawa naas kepada PAS dalam PRU akan datang. Percayalah bahawa jika puak2 ini tak di singkir atau sign borang masuk UMNO, Pas selepas PRU 13 akan hanya mampu memegang antara 5-6 kerusi sahaja diParlimen. Ia nya akan gagal mendapat sokongan dari gulungan bukan melayu; ia akan gagal mendapat sokongan melayu dari bandar dan pinggiran bandar (the urban and suburban malays) dan juga dari kalangan melayu di kampung2 yang sudah mendapat melayari berita dari internet. ini lah yang telah di tunjjuk dari PRU 12 dan Permatang Pauh. Tapi puak PAS Terengganu dah tak dapat melihat ini semua - macam orang UMNO jugak nampaknya - langsung tak ada beza.
Jadi kesianlah kepada Dr Lo' Lo' dan Dr Mariah - jadi YB satu penggal saja lah nampaknya. Hai PAS ! Kenapa bengap sangat? Tapi cakap besar - nak jadi King Maker lah, Major Player lah - tak ubah angan2 mat jenin.

muhajir-ansar said...

DSAI,
Jangan lantik Nasionalis Melayu yang kebetulan berpolitikan Islam
...
iaitu orang2 PAS seperti Hadi Awang, Nasharuddin dan Nasionalis Melayu yang lain dalam PAS ...

begitu juga jangan lantik EXTREMIS dan Fanatik "islamic state" dari golongan PAS .. ..

ini penyakit sindrom "islamic state" telah merosakkan Pakistan yang mempunyai Perlembaagan Syariah yang BERTULIS ...

Perangai pemimpin2 mereka iaitu "islamic state" dalam badan dan jiwa mereka lansung bekurangan ....

sama juga akan berlaku dalam golongan "pseudo-ulama" PAS dimana, "islamic state " dalam diri mereka amat berkurangan ....

mereka ini sama sahaja dengan golongan orang "kampung" Najd iaitu golongan Wahabbi yang cuba mengIslamkan Hijaz....

kebanyakan pemimpin PAS adalah "orang2 kampung" yang berpura macam orang2 "al madinah"...

mereka hanya mampu memerintah orang-orang kampung sama seperti Abdul Wahab dahulu [iaitu oragn ASLI padang pasir ceruk pendalaman , sesat, ]...

ada pemimpin PAS pandai pakai baju kut [coat] dan tali leher supaya nampak macam bertamadun.

cuma mereka ada sikit baik dari UMNO lah...

troubadour said...

Salam TB aka RC,

I would still be very careful. The PAS-UMNO talk resolved that the merger (or acquisition of PAS by UMNO?) was to be done during Najib's tenure as PM. Even though the talk was initiated by Pak Lah's camp, it was Najib who was (and IS) in control. The "merger" was supposed to be announced some time back but was intercepted by Najib who INSISTED that if there was someone who should get the credit, it should be HIM.

I wrote this sometime back.... Previlege information on my part being so close to the event!

Refer to my blog: www.wandering-troubadour.blogspot.com

Sorry to bring this issue up again but I see that others did just the same.

I would not put my weapons & guards down just yet.

Thanks.
troubadour

Melayu Risau said...

PAS akan kehilangan banyak kerusi dipilihan raya akan datang jika terus bersama Pakatan Rakyat. Orang Melayu telah sedar sekarang. Mereka pilih pembangkang kerana bencikan gejala rasuah BN tetapi terperangkap bila isu DEB dan kepentingan Islam diperkotak-katikkan. Pergilah kemana-mana kenduri, keramaian, kedai kopi dikampung-kampung atau dibandar-bandar, semuanya berapi-api bencikan PKR dan DAP. Adalah baik jika PAS bersendirian menegakkan kepentingan syiar Islam daripada bersama mereka yang jelas bersifat secular melampau.

Anonymous said...

Kepada Melayu Risau
Jika ko risau bagui ko pi MATI ! so tala risau... !

Mat Smokey said...

Jgn risau-risau..
Dalam perjuangan mesti ada pegangan dan setiakawan. Jangan ada pengkhianatan..Waktu berjuang dulu, kita bersama, takkan bile dah menang, lupa pada rakan seperjuangan pulak..Kahwin le dulu, kalau tak sesuai, baru le bercerai..jgn cepat risau dan was-was. Itu semua mainan syaitan.. Dulu pernah kahwin dgn umno, lepas tu kena khianat,bercerai le..
Now, kahwin dgn PKR dan DAP pula, cuba le dulu..Jodoh tu ALLAH yg tentukan....

Anonymous said...

melayu risau ke,UMNO risau.?.kahkahkah..ya if PAS is under the control of the fraksis n Terengganu,they will receive nasib malang yg menimpa BN..

Anonymous said...

TERKINI TERPANAS
Mufti Perak bagi kami tak boleh pakai dah sekarang. Macam2 isu dia dah timbulkan. Baru2 ni Harussani telah pergi berjumpa Tuan Guru Nik aziz buat kali kedua untuk memujuk PAS bersatu dengan UMNO. Kali ni lebih hebat sehingga beliau dikatakan menangis dan merayu Tuan Guru agar menyertai UMNO supaya Perak boleh diperintah UMNO semula bagi penyatuan Melayu. Ini maklumat yang sampai kepada saya.

-------------
FRAKSI UMNO DAH MELAMPAU HAPOSKAN FRAKSI UMNO DLM PAS !!!!!!

Anonymous said...

Mufti Perak bagi kami tak boleh pakai dah sekarang
----------------------------------

Wait a minute.Isnt this the Mufti that was sacked by the MB of Perak?Looks like there r lot's of hidden hands that want UMNO to continue in order to f*k us the rakyat up.They shed crodile tears,they do all sorts of wayang kulit at the expense of rakyat..Rakyat susah ke,mampuih ke,negar bankrup ke,aah,tu semua bukan issue..yg penting,kehidupan elite mesti diteruskan..

Tun Jeram said...

Salam,

Sebagai parti Islam fundamentalis ("Islam garis keras" kata orang Indonesia) dasar PAS sebenarnya sangat berbeza dengan dasar UMNO, apalagi dengan dasar PKR dan DAP.

Oleh itu, persekutuan PAS dengan mana-mana parti-parti mungkin sukar berpanjangan, seperti persekutuan PAS dengan UMNO dalam BN dahulu.

Persekutuan PAS dengan UMNO mungkin dilihat lebih serasi oleh sesetengah golongan, kerana sama-sama "parti Melayu". Akan tetapi, kita sudah lihat persekutuan PAS dengan UMNO pun tidak boleh bertahan lama.

Sekarang PAS bersekutu pula dengan PKR dan DAP. Tapi kerana adanya perbezaan dasar dan ideologi antara PAS dengan PKR dan DAP, saya tidak yakin persekutuan itu boleh bertahan lama.

Apatah lagi jika pemimpin PAS mahu jadi PM dan PAS mahu dasar Islamnya dilaksanakan dengan serta merta.

Mungkin kita akan melihat persekutuan itu akan berakhir tidak lama lagi.

Anonymous said...

I read YB Khalid Samad's 'RESPECT THEM ENOUGH TO TELL THE TRUTH".Let's for a moment forget the fraksis.We need to ask,why TGHH has developed the desire to join "the other side".Why,after all these years of fighting against the corrupt BN regime,he has now suddenly developed a taste to be with them?I am afraid if TGHH has made up his mind n has decided to go over to BN for the sake of 3M,n he is now simply "pretending" to listen to opinions of PR members ,PAS should do what I read b4 in laman marhaen when news broke out of the fraksis meeting UMNO members in London,that is KELUAR SECARA BERAMAI RAMAI DRI PAS.

Mat Smokey said...

Salam,
Belum apa-apa dah kata persekutuan antara PAS,PKR dan DAP takkan bertahan lama kerana dasar PAS yg "Islam garis keras"..
Pakatan ini bertahan lama atau tidak, tiada siapa pun tahu. Mungkin sekejap,mungkin lama atau mungkin juga selama-lamanya..
Yang penting, kena cuba le dulu. Dlm tempuh percubaan boleh le diserasikan mana-mana pandangan atau kehendak yang tak sesuai.
Macam kita kahwin le juga, pasti ada perselisihan, tapi kita mesti cari "titik keamanan" agar perkahwinan berkekalan.
Masalah pandangan "Islam garis keras"..Mengikut Al-Quran dan Sunnah tu keras atau lembut? Kalau ikut Al-Quran dan Sunnah dikatakan keras, bermakna, kalau nak lembut, tak ikut Quran dan Sunnah le atau jadi mcm UMNO yg ambik sebahagian je, begitu?
Kan Allah dah kata ikutlah (ambiklah) Islam secara menyeluruh dan JANGAN ambik sebahagian je. Apakah perintah Allah itu keras atau lembut?
Yg sebenarnye takde keras atau lembut dlm Islam, yg ada hanyalah kesempurnaan.Islam sengaja diberi berbagai gelaran oleh Barat untuk memecahbelahkan umat.Maka berpecahlah umat Islam, ada yg ikut sepenuhnya (kononnya KERAS), ada yg ikut separuh dan ada yg tak ikut langsung (kononnya LEMBUT)..
"Pabila kita mencintai sesuatu, kita akan inginkan KESEMUANYA, bukan sebahagian saje"....
Fikirkanlah.....

Anonymous said...

nik aziz ni makin lama makin mengarut lah bercakap.nasaruddin mat isa peminpin cerdi dlm pas

Anonymous said...

Recent survey conducted by the independent Merdeka center shows 65% of Malays no longer agree with race based policies of NEP.For more go to
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=10233

Anonymous said...

mat isa peminpin
-----------------------------------
Eh,bukan ayah pin ke pemimPIN yg paling cerdik?kahkahkah

Anonymous said...

"We shall make it a main part of our work to place Mahomed and
Islam in a new light before our readers, to spread juster views of
Mahomedan history and civilisation, to appreciate the Mussulman's
place in our national development and the means of harmonising his
communal life with our own, not ignoring the difficulties that stand
on our way for making the most of the possibilities of brotherhood
and mutual understanding. Intellectual sympathy can only draw
together, the sympathy of the heart can alone unite. But the one is
a good preparation for the other." (Sri Aurobindo)

Yes,India produced 2 mighty "non muslim" personalities,whose sacrifices,love for humanity closely resembles Nabi Muhammad(PBUH).They r Swami Vivekananda, n Sri Aurobindo.Both of them knew the meanings n the inner truth of Islam in order to rebuild LIFE on earth.And both of them were revolutiaries too.Sri Aurobindo in fact was only 11 years ol when he kept readin Percy Bysshe Shelly's Revolt OF Islam,n felt somethin within him to do a similar work,which he did.

Anonymous said...

2 says ago,couple of indians were discussing the holiness of TGNA n TGHH.I kept mum.I didnt have the heart to tell them..

Mr. Smith said...

There are leaders within PAS who don't seem to respect their spiritual leader, Nik Aziz, a man of God, a paragon of virtue, an embodiment of truth.
If they can snub this man and heed his advice, what hope is there left for PAS.
Either PAS put them in place or sack them from the party. Nasaruddin, Mustapha, Hassan, and Haron are all UMNO moles.
They are put by UMNO to destroy PAS.
An UMNO-PAS merger is the sure recipe for disaster.
If PAS is so racially inclined it cannot call itself an Islamic party.

yong tau foo said...

Setahu saya dalam PAS di panggil lujnah, bukanya biro.Tak tau pulak sejak nak bergabung dengan umno ni dinamakan biro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.