Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, October 16, 2008

Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!

Saya telah mendapat maklumat yang saya kira sahih kerana ia datang dari sumber yang sangat sahih. Peristiwa ini boleh menjelaskan sikap sebenar Roslan berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Artikel beliau yang lepas telah memfitnah dan menista saya angkara nasihat saya kepada beliau. Saya telah berkata sekiranya beliau tidak suka kepada Pakatan Rakyat, seharusnya beliau letak jawatan sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Yang dapat dilihat, Roslan begitu marah kerana seolah-olah nasihat saya itu mengatakan bahawa Roslan tidak menyukai Pakatan Rakyat. Justeru itu saya meminta dengan segala hormatnya supaya Roslan SMS menafikan cerita atau maklumat yang saya sudah sekian lama simpan ini.

Kita semua maklum Pak Lah telah mendedahkan muzakarah antara PAS dengan UMNO pada 20 hb Julai 2008. Namun, pada 12 Julai 2008, telah berlaku mesyuarat Pemuda PAS Pusat. Di dalam mesyuarat tersebut isu perbincangan dengan UMNO telah dibincangkan secara lantang,. Namun, Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub dengan jelas menegaskan bahawa perkara ini telah dibincangkan di peringkat Pusat dan segala cerita berkaitan perjumpaan dengan UMNO telah dinafikan oleh pimpinan PAS Pusat.

Apa yang pelik dan hairannya berkaitan mesyuarat tersebut adalah kelambatan beberapa Exco Pemuda PAS Pusat di dalam menghadiri mesyuarat tersebut. Menurut maklumat saya, mereka yang lambat menghadiri mesyuarat Pemuda PAS pada 12 hb tersebut kerana mereka telah menghadiri mesyuarat lain di Bangi.

Mesyuarat tersebut diadakan pada waktu pagi kira-kira jam 8 pagi. Mengikut ramai exco pemuda yang menghadiri mesyuarat tersebut, Roslan SMS adalah pemanggil kepada mesyuarat tersebut dan terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Bangi tersebut adalah betapa perlunya PAS bermuzakarah dan berbincang dengan UMNO. Juga, disebutkan betapa Islam sekarang ini di dalam bahaya sekiranya PAS berada dalam Pakatan Rakyat.

Oleh sebab itu, exco2 pemuda yang dijemput tersebut diminta supaya memainkan peranan supaya Pemuda PAS tidak menentang usaha berbaik dan berbincang dengan UMNO ini kelak.

Roslan SMS yang begitu marah dengan saya itu terlibat di dalam mesyuarat ini dan juga bertanggungjawab menganjurkan mesyuarat tersebut. Ini bererti beliau pernah terlibat dalam usaha-usaha anti Pakatan Rakyat sejak sebelum Pak Lah mendedahkan muzakarah tersebut.

Ini adalah maklumat yang saya dapat dari sumber yang tersangat boleh dipercayai. Namun, sekiranya Roslan SMS tidak suka dengan maklumat ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelas-jelasnya.

Sekiranya tidak, saya merasakan Roslan SMS seharusnya menerima nasihat saya tempohari.

Tidak hairanlah, kita lihat sekarang ini terdapat exco-exco Pemuda yang secara terangan menyokong Muzakarah dan mempertahankan tindakan muzakarah ini. Rupanya, mereka telah mengetahui maklumat muzakarah ini sebelum Pak Lah mendedahkannya di media tempatan.

Syukur, segala fitnah terhadap Pakatan Rakyat ini telah terbukti fitnah dan tidak benar. Misalnya, maklumat kononnya DAP dan PKR mengizinkan Islam dipermainkan dalam kerajaan terbukti fitnah 100%, kononnya DAP menghalang azan di Puchong dan Kota Damansara, Anwar Ibrahim agen Amerika dan Barat dsbnya.

Hakikatnya banyak program Islam tidak berjalan di Selangor kerana kelemahan PAS dan bukannya kerana halangan dari DAP atau KeAdilan.

Saya amat gembira sekiranya Roslan SMS menafikan maklumat ini dengan sejelasnya.

Tulang Besi

28 comments:

iswarahijau said...

i have to admire your courage for every controversial post written by you. however i think this muzakarah issue is not important anymore.we should emphasize on strategy to defend our economy during this tough times. no money no talk no mood for politics haha

anak said...

Tulang Besi, you have all my respect. I for one, as a PAS member who had been contemplating leaving PAS many times due to this muzakarah issue (among others) have been peeved eversince March 8 by the actions of some PAS leaders who are more Melayu than Muslims but uses the Islam issue as the rallying banner for their assabiyah persuasions. And they can lie through their teeth as though nothing happened; but for the revelation by Pak Lah I am sure PAS would have been done in by now by these hypocrites in PAS leadership. But Allah is great; through His wisdom, slowly the hidden hands that try to manipulate PAS are exposed. It looks like I shall still remain a member of PAS - for now that is.

Tulang Besi said...

Iswarahijau,

What makes u think the issue is over?

With Najib in power and his popularity plummeting even before he takes over power, what makes u think he wont opt for another muzakarah and PAS-UMNO axis?

tan, tanjong bungah said...

Hi semua,

Orang yang menggunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata sahaja bukan sahaja ada dalam BN sahaja, ada juga dalam PAS dan PKR. Ada juga dalam lain-lain parti politik berkenaan agama lain, walaupun tidak begitu kerap sepertimana dipergunakan oleh UMNO ataupun sekumpulan dalam PAS.

PAS khususnya, dan rakyat majmuk, mesti sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir musuh dalam selimut yang seperti 'anak' komen lebih melayu daripad muslim. Pendirian PAS yang berdasarkan agama, bukan bangsa, akan tercemar oleh musuh dalam selimut itu!

Anonymous said...

Salam Bro Tulang Besi.
Yes,the issue is definately not over..it cannot be over,as long as the same ol corrupt regime continue to rule this country.Roslan SMS has been caught with his pants down.The objective to mengUMNOkan PAS seems to be failing,but,all of us have to be alert.

Anonymous said...

The first time I visited Roslan SMS blog is about 3 months ago. I read what he wrote there once in a while. It is very easy to spot that he dislikes Pakatan Rakyat, and loves to be with UMNO. Read what he wrote before:

1. He wants MALAY to fight DAP :
http://n32.blogspot.com/2008/08/ayuh-kita-junjung-malaysia-yang-sekular.html

2. He indirectly indicated that PAS should talk with PakLah / Ku Li (UMNO):
http://n32.blogspot.com/2008/10/inisiatif-terakhir-dollah-sebelum.html

http://n32.blogspot.com/2008/10/menghayati-cadangan-ku-li-gagasan-hadi.html

3. Read what he wrote about Teresa Kok -Dog Food issue:
http://n32.blogspot.com/2008/09/apa-yang-dimakan-teresa-menjadi-bualan.html

4. He suggested MALAY to follow what YB Zul did:
http://n32.blogspot.com/2008/08/ayuh-contohi-yb-zul-saya-terpaksa-akui.html

To saudara Roslan SMS, you have two options:
1. Resign from Majlis Perbandaran Subang Jaya. After that, go join UMNO like Ezam.
2. Shut up, and work for the people. Be a TRUE muslim if you want people to respect you!

Oh, I am sorry if I am wrong. This is my impression after reading your blog. Please show us where you stand. Would you like PAS to be with UMNO or PR? Please answer this question!

Anonymous said...

Post ttg tulisan Roslan SMS di blog nya dirujuk.

Jelas bagi saya, kalau beliau tak suka PAS bersama Pakatan Rakyat, beliau kena berhenti jadi ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau masih jadi ahli MPSJ, bermakna sokong Pakatan Rakyat. Kalau sokong PR, janganlah menggunting dlm lipatan dgn tulisan-tulisan yg curang kpd perjuangan dan keutuhan PR.

PR adalah wadah alternatif kpd BN yg telah lama diberi peluang memerintah negara, sampai anak pinak kaya raya dan semakin menghidupkan budaya jawatan dlm kerajaan dihartapusakakan turun temurun seolah-olah macam raja-raja feudal.

Kaki kanan di perahu PAS, kaki kiri lagi di perahu UMNO, bila perahu bergerak....koyak

Anonymous said...

The issue is far from over.

It wouldn't be UNTIL and UNLESS PR froms the federal government, with everyone sticks to their words, and BN is trounced

Anonymous said...

Tulang Besi adalah manusia paling bodoh penulisannya yang saya jumpa.

Dulu ada buat fitnah kepada webmaster tranungkite, songkok dan berhujah dengan songkok kalah.

soalan-soalan songkok tak jawab. sekarang buat fitnah kepada roslan

berapa hang dapat duit khairy bagi?
jadi pencacai khairy jamaludin untuk hidup senang. Pergi mekah untuk tabur fitnah.

Syabas bapak betina!!

Abu Hasyim bin Abdul Talib said...

Tulang Besi,
Tukang tabur fitnah,
Tukang Buat cerita,
Tukang mengamdu dumba,

Kaki Perempuan,
Kaki Penipu,
Hutang tak bayar.

(Hutang Aku bila nak Bayar)

Zulfadli said...

Cukup la tu Man Talib. Hang tak habis-habis nak batu apikan orang. Hebat sangat ke hang tu?

Bersamalah dokong kepimpinan PAS. Tak payah timbulkan kontroversi lagi. Hang yang merana nanti. Banyak2lah muhasabah diri dengan setiap penulisan hang. Ya Allah, Engkau berilah hidayah kepda Man tAlib ini. Jika beliau tetap angkuh setelah Engkau berikan taufiqMu, maka Engkau hancurkanlah niat buruk Man Talib untuk porak perandakan PAS. Amin.

Anonymous said...

alamak abu hasyim bin abdul talib....

tak ilmiah langsung ko punye komen.....

nama da sedap da.....

roslan bila nak nafikan pulak....

Anonymous said...

Saya tak nampak Tulang Besi bodoh dalam penulisan, tukang fitnah, pencacai Khairy, kaki perempuan dsbnya yg spt anon Oct 16, 2:08PM dan abu hasym bin abu talib kata.

Saudara2 yg berkata demikian kena buka blog sendiri dan tulis baik-baik, bukan main kutuk orang mentah-mentah spt yg sdr2 buat di sini, kalau sdr orang yg beriman.

Buka blog sendiri dan kita akan jelajah ke sana utk baca penulisan sdr.

Tulang Besi punya blog, ada cerita dan isi yg munasabah yg sering tidak terdapat di media perdana atau di organ parti. Dia sendiri fikir dan sendiri tulis. Jadi kita baca tengok bernas atau tidak.
Kita/saya pun bukan baca satu blog sj.

Jangan mudah-mudah tohmah org. Bukan Tuhan sj marah, manusia pun marah. Kalau nak kritik, kritik baik-baik.

-wassalam

hafiz said...

TB,
Sapa-sapa saja yang mengenali anda sewaktu anda di MISNA dan sewaktu di PAS PJ Utara pasti tahu siapa anda. Saya tidak hairan kalau andalah yang sebenarnya dikirim oleh UMNo sebagai pengadu domba untuk memecahbelahkan PAS dan PR.

Anonymous said...

Read many comments which says he is an UMNO guy..kahkahkah..man,he xposed the fraksis,n even kutuk his party president..hahaha..next thing the nut heads will say is he is a commie..

Anonymous said...

Yeap we r living in a BIZZARO WORLD.Tulang besi is an UMNOite,n seluar kena londek Roslan SMS is a a..aah..is aah..AHA!!..GANDHI!!..LOL!!!

Anonymous said...

Udah la tu Tulang Besi.

Kalau betul pun ada perjumpaan kat Bangi, belum tentu utk kerjasama dengan UMNO. Mungkin untuk penjelasan ttg isu muzakarah. Dan muzakarah tak salah pun.

Tak payah laa guna istilah klik UMNO dalam PAS. Tak ada bukti pun. Yg anda dedahkan tu tak boleh jadi sandaran.

Yg penting PAS TIDAK AKAN kerjasama dengan UMNO tanpa keputusan mesyuaratnya--bukan Roslan sorang...

abuhanaan said...

errrr

betulkan jika silap

bukan yang menuduh ke yang kena beri bukti, saksi, details dsb

macam saiful penuduh kena bawa saksi?

ke dalam kes roslan sms ni fiqh dia lain, maka dia yang kena nafi?

betulkan ye jika I silapppp

Tulang Besi said...

October 17, 2008 11:51 AM
Anonymous Anonymous said...

Udah la tu Tulang Besi.

Kalau betul pun ada perjumpaan kat Bangi, belum tentu utk kerjasama dengan UMNO. Mungkin untuk penjelasan ttg isu muzakarah. Dan muzakarah tak salah pun.

REPLY: Antara yang diperkatakan semasa meeting di Bangi tersebut adalah betapa Pakatan Rakyat sedang membahayakan Islam di Malaysia.

Dan ia bermakna penafian wujudnya muzakarah sebelum 20hb adalah satu penipuan terhadap ahli2 PAS.

slyderrose said...

Biarlah Roslan SMS yg menjawab dengan Ikhlas dan jujur. Bukan pencacai cakap tak berakhlak Islam langsung. Memalukan PAS aje..kalau anda semua ahli PAS?.

Tulang besi berkata berdasar fakta dan pembohongan dari pemimpin tertentu PAS sendiri berhubung muzakarah dengan umno..sehinggalah Pak Lah sendiri buat announcement..akhirnya Tok Guru Nik Aziz sendiri campur tangan..dan akhirnya jadi mubahalah. This is fact!

kalau yg tak betul kenalah betulkan. Dan bercakap benarlah walaupun pahit, bukan gitu?

Anonymous said...

interesting to read the comments on this article - as usual there will always be for and against. what interest me is, why was the bangi meeting called involving selected few pemudas who were supposed to be at the pemuda's meeting chaired by the ketua pemuda himself, why? those pemuds attending the bangi meeting should be questioned by the pemuda pusat for not respecting the ketua. or those selected were already vetted by the caller as "orang kita"?

Anonymous said...

the caller knew of the meeting. needs his message be heard at the meeting. so call those seems to be "orang kita" to speak on his behalf. pemuda can now knows fully well who "orangkita" are? by calling "orang kita" to his meeting when he fully knew that the pemuda was having their own meeting showed how disrepectful is the caller of ketua pemuda? pemuda needs to buck up coz you are the future leaders! don't be easily hookwinked into believing something without weighing the consequences...al hujurat 6?

ruyom said...

The truth is that Umno has ruled supreme for the last 50 years. It always got its way because the dominant ethnic majority of the country always supported its policies.

The state of the nation is corrupt, racist, discriminatory, abusive, unjust, inefficient, and backwards. If Malaysia stinks then it is because Umno stinks.

If the "morals of the country" stinks, then it is because the morals of Umno politicians stinks.

I won't even discuss the morality of explosives and murder of foreign nationals as most people seem to be able to tell the difference between right and wrong in this instance.

Instead, I shall talk about Umno corruption and Umno racism as the former will occasion the disastrous downfall of this nation, and the latter will be the downfall of the Malays.

Umno teaches that it is just to discriminate against all non-malays and non-Muslims - jobs, education, schools, colleges, universities, business opportunities, government contracts, taxes, and even finding a cemetery to bury the dead.

Umno teaches that it is right to discriminate on the basis of a person race, culture, language or religious belief.

In front of non-malays, it speaks of tolerance and unity in diversity, and in front of malays it speaks of race, religious, cultural and language supremacy, and the glorification of power and ethnic subjugation.

Bung Mokhtar leadership role as characterised by a yobbish machismo, obscene gestures, medieval attitudes towards women and minorities, and strutting bigotry within Umno is not only not an accident of chance, but an exemplary example of Umno appeal to the baser instincts and darker fantasies of its ethnic constituency.

To the vernacular schools it gives a pittance for support, and to malay language schools, there is no need to be diplomatic and call them "national language" schools, it gives 100% support.

As for English-medium schools, the type that made Malaysia education the best in South East Asia, and our school leavers the most sought after anywhere in the civilised world, they were made extinct, courtesy of Umno language and cultural supremacist fantasies.

So we are left with unemployable graduates with deplorable job skills and prospects.

Umno policies caused a brain drain to Australia, New Zealand, UK, Canada, and the US.

Umno language supremacist policies caused the extinction of the best high quality education that Malaysia and the malays would ever know.

Umno perversion of the very idea of meritocracy in favour of racist discrimination has ensured the lack of meritocractic competition for all Malaysians.

Sooner or later, the malays will realise that denying meritocracy to non-malays guarantees that there can be no meritocracy for malays even within their own community.

The fact that there is no notable inferiority complex nor entitlement complex or NEP dependence amongst the non-malays is no accident.

If the non-malays were the dominant ethnic majority, and they had an Umno-like racist party to lead them with promises of ethnic supremacy, racial discrimination and ethnic privileges, then I believe they would have lost their self-confidence, self-respect and self-belief too.

Farish Noor once said "Umno ternak melayu untuk disembelih".

I agree, and if the dominant ethnic majority fails to see past Umno seductive promises of ethnic supremacy and false gods of ethnic aggrandisement, then we are all finished.

aston said...

When will be the good day the Orang Asli come forward to utter their rightful word - "you all go back to your land of origin and leave us alone". Then malays, Indians and Chinese etc, can all pack and leave Malaysia for good.

San said...

The ruling coalition has enjoyed an almost unbroken 50 years of 2/3 majority in parliament. The only time this overwhelming majority was lost was in 1969.

Immediately, the race riots were triggered, parliament was suspended and the National Operations Council (with 100% control) installed. The semblance of democracy was only restored after the major opposition parties were sucked into a new and larger coalition and the 2/3 majority regained.

The ruling coalition operates on the whip principle - component parties and representatives must toe the official line. Under no circumstances is a wakil rakyat allowed to vote according to his conscience or according to the mandate the people he represents gave him.

So what has 50 years of 2/3 majority given us?

* The Malaysia Constitution has been amended some 690 times. The USA has been in existence for more than 200 years and their constitution was only amended 27 times.

* The Malaysia Constitution is amended for matters as trivial as extending the term of office on the Elections Commission officer, simply to avoid facing rejection by the Agung.

* Because of the overwhelming power available to the executive, the judiciary has been emasculated and corrupted, the legislature has been reduced to a rubber stamp, the powers of the Agung have been clipped.

* The legal system is a sad joke, serving only further the desires of the ruling clique.

* The Elections Commission serves only to ensure that the ruling clique is returned to power.

Look at the statistics:

· In the last election (2004), Barisan Nasional received only 63.8% of the popular votes but has 91% of all parliamentary seats. All due to gerrymandering, phantom votes, voter relocation, voter substitution - there are even suspicions of ballot box stuffing.

· Umno received 35.9% of the popular votes, has 50% of the parliamentary seats and holds 71% of the ministerial positions. The other members of the coalition have been reduced to running dogs, wagging their tails and begging for scraps.

· Little Napoleons have been allowed to run rife and the rights of non-malay, non-Muslim communities have been trampled upon.

· The wakil rakyat do nothing even when constitutional amendments threatening these rights are proposed. It is left to the opposition members to highlight these alarming matters and try to prevent total steamrolling.

· Meanwhile, it is not like the rights of all malays are really being addressed. Claims of hardcore poverty among rural malays indicate that wealth distribution is not making real headway.

· Under the umbrella of the NEP, wealthy Umno leaders continue to steal the wealth of the country, feeding pittance to the people. And the malays are being deprived of the ability to compete and gain new skills.

· Under the shield of the NEP, incompetent people (skilled in politicking) are given promotions while capable people are being deprived of the opportunity to lead.

· Major national corporations and companies are blundering from error to error. We have lost our competitive edge in practically every field.

Change may not necessarily be better.

If we want to become better, we must want change.

We hold that power.

Anonymous said...

Awat x jwb komen hafiz? Klu belum memerintah pusat pun x boleh ada perbezaan pendapat, apa beza pr dgn bn.klu roslan x stuju dgn dasar pr yg ada kenapa perlu letak jwtn?rasuah?salahguna kuasa?pecah amanah?sila perinci program islam yg gagal dipikul dgn baik oleh pas sgor.itu lebih produktif.ia mesti diperbaiki.nak suruh org berhenti pulak; roslan dilantik bukan diundi.nak personal pun agak2la.

Anonymous said...

Tulang besi....cara penulisan dan kesungguhan engkau untuk menjana musuh...aku rasa aku boleh agaklah siapa engkau sebenarnya.

Anonymous said...

Depan Allah nanti, jawab la masing2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.