Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, October 11, 2008

Roslan SMS Kenapa Marah Dengan Nasihat Orang?

SAya baru baca artikel terbaru Roslan SMS berkenaan saya. Marah betul Roslan terhadap saya kerana saya telah meninggalkan satu komen dalam blog beliau.

Komen saya adalah:

Roslan, Tak payahlah berselindung lagi, kalau tak suka dengan Pakatan Rakyat, letak sahaja jawatan sebagai ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya. Buatlah perkara yang berprinsip.”


Sebenarnya saya mengaku tersilap. Komen saya ini "general" sangat. Yang saya maksudkan dengan "tidak suka" adalah "tidak mengikut Al Quran dan As Sunnah". Dengan kata lain, maksud sebenar saya adalah "....sekiranya dilihat Pakatan Rakyat tidak mengikut Al Quran dan As Sunnah, maka......". Sebab saya melayari blog-blog tokoh kesukaan Roslan SMS seperti blog Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Blog Nik Abduh. Dalam isu ini, hujjah pokok mereka adalah perlunya PAS berpegang dengan Al Quran dan As Sunnah. Dan Roslan SMS amat merujuk kepada sumber2 ini.Juga saya mengikuti perbahasan YB Khalid Samad dengan Roslan dan beberapa lagi individu lain dalam blog masing masing.. Dari pengamatan saya kepada perbahasan tersebut serta banyak lagi artikel2 Roslan SMS yang lalu dan komen2 saya ke atas artikel tersebut, saya telah membuat kesimpulan bahawa Roslan SMS berada dalam keadaan tidak selesa di dalam Pakatan Rakyat ini.

Hujjah-hujjah yang beliau bagi dan sokong tidak menampakkan beliau sebagai seorang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Atas keinsafan tersebut, saya telah memberikan nasihat di atas.

Oleh kerana blog Roslan SMS ini ditapis segala komen beliau, maka saya pada masa memberi komen tersebut 100% konfiden yang ia tidak akan disiarkan. Malahan, saya menghantar dengan cara tersebut supaya ia sampai terus ke Roslan SMS tanpa ianya menjadi pengetahuan awam.

Saya tidak mengambil sikap untuk menulis dalam blog saya menyerang Roslan SMS lagi. Malahan komen terakhir saya berkenaan dengan Roslan SMS adalah POSITIF dan tidak menyerang beliau seperti di bawah:

Roslan SMS Setuju Pakatan Rakyat Serasi Dengan Al Quran dan Sunnah”.



Malang Seribu Kali Malan

Roslan SMS telah mengambil sikap yang tidak sopan. Nasihat saya itu dibalas dengan kata2 nista dan fitnah. Di bawah saya senaraikan fitnah yang beliau lemparkan terhadap saya di dalam artikel beliau:


Fitnah #1:

Roslan SMS:(Sebelum ini macam-macam fitnah beliau tulis berkenaan saya dalam blognya termasuklah menyiarkan gambar saya siap dengan nombor handphone, samapi begitu sekali kerja jahat beliau, tetapi saya mendiamkan diri)


Jawapan:Di sini pun kita lihat betapa “contoh fitnah” yang diberikan oleh Roslan SMS sebenarnya meleset.

Sisipan gambar dan nombor handphone Roslan SMS saya ambil dari laman web rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya. Link terus itu boleh di baca di sini: Senarai Ahli Majlis MPSJ.


Dengan kata lain, maklumat yang saya bawa itu adalah maklumat yang sudah pun menjadi bahan awam (public knowledge). Begitulah lumrah pemegang jawatan awam, segala maklumat pribadi pun mesti menjadi bahan pengetahuan awam.


Jadi, tak payahlah Roslan SMS marah atau menuduh fitnah terhadap saya kerana melakukan perkara ini. Malahan saudara Roslan mesti berterima kasih kerana saya telah menaikkan profil saudara dan menyebarkan maklumat saudara kepada rakyat umum khasnya kepada rakyat di bawah tanggungjawab saudara Roslan SMS.


Fitnah #2:


Roslan SMS:“Saya tak kenal sangat si Tulang ini tetapi dia kata saya tak suka PR, saya pernah menerima panggilan telefon dari beliau beberapa tahun dulu sejurus tiba di Kota Bharu menghadiri Muktamar PAS Pusat. Saya ketika itu diamanahkan oleh negeri untuk membahaskan ucapan dasar Presiden. Beliau selamba berkata saya tak suka PR, dan saya selamba pula nak mengatakan beliau itu tak suka PAS!

Melalui telefon beliau meminta saya agar berbahas menolak ucapan dasar Presiden yang kata beliau tidak patut disokong kerana lari dari dasar dan berbagai lagi. Beliau boleh dengan selamba membuat panggilan itu sedangkan beliau bukan pun pimpinan negeri, bukan ahli perhubungan atau pimpinan mana-mana peringkat di Selangor! Berani beliau menjual idea agar Selangor menolak ucapan dasar presiden ketika itu!”


Jawapan: Haii, saya tak tau la apa nak kata. Saya tahu sumber fitnah ini dari siapa dan saya tahu orang yang mengarang fitnah ini. Saudara Roslan SMS lebih mahu mendengar “karangan” orang ini dari mengingati kembali secara detail apa yang saya katakana kepada Roslan SMS. Saya berani kata saya tidak pernah meminta supaya Ucapan Dasar Presiden ditolak. Saya masih ingat apa yang saya katakan kepada Saudara Roslan SMS.


Saya pada masa itu ada jawatan dalam PAS Selangor dan sebagai ahli PAS Selangor saya ada hak untuk mencadangkan input kepada perbahasan tersebut. Walaubagaimanapun, saya minta saudara Roslan SMS buktikanlah dakwaan saudara seperti diatas. Saya berani bersumpah kalau perlu tapi saya nak tunggu bukti dari Roslan SMS dahulu.


Untuk pengetahuan semua, cadangan saya pada masa itu hanyalah untuk melihat kualiti Ucapan Dasar Presiden diperkemaskan dan ditulis dalam format yang mudah difahami. Dan cadangan saya itu bernas kerana selepas Ucapan Dasar tersebut, para wartawan dan akhbar telah memberikan liputan yang minima.


Apabila saya merujuk kepada beberapa pemberita selepas itu, mereka berkata mereka sukar untuk mencari “hujjah” atau “dasar” atau “point” dalam Ucapan tersebut. Kesannya adalah media local dan antarabangsa tidak memberikan liputan yang maksima kepada PAS pada masa itu dan rugilah PAS.


Tapi takpalah, saya dah bersedia dan dah agak Roslan SMS akan mengulangi fitnah ini. Kita jumpa di Padang Mahsyar nantilah senang cerita.


Fitnah #3:


Beliau kerap mengulangi “line” saya telah membuat banyak fitnah dalam blog saya. Malangnya contoh fitnah yang beliau bawa TIADA SATU PUN dari blog saya. Malahan contoh yang beliau bawa seperti di atas BUKAN DARI TULISAN SAYA LANGSUNG.

Habis tu di mana kebenaran tuduhan beliau tersebut?


Juga kalau Roslan SMS nak tuduh saya tak suka PAS, sila baca artikel saya yang terbaru bertajuk “Tulang Besi bukan Agen UMNO atau Agen Kepada Mana2 AJK PAS Pusat


Cukup dengan saya berkata saya adalah ahli PAS generasi ke dua. Kalau Saudara Roslan SMS tak percaya, pergi tanya Dato Mustafa Ali.

Pakar Bedah membuktikan kesayangan mereka dengan memotong dan mengerat mana-mana bahagian yang perlu dikerat. Dengan kata lain, tidak semestinya apabila seorang ahli PAS lantang mengkritik sebahagian pemimpin yang menyeleweng, mereka harus di cap sebagai tak suka PAS.


Dato’ Asri dulu jatuh bukan sebab ahli PAS menentang serta menista beliau. Dato Asri jatuh sebab ahli PAS terlampau mengagungkan beliau sehingga beliau terlajak dan membuat silap. Akhirnya PAS yang merana.


Tulang Besi

.

19 comments:

Anonymous said...

Saya dah agak sebenarnya Roslan SMS ini salah seorang pejuang "kebangsaan" Melayu. Jika kita masih ingat beliau menulis kenyataan2 media untuk Presiden PAS, beliau memandai-mandai menulis begini "Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 23 April, 2008 mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan umat Islam dan bangsa Melayu."

Kita ingin bertanya sejak bla Majlis Syura Ulamak berjuang untuk kebangssan Melayu?

Anonymous said...

Presiden PAS Haji Abdul Hadi sendiri terlupa ucapannya satu masa "Jika mereka (UMNO) kepaa Islam, merekalah yang perlu masuk ke dalam saf kita, bukan kita yang berpaling ke arah mereka".

Sekarang siapa yang menemui siapa? Diperbodohkan UMNO dan Pak Lah akhirnya Presiden PAS ini. Mereka pula yang menghadap UMNO.

Majlis Syura Ulamak juga dipenuhi dengan pejuang-pejuang Melayu - bukan pejuang2 Islam. Mujurlah Allah selamatkan dengan kehadiran dan ketegasan Mursyidul Am - TG Nik Abdul Aziz.

Jika tidak lingkuplah jemah Islam bernama PAS ini. Itu pun masih tak sedar dan masih nak mengata-ngata TGNA. Diambilnya tulisan anak TGNA, Nik Mohd Abduh sebagai bahan untuk mencemuh TGNA sendiri.

Siapa Mursyidul Am PAS? NIk Aziz kah atau anak derhakanya Nik Abduh?

Anonymous said...

"We should be absolutely unsparing in our attack on whatever obstructs the growth of the nation, and never be afraid to call a spade a spade. Excessive good nature, chakshu lajja (the desire to be always pleasant and polite), will never do in serious politics. Respect of persons must always give place to truth and conscience; and the demand that we should be silent because of the age or past services of our opponents, is politically immoral and unsound. Open attack, unsparing criticism, the severest satire, the most wounding irony, are all methods perfectly justifiable and indispensable in politics. We have strong things to say; let us say them strongly; we have stern things to do; let us do them sternly. But there is always a danger of strength degenerating into violence and sternness into ferocity, and that should be avoided so far as it is humanly possible."

SA

Anonymous said...

demi memperjuangkan ISLAM di Malaysia, marilah kita hapuskan UMNO, dan penyokong UMNO, termasuklah mereka yang berada dalam PAS tetapi berjiwa UMNO

Anonymous said...

Adoi yai.....
Susahlah macam ni.
Sepatutnya Ameno perintah Johor saja setelah pilihanraya 8 march.

Sejarah telah tunjukkan betapa busuknya Ameno(British)
Tak faham ke ?

Perjuangan apa ini?

Teruskan saudara Tulang besi.
Generasi ketiga sudah hampir-hampir dapat menerima PAS dari segi politik(Tak kira kaum)
Alih-alih ini jadinya.

Keseluruhannya yang saya nampak ialah agama sebagai topeng.
Topeng untuk keduniaan.
Tak selari.



Generasi kedua.

mawardi said...

Saya nasihatkan, janganlah dipukul secara terus pada Roslan SMS, tetapi cukuplah bagi hint "seorang blogawan". Jaga kredibiliti.

Seperti Anwar, yang sibuk menjaga kredibilitinya kerana pembohongan 16hb Sept.

tulang iron said...

Hah!Hah!Hah!
cukuplah tu tulang besi. Penipu besar lagi berlagak bodoh sombong macam kera.

Padan muka nkau kena kutuk macam gini. Nko memang layak kena kutuk sebab nko budak bangang!

hah!hah!hah!

Cenangau said...

Sumpah bang jangan tak sumpah, jangan dimakan sumpah dah laa. Tapi rasanya semenjak dua menjak ni sumpah pun orang dah tak berapa nak heran, silap2 orang yg sumpah tu pulak ramai yang belasah.

Anonymous said...

kalau nak sembang politik malaysia...balik la malaysia..jangan tembak jauh-jauh tu orang panggil pengecut...

satu lagi...kamu ni lebih sesuai jadi ahli UMNO la dari jadi ahli PAS..kamu ni mengarut lebih banyak dari betul.....cuba renung dalam-dalam tulisan kamu yang lepas-lepas....Dr Syed Tak ziarah ke?

Tulang Besi said...

Tulang Iron kata:

Hah!Hah!Hah!
cukuplah tu tulang besi. Penipu besar lagi berlagak bodoh sombong macam kera."

REPLY: Tulang Iron, saya nasihatkan supaya saudara pergi lah mendapatkan khidmat psikiatri.

PErgi jumpa "shrink" sebab saudara memerlukan khidmat pakar sakit jiwa.

Pergilah, itulah sahaja nashiat saya.

Anonymous said...

Soal kepimpinan adalah suatu perkara yang penting sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w.:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawabkan terhadap pimpinannta. Maka seorang raja atau imam adalah bagi manusia dan dia akan diminta pertanggungjawabkan mengenaiapa yang dipimpinnya." (H.R. Bukari dan Muslim)
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlaianan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(al-Quran) dan Rasul(sunnahnya), jika kamu bener-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagi mu) dan lebih baik akibatnya." al-Nisaa':59
Islam membenarkan kita berbeza pendapat dalam hal yang tidak melanggar syarak, tetapi perbezaan pendapat itu tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan dan pepecahan.

kluangman said...

Dua dua cuba menegak benang yang basah.

Daun Kering said...

orang melayu mmg suka sangat bergaduh sesama melayu. suka kutuk sesama melayu. suka berdengki sesama melayu. di tempat kerja confirm tak puas hati dgn rakan kerja yg melayu. sebarkan cerita fitnah tentang colleague melayu lah & so on.

kalau tgk pd bangsa lain umpamanya cina & india, mereka sesama bangsa tidak akan bergaduh pd isu2 remeh temeh, tidak akan berdengki sesama mereka sekiranya sesuatu isu tue menguntungkan kaum mereka. di tempat kerja pula mereka sudah pasti akan melindungi junior2 sebangsa mereka. mereka akan memberi tunjuk ajar & latihan kpd junior2 sebangsa dgn mereka.

perangai teruk orang melayu contoh mudah adalah di hospital. senior2 doctor yg melayu selalunya buat tak tahu sahaja pd junior2 doctor melayu or medical student melayu or even kpd colleague melayu. doctor melayu yg hebat tidak mahu ada doctor melayu yg lain sama hebat seperti dia. this kind of selfish malay doctor really likes to be center of attention among doctors in hospital.

berbeza dgn doctor cina & india. they will definitely take very good care of their junior doctors.

ubahlah perangai buruk nie wahai orang melayu semua.

Anonymous said...

There was suppose 2b some sort of meeting 2day,12 Oct.Read Dinsmans article in Fikrah.

Anonymous said...

The issue is this.If TGHH is neutral oklah...BUT,based on "revelations" in this blog n by others,it appears that TGHH is very much under the influence of the fraksis n on the 24th of Sept,acted on b1/2 of "the other side"..demanding to see the namelist of the "hoppers"..TGHH has been in poor health,n knowing how nasty UMNO puaka can be,i dont rule out the possibility of them using "other means" to influence TGHH..we all know the wife of the current dpm is very much in2 occult..

Anonymous said...

Betul, mcm pendapat TB, kalau Roslan SMS tak suka pada Pakatan Rakyat, tak wajar masih jadi ahli Majlis Perbandaran Subang di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau masih jadi ahli MPS, maknanya suka pd Pakatan Rakyat.

Kalau suka pada PR, jangan lah bagi mesej berbelah bagi dalam Harakah, tulislah baik-baik supaya PR kukuh.

Kalau tidak, tak ada harapan bagi PAS yg berbelah bagi dlm perjuangan. Sekali nak, sekali tidak.

Anonymous said...

sUDAHLAH tb TEMBELANG HANG DAH PECH...DULU ADA GAK ORANG PERCAYA TTP SEKARANG DAH MELUAT. aPAPUN BASICNYA.... TAK PAYAH AJAR KAMI BERJUANG DI LANGIT SENDIRI. oRANG MANDI SUNGAI AKAN BASAH DAN TAHU KEDALAMAN SUNGAI TAPI ORANG YANG TENGOK DARI ATAS TU NBERLAGAK JE.... MACAM MACAM BAGI ULASAN TETAPI SEBENARNYA TAKUT AIR DAN PASTINYA TAK TAHU BERENANG!!!! BOLEH BLAH LAH

Tulang Besi said...

anon kata:

"oRANG MANDI SUNGAI AKAN BASAH DAN TAHU KEDALAMAN SUNGAI TAPI ORANG YANG TENGOK DARI ATAS TU NBERLAGAK JE.."

REPLY: Mana hang tau aku tak pernah basah? Tak pernah terjun dalam sungai?

Kau basah ni dah berapa lama? Boleh tak saya tahu?

Anonymous said...

Alahhhh, suadahlah tu, lama baru ke bukan ukuran...disisi Allah adalah orang yang bertaqwa yang ikhlas dengan perjuangan, Tidak semestinya kalau Mak bapak kita beriman dan berjuang ianya akan turun temurun kepada kita . Keimanan dan Perjuangan bukan Pusaka, sejarah para nabi sudah jelas yang anak tidak beriman dan bapa tidak beriman.Kalau mak Bapak pejuang Islam...anak belum tentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.