Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, October 10, 2008

Tulang Besi bukan Agen UMNO atau Agen Kepada Mana2 AJK PAS.

Ada "discussion thread" di laman Tranung Kite yang mempersoalkan siapa Tulang Besi. Saya sedar berbagai usaha dari puak Fraksi UMNO untuk memburukan saya. Ada yang cuba mengatakan saya ini agen UMNO, ada yang berkata saya ini pemecah belah jemaah, ada yang mengatakan saya ini fanatik Anwar Ibrahim, ada yang mengatakan saya tidak hormat kepada kepimpinan ulama, ada yang mengatakan saya liberal dan ada juga yang cuba mengatakan saya ini ahli PKR dan penyokong kuat PKR. Di dalam artikel ini saya ingin memberi fakta sejarah mengapa saya bersikap begitu keras dengan fraksi UMNO dan penyokong mereks.



Arwah bapa saya adalah salah seorang dari Perwakilan PAS di dalam Mesyuarat Agong Khas yang dipanggil Dato Asri pada tahun 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka bagi membincangkan kemasukan PAS ke dalam kerajaan campuran dengan UMNO dan Perikatan.

Mengikut cerita ibu saya, arwah bapa saya adalah salah seorang yang bangkit menentang usul Dato' Asri tersebut yang mencadangkan PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan itu.

Arwah bapa saya telah diminta oleh beberapa AJK PAS Pusat pada masa itu untuk menyuarakan bantahan terhadap usul tersebut. Dan, Arwah bapa saya diminta untuk berucap dan meyakinkan pada perwakilan di waktu itu untuk menentang usul Dato' Asri tersebut.

Arwah Bapa saya tidak memberikan banyak hujjah. Dan sebagai perwakilan PAS dari Kampung Baru, telah memberikan beberapa hujjah. Namun, hujjah utama beliau adalah tidak lain dan tidak bukan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang penipu dan tidak boleh dipercayai. Justeru, penyertaan PAS dalam kerajaan campuran ini akan menyebabkan PAS akan diperangkap kerana UMNO adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Mereka ada rekod yang cukup buruk di kala itu di dalam mengkhianati rakyat dan Islam.

Namun, usaha arwah bapa saya itu tidak membuahkan hasil. Dari sejumlah perwakilan yang hadzir, hanya tidak lebih 30 perwakilan yang menyokong usul arwah bapa saya tersebut. Usul arwah bapa saya telah dikalahkan dengan begitu besar sekali majoriti undinya.

Walaubagaimanapun, tidak lebih 3-4 tahun kemudian, hujjah arwah bapa saya itu terbukti benar. PAS telah dikhianati UMNO dan ahkhirnya PAS ditendang dari Barisan Nasional dengan begitu hina dan dengan cara yang begitu jijik sekali.

UMNO telah mencipta alasan dengan menggunakan "munafiqin" dalam PAS bagi menendang PAS keluar dari Barisan Nasional dengan sebegitu jijik sekali. Sebab utama UMNO bertindak kemudian adalah kerana populariti PAS di kalangan orang Melayu/Islam semakin bertambah sewaktu PAS berada di dalam kerajaan sehingga melebihi UMNO. Oleh kerana UMNO masih lagi memegang tampuk kuasa dan pemerintahan, mereka mampu menggunakan segenap jentera kerajaan dan istana Kelantan bagi mengkhianati dan menikam PAS dari belakang.

Hasilnya PAS hilang sokongan dari orang Melayu dan PAS hidup bagai orang sakit yang hampir mati selama beberapa tahun. Hanya dalam tahun 1990 barulah PAS mampu menawan kembali Kelantan.

Dengan kata lain, penentangan saya kepada Fraksi UMNO ini adalah warisan dari arwah bapa saya. Tak perlu lah mereka yang menyukai penyertaan PAS ke BN menuduh saya agen UMNO ataupun tidak wala' kepada pimpinan dsbnya.

Mereka yang menuduh saya ini mungkin hanya setahun jagung bersama PAS berbanding saya (bukan nak berlagak). Jadi tak perlu lah nak memburukan saya dengan mengatakan saya ini bukan PAS ataupun saya ini agen PKR.

Juga, saya mendapat maklumat dari berbagai sumber. Thread dlm Laman Tranung Kite itu cuba mengkaitkan saya dengan Dr Syed Azman. Suka saya nyatakan bahawa maklumat-maklumat dalam artikel saya BUKAN dari Dr Syed Azman kerana saya sudah lama tidak berhubung dengan beliau.

Dan tak perlu menyoal siapa saya. Cukup saya katakan saya ahli lama dalam PAS dan saya mendapat pendedahan tentang PAS dari dua zaman: sebelum dan selepas kepimpinan ulama. Sebab itu pemikiran saya tidak tertutup seperti orang2 yang skrg giat menuduh saya macam2.

Dan oleh kerana Arwah bapa saya terbukti benar kata-ata beliau semasa Mesyuarat Agung Khas 1972 di DBP, maka saya yakin pendirian saya juga benar.

Mana boleh sebuah parti seperti UMNO yang turun temurun anti ISlam boleh bekerja sama dengan PAS untuk menaikkan Islam.

Sewaktu saya di Mesir dahulu, saya melihat sendiri usaha UMNO untuk merosakkan aliran graduan Azhar ke Malaysia. Mereka menghantar pelajar tahun 4 ke Azhar dari kolej2 kelolaan mereka yang mana di kolej2 ini akhlak dan shaksiyah pelajar tidak berjaga.

Hasilnya, dapatlah kita lihat bakal2 UStaz dari Azhar yang berseluar jeans ketat serta berambut panjang dan bertocang memenuhi Hayy Assiyr.

UMNO juga telah membuat ikhtiar menaikkan bilangan pelajar Medic ke Mesir dan mengurangkan pelajar aliran agama. Maka buat pertama kali kita berjumpa pelajar2 yang tidak bertudung berjalan bebas di Hayy Asyirr.

Sejahat Pairin dan Lim Chong Eu, mereka tidak pernah handak mensabotaj aliran graduan Azhar ke Malaysia sewaktu mereka menjadi Ketua Menteri dahulu. TEtapi UMNO ini lebih jahat dari Pairin dan lebih jahat dari Gerakan/Lim Chong Eu dan Koh Tsu Kun.

Malahan Lim Guang Eng yang berbangsa Cina dan DAP pun tak pernah ada perancangan jahat mensabotaj pendidikan agama di Penang. Malahana GUan Eng telah menjanjikan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat yang pada satu masa dahulu telah disabotaj oleh UMNO laknatullah.

Hakikatnya UMNO adalah musuh Islam #1 di Malaysia. Tiada harapan untuk ISlam kembali hebat di Malaysia selagi UMNO masih memerintah. Oleh sebab itu, wajib atas sekelian umat Islam yang sayangkan agamanya untuk memastikan UMNO dikuburkan.

UMNO adalah parti yang dipenuhi penipu, pengamal sihir, korup, pembenci Islam, penentang Islam, sekularis dsbnya. Mereka tidak mungkin mampu dan mahu menaikkan Islam kembali.

30 comments:

Cucu said...

TIME MAHATHIR JADI PM, BELIAU ADA PERIHARA 9EKOR JIN !

Cucu Datuk Bahaman.

Anonymous said...

Masalahnya enta seolah-olah tak faham rencam hidup dunia. Enta berhujah macam budak mentah. Dunia is not always black or white - there is always a big grey area in between.

enta begitu pantas, sepantas orang yang perut memulas menghambur taik cirit bila saja terjumpa lubang jamban menuduh sesiapa saja yang tak sefikrah dengan enta sebagai fraksi umno. hatta kes teresa kok poun enta boleh rawitkan dengan lipur lara enta.

either you're with us, or you're against us!!! itu kata Bush laknbatullah. Enta pun macam tu jugak ke? Sesapa saja yang tak sokong enta habis dihambur dengan tuduhan sebagai fraksi UMNO. Sama dengan Bush la.

Enta tidak reti meraikan perbezaan pendapat. Enta tidak tahu (atau mungkin buat2 tak tahu) , ramai yang tak setuju atau berkhilaf dengan enta, tapi masih tegar menyokong PAS. Malah sayang mereka pada Islam dan PAS jauh mengatasi enta. Habis semua enta borong sebagai fraksi UMNO. Apa punya bangang logik enta?

Dan satu perangai enta yang ana dok perati sejak enta kecik dulu - kalau berkhilaf, tak reti nak cool down. Suka memanjang2kan perbalahan. Nak menang sokmo.Tak reti adab berkhilaf. Terus menerus memanjangkan perbalahan, itulah sikap enta.

remember this - in between black and white, there is a large grey area!!!

Tulang Besi said...

Sdr Anon,

What's so grey? UMNO ni penipu.

Jadi, kenapa kita nak bersama dengan orang penipu mcm UMNO?

What's so grey about that?

Tulang Besi said...

sdr anon,

Ikhtilaf ni dalam masalah yang berkaitan tafsiran atau pemerhatian.

Apabila nama syura dijual dan ahli ditipu secara terbuka sebegitu sekali, maka ianya bukan lagi permasaalahan ikhtilaf lagi.

Harap saudara anon boleh membezakan antara dua perkara ini.

Anonymous said...

Tabik Tulang Besi.United Morons Org memang penipu,dari dulu sampai sekarang.Hah,sekarng,Islam Hadhari dah korban,dan tak lama lagi akan diganti oleh vodoori,lol!!Sipa dia punya head priest?Hehe,madam gemuk!!Lol!!

Anonymous said...

Salam Tulang Besi,

Tahniah ! kerana berani bercakap benar..sudah terang yang mana haq dan mana batil apa nak bincang-bincang lagi ..sorok-sorok bincang sampai ke negara Arab ..pegi Umrah tapi buat meeting .. mengarut punya kerja..Hati-hati, kerana tindak tanduk segelintir yang saudara namakan "fraksi UMNO" PAS akan hilang credibility kalau terusan buat kerja begini.Janganlah patah-patah balik kalau dah setuju pada satu-satu perkara..walau apapun track record pemimpin Pakatan yang lain. mereka lebih layak dipercayai dari UMNO...no grey area here.

Mr. X said...

Three new Polls on UMNO Elections: -
1. Who do you want as the new Youth Chief for UMNO?
2. Who do you want as the new Deputy President for UMNO?
3. Should Members of Barisan Nasional converge to form a Single MULTIRACIAL Party?
HERE - http://thexblogs.blogspot.com/

Anonymous said...

Saya ada teori mudah ttg hal bertemu dgn UMNO atau kerjasama. Kalau nak kerjasama dgn UMNO tu elok, kenapa ianya disembunyikan? Dipihak PAS mati matian menafikannya..sehingga Paklah mendedahkan baru mengaku. Pengakuan yang memalukan. Namun begitu bagi saya walaupun ini berlaku, tulangbesi tak perlu memanjangkannya di maya ini. Nanti kesannya kepada ahli sangat parah. Lagipun TGNA dan mereka yang berfikiran sama masih kuat mempertahankan isu ini.

Anonymous said...

Yay!!Shah Rukh Khan jadi datuk!!Kaysean penjilat penjilat punkoq UMNO..hehe

Anonymous said...

Salam Bro Tulang Besi,
Didn't PAS begin as the religious wing of UMNO, n later left that puaka org ?It's high time bro or someone else roll out UMNO's misdeeds towards PAS.Memali,emergency in Kelantan,detentions of PAS leaders/activists under ISA..reveal them out,so dat people will know how cruel UMNO has been towards PAS.

kabuspagi said...

salam..

berdasarkan kenyataan tuan diatas saya ingin berkongsi pandangan saya tak seberapa ini untuk di kupas... ada antara kita (kepimpinan Pas) menyatakan gabungan pas dalam pakatan rakyat adalah satu strategi.. namun demikian ini adalah pandangan saya dimana.... saya faham dengan apa yang di kata strategi...tetapi bukan kah UMNO pun mendakwa bahawa mereka tidak mengiktiraf mereka sebagai memperjuangkan negara Islam pun satu strategi... di mana MCA dan MIC dan Gerakan dapat menerima pendekatan tersebut.. sehinggakan banyak perkara berhubung dengan islam telah dapat di bina.. seperti makamah syariah dengan melantik hakim mahkahmah syariah lebih kurang sama taraf dengan mahkamah tinggi, jabatan agama islam, perbankan dan sistem kewangan islam, negara islam sebagai agama rasmi dan Tun Mahathir pun pernah mengiktiraf negara kita sebagai negara islam pun mereka terima cuma DAP sahaja pada masa tu amat membangkang... so mungkinkah DAP akan berubah pandangan mereka.. apakah perbezaan strategi PAS dan UMNO..

Apa kata, mereka (DAP, MCA, Gerakkan, MIC dan Lain-lain parti Bukan Islam) pun mempunyai hasrat yang sama di mana mereka menganggap bahawa mereka berdampingan dengan PAS adalah merupakan juga satu strategi di mana kalau pemimpin PAS sekarang tak beberapa nak terima dasar liberal (namun demikian telah ada pemimpin PAS yang boleh menerima dasar liberal) tetapi pemimpin generasi PAS yang akan datang akan menerimanya.. ini tidak mustahil kerana sikap kita lebih berpihak kepada mereka sekarang ini di mana kita tidak menentang terhadap kenyataan yang DAP sebut sebelum ni iaitu mereka mempertahankan negara yang liberal..

Adakah strategi-strategi yang di nyatakan adalah selari dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad semasa beliau baru-baru nak mengembangkan islam dahulu.. dan lebih-lebih lagi semasa baginda memerintah madinah.. orang bukan islam yang di terima adalah islam yang tidak menentang dasar islam bukan yang menentang islam.. tetapi DAP telah menetang dasar islam... adalah strategi yang nyatakan adalah termaktub di dalam alquran.. kalau tidak berdosakah kita.. atau syurgakah balasan kita....

Menyebut tentang strategi yang nayatakan tadi.. sebenarnya ia amat berbahaya..saya rasa MCA dan MIC serta Gerakan amat seronok dan menyokong penuh dengan rakan karib mereka iaitu DAP sebab dapat mengliberalkan PAS dan hampir sama dengan UMNO... dan tidak mustahil orang-orang Gerakan, MCA dan MIC akan terus menyokong DAP dan menjadi ahli DAP.. maka mereka akan semakin kuat dan menjadi satu dalam usaha menubuhkan sebuah negara yang liberal... ini belum masuk lagi puak-puak bukan islam di sabah dan serawak dan juga di dalam parti keadilan.. so masatu tinggallah PAS sahaja yang akan melaungkan dasar islam dalam pakatan rakyat dan yang lainnya akan memihak kepada dasar liberal.. dan pada masa tu pun dah terlewat.... bilanya mereka hendak di dakwah kan... nampaknya dalam tempoh 51 tahun ni UMNO pun tak berjaya nak mengislamisasikan minda mereka sepenuhnya dengan strategi serampang dua matanya so adakah PAS akan berjaya.. ini satu persoalan yang besar?

Tetapi saya percaya jika PAS tegas dengan pendirian nya sekarang untuk mempertahankan menubuhkan sebuah negara islam kita akan terus dirahmati sungguhpun tidak duduk didalam barisan pemerintahan negara tetapi kita tetap dijalan yang betul.. kenapa kita perlu beralah.. nampaknya UMNO pun sudah boleh terima apa yang dikita perjuangkan.. so percayalah ALLAH akan sentiasa bersama-sama dengan kita... namun demikian jika kita lunturkan dasar untuk menjadikan sebuah negara islam maka walaupun duduk didalam barisan pemerintahan negara tetapi kita belum tentu dirahmati oleh ALLAH dan banyak masalah akan timbul... kalau UMNO (BN) memerintah dulu bukan islam ikut islam (Islam UMNO lah) tetapi sekarang di bawah pakatan rakyat kita (PAS) kena ikut dasar liberal dan kita istilahkan sebagai strategi..mampukah kita mendakwahkan mereka.. adakah setelah tak berjaya nanti pada masatu baru kita nak ubah strategi dan baru kita kata nak mempertahankan dasar kita untuk menubuhkan negara islam dan pada masa tu kita (PAS) dianggap sebagai pengganas yang meperjuang kan islam seperti di thailand... dan mindanau... maka strategi orang-orang Gerakan, MCA,MIC dan DAP.puak-puak bukan islam di sabah dan serawak dan juga di dalam parti keadilan akan berjaya.. mereka akan kata mereka MERDEKA.. dan siapa yang menentang pada masa tu dianggap menentang kemerdekaan... saya percara satu persatu dasar sekarang yang berpihak kepada islam dan melayu akan cuba di liberal dan digugut. so melalui strategi yang di maksudkan diatas maknanya kita kena setuju dahululah...dan ini pun telah memenangkan pihak mereka..

Strategi DAP yang saya nampak jelas apa bila setiausaha agungnya selalu menyatakan dibibirnya tentang ketokohan khalifah abu bakar assiddik... ini telah menyebabkan orang islam telah terpedaya.. tetapi sejauh mana perlaksanaannya dari segi dasar islam.. di dalam DAP amnya dan di pulau pinang khususnya.. dia masih lagi berani menyatakan yang dia memperjuangkan dasar negara liberal.. satu hari nanti kita bukan mencari kepimpinan yang mana paling islamik seperti yang kita(PAS) perjuangkan dahulu tatapi kita akan mencari kepimpinan yang kurang liberalnya... so adakah ia menepati dengan perjuang kita...

sebenarnya,, kesamaan perjuangan antara parti komponen dalam pakatan rakyat ni adalah hanya berkaitan dengan dasar untuk memperjuangkan keadilan dan pencegahan penyelewangan.. namun demikian perkara-perkara yang sensitif tidak nampak kesamaan seperti bab agama dan kaum... saya percaya kesamaan dasar perjuangan yang disebut diatas adalah amat longgar dan perkara yang tidak boleh diukur.. tidak semestinya kalau pakatan rakyat dapat memerintah negara nanti perkara tersebut akan kekal... saya percaya masalah tersebut akan berulang..tetapi jika dasar kita Islam maka ia akan kekal selama-lamanya di mana kita berpandukan alquran dan sunnah....

sekian.. harap mendapat pandangan... janganlah kita menjadikan sifat berdendam sebagai menguasai diri kerana sifat tersebut adalah sifat mazmumah dan sifat-sifat disukai oleh syaitan.. berfikirlah secara kritis..

Anonymous said...

kalau katakan AMNO tu parti munafiq orang marah..tapi itulah HAKIKAT.

dan itulah yg ingin disampaikan oleh TGNA selama ini tapi sayang bangsa bernama melayu ni terlalu bebal dan jahil!

-adam

Anonymous said...

kan semua manusia ni sama sahaja. disisi Allah yang penting iman dan taqwa sahaja.

iman dan taqwa bukan utk dinilai oleh manusia. kita hanya boleh menerima apa yang nampak dimata.

wpun org tu mengaku islam tapi perangai munafik, jahat, zalim nak buat apa. pergi bersekongkol dgn org macam tu cari penyakit je.

50thn umno memerintah masa bila dia tegakkan islam. yang selama ni islam dipinggirkan bawah pemerintahan siapa? umat islam di msia jumud dan mundur bawah pemerintahan siapa?

lg elok percaya org bukan islam. walaupon dia xmengucap tapi dia amanah, jujur dan bertanggungjawab. dia tahu hormat hak org Islam dan bukan Islam. dia tahu rasuah tu salah. dia tahu curi duit rakyat tu salah.

xpayah pening2 nk join umno. mana ada dlm umno tu org yang betul2 amanah?join umno hari ni esok konfem kena khianat.

stay je dgn pakatan. kan dh berjanji nk kerja sama2. buat betul2.jgn dilayan org xsedar diri mcm antihusam dgn fraksi umno. klau org mcm ni betul2 ada wibawa, dia tak perlu ajak join bn. dia sendiri tahu, umno tu penyangak. klau dh penyangak mana boleh percaya

alok

kabuspagi said...

Mr. Alok

saya tertarik dengan kenyataan tuan seperti di bawah ;-

"50thn umno memerintah masa bila dia tegakkan islam. yang selama ni islam dipinggirkan bawah pemerintahan siapa? umat islam di msia jumud dan mundur bawah pemerintahan siapa?"

mungkin saya kabur.. bagaimana yang tuan kata islam dipinggirkan tu.. adakah dengan mengadakan jabatan-jabatan dan agensi khas islam, radio khas islam, rancangan tv islam khas dan mahkamah syariah khas, hakim-hakim syariah,perbankkan islam,perlaksanaan fardu kifaya sentiasa diutamakan.. mengatasi masalah kemiskinan, penyediaan masjid di serata tempat, surau di serata ceruk, dan banyaklah lagi.. sebagai contoh.. untuk memudahkan kita sembahyang sistem bekalan air bersih telah cemerlang, orang tak sembahyang dalam gelap ada TNB.. memudahkan ornag nak pergi mekah ada tabung haji, memudahkan pergerkan untuk mengeratkan silaturahim dan berdakwah ada lebuh raya dan macam-macam lagi..

so.. kalau di katakan satu-satunya hukum hudud tidak diterima maka penwujudan mahkamah syariah.. bukan ke kearah itu.. kemudian dah pasti ker DAP akan menerima pembentukan negara islam.. saya percaya DAP akan memintak benda yang sama patut ada untuk mereka.. seperti jabatan agama bukan islam dan sebagainya.. so saya nak minta mr. Alok kut-kut saya tak nampak yang kerajaan sebelum ini meminggirkan islam...nak mintak tunjukkan dimana umat islam yang jumud dan mundur tu.. kerana dua perkataan itu adalah boleh didorong oleh kerajaan tetapi diluar kawalan..bab jumud tu.. kerajaan BN tidak pernah menyekat untuk sesiapa menuntut ilmu.. jgan ilmu ayah pin dah lah... kalau bab mundur tu saya bagi perbandingan iaitu sedangkan orang indonesia yang datang sini pun boleh kaya kat malaysia nih..

kenyataan kedua yang tua nyatakan seperti di bawah:-

"lg elok percaya org bukan islam. walaupon dia xmengucap tapi dia amanah, jujur dan bertanggungjawab. dia tahu hormat hak org Islam dan bukan Islam. dia tahu rasuah tu salah. dia tahu curi duit rakyat tu salah."

Nampak benar terlalu emosionalnya.. adakah ia termaktub di dalam al-quran.. bukan ker segala tindakan kita (parti PAS) berdasarkan AlQuran dan Sunnah.. sedangkan jika kita buat baik macam mana pun jika tidak sembahyang masih lagi di katakan jahat..

Anonymous said...

Salam Tulang Besi,

Saya nak tarik perhatian forum ni kepada Business Section suratkhabar STAR hari ini(Sabtu 11 Oktober) yang mengupas dengan detail tentang krisis kewangan yang sedang berlaku dan implikasinya kepada Malaysia...malangnya suratkhabar Melayu(bukan milik Pakatan) masih ditakuk lama ..berterusan dengan bukan saja "spin"..tapi terus menerus memaparkan pembohongan dan putar belit..

Anonymous said...

Ala,MIC,MCA,GERAKAN tu semua hamba saja.Pertama sekali,Malaysia adalah negara yg mengamalkan animal kapatalisme,dan UMNO dan dia punya machinaries ,semuanya bersikap kapitalis.Even the religious institiutions r also more concerned with money,rituals,then anything deep concerning religion n harmony.Look at those pot bellied leaders of hindu sanggam for instance.Look at the cars,houses,those imams,puruhits drive.Look at the muliti million ringgit mosques,churches,temples in this coutry.Sorrylah brudder,record shows the amount of money plundered by the ruling elite n by their cronies shows that they r more concerned with wat they want for themselves n not wat is best for the country n her citizens!!

psst,how much a rolex watch costs in hong kong?cheaper then the ones found at klcc?kihkihkih

Anonymous said...

OOi,if PAS fraksi's wanna join UMNO,go ahead n do it lah.Who knows Nash might join the merry go round d bush of UMNO's top post.Everybody knows all the institutions have been hijacked n corrupted by BN.Aah,here is the test for the fraksiS regarding mic OR mca..pigi kampung India ke cina ke,sy gerenti fraksi will b insulted.In fact sangat bahaya to enter an indian kampung n preaching to them about Samy.Oh ya.. dengar kabar,hari ni lebih 3000 ahli MIC akan masuk PKR..kahkahkah...,sebelum terlupa,najib kena baling botoi mineral water,kena halau dari kampung melayu semasa kempen di PP..KJ pulak kena terajang,kena tampar..kahkahkah!!

Anonymous said...

TB,

Itulah masalah enta. Enta dah buta hati. Sampaikan sapa saja yang enta tak setuju enta nampak sebagai fraksi UMNO. Hatta kes teresa kok pun boleh diputar-putar jadi kesah farksi enta.

Memanglah UMNO penipu. Ana setuju yang itu. Tapi tak semestinya sesiapa saja yang tak setuju atau skeptikal atau berhati-hati dengan PR itu sokong UMNO. Tara faham ka?

So let me tell you:
1) The white - those who reject UMNO totally, and want to stay with PR. Alhamdulillah.
2) The black - Those who want to work with UMNO for whatever reasons. Too bad for them la. FYI, ana pun tak setuju.
3) The grey- orang yang tak setuju untuk kerja dengan UMNO, tapi skeptikal atau berhati-hati untuk kerja dengan PR. Sayang mereka hanya kepada PAS dan Islam dan mereka wary tapi bersikap open untuk meneruskan engagement dengan sesiapa sahaja , baik PR atau BN.

Masalah enta, sesapa saja dalam golongan grey ini, dek kerana buta hati enta, enta nampak sebagai hitam jugak. Padahal inilah golongan yang terbesar dalam PAS. Jauh lebih besar dari golongan putih tadi.

Enta dah dijangkiti mentaliti George Bush laknatullah- either you're with us, or you're against us.

Perangai buta hati enta ni yang membuatkan ramai meluat dengan enta.

Ahmad Sahur said...

The ISA is a crime against humanity if you look at the Rome Statute. As a result, we can have RPK and the rest of the ISA detainee's released, have the ISA repealed and also have a regime change all in one go if someone lodges a report with the International Criminal Court in The Hague. Go to this site http://margeemar.blogspot.com and find out how.

Anonymous said...

farksi
----------------------------------
ROTFL!!!!Tepat sekali..mulai sekarang no more fraksi,its FARKSI!!!YOOHOOO!!!

Hehe,hanya ada satu sibab farksi mau gabung dgn UMNO..haha,pasai Kak Mah's juicy papaya le:-)
Memang impossible utk mengeborn again islamkan Liz the lesbo,Alitam the baboon,Mike the pengkhalwat,Tambi the rapist..jadi juicy papaya tulah no1 attraction..lol!!

zorro tua said...

Salam
Anon October 11, 2008 5:57 PM

Your view can be consider correct if we have lots of options in the first place and there are no REAL need to change. i.e. the current situation in Malaysia is fine, we live in harmony between all races, the economy is doing great, corruptions are nowhere to be seen, etc. IF this is your view, then I dont really have anything else to say to you. BUT if you agree that there is a need to improve and change our situation, then please read on.

The thing about these people in the grey area, they hampered all the efforts made by the others who are working tirelessly to improve our nation. And every time a few steps are taken towards the 'right direction' we need to take a couple steps back because of their shenanigans. As they are not really the real enemy in the 1st place, we cant really no for sure who they are and what are they doing/planning.

There are times when a solid and cohesive decisions are needed from the leaders and the time is now! No more main wayang!

Anonymous said...

SRI AUROBINDO

BANDE MATARAM

Early Political Writings. 1890 - May 1908

Mustafa Kamil Pasha

We published yesterday among our selections a full account of the life and death of Mustafa Kamil Pasha, the great Nationalist leader in Egypt, who has regenerated Nationalism in his motherland and will be remembered in history as the chief among the creators of modern Egypt. The early death of this extraordinary man will be a blow to the movement, but we must remember what we are apt to forget that the life-work of a great man often does not begin till he dies. While the body fetters the activities of the spirit within, his work is limited in its scope and imperfect in its intensity, but when the material shackles are struck off by the friendly hand of death, then the spirit ranges abroad in perfect freedom and the sudden and startling rapidity with which its work develops, forms a theme for the amazement and admiration of posterity. Whatever else Mustafa Kamil may have been, he was a sincere and enthusiastic patriot. When he left Egypt to help the cause of his country in foreign countries, he was welcomed even in England by those who had the generosity to appreciate patriotism; but the moment it appeared that his work was beginning to bear practical fruit in Egypt itself, a storm of misrepresentation began to beat about his devoted head which has not even yet ceased. He was denounced as an intriguer, a paid tool of the Khedive, a Turcophil emissary of the Sultan. But Egypt felt the heart of a patriot in his writings and his speeches and her people responded to his call. The steady growth of the Nationalist Party has been mainly the work of Mustafa Kamil. It attained its consummation in the meaning of the recognised Nationalist Party when he was on the brink of the grave and his last self-forgetful service to his country was the speech which he rose from his death-bed to deliver upon that memorable occasion.

The programme of the Nationalist Party in Egypt has some resemblances to that of the Indian Nationalists. Its object is the independence of Egypt, its method is the appeal to the self-consciousness of the nation, and its reliance is on the help which God always gives to the cause of righteousness when it is pursued in a lofty and disinterested spirit. In his earlier career Mustafa relied too much on foreign sympathy and he persisted till the end in clinging to the hope of some assistance, moral if not material, from the foreign Powers financially interested in Egypt. But his trust in this chance of outward help never extended to the folly of expecting British statesmen to co-operate of deliberate purpose in hastening the day of Egypt's liberation. He was a statesman as well as a prophet of Nationalism. If he relied too much on foreign sympathy, it was because the national sentiment in Egypt was as yet local and he trusted in the moral support of other countries to prevent England from putting it down with the strong hand before it had become sufficiently self-conscious to survive oppression. The Sultan stood between Egypt and complete annexation to England, and therefore he always persisted in laying stress on the suzerainty of the Sultan. The religious solidarity of Islam was a moral asset in his favour and he insisted on this solidarity but never suffered it for a moment to interfere with the distinct existence of Egyptian Nationality. The cause of Nationality was his first object; the rest merely helps and supports. Towards the end of his career as the sentiment of Nationality grew more and more self-conscious and self-reliant in his countrymen, he too came to perceive in its fullness the truth that Egypt must rely on herself first and not on others. Foreign help can only be safe and beneficial if the nation has already grown strong enough to rely mainly on itself for its own separate existence.

Mustafa Kamil was a man of the type of Mazzini in one respect, his intense idealism and lofty idea of cosmopolitan unity embracing national independence. It is this idealism which will keep Egypt alive and secure the immortality of the Nationalist movement. When a movement for independence begins with diplomacy and Machiavellianism, it is doomed to failure as the Carbonari movement failed in Italy. God is not with it. It does not rely on the eternal principles of truth and virtue, but on the finite strength of human intellect and human means and to that finite strength God leaves it. When that strength comes to its limits, there is nothing left, and failure is final. But when a movement takes its stand on truth and justice, then it appeals to God Himself and He will see to it that the trust reposed in Him is not falsified. Failures may come but they will be only fresh incentives to purer and nobler effort. An immortal power will stand behind the movement and death will be afraid to come near it. Its leaders may be snatched away by the hand of death, hurried into exile or imprisonment, given to the hand of the executioner, but fresh leaders will arise. Its means may change from time to time, it may pass through ever-new phases and sometimes men may fail to recognise it as the same old movement, but God is within it always as its eternal and undying Self and it lasts till it receives its consummation.

Bande Mataram, March 3, 1908

Pak Ajak said...

Bila Lim Guan Eng sebut-sebut tentang khalifah Islam, ustaz-ustaz disurau mencerita dengan rasa bangga, tetapi pada kami, ia suatu penghinaan. Tidak terlintas ke dihati para ustaz-ustaz yang Lim Guan Eng mempermainkan kita dengan ayat-ayat yang terbukti telah mencairkan hati mereka sedangkan prinsip DAP terang-terang menentang pembentukan negara Islam.

Tak cukup Islam ke kita ini? Saya benar-benar tidak faham!!! Mesjid/surau dimerata-rata, bank-bank berlumba nak adakan perbankan Islam, ada sekolah agama, kolej/universiti islam, persijilan halal yang boleh dipercayai, mahkamah syariah dll.

Pergilah ke Medan (Sumatera), masuk sikit ke pendalaman, dapat dilihat gereja-gereja dicelah kampung orang melayu indonesia. Bar-bar minuman keras di kampung orang melayu pun banyak dan nampak terang-terang. Orang Islam pula, berpuak-puak dengan bermakzab-makzab. Satu pantang orang disana, jangan ditanya 'sudah solat ke belum'

Insaaaaaf lah... wahai saudara ku yang sebangsa dan seagama. Tak cukup baik ke lagi kita di sini...

Anonymous said...

kabuspagi,

apa yang xjumudnya org islam kat msia ni?xpayah tgk jauh2. tgk aje brape byk buku yg dh kene ban dgn kjaan bn. uni kita, student islam, duduk no brapa?brapa byk buku yg student uni kita baca setahun?kasi statistik tgk. pathetic.

jd klau ikut kabuspagi, sapa yg semayang baik. sapa yg bukan islam semuanya jahat belaka.

byk semayang xsemesti baik

xberiman xsemestinya jahat

BN 50 tahun rompak duit rakyat, ekonomi kita skrg diambang kemusnahan. tapi yg kita dok nampak kuasa saja. xpa, rakyat merempat pon xpa, asalkan melayu ni tuan.bagi 2 3 kerat yang kat atas nu kaya, kita yg ramai2 kat bwh ni merempat pon xpa

masa bila dap curi duit org melayu? masa bila dia khianat org melayu? dia tuntut org melayu supaya memerintah dgn adil. supaya hak rakyat semua dijaga dgn sama rata. xdak yang lebih xdak yang kurang. apa yang bercanggah dgn islamnya?

alok

Anonymous said...

Zorro Tua,

1)Jadi adakah dengan gagasan Tuan itu adil untuk menuduh orang-orang yang dalam grey area ini sebagai fraksi UMNO in the first place? Sebabnya kalau ikut Rahman Panjang mereka semua ni dah kira sebagai fraksi UMNO.


2)Tuan berkata "The thing about these people in the grey area, they hampered all the efforts made by the others who are working tirelessly to improve our nation."

Ah, jangan tuduh sebarangan seolah-olah Tuan dan orang-orang macam Tuan sahajalah yang reti 'to improve the nation'.

Tidakkah Tuan sudah hampir terjerumus ke dalam golongan ujub atau perasan bagus - yang berpendapat hanya Tuan atau orang-orang yang sewaktu dengan Tuan dan sama line dengan tuan sahaja yang mengerti 'working tirelessly' to improve the nation?

Barang diingat, ramai sekali orang-orang dalam grey area inilah yang sebenar-benarnya 'working tirelessly' untuk memenangkan calon-calon PAS dan the generally weak machinery PKR candidates dalam pemilu yang lalu dengan matlamat to improve the nation.

Selepas menang mereka ini disifatkan sebagai orang-orang yang kacau daun dalam usaha Tuan untuk 'improve the nation' a la Tuan?

And by the way, ceritalah sikit apa yang hendak dilaksanakan dan yang dimatlamatkan dengan 'to improve the nation' a la Tuan itu.

Sayapun sayangkan dan ingin 'improve the nation'. The greys mungkin jauh lebih sayangkan Malaysia daripada Tuan sendiri dan sudah tentu juga mahu 'improve the nation', tetapi dengan acuan yang mungkin tidak sama.

Apakah Tuan megambil perangai 'holier than thuou' untuk menganggap orang-orang lain yang juga ingin 'improvekan' Malaysia ini tetapi melalui acuan yang berlainan dengan Tuan sebagai kacau daun yang akan 'hamper' all effort to improve the nation? Tuan saja yang reti? Gitu?

Jadi kalau tak keberatan, kami nak tahu apa itu definisi Tuan tentang 'to improve the nation'; and what is the end-state?

kabuspagi said...

saya tertarik nak komen ulasan Alok..

alok cakap:-

"apa yang xjumudnya org islam kat msia ni?xpayah tgk jauh2. tgk aje brape byk buku yg dh kene ban dgn kjaan bn. uni kita, student islam, duduk no brapa?brapa byk buku yg student uni kita baca setahun?kasi statistik tgk. pathetic."

Ulasan saya :-

dah tentu-tentu ada sebab sesebuah buku diharamkan. alah di malaysia ni.. kalau nak baca buku yang diharamkan pun takde masalah.. kat mana-mana pun boleh dapat.. so what.. bab kedudukan pelajar kita dalam uni.. itu kawalan kerajaan ker.. kerajaan bertanggung jawab menyediakan peluang kemasukan ke uni.. itupun kalau dah campur tangan PKR dan DAP siap UITM tu kena open kat bukan bumi lagi.. bab berapa banyak buku tu.. kalau PR memerintah kita paksa bebudak nih baca buku... dan kita rekodkan..cuba mr. alok kira berapa banyak perpustakaan kat malaysia nih.. so beraba buku yang dah di sediakan oleh kerajaan.. takkan dalam bab nak baca buku pun kerajaan kena jaga bontot dia dan paksa deme baca.. pelbagai kempen dan di buat.. cakap senanglah mr. alok..

mr. alok cakap lagi:-

"jd klau ikut kabuspagi, sapa yg semayang baik. sapa yg bukan islam semuanya jahat belaka.

byk semayang xsemesti baik

xberiman xsemestinya jahat

BN 50 tahun rompak duit rakyat, ekonomi kita skrg diambang kemusnahan. tapi yg kita dok nampak kuasa saja. xpa, rakyat merempat pon xpa, asalkan melayu ni tuan.bagi 2 3 kerat yang kat atas nu kaya, kita yg ramai2 kat bwh ni merempat pon xpa

ulasan saya:-

bawak mengucap mr. alok.. memang dah termaktub siapa yang tak sembahyang tu kalau buat baik macam mana pun dia tu di pandang jahat oleh islam..

bab merempat tu satu hal.. kan saya dah bagi perbandingan tadi.. pendatang indonesia pun boleh kaya kat m'sia nih.. so salah siapa..

mr. alok kata lagi:-

"masa bila dap curi duit org melayu? masa bila dia khianat org melayu? dia tuntut org melayu supaya memerintah dgn adil. supaya hak rakyat semua dijaga dgn sama rata. xdak yang lebih xdak yang kurang. apa yang bercanggah dgn islamnya?"

ulasan saya..

bila masa saya cakap DAP curi duit orang melayu.. hak orang melayu yer lah kut.. kat perak tu DAP adil ker.. kalu adil dia akan bahagikan sama rata kerusi exco tu.. walaupun dia ada 18 kerusi..tp bab exco dia kena bhagi sama rata.. tp dia nak ikut kuata jugak.. adil ker bagi rakyat negeri perak.. apa bezanya dia dengan BN dulu bab kersi exco nih.. dan satu lagi dalam komen saya sebenarnya hanya memikirkan tentang apa yang kita perjuangkan iaitu islam.. tp mr. alok kaitkan isu melayu pulak..kalau nak ulas bab melayu ni satu hari satu malam pun tak habis... dalam bab penubuhan negara islam yang kita perjuangkan.. dah terang-terang Lim Guan Eng kata dia akan terus memperjuangkan penubuhan sebuah negara liberal.. itu bukan bercanggah dengan islam ker.. bawak mengucap mr. alok..

saya amat bersetuju dengan pandangan pak ajak.. terima kasih dengan perkongsian maklumat apa yang berlaku kat indonesia...

zorro tua said...

Dear Anon October 12, 2008 12:16 AM,

Please answer the 1st question first, do you think that there is no REAL valid reason for us to change the current government? Everything is fine and OK? Do you feel like that? I dont want to waste yours or my own precious time.

Kind regard, zorro

Anonymous said...

Tulang besi ini memang pelik sekembalinya dari dari Iowa USA dalam pertengahan tahun 90an. Di USA beliau mengikuti program Islam di sana sini bersama dengan pelajar2 yang cenderung kpd gerakan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia, beliau sanggup bermusafir beratus batu, mengikuti usrah dan halaqah ilmu di sana sini, dan menjadi petugas yang baik dalam banyak program ketika menuntut di luar negara. Beliau juga seorang yang cukup bersopan satu masa dulu.

Tetapi setelah beliau kembali ke tanah air, beliau menjadi radikal dalam gerakan Islam. Beliau lebih cenderung dengan kumpulan sosialis dan menunjukkan pemberontakan di dalam jamaah dan menghamburkan pelbagai kata-kata yang terkeluar dari garis akhlak dalam berjamaah terhadap pimpinan di pelbagai peringkat di dalam PAS.

Beliau terus memuji dan menyanjung orang di luar jamaah dan menjadikan pimpinan seperti arwah Rostam Sani sebagai idola perjuangan. Munkjin kerana ada hubungan darah atau keluarga dengan orang arwah Rostam Sani, beliau merasa kagum dan teruja dengan pemikiran Rustam Sani, Prof. Syed Hussin Ali dsb. Beliau juga teruja dengan pimpinan PKR.


Akhirnya beliau terus berkeras dan menghabiskan masa bertengkar dengan rakan-rakan dalam PAS. Beliau memakai "baju PAS" dan mendakwa beliau juga ahli PAS tetapi di dalam hati dan jiwanya bukan bersama PAS. Beliau pernah ambil kesempatan berselindung di belakang beberapa pimpinan Selangor selepas 1998, dan menjadi orang kepercayaan beberapa orang pimpinan Selangor yang baru ketika itu.Dan ketika itulah juga beliau dapat lesen besar untuk 'masuk ke sana ke mari" dalam mesyuarat dan pertemuan serta seminar dalam PAS. Kini lebih dari 10 tahun beliau masih terus dengan nada provokasi yang sama dan lebih teruk lagi apabila beliau berada dalam TKO.

Saya nasihatkan tuan/puan biarkan aja TB ini ghairah dan seronok dengan hujah dan pelurunya yang sengaja mahu menghabiskan masa kita untuk berpolemik. Biarlah dia kata apa dia nak kata apa hatta sampai hari kiamat sekalipun. Lagi kita layan lagilah popular dia, sepertimana Kassim Ahmad dengan buku anti-hadithnya. Kassim Ahmad bukan ahli dan bukan pakar dalam bab agama; bila beliau menulis bab hadis dan menolak hadis di dalam akhbar, maka ramailah ulama dan bukan ulamak meraikan dia dan berhujjah dengan dia. Akhirnya Kassim Ahmad menjadi popular dan dianggap sebagai pencetus minda kritikal dan kemudian dapat ijazah doktor persuratan dari UKM. Orang yang tidak ada ilmu dalam bidang agama, bercakap pasal hadis. diraikan Samalah dengan Tulang Besi, dia bukanlah orang yang arif dalam gerakan Islam dab bukannya pakar dalam bidang sejarah mahupun agama. Tapi beliau lulusan Bachelor degree dari USA, pandai berbicara, pandai provokasi. Tinggi lampai, segak orangnya, petah berkata-keta. Lagi kita melayannya, lagilah beliau seronok dan mendapat perhatian.

Biarlah Tulang Besi dengan tulang dan besinya...kita teruskan kerje kita mengukuhkan jentea parti dan perjuangan serta tanggungjawab memerintah sekarang. Biarlah dia dengan keras besinya....

Tidak ada perkataan yang saya mampu sampaikan kepada TB kecuali kembalilah kepada fitrah kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah SWT, tundukanlah hati kepadaNya, jauhkan sifat2 mazmumah dalam dirimu.....carilah keredhaanNya, bukan keredhaan manusia

Tulang Besi said...

anon October 12, 2008 1:43 PM,

Saya nasihatkan cuba dapatkan maklumat yang tepat. Ini kerana saudara serkap jarang dan telah menyebabkan saudara nampak begitu hodoh sangat.

Pertamanya, saya tak pernah belajar kat Iowa.

Keduanya, semasa saya kembali dari USA, saya berkecimpung dalam gerakan pelajar PAS.

Ketiga, saya pernah pegang jawatan dalam PAS KAwasan di salah sebuah kawasan di Selangor.

Jadi, percubaan untuk mewarnakan saya sebagai Sosialis ni adalah antara kempen fitnah yang ditaja oleh mereka yang tidak senang dengan pendedahan yang saya buat dalam blog saya ini.

Tak perlu lah buat fitnah untuk memburukkan saya.

Anak Perelih said...

Anda anak saudara kepada isteri Rostam Sani kan???

http://keluarga-rohani-rustam.blogspot.com/2007/05/rahman-talib-bekerja-di-mesir.html

anda ex IU9 kat PPP/ITM kan... pernah jadi presiden IUSC masa tu?

Rasa macam pernah kenal secara dekat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.