Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 23, 2008

Adakah PAS Selangor Sokong Usaha Roslan SMS Untuk Menjatuhkan Beberapa Pimpinan PAS Pusat?

Baru2 ini saya mendapat maklumat, Roslan SMS telah dilantik Ketua Penerangan dengan menggantikan Saari Sungib. Perlantikan beliau dibuat dengan begitu terkejut sekali kerana ianya tidak pernah dibuat dengan sebegini rupa.
Ini kerana biasanya perubahan “kabinet” hanya dilakukan pada setiap kali lepas Muktamar sahaja. Sekiranya berlaku pertukaran di antara waktu muktamar, maka biasanya ianya dilakukan kerana sebab-sebab yang tertentu sahaja, misalnya perletakan jawatan atau kenaikan pangkat.

Pengguguran Saari Sungib dan Khalid Samad dilakukan tanpa apa-apa sebab yang jelas dan konkrit. Walaupun ianya sah dari segi perlembagaan, tetapi cara dan masa yang dilakukan pertukaran tersebut amat meragukan kita semua.

Saya telah mendedahkan betapa Roslan SMS telah berkempen kepada Dewan Harian Kawasan beliau bahawa Husam Musa dan beberapa pimpinan PAS Pusat mestilah dibersihkan dari kepimpinan. Beliau juga telah berkata bahawa pembersihan itu mesti dilakukan dengan kadar segera dan tidak boleh menunggu Muktamar kelak.

Nampaknya usaha beliau itu telah disambut oleh Perhubungan PAS Selangor khususnya Pesuruhjaya PAS negeri, Dato Hasan Ali. Roslan telah dilantik Ketua Penerangan menggantikan Saari Sungib tanpa ada apa-apa alasan yang diberikan oleh Dato Pesuruhjaya.

Tapi Bukan ke Roslan Pernah Pegang Jawatan Ketua Penerangan Negeri Dahulu?

Setahu saya, Roslan SMS pernah memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Negeri satu masa dahulu selama satu penggal. Diberitakan pada masa beliau memegang jawatan tersebut, tiada apa yang dilakukan oleh beliau kecuali memanaskan kerusi Ketua Penerangan sahaja.
Kita boleh bertanya apa yang boleh dibanggakan dengan Roslan SMS memegang jawatan Ketua Penerangan dahulu? Atas sebab itu, apa rasional melantik semula Roslan sebagai Ketua Penerangan sekali lagi sedangkan rekod beliau sebagai Ketua Penerangan dahulu amat menyedihkan.

Kalau ingin melantik semula bekas Ketua Penerangan, calon yang paling layak adalah Khalid Samad. Sewaktu Khalid memegang jawatan Ketua Penerangan, Khalid telah Berjaya menghidupkan akhbar PAS Selangor yang pertama bernama “PINTAS”. Dan secara bersendirian Khalid Samad mampu menerbit, mengedar serta mengumpul dana bagi menjayakan akhbar tersebut. Dan akhbar tersebut istiqamah terbit sehinggalah Khalid tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Jadi, saya ingin menyoal Perhubugan PAS Selangor, apa rasional melantik Roslan SMS semula sebagai Ketua Penerangan Negeri? Apa yang hebatnya Roslan SMS sehingga beliau terpaksa dilantik semula? Kurang sangatkah ahli PAS Selangor sehingga terpaksa “recycle” semula orang yang jelas telah gagal di dalam memegang amanah ini?

Perhubungan PAS Selangor Mahu Membantu Menjayakan Konspirasi Roslan?

Saya tahu ramai dari ahli Perhubungan Negeri Selangor secara senyap tidak bersetuju melantik Roslan SMS sebagai Ketua Penerangan Negeri. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Selangor untuk menyuarakan bantahan kepada perlantikan Roslan ini.
Jika tidak, maka Badan Perhubungan PAS Selangor juga terlibat sama di dalam konspirasi Roslan SMS untuk menjatuhkan Husam Musa dan ramai lagi pimpinan2 PAS Pusat hanya kerana mereka tidak bersetuju PAS menyertai Barisan Nasional.

Dengan jawatan Ketua Peneranan negeri ini, Roslan SMS boleh melawat semua kawasan dalam Selangor untuk menyebarkan fitnah beliau kononnya Husam Musa dan ramai lagi pimpinan2 PAS Pusat tidak lagi wala’ pada ulama.

Walhal, arahan Syura Ulama tersebut adalah arahan jadi-jadian yang tidak pernah wujud tetapi dijadikan modal oleh Fraksi UMNO untuk membersihkan mereka2 yang dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Kata Nak Menyatukan Fikrah, Kenapa Lantik Roslan SMS?

Baru-baru ini, hasil dari “retreat” di Langkawi, semua telah bersetuju untuk menyatukan fikrah masing-masing di dalam jemaah. Soalnya sekarang, sekiranya ikhlas menerima keputusan tersebut, mengapa lantik Roslan SMS?

Ini kerana Roslan SMS adalah simbol pemecah belah PAS. Tindakan Roslan SMS baru-baru ini sudah pun dimaklumkan kepada Dato Pesuruhjaya dan juga kepada Dato’ Presiden. Dato’ Hasan Ali amat maklum terhadap aktiviti pecah-belah Roslan SMS ini kerana hampir kesemua Ahli Dewan Harian PAS Kelana Jaya adalah kenalan Dato Hasan Ali. Saya yakin Dato’ Hasan Ali amat maklum rekod Roslan ini.

Tetapi kenapa Dato Hasan masih melantik tokoh pemecah belah macam Roslan ini? Adakah Dato’ Hasan Ali bersetuju dengan usaha memecah-belah parti yang ditaja oleh Roslan SMS ini?
Mustahil Dato Hasan Ali tak tahu aktiviti Roslan SMS ini tetapi mengapa masih dilantik juga si Roslan SMS ini.

Misteri ini saya akan dedah dalam tulisan-tulisan saya yang akan datang, inshaalah.

Memang Roslan SMS Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong

Penerimaan Roslan SMS terhadap jawatan ini adalah sebahagian dari siri perangai Roslan SMS yang tak tahu malu dan takda maruah.

Beliau masih memegang jawatan Ahli Majlis MPSJ sedangkan beliau terlibat dalam aktiviti anti- Pakatan Rakyat, beliau heboh kata perlu ikut AL Quran dan Sunnah tapi beliau buat fitnah terhadap Husam Musa dan ramai pimpinan PAS, beliau kata kena ikut tarbiyyah tapi beliau lah juga yang giat melanggar ajaran tarbiyyah jamaie dengan membawa amalan2 yang tidak sehat dalam PAS.

Saya tak tahu lah apa nak jadi dengan PAS Selangor selepas ini. Kalau hendak PAS Selangor kekal atas dasar Al Quran dan As SUnnah, korupsi seperti ini wajib dihentikan dengan kadar segera.

Tulang Besi

21 comments:

mahaguru said...

Bro Tulang, kau ni memang tokoh pemecah belah saf pimpinan PAS. Mengaku ahli PAS tapi kerja mengadu-domba, mengutuk dan melaga-lagakan pimpinan PAS. Kau ni agen umno ke? Bro, berapa dapat daripada puak2 umno? Baik kau daftar jadi umno lagi baiklah brother! Nama saja lulusan luar negara, tapi hampeh!

Tulang Besi said...

wahai Mahaguru,

Agen UMNO dalam PAS adalah Fraksi UMNO yang satu masa dulu cuba untuk bawa PAS masuk UMNO.

Kau yang nak soal aku PAS ke UMNO, kau bila masuk PAS?

Tulang Besi said...

Wahai Mahaguru,

Pemecah Belah PAS adalah puak yang kata ada Kumpulan Erdogan dalam PAS


Kau mentah lagi dalam PAS ni, balik ngaji la.

Anonymous said...

Apakah benar Roslan SMS telah dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PAS Selangor? Kalau benar sepertimana kata Tulang Besi apa ertinya semua ini. Kembali lah kepada perjuangan gerakan islam yang dibawa oleh PAS dari sejak penubuhan. Dengarkan kembali apa yang telah dikatakan oleh Allahyarham Prof Dr Zulkifli ketika pembentukan Kerajaan Pas Kelantan dahulu. Sebab itulah Allah tidak memberikan kemenangan lebih besar kepada PAS, baru satu dua negeri dah gila pangkat, darjat dan kedudukan. Allah itu maha mengetahui tetapi yang tidak tahu manusia yang kerdil inilah sehingakan tidak lagi kenal siapa lawan siapa kawan. iblis telah bertenggek di baru mereka dan mengatakan engkaulah yang benar, berbalah lah. Lupakan kepada UMNO dan biarkan mereka uruskan parti mereka, kita uruskan parti kita untuk ahli kita, jemaah kita yang Islam bukan bangsa melayu semata.

IbnuQalil said...

Salam a'laik,

Buat TB banyakkanlah bertaubat. Anda tak serik-serik menebar dan menabur fitnah. Andai semua perkara ni dari anda, anda perlu muhasabah. Dan andai semua maklumat ni dari informer2 anda, kaji dan selidikilah. Jangan copy and paste maklumat membabi buta.

Jangan ta'sub Husam Musa dan Khalid Samad. Amboi, depa ni maksum. Xleh disentuh langsung. Berapa anda dapat ye duit haram? Sudah-sudahlah. Kalau anda ngaku anda ahli gerakan Islam, nasihat saya berhenti dari menjadi blogger itu lebih aula dari anda menebar fitnah durjana. Wallahua'lam.

Anonymous said...

OI !!!! CI BAI UMNO !!!! JAN MELUAT KAT SINI !!!! PI BODEK KORANG PUNYA BARISAN NAJIS !!!!

Aku Fed up dah. said...

Cukuplah. Aku kenal Roslan SMS dan aku kenal Tulang Besi melalui tulisan mereka. Bak kata orang tua tua, sekilas ikan diair ku tahu jantan betina nya. Roslan hentikan sandiwara kamu dan Tulang Besi hentikan serangan kamu. Roslan, tinggalkan PAS dan duduk dirumah dan jangan kacau PAS kerna PAS untuk ahli yang ikhlas bukan sahaja kepada Allah tetapi sesama Jemaah. Tulang Besi tumpukan pada fokus hidupmu, Mereka yang tidak ikhlas dalam PAS ini pasti akan tersingkir dimasa depan. Mereka merancang, Allah jua ada perancangan nya, sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang paling sempurna.

Anonymous said...

Ianya fitnah hanya jika maklumat itu tidak betul. Kalau betul, sy rasa tak salah, kan? Sampai bila kita nak biarkan sesetengah pihak dalam PAS membuat keputusan sewenangnye? Perkara yang tak betul boleh dirahsiakan dan harus dipertengahkan untuk kebaikan parti.

Spy Leman said...

Kami dah nampak sendiri, mereka mereka ini berunding di bilek mesyuarat (????????) dengan kroni kroni UMNO. Geng mana lagi kalu bukan geng yang nak bermuzakarah itulah. Ini bukan fitnah, ianya adalah benar.

Anonymous said...

THE cleansing of the "pro-Anwar" group in Pas, popularly known as the Erdogan faction, has started.
It was no surprise when Selangor Pas took the lead on Friday, removing two popular leaders -- Shah Alam MP Khalid Abdul Samad and Hulu Kelang state assemblyman Saari Sungip -- from its main committee line-up.

A division leader who attended the liaison committee meeting at the Selangor Pas office in Shah Alam claims that the decision was unanimous as members felt that Selangor Pas chief Datuk Dr Hassan Mohd Ali should have people with whom he can work in the committee.

The removal of the duo was made after a lengthy discussion at the state Pas' Dewan Harian, or management committee meeting, that was held before the liaison committee met.

Baca lagi di NST. We are heading the wrong way...

Tulang Besi said...

Mungkin Anak Si Sikit (Ibnu si Qalil) yang perlu bertaubat kerana membela tokoh yang hendak memecah belah kan PAS seperti Roslan SMS.

Tapi biasalah Anak Si Sikit ni mungkin tak kesah bila ada orang berkempen pada Dewan HArian mereka untuk menjatuhkan pimpinan2 PAS Pusat seperti Husam Musa.

Takda pula Anak Si Sikit (Ibnu Qalil) ni komen pasal tu pulak ye?

Ehhh, bukan ke Anak Si Sikit (Ibnu Qalil) sebahagian dari Fraksi UMNO?

troubadour said...

Salam TB aka RC,

My plea to you is not to let your personal disagreement and dislike for Roslan SMS to blind you or causing you to move tangential to our struggle. Just ponder upon this.

Thanks
troubadour

Anonymous said...

kahkahkah..barua barua UMNO pikiaq,by removing Khalid, and Saari,they will be able to take over Selangor..kahkahkah..semua dah tau who d f*k is this Doc Assan..he thinks he can have the support of The Sultan,and walah!!Jadi MB..piraah!!In a way it's good that all the UMNO baruas are in a camp n visible..senang nak identify them..and when the time for a major drastic action comes..it will be easy to thrash them down..tak payah lantik "spy" utk cari invisible hands..kahkahkah

Iman Tsauban said...

I'm definitely with u on this, TB. Way to go!

Anonymous said...

kerana nak satukan fikrahlah maka nyang dikenalpasti berlainan fikrah diterajang keluar...
kini ada lak pemimpin yang dok tagih wala' dari akar umbi, kenape weh? nak tanya sikit, mana lebih aulia', wala' yang ditagih atau yang ikhlas?

semoga Allah akan telanjangi mmereka-mereka nyang sedang buat onar dalam pas - melalui ucapan atau tindakan mereka - supaya dikenali oleh akar umbi, amin.

spy leman, 11.11.08 jam 5 ptg somewhere in jalan ampang, ya? dedah, jangan tak dedah...

Allah tu mahakaya lalu Dia zahirkan kelakuan mereka...

Navi said...

I have met Khalid Samad and I have heard him speak. He seems a man of action, reasonable and non-partisan.
His arguments are based on knowledge and reasons.He is not an ulamak but he is a true follower of the faith.It is rather shocking that he is removed from the decision making body for PAS Selangor.
Dato' Hassan Ali has not quite lived up to his promises he made before the last GE. His actions does not auger too well for him and his initial meeting with Khir Toyo in an UMNO-PAS government attempt showed his true self. His frustration at not being named MB for Selangor; his true ambition being thwarted does not match up to the type of leader that the Selangorians would like. He would probably voted out the next GE, together with his cronies.

Anonymous said...

insya' Allah, hassan ali akan terima padahnya! if you dare to kick out dr mariah, khalid samad, dr hatta ramli, dr lo'lo, do it... you will face the wrath of the rakyat.

kepada kepimpinan pas, sama-sama kita hayati kata-kata keramat almarhum ustaz fadzil noor "Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”. "UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

Anonymous said...

insya' Allah, hassan ali akan terima padahnya! if you dare to kick out dr mariah, khalid samad, dr hatta ramli, dr lo'lo, do it... you will face the wrath of the rakyat.

kepada kepimpinan pas, sama-sama kita hayati kata-kata keramat almarhum ustaz fadzil noor "Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”. "UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

dato' said...

yAKINLAH. pEMBERSIHAN ITU BUKAN KERANA PAKATAN RAKYAT TETAPI MENGEMBALIKAN pas DENGAN TARBIAH pas BUKAN JIM, BUKAN ABIM.
TULANGBESI, hentilah darimenganggu. Berjuang diluar tak sama di Medan> maklumat diterima dari sebelah pihak atau memang benci sebelah pihak. Masuk PAS kena akur tarbiah PAS bukan tarbiah lain> Tarbiah PAS ternyata telah mempertahankan prinsip PAS lebih 50 tahun!! buatlah artikel membina bukan menghancur!!!

Anonymous said...

apakah blog antihusam hasil dari tarbiah pas?

Anonymous said...

owh..Allah Maha Mengetahui...baru menang sikit kita da nampak mereka bergaduh2 dan tikam2 antara satu sama lain..apa nak jadi?? kat malaysia umat islam dalam krisis kena pijak2 tapi parti yg sepatut pertahan islam dok gado2 tak tentu hala...jgn bising kalau anda ilang vote utk GE next term..kami rakyat tak nak tgk korang memekak tikam blkang tapi kami nak korang bekerja mcm korang janji dulu..Allah Maha Mengetahui dgn kemenangan kecil yg PAS dapat term ni kita dapat lihat siapa msuh dalam selimut..Smoga mereka ni d cantas..Btw sy sokong nik aziz husam musa dan khalid samad dan ustaz azizan..klau nak ikut pendapat nik aziz dan ustaz azizan lebih sokong golongan muda pas yg sedang meningkat.tp mcm ada tangan yg halang PAS d prfesional kan mungkin ada yg tak mahu lihat kuasa mereka ilang kepada golongan profesional PAS...yg lain sy tak pasti ape kejadah mereka buat..dok cakap tak srupa bikin ada laaa..hasan ali memang aku tak suke aaaa..xde ape dia buat kat selangor..exco ceramah politik je kot..hari2 dok ceramah politik..tp ape pun tak buat..

Aku akan sokong Khalid Samad
SHAH ALAM Citizen.......Peace
kalau next term korang letak orang lain kat shah alam aku akan sokong BN..mungkin korang rasa aku sorang xde kesan..tp ramai yg sayang khalid samad kat cni...Hasan Ali musuh dalam selimut..jgn percaya dia..Sokong nik aziz faction ( husam musa, khalid samad + golongan profesional PAS)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.