Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 28, 2008

Benarkah PAS Selangor Di Pinggirkan/Di Anak Tirikan

Baru-baru ini Langkawi, wakil PAS Selangor apabila membentangkan berkaitan Selangor telah memberikan laporan yang 100% negatif. Kesimpulannya, PAS Selangor seperti di jadikan anak tiri atau anak buangan dalam kerajaan Selangor. Di bawah adalah sepucuk surat yang disiarkan oleh Bakaq@Penarik Beca.com. Ia adalah jawapan dari seorang tokoh korporat berkaitan dengan beberapa dakwaan biasa yang sering kedengaran di Selangor. Kalau tak silap, dalam Muktamar di Ipoh juga perkataan
"anak tiri" digunakan tetapi telah disanggah oleh Khalid Samad. Tak hairanlah sekarang Khalid Samad pula telah disanggah dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor

Thursday, November 27, 2008
Kompleks kontot diri Pas Selangor

Berikut ialah email dari seorang tokoh korporat kepada saya. Dia bubuh tajuk "Inferiority complex". Saya ubah tajuknya kepada "Kompleks kontot diri Pas Selangor". Saya siarkan kandungannya tanpa edit sikit pun:

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Saya ada baca blog Pak Bakaq berkenaan pergolakkan dalam PAS Selangor.Saya tertarik dengan komen yang dibuat oleh pegawai PAS Selangor bahawa PAS rasa terpinggir kerana PAS di DUN Selangor adalah parti dalam Pakatan Rakyat yang terkecil sekali bilangan kerusi DUNnya.Sedangkan PAS di Selangor merupakan parti yang terbesar dari jumlah ahlinya,dari jumlah Kawasan dan Cawangannya dan dari jumlah kekuatan 'resources'nya.PKR Selangor dan DAP Selangor tidaklah sekuat PAS.

2.Kalau tidak silap saya, Presiden PAS pun pernah merungut bahawa PAS tidak diberi pengiktirafan sebagai parti yang terkuat didalam Pakatan Rakyat walau pun ahli PAS, jentera organisasi PAS dan kekuatan 'resources' PAS adalah jauh lebih hebat daripada PKR dan DAP.

3.Maafkan saya Pak Bakaq, kerana pada pandangan saya kalau begini pandangan PAS,bahawa PAS perlu diiktirafkan sebagai 'the premier' parti dalam Pakatan Rakyat kerana jumlah ahlinya yang besar, organisasinya (Kawasan dan Cawangan) yang besar, sumber 'resources'nya yang besar, maka ada pemimpin PAS yang menghadapi sindrom 'inferiority complex'.

4.Kalau PAS semuanya besar, mengapa pencapaiannya adalah yang paling kecil ? Di Parliment PAS(23 wakil rakyat) dari bilangan kursi adalah yang terkecil daripada DAP(28 wakil rakyat) dan PKR(31 wakil rakyat).Di DUN Selangor pun bilangan ADUN PAS adalah yang terkecil diantara ADUN-ADUN PR.Mengapa PAS tidak menjadi parti yang paling banyak ahlinya(yakni dikalangan parti-parti didalam PR) didalam Parlimen dan DUN Selangor ? Dimana silapnya, kalau ahli,jentera dan sumber yang paling banyak,tetapi pencapaian yang paling kerdil ? Kalau PAS adalah syarikat yang didaftarkan di Bursa Saham Malaysia, Pengurusan PAS Bhd boleh dibuang kerja kerana membawa 'results' yang paling sikit ! 'PAS Bhd.' cawangan Selangor perlu dirombak langsung pengurusannya, kerana memberi pulangan yang sedikit ! Kalau PAS adalah PAS Bhd, CEOnya perlu mengundur diri kerana prestasi syarikat tidak setanding dengan prestasi DAP Bhd. dan PKR Bhd yang jauh lebih kecil daripada PAS Bhd. !

5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !

Wassalam.Terimakasih.

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at

15 comments:

Serious Shepherd said...

Perlu diingat bahawa semasa pilihanraya sejak PKR ditubuhkan, ahli PAS dan PKR yg berbangsa Melayu dan beragama Islam tidak menganggap bahawa mereka dari parti yang berbeza, dan berlakulah 'pool of resources' yang turut membantu kemenangan PKR. Jadi tidak adil kalau CEOnya disuruh berundur kerana mendapat peningkatan kerusi parlimen berbanding pilihanraya 2004.

Pencapaian yg lebih kecil mungkin disebabkan transformasi dari Negara Islam ke Negara Berkebajikan yang menyebabkan pengurangan undi di kawasan 'Malay heartland' tetapi membantu memberikan kemenangan di kawasan yang tidak pernah ditawan PAS seperti Shah Alam, serta mengelakkan DAP menjadi seperti PRU 1999.

Navi said...

The March election victory should be treated as a joint effort by all parties and all should share in the responsibilities of maintaining PR as a united front. It is when one whines and complains that he is not being given equal representation that opposition BN takes advantage of manipulates this perceived lack of opportunities.
In my little Taman MPP22, Out of the 20 selected members of MPP representatives 15 are from PAS. This is despite the Councilor for the area is from PKR.
You win some you lose some.
Hasan Ali has proven to be a man with no principles. He has forgotten his earlier promises and is bent on raising petty issues to embarass the MB and the state government. Perhaps he should resign from PAS and join UMNO to which he seems so attached.

chong said...

pas needs to reform within the party. i hope the more liberate, open minded and "ketuanan rakyat" thinking group will succeed.

sman said...

Itu le aku dah kata, mentaliti pemimpin Pas sama je dgn Umno,tamak kuasa.Di Perak Pas di beri kerusi MB mereka tak nampak,atau Pas Selangor ni tidak sama partinya dgn Pas Perak ?.Bagaimana kedudukan PKR di Perak,tak terpinggirke?.Selama 50 tahun Pas di tubuhkan mereka hanya terkial-kial di Kelantan pun mereka lupa.

Kononnya Pas berjuang demi Islam,kalah menang tak jadi masalah,kerana semuanya kerana Allah.Tapi bila menang rupanya'kerana Allah' dah jadi no 2,kuasa pula yg jadi no 1.Tak kesah lah,kalau kemenangan yg di capai semata-mata kerana Pas,tapi kemenangan kali ini ramai yg berjasa sebenarnya ,bukan hanya kerana Pas ahli terbanyak.

PAS,oh Pas.

Anonymous said...

I agree with Navi - those UMNO-leaning 2-faced agents who strive for Ketuanan Melayu should join UMNO.
Pakatan Rakyat should be about Ketuanan Rakyat and promote Kebajikan Rakyat, not 'one for you, one for me & nothing for the man in the street UMNO-style'.

Kalau PAS nak survive next election, tunjuklah semangat & kesungguhan untuk berjuang demi rakyat, tak kira siapa sebab Islam memperjuangkan keadilan untuk semua bangsa bergelar manusia.

Anonymous said...

Politicians are the same all over. It's all about power and position. The rakyat can go hang.

Anonymous said...

.

is he the one who instigated the "religious issue" the one involving MP Low?

Can you find out?

.

Anonymous said...

Ustaz ustaz dalam PAS (termasuk lah Hassan Ali) bodoh bodoh belaka.

Bila ada golongan professional naik, maka nak dicantas sebab kalau lawan nanti, yang bodoh bodoh ni tentu kalah.

Mujurlah Menteri Besar Perak golongan professional. Itu pun mungkin sebab Sultan Perak yang pilih. Kalau bagi ustaz jadi MB, macam kes Kedah jadinya.

Anonymous said...

Watch out dis fella by the name of hassan ali..he's not a genuine PAS's heart..
His blood is painted in dark blue.

Anonymous said...

Pas di Selangor tidak di pinggirkan dan tidak dianak tirikan. Hanya orang yang kecewa dan mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah yang akan kata begitu.
Takkan pemerintahan 8 bulan nak dijadikan ukuran berbanding dengan umno/BN yg memerintah 51 tahun tapi masih ramai rakyat Selangor yang daif tegar. Berikan TS Khalid dan Dato Hasan Ali masa untuk mereka menyesuaikan diri mencari titk kesamaan dalam mentadbir Selangor secara telus dan beramanah.
Janganlah jadi kumpulan umno/Reformis yang nak bertelanjang sambil demo bila sewa rumah rakyat nak dinaikkan. Sebahagian drp tuan penyewa tu hisap rokok yang berharga RM8 sehari x 30 hari, kira sajalah. Itu belum lagi siaran ASTRO yang dipasang hanya untuk berhibur. Itu memang dah jadi mentaliti Melayu umno, budaya hendonisme mesti dimartabatkan.
Kesimpulannya- jangan perlekeh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Mereka jauh lebih baik daripada si Tokoh Penyapu Negara, Khir Toyo yang tengah berangan sakan nak jadi Ketua Pemuda umno Mac nanti.

sinner said...

anon 3:02, sejak ble plak hassan ali tu ustaz? hasan ali antara professional yg berada dlm pas..n u're wrong bile kata mb perak bukan ustaz..ustaz bukan pd pangkat,tp pd ilmu..mb perak tu sblm jd mb memberi ceramah agama kat merata2 tempat kalo encik anon nk tahu..kelantan hancur ke under Tok Guru for 18years?hanya org klntan je tahu..org luar duk dgr benda dlm tv jer..

on top of everything, rasulullah pemerintah madinah n dia adelah tok guru atas segala tok guru..no problem pon..

Anonymous said...

Politicians, always greedy and asking for more power. How will we ever progress I wonder?

Anonymous said...

Saya tak kat Hassan Ali tu ustaz. Saya kata Hassan Ali tu bodoh. Pertama, dia nak buat deal dengan Umno membelakangkan PR. Bodoh!! Sekarang dia nak cantas pula Khalid Samad dan Saari Sungip. Wah macam raja dia ya. Kalau dia ingat orang PAS tak tau dia belot, maka sah lah dia memang bodoh.

Ustaz yang lain dalam PAS seperti Nasharuddin dan Ustaz Hadi pun bodoh!! Nak sangat pada Umno, sedangkan yang dok pukui orang bawahan PAS semasa berkempen adalah orang UMNO. Tak ke bodoh!! Malas nak cerita pasal Ustaz Kedah tu. Nik Aziz tu gua kena respek lah. Savvy juga.

Anonymous said...

kan i dah cakap hassan n roslan ini kena watch properly, kalau tak Hadi awang pun akan ikut cakap mereka, i ingat tok guru nik kene tegur 2 budak mentah ini yang gila kuasa, belajar lah dari MB Perak, semua dun blh bekerjasama tak pikir pasal pangkat, dipinggirkan, dato khalid samad hentam mereka cukup-cukup kalau mereka lari dari perjuangan ketuanan rakyat, i think time for Husam to make a move, kalau tak Hadi Awang akan telanjangkan Pakatan seblm GE13.

Anonymous said...

biaqpi apa depa nak buat... depa ingat depa je dok rancang, orang lain tak. insya' Allah,yang terbaik akan jadi kenyataan - terbaik untuk rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.