Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 2, 2008

Fitnah Terbaru Antihusam Terhadap Tulang Besi

Saya terkejut. Tak habis-habis puak Fraksi UMNO sekarang ini melayarkan fitnah mereka. Melalui suara mereka blo AntiHusam, fitnah terbaru telah dilayangkan kepada saya.

1.0 AntiHusam berkata:

"6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS."


Di sini saya ingin bersumpah dengan Nama Allah SWT, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, sesungguhnya saya tidak terlibat dengan Husam Musa mahupun saya menjadi tali barut beliau di dalam tuduhan Fraksi UMNO kononnya Husam hendak menjatuhkan Presiden PAS.


Saya berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT menurunkan bala yang serupa yang diturunkan Allah SWT ke atas kaum Nabi Salleh kepada orang yang bertanggungjawab memfitnah saya ini.

Heran, orang ini mendakwa mempertahankan kepimpinan Ulama tetapi kuat memfitnah. Adakah ini produk tarbiyyah puak2 Fraksi UMNO ini? Adakah dalam silibus tarbiyyah mereka dibenarkan mereka memfitnah dan menista pimpinan sesuka hati mereka?

Kalau ini lah produk kepimpinan Ulama dalam PAS, saya tak tahu apa nak kata.

2.0 Para pembaca sekelian harus juga melihat pembohongan dan penipuan blog AntiHusam ini. Di dalam blog itu dipaparkan imej ini:



Blog Fraksi UMNO ini menayangkan penipuan ini secara berterusan. Hakikatnya keputusan Syura tersebut tidak wujud dan tidak pernah diminitkan. Ianya hanya dakwaan kosong dan penipuan yang dilayangkan oleh puak2 Fraksi UMNO dalam PAS yang kemaruk sangat nak bawa PAS masuk BN.







3.0 Mereka sekaran ini takut dengan Husam Musa kerana Husam Musa adalah tokoh nombor 3 dalam PAS hasil dari kedudukan beliau sebagai Naib Presiden 1. Di saat ini di kala imej Ustaz Nasaruddin Mat Isa sudah mulai busuk dan kotor, mereka melihatkan bahawa Husam Musa mampu untuk mengalahkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sekiranya berlaku pertandingan.

Walaupun pada hakikatnya, Husam Musa tiada niat untuk melakukan demikian.

Masaalah yang dihadapi oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah beliau dilihat sebagai orang suruhan Mustafa Ali oleh ramai pihak dalam PAS. Sehingga persepsi bahawa Timbalan Presiden PAS yang sebenarnya adalah Mustafa Ali dan bukannya Ustaz Nasaruddin sudah semakin menular di kalangan pendokong dan aktivis PAS. Ini menyukarkan mereka untuk mempertahankan Ustaz Nasaruddin sekiranya berlaku pertandingan kelak khususnya sekiranya yang mencabar itu adalah Husam Musa

sekiranya ustaz Nasa tumbang, pengaruh "geng terengganu" dan "fraksi UMNO" akan menjadi lemah dan ia akan menyukarkan perancangan mereka membawa PAS masuk BN.

4.0 Untuk melihat betapa rendahnya mentaliti puak Fraksi UMNO ini saya naqal satu komen yang ditinggalkan oleh agen mereka dalam blog saya. Pembaca sekelian dapat membaca betapa dangkalnya pemikiran mereka2 ini. Ini semua adalah hasil "tarbiyyah" yang mereka banggakan sangat itu.

"Anonymous said...

Dalam satu usrah selepas Idulfitri baru2 ini kami ada tanya sepintas lalu tentang Rahman Talib ni, seorang bekas pimpinan pelajar menjelaskan bahawa man ni adalah anak buah yang memang suka dan banyak bercakap.Dia juga sebenar banyak tidak tahu dalam banyak hal tapi sangat suka bercakap dan berkata-kata, bila beliau tahu rahman si Rahman ni adalah penulis tulang besi, beliau kata" Budak itu bukannya tahu apa pun, dulu pun macam tu,jangan dilayan sangat..terbabas nanti"


Kalau betul saya banyak tak tahu sebab apa sampai sekarang dakwaan saya semuanya gagal dinafikan oleh puak2 Fraksi UMNO ini?

Kalau betul orang yan saudara tanya itu berani bercakap kenapa tak telefon saya terus dan patahkan hujjah saya? Berani ckp belakang aja, tapi bila berdepan, tunduk takut. Saya cabar kalau berani telefon saya secara terus. Jgn hanya berani bercakap di belakang sahaja.

Inilah dia taraf pemikiran puak2 fraksi UMNO yang dangkal dan bodoh. Sebab itu diorang ni mudah kena tipu. Ada PHd pun masih bodoh.

Saya tahu sapa yang cakap benda ni dan saya tahu usrah mana yang dimaksudkan ini. Nantikan pendedahan saya yang seterusnya di bawah tajuk "Percubaan Rampasan Kuasa Dalam PAS oleh Geng Kayu"

Cukuplah setakat ini pendedahan saya. Saya rasa kita semua pun dah maklum betapa menipunya blog Anti Husam ini. Semoga Allah SWT menurunkan hukuman yang setimpal ke atas mereka2 yang dibelakang blog ini di atas fitnah dan penipuan mereka.


Tulang Besi





14 comments:

Anonymous said...

"Geng kayu"..lol!yalah,memang betui..Fraksi UMNO ni memang bodo,lol..mereka ni macam anjing gila,macam mahafiraun,meyalak tak henti henti..musim mengawan mai,baru senyap siki,lol!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saudara Tulang Besi, jawab kalau anda Muslim dan elak kalau munafik

Wassalam


PAS- MUNAFIK PETUALANG BANGSA & PENGKHIANAT BANGSA?
Prakata : Saya menulis dari perspektif berkecuali. Kalau PAS nak atau tak nak dengar, terpulanglah

Adakah PAS suatu partai yang memperjuangkan Islam atau satu organisasi yang dianggotai oleh golongan munafik dan anti-Islam. Saya mengutarakan persoalan ini kerana sejak kebelakangan ini, melalui kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat (PR), pucuk pimpinan PAS terutama yang menerajui Dewan Ulama, cenderung mengiakan bidah dan kemungkaran yang nyata. Tambah parah lagi, ialah keenganan pucuk pimpinan PAS terutamanya Murshidul Amnya menerima hakikat yang PAS sebenarnya bersekongkol dengan golongan anti-islam yang berjuang untuk menegakkan sebuah pentadbiran bercorak liberal, pluralist dan sekular dimana peranan syariah akan ditiadakan dan agama akan berkisar dalam lingkaran individu (religion is kept out of public life). Apa tidaknya, memandangkan kebanyakan gerak geri pemimpin PR tertentu mirip kepada mengiakan keutuhan demokrasi ala kristian (Christian Democracy). Apa buktinya:

gerakan mengutarakan pemikiran bahawa kedatangan Islam di Malaysia diterima oleh masyrakat pribumi dalam bentuk adaptasi melalu proses syncretism. Dalam kata lain, ajaran Islam telah disebatikan dengan falsafah dan pandangan dunia sedia ada masyarakat ketika itu yang berpaksikan epistemologi Hindu-Buddha. Kaedah yang digunapakai adalah melalui pentafsiran semula hikayat2 lama bagi menonjolkan elemen adaptasi dan sinkretisma tersebut walaupun kerangka hujah amatlah pincang.

gerakan mengutamakan elemen Sufisma dalam pengamalan Islam tempatan. Tindakan ini bertujuan mengabui mata umum bahawa Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia adalah berteraskan konsep spiritual dan mistik tanpa sebarang bukti bahawa Islam bersifat politik ( a political movement). Sekali lagi pendekatan ini bercanggah dengan hakikat sejarah.

gerakan menghalalkan benda yang haram dan lagha. Gerakan ini yang bermula dengan pengagungan pemuzik seperti Mawi, kian pesat dicanangkan seperti cadangan penubuhan School of Rock di Perak dan juga reaksi bisu Pas terhadap beberapa konsert yang menonjolkkan artis barat.

perubahan dalam paradigma pemikiran pucuk kepimpinan PAS yang dahulunya tegas tidak berkerjasama dengan Kuffar kepada jalinan hubungan dalam Pakatan dengan elemen2 yang jelas anti-islam dan syariah. Tambahan pula, pendekatan PAS terutama Mursyidul Am dalam mengakui persamaan sejagat nilai-nilai universal dengan nilai-nilai Islam adalah suatu petanda bahawa Pas telah meletakkan impian negara Islam di belakang dalam usahanya mengejar kuasa.

Amat ketara sekali bahawa PAS telah menyimpang dari perjuangan asal dan pemimpin2nya telah dihinggapi sindrom ”cintakan dunia”. Lebih parah lagi dengan bersekongkol dengan pemimpin Islam munafik tertentu bagi merealisasikan wadah perjuangan liberal-sekular dalam kerangka ”Christian Democracy”, pemimpin PAS kalau tidak bertaubat dan kembali ke perjuangan asal, layak di cop munafik yang berusaha bersama-sama kuncu-kuncu mereka untuk menegakkan sistem dajjal global seperti yang diwar-warkan oleh Amerika dan Israel.

Kepada pemimpin PAS, layarilah laman=laman berikut dan lihat bagaimana yayasan antarabangsa sedang bersama petualang bangsa dan agama dalam usaha mereka menghancurkan Islam di bumi Allah ini.

Revert:. Dahulu seorang ahli Pas, kini ahli Partai Allah. Inna ilahi wa inna ilahi rajiun.

Lampiran

Sila perhatikan keratan ini berhubung suatu yayasan yang menyokong beberapa individu politik, akademik serta NGO tempatan (klik more dibawah ”about us” untuk gambaran menyeluruh:

The Konrad-Adenauer-Stiftung offers political education, conducts scientific fact-finding research for political projects, grants scholarships to gifted individuals, researches the history of Christian Democracy, and supports and encourages European unification, international understanding, and development-policy cooperation.

Juga lawat: http://www.kas.de/wf/en/ dan
http://www.kas.de/proj/home/home/66/2/index.html

serta baca ini dari suatu lagi yayasan barat yang menyumbang kepda individu dan NGO tempatan : http://www.fnst-freiheit.org/webcom/show_article.php/_c-705/_nr-113/_p-1/i.html

Anonymous said...

Salam.saudara saya amat berharap Pas akan lebih terbuka dlm memperjuangkan islam di m'sia.Apa yg perlu ditekankan oleh pas adalah lebih kpd org2 islam sndri.cuba ambil cth mubaligh2 kristian menyebarkan dakwah mrk secara bijak dan berhemah.pas boleh meniru pendekatan mrk utk islam.Semua agama mengajar umatnya ke arah kebaikan tetapi agama Islam itu pelengkap kpd semua agama di dunia ini.Saya hairan bila negara ini diperintah oleh islam melayu tetapi gagal menarik sebilangan besar bangsa lain menerima islam.jika saya di tempat mrk saya melihat ini:
Penganut2 agama islam ini dilihat kasar dan ganas tidak pandai berdiplomasi.cth bila forum majlis peguam yg diserang dan dimaki oleh org islam.bukankah lebih baik dihantar beberapa cerdik pandai islam berhujah di majlis tsb.
saya pnh dgr sblm ini seorg kiai dari indonesia berhujah dgn paderi kristian sehingga paderi tsb terdiam.

Dari segi ekonomi org melayu islam di negara ini masih tidak membanggakan.yg kaya-raya adalah ahli politik melayu umno yg merompak harta rakyat dan negara.Korporat2 melayu menindas bangsa sendiri demi survival perniagaan mrk.

Sbg parti mendokong islam,eloklah kiranya pas diberi lebih keutamaan portfolio yg lebih kpd membangun islam di m'sia.Spt kes PKNS,hairan knp pas melatah.Adakah pas mula gilakan kuasa.Bila kesaksamaan dlm islam dipraktikkan tidak akan wujud warna kulit,agama atau bangsa.Jika PKNS maju dan bersih dari korupsi bukankan hasilnya akan dinikmati oleh semua rakyat selangor.Islam tidak mengajar umatnya pentingkan diri.

Saya tidak akan menyokong parti yg menindas,jumud, mengamalkan korupsi dan bertindak zalim kpd rakyat sendiri .Cukuplah dgn umno yg telah jauh menyimpang dr perjuangan asal.Byk lagi pandangan yg saya ingin utarakan di lain kali.Jika terkasar bahasa hrp maaf.

rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

anon 4.38

Syariat tidak membenarkan kami berwalakan golongan kuffar sama sekali dalam sesuatu urusan. Low Siew Moi itu mungkin tidak kuffar dipandangan mata anda

2. Sudah tentu anda faham bahawa golongan lelaki di beri hak kepimpinan dalam Islam. Low bukan islam, wanita pula, apa macam

3.Objektif PKNS (layari lamannya) adalah untuk menaikkan kedudukan ekonomi orang Bumipuera. sejak bila Low diiktiraf Bumiputera?

argumentas yang menyatakan Islam tidak memdiskriminasi berasaskan bangsa memang benar tetapi argumentastidak menidakkan yang khusus:bahawa dalam segala urusan Muslim mendahului yang kaffir.
Kecualilah anda melihatnya dari segi fahaman Islam liberal anda..jadi susahlah berhujah dengan anda kalau tak nak rujuk Alquran. Pelik kan

Warrior 231

Ha; TB apa macam tsenyap tak menjawab cabaran anon 343pm?

Anonymous said...

warrior 231

Sempitnya pemikiran anda.Selama ini kita hidup di dunia yg di dominasi oleh org islam saja ke?Cuba tafsirkan sndri maksud PKNS.Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.Ada sebut bumiputera atau umno kat situ ke?MD PKNS melayu tapi projek2 bagi pd bkn melayu bolot.Tgk pd kabinet menteri dari zaman Tunku ke Pak Lah takde ke golongan kafir yg jd ketua jabatan.Anda masih dlm denial ttg apa yg berlaku skrg.Islam liberal tu syahadahnya mcm mana?

Bila kerajaan berubah,perlembagaan dan hak2 setiap kaum ttp dipertahankan.Yg akan berubah hanya org2 politik.Umno menjajah minda melayu utk terus dibodohkan spt saudara.Umno harus belajar menghormati perlembagaan sedia ada supaya tidak berlaku lg penghinaan pd raja2 melayu slps pru12.

rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

Islam itu agama yg mudah tapi disulitkan oleh pihak yg cuba mempolitikkan agama demi kepentingan tertentu.Harapan saya pada pas, tunjukkan contoh kejayaan pimpinan pas pada negeri2 yg telah dikuasai spt Kedah,Perak dan Kelantan dulu.Tunjukkan pd org islam dan bkn islam ttg keindahan pemerintahan berlandaskan al-quran.Buktikan pemerintahan islam itu adil kpd semua umat manusia.

Pandangan ikhlas saya utk mengelakkan terjadi spt di negeri terengganu yg mampu mentadbir cuma sepenggal saja.hrp maaf jika terkasar bahasa.

rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

Rakyat tak bodoh

Nak kata bodoh memang payah kerana dah mengaji sekurang-kurang takat SPM. Jadi bodoh sombong pun jadilah

Hello Bodoh Sombong:
baca ini boleh tak?

Meneroka dan menyertai bidang-bidang pelaburan dan perdagangan untuk mewujudkan penyertaan ekuiti
dan pengurusan Bumiputera yang berkesan dalam perindustrian dan perdagangan.


Menyedia landasan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional. dari laman web PKNS(bahagian objektif)http://www2.pkns.gov.my/Utama/ProfilKorporat/tabid/71/Default.aspx

Bila kerajaan berubah,perlembagaan dan hak2 setiap kaum ttp dipertahankan.
ini lawak gila-gila namanya. mestilah orang yang nak berkuasa kata gitu, tetapi apabila P.Pinang tumbang, tanah leasehold yang 85% dipegang Cina menjadi hak milik kekal selama2nya buat depa. hari ini dalam Star (M.s 9); Hindu bebas bina tokong dimana-mana meskipun di tanah kerajaan tanpa permit.Di Perak- School of Rock dinanti2kan dan tanah TOL yang dibuka secara haram zaman penjajah dulu di halalkan miliknya. perhati, British sendiri tak berani nak halal.sekolah Cina dan Tamil akan mekar bak cendawan dan kita menompang dagu memikirkan kenapa tiada perpaduan nasional. Apa yang singapura tak bagi buat kita tibai? Sekolah Cina, ladang babi dll.

Islam Liberal: tanyalah pemimpin anda, "nabi" anda dan sekutunya Mr Johnson (Christian Democracy)lebih arif. satu lagi kalau tidak berhujah pakai nas dan dalil Quran dan hadith apa mende nama hujah itu walhal ia dikupas menurut paradigma islam (Race and Islam; karya Farish Noor, layari laman sahabat anda Kit Siang dan laman Aliran).

saya -Islam yang dibawa Rasulullah.

akhirkata,membaca dan menyiasat sesuatu adalah jauh kebih afdal dan dituntut syariat dari mengikut membabi buta bersandarkan janji2 manis

Wallahualam

Warrior 231

PS; TB senyap semacam aje pada cabaran nukilan 3.43pm. pekung dah terbukake atau tunggu cukup haul dan nisab serta arahan lanjut..ahem

Bukit Chandan said...

Amin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

Best Regards.........

Anonymous said...

wei mangkuk.

hang kata antihusam dok buat fitnah. yang hang dok fitnah Ust Nasa tak habis-habis tu boleh plak.

Pandai nak doa turun bala kat orang...tapi hang tak sedar yang doa tu khas utk hang yang dok buat fitnah tak habis2.

moga-moga Allah laknat org mcm hang dan keturunan hang skali.

Anonymous said...

salam warrior 231.Anda pejuang melayu?islam?inggeris?.Sedih bila bahasa melayu dipinggirkan oleh insan spt saudara dan umno.mentaliti penjajah.Teruja saya membaca hujah saudara warrior.

Nabi Muhammad(SAW) tidak memerlukan master atau phd utk mengembangkan islam kpd umat manusia.Bill Gates tak perlukan selori ijazah utk jd manusia terkaya di dunia.Saya mungkin tidak berpelajaran tinggi spt saudara tapi peka pd apa yg berlaku sekeliling.Hatta, jika saudara berkelulusan doktor falsafah sekalipun takde gunanya kalau mentaliti tongkat berserabut di kepala.Skrg ni semua boleh dibeli kalau ada duit tapi intelektual zero(rujuk pd ahli2 politik dan nc semasa).

Saya tak setuju saudara menghina bangsa kafir spt mrk bkn makhluk allah.Jika diberikan hidayah allah sekelip mata mrk boleh jd lebih islam dr yg dilahirkan islam.org melayu skrg pun ramai yg dah murtad.Di mana perjuangan saudara?Pernah dgr nama Cat Steven(Yusuf Islam)?Cth kafir yg diberi petunjuk allah.Adakah nas dlm al-quran atau hadis nabi yg membenarkan umatnya menghina agama atau bangsa lain?Hakikatnya saudara warrior, islam di m'sia ini telah lama dimelayukan.Spt saudara mentafsirkan org islam liberal atau islam konservatif padahal syahadahnya tetap satu.Islam itu mudah tapi jgn disulitkan.Org Islam di China dan India lebih ramai dr m'sia.

PKNS bertujuan membantu bumiputera. setelah 51 thn merdeka melayu masih menghuni setinggan2 di selangor.Projek perumahan PKNS harganya mcm harga swasta mahalnya.Org melayu yg mampu beli hanyalah flat dan medium cost apt.Itupun ramai yg mengeluh.
Rasuah yg diamalkan golongan tertentu PKNS tidak menyumbang ekonomi org melayu.Cth:Yg mana lebih islamik?Keuntungan sebulan PKNS RM1juta dibahagi kpd 2,3 org individu tertentu atau dikongsi bersama 1juta rakyat selangor.

Org melayu mmg lemah berniaga.apa salahnya kita belajar dr bangsa lain.Bknnya merosakkan akidah pun.Cth bandingkan GLC dgn swasta spt Maybank,TNB, MAS dgn Public Bank,Powertek, Air Asia.Knp sykt bumi masih ketinggalan walau diberi tongkat kerajaan selama 50thn.Singapura boleh maju dan kaya tanpa hasil bumi dibanding m'sia.Pemimpin mrk dipilih berdasarkan kebolehan bkn spt di sini.Majoriti memikirkan tembolok sndri.Hakikat ini harus org melayu akui.Kita perlu belajar dari mrk tanpa menghilangkan identiti melayu dan islam itu sndri.

Di P.Pinang melayu telah dipinggirkan sejak pemerintahan bn lg.Jika dap memberi geran pd org cina knp umno tidak boleh pd org melayu.Hapuskan semua setinggan2 melayu yg bersepah di ibunegara dan kg.Berikan geran kekal dan hak perlindungan yg sepatutnya.Masalahnya pemimpin melayu tidak mahu rakyat sebangsa dgnnya merasa senang.Terus ditindas dan dibodohkan.

Boleh saudara namakan negara islam di dunia yg berjaya adaptasi al-quran dlm pemerintahan supaya boleh m'sia jdkan cth ke arah itu.

Rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

salam rakyat cerdik

saya hanya lulusan SPM untuk makluman saudara yang bijak budiman tetapi saya tahu siapa petualang bangsa dan penjilat bontot Mat salleh dan Cina.tak lain tak bukan anda dan sikitol yang sealiran dengan saudara. Hang buat pekak, u punya pasallah. Memandangkan blogmaster ini berpendidikan tinggi mengapa cabaran 3.43petang kelmarin masih tidak terjawab. Takutke konspirasi hang berdua akan terburai jua.
Hang pengkhianat dan munafik layaklah berwalakkan kaffir. Kalau anda membaca, anda akan tahu niaga kaffir sehebat mana. lihat bagainana pasaran saham dan harat tanah mereka merundum di USA sehingga terkontang kanting dan sistem kapitalis anutan hancur berkecai. satu lagi contoh, Hang tauke berapa bilion hutang Air Asia dan kehilangan pelaburan Public Bank.

Cukuplah nak seru hang..lebih baik hang taubat sebelum nyawa dok kat halkum.

warrior 231

Tulang Besi said...

Kepada warrior123,

Cabaran saudara tu cabaran bodoh.

artikel yang saudara rujuk tu semuanya spekulasi sahaja dan tiada bukti,

Sila bagi bukti SATU perkara anti ISlam yang telah PAS persetujui sepanjang PAS bersama PR?>

Jangan vague la. Be specific.

Anonymous said...

Geng KAYU...Geng Kayu...Geng Kayu...
siapakah geng kayu ini....kayu betul la...

136139shah said...

Wow Wow bros! Pening baca dua pihak bergadoh. Nak berhujah pun elakkanlah panggil lwn bodo,lol,gila. Cakap baik2. Takut tak sempat minta maaf Allah dah jemput. Why can't we be open to others' opinions, pegang petua agree to disagree. Jaga net-ethic. Rujuk Perlembagaan Madinah zaman Rasullullah. Tak jumpa titik pertemuan juga serah padaNYA. Jangan cabar mencabar ke arah negatif, jgn label org munafik...berpeganglah dgn tali Allah. Ingat kita semua bermula dari Nabi Adam...setelah makan buah huldi...diturun ke dunia untuk cari bekalan balik semula ke akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.