Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 3, 2008

Mana Maruah Roslan SMS?

Sudah beberapa pekan berlalu namun Roslan SMS masih membisu seribu bahasa. Beberapa tuduhan/fitnah beliau terhadap saya masih tidak dibuktikan oleh beliau. Misalnya tuduhan beliau seperti di bawah:
“Melalui telefon beliau meminta saya agar berbahas menolak ucapan dasar Presiden yang kata beliau tidak patut disokong kerana lari dari dasar dan berbagai lagi. Beliau boleh dengan selamba membuat panggilan itu sedangkan beliau bukan pun pimpinan negeri, bukan ahli perhubungan atau pimpinan mana-mana peringkat di Selangor! Berani beliau menjual idea agar Selangor menolak ucapan dasar presiden ketika itu!”


Sudah beberapa pekan berlalu namun Roslan SMS masih membisu seribu bahasa. Beberapa tuduhan/fitnah beliau terhadap saya masih tidak dibuktikan oleh beliau. Misalnya tuduhan beliau seperti di bawah:

Melalui telefon beliau meminta saya agar berbahas menolak ucapan dasar Presiden yang kata beliau tidak patut disokong kerana lari dari dasar dan berbagai lagi. Beliau boleh dengan selamba membuat panggilan itu sedangkan beliau bukan pun pimpinan negeri, bukan ahli perhubungan atau pimpinan mana-mana peringkat di Selangor! Berani beliau menjual idea agar Selangor menolak ucapan dasar presiden ketika itu!””

Roslan SMS masih belum memberikan apa2 bukti terhadap tuduhan/fitnah ini. Saya ingin bersumpah dengan nama Allah SWT, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa tuduhan yan mengatakan saya meminta Roslan SMS menolak Ucapan Dasar Presiden adalah satu fitnah yan sangat jahat. Ianya adalah ciptaan Roslan SMS semata-mata untuk melindungi kegiatan jahat anti Pakatan Rakyat beliau.

Hairan saya Roslan SMS begitu hebat sekali bercerita kononnya peri penting PAS berpegang dengan Al Quran dan Sunnah tetapi dengan begitu senang memfitnah orang seperti di atas. Saya minta Roslan SMS tunjuk saya dimana dalam Al Quran dan Al Hadeeth dibenarkan fitnah dan mehnah ini?

Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong

Pendedahan keterlibatan Roslan SMS dalam aktiviti2 anti Pakatan Rakyat bertajuk “Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!”.

Nampak sehingga saat ini, Roslan SMS tidak menafikan cerita ini. Mengikut sumber saya, cerita ini memang sahih dan Roslan SMS tidak boleh menafikan penglibatan beliau dalam aktiviti anti Pakatan Rakyat.

Kalau beliau seorang yang ada maruah, beliau mesti letak jawatan dari kerajaan tempatan Pakatan Rakyat (Majlis Perbandaran Subang jaya MPSJ) sebagai Ahli Majlis. Kalau beliau takda maruah, maka silalah terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis MPSJ.

Mungkin Roslan SMS ditarbiyyah untuk menjadi seorang yang tidak bermaruah. Ataupun sikap tidak bermaruah ini datang dari latarbelakang UMNO beliau yang kerap beliau ungkapkan.

Ada Hati Nak Minta Pingat Jaksa Pendamai Kuota PAS/Pakatan Rakyat

Sudahlah tak nak letak jawatan dari MPSJ, Roslan sedang mencuba untuk meletakkan nama mereka dalam senarai penerima pingat Jaksa Pendamai kuota PAS.

Kuota ini wujud hanya kerana PAS terlibat dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau takda kerajaan Pakatan Rakyat, tiada siapa dalam PAS yang akan menerima kuota ini.

Roslan SMS dengan muka tak malu hendak mencuba mendapat pingat ini sedangkan mereka2 ini adalah tokoh-tokoh anti Pakatan Rakyat/Fraksi UMNO dalam PAS Selangor. Ini bererti mereka ini orang-orang yang jelas mementingkan keduniaan dan mereka ini adalah jelas manusia tidak berprinsip.

Roslan SMS Cuba Berkempen Menjatuhkan Husam Musa Dalam Mesyuarat Kawasan Kelana Jaya

Baru-baru ini Roslan SMS mempengerusi mesyuarat Dewan Harian Kawasan Kelana Jaya. Di akhir mesyuarat Roslan SMS telah berkempen kepada ahli-ahli Dewan Harian supaya membersihkan PAS dari “kumpulan Erdogan”.

Beliau juga menuduh kononnya Husam Musa hendak menjatuhkan Presiden PAS, justeru Husam Musa dan kumpulan Erdogan wajib dibersihkan dari PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu Muktamar PAS yang akan datang.

Beliau juga telah melayangkan berbagai-bagai fitnah kepada pimpinan2 Pusat PAS sambil beliau memuji Mat Sabu. Kononnya Mat Sabu telah wala kepada kepimpinan ulama.

Yang hairannya, “kepimpinan Ulama” Roslan SMS boleh pula mengizinkan amalan memfitnah serta mengadu domba yang Roslan SMS amat aktif sekarang ini.


Roslan SMS Masih Bersikap Sebagai Orang UMNO

Hakikatnya, Roslan SMS masih tidak bersih dari perangai UMNO beliau. Ini kerana beliau adalah berlatar belakangkan UMNO. Walaupun beliau bercakap pasal Al Quran dan As Sunnah berdegang-degang tapi amalan memfitnah masih menjadi darah daging beliau.

Beliau nak marah kepada saya sedangkan saya adalah ahli PAS generasi kedua. Saya nak tanya Roslan SMS, bapa beliau dulu PAS Kawasan mana?

Oleh sebab itu, Roslan SMS ini adalah seperti satu liability dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Ahli2 PAS di Kelana Jaya harus menggantikan Roslan SMS sekiranya mahu memastikan PAS hidup sehat walafiat di Kelana Jaya dan Selangor.

Tulang Besi.

15 comments:

Anonymous said...

PAS needs to work real hard to remove the UMNO fraction in the party... Shame on you ROSLAN SMS!!! Please quit from MPSJ and join UMNO.

Anonymous said...

Kalau nak letak nama sendiri untuk dapat pingat atas kuota Pakatan Rakyat, memang nampak sangat tak betul dan pentingkan keduniaan.

PAS kena tolak orang macam ini.

Anonymous said...

Roslan SMS = UMNO
Roslan SMS = Ketuanan Wang Rasuah

RockY said...

Who is Roslan SMS?

Anonymous said...

amenda la korg nih berbalah...
salam balik ..cium tgn..

insyirah08 said...

oh ye...tulang besi ..generasi PAS kedua...
buat keje x macam ahli PAS..
mana muruah?

Kalau generasi kedua dah macam ni... bagaimanakah keadaan generasi ketiga dan seterusnya

u are not upholding PAS name and Islam

SHAME ON YOU

'JANGANLAH KAMU MENCAMPAKKAN DIRI MU DALAM API NERAKA...'

Tulang Besi said...

Sdr Insyirah,

Can u please be more specific? Apa benda yang saya buat salah?

Venting may be good but i need specifics?

Anonymous said...

sememangnya orang salah yang dah banyak kali di bagitau salahnya masih tak athu atau mengaku salahnya......SEMEMANGNYA KAMU INSAN BERMASALAH....

Tulang Besi said...

Banyak kali bagitau tapi kalau benda mengarut buat apa.

sinner said...

roslan is really a big treat to PAS? i think he's only treat to you brother.. and silents doesnt really means he's just accepted the words.. sometimes silents means how mature you are to handle the situation..

second generation of PAS? do muslims born has higher level in the eyes of Allah rather than mua'laf? i guess not.. its about what u did.. nothing to do what generation are you from..

you're PAS member? huh, no wonder Allah still doesn't want to give PAS to hold Malaysia..

Tulang Besi said...

Dear sinner,

Silence can also mean guilt. Usually in Politics, that's the case.

As for bein second generation of PAS, in PAS that's a big thing. It means your upbringing and understanding of PAS is more adapt compared to others.

Why the mouthing off on level of muslimhood?

Cahaya Jiwa said...

Salam saudara,saya rasa saudara tidak boleh mengakui diri org PAS.Cakaplah dgn penuh hikmah.Saudara sendiri tak sedar apabila saudara menunding jari,4 lagi jari tertunding pada saudara sendiri.Hentikan tomahan dan cuba baiki yg salah dalam diri sendiri sebelum menasihati org lain.Muhasabahlah diri dan doakan perjuangan kita dlm Pas adalah perjuangan utk mendapat keredaan Allah swt.Jgn libatkan bapa SMS dlm hal ini.Perjuangan org lain yg saudara tak tahu apabila di ketahui hanya akan memalukan saudara.Saudara sendiri tak dpt ukur pengorbanan saudara jadi jgn pandang remeh tentang pengorbanan org lain.Cerita yg saudara jaja itu dtgnya dari org yg iri hati,dengki dan dendam.Hentikanlah.Jgn sampai org lain buka aib saudara.Tegur dlm jemaah ada caranya.Kalau betul saudara ahli Pas sejati,cari lah ruang utk menegur.Bukan dgn cara begini.Sebagai org Islam,membisu tidak bererti kalah.Dlm situasi begini,SMS tak perlu jawab.It has to stop somewhere.He is smart enough to know when to stop.Malulah pada anak isteri saudara.Cerita saudara ini lebih teruk dari soap opera.Saya harap saudara muhasabah diri.Semuga perjuangan kita dlm PAS adalah perjuangan yg ikhlas utk keredaan Allah swt.

Anonymous said...

Sdr Tulang Besi teruskan pendedahan sdr. Kalau tak org tak tahu cerita sebenar.

Yg saya pasti ialah sdr Roslan SMS melalui tidak sedikit penulisan beliau curang kepada Pakatan Rakyat.

Tapi, anehnya masih jadi ahli MPSJ di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Elaun nak, jawatan nak, pingat nak, semuanya ehsan kerajaan PK.

Jadi, diminta tidak jadi duri dlm daging dan bekerjalah untuk mengukuhkan PR.

sinner said...

TB, i guess, wateve i've done, i always prefer to be the best person in the eyes of God. So do a lot of Pas members i assumed. in Pas,people get nothing.it was lately Allah give us some power, before that we're nothing..the only reason to join Pas is to uphold Islam in this country. n yes, thru democracy..my granddad is a high rank UMNO leader..but i think nobody cant ignore what my dad and mom sacrifice for Pas and islam.yes,its very little compare to some of Pas members.but to put aside their contribution due to his beloved dad is UMNO leaders is not fair..

i'm compared to muslim because all we're doing in Pas is for Islam, dont we? our 'nenekmoyang' is big Pas supporter, for me if we not hold the right of islam, they're nothing.

my 2cent

Anonymous said...

kalau pandai sangat berjuang balik berjuang di Malaysia ni..jangan dok menyalak kat luar...orang kata kita gila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.