Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 26, 2008

Tulang Besi Mungkin DIkenakan Tindakan Disiplin Dalam Parti

Saya telah diberi amaran oleh beberapa orang dalam Kawasan saya bahawa ada seorang pimpinan dalam Perhubungan Negeri Selangor sedang mencari butiran berkenaan dengan diri saya. Mereka berkata ada kemungkinan saya akan dikenakan tindakan disiplin dalam parti ekoran dari artikel saya bertajuk "Adakah PAS Selangor Sokong Usaha Roslan SMS Untuk Menjatuhkan Beberapa Pimpinan PAS Pusat"

Untuk memudahkan usaha pimpinan tersebut, maka di bawah saya perturunkan maklumat dan butir yang sedang dicari beliau:

# Keahlian PAS : 253812

Tarikh Daftar Ahli : 9/9/1987

Kawasan : Lembah Pantai

Negeri : Wilayah Persekutuan

Cumanya, orang yang hendak mengambil tindakan disiplin ke atas Tulang Besi ni, cubalah banding nombor keahlian beliau dengan no keahlian Tulang Besi. Masa Tulang Besi menjadi ahli PAS, orang ini berada di pihak sebelah sana. Dan sijil keahlian Tulang Besi pun ditanda tangani oleh Arwah Ustaz Yusuf Rawa. SAya nak tanya, orang yang nak hadapkan saya ke tindakan disiplin ini: sijil ahli beliau siapa yang tanda tangan?

Saya tak tahu lah, apa yang saya ingat dari artikel saya itu adalah mempertikaikan perlantikan seorang yang saya telah dedahkan sebagai pencemar dalam PAS (Rujuk : "Mana Maruah Roslan SMS? "). Seorang yang secara tanpa segan silu mahu mengheret kawasan beliau dalam konspirasi beliau dan geng beliau untuk membersihkan PAS Pusat dari beberapa pimpinan yang beliau anggap dan panggil "Kumpulan Erdogan".

Artikel saya adalah bertujuan untuk menjadikan saya "konsisten". Kalau saya dah dedah bahawa orang itu adalah bertujuan jahat, maka siapa yang melantik beliau ke KEtua Penerangan NEgeri juga harus dikritik. Itu sahaja.

Harus juga diingat bahawa artikel saya itu tidak sedikit pun menyentuh tentang perlantikan Dr Rosli yang menggantikan YB Khalid Samad sebagai TPJ. Walaupun saya tahu perlantikan ini adalah bertujuan untuk menutup mulut2 yang berpotensi untuk menghalang tindakan-tindakan yang tidak sehat dalam PAS Selangor.

Selepas ini, saya melihat bahwa nama2 seperti Dr Mariah Mahmud, Khalid Samad, Saari Sungib, Dr Lo Lo Ghazali malahan Dr Hatta Ramli akan digugurkan dari senarai calon Pilihanraya di Selangor. Tidak mustahil sama sekali kerana Fraksi UMNO dalam PAS memang mahu menguntungkan UMNO.

Dengan membuang nama2 ini dari senarai calon, bererti UMNO akan mendapat laba dan keuntungan yang sangat besar dan itulah dia tujuan serta objektif Fraksi UMNO dalam PAS: menguntungkan UMNO.

Berkenaan dengan "penyatuan fikrah" saya dah jangka bahawa perkataan ini hanyalah gula-gula sahaja. SAya merujuk kepada komen salah seorang pengunjung blog saya:

"Anonymous said...

kerana nak satukan fikrahlah maka nyang dikenalpasti berlainan fikrah diterajang keluar...
kini ada lak pemimpin yang dok tagih wala' dari akar umbi, kenape weh? nak tanya sikit, mana lebih aulia', wala' yang ditagih atau yang ikhlas?

semoga Allah akan telanjangi mmereka-mereka nyang sedang buat onar dalam pas - melalui ucapan atau tindakan mereka - supaya dikenali oleh akar umbi, amin.

spy leman, 11.11.08 jam 5 ptg somewhere in jalan ampang, ya? dedah, jangan tak dedah...

Allah tu mahakaya lalu Dia zahirkan kelakuan mereka.."


Jadi kata2 seperti "wala'", "fikrah", "tarbiyyah" dan sebagainya hanyalah gimik beberapa pimpinan tertentu untuk mengekalkan kuasa yang sudah semakin longgar. Dgn kata lain ianya tidak lebih dari satu dongengan yang dilayarkan kepada ahli-ahli PAS bagi memastikan ahli-ahli PAS tidak mempersoalkan tindakan mereka sama sekali.

Apa yang saya tahu, "wala" yang tidak bersyarat hanyalah kepada Allah dan Rasul. "Wala" kepada manusia adalah bersyarat dan tidak mutlak. Tetapi, mereka2 ini sedang berjalan seluruh negara dan bercakap seolah-olah mereka ini setaraf dengan Nabi Muhammad SAW.

Yang sebenarnya mereka ini berkempen dengan cara halus supaya ahli2 semua masih lagi memilih mereka sebagai pimpinan mereka. Itu sahaja.

Saya berdoa supaya kesemua ahli PAS diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk menolak pimpinan2 yang mempergunakan ISlam bagi kepentingan mereka. Mcm Roslan SMS dalam blog beliau, heboh kata nak QUran dan Hadeeth tapi buat fitnah kat orang boleh pulak. Ada ke dalam QUran dan Hadeeth yang menghalalkan fitnah?

Tulang Besi

And here is the rest of it.

30 comments:

Anonymous said...

woi tulang besi bekarat,
lama jadi ahli PAS bukan ukuran baik buruknya seseorang.
kalau lama jadi ahlipun tapi bengap mcm hang nak wat aper.

Anonymous said...

Go Go Go tulang Besi ,,, Tegakkan Kebenaran !!!

Anonymous said...

apa perbezaan Hassan Ali, Ibrahim Ali dan juga Ummi Hafilda Ali?

jawapannya - x de beza... 3-3 percakapannya tak boleh dipercayai.

Anonymous said...

Petrol price in USA today averages USD1.885/gallon. At exchange rate of 1USD=RM3.60, petrol price in USA today is RM1.79/litre.

Had our gomen managed our economy better and RM stay strong and maintain the exchange rate at 1USD=RM3.15 like a few months ago, the petrol price in USA is RM1.57/litre.

And I am paying RM2.00/litre, earning RM, not US dollar!! Sob sob sob.

Anonymous said...

Kita sudah lama tahu dah yang siapa ke orang-orang faksi UMNO dalam PAS. Yang pasti PAS akan kalah teruk kalau orang-orang ini terus memimpim PAS. Memang pun kerja mereka adalah supaya UMNO
terus untung dari tindakan mereka.
Saudara Tulang Besi harus terus berjuang untuk kebenaran dan terus mengbongkar tindak laku Faksi UMNO dalam PAS ini.

chong said...

just talk openly to them and find out what are the issues.

Anonymous said...

Tak masuk akal akan banyak tindakan faksi UMNO, selalu saja bercakap dan bertindak macam orang UMNO. Pada ahli PAS, bangkitlah menentang dan halau faksi UMNO ini keluar dari PAS.

Jed Yoong said...

Yusuf Rawa, WOW!
Tuan, maybe you would write about the old days to educate us young thngs. ;)
Anyway, all the bestest, =).
And you got a new baby to play with yeah!

malayamuda said...

PAS would not have won so many seats if not of joinging up with DAP and PKR

PAS should realise that non muslims still dont trust PAS....so dont behave like bloody UMNO

Anonymous said...

Please continue to write the truth. Your fellow Malaysians deserve to know and make informed decisions when it comes to voting for their ADUNs/MPs.

We all voted BN out, and will continue to do so. If any parties start putting in blank faces supported by UMNO, we will stand as independents, and I am sure these independents will have higher chance to win vs UMNO or PAS/fraksi UMNO.

donplayplay

Anonymous said...

sms roslan letak jawatan aje lah ... jgn jadi PAS mcm umno

Anonymous said...

KUMPULAN ERDORGAN DLM PAS @ FAKSI UMNO DLM PAS MEMNG SEBIJI SERUPA UMNO ! KORANG INGAT KORANG(pas) BOLEH MENANG KAT SELANGOR KLU BUKAN KAMI PENGUNDI BUKAN ISLAM PANGKAH X [O]? CIS !! BONGKAK ! KALU KORANG TERUS BEGITU DEGIL BAWA USUL CADANG HARAMKAN ARAK KAT SELANGOR, SAYA GUARANTEE KORANG PAS SELANGOR AKA FAKSI UMNO AKAN TERKUBUR DLM PRU-13 !!! CI BAI !!! INGAT !!!!! MAJORITI KAT SELANGOR ADALAH BUKAN ISLAM !!!! KORANG PAS SELANGOR AKA FAKSI UMNO HISAP ROKOK TAK HARAMKAN??!!??!! BERAPA KERUSI KORANG DPT KAT SELANGOR !!!!! HOTAK CETEK !!!! WASPADA KORANG PAS SELANGOR @ FAKSI UMNO !!!!

Alias Mohd Yusof said...

Keahlian parti boleh dilucutkan dan dipecat bila-bila masa, tetapi tidak ada manusia yang boleh memecat kita dari menjadi orang Islam. Itulah beza antara parti dengan Islam.

Anonymous said...

There's too much at stake for the UMNO fraction within PAS not to deliver PAS to UMNO!

Last heard was that Mustaffa stands to gain very substantial contracts from UMNO. His lapdogs will never stop to safeguard the benefits arising from such gold mines.

Tulang Besi, you need to get more support from those who share the same commmitment as you do to save PAS from taking off in the wrong direction. Good Luck.

Tulang Besi said...

Dear Jed Yoong,

Although I joined PAS when Yusuf Rawa was President, I am still young.

Why? Because I joined PAS when I was in Form 3.

Yes I did.

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Apa nak kisah ahli ka, tak ahli ka.

Aku hanya penyokong PAS sahaja. Dok gemok aku ni. Tak dak pulak tak cukup makan kerana jadi penyokong sahaja.

Aku tak minta projek atau kerja dari PAS sejak aku dibuang dari Harakah tahun 1990 (sebelum itu nak minta projek apa). Aku tulis (dalam Harakah) kalau orang bagi. Kalau orang tak bagi, apa aku boleh buat? Nak mengamok? Buang bateri ja..

Aku tak berkejar ke Terengganu pada tahun 1999 bila PAS menang - macam orang yang mintak kerja dengan Ustaz Harun Taib dan lepas tu kutuk Harun.

Aku tak canangkan perubahan kepimpinan dalam PAS dan lepas tu jadi penjilat Ustaz Abdul Hadi, kerja dengan Ustaz Abdul Hadi.

Aku harap Allah akan mengadili oknum oportunis seperti itu.

Tulang Besi said...

Orang-orang seperti Bakaq ni adalah salah seorang dari ramai ahli PAS yang telah menyumbang jiwa dan raga mereka kepada PAS sewaktu PAS dipandang hina dan keji oleh masyarakat.

Komitmen beliau kita kena terima kasih.

kia71 said...

assalamualaikum.

di zaman muram pas,hanya ahli yg ikhlas sahaja berjuang dgn menzahirkan diri tampa rasa malu dan takut dgn cemuhan serta cabaran.kini bila pas gagah lahirlah pejuang2 yg menonjolkn diri dgn berbagai cara agar dapat di lihat sebagai pejuang sejati di mata pimpinan........
dimana mereka2 ini semasa pas lemah????? kenapa sekarang baru menonjolkan diri????
keikhlasan dlm perjuangan semakin tipis dari hati ahli pas yg lahir setelah pas gagah.....
dimana silapnya????
dulu pas tidak terpisah daru usrah.tiap cawangan ada usrah,kini usrah entah kemana.

Anonymous said...

ini lah kali pertama aku jumpa orang paling perasan dalam perjuangan PAS...
hoi Tulang Besi.....dah la...kalau kau cakap macam ni lagi...aku bimbang orang akan anggap kau ni gila..dah la

Anonymous said...

TB, kau memang tak layak jadi ahli Pas. Jadi ejen umno/BN sesuailah!
Ezam menanti kedatanganmu bro TB.

Anonymous said...

Bro TB, memang seronok jadi 'Batu Api' dan 'Musang Berbulu Ayam'.
Artikel kau tak jauh beza dengan "Bullshit Utama". Tak de cerita lain, mengadudomba, melaga-lagakan saf pimpinan, irihati, dendam,kecewa, busuk hati dan sekali sekala memfitnah saf pimpinan. Lepas tu bersumpah pulak!
Sebiji macam sumpah Saifol!

Tulang Besi said...

Heran juga ye,

Si Roslan tu terang-terang nak jatuhkan pimpinan PAS, orang tak marah pun ye.

Nampak sgt ramai sgt fraksi UMNO yang bagi komen dlm blog saya ni.

Anonymous said...

Bro Tulang, engkaulah Fraksi UMNO, ejen umno/BN, duri dalam daging, dan kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!
Bro TB, kau nak jawatan dalam PAS ke? Masuk bertanding di PJU bro. Tak lama lagi, Mac 2009 ada ofer untuk kau.
Bro Tulang, kau rasa puas hati,tenang, megah, hebat,teruja, bila ahli dan pimpinan Pas berpecah belah disebabkan artikel kau! Kau memang layak dianugerahkan Phd, Pakar Hasad Dengki.
Orang nasihat dan tegur kau tak boleh. Kau mengutuk dan memfitnah saf pimpinan, tak pe! Apa punya manusia kau ni? Berlagak ahli Pas, tapi sentiasa berusaha memecahbelahkan jemaah Pas. Memang sah kau ni ejen UMNO/BN, parti tongtahi tu!
Apalah nak dibangga dengan keahlian kau sejak dari Ting 3 tu! Buat amal, tapi cerita satu dunia!
Bro, itu riak namanya.
Teman menyokong penuh kalau bro tulang kena pecat. Kau dengan Ezam Md Nor sama spesies.
Bro, sepatutnya seketul tulang menguatkan tubuh, laksana batu bata menguatkan sebuah bangunan. Ini tidak, kerja kau 24jam nak menjatuhkan pimpinan Pas!
Bro TB, insaflah, bertaubatlah,muhasabahlah diri, cerminlah diri. Kalau nak pangkat dan kedudukan masuklah umno macam tokoh idola kau Ustaz Nakhaei.
Bro, seekor anjing memang suka gonggong tulang!
Maaf zahir batin.

Tulang Besi said...

Anon kata:

"Apa punya manusia kau ni? Berlagak ahli Pas, tapi sentiasa berusaha memecahbelahkan jemaah Pas. Memang sah kau ni ejen UMNO/BN, parti tongtahi tu!"

REPLY: Apala kao ni. Ckp tu biar la berlapik sikit kan dah nampak kao tak berapa betul otak.

Ambik fakta ni:

a. Ejen UMNO takkan menentang usaha untuk bawa PAS masuk BN mcm aku.

b. Keputusan bawa PAS masuk BN dibuat oleh segelintir pimpinan PAS yang tak bermaruah

c. Bukan aku yang menipu ahli kata tak pernah berjumpa Pak LAh dan berjumpa UMNO

d. Bukan aku yang menipu ahli kata ada keputusan Syura yang tak pernah wujud

e. Dan last sekali, apa yang aku buat ialah "membersih" PAS bukan "memecahbelahkan" PAS.

Faham tak bezanya.

sinner said...

maaf saudara, saya masih xnmpak ape masalah Roslan tuh.. hanya saudara jer duk bising2 sini cite macam2.. spnjg sy baca blog, berkenalan dr jauh dgn roslan, xde satu membenarkan ape yg saudara ckp kan.. kalo ia adelah personal issue, i advise, pls selesaikan dlm kelambu..

apepon, saya masih menegaskan, lama mana seseorg dlm sesuatu parti, tidak menunjukkn dia telah byk berjasa, tidak semsetinye..kalo saudara buat salah,xkan pihak parti xleh wat tindakan semata2 saudara org lama? xkan lah kan.. mane adil camtuh.. sama jugak dlm islam,lama kita xbererti kita plg rapat ngan Tuhan.. dlm Pas,matlamat kita adelah Tuhan sy rase..

Anonymous said...

Hoi !!!! korang ni FAKSI UMNO BERAMBUS LAH KAT SINI !!! FAKSI UMNO KORAN TAK PAHAM !!!!!!! ATAU TAK MAU PAHAM ATAU KORANG NI BAHALOL !!!!!!!
TENGOK NI !!! JAWAB KOANG FAKSI UMNO !!!!

a. Ejen UMNO takkan menentang usaha untuk bawa PAS masuk BN mcm aku.

b. Keputusan bawa PAS masuk BN dibuat oleh segelintir pimpinan PAS yang tak bermaruah

c. Bukan aku yang menipu ahli kata tak pernah berjumpa Pak LAh dan berjumpa UMNO

d. Bukan aku yang menipu ahli kata ada keputusan Syura yang tak pernah wujud

e. Dan last sekali, apa yang aku buat ialah "membersih" PAS bukan "memecahbelahkan" PAS.

Faham tak bezanya.

Kalu KORANG FAKSI UmNO X PAHAM KORANG NI MEMANG TOYOL !!!
=========================================
TB,
Jan PUTUS ASA !!!! RAMAI lagi yg sokong TB !! Memang la lazim klu seseorang tu terkena cucuk jarum dlm lubuk hati dia, dia akan tuduh balik org lain ialah FAKSI UMNO....
Inilah rupa FAKSI UMNO yg kononnya pejuang islam... kantoi lah.... sekadar nak jaga mangkuk nasi periuk sendiri lah... <<<< SEMUA UMNO memang begitu !!!

Tulang Besi said...

Errr sinner,

Sila rujuk artikel2 saya yang sebelum ini pasal Roslan SMS

Tulang Besi said...

Jed yoong, I will write about the old times

Anonymous said...

aku menyampah lah dengan pas..tak sedar diri..penat je aku sokong undi baru ni..piraah..perasan nak mampus.tahun akan datang aku nak pangkah dap lak..biar pecah undi..seronok tengok umno gelakkan balik..belum jadi pemerintah negara dah banyak songel.terengganu ni aku nak tengok..kalau pas kalah sebab letak orang yang salah..aku tau tahun akan datang aku confirm tak akan sokong pas.masa dulu pas tak menang pandai merendah diri.sekarang dah menang..bukan main lagi,perangai sebijik macam umno.kalau nak jadi kembar umno aku baik undi umno tahun depan..aku nak pangkah umno..sekurang-kurangnya aku tau lah diorang memang tak ada didikan agama yang bagus..tunggu ye..pas..aku akan ajar masak-masak..

Anonymous said...

patututlah c4 kata nak menang 2/3 pilihanraya akan datang..tengok ke gaya perangai pas ni aku confirm semua akan pangkag umno balik..pas terngganu busuk hati..dah jadi kembar umno..perangai macam umno..kata kuat didikan agama tapi nafsu besar..ada cita-cita nak jadi pemerintah..tengok kalau pilihanraya kecil ni pas kalah..aku gelakkan pemimpin yang tak sedar diri..piirah..pas terengganu dan pemimpin terengganu kalau tak menang kat terengganu ni confirm aku pangkah umno balik tahun akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.