Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, November 26, 2008

Tulang Besi Mungkin DIkenakan Tindakan Disiplin Dalam Parti pt 2

Saya terfikir, sepatutnya "orang itu" yang disiasat di atas aktiviti subversif beliau, bukan dilantik sebagai Ketua Penerangan Negeri menggantikan Saari Sungib.Kenapa pula berura-ura untuk menghadapkan Tulang Besi kepada tindakan disiplin dan membiarkan orang yang terlibat dalam kegiatan subversif? Sekurang-kurangnya mesti ada siasatan yang dilakukan, bukan dinaikkan pangkat.

Wujudkah lagi keadilan dalam PAS? Ataupun Keadilan hanya wujud dalam retorik setengah2 pimpinan sahaja.

Kes "orang itu" dah sampai ke pengetahuan Presiden PAS tetapi hasilnya beliau dinaikkan pangkat bukan disiasat.

Kalau nak kata takda laporan, laporan telah dibuat.

Tapi, orang yang komplen dan melahirkan rasa tidak senang terhadap "development" ini pula hendak di apa apa kan.

Kepada yang mahu mempertikaikan "tarbiyyah" saya, suka saya ingatkan bahwa saya telah mengikut usrah PAS sejak tahun 1985 lagi. Saya masih ingat mengikuti arwah bapa saya berkempen di Gemas semasa PRU 1982 di kawasan Dato Taha ditembak mati.

Tak usahlah hendak mempersoalkan komitmen saya kepada PAS. Saya masuk PAS sewaktu PAS ditakuti dan dipandang hina oleh masyarakat Malaysia. Kebanyakan yang sekarang ini memimpin PAS, pada waktu itu, memusuhi serta bersengkongkol dengan pemerintah UMNO/BN yang zalim, termasuklah orang yang bercadang hendak membawa saya kepada tindakan disiplin ini.

Skrg bila UMNO lemah, ramai-ramai masuk PAS dan orang lama mcm saya hendak ditendang dan dinistakan.

Seburuk-buruk Khalid Samad, beliau masuk PAS lepad 1982 dan aktif menyebarkan PAS sehingga beliau merengkok dalam ISA. Orang-orang yang memecat Khalid SAmad itu, di kala itu, hidup senang lenang bersengkongkol dengan pemerintah yang zalim, baik dalam BTN atau dalam Polis.

Bukan nak kata orang lama dalam PAS ini maksum, tapi tak usahlah nak persoalkan komitmen mereka dalam PAS. Bukti mereka istiqamah dalam perjuangan sepatutnya dijadikan contoh.

SAya berbangga dengan Timbalan YDP saya. Beliau aktif dalam PAS sewaktu PAS Selangor dipimpin oleh Arwah Ustaz Ismail Hashim lagi. Pada waktu beliau aktif berjuang dalam PAS dikala itu, tidak pernah terdetik dalam hati beliau yang pada satu hari beliau akan menjadi Ahli Majlis MBPJ.

Dan sekarang, beliau antara ahli MBPJ yang paling "perform" dan paling bersih. Sehingga ada orang komplen yang beliau terlampau bersih.

SAya beritahu kepada beliau:

"HAji, dulu haji berjuang PAS Haji tak pernah mintak apa-apa balasan. Ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Tapi Allah SWT ingat pengorbanan Haji dan Allah SWT telah membalas segala bakti yang Haji tabur dulu dengan memuliakan Haji. Keihklasan Haji ini sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada semua ahli baru PAS."

Ahli PAS Ramai Dikelirukan Dengan Perkataan Wala'

Yang layak menerima wala' secara mutlak dalam Islam hanyalah Allah SWT dan Rasul SAW. Lain dari Allah dan Rasul, tiada siapa yang boleh menerima wala' secara mutlak hatta Saidina Abu Bakr As Siddiq.

Kita dah lupa ke bagaimana para Sahabat secara lantang mengkritik Saidina Umar hanya kerana beliau memakai pakaian yang melebihi dari kuota kain yang beliau dapat.

SAya nak soal para fraksi UMNO, tindakan para Sabahat mempersoalkan Saidina UMAr itu, adakah ianya tanda2 para sahabat tidak wala' kepada Saidina Umar.

SAya tahu, pemimpin2 yang terpalit dalam isu Fraksi UMNO ini sekarang begitu galak bercerita pasal Wala'.

Kalau kita sempat menghadiri majlis mereka, cuba tanyakan peristiwa yang saya sebut di atas.

Tanya kepada mereka:Adakah mempersoalkan tindakan pemimpin tidak dikira wala'?

Saya teringat kata-kata Imam Malik:

"Pendapat aku dan sesiapa sahaja boleh dipersoalkan atau ditolak kecuali yang datang dari tuan punya kubur ini" ... sambil Imam Malik menunjuk kepada kubur Rasul SAW.

Janganlah disebabkan wala' kita melanggar akidah kita dan melantik pimpinan kita sebagai pimpinan yang maksum.

Tiada siapa yang maksum. Kalau seseorang itu baik mcmna pun, mungkin dia terlupa atau tersilap pandang dsbnya. Buat kesilapan bukan bermakna jahat.

Tetapi mempertahankan kesilapan walaupun jelas sudah silap adalah tanda-tanda kefasikan. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan alasan agama dan perkataan seperti Baiaah dan Wala'.

Tulang Besi.


17 comments:

Anonymous said...

Remember this is the same hassan ali who wanted to strike a deal with toyol,u are right memang tak bolih pakai.Now u can check and see how orang2 mcm ni nak kow tim kiri kanan.Semua ahli majlis dari camp ni mcm penyamum.

kia71 said...

assalamualaikum,

cabaran di waktu kita belum mencapai kemenangan lebih mudah kita hadapi kerana kita kenal dgn jelas siapa musuh kita.kini bila kita di anugerahkn dgn sedikit kemenangan cabarannya lebih mencabar dan rumit.
yakinlh jika kita dijalan yg benar pasti bantuan dari ALLAH akan datang.golongan yg berniat menghancurkn jamaah ini kita pulangkan pd ALLAH untuk mengadilinya.usaha dan ikhtiar tuan teruskn, doa dari kami ahli pas lama dan terbuang tetap mengiringi tuan.
semoga tua tabah.amin.

takbir!!!!!!!

Abu Luqman said...

Salam akhi TB,

Yang menghairankan saya ttg PAS, kenapa org yg kurang 10 tahun masuk PAS macam Hassan Ali boleh diberi jawatan yg sangat tinggi? Ya, dia memang figure yg terkenal dan bagus utk menaikkan profail parti tapi setelah diberi peluang dan tak perform, kenapa disimpan lagi? kekalahan teruk di Selangor tahun 2004, tidakkah sedikit sebanyak kerana kelemahan kepimpinan beiau? Org2 di Sungai Burong banyak boleh cerita ttg Hassan Ali. Sudah ditolak di sana, dtg pulak kawasan 'selamat' di Gombak walhal bukan pernah pun berbakti di sini sebelum ini! menangnya Hassan Ali dan ramai lagi calon PAS dan PKR kerana kemuakkan org ramai terhadap Pak Lah dan UMNO. Ini hakikat penyokong2 PR yg lebih objektif pemikiran pasti menyedari.

Bergaduh sesama sendiri skrg ni, ucaplah selamat tinggal dari skrg kpd negeri Selangor sebelum PRU akan dtg.

Anonymous said...

saya tidak lihat ini sbg pergaduhan melainkan satu ikhtiar utk membuang virus yang telah dikenalpasti boleh memudaratkan jemaah.

di rinching semenyih baru-baru ini hasan ali menceritakan bagaimana beliau masuk pas. dia bertemu dgn allahyarham ustaz fadhil noor. kalau ustaz fadhil noor menjadi ikon/idola beliau masuk pas, sebagaimana yang dinyatakannya dlm ceramahnya, mengapa beliau tidak memahami perjuangan serta pegangan allahyarham - umno tak akan minta tolong kpd pas kecuiali tersepit?
malah dalam hal ini - amat menyedihkan - bukan sahaja hassan ali yang mengenepikan allahyarham, perkembangan semasa dan selepas pru 12 mendedahkan kpd kita ada ramai lagi yang sudah lupa kpd allahyarham.
kalau para sahabat Nabi saw boleh ditegur, mereka jangan! perlu wala' walaupun perjalanan mereka bersimpangsiur dan jauh dari yang ditunjukkan oleh para sahabat ra.

Anonymous said...

aku dah muak dengar pasal lama dan baru ni. khalid al walid hari pertama masuk Islam dah diamanahkan memimpin tentera islam...takde masalah pon.
kalau lama dah berkarat nak wat per...jual kat kedai besi buruk je.
nampak sangat si Tulang Besi ni takut kena tindakan disipilin..ha..ha..padan muka
sapa makan cili dia la terasa pedassss... memang patut kena...wat menyemak PAS je...

ilyasak said...

Pelik dan ajaib, baru ada kuasa sikit dah mula mencantas. Kalu ada kuasa banyak camane ?

Belajar la dari pengalaman 2004 dan tahun-tahun sebelumnya. Kemenangan besar PAS 2008 bukanlah kemenangan hasil dakwah & tarbiah PAS tetapi lebih kepada kemenangan isu semasa dan sentimen. Kalau BN dapat mengawal dan mengendalikan isu dan sentimen dengan baik pada pemilu 2012 mungkin keadaan seperti Trengganu akan berulang di Selangor dan Perak, silap-silap Dr Hasan Ali & dll calon akan kehilangan wang pertaruhan.

Ahli PAS Shah Alam

Anonymous said...

well done tulang besi, keep an eye on this roslan sms dan hassan ali yang sedang merosakkan pakatan rkyat, klau perlu tok guru nik aziz kena tegur mereka berdua ini macam mustafa ali, kecewa lah saya yang bukan islan ni pasal galagat mereka berdua ini, only u can guide this PAS members from this bunch of crooks as what RPK do for other members for truely be in perjuangan pakatan rakyat. Hidup HUSAM!

sman said...

Rasanya ramai pemimpin PAS kepalanya sama macam pemimpin Umno sekarang ,tidak memahami keadaan dan tidak belajar dari sejarah kalah menang dlm pilihanraya.Yang ada dalam kepala mereka ialah ego seorang pemimpin,bila menang 'ini kerana aku pandai memimpin' tapi bila kalah 'itu kerana kesilapan orang lain'.

Saya bersetuju dgn pandangan ahli Pas Shah Alam,pilihanraya 2012 nanti,keadaan mungkin berubah,terutamanya di Selangor.Sebenarnya PAS,PKR dan DAP kena berkejasama,bermesyuarah dan bertolak ansur dalam apa juga issu supaya pentadbiran menjadi cekap, mantap dan diyakini rakyat.

Saya cukup hairan kalau seseorang itu di singkirkan hanya kerana beliau nampak lebih rapat kepada satu pihak lain yg juga adalah kawan kita bersama.Rasanya initaraf pemikiran budak darjah satu sahaja,bukan sekali mereka yg memegang Phd.,entahlah kalau Phd yg diperolehi adalah dgn cara yg boleh di persoalkan.

Saya menyokong usaha Tulang Besi yg selalu melemparkan kritikan pedas kpd pihak tertentu,walau pun kadangkala kelihatan melampau.Namun,sekurang-kurangnyakritikan itu akan menjadi kan pihak berkenaan lebih berhati-hati dan selalu mencermin diri.

dato' said...

Hujah agama dan sirah kamu boleh dinilai oleh orang yang memahami serah..tak payah bermadah..tulisan melahirkan isi hati...yang dilihat dari tulisan mu selama ini ialah benci, hasad tertipu dengan istilah saya generasi kedua PAS bapak saya orang PAS... asri dulu YD Agong PAS... akhirnya menentang PAS so?????

Navi said...

Tulang Besi,
Live up to your name. If the party wishes to take action against you, this is an opportunity for you to show the leadership the wrongdoings in the party.
I have been reading your blogs for some time now and I know you are one PAS guy and no mistake about it. There is no good reason why the party must act against you. Expose them.

PJU said...

Cerita nampak hebat..sesekali balik Malaysia tak pernah nampak pun datang program PJU...

Tulang Besi said...

Alamak PJU, betul jugak la ckp PJU.
Lama tak pegi program PJU.

When is the next program?

Bukan apa, skrg ni bini baru beranak kembar, nak tidur pun takda masa.

Tulang Besi said...

dato kata:

asri dulu YD Agong PAS... akhirnya menentang PAS so?????

REPLY: Errr saya masih ahli PAS dan berbangga dengan keahlian saya. Takda pun saya masuk UMNO...kan?

Anonymous said...

Bro tulang, kau nak borang umno? Nanti Ezam boleh jumpa kau. Kalau Najib baca artikel kau, confirm dia ambil kau jadi Setiausaha sulit dia. Atau setidak-tidaknya jadi Penganalisis Politik menggantikan Razak Baginda yang kebal daripada siasatan dan pendakwaan.
Bro Tulang, kau memang ada penyakit: 'Busuk Hati'.

Anonymous said...

SAMA ada dia keluar atau saya yang keluar, itulah reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad ketika ditannya mengenai tindakan pengguguran beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor oleh bosnya, Datuk Dr Hassan Ali.

Menurutnya, perbezaan besar antara beliau dan Hassan ialah daripada segi pendekatan untuk memastikan sokongan terus diberikan kepada pakatan pembangkang.

“Saya lebih melihat kepada perlunya diperkukuhkan Pakatan Rakyat bukannya hanya melihat sokongan dalam konteks parti semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergeseran yang berlaku antara beliau dengan Hassan yang dikatakan melibatkan soal dasar.

Pergeseran antara Khalid dan Hassan dikatakan bermula sejak sebelum pilihan raya umum Mac lalu berhubung soal penentuan kerusi yang hendak ditandingi.

Setelah itu ia berlarutan sehinggalah kepada rasa tidak senang Hassan di atas layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap PAS termasuklah beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurut Khalid, bagi beliau PAS tidak harus hanya bercakap tentang memperkukuhkan parti itu sahaja tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang lebih besar melibatkan Pakatan Rakyat.

Katanya, buat masa ini pakatan pembangkang itu menguasai lima buah negeri dan tiga daripada negeri itu diketuai oleh PAS.

“Jika di tiga negeri yang kita kuasai mendapat sokongan daripada parti pakatan kenapa tidak PAS memberikan kerjasama dan menyokong kerajaan negeri yang diketuai oleh parti gabungan iaitu DAP dan PKR,” jelasnya.

Apa yang penting sekarang menurut Khalid, Hassan mestilah membuktikan bahawa dengan pasukan baru yang dibentuknya pada peringkat Perhubungan PAS negeri beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Anonymous said...

SAMA ada dia keluar atau saya yang keluar, itulah reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad ketika ditannya mengenai tindakan pengguguran beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor oleh bosnya, Datuk Dr Hassan Ali.

Menurutnya, perbezaan besar antara beliau dan Hassan ialah daripada segi pendekatan untuk memastikan sokongan terus diberikan kepada pakatan pembangkang.

“Saya lebih melihat kepada perlunya diperkukuhkan Pakatan Rakyat bukannya hanya melihat sokongan dalam konteks parti semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergeseran yang berlaku antara beliau dengan Hassan yang dikatakan melibatkan soal dasar.

Pergeseran antara Khalid dan Hassan dikatakan bermula sejak sebelum pilihan raya umum Mac lalu berhubung soal penentuan kerusi yang hendak ditandingi.

Setelah itu ia berlarutan sehinggalah kepada rasa tidak senang Hassan di atas layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap PAS termasuklah beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurut Khalid, bagi beliau PAS tidak harus hanya bercakap tentang memperkukuhkan parti itu sahaja tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang lebih besar melibatkan Pakatan Rakyat.

Katanya, buat masa ini pakatan pembangkang itu menguasai lima buah negeri dan tiga daripada negeri itu diketuai oleh PAS.

“Jika di tiga negeri yang kita kuasai mendapat sokongan daripada parti pakatan kenapa tidak PAS memberikan kerjasama dan menyokong kerajaan negeri yang diketuai oleh parti gabungan iaitu DAP dan PKR,” jelasnya.

Apa yang penting sekarang menurut Khalid, Hassan mestilah membuktikan bahawa dengan pasukan baru yang dibentuknya pada peringkat Perhubungan PAS negeri beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Anonymous said...

Lu pikirlah sendiri, tengok petikan ini.

Thursday, November 27, 2008
Kompleks kontot diri Pas Selangor

Berikut ialah email dari seorang tokoh korporat kepada saya. Dia bubuh tajuk "Inferiority complex". Saya ubah tajuknya kepada "Kompleks kontot diri Pas Selangor". Saya siarkan kandungannya tanpa edit sikit pun:

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Saya ada baca blog Pak Bakaq berkenaan pergolakkan dalam PAS Selangor.Saya tertarik dengan komen yang dibuat oleh pegawai PAS Selangor bahawa PAS rasa terpinggir kerana PAS di DUN Selangor adalah parti dalam Pakatan Rakyat yang terkecil sekali bilangan kerusi DUNnya.Sedangkan PAS di Selangor merupakan parti yang terbesar dari jumlah ahlinya,dari jumlah Kawasan dan Cawangannya dan dari jumlah kekuatan 'resources'nya.PKR Selangor dan DAP Selangor tidaklah sekuat PAS.

2.Kalau tidak silap saya, Presiden PAS pun pernah merungut bahawa PAS tidak diberi pengiktirafan sebagai parti yang terkuat didalam Pakatan Rakyat walau pun ahli PAS, jentera organisasi PAS dan kekuatan 'resources' PAS adalah jauh lebih hebat daripada PKR dan DAP.

3.Maafkan saya Pak Bakaq, kerana pada pandangan saya kalau begini pandangan PAS,bahawa PAS perlu diiktirafkan sebagai 'the premier' parti dalam Pakatan Rakyat kerana jumlah ahlinya yang besar, organisasinya (Kawasan dan Cawangan) yang besar, sumber 'resources'nya yang besar, maka ada pemimpin PAS yang menghadapi sindrom 'inferiority complex'.

4.Kalau PAS semuanya besar, mengapa pencapaiannya adalah yang paling kecil ? Di Parliment PAS(23 wakil rakyat) dari bilangan kursi adalah yang terkecil daripada DAP(28 wakil rakyat) dan PKR(31 wakil rakyat).Di DUN Selangor pun bilangan ADUN PAS adalah yang terkecil diantara ADUN-ADUN PR.Mengapa PAS tidak menjadi parti yang paling banyak ahlinya(yakni dikalangan parti-parti didalam PR) didalam Parlimen dan DUN Selangor ? Dimana silapnya, kalau ahli,jentera dan sumber yang paling banyak,tetapi pencapaian yang paling kerdil ? Kalau PAS adalah syarikat yang didaftarkan di Bursa Saham Malaysia, Pengurusan PAS Bhd boleh dibuang kerja kerana membawa 'results' yang paling sikit ! 'PAS Bhd.' cawangan Selangor perlu dirombak langsung pengurusannya, kerana memberi pulangan yang sedikit ! Kalau PAS adalah PAS Bhd, CEOnya perlu mengundur diri kerana prestasi syarikat tidak setanding dengan prestasi DAP Bhd. dan PKR Bhd yang jauh lebih kecil daripada PAS Bhd. !

5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !

Wassalam.Terimakasih.

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 11/27/2008 09:59:00 PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.