Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, November 23, 2008

UMNO Desperado, Babi Dijadikan Mangsa

Alkesah, Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah dijadikan mangsa terbaru UMNO/BN di dalam isu perternakan babi. Ini kerana Kerajaan NEgeri Kedah bercadang untuk menstruktur semula ternakan babi di Kedah dengan membina sebuah pusat perternakan tertutup di Bukit Selambau. Pusat tersebut adalah lebih bersih dan lebih terjaga berbanding dengan kaedah perternakan sekarang yang jelas hasil dari polisi UMNO/BN
Yang hairannya, UMNO tak pula bising dengan perternakan babi di Negeri Sembilan yang jelas dilakukan atas dasar ekspot dan komersil. Sekurang-kurangnya di Kedah dan Selangor, ia bertujuan untuk memenuhi keperluan domestic negeri masing-masing dan bukannya untuk tujuan meningkkatkan kadar eksport negeri, seperti di NEgeri Sembilan Darul Khinzir.

Malahan, adakah kita sudah lupa bahawa Negeri Sembilan telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila Negeri Sembilan telah mencipta satu “virus strain” baru yang dinamakan virus Nipah. Virus Nipah ini adalah adik beradik kepada virus yang mengakibatkan wabak “Spanish Flu” yang melanda Amerika Syarikat satu masa dahulu.
Tapi, UMNO dengan muka tidak malu sibuk mempolitikkan isu babi ini di media2 yang mereka kawal dalam Negara kita ini. Mengapa media yang dilacurkan UMNO ini tidak menyatakan fakta2 seperti berikut:

a. Bahawa selepas penstrukturan semula perternakan babi di Selangor, keluasan tanah yang melibatkan perternakan babi ini akan berkurang dari 5000 hektar kepada hanya 400 hektar?
b. Segala pencemaran alam sekitar dari penternakan babi yang kita lihat sekarang adalah hasil dari polisi UMNO dan BArisan Nasional
c. Projek penstrukturan penternakan babi ini adalah projek yang diilhamkan oleh UMNO. Kalau tak percaya tanyalah Dr Karim Mansor
d. Negeri yang paling besar mengekspot babi di Malaysia adalah negeri yang UMNO perintah
e. Binatang babi adalah lagi mulia dari manusia yang menyeleweng duit rakyat untuk kepentingan pribadi mereka
f. Islam tidak pernah mengharamkan orang bukan Islam membela babi. Sepanjang 1400 pemerintahan Islam kita lihat orang2 Kristian di negara2 Islam seperti Syria, Mesir, Sepanyol masih terus memakan daging babi dan membela babi.
g. Usaha Kerajaan Kedah dan Selangor adalah mulia dan patut disokong
h. UMNO Selangor dahulu memprotes penternakan babi kerana peluang mereka hendak mendapat “persen” terbantut . Bukan sebab diorang tu sensitif sangat pasal babi ni.
i Eh.. bukan ke Kerajaan UMNO/BN di Melaka yang tak bagi bunuh babi padahal babi2 tu semua dah mencemari sungai dan alam sekitar bertahun2 lamanya.

UMNO ni memang dasar muka tak malu. Mengata Dulang Paku Serpih.

Sebenarnya, kita manusia tak payahlah berperangai seperti binatang dalam menangani isu babi ni.

Tulang Besi


30 comments:

Anonymous said...

Dah nama pun Kerajaan Babi Negara. Apa nak peliknya. Mesti Kerajaan Babi Negara nak bolot hasil yang dikeluarkan oleh ternakan tu.

Anonymous said...

Benci aku tengok penulis blog yang cerita pasal babi . walaupun benda boleh ternak tapi bukan sampai nak jadikan industri. mungkin sebab tu negeri yang cina banyak macam penang tutup ladang babi sebab dapat stok dari kedah. Lagi satu masa kes paya mengkuang kat melaka heboh penulis blog baik cina atau melayu hentam kerajaan melaka.. tapi bila kepala babi banyak berterabur kat pantai korang semua senyap..

Anonymous said...

Kerajaan Melaka memang bodoh pun. TYT pun barua UMNO. KM pun bapak Babi Negara gak. Babi elok-elok dalam kandang, sape suruh sepah-sepah kat pantai. Tak ke bodoh namanya tu Kerajaan Babi Negara Melaka. Sebab tu Sultan/Raja pun tak ada. Bodoh macam telur.. Batang masuk, telur dok luar je..

Anonymous said...

UMNO dengan hasad dengkinya...kalau UMNO/BN memerintah ok kot projek ni.

Tulang Besi said...

Yang sebenarnya juara penternakan babi ni adalah UMNO.

Apabila kerajaan PR nak struktur semula, nak bagi elok, diorang buat isu

PAdahal bawah UMNO, penternak babi bebas buang najis babi dalam sungai.

Takda pulak puak2 UMNO ni bising ye?

Anonymous said...

Setahu aku maksud babi ikut blog barkingMagpie brother anwar bin ibrahim.. tolong paham masalah orang kat melaka . aku tanya kenapa takde komen dari blog.kenapa kecut dengan cina takut hilang undi

Tulang Besi said...

Setau aku kat Melaka dulu, Kerajaan UMNO biar babi tu berkeliaran dan berak serta kencing masuk dalam sungai.

Dan Ali KEtam dan UMNO dah tahu benda ni bukan satu dua hari, tapi bertahun.

bila sampai masa nak tembak babi tu, dapat arahan berhenti tembak.

Kahkahkah, UMNO/Barisan Najis la pembela babi no 1

IbnAbdHalim said...

UMNO bising sebab terlepas peluang. Kalau sebahagian besar pulangannya masuk ke poket UMNO pasti mereka tak bising. KIsah orang Maelayu bela babi ni dah lama dah. Sejak belum merdeka lagi dah berlaku. Yalah, yang bela tu orang Cina tapi modalnya datang dari orang Malayu - masuk syer konon.

Apa nak herankan? Haram? Ish! Ish! Yang lebih haram dari itupun mereka tak kisah. Janji ada masyuuuukkkk!

Anonymous said...

Sebab apa tak jadi tembak sebab banyak blog dok sokong penternak babi nie. dah jadi isu nasional. Boleh kata semua blog ade. Kesian le kat depa , takut hilang mata pencarian le semua alasan tu blog bagi siap dengan gambar. lah nie bila benda nie timbul balik korang senyap sebab ape yang buat pasal tu CINA. PKr dah pasti takut dengan MP cina dia orang. Ronnie Liu dulu punya jaguh bab nie. sekarang aku punya komen blog dia pun tak siar. Korang memang XXXX

Anonymous said...

Tak de mase nak layan kepala babi kat tepi laut. Tu semua propaganda bapak babi yang angan-angan nak jadi Babi Umno no 2.

Konon-konon membela nasib rakyat. Padahal membela babi..

Mahal gak sekor babi. Mana boleh buang makanan. Tapi taukeh babi boleh buang suka hati. Boleh jadi isu besar untuk tarik undi...

Tulang Besi said...

kahkahkah,

Nampaknya puak UMNO dalam blog ni desperate.

hakikatnya, tokeh babi terbesar adalah UMNO

Pembela babi terbesar pun UMNO.

Tak hairan kalau ada orang uMNO yang suka makan babi

Anonymous said...

depa (puak UMNO) bising2 pasal penternakan babi ini walaupun perancangan menggunakan teknologi canggih mesra alam sapertimana projek penternakan babi di German.
puak puak UMNO kenapa tak buat bising pasal pusat pusat judi yang tumbuh macam cendawan di seluruh tanahair? kan judi ini haram di cc agama juga. Jangan jadikan isu babi ini semata mata untuk mempengaruhi sentimen orang2 melayu.

Anonymous said...

saya jamin UMNO/BN akan bungkus dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

Babi tak makan, kononnyalah...

Arak minum...

Pompuan main...

Judi jadi tokeh...

Termasuk anak beranak sekali terlibat...

Tu la UMNO...

I Dont drink, I dont gamble, I dont womanise. I just tell lies including the pig thing...

Anonymous said...

kat tempat aku pengunjung premises judi 40% orang melayu 60% dll(berbilang kaum) so ikut pecahan melayu majoriti. mengapa puak2 umno ni tak buat bising supaya perniagaan judi ditutup/diharamkan?

Jed Yoong said...

wow. politik babi muncul lagi?

Anonymous said...

What is your stance on the 2 sutpid fatwa, on lesbian and yoga?

This kind of stupid things can only happen in malaysia.

malayamuda said...

percayakan babi di malaysia tetapi jangan sekali kali percayakan babi babi di UMNO

puak2 khinzir said...

Babi :Hebatnya saya dpt perhatian.. ngok.. ngok.. ngok..
UMNO : Aiya Ngok-Ngok lu tu dah lama saya piarah korang, korang tak sedikit pun kasih wak duit ! Wak biar korang cinca2 buang air besar buang air kecik dlm sungai !
Babi : Ngok..ngok... aiya masa lu umno piarah kami puak khinzir, korang tak bagi tempat selesa ! sikalang sya dapat tempat selesa tiggal korang umno ikut sya ngok...ngok..ngok.. bising apa pula??!

Anonymous said...

All of you guys are sick to the bones. Begini ke orang PAS berkomunikasi/mengumpat? Mengutuk orang sampai lupa diri....

Kamu lah perosak bangsa Melayu yang sebenar...pandai bertopengkan Islam!

Alias Mohd Yusof said...

Itu namanya politik kotor, nak menang bergantung kepada undi, besarkan keburukan parti lawan, reka cerita-cerita palsu dan fitnah, lekehkan projek yang dibuat oleh parti lawan.
Bila parti lawan kelihatan jelek, orang ramai akan undi parti kita.
Tetapi berkatkah kemenangan yang diperoleh dengan cara begitu?

megat said...

yalah kat melaka tak kecoh pun,asik kat kawasan pakatan rakyat jeeeeee

Anonymous said...

inilah lemah nya orang melayu walaupun saya melayu dan harrcore PAS.tidak kamu semua sedari sejak kebelakang ni,isu melayu dan fatwa yg bersangkutan sensitivity kaum yg di tonjolkan oleh agensi kerajaan yg bernaung di bawah umno.kenapa majlis fatwa tak pun tonjolkan fatwa yg tidak sensitive pada kaum lain contoh nya fatwa tentang ASB,tudu politik wang dll

Anonymous said...

Banyak benda yang kita tidak suka di dalam dunia ini, Kita kena terimalah juga perkara itu kerana Allah yang jadikan benda itu.

Walaupun Allah yang mencipta benda-benda atau mewujudkan benda-benda yang kita tidak suka ini tetapi Allah berikan panduan bagaimana hendak mengendalikannya.

Anjing dan babi itu najis, itu sahaja tidak lebih dari itu, jadi kendalilah sebagai benda najis, rasionallah sedikit, jangan emosi, emosi sampai babi kena tukar nama kepada khinzir, janganlah kenal dan kendalikan anjing dan babi itu ikut kitab Melayu tetapi ikutlah panduan syariat Islam.

Kejadian Allah kita tidak boleh halang, cuma kita urus ikut perintah Allah, jangan pandai-pandai sendiri.Benda kotor juga ada dalam diri kita, tiap-tiap pagi atau tiap-tiap hari suka atau tidak suka kita kena urus, setiap hari najis keluar dari perut kita, kalau ikut kehendak manusia, mereka tidak mahu najis itu ada di dalam perut mereka.sebab benda itu kotor dan jijik.

Begitulah juga babi dan anjing, kalau ikut orang Melayu, binatang ini tidak perlu ada di dunia ini kerana mereka dididik cara Melayu untuk rasa jijik dan benci kepada binatang tersebut. Kalau ada anak-anak menyiksa binatang tersebut, mungkin diketawakan sahaja dan tidak perlu dilarang kerana binatang itu babi atau anjing. Apakah ini fikrah Islam. keadaan ini sebenarnya tidak diizinkan oleh Islam.

Pada hal dalam Islam hanya diterangkan bahawa binatang itu najis dan diberi panduan mengendalikannya.Kendalilah secara Islam berpadukan al.Quran dan al.Hadis.supaya kenajisannya tidak mengganggu gugat kehidupan orang Islam dan mereka berasa selesa dan terselamat daripada najis tersebut.

Kalau kita berbalah atau berselisih pendapat pun tiada gunanya kalau di antara kita ada yang tidak mahu merujuk kepada Allah dan rasulNya.

Perkara yang lebih besar lagi ancamannya terhadap orang Islam daripada benda ini , sebenarnya keenganan orang Melayu patuh sepenuhnya kepada syariat Islam,

Setelah lebih 50 tahun merdeka Orang Melayu masih mengamalkan adat karut dan khurafat tidak dihebohkan dan tidak dibenteras secara beramai-ramai.Pada hal inilah ancaman yang lebih besar berbanding dengan najisnya babi dan anjing. Adat khurafat boleh membawa seseorang itu syirik kepada Allah. Najis babi dan anjing tidak sampai kepada syirik kepada Allah, jika terlibat atau terkena najis tersebut memadai dibasuh atau disamak mengikut syarat-syarat yang ditentukan sahaja. Maka selepas itu sucilah semula keadaannya.

Wassalam.

Anonymous said...

Kenapa bila ada pandangan yang lain sikit mesti kata dari puak umno. Kenapa bila ada saje perkara pasal Babi mesti kata provokasi Umno. Cuba paham masalah penduduk kat sana. Sapa cakap benda nie tak kecoh kat melaka. cuba pergi sana dan rasa sendiri perasaan orang kat sana. Tapi macam aku cakap Cina sana sudah naik lemak sebab melayu yang sokong PR tetap akan pertahan kan mereka dan salahkan umno. PRU depan kau rasa PR boleh menang besar ? pada aku tu semua mimpi aje sebab ape, aku dari dulu tak pernah pangkah BN tapi bila tengok keadaan lepas menang sikit semua dah lupa pada orang sendiri aku ingat nak tukar cara pangkah . Undi rosak atau tak keluar mengundi..

Anonymous said...

Anwar Ibrahim adalah musuh orang melayu numbor satu. Tipu belit nya tidak terkira. Janji dapat undi dan sokongan, maruah bangsa dipergadaikan. Jangan terperanjat jika ada orang Melayu yang akan meludah muka nya jika bersua. Malang bagi PAS yang saya sanjungi perjuangan nya selama ini terikut-ikut dengan si-pengkianat ini...

Tulang Besi said...

Setau saya penipu kepada orang MElayu paling Besar ialah UMNO.

BUKTI: 65% orang Melayu di Malaysia mendapat pendapatan "agregate" RM3k sebulan.

Kalau tu tak tipu, aku tak tau la.

Anonymous said...

Tulang Besi,

Melayu gaji RM 3K kebawah disebabkan kelemahan sendiri. Peluang belajar disia-siakan, keluar modal takut, nak ambil riziko takut. Nak relax dan tunggu peluang dihidangkan. Bila dengar pasal skim cepat kaya berebut. Bila merana salahkan UMNO. Jangan salahkan UMNO saudara. Pemimpin UMNO telah dikutuk dengan hebat kerana telah tolong orang melayu selama ini (termasuk anda, siTulang Besi). Perjuangan UMNO mulia hanya orangnya ada yang tidak betul. Didalam PAS pun bukan semua nya 100% betul. PAS di Kelantan apa ada?. Bila musim RAYA, berduyun-duyun orang kelantan balik ke kelantan sebab ditempat sendiri tak ada kerja.

Disebabkan Anwar dan PAS, maruah melayu dipermainkan. Butakah anda? Tak baca ke blog-blog bukan melayu dan kutukan-kutukan didalam Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysian Insider dll. Anda boleh terima RPK yang terang-terang menghina Islam. BERTAUBATLAH SAUDARA!

Anonymous said...

sebagai anak malaysia keturunan cina, saya minta pendapat semua.

jika babi itu dianggap kotor dan haram menurut Islam, namun bagi masyarakat bukan islam, ianya sumber rezeki dan makanan.

adakah sahabat beragama islam kalian memang tidak boleh menerima cara hidup kami ini?

satey lembu dan rendang lembu memang sedap namun ianya tidak jurang haramnya menurut agama Hindu ataupun vegan (pemakan sayur)

Adakah orang melayu di Malaysia tidak dapat menerima cara hidup orang lain? Jika jawapannya adalah ya, tdak boleh menerima, maka saya amat bimbang dengan masa hadapan kita, dan anak-anak serta cucu cicit kita semua

Minta denga penuh hormat pendapat para pembaca semua.

Dark said...

Kepada Anonymous yg berketurunan cina tu,..saya dengan ikhlas ingin memperbetulkan kefahaman anda mengenai Islam dan penternakan babi oleh non-muslim.

Islam membenarkan penternakan babi(non-muslim) selagi manusia di persekitaran tidak diganggu oleh bau najis,kekotoran babi-babi yang diternak. Bukan setakat babi,tetapi apa jua binatang ternakan.

Apa yang jelas kandang babi yang jijik,kotor,berbau pada asalnya(ketika pemerintahan UMNO) diubahsuai kepada kandang babi yang canggih dan moden untuk mengelakkan masyarakat di persekitaran diganggu oleh bau busuk.

Salahkah PKR membersihkan kekotoran bekas pemerintahan UMNO?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.