Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 9, 2008

Cerita Sebenar Mengapa Khalid Samad di Pecat Dari TPJ Selangor

Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.

Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.

Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.

Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.

Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.

Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.

Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.

Khalid Samad Mesti Dibuang

Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.

Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.
Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.

Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.

HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.
Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.

Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.
Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.

Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor


Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya:
a. DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor
b. Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut
c. Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
d. DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.

Gerakan Anti Pakatan Rakyat Semakin Galak

Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.

Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.

PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?

Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.
Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.

Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.

Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.
Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud:

“Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”

Adakah PAS Selangor hendak membawa ahli-ahli mereka ke arah melawan hadeeth Nabi SAW ini? Tapi iyelah, bawah kerajaan Pakatan Rakyat ni mana boleh buat duit. Bawah UMNO kan senang buat duit?

Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja


Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.
Jadilah insane yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.

Tulang Besi








30 comments:

Shaqbal said...

Perkhabaran ini sungguh menarik, dan saya sendiripun merasakan ada kebenaran tulisan sdr Tulang Besi. Berkenaan dengan siapa punya angkara, saya rasa di peringkat akar umbi PAS selangor sudah mengetahui dan merasakan ketidak sempurnaan kepimpinan PAS di S'gor ini. Saya sungguh tidak bersetuju mengenai ada di kalangan pimpinan PAS yang terikut2 cara UMNO dengan agenda ketuanan Melayunya.. bagi saya hanya ada ketuanan ISLAM saja.. dalam kubur Malaikat tak tanya kita org melayu atau tidak..

Anonymous said...

Tulang Besi,
Bongkar jan x bongkar.... Teruskan usaha anda... HAPOSKAN FRAKSI2 UMNO NI !!! BIKIN KACAU KAT Selangor...

Shams Fatani said...

Tarbiah Biro Tata Negara masih lagi dalam 'deep in subconscious'. Satu kejayaan "Ivan Parlov" umno dalam proses mental subconscious reinforcement excercise dalam proses 'turning over',oleh pengamal psychologi behaviorist umno,& sb. Mereka lepaskan dulu untuk dia pulang semula menanti kepangkuan umno dengan banyak kejayaan hebat kepada umno dalam perang psychological subversive , hancurkan gerakan dakwah dan tarbiah Islam dengan conflict dalaman, atas nama islam itu melayu dan melayu itu islam, negara melayu, majority melayu, raja melayu, umno itu islam...dan lebih islamic jikalau memilih bagini...ketahuilah bahawa pemikiran islamic jurisprudence tidak construct bagini dan tidak 'mati akal' dan tidak berijtihad bagini jika menghadapi memilih diantara 2 keburukan, satu pihak telah melakukan keburukan dan satu lagi belum corrupted. Positive ideological dialog dengan yang belum corrupted adalah lebih positive walaupun political opersite civil rule. Ini adalah civilizational process. Adaptation, process of changes and engagement ini yang masih lagi dalam scope perubahan positive 'shariah'.

Shams Fatani said...

...Pahamlah.. ini adalah dynamic Dialog of civilisation bukan Clash of Civilation, dan ini adalah maxim islamic jurisprudence discource.

Anonymous said...

Saya mendengar khabar, ada di kalangan AJK JPN Selangor meletakkan jawatan masing masing. Tentulah ada yang telah dihidu oleh mereka mereka ini. Ada yang tak kena ni... teruskan bongkar Tulang Besi

MunkarNakir said...

memang patut tindakan disiplin dikenakan terhadap tulang besi ni. tak layak sama sekali menjadi ahli PAS.
menghasut, memecahbelah, memfitnah, menipu, mendedahkan masalah dalaman parti kepada umum.....
pokoknya, neraka Allah menanti anda!!

Bapak kau said...

Munkarnakir..klau kau ada bukti lagi hebat silalah sanggah apa yg tulang besi khabarkan ni...

Jangan pandai cakap fitnah itu ini tapi takde bukti..

Bapak kau said...

Satu lagi munkarnakir... ini bukan masalah dalaman PAS tapi masalah spy2/agen umno dlm PAS yang memang patut diberi terajang keluar dari PAS.
Mmg patut didedahkan drpd jadi kanser yg merebak dan untuk mengelakkan tanggapan buruk rakyat kepada PAS.
Lu ada otak ..lu pikir la sendiri
Assalamualaikum

Tulang Besi said...

MunkarNakir,

Kalau nak kena tindakan disiplin pun saya redha. Saya sanggup menghadapi tindakan demi menyampai kebenaran.

Anonymous said...

Munkarnakir....teruk-teruk

Anonymous said...

salam

info ni ada juga betulnye..tapi saya rasa Khalid Samad dan Saari Sungib pun perlu diperhatikan juga.Latarbelakang 'mereka' berdua ni bagaimana pada awalnya.

Setelah kumpulan mereka ini berjaya mengharu-birukan Parti Keadilan Nasional, maka, ramai dikalangan mereka ini lompat masuk ke dalam PAS.

Tak dinafikan PAS Selangor ada kelemahan dalam usaha memeterai perjanjian hitam dengan UMNO tapi waspada jugalah dengan kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri seperti Khalid Samad dan Saari Sungib.Saya tak kata mereka ini terbukti salah tapi WASPADALAH.

Sekadar di Pinggiran

Anonymous said...

Sdr Rahman-Tulang, kau ni memang tak habis2 jadi 'Batu Api'. Seronok sangat kau tengok Pakatan Rakyat di Selangor porak peranda angkara kau. Apa yang kau cemburu sangat dengan Roslan tu. Dia ada hutang dengan kau? Setahu aku semua ahli Pas adalah pendukung Pas. Tiada fraksi UMNO kecuali kau sendiri Tulang yang jadi ejen umno sejak sekian lama.
Sepatutnya musuh kau ialah umno/BN. Ini tidak, musuh kau ialah jemaah Pas, pimpinan Pas. Apa punya manusia kau ni? Mengaku ahli jemaah Pas tapi tak habis2 mengadu domba, memfitnah, dengki khianat dan memecahbelahkan pimpinan. Halo bro, dah tak ada duit ke? Dah tak ada kerja ke? Bro Tulang, puak2 umno/BN sangat gembira dengan artikel kau yang berjaya memporak perandakan pentadbiran PAS Selangor.
Bro Tulang, kau masuk umno lagi baik! Kau dan artikel kau memang hampas!!

Bapak kau said...

anonymous...bapak awak x kasi nama ke..msk blog orang tak pkai nama lepas tu tuduh sana sini. Awak x sedar ke mmg ada fraksi umno dlm pas klau x xkn la ada muzakarah kununnya dgn umno. Masih ada lgi yg berfalsafah ketuanan melayu wlaupun dlm pas. Agen2 umno ni mne patut disimpan lg sebab jdi gunting dlm lipatan.

Anonymous said...

Encik Ab Rahman (Tulang), ada ofer untuk kau jadi Setiausaha sulit Khir Toyo. Kau kena pergi sendirilah di rumah dia dekat Glenmarie. Jawatan tu sesuai dengan kau.

Tulang Besi said...

Setau saya Khalid Samad background dia semasa di UK dahulu adalah Suara Al Islam dan bukannya IRC

IRC adalah kumpulan yang condong pada Ikhwanul Muslimin.

Suara Al Islam adalah condong pada Jamaat Islami Pakistan.

Jadi, Khalid SAmad takda latar belakang IRC

dan Khalid Samad tak pernah masuk PKR

zorro tua said...

For those who dont know who Pak Khalid really is, then I strongly suggest you guys get to know his background here: [Get to Know Khalid Samad]

Anonymous said...

tulang besi2 artikel ko ni macam hampas...satu artikel yg penuh dgn hasad dengki yg x terpadam lagi....bila lah ko ni nak insaf tak payah berpura2 la yg ko ni sokong pas...hehehe...

Atas Pagar said...

Pasal Komen kau tu aku pertimbangkan base on respond from Dr Hasan..

p/s
Kalau ye pon buanglah Iklan Aidilfitri kat sebelah atas tu!! Syawal dah habis .. Aidiladha pon dah habis.. tak lama lagi dah nak Awal Muharram dah ahaha.

Atas Pagar said...

Pasal Komen kau tu aku pertimbangkan base on respond from Dr Hasan..

p/s
Kalau ye pon buanglah Iklan Aidilfitri kat sebelah atas tu!! Syawal dah habis .. Aidiladha pon dah habis.. tak lama Awal Muharram dah ahaha.

Dagang said...

Sukanya UMNO, org pas saling tuduh menuduh sampai lupa untuk menentang umno. Inilah ciri org yg mengadu domba, sampai bilapun kita tak puas hati,selagi kita tak patuh keputusan.tiadapun fraksi UMNO, salah ka berjumpa dgn UMNO?kalau UMNO setuju dgn ISLAM,PAS akn dibubarkan. kepentingan ISLAM mengatasi kepentinga PARTI.Jaga lah rahsia parti kita, jgn di dedahkan kpd ramai, buruklah akhlak org yg menyevarkannya kpd umum ..(rujuk kisah rasulullah bg org yg mendedahkan rahsia jemaah).astagfirullah..

Anonymous said...

Bukan kata "PAS untuk semua"? apasal karang jadi "PAS untuk umno"?

Kalau macam tu PAS dan bohong, tipu penundi bukan-islam.

Apa hukam bagi orang yang buat penipu besar-besaran?

Satu PAS penipu atau gelongan kecil jer penipu?

Anonymous said...

Apa objektif awak untuk bongkar semua ni? Nak capai apa? Atau sekadar nak memuaskan hati?

Orang baru join PAS dituduh salah tarbiyah. Apa cadangannya? Melantik awak mengganti Roslan? Layak ke kalau sekadar terima tarbiyah sejak 1980. Orang mengaji beratus tahun, kalau otak bengap tak jadi juga.

Orang meniaga pun awak tak puashati. Tuduh harapkan kontrak dari kerajaan. Kalau diorang bergantung semata-mata belas ikhsan kerajaan BN bukan daya usaha dan kebolehan sendiri, lebih baik diorang join UMNO sahaja, lagi banyak kontrak boleh dapat. Buat apa susah2 duduk dalam PAS? Buat apa berjuang secara Asabiah dalam PAS? Apa maknanya? Mana logiknya? Apa motivasinya?

Awak tak pernah terfikir ke? Atau awak terlalu bengap?

Anonymous said...

Andai benar apa yang anda perkatakan ini sekalipun, tapi tindakan mendedahkan perbincangan Retreat PAS di langkawi adalah seumpama kerja SB (Sah Bahlol). Dok dedah perbincangan dalaman parti di blog yang boleh dibaca oleh sekalian manusia di alam ini.

Anta ni ahli jemaah Islam ke ni ? Tak reti adab dan displin jemaah, aku pun tak setuju jugak muzarakah dengan UMNO, dan aku juga pro Pakatan Rakyat dan menyokong pandangan Pak Khalid. Cuma cara Pak Khalid dan cara nta ni yang tak betul, dok dedah rahsia, dan masalah dalaman parti di Medan Terbuka.

Macam kerja SB ( Sah Bahlol ).

KAlau berani, siarkan komen ni...kalau nta benar kerana Allah

Tulang Manusia said...

Tulang Besi ni pun cerita bukan semua fakta dan betul. Ada juga tambah perasa lebih2 nak kasi sedap.

Sikit2 nak salahkan parti lain sbb masalah dalaman parti sendiri, mcm pondan dan budak kecik. Asyik2 nak salahkan UMNO le, parti itu ler...Bila nak maju tah.

Kalau suka sgt DAP pegi la peluk cium diaorg. Bodoh!

Lagi satu kalau quote hadis bagi lah link ke ataupun mukasurat supaya org boleh rujuk dan sahkan terjemahan sdr, ye ye jer terjemah "kebangsaan"...

Korang orang PAS ni dah kemaruk giler UMNO dah ni..setiap masa duk pikir psl UMNO...dah giler dah tu orang2 PAS dek di brainwash oleh nik aziz...nasib baik x sembah nik aziz jer...

Anonymous said...

Moga-moga Allah menghancurkan Roslan SMS.

IbnuQalil @ ZUL said...

Salam a'laik,

Kesiannya tulang besi dok nambah dosa dengan penyebaran fitnah busuk. Umno dan musuh Islam tentu seronok dan tepuk tangan dengan kerenah nakal TB ni.

Sudah-sudahlah, takyahlah bertopengkan kepada menegakkan kebenaran dalam PAS. Nama je pejuang PAS tapi perangai dok pecah becah ahli dan pimpinan. Astaghfirullahal a'zim. Banyakkan muhasabah diri. Jangan dok cedok dan intip dalam kain orang lain.

ANDA LEBIH BAHAYA KEPADA ISLAM.

Tulang Besi said...

Anak si Sikit @ Ibnu Qalil says:

"Sudah-sudahlah, takyahlah bertopengkan kepada menegakkan kebenaran dalam PAS. Nama je pejuang PAS tapi perangai dok pecah becah ahli dan pimpinan. Astaghfirullahal a'zim. Banyakkan muhasabah diri. Jangan dok cedok dan intip dalam kain orang lain."

Errr, pecat Khalid Samad tu bukan tindakan pecah belah jemaah ke?

Anak si sikit ni sampai hari ni tak ckp samada dia bersetuju atau menentang blog anti husam.

Pun dia tak ckp dia setuju PAS masuk BN ke tidak

Hakikatnya, puak2 Fraksi UMNO lah yang bertanggungjawab memecah-belahkan PAS.

Faham tak, wahai Anak si Sikit!!!!

Cuba guna otak tu sikit.

Tulang Besi said...

Sikit2 nak salahkan parti lain sbb masalah dalaman parti sendiri, mcm pondan dan budak kecik. Asyik2 nak salahkan UMNO le, parti itu ler...Bila nak maju tah.

Kalau suka sgt DAP pegi la peluk cium diaorg. Bodoh!


Tapi memangla puak2 Fraksi UMNO ni punca masaalah dalam PAS.


Pokok pangkalnya UMNO lah punca masaalah semua dalam PAS.

Puak2 bekas UMNO ni cuba nak bawak ideologi UMNO yang sesat tu masuk PAS.

Maksudnya memang masaalah PAS ni berpunca dari UMNO

Anonymous said...

Roslan ni kawan rapat Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas Pusat. Mahfuz tak dak langsung buat sebarang kenyataan ttg Roslan kerana Mahfuz perlu Roslan utk dapat jawatan jika kumpulan Muqabalah dpt bersama Umno ke Putrajaya untuk sama2 membayar sewa Pejabat PM. Lagi satu hal yg menarik Keua Penerangan Pas Pusat ni tak buat cadangan langsung utk Mohamad Sabu mempertahankan sebagai calon Kuala Terengganu. Dia takut jika Mohamad Sabu ke Parlimen beliau dan Salahuddin Ayub akan tenggelam di badai arus SABU.

Jafar Ahmadi, Bukit Katil Ceregam

Tulang Besi said...


Orang baru join PAS dituduh salah tarbiyah. Apa cadangannya? Melantik awak mengganti Roslan? Layak ke kalau sekadar terima tarbiyah sejak 1980. Orang mengaji beratus tahun, kalau otak bengap tak jadi juga.


TUjuan....takda tujuan kecuali nak pastikan PAS Selangor tidak digunakan untuk kepentingan pribadi.

Tujuan paling besar....nak pastikan PAS tak masuk BN.

Jangan lah kerana nak jadi MB sangat sanggup sabotaj PR dan nak bawa masuk PAS masuk BN.

Ini semua mengarut.

Tak payah la nak kata orang fitnah. laporan masa langkawi tu pun banyak fitnah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.